up2 kertas 1 by 3e467Rg

VIEWS: 17 PAGES: 17

									SULIT                                                                              1249/1


1      Senarai di bawah menunjukkan tokoh sarjana yang mendefinisikan perkataan tamadun.

                                 Syed Naquib al-Attas
                                 Richard Sullivan

       Apakah persamaan pendapat tokoh tersebut?

       A       Pencapaian tatasusila
       B       Perkembangan bandar
       C       Pembangunan lahiriah
       D       Peningkatan ekonomi

2      Mengapakah kerajaan Assyria dalam Tamadun Mesopotamia memberikan penekanan
       dalam ilmu perubatan?

       A       Menjaga kesihatan anggota tentera
       B       Mengatasi masalah wabak penyakit
       C       Meningkatkan taraf kesihatan rakyat
       D       Melahirkan ramai pengamal perubatan

3      Bagaimanakah masyarakat Lembah Indus meningkatkan mutu bahan binaannya?

         I     Pengetahuan matematik
        II     Pemanasan cahaya matahari
       III     Pembakaran suhu yang tinggi
        IV     Penggunaan jongkong logam

       A       I dan II
       B       I dan IV
       C       II dan III
       D       III dan IV

4      Golongan artisan menduduki lapisan bawahan dalam masyarakat Shang.
       Golongan ini wujud kerana

       A       membantu kerja perburuhan
       B       menguasai teknologi gangsa
       C       menentang kezaliman pemerintah
       D       memenuhi keperluan golongan atasan


5      Apakah kesan Perang Kalinga terhadap Maharaja Asoka ?

       A       Penentangan masyarakat tempatan
       B       Penyingkiran golongan pendeta
       C       Penghapusan pentadbiran tradisional
       D       Penaklukan melalui penyebaran agama




1249/1 @ 2009 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                         SULIT
SULIT                                                                                1249/1


6      Apakah kaedah belajar yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda pada Zaman
       Vedik di India?

       A       Hafalan
       B       Pemahaman
       C       Menadah Kitab
       D       Penerangan guru

7      Orang-orang Cina menganggap semua benda di dunia ini terbahagi kepada dua
       kategori , iaitu Yin dan Yang.
       Konsep ini digunakan dalam

       A       upacara penyembahan
       B       proses pembelajaran
       C       perubatan tradisional
       D       hubungan keluarga

8      Pernyataan berikut merujuk kepada hubungan luar kerajaan awal Asia Tenggara


                            Hubungan perdagangan antara kerajaan awal
                            Asia Tenggara dengan Tamadun Rom


       Apakah yang dapat membuktikan hubungan tersebut?

       A       Jumpaan cap mohor
       B       Tinggalan artifak manik
       C       Penemuan pelita tembaga
       D       Koleksi surat perjanjian

9      Masyarakat maritim mampu berdagang ke kawasan yang jauh.
       Bagaimanakah mereka melakukannya?

       A       Mengikut tiupan angin
       B       Memerhati bintang di langit
       C       Merujuk peredaran matahari
       D       Mengguna kepakaran jurumudi
                                                                             [Lihat sebelah
10     Pernyataan berikut merujuk kepada Kerajaan Srivijaya.

           Dalam upacara angkat sumpah , seseorang datu akan meminum
           air yang disiram pada batu bersurat Telaga Batu.

       Apakah tujuan upacara tersebut ?

       A       Meraikan pelantikan
       B       Menghapuskan dosa
       C       Menanam kesetiaan
       D       Menguji kekuatan fizikal


1249/1 @ 2009 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                            SULIT
SULIT                                                                              1249/1


11     Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w bekerja dengan Siti Khadijah binti Khuwailid?

       A       Menimba pengalaman berniaga
       B       Menawarkan upah lumayan
       C       Memperoleh pekerjaan tetap
       D       Mengatasi masalah kewangan

12     Tokoh berikut telah memberi sumbangan dalam perkembangan Islam

                             Al-Arqam bin Abu Arqam

       Apakah sumbangan tokoh tersebut?

       A       Mengintip kegiatan orang Quraisy
       B       Membebaskan hamba yang diseksa
       C       Menjadi juru pandu hijrah ke Madinah
       D       Membenarkan rumahnya dijadikan pusat dakwah

13     Mengapakah penduduk Madinah meminta Nabi Muhammad s.a.w menjadi pemimpin
       mereka?

       A       Menamatkan pergeseran suku Arab
       B       Menyekat penguasaan politik Yahudi
       C       Menghalang monopoli ekonomi Nasrani
       D       Menghapuskan pengaruh agama Majusi

14     Bagaimanakah Piagam Madinah menjamin keadilan sistem ekonomi antara kaum?

         I     Mengenakan cukai jizyah
        II     Melarang pengambilan riba
       III     Mencegah amalan penindasan
       IV      Menyelaraskan sistem timbangan

       A     I dan II
       B     I dan IV
       C     II dan III
       D     III dan IV
15     Mengapakah kerajaan Bani Umaiyah menghadapi penentangan pada akhir
       pemerintahannya?

         I     Pengabaian terhadap rakyat
        II     Penentangan golongan Mawali
       III     Penaklukan oleh Bani Saljuk
        IV     Penyekatan kebebasan beragama

       A       I dan II
       B       I dan IV
       C       II dan III
       D       I dan IV


1249/1 @ 2009 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                        SULIT
SULIT                                                                                   1249/1



16     Dialog di bawah mungkin berlaku antara orang Kristian di kawasan Balkan semasa
       pemerintahan kerajaan Uthmaniyah


                 George      :      Saya suka dasar sosial Islam
                 Johns       :      Ya, ramai penganut Kristian tertarik dengan dasar
                                    tersebut.


       Apakah dasar tersebut?

       A       Taraf warisan
       B       Tahap pendidikan
       C       Kedudukan istimewa
       D       Kecemerlangan individu

17     Rajah di bawah merujuk kepada kerajaan Islam selepas pemerintahan Khulafa-al-
       Rasyidin.


           Kerajaan Umaiyah           Kerajaan Abbasiyah        Kerajaan Uthmaiyah



       Apakah persamaan sistem pemerintahan kerajaan tersebut?

       A       Syura
       B       Wazarah
       C       Monarki
       D       Hijabah

18     Maklumat di bawah merujuk kepada hasil kesusasteraan pada zaman kerajaan Melayu
       Melaka.

                         Hikayat Muhamad Ali Hanafiah
                         Hikayat Amir Hamzah

       Apakah kepentingan hasil kesusasteraan tersebut?

       A       Mengagungkan pemerintah
       B       Menggalakkan usaha dakwah
       C       Meningkatkan semangat bekerja
       D       Menaikkan semangat jihad




1249/1 @ 2009 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                               SULIT
SULIT                                                                            1249/1


19     Masyarakat Melayu kaya dengan perumpamaan yang memberi kesedaran kepada
       masyarakat setempat

                                  Seikat seperti sirih,
                                  serumpun seperti serai
                                  sedencing seperti besi


       Apakah nilai murni yang terkandung dalam pepatah di atas.
                   .

       A       Ketabahan
       B       Perpaduan
       C       Keyakinan
       D       Berdisiplin

20     Rajah menunjukkan sumber kewangan Kerajaan Melayu Melaka.


                                                Cukai
              Pendapatan
               Kerajaan
                                                  X

       Apakah X ?

       A       Riba
       B       Zakat
       C       Hadiah
       D       Komisen

21     Jadual di bawah menunjukkan anggaran penduduk England dan Wales pada abad ke -18
       dan abad ke- 19.

                              Tahun             Jumlah
                              1700              5.5 juta
                              1750              6.5 juta
                              1801              9.0 juta

       Apakah kesan pertambahan penduduk terhadap sektor pertanian di Britain?

       A       Penglibatan kerajaan
       B       Permintaan buruh luar
       C       Pengeluaran berskala besar
       D       Peningkatan import makanan




1249/1 @ 2009 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                        SULIT
SULIT                                                                                1249/1


22     Tokoh berikut berperanan dalam bidang pertanian di Britain pada abad ke -18


                                            Jethro Tull

       Apakah peranan beliau?

       A       Memperkenalkan penggunaan baja tiruan
       B       Mencipta peralatan untuk menugal
       C       Menghasilkan pelbagai tanaman baru
       D       Memperbaiki sistem penggiliran tanaman

23     Rajah berkaitan Undang-undang Tanah yang diperkenalkan oleh British di Tanah
       Melayu pada abad ke – 19


       Akta Tanah Simpanan                                   Tidak boleh dijual
                                                             Tidak dipajak gadai
                                                             Tidak ditukar milik


       Apakah kesan pengenalan akta tersebut?

       A       Mendapat surat kebenaran untuk memungut hasil hutan
       B       Menambah kawasan penanaman getah
       C       Merekodkan hak milik tanah orang Melayu
       D       Menghalang orang Melayu dalam pertanian komersial

24     Jadual merujuk kepada perluasan kuasa imperialis Barat di Asia Tenggara pada abad ke-
       18

                     Negara                 Penjajah
                      Burma                  British
                    Indonesia               Belanda

       Mengapakah mereka bertindak sedemikian?

       A       Kepadatan penduduk
       B       Kekayaan hasil bumi negara
       C       Kepentingan perdagangan rempah
       D       Keterbukaan sikap pemimpin tempatan




1249/1 @ 2009 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                            SULIT
SULIT                                                                                     1249/1


25        Rajah merujuk pentadbiran Sepanyol di Filipina.

                                        Encomiendero



                                           Encomienda
                                ( barangay-barangay digabungkan )


          Mengapakah rakyat Filipina menentang sistem tersebut?

          A        Pelaksanaan kerahan tenaga
          B        Perubahan hak milik tanah
          C        Pemusatan pentadbiran tradisional
          D        Pengenalan pendidikan moden

26        Pernyataan berikut merujuk kepada penjajahan Belanda di Indonesia

                Sarekat Islam mendesak agar Belanda menubuhkan Volksraad


          Mengapakah tindakan sedemikian dilakukan?

          A        Memajukan ekonomi tradisional
          B        Mengatasi kemiskinan rakyat
          C        Memantapkan kedudukan agama
          D        Mengorak langkah ke arah kemerdekaan

     33         Tokoh berikut berperanan penting dalam perjuangan negara masing-masing.

                                    Jose Rizal
                                    Raden Adjeng Kartini
                                    Phan Boi Chau


          Apakah persamaan matlamat mereka?

            I      Mengusir penjajah Barat
           II      Membaiki taraf hidup rakyat
          III      Mengembalikan hak peribumi
          IV       Menuntut pemerintahan sendiri

          A        I dan II
          B        I dan IV
          C        II dan III
          D        III dan IV




1249/1 @ 2009 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                                 SULIT
SULIT                                                                                   1249/1


28        Mengapakah Dato’Bahaman menentang British di Pahang ?

          A        Penghapusan hamba
          B        Penghakisan kuasa
          C        Peperangan saudara
          D        Pemindahan penduduk
29        Bagaimanakah British menguasai ekonomi Tanah Melayu pada awal abad ke -19 ?

          A        Menghapuskan institusi beraja
          B        Menjalin kerjasama dengan penduduk
          C        Mengambil alih kuasa golongan agama
          D        Mengikat perjanjian dengan pembesar tempatan

     33         Jadual merujuk peristiwa perang yang berlaku di Eropah.

                     Tahun               Peristiwa
                     1688     Revolusi Inggeris
                     1776     Perang Kemerdekaan Amerika
                     1789     Revolusi Peranchis

          Apakah idea yang muncul daripada peristiwa tersebut?

          I        Pengenalan sistem pilihanraya
          II       Kerajaan berperlembagaan
          III      Negara bangsa moden
          IV       Pengukuhan raja berkuasa mutlak

          A        I dan II
          B        I dan IV
          C        II dan III
          D        III dan IV

31        Rajah berkaitan dengan alat kebesaran diraja Kesultanan Melayu Melaka

                                                    Pending Diraja

                Alat kebesaran diraja
                                                        Nobat


                                                     Cogan Agama

          Apakah kepentingan alat kebesaraan tersebut?

          A        Kedaulatan raja diperkukuhkan
          B        Keunggulan undang-undang
          C        Lambang demokrasi
          D        Simbol kemakmuran




1249/1 @ 2009 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                           SULIT
SULIT                                                                                     1249/1


     33 Senarai berikut merujuk perlembagaan bertulis yang diamalkan oleh negeri-negeri
        Melayu.

                           Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
                           Ittiqan – illmuluk bi-ta’dil il-suluk


          Apakah matlamat penggubalan perlembagaan tersebut?

          A      Menjamin keadilan rakyat
          B      Mengawal kuasa pembesar
          C      Memelihara sistem beraja mutlak
          D      Menghalang kemaraan kuasa asing

     33       Pernyataan berikut merujuk kepada pemerintahan Sultan Muhammad II di Kelantan


                    Pelantikan golongan bergelar Nik dan Wan

          Apakah kesan pelantikan tersebut?

          A      Perebutan kuasa oleh kerabat diraja
          B      Pemantapan susun lapis masyarakat
          C      Pengukuhan kewibawaan sultan
          D      Pembentukan sistem jemaah menteri

34        Pernyataan di bawah merujuk kepada faktor penubuhan Malayan Union

                     British bercadang membentuk Bangsa Malayan Union


          Mengapakah British berbuat demikian?

          A      Memelihara hak penduduk setempat
          B      Menumpukan taat setia penduduk
          C      Menjamin pelaburan tempatan
          D      Menjaga perasaan pembesar tempatan

35        Mengapakah orang Melayu menerima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

          A      Institusi kesultanan Melayu dikekalkan
          B      Pemberian kemerdekaan lebih awal
          C      Prinsip kerakyatan jus soli
          D      Kedudukan ekonomi orang Melayu terjamin




1249/1 @ 2009 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                             SULIT
SULIT                                                                               1249/1


36     Mengapakah Rosli Dhobi tidak berjaya menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan
       British?

       A        Pemimpinnya berpaling tadah
       B        Kakitangan awam dipecat
       C        Pemimpin tidak bersatu
       D        Rakyat tidak memberi sokongan

37     Apakah peranan Ahli dalam Sistem Ahli?

       A        Mengatasi perpecahan kaum
       B        Menubuhkan negara berdaulat
       C        Menguruskan pentadbiran jabatan
       D        Memantapkan institusi beraja

38     Apakah tujuan Persidangan Kebangsaan yang ditubuhkan pada bulan Februari 1953?

       A        Menuntut kerakyatan bagi orang dagang
       B        Melicinkan sistem pentadbiran
       C        Mendapatkan kebebasan berpolitik
       D        Mengurangkan perasaan perkauman

39     Jadual di bawah menunjukkan kemenangan besar Parti Perikatan dalam Pilihanraya
       Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

           Parti bertanding       Jumlah kerusi         Jumlah kerusi
                                 dipertandingkan          dimenangi
           Parti Perikatan              52                   51
                 PAS                    11                    1

       Apakah faktor kemenangan tersebut ?

       A        Manifesto yang jelas
       B        Isu persamaan hak antara kaum
       C        Sumber kewangan yang kukuh
       D        Sokongan negara serantau

40     Tokoh berikut berperanan dalam politik Tanah Melayu

                                   Dr Ismail Abdul Rahman
                                   Kolonel H.S Lee

       Apakah peranan mereka?

       A        mengadakan kerjasama dalam pilihanraya
       B        menjadi wakil rombongan kemerdekaan
       C        menghapuskan pengaruh komunis
       D        menjalin permuafakatan dalam pentadbiran

                   KERTAS SOALAN TAMAT


1249/1 @ 2009 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                          SULIT
SULIT                                                                                 1249/1




                                            Bahagian A

                                            [ 40 markah]

                                       Jawab semua soalan

1.     Pelbagai teori dikemukakan oleh ahli sejarahwan tentang kedatangan Islam ke Asia
       Tenggara.

       (a)     Nyatakan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara oleh tokoh-tokoh berikut:

              (i.)     John Crawford             :……………………………………................
                                                                  [ 1 markah ]

              (ii)     Emanuel Gadinho Eredia:……………………………………
                                                                                 [ 1 markah ]

              (iii.)   Snouck Hurgronje           :……………………………………………
                                                                 [ 1 markah ]

       (b)     Bagaimanakah pedagang Arab menyebarkan Islam ke Asia Tenggara?

               (i. )   …………………………………………………………………………….......

               (ii )    …………………………………………………………………………….....
                                                    [2 markah]

       (c)     Berikan dua bukti yang menyokong pendapat bahawa Islam datang dari
               China.

               (i )    …………………………………………………………………………




1249/1 @ 2009 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                            SULIT
SULIT                                                                                                                                1249/1


                  (ii)         …………………………………………………………………………
                                                        [2 markah]

       (d)        Senaraikan dua bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara menerusi India.

                  (i )         …………………………………………………………………………

                  (ii )       …………………………………………………………………………
                                                        [2 markah]

       (e)        Pada pandangan anda, apakah persamaan yang terdapat pada ketiga-tiga teori
                  tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara?

                  ……………………………………………………………………………….....
                                               [1 markah]



2

                                       Zaman Gelap Eropah bermula 476 M – 1056 M



a)     Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Gelap?

       ………………………………………………………………………………………

                                                                                                                                 [1 markah]

b)     Senaraikan dua ciri zaman gelap di Eropah .

       (i)        ………………………………………………………………………………

       ( ii )     ………………………………………………………………………………
                                              [ 2 markah ]

(c)    Nyatakan kedudukan gereja dalam masyarakat Eropah pada Zaman Gelap ?

       (i)        ………………………………………………………………………………

       ( ii )     ………………………………………………………………………………
                                              [ 2 markah ]

d)     Mengapakah kegiatan perdagangan tidak meluas pada zaman Gelap ?

       ......................................................................................................................

       ......................................................................................................................
                                                                                                                                [ 2 markah ]


1249/1 @ 2009 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                                                                           SULIT
SULIT                                                                                     1249/1



(e)    Pada pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem feudalisme di Eropah dikatakan
       mempunyai persamaan dengan ciri-ciri feudalisme yang terdapat dalam Kesultanan
       Melayu Melaka?



       (i)      ……………………………………………………………………………...

       ( ii )   ………………………………………………………………………………

       ( iii ) ………………………………………………………………………………

                                                                                   [3 markah]




3      Sebelum kedatangan imperialis Barat, negara-negara di Asia Tenggara mengamalkan
       sistem pemerintahan beraja.

       (a)      Nyatakan dua ciri pemerintahan di Indonesia sebelum kedatangan Belanda ?


                (i)    …………………………………………………………………

                (ii)   …………………………………………………………………
                                                                                   [2 markah]

       (b)      Apakah isu yang diperjuangkan para nasionalis Indonesia untuk menentang
                penjajahan Belanda pada tahap pertama;


                (i)    …………………………………………………………………

                (ii)   …………………………………………………………………
                                                                                  [2 markah]

       (c)      Nyatakan dua cara para nasionalis Indonesia perjuangan menentang penjajah .

                (i)    …………………………………………………………………

                (ii)   …………………………………………………………………
                                                                                  [2 markah]

       (d)      Pada pengetahuan sejarah anda, apakah perjuangan yang telah dilakukan oleh
                Soekarno sebagai pemimpin nasionalis pada zaman Belanda?




1249/1 @ 2009 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                             SULIT
SULIT                                                                                    1249/1



               (i)      …………………………………………………………………

               (ii)     …………………………………………………………………
                                                                                    [2 markah]

       (e)     Jika anda Sebagai seorang pejuang nasionalis pada masa itu, apakah sifat yang
               perlu ada untuk mencapai perjuang murni anda.


               (i)      …………………………………………………………………

               (ii)     …………………………………………………………………
                                                                                    [2 markah]




        Tarikh                  Tempat             Peristiwa
        21 Januari 1948         King’s House       Perjanjian Persekutuan Tanah
                                Kuala Lumpur       Melayu di tandatangani

4      Jadual di atas menunjukkan peristiwa perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

       (a)     Apakah tiga faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

               (i)      ………………………………………………………………

               (ii)     ………………………………………………………………

               (iii)    …………………………………………………………………
                                                                                   [ 3 markah ]

       (b)     Nyatakan tiga usaha ke arah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948

               (i)      …………………………………………………………………

               (ii)     …………………………………………………………………

               (iii)    …………………………………………………………………
                                                                                   [ 3 markah ]

       (c)     Senaraikan dua tuntutan Raja-raja Melayu dalam rundingan penubuhan
               Persekutuan Tanah Melayu 1948 ?

               (i)      ………………………………………………………………………

               ( ii )   ………………………………………………………………………
                                                 [ 2 markah ]



1249/1 @ 2009 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                              SULIT
SULIT                                                                                   1249/1


       (d)     Berikan dua iktibar yang boleh diambil oleh genenarasi muda hari ini daripada
               pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

               (i)    …………………………………………………………………

               (ii)   …………………………………………………………………
                                                                                     [2 markah]




                                                  Bahagian B

                                                 [ 60 markah ]

                                            Jawab tiga soalan sahaja

5.     Kerajaan Uthmaniyah yang bermula pada abad ke-14 mampu bertahan selama 600 tahun
       dan berjaya membuat sumbangan yang besar dalam bidang politik, ekonomi dan
       penyebaran Islam.


       (a)     Jelaskan proses pembentukan kerajaan Turki Uthmaniyah.
                                                                                     [6 markah]


       (b)     Nyatakan sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam bidang ekonomi dan
               pentadbiran.
                                                                              [6 markah]


       (c)     Huraikan faktor –faktor yang menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya
               menyebarkan Islam ke Eropah.
                                                                                [8 markah]


       Pihak British dalam usaha mereka mengaut keuntungan ekonomi di Tanah Melayu, telah
       memperkenalkan dasar-dasar yang secara tidak langsung meninggalkan kesan positif
       kepada masyarakat Melayu.


6      (a)     Jelaskan dasar yang telah dilaksanakan oleh British terhadap sektor
               pertanian di Tanah Melayu


1249/1 @ 2009 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                              SULIT
SULIT                                                                                   1249/1


                                                                                    [8 markah]

       (b)      Terangkan dasar tanah British yang digunakan untuk melindungi
                 kepentingan penduduk peribumi.
                                                                                    [8 markah]



        (c)     Mengapakah British memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917.

                                                                                    [4 markah]




7    (a)         Nyatakan persamaan kandungan antara undang-undang Tubuh kerajaan
                 Johor 1895 dengan Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu 1911?

                                                                                    [ 6 markah]

     (b)         Sistem pentadbiran dalam persekutuan Negeri Sembilan dikatakan
                 mempunyai unsur demokrasi.jelaskan.
                                                                                   [10 markah]

     (c)         Pada pendapat anda apakah kebaikan sistem pemerintahan demokrasi yang
                 diamalkan di negara kita.
                                                                                   [4 markah]



              Pakatan Murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu untuk mewujudkan
              perpaduan melalui rundingan dan tolak ansur politik.


8.
       (a)       Terangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Dato’ Onn Jaafar dalam
                 mewujudkan perpaduan masyarakat Tanah Melayu
                                                                                   [10 markah ]

       (b)       Mengikut pendapat anda mengapakah usaha Dato Onn tidak diterima oleh
                 penduduk Tanah Melayu
                                                                           [4 markah ]

       (c)       Jelaskan kejayaan Parti Perikatan dalam melaksanakan Pakatan Murni
                                                                                   [ 6 markah ]




1249/1 @ 2009 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                              SULIT
SULIT                                                                                     1249/1



9      (a)     Huraikan langkah-langkah yang telah diambil oleh Persekutuan Tanah
               Melayu untuk menubuhkan Malaysia.
                                                                                [ 12 markah ]

         (b)   Jelaskan isi perjanjian Akta Malaysia 1963.
                                                                                    [ 4 markah ]

        (c)    Pada pendapat anda, apakah nilai-nilai yang terserlah melalui kejayaan
               pembentukan Malaysia?
                                                                                     [ 4 markah ]


                                   KERTAS SOALAN TAMAT




1249/1 @ 2009 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                               SULIT

								
To top