nota lengkap harga remaja by YiCi8Jm

VIEWS: 0 PAGES: 70

									TAJUK                                               HALAMAN

PUISI TRADISIONAL

1.       PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)                     1
2.       PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDIRAN)      2
3.       SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL                  4
4.       SYAIR SITI SIANAH                             5
5.       GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM                 7
6.       SELOKA EMAK SI RANDANG                        8

PUISI MODEN (SAJAK)

1.       HARGA REMAJA                                  9
2.       DI PERPUSTAKAAN                               10
3.       MENGINTAI RUANG INSAF                         12
4.       MAHSURI                                       13
5.       ADAT SEZAMAN                                  14
6.       TIBA WAKTUNYA                                 15

PROSA TRADISONAL

1.       PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA                17
2.       MERAH SILU                                    22
3.       HIKAYAT INDERA NATA                           26
4.       HIKAYAT KHOJA MAIMUN                          30

CERPEN

1.       IBU DAN CEPER                                 35
2.       MEMORI SEORANG TUA                            39
3.       ISRAK                                         42
4.       PEMAIN CATUR                                  46
5.       MELLISA                                       49
6.       BIARKAN SAMUDERA                              52

DRAMA

1.       GELANGGANG TUK WALI                           57
2.       FORUM REMAJA 2020                             62
3.       CEMPAKA BERDARAH                              65



                                              1
PUISI TRADISIONAL
                                               (Pantun Empat Kerat (Budi))
Maksud:
Rangkap 1
Seseorang yang berbudi, namanya pasti akan disebut-sebut.
Rangkap 2
Seseorang yang berbudi akan terus menjadi sebutan walaupun telah meninggal dunia.
Rangkap 3
Walaupun hanya sedikit budi yang ditaburkan akan tetap dikenang.
Rangkap 4
Perasaan kasih sayang yang wujud dalam diri seseorang akan menyebabkan hubungan mereka berterusan ke akhir
hayat.


Tema
Kelebihan mempunyai budi pekerti yang baik


Persoalan
    1.   Persoalan budi yang sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia.
    2.    Persoalan ketinggian nilai budi.
    3.   Persoalan kasih sayang yang wujud sesama insan hasil daripada budi yang ditaburkan.


Bentuk
    1.   Terdiri daripada empat rangkap.
    2.   Setiap rangkap terdiri daripada empat baris
    3.   Jumlah perkataan dalam setiap baris antara tiga hingga lima.
                 Anak itik terenang-renang (tiga perkataan)
                 Jika tak kenang kepada saya (lima perkataan)
    4.   Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata.
                 Terang bulan terang di paya (9 suku kata)
                 Orang yang mati meninggalkan nama (11 suku kata)
    5.   Rima akhir pantun ini ialah abab
    6.   Bentuk pantun ini terikat dengan puisi tradisional.


Gaya Bahasa
    1.   Asonansi - Terang bulan terang di paya - pengulangan vokal a
    2.   Aliterasi – Orang yang mati meninggalkan nama. –pengulangan konsonan g
    3.   Kata ganda - Anak ikan terenang-renang
    4.   Sinkope – Jika tak kenang kepada saya
    5.   Repitasi - Terang bulan terang di paya


Nilai
    1.   Nilai menghargai budi.
         Budi yang ditabur oleh seseorang akan dikenang walaupun orang itu telah tiada.
                                                               2
    2.   Nilai keikhlasan.
         Keikhlasan menghulurkan budi kepada insan lain.
Pengajaran
    1.   Kita haruslah berbudi kepada orang lain agar disanjung oleh masyarakat.
    2.   Kita mestilah ikhlas menabur budi agar kehidupan lebih sejahtera.
    3.   Kita hendaklah menghargai budi yang dicurahkan oleh orang lain agar hubungan berkekalan.
___________________________________________________________________________________________
                                                         Puisi Tradisional
                                            Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran)
Maksud:
Rangkap 1
Seseorang isteri dianggap tidak sempurna walaupun memiliki kecantikan jika dia tidak tahu melakukan kerja-kerja dapur.
Rangkap 2
Jika seseorang yang tidak berilmu cuba menunjukkan kepandaian, sudah pasti dia akan ditertawakan.
Rangkap 3
Seseorang pemimpin tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah kuasanya telah hilang
Rangkap 4
Perasaan bimbang apabila seseorang yang melakukan sesuatu di luar berkemampuan.
Rangkap 5
Perasaan hairan yang timbul apabila orang bawahan berjaya mengambil alih kuasa daripada seseorang pemimpin yang
berpengaruh.


Tema
Sindiran terhadap masyarakat yang bersikap luar biasa.


Persoalan
    1.   Persoalan tanggungjawab seorang isteri terhadap urusan rumah tangga.
    2.   Persoalan kepentingan memiliki ilmu pengetahuan.
    3.   Persoalan pemimpin yang kehilangan kuasa.
    4.   Persoalan kebimbangan melihat sesuatu perkara yang luar biasa .
    5.   Persoalan musibah yang berlaku akibat kelalaian.


Bentuk
    1.   Terdiri daripada lima rangkap.
    2.   Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
    3.   Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5.
                  kupu-kupu terbang melintang (3 perkataan)
                  kalau tak pandai menumbuk sambal (5 perkataan)
    4.   Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata.
         Apa guna berkain batik (9 suku kata)
         Apalah guna beristeri cantik (11 suku kata)
    5.   Rima akhir pantun ini ialah abab kecuali rangkap kedua, abac
    6.   Pantun ini adalah puisi terikat.
                                                            3
Gaya Bahasa
    1.   Asonansi - Kalau tidak memakai capal – pengulangan vokal a
    2.   Aliterasi - Melihat ikan memanjat kayu – pengulangan konsonan m
    3.   Sinkope - Kalau tak pandai menumbuk sambal
    4.   Personikasi - Ikan kering lagi ketawa , Mendengar tupai membaca kitab
    5.   Unsur alam - Haiwan – ikan, tupai, harimau, kambing, burung, kupu-kupu, Tumbuhan – rotan,saga


Nilai
    1.   Nilai bertanggungjawab
         Seseorang isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga dengan baik.
    2.   Nilai kegigihan
         Seseorang yang gigih berusaha bagi mencapai matlamatnya.
    3.   Nilai rasional
         Seseorang yang rasional dalam melakukan sesuatu perkara.


Pengajaran
    1.   Kita haruslah bertanggungjawab menguruskan rumah tangga agar kehidupan lebih harmoni.
    2.   Kita mestilah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah.
    3.   Kita haruslah berfikir dan bertindak secara rasional agar tidak mendatangkan masalah kepada orang lain.
_______________________________________________________________________________________
                                                  Puisi Tradisional
                                            (Syair Definisi Orang Berakal)
Maksud
Rangkap 1
Manusia yang berakal dipandang mulia,malahan golongan anbia dan aulia amat mementingkan ilmu. Seseorang yang
mencontohi golongan anbia dan aulia akan memperoleh kebahagian.
Rangkap 2
Golongan anbia dan aulia yang berilmu pengetahuan menyebabkan mereka dipilih sebagai ketua dan menegakkan
keadilan. Sesiapa yang mentafsirkan golongan tersebut kejam maka dia bakal mendapat balasan.
Rangkap 3
Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia akan bersahabat dengan orang yang baik sahaja, sebaliknya
mengenepikan orang yang jahat kerana takut terpengaruh dengan sikap negatif mereka.
Rangkap 4
Orang yang berakal juga patuh kepada perintah Allah dan mengikut hukum syarak. Selain berserah kepada Allah, mereka
juga tidak tamak haloba kerana menyedari bahawa dunia ini tidak kekal.
Rangkap 5
Orang yang berakal disayangi oleh golongan atasan, namun mereka tidak mengada-ngada, tidak sombong dan
menganggap status mereka sama sahaja dengan rakan taulan.
Rangkap 6
Jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih kepadanya, mereka sentiasa berwaspada. Malahan mereka
berusaha merapatkan hubungan dengan rakan-rakan, merendah diri dan sedia berkhidmat.
Rangkap 7
                                                           4
Orang yang berakal tidak bosan dalam mengejar ilmu pengetahuan dan sentiasa membuat penelitian untuk mencari
jawapan agar tidak terpedaya.


Tema
Ciri-ciri orang yang berakal.


Persoalan
    1.   Persoalan ketinggian status orang yang berilmu (rangkap 1)
    2.   Persoalan kebijaksanaan orang yang berakal menyelesaikan masalah (rangkap 2)
    3.   Persoalan keinsafan seseorang akan kuasa Tuhan (rangkap 4)
    4.   Persoalan kepatuhan kepada hukum syarak (rangkap 4)
    5.   Persoalan keikhlasan dalam persahabatan (rangkap 6)


Bentuk
    1.   Terdiri daripada tujuh rangkap.
    2.   Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
    3.   Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5.
                 Tiadalah ia melanja-lanja (3 perkataan)
                 Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat (5 perkataan)
    4.   Terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata.
                 Jika ia dikasihi raja (9 suku kata)
                 Sangatlah mengasihi orang yang jahat (11 suku kata)
    5.   Rima akhir syair ini ialah aaaa
    6.   Syair ini adalah puisi terikat.


Gaya Bahasa
    1.   Asonansi - Menjadi kepala bela bermacam - pengulangan vokal e
    2.   Aliterasi - Menjauhkan tamak hendak tawakal - pengulangan konsonan k
    3.   Sinkope – Ibanya tahu dunia tak kekal
    4.   Anafora - Tiadalah ia melanja-lanja, Tiadalah menyombong pada bekerja
    5.   Penggunaan kata klasik - tersunjam, ibanya, melanja-lanja, tersemu


Nilai
    1.   Nilai kebijaksanaan.
         Orang yang bijaksana akan dilantik sebagai pemimpin dan dipandang mulia.
    2.   Nilai kasih sayang
         Seseorang yang berakal sangat mengasihi ketua dan rakan-rakannya.
    3.   Nilai ketaatan.
         Seseorang yang berakal akan taat kepada hukum syarak.
    4.   Nilai kerajinan.
         Orang yang berakal sentiasa menelaah untuk mendalami ilmu pengetahuan tanpa rasa jemu.



                                                            5
Pengajaran
    1.   Kita haruslah mencontohi ciri-ciri orang yang berakal seperti para anbia dan aulia agar kehidupan akan lebih
         bahagia.
    2.   Kita mestilah menyayangi sahabat yang baik dan menjauhi orang-orang yang bersikap negatif agar tidak
         terpengaruh.
    3.   Kita haruslah merendah diri walaupun berilmu dan disayangi ramai agar terhindar daripada sifat riak dan takbur.
    4.   Kita hendaklah patuh pada hukum syarak agar terhindar daripada kemungkaran.
______________________________________________________________________________________________
                                                        Puisi Tradisional
                                                       (Syair Siti Sianah)
Maksud
Rangkap 1
Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan membentuk kening. Mereka
juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya.
Rangkap 2
Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki dia akan menunjuk-nunjukkan
mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya.
Rangkap 3
Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup membuang masa di hadapan cermin bagi
melihat wajah mereka.
Rangkap 4
Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan, hidungnya kembang dan tidak mancung seperti
besar mulut buaya. Namun, mereka tetap berhias.
Rangkap 5
Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk menutup kekurangan rambut,
malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu.
Rangkap 6
Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehinnga putih semata-mata untuk mengaburi mata orang
yang melihatnya akan kekurangan diri mereka.
Rangkap 7
Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal lengan dengan tujuan untuk
menarik perhatian. Mereka juga suka berpeleseran dengan lelaki.
Rangkap 8
Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat. Sebenarnya, niat mereka untuk
membuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan mereka diketahui Allah.
Rangkap 9
Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita akan terselamat daripada segala kemungkaran, malahan
dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak.
Rangkap 10
Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai buruknya selama ini.
Rangkap 11
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang tidak senonoh. Mereka
juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan.
                                                           6
Tema
Nasihat kepada golongan wanita bagi memelihara maruah diri.
Persoalan
    1.   Persoalan sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak.
    2.   Persoalan ketaaatan kepada Allah.
    3.   Persoalan kesan buruk perjudian.
    4.   Persoalan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.


Bentuk
    1.   Terdiri daripada sebelas rangkap.
    2.   Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
    3.   Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 2 hingga 6 patah kata.
             mudah-mudahan dilepaskanlah (2 perkataan)
             kaki dan tangan lengan dan jari (6 perkataan)
    4.   Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata.
            Ianya elok tiada tandingnya (9 suku kata)
            Sesetengah perempuan terlalu janggalnya (11 suku kata)
    5.   Rima akhir syair ini ialah aaaa
    6.   Syair ini adalah puisi terikat.


Gaya Bahasa
    1.   Asonansi - Pengulangan huruf vokal - Sesetengah perempuan perangainya cela pengulangan vokal e
    2.   Aliterasi - Melihat laki-laki ditampakkan muka pengulangan konsonan ki
    3.   Kata ganda - dibelek-belek, berjela-jela
    4.   Simile - Seperti taji berandam di keningnya , Seperti buaya besar mulutnya
    5.   Bahasa klasik - molek, cemara, intan serudi dan sempolah
    6.   Peribahasa - makan angkat


Nilai
    1.   Nilai kesopanan
         Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti jangan ketawa mengilai-ngilai.
    2.   Nilai kesederhanaan
         Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri.
    3.   Nilai ketaatan kepada agama.
         Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama.
    4.   Nilai kesyukuran.
         Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri.
Pengajaran
    1.   Seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati oleh orang lain..
    2.   Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun tidaklah secara berlebih-lebihan agar tidak
         menimbulkan fitnah.
    3.   Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak berlakunya pembaziran.
    4.   Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar terpelihara daripada maksiat
                                                              7
                                                         Puisi Tradisional
                                                (Gurindam 12 Fasal yang Keenam)
Maksud
Rangkap 1
Saranan supaya memilih teman yang dapat membantu ketika susah dan senang.
Rangkap 2
Saranan agar berguru dengan seseorang yang benar-benar berilmu dan dapat menyelesaikan setiap kemusykilan.
Rangkap 3
Saranan supaya memilih isteri yang patuh dan setia kepada suami.
Rangkap 4
Saranan agar mencari teman yang memiliki semangat setiakawan


Tema
Nasihat bagi memilih orang yang ingin kita dampingi.


Persoalan
    1.    Persoalan kepentingan memilih sahabat yang boleh membahagiakan.
    2.    Persoalan kebijaksanaan dalam memilih guru .
    3.    Persoalan kepentingan mempunyai isteri yang setia


Bentuk
    1.    Terdiri daripada empat rangkap.
    2.    Setiap rangkap terdiri daripada dua baris.
    3.    Jumlah perkataan dalam setiap baris antara empat hingga lima.
                  Cahari olehmu akan sahabat (4 perkataan)
                  Yang boleh tahukan tiap seteru (5 perkataan)
    4.    Terdiri daripada sembilan hingga sebelas suku kata.
                  Yang boleh dijadikan ubat ( 9 suku kata)
                  Cahari olehmu akan isteri ( 11 suku kata)
    5.    Rima akhir syair ini ialah aa
    6.    Bentuk gurindam ini terikat dengan puisi tradisional.


Gaya Bahasa
   1.    Asonansi - Cahari olehmu akan sahabat – pengulangan vokal a
   2.    Aliterasi - Yang boleh menyerahkan diri - pengulangan konsonan n
   3.    Sinkope - Cahari olehmu akan sahabat (rangkap 1 baris 1)
   4.    Penggunaan kata klasik : cahari
   5.    Penggunaan bahasa kiasan - Yang boleh menyerahkan diri (mahu menurut kata suami)


Nilai
    1.    Nilai kebijaksanaan.
          Kebijaksanaan seseorang memilih sahabat, guru dan isteri akan memberi manfaat kepadanya.
    2.    Nilai ketaatan.
                                                               8
         Seorang isteri perlu taat dan setia kepada suami.
    3.   Nilai keikhlasan
         Seseorang sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan.


Pengajaran
    1.   Kita haruslah mencari sahabat yang dapat memahami dan bersama-sama ketika susah dan senang.
    2.   Kita mestilah berguru dengan orang yang benar-benar bijaksana agar dapat membimbing kita.
    3.   Seseorang suami haruslah bijak memilih isteri yang setia agar perhubungan mereka berkekalan.
________________________________________________________________________________________________
                                                          Puisi Tradisional
                                                   (Seloka Emak Si Randang)
Maksud
Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan untuk membantu orang
dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup
meruntuhkan rumah jika tidak berkayu. Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang
dagang itu pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang
ditanamnya tidak menjadi.
Tema
Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri.
Persoalan
    1.   Persoalan rasional ketika melakukan sebarang tindakan
    2.   Persoalan pembaziran yang perlu dielakkan .
    3.   Persoalan tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga.
Bentuk
    1.   Terdiri daripada satu rangkap.
    2.   Bilangan baris dalam rangkap tersebut ialah 8 baris.
    3.   Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 4.
                 Dagang lalu ditanakkan (3 perkataan)
                 Tiada kayu rumah diruntuhkan (4 perkataan)
    4.   Terdiri daripada 8 hingga 10 suku kata.
                 Dagang lalu ditanakkan (8 suku kata)
                 Tiada kayu rumah diruntuhkan (10 suku kata)
    5.   Rima akhir seloka ini ialah abbbbcac
    6.   Seloka ini berbentuk bebas.


Gaya Bahasa
    1.   Asonansi - Anak pulang kelaparan - a diulang 6 kali
    2.   Aliterasi - Anak dipangku diletakkan - k diulang 4 kali
    3.   Sinkope - Beras habis padi tak jadi ( baris 8)
    4.   Anafora- Anak pulang kelaparan , Anak di pangku diletakkan
    5.   Penggunaan peribahasa - Kera di hutan disusui
    6.   Hiperbola - Tiada kayu rumah diruntuhkan


                                                             9
Nilai
    1.   Nilai kebijaksanaan. - Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran          dalam melakukan sesuatu
         tindakan
    2.   Nilai bertanggungjawab - Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak.
    3.   Nilai berbudi - Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada..


Pengajaran
    1.   Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga sendiri agar kehidupan
         lebih harmoni.
    2.   Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar tidak mendapatkan kesan
         yang buruk.
    3.   Kita hendaklah melayan tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakunya pembaziran.



PUISI MODEN (SAJAK)
                                                   Harga Remaja
                                                  (Rahman Shaari)

MAKSUD:
Rangkap 1
Pengajak menerangkan tentang kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya dalam meniti kehidupan.

Rangkap 2
Penyajak mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja sama ada dipenuhi kelalaian atau digunakan
untuk menuntut ilmu.

Rangkap 3
Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Remaja perlu teguh pendirian, berani menghadapi
cabaran dan gigih menuntut ilmu.

Rangkap 4
Remaja perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang berguna.

TEMA
Ketinggian nilai usia remaja berdasarkan pengisian usia muda.
Zaman remaja ialah zaman paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan sesuatu yang baik. Remaja juga
mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan serta mempunyai hala tuju.

PERSOALAN
   1. Persoalan tentang kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
   2. Persoalan jati diri remaja.
   3. Persoalan keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan.Tanpa keberanian, remaja susah
      menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.
   4. Persoalan hala tuju hidup dalam diri remaja.
      Zaman remaja dapat diisi dengan sebaik-baiknya dengan adanya hala tuju dan matlamat hidup.

BENTUK
   1. Terdiri daripada empat rangkap
   2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada enam baris, manakala
      rangkap keempat terdiri daripada dua baris.
   3. Mengandungi antara satu hingga empat patah kata sebaris.
   4. Rima akhirnya bebas abaccd,abcdcd, abcdce dan aa.
   5. Sajak ini berbentuk bebas.

                                                          10
NADA

Sinis

GAYA BAHASA

    1.   Ayatnya pendek-pendek. Contoh: pendirian (rangkap 3, baris 5)

    2.   Diksinya mudah difahami. Contoh: dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)

    3.   Aliterasi :pengulangan konsonan m. Contoh : remaja amat mahal (rangkap 3, baris 1)

    4.   Pengulangan konsonan t. Contoh : dengan ketentuan tuju (rangkap 4, baris 2)

    5.    Asonansi :pengulangan vokal a. Contoh :dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)
         Pengulangan vokal i. Contoh : di pinggir perjalanan ini? (rangkap 1, baris 6)

    6.   Anafora – pengulangan perkataan pada awal baris
         Contoh : bagai kehijauan daun, bagai kesegaran pohon (rangkap 1, baris 4-5)

    7.   Metafora . Contoh : piala remajamu (rangkap 2, baris 2)
                    cuka kesangsian (rangkap 2, baris 3)
                  madu ajaran (rangkap 2, baris 5)
    8.   Simile . Contoh : bagai kehijauan daun (rangkap 1, baris 4)

    9.   Sinkope. Contoh : Penuhilah remajamu, Dengan apakah akan kau penuhi


NILAI
    1.   Nilai keberanian. Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran.
    2.   Nilai kegigihan. Remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu.
    3.   Nilai kebijaksanaan. Remaja perlu bijak menentukan hala tuju diri dalam hidup mereka.


PENGAJARAN
    1.   Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
    2.   Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.
    3.   Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup.Remaja mestilah mempunyai keberanian kerana tanpa
         keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.
    4.   Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri.
_________________________________________________________________________________________________
                                          Di Perpustakaan
                                         (Shafie Abu Bakar)

MAKSUD
Rangkap 1
Penyajak menggambarkan suasana di dalam perpustakaan sangat berbeza daripada tempat-tempat lain. Perpustakaan
amat kaya dengan pelbagai ilmu. Para pengunjungnya pula tekun menelaah.

Rangkap 2
Penyajak berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang mengandungi pelbagai jenis buku.
Penyajak berasakan ilmu yang dimilikinya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang terdapat di
perpustakaan dan dirinya tidak mugkin dapat menguasai semua ilmu yang ada di dunia.



                                                           11
Rangkap 3
Penyajak berusaha mencari ilmu pengetahuan walaupun dia mengetahui ilmu yang ada tidak akan habis diterokainya.

TEMA
Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi kunjungan pencinta ilmu.

PERSOALAN
   1. Persoalan pelbagai khazanah ilmu yang terdapat di perpustakaan dan perlu dimanfaatkan.
   2. Persoalan tentang pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas bidangnya.
   3. Persoalan cinta akan ilmu pengetahun.

BENTUK
   1. Terdiri daripada tiga rangkap
   2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada sepuluh baris, rangkap kedua ada lima belas baris dan
      rangkap ketiga terdiri daripada enam baris.
   3. Mengandungi antara dua hingga lima patah kata sebaris.
   4. Rima akhirnya bebas abccdddddd, abacdbbefegehcc,, abbaba.
   5. Sajak ini berbentuk bebas.

NADA
Sinis

GAYA BAHASA
   1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : Gua pendeta bersamadi.
   2. Aliterasi :pengulangan konsonan n
       Contoh : Ke kedinginan yang menerpa (rangkap 1 baris 4)
       Pengulangan konsonan t
       Contoh : satu pertukaran yang kontras
   3. Asonansi :pengulangan vokal a
       Contoh :Dahaga tak pernah langsai (rangkap 3, baris 6)
      Pengulangan vokal i
       Contoh : hanya sebiji dari mutiara (rangkap 2, baris 12)
   4. Anafora – pengulangan perkataan pada awal baris
       Contoh : Di puncak sepi
                  Di sana sini (rangkap 1, baris 7-8)
   5. Metafora
       Contoh : Di dada samudera (rangkap 3, baris 3)
                   Bahtera ilmu (rangkap 2, baris 7)
   6. Sinkope
       Contoh : Melangkah ke ruangmu
                 Yang akan kucatat
   7. Personifikasi - Contoh : Ke kedinginan yang menerpa
   8. Imejan - Contoh : Gua pendeta bersemadi. (rangkap 1, baris 6)


NILAI
    1.   Nilai kerajinan, contohnya rajin menuntut ilmu.
    2.   Nilai ketekunan, contohnya tekun dalam mempelajari ilmu pengetahuan.
    3.   Nilai bertanggungjawab contohnya berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan.


PENGAJARAN
   1. Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu.
    2.   Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu.
    3.   Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mngejar ilmu.
    4.   Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan.


                                                          12
                                                 Mengintai Ruang Insaf
                                                   (Shukri Abdullah)

MAKSUD

Rangkap 1
Penyajak berasakan bahawa semakin banyak dosa yang dilakukannya telah menjauhkan dirinya dari rahmat Allah s.w.t.

Rangkap 2
Penyajak merupakan insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan dalam hidup sehinggakan sukar untuk dirinya
mendapat cahaya kebenaran dari Ilahi.

Rangkap 3
Penyajak tidak yakin sekiranya ruang keinsafan akan wujud dalam dirinya.

Rangkap 4
Penyajak berharap agar pintu taubat masih terbuka dan dirinya terhindar dari api neraka.

TEMA
Perasaan insaf seseorang atas kesilapan yang dilakukan dan bertekad untuk bertaubat.

PERSOALAN
1. Persoalan fitrah manusia yang sering melakukan kesilapan dalam hidup..
2.   Persoalan keinsafan yang wujud dalam diri manusia apabila menyedari kesilapan masa lalu.
3.   Persoalan keinginan untuk kembali mendapat keampunan dan rahmat Allah.
4.   Persoalan kesukaran mendapat rahmat Allah akibat berterusan melakukan dosa dalam hidup.


BENTUK
1.   Terdiri daripada empat rangkap
2.   Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada empat baris, rangkap kedua ada enam baris, rangkap ketiga
     terdiri daripada lima baris manakala rangkap keempat terdiri daripada tiga baris.
3.   Mengandungi antara satu hingga enam patah kata sebaris.
4.   Rima akhirnya bebas abab,abcdbe,aabcd dan abb.
5.   Sajak ini berbentuk bebas.


NADA
Melankolik.

GAYA BAHASA
1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : tubuhku tercalar duri pidana.
2. Aliterasi :pengulangan konsonan n. Contoh : Tanpa kembali ke tunjang makna (rangkap 3 baris 2)
3. Pengulangan konsonan k. Contoh : kerap kakiku tersadung selirat akar (rangkap 2, baris 2)
4. Dialog. Contoh : “Apakah dalam sarat khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?”
5. Asonansi :pengulangan vokal i
    Contoh : Sewaktu berlari di padang hidup. (rangkap 2, baris 1)
6. Pengulangan vokal u
    Contoh : masih terbuka ruang untuk (rangkap 3, baris 4)
7. Metafora . Contoh : Sewaktu berlari di padang hidup (rangkap 2, baris 1)
8. Hiperbola. Contoh : Tubuhku tercalar duri pidana (rangkap 2, baris 3)
9. Penggunaan bahasa asing. Contoh : Rabb (bahasa arab)
10. Sinkope. Contoh : Kerap kakiku tersadung selirat akar.



                                                            13
NILAI
1. Nilai keinsafan, contohnya timbulnya perasaan insaf yang mendalam untuk bertaubat akibat kesalahan masa
     lampaunya.
2.   Nilai rasional, contohnya penyajak mengakui segala kesilapan yang pernah dilakukannya.
3.   Nilai kesedaran, contohnya penyajak sedar dirinya telah melakukan banyak kesalahan.


PENGAJARAN
1.    Kita hendaklah insaf setelah melakukan kesalahan.
2.        Kita hendaklah mengakui kesilapan yang dilakukan.
3.        Kita janganlah selalu melakukan dosa.
4.        Kita wajib bertaubat sebelum terlambat.
________________________________________________________________________________________________
                                                           Mahsuri
                                                      (Zurinah Hassan)
MAKSUD
Rangkap 1
Sajak ini mengisahkan tentang diri Mahsuri dan sumpahannya yang menjadi lagenda di Pulau Langkawi. Mahsuri
digambarkan sebagai lambing wanita yang setia tetapi telah difitnah akibat hasad dengki dan dendamnya terhadap orang
yang menzalimi dirinya. Sumpahan dan darah suci Mahsuri yang mengalir berwarna putih ketika dia dibunuh telah
menjadi lagenda. Setelah tamatnya tempoh sumpahan Mahsuri tujuh keturunan, kini langkawi telah membangun dengan
pesat dan maju.

Rangkap 2
Penyajak menzahirkan pertikaian beberapa pendapat tentang kewujudan Mahsuri kerana ada yang mengatakan kisah
Mahsuri hanyalah khayalan seorang seniman.Namun realitinya kisah Mahsuri itu benar dan keunikan Mahsuri itu telah
digarapkan dalam karya sastera dan akhirnya menjadikan lagenda itu lebih mahsyur. Lagenda inilah yang menjadi batu
loncatan kepada kemajuan Langkawi. Hasil karya sastera telah memperkasa dan memartabatkan kesusasteraan tanah
air tercinta.

TEMA
Sejarah dan sastera yang begitu bernilai dan mampu menjana ekonomi Negara.

PERSOALAN
   1. Persoalan fitnah dalam kalangan masyarakat. Mahsuri dihukum bunuh kesan fitnah yang menimpa dirinya.
      Disebabkan itu warna darahnya yang mengalir telah menjadi putih.

     2.   Persoalan sumpah dan dendam. Kezaliman yang berlaku ke atas dirinya telah menimbulkan dendam sehingga
          terzahirnya sumpah Mahsuri tujuh keturunan.

     3.   Persoalan sastera dan sejarah. Sejarah menjadi bukti sahih yang digarapkan menjadi hasil sastera yang bernilai.

     4.   Persoalan mengharumkan nama Negara di persada dunia. Lagenda Mahsuri telah memahsyurkan nama
          Langkawi diserata dunia.

BENTUK
   1. Terdiri daripada dua rangkap
     2.   Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada enam belas baris manakala rangkap kedua ada sebelas
          baris.
     3.   Mengandungi antara satu hingga enam patah kata sebaris.
     4.   Rima akhirnya bebas iaitu abbaccdedfaaaaba dan abbaccdeeed.
     5.   Sajak ini berbentuk bebas.


                                                           14
NADA
Melankolik.

GAYA BAHASA
   1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : air matamu dingin embun.
   2. Aliterasi :pengulangan konsonan m. Contoh : rambutmu menjadi jalur hitam (rangkap 1 baris 5)
   3. Asonansi :pengulangan vokal u. Contoh : menyambut tetamu pulau
   4. Metafora . Contoh : terapung di laut malam (rangkap 1, baris 6)
   5. Hiperbola. Contoh : melengkung tujuh tanjung (rangkap 1, baris 10)
                  Putihlah pulau ini (rangkap 1, baris 11)
   6. Sinkope. Contoh : kerana tanpamu
   7. Personifikasi. Contoh : nyanyian ombak pagi (rangkap 1, baris 4)

NILAI
   1.   Nilai menghargai. Sejarah dan sastera perlu dihargai sebagai warisan negara yang bernilai tinggi.
   2.   Nilai kesetiaan. Mahsuri digambarkan sebagai seorang isteri yang sangat setia kepada suaminya.
   3.   Nilai patriotisme. Perasaan cinta akan sejarah dan sastera penting dalam pembinaan negara bangsa yang
        berjaya.
   4.   Nilai kreativiti penulis.Penulis yang kreatif mampu mengolah bahan sejarah menjadi hasil sastera yang indah.

PENGAJARAN
   1. Kita hendaklah menghargai sejarah dan sastera kerana kedua-duanya mempunyai kebaikannya kepada
      pembangunan negara.
   2. Janganlah kita suka menfitnah seseorang tanpa usul periksa.
   3. Kita hendaklah berfikiran kreatif dalam usaha merancang pembangunan negara.

_________________________________________________________________________________________________
                                          Adat Sezaman
                                    (Wan Nazihah Wan Abdullah)
MAKSUD

Rangkap 1
Peradaban zaman semakin berlalu dan meninggalkan kesan kepada masyarakat. Adat tradisi nenek moyang mempunyai
nilai murni yang tinggi dari aspek keindahan budayanya. Budaya tradisi ini mulia dan sesuai untuk dijadikan bahan kajian.
Sikap gadis timur yang penuh kesopanan dan sang teruna yang mempunyai pegangan agama yang sangat sepadan
untuk digandingkan bersama di atas pelamin. Namun kini perubahan zaman telah memberi kesan dalam kehidupan
masyarakat. Kini gadis yang bersopan santun amat sedikit dan lelaki yang kuat pegangan agama dan nilai ketimuran
mulai lenyap ditelan arus globalisasi. Golongan tua kini berasa malu dengan sikap anak muda yang suka berkelakuan
tidak sopan di tempat awam tanpa segan silu. Sehinggakan ada sesetengahnya yang melampaui batasan agama.

TEMA
Perubahan adat tradisi akibat arus modenisasi.

PERSOALAN
   1. Persoalan adat ketimuran yang tinggi nilainya. Adat timur amat indah dan mulia dalam kehidupan masyarakat
      terdahulu.
   2. Persoalan pergaulan bebas dalam kalangan anak muda. Pada hari ini anak muda bergaul bebas tanpa rasa
      malu.
   3. Persoalan perasaan kecewa golongan tua terhadap generasi muda. Golongan tua berasa sangat kecewa dan
      sedih apabila melihat budaya kuning yang menjadi ikutan dan sanjungan.
   4. Persoalan pegangan agama yang kuat dapat mengelakkan unsur-unsur negatif. Gadis yang mempunyai
      pegangan agama mampu mengelakkan diri daripada perbuatan yang negatif seperti pergaulan bebas.

BENTUK
   1. Sajak ini terdiri dari 1 rangkap.
   2. Panjang pendek baris tidak sama dengan jumlah perkataan yang tidak terkawal.
   3. Terdiri daripada 4 – 13 suku kata.
   4. Sajak berbentuk bebas.


                                                           15
NADA
Melankolik.

GAYA BAHASA
   1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : warak si teruna jadi ikatan
   2. Aliterasi :pengulangan konsonan l. Contoh : terlalu mulia apabila diselidik (rangkap 1,baris 4)
   3. Asonansi :pengulangan vokal a. Contoh : sama cantik sama padan
   4. Metafora . Contoh : si tua berduka lara (rangkap 1, baris 16)
   5. Anafora. Contoh : terlalu indah apabila dipandang (rangkap 1, baris 3)
                  Terlalu mulia apabila diselidik (rangkap 1, baris 4)
   6. Inversi. Contoh : adat sezaman ditinggal jauh (rangkap 1, baris 4)
                  Adat agama dipandang remeh (rangkap 1, baris 21)

NILAI
   1. Nilai ketinggian budi bahasa. Pada masa dahulu anak gadis dan teruna mempunyai budi pekerti yang tinggi..
   2. Nilai ketakwaan. Ketakwaan pada ajaran agama mampu menghindarkan seseorang itu daripada melakukan
      perbuatan yang melampaui batas agama.
   3. Nilai jati diri. Gadis yang mempunyai jati diri pasti akan menjunjung adat ketimuran.

PENGAJARAN
    1. Kita hendaklah mengikut adat dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Adat dan agama mampu menjadi
       panduan untuk mengekang masyarakat daripada melakukan perkra yang melanggar norma-norma hidup.
    2. Kita hendaklah mempunyai nilai jati diri yang utuh. Sekiranya remaja mempunyai nilai jati diri yang tinggi, mereka
       pasti akan menjunjung adat ketimuran.
    3. Kita hendaklah bijak memilih pasangan. Seseorang yang rasional akan memilih pasangan yang berpegang
       teguh kepada ajaran agama supaya terhindar daripada pergaulan bebas.
_________________________________________________________________________________________________

                                                    Tiba Waktunya
                                                    (Ghazali Lateh)
MAKSUD

Rangkap 1
Arus globalisasi telah berlaku dengan pantas meliputi pelbagai bidang. Oleh itu, manusia perlu merebut peluang yang ada
selari dengan perubahan zaman.

Rangkap 2
Wanita tidak perlu memikirkan perkara-perkara yang bakal menimbulkan kekeliruan untuk membuat pilihan kerana akan
merugikan masa. Perkara yang lebih penting ialah wanita perlu merebut peluang yang ada dalam usaha memajukan diri
dan keluarga.

Rangkap 3
Penyajak menyarankan agar wanita zaman siber berani meluahkan idea ke tengah arena negara. Penglibatan wanita
dalam pelbagai bidang mampu memacu negara mencapai wawasan.

Rangkap 4
Mereka perlu keluar daripada kongkongan kedaifan dan meleraikan semua yang mengelirukan. Mereka juga perlu berani,
berkeyakinan tinggi, tabah di samping menjaga budi pekerti serta hebat semua bidang.

Rangkap 5
Penyajak mengajak wanita supaya mengangkat martabat mereka dengan kekuatan akal dan tenaga fizikal. Dengan
berbekalkan keimanan dan kecekalan, penyajak menyarankan wanita menggerakkan keupayaan maksimum.

Rangkap 6
Sekaranglah masanya untuk wanita berada di puncak pentas dunia.



                                                           16
TEMA
Usaha mengangkat martabat wanita.

PERSOALAN
1.  Persoalan persaingan manusia dalam mengejar kemajuan pada zaman moden.
2.  Persoalan keyakinan diri dalam usaha mendapat kesenangan dalam hidup.
3.  Persoalan peranan wanita dalam masyarakat.
4.  Kepentingan wanita menjadi seorang yang berani.

BENTUK
1.  Terdiri daripada enam rangkap.
2.  Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama mengandungi lima baris, rangkap kedua mengandungi tujuh
    baris, rangkap ketiga mengandungi empat baris, rangkap keempat mengandungi enam baris,rangkap kelima
    mengandungi lima baris dan rangkap terakhir mengandungi dua baris.
3.  Jumlah patah kata antara tiga hingga enam.
4.  Jumlah suku kata antara tujuh hingga empat belas.
5.  Rima akhirnya bebas : aabcc, aaaaabb, abcc, aabbbb, aabbb dan aa.
6.  Sajak ini berbentuk bebas.

NADA
Patriotik

GAYA BAHASA
1.  Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : dari putik dan pucuk berembun kemilau.
2.  Kata ganda. Contoh : tunas-tunas, gerak geri, sisa-sisa.
3.  Aliterasi :pengulangan konsonan n. Contoh : merebut tunas-tunas harapan yang hijau
4.  Asonansi :pengulangan vokal u. Contoh :dari putik dan pucuk berembun kemilau
5.  Sinkope. Contoh : kautanya
6.  Hiperbola. Contoh : angin musim semakin deras dan ganas
7.  Metafora. Contoh : tunas-tunas harapan
8.  Imejan / simbolik. Contoh : persada dunia ( puncak kejayaan)
9.   Inversi. Contoh : usah kautanya persoalan dilemma

NILAI
   1.       Nilai keberanian. Wanita kini perlu berani mengemukakan idea dan melibatkan diri dalam pelbagai bidanguntuk
            pembangunan negara.
    2.      Nilai kecekalan. Kecekalan penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang.
    3.      Nilai keyakinan diri. Wanita kini perlu memiliki keyakinan diri dalam menempuh arus perdana dalam hidup.
    4.       Nilai berpandangan jauh. Setiap individu perlu berpandangan jauh untuk mencapai matlamat hidup.

PENGAJARAN
1. Wanita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam zaman moden ini demi kejayaan diri sendiri.
2. Kita mestilah cekal dalam meniti kehidupan demi kesejahteraan hidup.
3. Wanita mestilah menjaga iman dan adab sopan agar terpelihara daripada godaan dunia.
4. Wanita hendaklah berusaha mengangkat martabat mereka dengan berbekalkan kekuatan mental dan fizikal.




                                                            17
PROSA TRADISIONAL

                                           Pelayaran Yang Penuh Peristiwa
Sinopsis
           Kisah bermula apabila Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan menaiki
geliung (kapal) menuju dari Negeri Bandar Mengkalih menuju ke Negeri Semarang di Tanah Jawa. Geliung itu bergerak
terlalu laju menyebabkan semua anak kapal mabuk-mabuk dan muntah-muntah lalu tidak sedarkan diri kecuali tiga orang
iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menggantikan jurumudi kapal, Si Kembang Cina, dan Awang Sulung Merah
Muda yang menyamar sebagai budak comot dan hitam. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina
memanggil Awang Sulung menggantikannya sebagai jurumudi dengan memberi alasan bahawa dia sudah keletihan.
Pada mulanya Awang Sulung tidak bersetuju tetapi setelah dipujuk dengan lembut akhirnya Awang Sulung mengambil
alih tugas sebagai jurumudi. Anehnya, Awang Sulung tidak memegang kemudi sebaliknya menyeru geliung itu supaya
belayar mengikut tiupan angin.
           Setelah tiga hari belayar, geliung itu hendak berlabuh di Pulau Tapai untuk mengambil kayu api dan air tetapi
gagal kerana laut bergelora. Sekali lagi Awang Sulung menggunakan kesaktiannya dengan mencampakkan tulang
pelanduk putih menyebabkan air menjadi tenang. Setelah beberapa lama berlabuh barulah penghuni geliung tersedar
daripada pengsan. Sebaik sedar, jurumudi menikam seekor ayam dengan kerisnya lalu pergi berjumpa Tuanku Nakhoda
Tua dan menyatakan bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada serangan Tuan Puteri Dayang
Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua percaya kata-kata jurumudi kerana sewaktu kejadian baginda juga pengsan. Geliung itu
berlabuh selama tiga hari tiga malam di Pulau Tapai. Tuanku Nakhoda Tua telah berjanji akan mengahwinkan sesiapa
sahaja yang berjaya membawa geliung itu selamat sampai ke Tanah Jawa dengan puteri baginda iaituTuan Puteri
Dayang Seri Jawa.
            Jurumudi menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Awang Sulung kepada Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa sebaliknya dia dimarahi oleh tuan puteri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa cuba menguji kehebatan Awang Sulung
dengan menyuruhnya mengambil air dan mencari kayu. Perkara pelik dilakukan oleh Awang Sulung kerana dia
mengambil air di tengah laut di tempat arus yang deras. Awang Sulung tidak mengambil kayu bakau dan temu laut seperti
yang diminta oleh tuan puteri, sebaliknya mengambil batang nipah. Tuan Puteri Dayang           Seri Jawa memarahi Si
Kembang Cina yang mengikut arahan jurumudi kerana memberikan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada
Awang Sulung sebaliknya Tuan Puteri memerintahkan Si Kembang Cina menyiapkan hidangan istimewa kepada Awang
Sulung. Berlaku satu lagi keanehan apabila air masin yang diambil oleh Awang Sulung yang dimasukkan ke dalam
buyung suasa bertukar menjadi air manis.
             Semasa hendak meneruskan pelayaran, Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua anak kapal
memaklumkan bahawa mereka akan melalui kawasan Laut Sekona Lingga yang banyak lanun. Tuanku Nakhoda berjanji
sesiapa yang dapat menyelamatkan baginda dan puterinya daripada serangan lanun, dia akan dikahwinkan dengan Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa. Semua anak kapal berasa takut, namun jurumudi telah mengambil kesempatan dengan
menonjolkan diri bahawa dia yang akan melawan lanun-lanun itu. Semasa melintasi perairan Pulau Salah Nama, lanun
menyerang. Anak-anak kapal termasuk jurumudi lari menyelamatkan diri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Awang
Sulung menentang lanun tetapi Awang Sulung membuat helah mengatakan beliau tidak layak kerana kaki dan tangannya
sakit. Apabila mendengar alasan itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memberikan limau
selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung mandi. Selepas mandi dan memakai persalinan pakaian pusaka
tua warisan bonda dan menyisip keris serta menyarung pedang sakti, terserlahlah ketampanan Awang Sulung.
           Semasa lanun-lanun cuba menaiki geliung, Awang Sulung melaungkan nama-nama ketua lanun dan menyindir
mereka supaya menawan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Mendengar suara Awang Sulung, lanun-lanun itu ketakutan
kerana mereka mengenali Awang Sulung dan berjanji untuk menyelesaikan hutang Awang Sulung kepada Datuk Batin
                                                          18
Alam dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Geliung itu telah dipenuhi dengan         wang batu dan wang emas. Setelah
menyelesaikan semua hutang, Awang Sulung berhasrat untuk pulang ke Bandar Mengkalih menyebabkan Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa sedih dan mengambil tindakan untuk terjun ke laut tetapi sempat dihalang oleh hulubalang yang ada di
situ. Tuan puteri pengsan tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung berpantun dengan Si Kembang Cina lalu tuan
puteri berbalas pantun pula dengan Awang Sulung. Setelah dijamu makan dan minum serta memenuhkan geliung
dengan wang, lanun-lanun itu kembali ke bahtera masing-masing. Selepas lanun-lanun itu pergi, jurumudi membuat
helah sekali lagi dengan mengaku dirinyalah yang menyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun kepada Tuanku
Nakhoda. Dia menunjukkan kerisnya yang berdarah selepas dia menikam seekor ayam. Tuanku Nakhoda Tua percaya
penipuan jurumudi dan memerintahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu. Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa begitu geram dengan tindakan ayahandanya yang tidak usul periksa. Apabila mengetahui perkara sebenar
Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf kepada Awang Sulung yang juga berketurunan raja dan mengahwinkannya
dengan tuan puteri.
          Beberapa hari selepas mereka berkahwin, geliung meneruskan pelayaran merentasi beberapa pulau
sehinggalah sampai ke Negeri Pati Talak Terangganu. Awang Sulung dijemput naik ke darat oleh raja negeri tersebut.
Semasa naik ke darat Awang Sulung ditemani oleh jurubatu dan Bujang Selamat. Mereka membawa bersama ayam
Awang Sulung yang bernama Kinantan Suci. Kedatangan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak menimbulkan kehairanan
rakyat negeri tersebut apabila segala alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi . Awang Sulung meminta kebenaran
daripada raja untuk menyabung ayam. Pada peringkat awal pertarungan, Kinantan Suci hampir tewas tetapi setelah
diseru oleh Awang Sulung ayam itu berjaya menaji ayam lawan sehingga terputus kepala. Selesai menyabung ayam
barulah Awang Sulung naik ke balairung seri, disambut oleh pembesar dan rakyat negeri itu.


Tema
Kelebihan dan kehebatan anak raja
Awang Sulung Merah Muda digambarkan memiliki kelebihan dan kehebatan seperti boleh menggerakkan geliung tanpa
memegang kemudi, menenangkan air laut dengan mecmpakkan tulang pelanduk putih, menukarkan air laut yang masin
menjadi manis, semasa ketibaan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak Terengganu, alat-alat kebesaran dan seluruh isi
alam berbunyi seolah-olah menyambutnya . Satu lagi kelebihannya, ketika ia menyeru ayamnya Kinantan Suci yang
hampir tewas semasa menyabung sehingga akhirnya dapat mengalahkan lawannya, Si Jalak .


Persoalan
    1.   Persoalan cinta tidak mengenal rupa paras.
         Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat kelebihan yang dimiliki oleh
         Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot dan hitam.


    2.   Persoalan perasaan dengki dan iri hati
         Jurumudi sangat dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik daripada Tuan Puteri Dayang
         Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu
         kepada Awang Sulung.


    3.   Persoalan kewibawaan dan pengaruh yang kuat
         Lanun-lanun tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apabila mendengar
         suara Awang Sulung Merah Muda.


                                                          19
   4.   Persoalan menipu untuk mencapai sesuatu tujuan
        Jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan mengatakan dialah yang menyelamatkan geliung daripada
        serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan daripada serangan lanun dengan menunjukkan keris yang berdarah
        ayam. Tujuannya supaya dia dapat berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.


   5.   Persoalan menghormati tetamu
        Awang Sulung disambut oleh pembesar istana dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu semasa naik ke
        balairung seri.


Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Awang Sulung Merah Muda
        Berasal dari Negeri Bandar Mengkalih
        Anak kepada Tuanku Si Helang Laut
        Cucu kepada Tuanku Si Helang Mawai
        Menyamar sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
        Berwajah tampan – setelah mandi dengan menggunakan limau selimpat pagar dan sabun wangi terserlahlah
         ketampanannya .
        Memiliki keris dan pedang sakti Memiliki gigi yang cantik bercahaya
        Berhutang dengan Nakhoda Tua dan Datuk Batin Alam
        Berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
        Ditakuti lanun
        Memiliki pelbagai kesaktian – Dia dapat menenangkan air laut yang bergelora, menukarkan air masin menjadi
         manis dan tidak perlu memegang kemudi untuk menggerakkan geliung.
        Patuh kepada peraturan - Dia meminta Bujang Selamat bertanyakan adat bergelanggang sebelum menyabung
         ayam.
        Merendah diri – apabila disuruh mengemudi geliung menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dia
         mengatakan sekiranya berada di daratan bolehlah dia menjadi penghalau ayam, penunggu itik atau tukang
         sapu rumah .


Watak Sampingan
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
        Anak Tuanku Nakhoda Tua
        Mengemudi geliung setelah jurumudi pengsan
        Mudah jatuh cinta - Jatuh hati kepada Awang Sulung Merah Muda setelah melihat kelebihan dan kehebatan
         Awang Sulung
        Suka menguji - dia menguji kelebihan Awang sulung dengan menyuruhnya mengambil air
        Prihatin - Marah apabila Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi dalam tempurung berbulu dan ketika
         jurumudi dengki kepada Awang Sulung
        Sensitif – dia cuba membunuh diri hendak terjun ke laut apabila mendengar Awang Sulung hendak kembali ke
         Bandar Mengkalih.



                                                          20
Jurumudi
            Jurumudi geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
            Penipu - Menipu Tuanku Nakhoda Tua           bahawa     dialah yang telah menyelamatkan geliung dengan
             menunjukkan keris berdarah
            Pendengki – Dia berasa dengki kepada Awang Sulung
            Pengecut - Lari menyelamatkan diri semasa serangan lanun


Tuanku Nakhoda Tua
            Ayahanda kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
            Mudah terpedaya – terpedaya dengan penipuan jurumudi.
            Insaf - berasa kesal dengan kesilapannya yang memandang rendah kepada Awang Sulung
            Menepati janji - Dia mengahwinkan puterinya dengan Awang Surung Merah Muda yang berjaya menyelamat
             baginda dan puterinya daripada serangan lanun.


Si Kembang Cina
            Orang suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
            Taat perintah – Taat akan suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
            Pandai memujuk – Dia memujuk Awang Sulung sehingga bersetuju untuk mengemudi geliung


Latar
Latar Tempat
Geliung panjang
           Tuan Puteri Dayang Seri Jawa belayar menaiki geliung panjang dari Bandar Mengkalih menuju ke negeri
            Semarang di Tanah Jawa.
Pulau Tapai
           Tempat Geliung berlabuh di Pulau Tapai untuk mendapatkan kayu dan air. Pada mulanya geliung tidak boleh
            berlabuh kerana laut bergelora. Awang Sulung menggunakan kelebihannya dengan mencampakkan tulang
            pelanduk putih yang diikat dengan benang banyak warna. Akhirnya air laut menjadi tenang dan geliung dapat
            berlabuh.
Pulau Salah Nama
           Sekumpulan lanun menyerang geliung di Pulau Salah Nama. Anak-anak kapal lari menyelamatkan diri termasuk
            jurumudi. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta bantuan Awang Sulung menentang lanun. .
Negeri Pati Talak Terangganu
            Awang Sulung menyabung ayamnya Kinantan Suci .


Latar Masa
            Tiga hari tiga malam semasa geliung berlabuh di Pulau Tapai.
            Waktu siang - ketika anak-anak kapal mencari kayu api dan air di pulau.


Latar Masyarakat
            Golongan bangsawan – Awang Sulung, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri
             Pinang Masak, Raja Negeri Pati Talak Terengganu.

                                                              21
            Golongan bawahan – anak-anak kapal
            Masyarakat lanun yang melakukan rompakan di laut
            Golongan taat kepada perintah – Si Kembang Cina dan Bujang Selamat taat akan perintah Tuan Puteri Dayang
             Seri Jawa dan Awang Sulung Merah Muda.
            Masyarakat penipu –        jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang telah menyelamatkan
             geliung dengan menunjukkan keris berdarah
            Masyarakat yang suka menyabung ayam - Awang Sulung Merah Muda menyabung ayam dan rakyat Negeri
             Pati Talak Terengganu
Gaya Bahasa
            Bahasa klasik – geliung
            Bahasa istana - beta, santap, kakanda, ayahanda
            Peribahasa – enau mencari sigai, dan lesung mendapatkan antan, berkecil hati
            Simile – bagai pucuk dilancarkan, bagai air di kuali, bagai purnama empat belas har ibulan, bagai kilat sembur-
             menyembur
            Puisi : Pantun :
                           Bintang tujuh tinggal enam,
                                  Jatuh satu ke Gunung Daik;
                           Bercahayalah sepuh hilang senam
                                  Itulah tanda emas yang baik.


                     Seloka:
                                Nobat merpati di gunung,
                                Memberi salam murai di pintu,
                                Berbega burung di bumbungan,
                                Berkokok si tambang denak,
                                Membalas kinantan suci,
                                Bertutu ketitir jantan,
                                Berkokok balam tembaga tiga gaya,
                                Berbunyi sekalian bunyi-bunyian.


Nilai
           Nilai merendah diri – contohnya Awang Sulung yang berketurunan raja sanggup menyamar sebagai budak hitam
            yang comot
           Nilai keyakinan – contoh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sanggup mengambil alih mengemudi kapal sewaktu
            jurumudi pengsan
           Nilai berani – contoh Awang Sulung berani menentang lanun yang cuba menyerang geliung kenaikan Tuan
            puteri Dayang Seri Jawa.
           Nilai kasih Sayang – contoh Awang Sulung dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa saling menyayangi selepas
            berkahwin.
           Nilai bertimbang rasa- contohnya Awang Sulung membantu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengemudi geliung.
           Nilai keinsafan – contoh Tuanku Nakhoda Tua insaf dan memohon maaf atas kesalahan kepada Awang Sulung.



                                                                 22
       Nilai rasional – contoh Tuanku Nakhoda Tua sanggup menerima pandangan puterinya agar tidak terpengaruh
        dengan kata-kata jurumudi.
       Nilai hormat kepada raja – contoh lanun tidak menyerang geliung setelah mendapati Awang Sulung berada di
        atas geliung tersebut.


Pengajaran
       Kita hendaklah sentiasa merendah diri di mana-mana sahaja kita berada supaya kita akan dihormati.
       Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat.
       Kita hendaklah bijak agar dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.
       Kita hendaklah bersedia memberi bantuan terhadap orang yang memerlukan pertolongan.
       Kita hendaklah berani mengaku kesalahan yang dilakukan agar tidak menimbulkan kekesalan pada masa
        hadapan.
______________________________________________________________________________________________
                                                  Prosa Tradisional
                                                    (Merah Silu)
Sinopsis
           Kisah bermula apabila Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah dikurniakan dua orang anak
lelaki iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Pada awalnya Merah Gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai
rambut berwarna keemasan di tengah kepala sehingga beliau terpandang isterinya menyikat rambut. Merah Gajah mahu
mencabut rambut tersebut tetapi dihalang oleh isterinya. Sewaktu Puteri Betong tidur, Merah Gajah telah mencabut
rambut tersebut menyebabkan keluar darah dari liang-liang rambut sehingga menyebabkan kematiannya.
           Berita kematian Puteri Betong telah menimbulkan kemarahan ayahandanya Raja Muhammad dan mengambil
tindakan membunuh Merah Gajah. Ayahanda Merah Gajah iaitu Raja Ahmad telah bertindak balas menyerang Raja
Muhammad sehingga berlaku peperangan sengit menyebabkan kedua-duanya terbunuh termasuk sebilangan besar
rakyat. Hanya yang tinggal Merah Silu dan Merah Hasum serta beberapa rakyat yang masih hidup dan mengaku taat
setia kepada kedua-duanya untuk terus tinggal di negeri Semerlanga itu.
           Merah Silu dan adiknya Merah Hasum berhasrat meninggalkan negeri itu kerana tidak ada sesiapa lagi kaum
kerabatnya yang tinggal. Mereka berdua keluar meninggalkan negeri Semerlanga menuju ke sebuah negeri bernama
Beruana. Mereka membuka perkampungan di tepi sungai. Suatu hari ketika di sungai, Merah Silu terlihat banyak ikan dan
dia pergi ke hulu sungai menahan bubu. Beberapa kali bubu yang ditahannya dipenuhi dengan cacing gelang-gelang.
Akhirnya dia mengambil keputusan membawa balik cacing gelang-gelang itu dan merebusnya di dalam kawah. Cacing itu
telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya.
             Merah Hasum hanya diam apabila mendengar berita Merah Silu menjadi kaya. Pada suatu hari, Merah Silu
menangkap kerbau liar tetapi tindakannya itu tidak disenangi oleh Merah Hasum kerana pada pendapatnya kerja itu tidak
berfaedah dan hanya memalukan dirinya sebagai saudara kepada Merah Silu. Merah Hasum telah meminta Merah Silu
menghentikan perbuatan tersebut dan menyuruh Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak mahu mendengar katanya.
Akhirnya Merah Silu mencari petempatan baru dengan membawa segala harta dan kerbaunya. Merah Silu tiba di hulu
Karang dan menetap di situ tetapi kehadirannya tidak disenangai oleh penduduk kampung kerana kerbau-kerbau itu
memakan tanaman mereka.
             Merah Silu berpindah lagi ke sebuah negeri bernama Buluh Telang. Di sini beliau bertemu dengan Megat
Iskandar dan menyatakan hasratnya untuk tinggal di negeri tersebut dan menganggap Megat Iskandar sebagai bapanya.
Megat Iskandar bersetuju membenarkan Merah Silu tinggal di situ dan boleh memelihara kerbau kerana ada ladang yang
luas. Merah Silu suka menyabung ayam dan selalu memberi kerbau sebagai hadiah kepada sesiapa yang menyabung

                                                          23
ayam dan yang menontonnya. Megat Iskandar dengan persetujuan pembesar dan rakyat telah melantik Merah Silu
menjadi raja di Rimba Jerun. Sultan Maliku’l- Nasar tidak bersetuju dan menyerang Merah Silu. Beberapa siri peperangan
berlaku antara Merah Silu dengan Sultan Maliku”l- Nasar dan akhirnya sultan tewas dan Merah Silu menjadi raja di Rimba
Jerun.


Tema
Ketabahan seorang anak raja dalam menghadapi cabaran hidup.
Merah Silu menjadi yatim piatu setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan terpaksa merantau dengan adiknya Merah
Hasum meninggalkan Semerlanga dan membuka petempatan baru di Beruana. Merah Silu terpaksa berpindah lagi
kerana sikapnya tidak disenangi oleh adiknya. Dia berpindah ke Hulu Karang tetapi tidak disukai oleh penduduk di situ
kerana kerbau-kerbaunya telah merosakkan tanaman mereka. Merah Silu menetap pula di Buluh Telang apabila dipelawa
oleh Megat Iskandar. Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Maliku’l-Nasar sehingga dia dirajakan
di Rimba Jerun.


Persoalan
    1.    Persoalan perselisihan antara adik-beradik
          Perselisihan faham antara Merah Silu dengan Merah Hasum kerana tindakan Merah            Silu yang menangkap
          kerbau liar tidak disukai oleh Merah Hasum dan dianggap memalukannya.
    2.    Persoalan perkara di luar logik akal
          Keistimewaan seseorang keturunan raja digambarkan dengan peristiwa aneh misalnyanya cacing gelang-gelang
          yang direbus oleh Merah Silu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.
    3.    Persoalan keberanian anak raja
          Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Maliku’l-Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba
          Jerun.
    4.    Persoalan sikap pemurah dalam kalangan masyarakat
          Merah Silu yang suka menyabung ayam memberi hadiah                seekor kerbau kepada    orang yang terlibat
          menyabung ayam dan juga kepada yang hanya datang melihat sahaja malah dia juga memberi semula wang
          pertaruhan kepada mereka yang kalah.
    5.    Persoalan kegemaran berjudi dalam kalangan masyarakat
          Merah Silu suka menyabung ayam dan mengunakan wang pertaruhan .


Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Merah Silu
        Anak sulung Merah Gajah dengan Puteri Betong
        Mempunyai saudara bernama Merah Hasum
        Menjadi yatim piatu sejak kecil setelah kematian ibu dan ayahnya
        Kaya - Cacing gelang-gelang yang direbusnya bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.
        Suka menyabung ayam – Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu.
        Seorang yang tidak berputus-asa- Merah Silu berulang kali menahan bubu walaupun hasilnya hanya cacing
         gelang-gelang.
        Seorang yang berani- Merah Silu terlibat dalam beberapa siri peperangan.


                                                           24
         Seorang yang pemurah- Merah Silu suka memberi hadiah kerbau kepada sesiapa yang terlibat dalam sabung
          ayam.


Watak Sampingan


1.        Merah Hasum
o         Adik kepada Merah Silu
o         Menghormati saudara- Dia bersetuju dengan pandangan Merah Silu untuk berpindah dari negeri Semerlanga.
o         Tidak suka perkara sia-sia- Dia marahkan Merah Silu kerana menangkap kerbau liar.
o         Bersikap tegas – Dia menyuruh Merah Silu meninggalkan Beruana jika tidak mahu menghentikan perbuatan
          menangkap kerbau liar.


2.        Megat Iskandar
o         Saudara kepada Megat Kedah dan Sultan Maliku”l-Nasar.
o         Tinggal di Buluh Telang.
         Mempunyai ladang yang luas.
         Bapa angkat kepada Merah Silu.
         Tetap pendirian - Dia berperang di Kumat dengan saudaranya Sultan Maliku’l-Nasar yang tidak bersetuju Merah
          Silu menjadi raja di Rimba Jerun
         Seorang yang menghormati tetamu - Dia menjamu Merah Silu semasa kedatangan Merah Silu ke Buluh Telang.


3.        Sultan Maliku”l- Nasar
         Adik kepada Megat Iskandar dan Megat Kedah
         Tegas- Dia tidak bersetuju dengan tindakan Megat Iskandar untuk melantik Merah Silu di Rimba Jerun.
          Mempertahankan haknya sebagai raja di Rimba Jerun
          Berani – Dia berperang dengan Megat Iskandar di Kumat.


Latar
Latar Tempat
1.   Negeri Semerlanga
          Peperangan antara Raja Ahmad dengan Raja Muhammad menyebabkan kedua-duanya terbunuh.
          Tempat asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum keluar merantau.
2.       Beruana
          Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Silu dan Merah Hasum.
          Cacing gelang-gelang yang memenuhi bubu Merah Silu yang ditahannya di hulu sungai telah direbus dan
           bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya.
3.   Kerbau Kampung
          Tempat Merah Silu menangkap kerbau liar.
4.   Hulu Karang
          Merah Silu tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbau Merah Silu merosakkan tanaman padi dan
           pisang mereka.
5.   Negeri Buluh Telang

                                                           25
          Menetap di situ setelah dipelawa oleh Megat Iskandar.
          Tempat Merah Silu mengamalkan hobinya menyabung ayam.
6.       Rimba Jerun
          Peperangan antara Sultan Maliku”l-Nasar dengan Merah Silu.
          Merah Silu menjadi raja di sini setelah Sultan Maliku’l-Nasar ditewaskan oleh Megat Iskandar di Kumat.


Latar Masa
     1.    Bermula dari kelahiran Merah Silu hingga dilantik menjadi raja di Rimba Jerun.
     2.    Waktu malam – semasa Puteri Betong tidur dan Merah Gajah mencabut sehelai rambut Puteri betong yang
           berwarna keemasan menyebabkan kematiannya.
     3.    Waktu siang - Merah Silu pergi ke tepi sungai dan ternampak banyak ikan.


Latar Masyarakat
     1.    Golongan bangsawan – Merah Silu, Merah Hasum, Puteri Betong, Merah Gajah, Raja Ahmad, Raja Muhammad,
           Megat Iskandar,Megat Kedah, Sultan Maliku’l-Nasar
     2.    Masyarakat yang suka menyabung ayam - Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan
           Merah Silu.
     3.    Golongan bawahan – orang yang diupah untuk mengorek lubang besar (anderak) bagi menangkap kerbau liar
                 Golongan askar – golongan yang terlibat dalam beberapa siri peperangan.
                 Masyarakat yang suka membantu - Megat Iskandar mempelawa Merah Silu menetap di situ.


Gaya Bahasa
     1.    Bahasa Klasik – anderak, dibantunnya), senawat
     2.    Bahasa istana - baginda, adinda, kakanda , anakanda
     3.    Bahasa Arab – berkat , Allah Taala
     4.    Personifikasi – matahari mati
     5.    Metafora – kerbau jalang
     6.    Hiperbola
                    - Bukit yang dilalui Merah Silu menjadi lekuk bekas kerbau itu berjalan .
                    - Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus.


Nilai
1.      Nilai Taat Setia – rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga melibatkan banyak kehilangan nyawa.
2.      Nilai Murah Hati - Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang yang hadir ke gelanggang
        sabung ayam.
3.      Nilai Keberanian - - Merah Silu berani berperang menentang Sultan Maliku’l-Nasar untuk menjadi raja di Rimba
        Jerun.
4.      Nilai Berdikari – Merah Silu keluar mencari petempatan baru sendirian setelah dihalau oleh Merah Hasum.


Pengajaran
          Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul melalui rundingan bukannya peperangan.
          Kita hendaklah berani mempertahankan maruah supaya hak kita tidak diganggu- gugat.

                                                             26
       Kita hendaklah menghormati tetamu.
       Kita janganlah menganiayai binatang.
       Kita hendaklah menyelidik dahulu sesuatu perkhabaran sebelum mengambil sebarang tindakan.
____________________________________________________________________________________________
                                                  Prosa Tradisional
                                                (Hikayat Indera Nata)

Sinopsis
           Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lama mengembara dan
sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar . Bondanya bertanya tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa
Si Piatu itu sebenarnya adalah Indera Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala
binatang. Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah
menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. Tuanku Syah Alam mengkagumi Indera Nata apabila
mendengar cerita daripada Indera Jenaka.
           Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit yang terlalu tinggi dan
terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di
dalamnya . Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas
perintah ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan
memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri
Cendera Kesuma memberitahu mereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka
dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk mencari gajah bergading emas bagi
membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu segera.
            Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan puteri-puteri itu membuat helah
kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka , perlulah
mencari gajah bergading emas. Raksasa pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan
terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-pengikutnya pergi berburu . Raksasa
berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik gajah bergading emas.
             Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari kijang putih bertanduk
emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa
lelaki keluar mencari kijang putih bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya
menjadi putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah
bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu.
             Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan kain yang hitam,
mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua
raksasa terlalu marah dan segera mengikuti kesan tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama
Indera Nata di atas gajah. Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksasa
sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan gemala hikmat dan Betara
Gangga mengarahkan ular sakti dan naga membawa Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular
sakti dan naga tersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik Indera
Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan
kedua-dua raksasa itu mati.
            Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh malam sehingga sampai ke
rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya sangat gembira melihat kedatangan mereka. Indera Nata

                                                          27
menceritakan semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan Puteri
Cederawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati.


Tema
Pengembaraan Anak Raja Menempuh Pelbagai Cabaran
Indera Nata mengembara mencari gajah bergading emas atas perintah ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran
dihadapi dalam pengembaraan tersebut antaranya menemui binatang buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu
tinggi, menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa, dan hampir ditangkap dan dibunuh oleh raksasa.


Persoalan
1.   Persoalan keberanian dan kehebatan anak raja
    Indera Nata berani menentang binatang buas dan menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas
     yang terdapat di dalam hutan.
    Indera Nata berani masuk ke mahliga raksasa dan menyelamatkan tujuh orang puteri.
    Indera Nata mempunyai kebolehan bercakap atau berinteraksi dengan haiwan.


2.   Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
    Si Batu Kembar memeluk dan mencium anaknya Indera Jenaka yang baru balik darpada mengembara.
    Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya
     itu daripada mengembara.


3.   Persoalan kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan diri
    Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah dengan menyuruh raksasa mencari gajah bergading emas sekiranya
     raksasa mahukan mereka cepat besar, tetapi sebenarnya dia bertujuan membantu Indera Nata mendapatkan gajah
     bergading emas segera.
    Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah sekali lagi dengan menyuruh raksasa lelaki mencari kijang putih
     bertanduk emas dan raksasa perempuan mencuci kain hitam menjadi putih sebagai tanda sayang kepada mereka.
     Sebenarnya dia bertujuan untuk melarikan diri bersama Indera Nata dan puteri-puteri yang lain semasa ketiadaan
     raksasa.


4.   Persoalan tolong-menolong sesama manusia
    Indera Nata membantu menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas di hutan.
    Indera Nata membantu menyelamatkan ketujuh-tujuh puteri daripada tawanan raksasa.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama
Indera Nata
   Anak kepada Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati
   Digelar Si Piatu
   Sangat disayangi oleh ibunya - Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika
     menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.
    Mempunyai kesaktian – Indera Jenaka hairan melihat kelakuan Indera Nata yang boleh bercakap dengan binatang.
    Seorang yang berani –Menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas
    Seorang yang baik hati - Menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa.

                                                         28
Watak Sampingan
Tuan Puteri Cendera Kesuma
  Anak Raja Mesir
  Memiliki rupa paras yang cantik
  Menjadi tawanan raksasa .
  Petah berkata-kata -Tuan Puteri bukan sahaja cantik malah pandai berkata-kata dan berpantun.
  Bijaksana – pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk menyelamatkan diri daripada raksasa

Raksasa suami isteri
  Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi.
  Kejam – menawan tujuh orang puteri untuk dijadikan makanan.
  Besar, kuat dan gagah. – gerakan mereka berbunyi seperti rebut
  Pemarah dan ganas – membunuh semua rombongan Raja Rom yang pergi berburu untuk mendapatkan gajah
   bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom
  Mudah diperdaya – percaya helah yang dibuat oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma

Indera Jenaka
   Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar
   Menghargai jasa – Indera Jenaka menghargai Indera Nata dengan menceritakan kebaikan dan kelebihan Indera
    Nata kepada kedua-dua ibu bapanya.
   Seorang yang berterus terang - Memberitahu kedua-dua ibu bapanya siapa sebenarnya Si Piatu iaitu Indera Nata.


Latar
Latar Tempat
i.    Negeri Rom (rumah Si Batu Kembar)
     Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya siapa Si Piatu dan darihal Indera Nata


ii.   Negeri Pattani
     Indera Nata menentang haiwan buas dan menyelamatkan Indera Jenaka dan Indera Nata boleh bercakap dengan
      haiwan.


iii. Sebuah bukit yang tinggi
     Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah bersama-sama tujuh orang puteri yang
      ditawan.
iv. Sebuah peti emas
     Tempat Indera Nata disembunyikan oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma semasa raksasa balik ke mahligai.
v.    Tepi Laut / Pantai
     Tempat isteri raksasa mencuci kain hitam supaya menjadi putih.
 Rumah Bonda Indera Nata (Tuan Puteri Cenderawati)
     Kepulangan Indera Nata bersama tujuh puteri.
     Ketujuh-tujuh puteri menetap di situ.


Latar Masa
     Waktu pagi – raksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas.
     Waktu petang – raksasa tidur.
     Waktu siang – raksasa keluar mencari gajah bergading emas.

                                                           29
   Tujuh hari tujuh malam – perjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama tujuh puteri.
   Waktu tengah malam – Indera Nata tiba di rumah bondanya bersam tujuh puteri.


Latar Masyarakat
   Golongan bangsawan – Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri Cenderawati, Tuan Puteri Cendera Kesuma
   Golongan bawahan – rakyat yang mengikut Raja Rom pergi berburu yang semuanya dimakan oleh raksasa
   Masyarakat taat kepada perintah – Indera Nata mengikut perintah Raja Rom mengembara mencari gajah bergading
    emas
   Masyarakat yang memiliki kesaktian dan hikmat- Indera Nata boleh berinteraksi dan bercakap dengan haiwan,
    mempunyai gemala hikmat yang boleh menyeru dan meminta bantuan Betara Gangga.
   Masyarakat raksasa – sepasang suami isteri raksasa yang tinggal di atas sebuah bukit.
   Masyarakat haiwan – gajah bergading emas, ular sakti dan naga


Gaya Bahasa
   Bahasa Klasik – sebermula, hatta
   Bahasa istana - tuanku , kakanda , anakanda .
   Simile – maka ia mendengar bunyi seperti ribut , ia berani dengan segala binatang itu adalah ia berkata-kata seperti
    ia berkata dengan manusia juga.
   Puisi – pantun contoh:
    Ikan pari bertelur beribu
        Bertelur sejengkal juga;
    Hujan arah ke langit biru,
        Tawakalku dapat juga.
   Bahasa Arab – Allah
   Hiperbola – gajah bergadingkan emas , kijang putih bertandukkan emas , parasnya gilang-gemilang, cahayanya
    kilau-kilauan.


Nilai
   Nilai Bijaksana – Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah untuk melepaskan diri.
   Nilai Keberanian – Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh puteri.
   Nilai Kasih Sayang – Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata.
   Nilai Tolong-menolong - Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada tawanan raksasa dan Tuan Puteri
    Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata.


Pengajaran
   Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati.
   Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hidup harmoni.
   Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul.
   Kita mestilah menghargai budi yang diterima dan membalas dengan sebaik-baiknya.
   Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.




                                                          30
                                                  Prosa Tradisional
                                               (Hikayat Khoja Maimun)
SINOPSIS
Bab 1    :
         Khoja Maimun yang berasal dari negeri Ajam, mempunyai seorang isteri yang cantik bernama Bibi Zainab.
Pada suatu hari, mereka pergi ke pekan lalu membeli seekor burung Bayan jantan dengan harga seribu dinar. Burung itu
sungguh istimewa kerana boleh membuat ramalan. Menurut ramalannya, dalam masa tiga hari lagi Khoja Maimun akan
mendapat keuntungan hasil daripada menjual sanbal ( wangi-wangian). Hasil keuntungan tersebut, Khoja Maimun turut
membeli seekor burung tiung betina.
         Khoja Maimun keluar berniaga dan meninggalkan isteri tercintanya di rumah. Pemergiannya menyebabkan Bibi
Zainab berasa sunyi lalu duduk di tepi jendela. Pada ketika itu dia terpandang anak raja negeri yang sangat kacak dan
mereka saling jatuh hati. Bibi Zainab ingin berjumpa dengan anak raja itu lalu meminta nasihat burung tiung. Namun,
tiung melarangnya dengan memberi nasihat bahawa perbuatan tersebut bertentangan dengan hukum Allah. Bibi Zainab
amat marah mendengar nasihat itu, lantas menghempas tiung sehingga mati. Seterusnya, dia meminta pandangan
daripada Bayan pula. Bayan berusaha melalaikan Bibi Zainab dengan bercerita kepadanya.
Bab 2: Cetera Pertama
         Cetera pertama berkisar tentang Kisah Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Isteri saudagar berbuat
demikian kerana mengesyaki bahawa Bayan telah membocorkan dia telah bermukah dengan seorang fakir kepada
suaminya. Bayan menyembunyikan dirinya di dalam saluran tempat membuang air beras menyebabkan isteri saudagar
tersebut mengganggap Bayan telah mati.
         Isteri saudagar menberitahu kepada suaminya bahawa bayan telah mati akibat dimakan kucing. Namun, helah
itu diketahui suaminya menyebabkan saudagar tersebut marah dan menghalau isterinya. Dia telah pergi ke kubur Tuan
Sheikh Wali Allah untuk memohon doa agar suaminya menerimanya kembali. Setelah bulu bayan tumbuh kembali, dia
keluar dari tempat persembunyian lalu terbang ke kubur Tuan Syeikh untuk menyuruh isteri saudagar bertaubat. Bayan
menyuruh isteri saudagar mencukur rambut dan bulu kening kerana ingin membalas dendam. Bayan menyatakan hasrat
untuk membantu isteri saudagar agar dapat kembali ke pangkuan suaminya. Bayan menemui saudagar dan menjelaskan
bahawa bukan isterinya yang membunuh Bayan, menyebabkan isterinya diterima kembali.
         Bayan menyuruh Bibi Zainab menemui anak raja yang dicintainya, malangnya hari telah siang. Pada hari yang
lain Bibi Zainab sekali lagi ingin keluar menemuai anak raja itu, namun Bayan telah bercerita tentang Hikayat Taif untuk
melalaikannya.
Bab 3: Cetera Kedua
         Taif menemui Raja Tabristan kerana Raja Arab tidak menghargai jasa yang dicurahkannya selama ini.
Kehadirannya dialu-alukan dan Raja Tabristan yang menganugerahinya emas, perak dan tempat penginapan. Dalam
suatu majlis keramaian, Taif telah menyatakan hasrat untuk melawan Isteri Syah Alam sehingga menyebabkan rajanya
murka.
         Suatu malam ketika Taif sedang berkawal, Raja Tabristan terdengar suara perempuan. Raja menitahkan Taif
untuk menyiasat perkara tersebut. Menurut perempuan itu, jika Taif inginkan daulat raja Tabristan bertambah dan umur
baginda dipanjangkan, dia harus membunuh anaknya sendiri. Taif begitu setia dan rela melakukan perkara tersebut,
namun dihalang oleh perempuan itu kerana dia sebenarnya hanya ingin menguji Taif.
         Peristiwa itu sebenarnya diintip oleh Raja Tabristan. Ketaatan Taif menyebabkan dia dianugerahi sebuah negeri
dan harta yang banyak. Cerita itu sekali lagi melalaikan Bibi Zainab menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk
bertemu kekasihnya. Malam berikutnya, Bayan bercerita lagi.
Bab 4 : Cetera Ketiga

                                                          31
          Terdapat seorang suami yang begitu mencemburui isterinya menyebabkan segala tindak tanduk isterinyanya
dikawal. Isterinya telah bercerita tentang seorang suami yang terlalu memahami isterinya dan tidak akan marah walaupun
isterinya berlaku sumbang terhadapnya. Hal ini demikian kerana, dia pernah melihat suami yang cemburu turut diduakan
oleh isterinya. Akibat terlalu cemburu si suami sanggup menjadikan dirinya seekor gajah untuk membawanya berjalan-
jalan, kerana bimbang isterinya akan bersenda gurau dengan lelaki lain.
          Isteri kepada suami yang cemburu itu selalu menegaskan kepada suaminya bahawa dia setia, namun
kesetiaannya masih diragui. Oleh sebab itu, dia membekalkan bunga dan sehelai kain kesumba ketika suaminya pergi
belayar. Jika isterinya curang, bunga itu akan layu dan kain itu akan luntur
          Bunga yang dibawa oleh saudagar (suami) itu tidak layu walaupun ketika itu musim kemarau. Raja di negeri itu
tertanya-tanya akan keunikan bunga itu menyebabkan saudagar itu menceritakan hal sebenar. Kebijaksanaan isteri
saudagar itu menyebabkan Raja ingin menguji kesetiaan isteri saudagar dengan menghantar seorang hamba raja
menemuinya namun gagal. Seterusnya, tiga orang hamba dihantar untuk menguji kesetiaan isteri saudagar tadi, namun
turut mengalami kegagalan. Akhirnya raja sendiri yang pergi untuk menguji isteri saudagar tadi. Isteri saudagar
menasihati Raja agar takut akan azab Allah dan segera bertaubat.
          Sekali lagi Bibi Zainab gagal menemui kekasihnya. Hajatnya masih tidak kesampaian apabila Bayan bercerita
pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya, Bibi Zainab insaf dan sedar bahawa seorang perempuan
mestilah taat kepada suaminya.

TEMA

Nilai etika yang harus diutamakan oleh golongan wanita terutamanya para isteri.

Cerita-cerita yang disampaikan oleh Bayan berkisar tentang pentingnya kesetiaan seseorang isteri dan perlu memiliki
etika yang murni untuk menghindarkan daripada berlaku curang.

PERSOALAN

    1.    Persoalan kebijaksanaan melaksanakan sesuatu tindakan.
          Apabila melihat Bibi Zainab menghempas burung tiung sehingga mati, bayan berpura-pura tidur.
    2.    Persoalan kecurangan seorang isteri
          Semasa ketiadaan suami, Bibi Zainab jatuh hati dengan anak raja.
    3.    Persoalan kewajipan menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga.
          Khoja Maimun keluar berniaga untuk mencari rezeki.
    4.    Persoalan kejujuran dalam sebuah perhubungan
          Isteri saudagar jujur terhadap suaminya walaupun banyak lelaki cuba mendekatinya.


PLOT
Secara keseluruhannya plot prosa tradisional digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
    i.        Permulaan
          Khoja Maimun digambarkan sebagai seorang saudagar yang kaya dan memiliki isteri yang cantik bernama Bibi
          Zainab. Mereka membeli burung bayan jantan dan tiung betina. Khoja Maimun mengusahakankan
          perniagaannya di tempat lain tanpa membawa isterinya.
    ii.       Perkembangan
          Bibi Zainab rindu akan suaminya yang pergi belajar. Bibi Zainab jatuh hati kepada anak raja. Dalam Cetera
          Pertama, Bayan bercerita kisah seekor burung Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Manakala


                                                             32
              dalam cetera kedua, Bayan bercerita kisah Taif dengan Raja Tabristan. Seterusnya dalam Cetera Ketiga, Bayan
              bercerita kisah suami yang amat cemburu kepada isterinya.
       iii.       Konflik
              Bibi Zainab ingin bertemu dengan anak raja semasa ketiadaan suaminya.
       iv.        Klimaks
              Bibi Zainab berpakaian cantik untuk bertemu kekasihnya. Bayan menasihati Bibi Zainab supaya tidak berpakaian
              yang keterlaluan kerana boleh mendatangkan fitnah.
       v.         Peleraian
              Bibi Zainab melupakan hasrat untuk bertemu kekasihnya kerana lebih berminat dengan cerita Hikayat Serimala
              dengan Pandai Emas. Akhirnya Bibi Zainab insaf kerana berniat curang terhadap suaminya.


WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama
Burung Bayan
       Bersaiz kecil
       Taat pada tuannya – Burung Bayan cuba mengelakkan Bibi Zainab daripada berlaku curang kepada tuannya Khoja
        Maimun.
       Pandai membuat ramalan – Ramalan Burung Bayan bahawa akan datang kafilah untuk membeli sanbal benar-
        benar terjadi.
       Bijak bercerita – Cerita yang disampaikan Bayan menarik hati Bibi Zainab sehingga dapat mengelakkannya
        daripada berlaku curang.


Watak Sampingan
Bibi Zainab
       Cantik
       Penyayang terhadap suami – Dia ingin bersama-sama suaminya pergi berlayar.
       Curang – Dia jatuh hati kepada putera raja dan ingin berjumpa pada waktu malam.
       Kejam - Dia membunuh Tiung yang cuba menasihatinya.


Khoja Maimun
       Bertanggungjawab – Dia pergi belayar demi mencari rezeki.
       Penyayang – Dia terlalu kasih akan isterinya Bibi Zainab.
       Bijak – Khoja Maimun bijak menjalankan perniagaan.


Taif
       Setia – Taif tetap berbakti kepada raja walaupun dimurkai oleh raja.
       Rela berkorban - Dia sanggup kematian anaknya demi Raja Tabristan.
       Taat perintah – Taif menurut perintah Raja Tabristan yang mahu dia menyiasat tentang bunyi suara yang didengar.


LATAR
Latar Masa

                                                              33
Waktu malam
          Bibi Zainab berhias dengan cantik untuk menemui kekasih hatinya.
Waktu pagi
          Bayan selesai bercerita pada waktu pagi .


Latar Tempat
   i.             Negeri Ajam
          Khoja Maimun menetap di situ
   ii.            Pekan
          Khoja Maimun dan Bibi Zainab membeli burung bayan dan tiung di pekan.
   iii.           Jendela
          tempat Bibi Zainab melihat anak raja
   iv.            Kubur Tuan Syeikh
          Isteri saudagar berdoa di kubur dan bertemu semula dengan Bayan.


Latar Masyarakat
   1.      Masyarakat yang mementingkan ajaran agama -Isteri saudagar menasihati raja agar bertaubat
   2.      Masyarakat yang menurut hawa nafsu - Bibi Zainab tidak dapat menahan perasaan berahinya terhadap anak
           raja
   3.      Masyarakat yang pemurah - Raja Tabristan menganugerahi Taif pelbagai hadiah.
   4.      Masyarakat yang jujur memikul amanah yang diberikan - Taif begitu setia dan jujur kepada Raja Tabristan.


TEKNIK PENCERITAAN
   Pemerian
   Pengarang menceritakan suasana ketika Khoja maimun hendak pergi belayar –
           Setelah sudah maka Khoja Maimun pun bermohonlah kepada isterinya lalu dipeluk diciumnya akan isterinya
   yang cantik molek itu, muda molek dengan kelakuannya yang baik dengan tiada yang tidak baiknya itulah adanya,
   antara keduanya itu bertangisan dengan air matanya serta menaruh akan dua ekor burung itu. Maka Khoja maimun
   pun pergilah belayar.
   Dialog
   Dialog antara Khoja Maimun dengan penjual burung bayan di pekan –
   “Hendakkah tuan hamba membeli Bayan?”
           Maka sahut Khoja Maimun, “Berapa harganya?” Maka kata orang itu, “Seribu dinar Bayan hamba ini harganya.”


   Monolog dalaman
    Taif pun fikir di dalam hatinya, “Jikalau aku katakan yang sebenarnya pada raja bahawa sekali-kali raja tiada
   percaya seperti kataku. Jikalau demikian baik aku katakan yang lainlah.”


GAYA BAHASA
  a)      Simile
           ….dan ia seumpama air yang masin…kuning seperti muka orang durjana
  b)      Penggunaan bahasa Arab
          Allah azzawajalla
                                                            34
  c)    Perlambangan
        ….emas itu berkuasa….
  d)    Inversi
        “ seribu dinar bayan hamba ini harganya”


NILAI
   1.    Nilai kasih sayang terhadap pasangan
         Contoh: Khoja Maimun menyayangi isterinya Bibi Zainab sepenuh hati.
   2.    Nilai ketaatan terhadap ketua
         Contoh: Taif begitu taat akan perintah Raja Tabristan sehingga rela membunuh anaknya.
   3.    Nilai prihatin terhadap keluarga
         Contoh: Khoja Maimun dan saudagar prihatin dengan tanggungjawab untuk mencari nafkah buat keluarga
   4.    Nilai keinsafan atas kesalahan yang dilakukan -
         Contoh: Bibi Zainab insaf atas kesalahan yang dilakukan kerana cuba menduakan suaminya.


PENGAJARAN
   1.    Kita mestilah patuh kepada perintah Allah agar dapat menghindarkan diri daripada kemungkaran
   2.    Kita haruslah berusaha untuk mencari rezeki buat keluarga agar kehidupan lebih sejahtera.
   3.    Kita perlulah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati agar memperoleh kebahagian yang berkekalan.
   4.    Kita mestilah bijak menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi agar tidak mendatangkan kemudaratan.




                                                           35
CERPEN
                                                      Ibu dan Ceper
                                                     (Shahnon Ahmad)


Sinopsis
             Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai yang
jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif
melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu
berehat dan esoknya kembali cergas.
             Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan melimpah menyebabkan
sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper
melimpahkan air, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering
sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu
semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda.
             Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah
sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah,
keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi
sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu.
             Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu bersama-sama
sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah
menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang
telah tiada di dunia ini.

Tema
Kegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan
Ibu gigih mencari rezeki dan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi sebagai sumber air kepada
tanaman.


Persoalan
       1.    Persoalan kepentingan air dalam kehidupan.
             Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya.
       2.    Persoalan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.
             Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah sedangkan sungai ini semakin
             cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada di dalamnya
       3.    Persoalan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam.
             Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya.


Plot


Binaan Plot
       (i)       Permulaan
                 Aku menerangkan perasaan sayang dan cinta akan Sungai Ceper dan ibu yang banyak berjasa
                 kepadanya.Aku terkenang akan sungai ini yang jernih ,tenteram, deras dan menjadi lubuk ikan. Ibu juga

                                                             36
                seperti Ceper yang aktif bersawah dan bekerja. Namun, ibu berehat pada waktu malam manakala Ceper
                sama sahaja pada siang atau malam.


   (ii)         Perkembangan
                Kemarahan ibu kepada Sungai Ceper yang melimpah akibat hujan lebat sehingga memusnahkan tanaman .
                Ibu juga memarahi sikap suaminya yang sambalewa terhadap tanggungjawab keluarga dan asyik dengan
                ketitir. Kemarahan ibu semakin memuncak apabila Sungai Ceper semakin cetek akibat kemarau. Hal ini
                menyebabkan sawah-sawahnya kering , sumber makanan dan minuman terjejas sehingga memaksa ibu
                menggunakan telaga sebagai sumber air. Setelah 40 tahun berlalu,Sungai Ceper semakin tercemar akibat
                pengabaian masyarakat. Ibu dan ayah sudah meninggal dunia dan aku telah pun berkeluarga dan
                mempunyai cucu.


    (iii)        Klimaks
                 Ibu meninggal dunia dan Sungai Ceper semakin sakit. Sungai ini semakin cetek, alirannya lambat dan
                 banyak sampah daripada pelbagai bahan buangan berada di perutnya. Airnya busuk kerana bangkai
                 binatang , kain-kain buru , plastik, dan sisa-sisa makanan dibuang ke dalamnya. Bapa juga telah
                 meninggal dunia.


   (iv)         Peleraian
                Sungai Ceper masih mengalir tetapi amat lambat. Keadaannya semakin parah. Aku dan isteri telah tua dan
                anak-anak pula menggantikan kami. Ceper dikatakan sudah mati kerana airnya sudah tidak bergerak dan
                timbunan sampah tindih-menindih. Ibu benar-benar telah mati tetapi Ceper walaupun masih wujud tetapi
                sudah tidak berfungsi lagi.


Teknik Penceritaan
   1.       Pemerian
            Ceper pun serupa. .Ia memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari
            busurnya.Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam, menyusur dasar
            bersama-sama ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang
            lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu.


   2.       Dialog
            “Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir.
            Suami apa macam ini!”


   3.       Imbas Kembali
            Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga.Dia marah sangat kepada Ceper sampai menyumpah-
            nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas.




                                                           37
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Ibu
        1.   Cekap bekerja.
             Ibu boleh melakukan sesuatu kerja dengan cepat bermula selepas Subuh sehingga hampir Maghrib, malah
             ibu melakukan hampir semua jenis kerja.
        2.   Rajin .
             Ibu rajin membuat pelbagai kerja menggunakan tulang empat keratnya, tanpa bantuan suaminya yang
             menjadi kaki burung.
        3.   Bermasyarakat.
             Walaupun ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara di kampungnya dan
             menziarahi orang yang meninggal dunia.
        4.   Kuat semangat.
             Walaupun Sungai Ceper telah memusnahkan padinya akibat banjir namun ibu tidak berputus asa untuk
             mengusahakan sawahnya semula.


Watak Sampingan


Aku
        1.   Anak tunggal dalam keluarga.
        2.   Mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah.
        3.   Sudah berumah tangga .
        4.   Penyayang.
             Aku merupakan seorang anak yang penyayang kerana masih mengingati pengorbanan ibunya walaupun
             telah 40 tahun berlalu.
        5.   Bertanggungjawab.
             Aku bertanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh dan ayahnya yang tua.


Sungai Ceper
        1.   Panjang, berliku-liku, jernih, pasir-pasir berbiji halus dan kelikirnya berkilat.
        2.   Sumber air bagi kehidupan di sekelilingnya.
        3.   Tercemar kerana menjadi tempat pembuangan sampah sarap.


Latar
Latar Masa
        1.   Masa kini - Aku telah tua, ada anak yang telah besar dan telah bercucu.
        2.   10 tahun yang lalu setelah ibu jatuh, lumpuh dan meninggal dunia-ibu sudah tidak
             dapat bergerak lagi dan kerja-kerja di sawah diteruskan oleh aku dan isteri.
        3.   40 tahun yang lalu - Ketika ibu masih muda dan aku masih teruna.
        4.   Siang - sewaktu ibu turun mengerjakan sawah padinya.
        5.   Malam - gambaran tentang Sungai Ceper yang tetap cergas.




                                                              38
Latar Tempat
         1.    Di sebuah desa - tempat tinggal ibu, aku dan ayah.
         2.   Kawasan sawah padi - tempat ibu dan orang kampung bekerja.
         3.   Sebatang sungai - tempat anak-anak kampung merangau ikan.
         4.   Telaga - tempat ibu mengambil air ketika kemarau.
         5.   Rimba belantara - tempat bapa berdenak ketitir.
         6.   Sungai Ceper - tempat penduduk kampung termasuk ibu mendapat sumber air.


Latar Masyarakat
         1.   Masyarakat petani
              Mereka   mengusahakan tanaman padi secara tradisional. Keluarga aku mewakili sebahagian daripada
              anggota masyarakat yang mengusahakan tanaman padi secara tradisional seperti menajak dan menyisir
              selut.
         2.   Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup.
              Penduduk di desa aku mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah kerana banjir dan
              airnya kering sehingga tidak dapat mengairi sawah ketika musim kemarau.
         3.   Masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
              Bapa sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba sehingga mengabaikan
              tanggungjawab terhadap keluarganya.


Gaya Bahasa
    1.   Kata ganda - kehijauan-hijauan
    2.   Simpulan bahasa - naik angin
    3.   Simile - Ibu tidak lagi cergas waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang
    4.   Personifikasi - ….kudengar ngauman Ceper
    5.   Hiperbola - …Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga runtuh tanah-tanah, hingga terbongkeh perdu-
         perdu buluh yang mengapuk tebing


Nilai


    1.   Nilai bertanggungjawab.
         Sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah
         padi bagi menampung kehidupan keluarganya.
    2.   Nilai kegigihan.
         Walaupun terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga.
    3.   Nilai kesabaran.
         Ibu terpaksa bersabar melayani kerenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan
         keluarga.


Pengajaran
    1.   Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak hidup dalam kesusahan.
    2.   Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham antara suami dengan
         isteri.
                                                          39
     3.   Kita mestilah menyayangi ibu bapa yang telah tua agar kebajikan mereka terpelihara.
     4.   Kita janganlah mencemarkan alam sekitar kerana perbuatan itu akan membawa keburukan kepada masyarakat.
______________________________________________________________________________________________
                                         Memori Seorang Tua
                                             (Zahari Affandi)
Sinopsis
          Pak Itam digambarkan seorang sebagai pejuang yang cekal. Dia telah beberapa kali keluar masuk penjara
kerana penentangannya terhadap Inggeris. Beliau berhasrat untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85.
Beliau turut bercadang untuk menjemput wartawan, mahasiswa universiti serta para penduduk Langat ke majlis berkenan
bagi berkongsi kisah perjuangannya. Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika lama, beliau tersentuh akan paparan Siti
Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura. Itulah kali terakhir beliau menatap wajah
dua orang anaknya, Izwan dan Nuryani Iman.
          Tuk Mat merupakan orang yang banyak membantu Pak Itam menguruskan segala persiapan untuk majlis itu dan
turut dibantu beberapa orang pemuda kampung seperti Isa, Latif dan Jali. Pada hari yng ditetapkan, Pak Itam lengkap
berbaju Melayu menyambut tetamu. Orang kampung memenuhi tempat berlangsungnya majlis tersebut, namun Pak Itam
kecewa kerana tetamu dari jauh masih belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana wartawan akhbar dan
televisyen tidak muncul.Pak Itam merasakan segala pengorbanannya selama ini telah dilupakan.
          Apabila tiba waktu Zuhur, Pak Itam masuk untuk menunaikan solat. Kaih yang cemas cuba memberitahu
perkara yang berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk Mat mendekati Pak Itam yang terbaring di sejadah, beliau dilihat
sudah meninggal dunia. Tetamu yang hadir membacakan surah Yasin untuk jenazah. Pada ketika itu, datang seorang
perempuan tua mendekati jenazah membawa sejambak ros. Tatkala orang ramai tercengang memikirkan identiti
perempuan tersebut, Tuk Mat menyapu air matanya dan menganggap hajat Pak Itam untuk bertemu isterinya, Siti
Nurhidayah telah tercapai.


Tema
Semangat patriotik, iaitu tentang keinginan seorang tokoh yang ingin berkongsi memori lampaunya dengan
masyarakat.
Pak Itam ingin berkongsi perjuangan yang telah dilaluinya dengan anak cucunya dalam usaha beliau membebaskan
negara ini daripada penjajahan.


Persoalan
1.   Persoalan kesediaan menghadapi cabaran.
      Pak Itam terpaksa menempuh halangan dalam perjuangannya, iaitu terpaksa keluar masuk penjara kerana
      perjuangannya bertentangan dengan dasar pemerintahan pada masa itu.
2.    Persoalan rasa tanggungjawab terhadap nasib yang akan dialami oleh anak bangsa.
      Atas dasar tanggungjawab, Pak Itam berjuang untuk bangsa Melayu kerana dia ingin melihat bangsanya mendapat
      pendidikan yang tinggi serta tidak menjadi hamba di negara sendiri.
3.    Persoalan jati diri yang teguh.
     Pak Itam mempunyai jati diri dan pendirian yang teguh dari usia muda sehingga usianya mencecah 85 tahun.




                                                           40
Plot
Binaan Plot
       (i)          Permulaan
               Mengisahkan kehidupan zaman muda Pak Itam yang sering keluar masuk penjara kerana menentang penjajah.
               Perjuangan untuk memartabatkan orang Melayu amat menebal dalam jiwa Pak Itam.
       (ii)         Perkembangan
               Pak Itam melahirkan hasrat beliau untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85 tahun. Sambutan
               yang julung kali diadakan ini turut bertujuan untuk berkongsi pengalamannya sebagai seorang pejuang. Pak Itam
               juga turut menyatakan harapannya untuk melihat anak bangsanya hidup dengan sempurna dan bebas daripada
               sebarang bentuk penjajahan. Tetamu yang hadir pada sambutan majlis hari jadinya agak kurang dan ini
               menjadikan Pak Itam berasa sedih dan beranggapan bahawa pengorbanannya selama ini kian dilupakan.
       (iii)        Klimaks
               Pak Itam menghembuskan nafas terakhirnya di atas sejadah. Orang ramai yang hadir membaca surah Yasin
               untuknya.
       (iv)         Peleraian
               Kehadiran seorang wanita yang sudah berumur pada hari kematiannya membawa sejambak ros merah
               menjadikan penduduk kampung tertanya-tanya. Hanya Tuk Mat mengerti dan berfikir dalam hatinya, hajat Pak
               Itam kesampaian juga.


Teknik Penceritaan
       1.      Pemerian
               Pak Itam toleh kiri kanan. Pokok pisang, pokok lengkuas, serai, betik dan rumput-rampai
               sekitar rumahnya mengangguk perlahan ditiup angin pagi. Nyaman benar hidup di perkampungan, tetapi…
       2.      Dialog
               “Dah kaujemput budak-budak suratkhabar?” tanya Pak Itam.
               “Sudah!” jawab Tuk Mat.
       3.      Imbas Kembali
               Tiba-tiba hatinya dipintali kesayuan. Di mana Siti Nurhidayah? Di mana Izwan dimana Nuryani Iman? Sudah
               berpuluh tahun berpisah.
       4.      Monolog dalaman
               Pak Itam sudah berfikir-fikir, budak-budak surat khabar sudah tentu akan mengerumuninya, menghulur berbelas,
               mungkin berpuluh kaset perakam suara mahu menemuramahnya.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Pak Itam
               1.   Berasal dari Kuala Semantan, Pahang.
               2.   Berumur 85 tahun.
               3.   Mempunyai isteri iaitu, Siti Nurhidayah dan dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman yang terpisah
                    sejak isterinya meminta fasakh ketika dia di penjara.
               4.   Mempunyai seorang anak angkat bernama Sidah.
               5.   Suka membaca. -, Pak Itam suka membaca akhbar dan majalah di kerusi malas di kaki lima rumahnya.
               6.   Seorang nasionalis tulen. -       Pak Itam berjuang bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk
                    bangsanya.
                                                                  41
          7.   Seorang yang taat akan perintah agama.- Pak Itam sentiasa beribadat dan menggunakan waktu malam
               untuk mendekatkan diri kepada tuhan.
          8.   Baik hati - Pak Itam bersedia melayan tetamu yang datang untuk bertemu dengannya di rumah.


Watak Sampingan
Tuk Mat
    1.    Bekas anggota polis.
    2.    Jiran Pak Itam.
    3.    Bertubuh sasa, kulit dan batang lengannya masih pejal dan kemas.
    4.    Rajin. - beliau banyak membantu Pak Itam dalam usaha mengadakan sambutan hari lahirnya.
    5.    Boleh diharapkan dan berdisiplin -, hal ini diakui oleh Pak Itam apabila membandingkan sifat anak-anak muda
          seperti Isa dan Latif dengan watak Tuk Mat.


Siti Nurhidayah
    1.    Bekas isteri Pak Itam yang menuntut fasakh ketika Pak Itam berada di dalam penjara.
    2.    Sempat hadir pada hari kematian Pak Itam.
    3.    Mempunyai dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman.


Latar
Latar Masa
    1.    Sehari sebelum hari lahir Pak Itam yang ke-85 tahun- Tuk Mat dan penduduk kampung sibuk menguruskan
          persiapan untuk majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam.
    2.    Sebelum Zuhur - Pak Itam masih menanti. Dia amat kecewa. Tuk Mat menyuruhnya berehat.
    3.    Selepas Zuhur - Kiah menjerit memberitahu Tuk Mat bahawa Pak Itam sakit. Pak Itam meninggal dunia dan
          bacaan Yasin diadakan.


Latar Tempat
    1.    Kediaman Pak Itam dan halaman rumahnya- tempat majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam dan pameran
          diadakan .
    2.    Di kaki lima rumah Pak Itam - tempat Pak Itam duduk sambil membaca akhbar dan majalah seharian di atas
          kerusi malas.
    3.    Kampung Pak Itam di Hulu Langat- perkampungan yang nyaman tetapi mula tercemar apabila dua buah
          kilang dari Korea dan Jepun mula beroperasi.
    4.    Penjara di Singapura - Siti Nurhidayah, isteri Pak Itam datang bersama dua orang anaknya membawa surat
          kadi meminta fasakh ketika Pak Itam meringkuk di situ.


Latar Masyarakat
          1.   Masyarakat pejuang yang mencintai bangsa dan negara.
               Pak Itam sanggup keluar masuk penjara kerana menentang Inggeris demi sayang akan bangsa dan negara.
          2.   Masyarakat penulis dan wartawan.
               Pak Itam mewakili golongan masyarakat yang menentang penjajah menggunakan mata pena.
          3.   Masyarakat kampung yang masih mengamalkan amalan gotong royong serta bekerjasama.


                                                           42
             Tuk Mat dan beberapa orang pemuda kampung yang membantu Pak Itam mengadakan majlis sambutan
             hari jadi Pak Itam secara besar-besaran.
              .
Gaya Bahasa
        1.   Simile - …kian mengecil seperti sebiji debu
        2.   Peribahasa - seperti enau di belukar
        3.   Metafora -tangisan ketakwaan
        4.   Penggunaan Bahasa Inggeris - vision, Happy Birthday To You
        5.   Personifikasi - Pungguk di belakang rumah terus merintih, merindu bulan…


Nilai
        1.   Nilai pengorbanan.
             Pak Itam sanggup menolak jawatan sebagai majistret demi cinta akan bangsa dan negara.
        2.   Nilai cinta akan negara.
             Pak Itam berjuang untuk membebaskan anak bangsanya daripada dibelenggu kemiskinan dan mahu
             melihat anak bangsanya mendapat pendidikan tinggi.
        3.   Nilai bekerjasama.
             Semua penduduk kampung tidak kira muda atau tua berganding bahu menjayakan persiapan majlis
             sambutan hari jadi Pak Itam.


Pengajaran


        1.   Kita hendaklah cinta akan bangsa dan negara agar tidak dijajah oleh bangsa lain.
        2.   Kita wajarlah saling membantu dalam setiap usaha agar pekerjaan menjadi mudah.
        3.   Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah tuhan dengan meningkatkan amal ibadah agar mendapat
             kesenangan di kemudian hari.
        4.   Kita haruslah mengenang jasa tokoh yang banyak berkorban untuk bangsa dan negara walaupun masa
             berubah.
_______________________________________________________________________________________
                                                        Israk
                                                 (Erda Roslan Khairi)
Sinopsis
        Cerpen Israk mengisahkan Adam iaitu anak tunggal Wah, telah balik ke kampung bersama-sama isterinya Siti
Hawa dan anak-anaknya, Israk dan Mikraj di Kampung Sayong Perak. Keadaan rumah yang serba kekurangan dari segi
kemudahan asas dan keselesaan menyebabkan anaknya Israk berasa kurang senang dan tidak dapat menyesuaikan diri
dengan kehidupan kampung . Namun adiknya Mikraj suka akan suasana kampung dan menyebabkan mereka sering
bertikam lidah. Hal ini berlaku kerana Israk telah dibesarkan di luar negara.Tindakan Israk yang sering menghina dan
menggores perasaan Wah menimbulkan rasa kurang senang Mikraj dan dia sering mempertikaikan perbuatan Israk
terhadap Wah. Perbezaan pendapat ini telah mencetuskan perang mulut antara mereka. Namun Wah tidak suka mereka
bertengkar bagai anjing dengan kucing dan mahu mereka berbaik-baik semula walaupun hati Wah terluka. Suatu hari,
bekalan air paip di kampung Sayong telah terputus menyebabkan Mikraj mencadangkan agar abangnya mandi di sungai.
Namun, Israk telah terjatuh dan Wahlah yang berusaha menyelamatkan Israk sehingga naik ke tebing. Akhirnya, Israk
insaf dan berubah. Dia mula memakai baju Melayu, makan nasi, dan mencari jering serta tempoyak untuk dimakan.

                                                           43
Tema
Perbezaan budaya dan kehidupan dalam sebuah keluarga sehingga mencetuskan pertentangan pandangan dan
nilai.
Israk yang dibesarkan di Perth, Australia mempunyai pandangan yang berbeza dengan adiknya tentang kampung,
kehidupan dan diri neneknya Wah.


Persoalan
 1.      Persoalan jati diri
         Israk yang dibesarkan di Perth Australia tidak mempunyai jati diri ketimuran akibat persekitaran dan cara dia
         dibesarkan. Hal ini bertentangan dengan sifat adiknya Mikraj yang lebih kukuh dan teguh jati dirinya dengan adat
         ketimuran.
 2.      Persoalan kasih sayang seorang nenek terhadap cucunya.
         Wah seorang nenek yang menyayangi cucunya, walaupun cucunya amat ego dan selalu melukakan hatinya namun
         Wah tetap sabar.Hal ini terpancar apabila Wah menyelamatkan Israk yang hampir lemas dengan tenaga tuanya.
 3.      Persoalan tanggungjawab bapa terhadap keluarga.
         Adam menjalankan tanggungjawabnya kepada anak-anak. Dia membiasakan anak-anak dengan kehidupan
         kampung di tempat dia dibesarkan agar anak-anaknya tidak sombong dan lupa diri kerana biasa hidup mewah di
         bandar.


Plot
Binaan Plot
 1.      Permulaan
         Adam, Siti Hawa, Israk dan Mikraj telah pulang ke rumah Wah di Kampung Sayong. Israk anak teruna Adam,
         kelihatan kurang selesa dengan suasana di kampung kerana selama ini dia dibesarkan oleh datuknya di Perth
         Australia.
 2.      Perkembangan
         Mikraj, adik kepada Israk seorang remaja yang mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampong. Israk
         pula ego dengan statusnya sebagai orang bandar dan bakal bergelar ahli korporat. Perselisihan pendapat antara
         dua beradik ini semakin memuncak apabila kelakuan dan tingkah laku Israk semakin keterlaluan terhadap Wah.
         Israk tidak patut menyakiti hati Wah kerana Wahlah yang menjaganya sejak berumur sehari. Pertikaman lidah
         antara dua beradik itu berlarutan dan telah menyebabkan Wah masuk campur serta menasihati kedua-dua cucunya
         agar jangan bertekak pasal dirinya lagi.
 3.      Klimaks
         Keputusan air di kampung Sayong telah memaksa Israk ke sungai untuk mandi, setelah dicabar oleh adiknya
         Mikraj. Israk telah terjatuh ke dalam sungai dan telah diselamatkan oleh neneknya.
 4.      Peleraian
         Israk keluar dari bilik dengan berpakaian baju Melayu telah mengejutkan keluarganya. Israk mulai mencedok nasi
         dan gulai malah mencari jering dan tempoyak yang merupakan makanan yang paling tidak disukainya.


Teknik Penceritaan
 1.      Teknik Dialog
         “Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang menjadi ahli korporat nanti,” rayu Mikraj.
                                                              44
        “Tak perlu!” Israk menghayun kata-kata
 2.     Teknik Imbas Kembali
        Mikraj teringat akan peristiwa yang berlaku pada Wah semasa muda.
        Ketika Wah masih remaja (tidak seperti remaja pada masa kini), Lebai Saleh pernah bertakhta di hati Wah. Tetapi
        terpisah setelah Lebai Saleh mengaji di Mesir………….Mikraj tersentak daripada lamunan yang melangit ketika
        Wah mengacannya.
 3.     Teknik Pemerian
        Pagi nirmala. Camar menyanyi mesra bersaing dengan cengkerik menunjuk ketangguhan. Daun-daun melambai-
        lambai setenang air Sungai Perak. Bot tambang sudah mula beroperasi.


Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Israk
      1.   Anak teruna Adam dan Siti Hawa.
      2.   Merupakan cucu sulung Wah.
      3.   Ego dan sombong - Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan kampung. seperti petai dan
           jering.
      4.   Biadap – Dia sering menyindir dan merungut tentang ketidakselesaan tinggal sehingga menyakiti hati neneknya.
      5.   Degil – Dia tidak menghormati Wah sebagai neneknya walaupun dinasihati oleh Mikraj.
      6.   Insaf – Dia sedar akan kesalahannya setelah dia jatuh ke dalam sungai dan diselamatkan oleh Wah.
Mikraj
      1.   Anak kedua pasangan Adam dan Siti Hawa.
      2.   Adik perempuan Israk dan cucu kedua Wah.
      3.   Berjiwa seni – dia berminat dalam bidang sastera dan mengajak Israk berkenalan dengan alam.
      4.   Penyayang - dia amat menyayangi Wah.
      5.   Bertanggungjawab - Tidak suka akan tindakan dan sikap abangnya yang keterlaluan terhadap neneknya Wah.
Wah
      1.   Merupakan ibu kepada Adam dan nenek kepada Israk dan Mikraj.
      2.   Sudah lanjut usia tetapi masih kuat dan bertenaga.
      3.   Alim dan taat akan agama – dia sentiasa berwuduk .
      4.   Penyayang - dia amat menyayangi cucu-cucunya.
      5.   Tabah - Wah memelihara anaknya seorang diri setelah kematian suaminya yang meninggal dunia sebelum
           kelahiran anak mereka.


Latar
Latar Masa
      1.   Musim durian
      2.   Pada waktu pagi - Israk jatuh di sungai ketika hendak mandi akibat ketiadaan air paip.
      3.   Kebanyakan peristiwa berlaku pada waktu siang.
Latar tempat
      1.   Kampung Sayung iaitu tempat tinggal Wah.
      2.   Sungai Perak iaitu sungai yang terletak di tepi rumah Wah.
      3.   Rumah kayu milik Wah.
                                                            45
Latar Masyarakat
    1.   Masyarakat yang menghormati orang tua – Mikraj amat menghormati Wah
    2.   Masyarakat muda yang sukar menyesuaikan diri dengan suasana kampung.
         Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan kampung. seperti petai dan jering.
    3.   Masyarakat yang bertanggungjawab
         Mikraj tidak suka akan tindakan dan sikap abangnya yang keterlaluan terhadap neneknya Wah.
    4.   Masyarakat yang penyayang
         Wah amat menyayangi cucu-cucunya.


Gaya bahasa
    1.   Simile
         ……pantas dan teratur sekali laksana seorang primadona.
    2.   Dialog
         “Lama sampai?” aju Wah dan salam dihulurkan oleh tetamu dari Bukit Antarabangsa itu disambut dengan
         pantas.
         “Baru”.Adam, anak tunggal Wah, segera menjawab.
    3.   Peribahasa
         Sudah terhantuk baru terngadah
         Macam anjing dengan kucing .
         Bagai air dengan minyak. Entah bila akan bercantum.
         Cari-cari bulu ayam bercantum jua akhirnya.
    4.   Personifikasi
         Daun pokok pisang melambai-lambainya seolah-olah mengeji.
    5.   Metafora - Bara kata-kata


Nilai
    1.   Nilai menghormati ibu bapa.
         Israk menolak baik pelawaan ayahnya untuk makan durian bersama-sama keluarganya
    2.   Nilai ketabahan.
         Wah amat tabah membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami.
    3.   Nilai keprihatinan
         Mikraj amat prihatin akan perasaan neneknya yang sentiasa terguris dengan perbuatan dan kata-kata abangnya
         yang seolah-olah mengejek dan memperlekehkan kehidupan miskin neneknya.
    4.   Nilai kasih sayang
         Wah amat menyayangi anak cucunya, sehingga sanggup menggunakan tenaga tuanya untuk menyelamatkan
         cucunya yang jatuh ke dalam sungai walaupun Israk selalu menyakiti hatinya.


    Pengajaran
    1.   Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita terutama dari segi percakapan dan perbuatan
         kita.
    2.   Kita mestilah mengetahui asal usul kita agar kehidupan kita selari dengan kehendak agama dan masyarakat.


                                                         46
    3.   Kita haruslah menjaga perlakuan dan kata-kata kita terhadap sesiapa sahaja agar orang di sekeliling kita tidak
         merasa tersinggung dan kurang senang kepada kita.
    4.   Kita haruslah sentiasa bersyukur terhadap apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak
         bernasib baik seperti kita.
    5.   Kita mestilah berterima kasih terhadap apa-apa bantuan yang telah diterima.
________________________________________________________________________________________________
                                                    Pemain Catur
                                                  (Zaharah Nawawi)
SINOPSIS
         Enam beradik daripada keturunan ternama dalam permainan catur iaitu Uj, Ul, Us, Uk, Ur dan Um. Mereka
terkenal kerana berketurunan al-Hakam iaitu rakan sepermainan Abu Bakar Muhammad Yahya as-Suli, iaitu salah
seorang daripada dua pemain shatrani yang disegani di dunia. Uj merupakan anak sulung dalam keluarga tersebut
mengajak Um adik bongsunya berlawan permainan catur. Bagi Uj, Um ialah adik yang paling mudah untuk dibentuk
berbanding adik-beradiknya yang lain. Dia berharap Um dapat menggantikannya sebagai tonggak keluar. Um semakin
berminat untuk bermain catur setelah mendengar kisah kehebatan pemain catur ternama di dunia. Kempen Uj berhasil.
         Uj mengajak Um berlawan catur untuk menguji pengetahuan. Um menolak dengan alasan bahawa dia hilang
fokus ketika bermain kerana memikirkan soal ibunya yang sedang sakit. Um terpaksa menerima cabaran Uj untuk
berlawan catur secara terbuka. Perlawanan berlangsung dengan sengit. Ahli keluarga yang lain tidak menyenangi
perlawanan tersebut.    Uj hampir kalah.    Um berkalih untuk minum. Beberapa detik kemudian buah caturnya telah
berubah. Um segera mengalih semula buah catur tersebut. Uj tidak berpuas hati lalu menjerit dan menghentak meja. Uj
menuduh Um penipu dan memaksa Um mengaku kalah.                Um ke bilik air mencuci muka untuk menenangkan diri.
Sekembalinya ke meja apabila duduk, kakinya terkuis sebotol asid di bawah meja. Um berasa amat sakit. Ibunya yang
ketika itu sedang sakit berasa amat hiba sehingga diserang angin ahmar.
         Keadaan semakin haru-biru, tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab meletakkan botol asid itu. Berlaku
tuduh menuduh antara Um dengan Uj. Ibu meminta mereka bertenang namun, diabaikan. Keluarga tersebut mula
berpecah kepada dua, iaitu ada yang menyokong Uj dan ada yang menyokong Um.


TEMA
Keruntuhan moral dalam institusi kekeluargaan yang menyebabkan berlakunya perpecahan.
Sikap tidak mahu mengalah dan bertolak ansur menyebabkan berlakunya pergaduhan antara Uj dengan Um. Mereka
sanggup bertelingkah hanya kerana permainan catur. Malah pergaduhan itu juga telah menyebabkan perpecahan dalam
keluarga mereka. Ibu mereka yang sedang sakit juga telah diabaikan.


PERSOALAN
1. Persoalan sikap bangga yang menguasai diri.
Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebab mereka bertelagah. Sedangkan hubungan
mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik.
2. Persoalan keharmonian dalam keluarga harus diutamakan.
Ibu yang sedang sakit amat risau tentang pergaduhan anak-anaknya yang boleh menyebabkan keharmonian terganggu.
3. Pengkhianatan sesama ahli keluarga.
Ahli keluarga terutama Uj dan Um bertindak di luar batasan semata-mata untuk menentukan kehebatan mereka dalam
permainan catur.


                                                          47
PLOT
Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i)          Permulaan
             Cerita dimulakan dengan apabila Um mengajak Uj berlawan catur bagi menentukan siapa yang lebih hebat.
(ii)         Perkembangan
             Uj berusaha menanam semangat dalam permainan catur kepada adiknya agar mengulangi sejarah
             kecemerlangan keluarga mereka sebagai pemain catur terhebat. Cerita diteruskan lagi dengan Uj dan Um mula
             berlawan catur. Perlawanan berlangsung dengan sengit untuk mencari kemenangan.
(iii)        Konflik
             Uk berbisik kepada Uj kononnya Um sedang membaca buku catur besar dan tebal yang dibelinya dari luar
             negara untuk mengalah Uj dan mendapatkan kehormatan keluarga.
(iv)         Klimaks
             Pengkhianatan berlaku apabila kaki Um terkena asid yang diletakkan di bawah meja catur.
(v)          Peleraian
             Ibu mereka diserang angin ahmar dan keluarga mereka berpecah kepada dua. Satu pihak menyokong Um dan
             satu pihak lagi menyokong Uj.


WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Uj
            Abang sulung yang menjadi ketua keluarga.
            Mempunyai lima orang adik dan pandai bermaina catur.
            Beliau juga adalah penyadang anugerah IGM dalam pertandingan catur.
            Pemarah – cepat panas baran apabila berhadapan dengan cabaran terutama ketika bermain catur.
            Berbangga akan keturunan - Mendedahkan keturunannya yang hebat iaitu al-Hakam juara catur terbaik dunia
             pada kurun ke-17 kepada Um.
            Bersemangat tinggi - sentiasa mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan yang disertai, serta mahu
             menaikan nama keluarganya setaraf dengan pemain catur ternama dunia.
             Pilih kasih -   hanya mengagungkan adik-beradiknya yang pandai bermain catur sahaja untuk mewarisi
             penguasaan keluarganya.
Watak Sampingan
        1.   Um
            Adik bongsu kepada Uj.
            Masih muda dan berpotensi dalam permainan catur.
            Mempunyai semangat juang yang tinggi -         sanggup membaca buku dari luar negara untuk mendalami
             permainan catur.
            Berani – sanggup menyahut cabaran abangnya walaupun sudah mengetahui akan kehebatan Uj dalam
             permainan catur.
            Mengambil berat – Um sentiasa berfikir tentang kesihatan ibunya sedang sakit darah tinggi.
            Mementingkan diri sendiri – Um tetap bertelingkah dengan Uj walaupun, telah dilarang oleh ibunya sehinggakan
             ibunya mengalami angin ahmar.



                                                              48
TEKNIK PENCERITAAN
1.   Pemerian
     Pengarang menceritakan tentang watak Uj yang telah berjaya memperoleh gelaran IGM dalam permaian catur.
2.   Dialog
     Perbualan di antara Uj dengan Um ketika hendak memulakan perlawanan catur sehingga menceritakan akan
     kehebatan keluarga mereka.
3.   Imbas Kembali
     Mengimbas kembali akan moyang mereka iaitu keturunan al-Hakam yang amat terkenal dalam permainan catur pada
     kurun ke 17.
4.   Suspens
     Pembaca tertanya-tanya akan keputusan perlawanan catur antara Uj dengan Um yang tidak berkesudahan.


LATAR
Latar masa
         Berlaku selama tiga hari tiga malam semasa pertandingan berlangsung antara Uj dengan Um.


Latar tempat
         Rumah keluarga Uj
         Biliik air


Latar masyarakat
         Masyarakat yang mahir dalam permainan catur contohnya keluarga Uj.
         Masyarakat yang bangga dengan keturunan contohnya Uj yang seringkali menceritakan kehebatan keluarganya
          bermain catur kepada Um.
         Masyarakat yang kaya raya contohnya Uj dan adik beradiknya menugaskan dua orang doktor untuk merawat
          ibu mereka yang sakit


GAYA BAHASA
     1.   Bahasa asing contohnya bahasa Indonesia (ruwet), bahasa Arab (kudrat)
     2.   Metafora contohnya cahaya kepintaran
     3.   Simile contohnya … Abang Uj seperti David the Gnome…
     4.   Sinkope contohnya … kota saya tadi di kanan, ni kenapa di kiri pula? …
     5.   Peribahasa contohnya … batu api ….


NILAI
     1.   Nilai keberanian contohnya Um menyahut cabaran abangnya Uj untuk bertanding catur.
     2.   Nilai kegigihan contohnya Um berusaha bersungguh-sungguh menelaah buku tentang permainan catur.
     3.   Nilai kasih sayang contohnya Uj menyayangi adiknya Um.


PENGAJARAN
     1.   Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya dalam hidup
     2.   Semangat keberanian perlulah dimiliki oleh setiap individu agar semua cabaran yang ditempuh dapat diatasi
          dengan baik.
                                                           49
   3.   Kita hendaklah saling menyayangi antara adik-beradik kita agar kehidupan bahagia dan harmoni.
   ____________________________________________________________________________________________
                                                            Mellisa
                                                     (Abdullah Hussain)
        SINOPSIS
              Mellisa, seorang gadis Cina, berasa menyesal kerana mengikut ajakan Farid ke pejabat surat khabar yang
        menyebabkan dia berkenalan dengan Syahid. Peristiwa itu telah membuatkan dia teringat akan Hisyam. Wajah
        Syahid menyerupai wajah Hisyam iaitu kawannya sewaktu kecil dahulu. Mellisa terkenang akan kemesraannya
        bersama-sama dengan Hisyam. Mereka selalu bermain bersama-sama dan Hisyam pernah menyatakan
        hasratnya untuk berkahwin dengan Mellisa apabila mereka sudah besar nanti. Malangnya Hisyam telah
        terkorban dalam peristiwa 13 Mei. Peristiwa hitam itu sukar luput daripada ingatan Mellisa. Justeru, dia memilih
        peristiwa 13 Mei sebagai latihan ilmiah untuk sarjana muda dalam bidang Sejarah.
              Mellisa jatuh hati kepada Syahid kerana keberaniannya dan hubungan mereka semakin rapat. Namun,
        keakraban Mellisa dan Syahid tidak lama kerana Mellisa meninggalkan Syahid. Dia mengambil keputusan itu
        kerana tugas dan tanggungjawabnya kepada tanah air. Dia amat cinta akan negaranya dan memilih untuk
        mengetepikan perasaan hatinya. Dia menjadi anggota tentera kerana tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang lagi.


TEMA
        Percintaan antara dua insan yang berbeza budaya.
        Mellisa seorang gadis berketurunan Cina, pernah menyulam kasih semasa zaman kanak-kanaknya dengan
        budak keturunan Minang namun kecundang kerana kematian menjemput Hisyam akibat rusuhan 13 Mei.
        Setelah dewasa, Mellisa jatuh cinta dengan Syahid yang juga pemuda Melayu dan seiras Hisyam namun
        akhirnya terpaksa meninggalkan Syahid tanpa berita kerana telah dipanggil bertugas sebagai tentera.


PERSOALAN
        1.    Persoalan pengorbanan demi cinta akan negara.
              Mellisa sanggup mengorbankan keperluan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintai untuk
              menyahut panggilan mempertahankan negara.
        2.    Persoalan persengketaan antara kaum
              Hasyim dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling semasa dalam
              perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara.
        3.    Persoalan kesedaran terhadap sejarah negara.
              Mellisa yang pernah melalui zaman 13 Mei mengkaji sejarah peristiwa itu melalui tesisnya hingga
              menimbulkan rasa tanggung jawab kepada negara dan tanah air.




PLOT
Binaan Plot
   1.   Permulaan
        Mellisa atau Mei terperanjat melihat Syahid yang persis Hisyam kekasih zaman kanak-kanaknya setelah
        diperkenalkan oleh Farid di pejabat surat khabar. Bagi Mei, Hisyam seolah-olah wujud dalam diri jejaka itu
        menyebabkan mereka mudah mesra dan akhirnya Mei menerima pelawaan Syahid untuk makan tengah hari.
        Mei seolah-olah telah jatuh cinta pandang pertama kepada Syahid.
                                                          50
    2.    Perkembangan
          Mei teringat akan Hisyam, hero masa kecilnya yang selalu bermain dan menjaga keselamatannya. Hisyam juga
          sering menyatakan hasratnya akan mengahwini Mei apabila dewasa kelak. Kematian Hisyam dalam rusuhan
          kaum 13 Mei cukup berbekas dalam dirinya menyebabkan dia sering dihantui pertanyaan demi pertanyaan
          tentang punca peristiwa tersebut boleh meletus dalam kehidupan masyarakatnya. Akhirnya, persoalan tersebut
          mendapat penjelasan apabila Mei menjalankan latihan ilmiah untuk ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah.
          Hubungan kilatnya dengan Syahid semakin akrab.
    3.    Klimaks
          Mei mendapat panggilan menjadi tentera setelah selesai menghabiskan pengajiannya dalam bidang Sejarah.
          Keputusan Mei meninggalkan Syahid untuk mencapai impiannya membuahkan perasaan marah dalam diri
          Syahid kerana Syahid berasa seolah-olah dipermain-mainkan oleh Mei.
    4.    Peleraian.
          Akhirnya gadis keturunan Cina ini melupakan keperluan dan angan-angannya untuk menjadi kekasih yang baik
          dan isteri yang taat demi ingin melihat negara dan rakyatnya hidup dengan aman damai dan harmoni sebagai
          satu bangsa yang merdeka. Yang penting sekali agar peristiwa 13 Mei itu tidak akan berulang lagi.


TEKNIK PENCERITAAN
    1.    Imbas kembali
          “Mei, Mei!” kata Hisyam.“Apabila aku sudah bekerja nanti kita kahwin.Mak aku pasti suka. Aku akan ajar kau
          agama Islam.”
          Dia tersenyum. Terhibur dengan ingatannya masa kecil-kecil dahulu.
    2.    Teknik Pemerian
          Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan komputer bercampur baur dengan deringan telefon dan
          suara manusia, seorang lelaki berjalan ke arahnya yang sedang berdiri di samping Farid.
    3.    Teknik Monolog Dalaman
          Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik.
    4.    Teknik Dialog
          “Siapa?” “Mei! Ada telefon.”
          “Okey.Saya datang.”


WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Mellisa
          1.   Nama panggilannya ialah Mei.
          2.   Gadis berketurunan Cina dan nenek moyangnya berasal dari Guangdong.
          3.   Seorang yang lincah, suka bercakap dan bersifat terbuka.
          4.   Bersemangat patriotik
               Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata kecintaannya terhadap
               negara dengan menjadi tentera.
          5.   Mempunyai daya ingatan yang tinggi.
               Ingatan Mellisa terhadap semua peristiwa yang pernah berlaku pada zaman kanak-kanaknya bersama
               Hisyam seolah-olah baru berlaku sedangkan pada masa itu dia baru berumur 5 tahun. Ingatannya ini juga
               yang menyebabkan dia nekad mencari jawapan punca rusuhan yang meragut nyawa ‘hero’nya berlaku.
                                                           51
         6.   Seorang yang terpelajar.
              Mellisa merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera.


Watak Sampingan
Hisyam
         1.   Berketurunan Minang.
         2.   Seorang yang warak - rajin ke masjid terutama pada waktu maghrib.
         3.   Penyayang - amat menyayangi Mellisa.
         4.   Rajin – sering membantu ibunya menjual kuih koci dan nasi lemak setiap pagi.
         5.   Bercita-cita tinggi – dia ingin menjadi peguam atau tentera.
Syahid
         1.   Pengarah Syarikat surat khabar
         2.   Wajahnya persis Hisyam.
         3.   Berani – dia berani menghulurkan salam perkenalan kepada Mellisa.
         4.   Suka berterus terang – dia berterus terang tentang perasaannya terhadap Mellisa.


LATAR
Latar Masa
         1.   Siang - Pertemuan antara Farid dan Mellisa dengan Syahid di syarikat surat khabar.
         2.   Senja atau waktu Maghrib - Hisyam ke masjid untuk sembahyang berjemaah.
         3.   13 Mei – berlakunya rusuhan kaum yang telah mengorbankan Hisyam.


Latar Tempat
         1.   Pejabat Syahid - Mellisa dan Farid berjumpa atas urusan kerja
         2.   Rumah Mellisa, - Hisyam menumbuk anak orang putih yang memegang tangan Mellisa.
         3.   Kampung Baru- tempat responden Mellisa menghantar sahabat baiknya balik ke rumah pada 13 Mei 1969,
              yang akhirnya menyebabkan tunangnya meninggal dunia dan mukanya berparut semasa bergelut dengan
              perusuh.
         4.   Jalan Petaling, tempat berakhirnya riwayat Hisyam dan ibunya yang dibunuh perusuh.


Latar Masyarakat
         1.   Masyarakat muda yang amat cinta akan negara
              Mellisa amat cinta akan negara lebih-lebih lagi setelah mengetahui peristiwa yang menyebabkan rusuhan
              kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya dahulu.
         2.   Masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni
              Keluarga Mellisa yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga Hisyam dengan aman dan
              damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku.
         3.   Masyarakat pelajar yang gigih.
              Mellisa amat tekun menyiapkan tesisnya dengan membuat rujukan terperinci dengan menyemak pelbagai
              dokumen, buku, akhbar dan majalah.
         4.   Masyarakat miskin
              Hisyam tinggal di rumah setinggan.
         5.   Masyarakat majmuk yang bersengketa
                                                           52
             Akibat sentimen yang ditanam oleh penjajah kepada penduduk Tanah Melayu menyebabkan rusuhan kaum
             berlaku.


GAYA BAHASA
    1.   Simile - Kumisnya yang kecil bak satu garis hitam
    2.   Peribahasa Bertegang urat leher, Tidak lari gunung dikejar
    3.   Personifikasi - Angin utara itu telah menyerbu masuk ke dalam biliknya.
    4.   Metafora - Bisul rusuhan


NILAI
    1.   Nilai kasih sayang
         Mellisa amat menyayangi Hisyam iaitu hero zaman kanak-kanaknya dan tetap terkenang akannya walaupun
         peristiwa yang meragut nyawa Hisyam telah lama berlalu.
    2.   Nilai kegigihan.
         Mellisa amat tekun dan gigih mencari maklumat tentang peristiwa yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969,
         dengan mengumpul bukti bukan sahaja melalui pembacaan daripada pelbagai dokumen, tetapi melalui
         pertemuan bersama-sama responden yang terlibat secara terus dengan peristiwa berdarah itu.
    3.   Nilai keberanian.
         Hisyam amat berani melindungi Mellisa. Hisyam telah menumbuk anak orang Inggeris yang memegang tangan
         Mellisa.
    4.   Cinta akan tanah air
         Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata kecintaannya terhadap negara
         dengan menjadi tentera


PENGAJARAN
    1.   Kita haruslah menyedari bahawa pertelingkahan antara kaum hanya akan menimbulkan masalah.
    2.   Kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara agar pekerjaan yang kita lakukan akan
         membuahkan hasil yang memuaskan.
    3.   Kita janganlah mudah menyimpan dendam terhadap mereka yang melakukan kesalahan terhadap kita.
    4.   Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara kerana dengan semangat inilah kita boleh hidup dengan
         aman dan sejahtera.
    ___________________________________________________________________________________________
                                                  Biarkan Samudera
                                                  (Raihanah Salleh)

SINOPSIS
         Mir atau Amirah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak berminat terhadap banyak
perkara dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawan serta masyarakat.         Mir sering bercakap sendirian dan
perlakuan peliknya itu telah disedari oleh sahabat baiknya Hakimah. Semuanya berpunca daripada rumahnya yang
dahulu yang terletak di tepi pantai sudah dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Disebabkan itu, kehidupannya
yang lampau hanya tinggal kenangan.      Dia sering teringatkan masa silam bersama ayahnya yang bekerja sebagai
nelayan serta pesanan-pesanan ayahnya. Keadaan Mir semakin membimbangkan disebabkan oleh ibunya juga telah
meninggal dunia sejak dia kecil lagi. Semuanya datang menghantuinya. Menyedari hal itu, Hakimah sebagai kawan baik

                                                             53
mengajak Mir ke kampungnya ketika cuti semester. Hakimah berusaha membantu Mir yang mengalami konflik jiwa itu
dengan bantuan ibunya. Ibu Hakimah yang tahu keadaan Mir yang sering menyendiri itu, lalu menghadiahkan telekong
berenda. Ibu Hakimah mahu Hakimah membantu Mir mengenali Tuhan yang satu. Kesannya, Mir mula beransur pulih
daripada konflik jiwa yang dihadapinya itu. Mir berjanji akan menggunakan telekong pemberian ibu Hakimah. Keadaan
ini menggembirakan Hakimah apabila melihat Mir semakin tenang dan beransur pulih.


TEMA
Konflik dalaman yang dihadapi oleh seorang pelajar.

Konflik dalaman yang dihadapi oleh pelajar yang bernama Amirah atau Mir adalah disebabkan oleh rumah ayahnya akan
dirobohnya untuk dijadikan tempat peranginan. Oleh itu, beliau sering memikirkan akan kesan kehilangan rumah tersebut
yang akan menyebabkan kenangan bersama ayahnya juga akan hilang. Jadi beliau sering menyendiri sehingga ada
kalanya bercakap sendirian sehinggakan kaunselor menganggap kelakuan tersebut sebagai penyakit skizofrenia.



PERSOALAN

1. Persoalan kemiskinan para nelayan
Kehidupan nelayan yang digambarkan melalui watak ayah Amirah terlalu daif melalui keadaan rumah dan juga tempoh
masa ayahnya yang berada di lautan. Malah segala-galanya serba kekurangan.
2. Persoalan keikhlasan dalam persahabatan
Keprihatinan seorang sahabat untuk membantu rakannya yang mengalami tekanan perasaan dapat dilihat melalui usaha
ikhlas Hakimah.   Hakimah membawanya pulang ke kampung untuk bercuti.           Malah, dengan bantuan ibunya yang
menghadiahkan telekung akhirnya Amirah beransur pulih daripada tekanan perasaan tersebut.
3. Persoalan keinsafan untuk mendekati ajaran agama.
Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung kepada Amirah agar beliau dapat mendekatkan diri kepada Tuhan. Usaha itu
amat berkesan apabila Amirah mula berubah tingkah laku.
4. Persoalan kepetingan menjaga alam sekitar
Bapa Amirah sering berpesan kepadanya agar sentiasa menghargai lautan yang mempunyai banyak kepentingan kepada
manusia. Oleh itu, Amirah sering membayangkan akan keindahan pantai dan bunyi ombak dalam kehidupannya.


PLOT
Secara keseluruhannya plot cerpen digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i)     Permulaan
        Cerita dimulakan dengan memperkenalkan watak Amirah yang mengalami tekanan perasaan. Amirah dapat
        melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan tinggal bersama seorang rakan bernama Hakimah.
(ii)    Perkembangan
        Amirah sering memikirkan kehidupan ayahnya di kampung yang telah berpindah ke rumah panjang kerana
        rumah mereka di tepi pantai akan dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Dia juga sering teringat akan
        pesanan ayahnya untuk menjaga pantai daripada sebarang pencemaran.                Sahabatnya Hakimah cuba
        membantu dengan cara membawanya pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibunya.
(iii)   Konflik
        Sikap Amirah semakin berubah kerana fikirannya semakin bercelaru memikirkan masalah keluarganya.




                                                          54
(iv)       Klimaks
           Ibu Hakimah menyuruhnya mengajar Amirah mendekati diri Tuhan lalu, Ibu Hakimah menghadiahkan kain
           telekung.
(v)        Peleraian
           Amirah berjanji akan menggunakan kain telekung tersebut. Akhirnya Amirah sembuh dan kembali seperti biasa.


TEKNIK PENCERITAAN
1.         Pemerian
       Pengarang memerikan perihal kehidupan ayah Amirah yang bekerja sepanjang hari di dalam lautan mencari rezeki.
2.         Dialog
       Perbualan antara Amirah dengan Hakimah membincangkan soal lautan dan juga ombak yang sering didengari oleh
       Amirah.
3.         Imbas Kembali
       Mir mengimbas kembali kata-kata ayahnya yang menyuruh dan memesannya agar menjaga lautan daripada
       pencemaran.
4.         Suspens
       Pengarang membiarkan pembaca tertanya-tanya perkara yang berlaku kepada rumah Mir di tepi pantai.
5.     Monolog Dalaman
       Mulut Mir terkumat-kumit mengingati tentang khazanah kehidupan nelayan yang perlu dijaga untuk kelangsungan
       ekosistem.
6.     Monolog Luaran
       Mir mengulangi kata-kata ayahnya tentang apa yang harus dilakukan ketika rumah kesayangan mereka dirobohkan.
       “apa yang harus kulakukan?”


WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Mir / Amirah
          Anak seorang nelayan yang menuntut ilmu di universiti tempatan.
          Ibunya telah meninggal dunia ketika dia dilahirkan.
          Anak tunggal.
          Mengidap penyakit skizofrenia yang menyebabkan Mir menjadi pendiam.
          Memiliki rambut yang cantik.
          Seorang yang penyayang - Amirah anak yang baik kerana sentiasa memikirkan nasib dan pesanan ayahnya
           yang tinggal di rumah panjang.
          Suka menyendiri - Amirah mula berubah sikap mengasingkan kerana tekanan perasaan.
          Tabah - Amirah tetap meneruskan pembelajaran walaupun, dihimpit oleh kesusahan hidup keluarganya.


Watak Sampingan
1.     Hakimah
          Gadis yang sedang menuntut di universiti tempatan bersama-sama dengan Amirah.
          Ibu yang tinggal di kampung.
          Sahabat yang baik - Sentiasa bersedia membatu rakannya yang mengalami tekanan perasaan.

                                                             55
          Prihatin - Membawa Amirah pulang ke kampungnya untuk bertemu dengan ibunya.
          Penyayang - Hakimah amat baik dengan ibunya dan sentiasa berkongsi segala masalah kepada ibunya.
2.   Ayah
          Ayah kepada Amirah.
          Bekerja sebagai nelayan.
          Sudah tua
          Tinggal di rumah panjang di kampung.
          Badannya agak kurus.
          Kehidupannya miskin - Rumah yang dibina di atas tanah kerajaan akan dirobohkan untuk pembangunan
          Redha dengan takdir Tuhan -         Menerima nasib dirinya yang terpaksa berkongsi rumah panjang kerana
           rumahnya di tepi akan dirobohkan.
          Gigih - Ayah seorang yang kuat semangat untuk terus mencari rezeki di laut bagi menampung kehidupan dia
           dengan anaknya.
3.   Ibu
          Ibu kepada Hakimah
          Tinggal di kampung.
          Seorang yang baik hati - menghadiahkan Amirah telekung dengan niat agar Amirah mendekatkan diri dengan
           Tuhan.
          Penyayang - Mendidik anaknya dengan baik sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.
          Prihatin - Menyedari sahabat Hakimah sakit lalu ibu membantu Amirah agar mendekati diri dengan Tuhan.
          Patuh kepada ajaran agama - Sentiasa mengingati Hakimah agar mengajar Amirah membaca al-Quran dan
           mengenali Tuhan yang satu.


LATAR
Latar Masa
          Waktu Hujan - Ketika itu Amirah kembali teringat kata-kata dan juga pesanan ayahnya.
          Hari Sabtu - Hakimah mengajak Amirah berjalan-jalan di kota untuk menenangkan fikiran.
Latar Tempat
          Di laut- tempat ayah Amirah yang menjadi nelayan mencari rezeki.
          Di rumah Hakimah – Hakimah membawa Amirah bercuti juga menceritakan masalah Amirah.
          Di Kampung - Bapa Amirah tinggal di rumah panjang di kampung.
          Di Kampus - Tempat Amirah dan Hakimah belajar.
Latar Masyarakat
              Masayarakat yang saling sayang menyayang - Amirah menyayangi ayahnya yang tinggal di kampung.
              Masyarakat yang prihatin - Hakimah mengambil berat soal kesihatan sahabatnya yang mengalami tekanan
               perasaan.
              Masyarakat yang berpendidikan tinggi -      Amirah dan Hakimah menuntut di Intitusi Pendidikan tinggi
               tempatan.
              Masyarakat yang miskin -       Ayah amirah mewakili sekumpulan nelayan yang tinggal di rumah panjang
               secara berkongsi dan miskin.
              Masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama              -    Ibu Hakimah meminta Hakimah
               menghadiahkan telekung agar Amirah kembali kepada Tuhan yang satu.
                                                            56
GAYA BAHASA
1. Simile - “Ayah sayangkan laut itu seperti ayah sayangkan kau Mir”.
2. Sinkope – kau, ku dan tak
3. Repitasi - Berpintal-berpintal dan bergulung-gulung. Berpintal-pintal dan bergulung-gulung.
4. Peribahasa - hati perut.
5. Hiperbola - “Aku bercakap dengan ombak dengan samudera.”


NILAI
    1.   Nilai kasih sayang - Kasih sayang Amirah kepada ayahnya tidak pernah berbelah bahagi.
    2.   Nilai prihatin - Hakimah dan ibunya membantu Amirah untuk kembali sihat kerana kasihan
         kepadanya.
    3.   Nilai kesabaran – Hakimah kelihatan sabar menghadapi dugaan yang melanda hidupnya apabila rumah mereka
         akan dirobohkan.
    4.   Nilai rasional -      Ayah Amirah rela menerima suratan takdir yang rumahnya akan dirobohkan untuk
         pembangunan.
    5.   Nilai patuh kepada agama – Ibu Hakimah digambarkan sentiasa berpegang kepada ajaran agama
         sehinggakan menghadiahkan tudung kepada Amirah.


PENGAJARAN
    1.   Kita hendaklah tolong-menolong sesama manusia terutama terhadap sahabat yang sedang dalam kesusahan.
    2.   Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan jiwa akan tenang untuk melalui
         kehidupan seharian.
    3.   Kita haruslah berfikiran rasional dalam menghadapi sebarang ujian daripada Tuhan agar kita tidak bertindak di
         luar batasan.
    4.   Kita hendaklah menjaga hubungan kekeluargaan terutama dengan ibu dan bapa yang keseorangan di kampung.
    5.   Kita haruslah menyayangi ibu dan bapa yang telah bersusah payah menjaga dan memberi pendidikan kepada
         kita.
_____________________________________________________________________________________________




                                                          57
DRAMA
                                               Gelanggang Tuk Wali
                                                  (Ismail Kassan)

SISNOPSIS
Babak 1
          Ripin telah pergi ke rumah Tuk Wali, untuk memaklum jemputan bersilat di majlis perkahwinan rumah Haji
Kodri. Kedatangannya disambut oleh Mak Umi. Tuk Wali mahu memenuhi jemputan tersebut walaupun demam,. Tuk
Wali juga berbual dengan Ripin tentang kerakusan manusia yang menyebabkan kepupusan spesies pokok-pokok herba
di hutan sebagaimana yang dilakukan oleh Si Guan. Tuk Wali kesal oleh sebab harga akar-akar kayu semakin rendah
Tuk Wali meminta Ripin memastikan murid-murid silat berkumpul kerana wartawan akan datang pada malam itu.
Babak 2
          Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji Kodri dengan berpakaian baju Melayu yang lengkap dengan
samping dan bersongkok. Tidak lama kemudian, Imam dan Siak berkunjung ke rumah Tuk Wali. Kedatangan mereka
disambut oleh Mak Umi. Siak menyatakan perasaan tidak senang kerana, dia masih bersilat di gelanggang. Baginya Tok
Wali sepatutnya menghabiskan masa di masjid. Mak Umi mempertahankan suaminya kerana selama ini suaminya tidak
pernah tinggal solat berjemaah di masjid malah mengerjakan solat sunat setiap malam. Bagi Mak Umi, Tuk Wali hanya
memenuhi hajat orang untuk memeriahkan majlis, tidak melanggar adat dan agama. Mak Umi meminta Imam dan Siak
bercakap dengan Tuk Wali sendiri tentang hal itu. Dia juga akan memaklumkan nasihat Siak dan Imam kepada Tok Wali.
Babak 3
          Tuk Wali meluahkan rasa tidak senangnya terhadap Piee cucu tirinya, Piee yang telah memalukan dirinya di
rumah Haji Kodri. Mak Umi mahu Tuk Wali mengubatkan Piee yang menagih dadah. Tuk Wali menyuruh Mak Umi
menghalau Piee jika datang ke rumah itu lagi. Tuk Wali terlalu marah kepada Piee kerana dia telah mencuri wang
tambang Tuk Wali ke Mekah yang berjumlah RM2000.00. Mak Umi memaklumkan nasihat Imam dan Siak kepada Tok
Wali. Tuk Wali mengatakan bahawa dia boleh duduk berzikir di masjid tetapi dia juga perlu mengubatkan orang yang
patah kaki, terseliuh, dan histeria. Tuk Wali mengimbas dirinya ketika muda dahulu sering dipuji,dan dianggap hebat.
Apabila dia sudah tua segala yang dilakukannya dipandang tidak elok. Mak Umi mencadangkan anak-anak muridnya
seperti Ripin menggantikan tempatnya untuk bersilat di majlis kahwin. Tuk Wali mengatakan bahawa silat sudah sebati
dengan dirinya. Tok Wali    dikunjungi oleh Ripin dan Mariam. Tuk Wali menyarankan Ripin dan Mariam mengambil
tempatnya untuk mengajar silat tetapi mereka berdua tidak bersedia Mereka merayu agar Tuk Wali terus mengajarkan
silat. Tuk Wali mengambil sebilah keris dan menceritakan asal usul keris tersebut Tok Wali merasakan Ripinlah yang
layak untuk menjadi pewaris keris itu. Dua orang wartawan dari majalah Pejuang, iaitu Halim dan Jamil datang ke rumah
Tuk Wali untuk menemu ramahnya.. Piee cucu tiri Tuk Wali yang baru keluar dari pusat pemulihan muncul. Setelah
kedua-dua wartawan itu pulang, Tuk Wali menampar dan memarahi Piee kerana masuk ke dalam biliknya. Empat orang
pemuda telah datang ke rumah Tuk Wali. Menyangka Tuk Wali tiada di rumah mereka bermain gitar, menyanyi sambil
menari-nari. Tuk Wali memarahi mereka. Salah seorang pemuda telah ditampar oleh Tuk Wali kerana bersikap biadap.
Babak 4
          Siak datang ke rumah Tuk Wali dan mencabar Tuk Wali agar bersilat dengannya. Siak berasa marah kerana Tuk
Wali telah menampar cucunya yang mahu belajar silat. Mereka bertarung menggunakan sundang. Mak Umi mencari
Ripin untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Ripin berjaya mengunci pergerakan Siak. Ripin mencadangkan Tuk Wali
dan Siak menyelesaikan masalah dengan cara berunding.. Mak Umi menyuruh Ripin menghantarnya ke rumah Berahim
kerana dia tidak mahu melihat pergaduhan antara Tuk Wali dengan Siak. Siak akhirnya meninggalkan rumah. Tuk Wali
yang kepenatan dan akhirnya terlena dibuai mimpi indah.


                                                          58
Babak 5
           Piee masuk ke rumah Tuk Wali dan mengambil biola serta sebilah keris yang tersisip di dinding beranda itu. Tuk
Wali menyedari perkara itu dan marahi Piee Kemudian berlaku pergaduhan dan pertikaman antara Tuk Wali dengan
Piee. Semasa Tuk Wali ingin mengambil biola yang dijatuhkan oleh Piee, Tuk Wali ditikam oleh Piee. Tikaman itu
terkena di perut Tuk Wali. Tuk Wali dapat mengambil keris daripada tangan Piee. Tuk Wali semakin lemah apabila
banyak darah keluar daripada lukanya. Ripin terkejut apabila melihat Tuk Wali yang terbaring berlumuran darah. Ripin
mahu menghantar Tuk Wali ke hospital tetapi Tuk Wali enggan. Tuk Wali sempat menyerahkan keris tersebut kepada
Ripin sebelum meninggal. Ripin ingin menuntut bela atas kematian Tuk Wali. Dia menyangka Siak yang membunuh Tuk
Wali. Siak dan Imam muncul dan melihat Ripin memegang keris dalam keadaan Tuk Wali telah terbujur kaku. Imam
menyangka bahawa Ripin telah membunuh Tuk Wali. Berlaku tuduh menuduh antara Siak dan Ripin Mariam dan Mak
Umi sampai lalu menerpa ke arah mayat Tuk Wali. Mak Umi dan Mariam ingin tahu orang yang membunuh Tuk Wali.
Siak dan Ripin saling menuduh sekali lagi. Mak Umi menafikan Ripin membunuh Tuk Wali.


PEMIKIRAN DRAMA
Pemikiran drama Tok Wali ialah perjuangan mempertahankan warisan budaya bangsa.
Tok Wali mengajarkan ilmu persilatan sejak 50 tahun lalu kepada pemuda-pemudi kampung. Dia juga mematuhi pantang
larang mencari pokok-pokok kayu herba di hutan demi memelihara warisan hutan tersebut pada masa akan datang.


PERSOALAN
    1.     Persoalan sikap hormat –menghormati dalam kalangan masyarakat terhadap orang yang berilmu
           Ripin amat menyanjung tinggi Tok Wali yang telah mengajarnya ilmu silat.
    2.     Persoalan budaya warisan bangsa yang diremehkan.
           Ada sesetengah penduduk kampung yang mencemuh Tok Wali kerana bersilat dalam majlis perkahwinan.
    3.     Persoalan masalah penagihan dadah yang sukar dirawat.
           Piee yang baru keluar dari pusat pemulihan kembali menagih kerana tidak dipantau oleh ibu bapanya.
    4.     Persoalan perasaan dengki dan khianat.
           Ada pihak yang dengki kepada Tok Wali lalu menghalau Piee dari majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri.
    5.     Persoalan dendam yang berpanjangan.
           Siak masih menyimpan perasaan dendam kepada Tok Wali kerana Tok Wali berkahwin dengan bekas
           tunangnya
    6.     Persoalan keprihatin dan dalam kalangan masyarakat.
           Tok Wali merawat orang sakit, menguruskan jenazah dan perkara-perkara lain tanpa meminta sebarang upah.


PLOT
Jenis Plot :
Bersifat kronologi – peristiwa berkembang mengikut urutan waktu babak demi babak. Walau bagaimanapun terdapat
unsur imbas kembali, contohnya sejarah keris yang diwarisi oleh Tok Wali.
Pembinaan Plot:
Terdapat empat peringkat binaan plot iaitu
    (i)        Permulaan
               Pembaca diperkenalkan dengan watak utama iaitu Tok Wali dan watak-watak sampingan iaitu Mak Umi dan
               Ripin. Tok Wali diundang membuat pertunjukan silat di majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri.
    (ii)       Perkembangan
                                                            59
                   Tok Siak berkunjung ke rumah Tok Wali dan berjumpa dengan Mak Umi. Mereka berhasrat menasihati Tok
                   Wali agar berhenti bersilat kerana usia Tok Wali telah lanjut dan tidak manis dipandang jika masih lagi
                   bersilat di gelanggang.Tok Wali kesal kerana peranannya tidak lagi dihargai oleh orang-orang kampung.
                   Berlaku pertarungan antara Siak dan Tok Wali kerana Tok Wali telah menampar anak saudara Tok Wali.
      (iii)        Klimaks
                   Tok Wali telah ditikam oleh Piee semasa Piee mencuri keris dan biola milik Tok Wali. Tok Wali mati setelah
                   sempat menyerahkan keris kepada Ripin.
      (iv)          Peleraian
                   Berlaku tuduh-menuduh antara Ripin dan Siak tentang pembunuh yang telah menikam Tok Wali.


Teknik Penceritaan:
      1.      Teknik pemerian
              Pengarang menggambarkan ruang hadapan rumah Tok Wali yang dipamer dengan pelbagai jenis senjata lama.
      2.      Teknik dialog
              Sebahagian besar drama disampaikan dalam bentuk dialog antara watak.
      3.      Teknik imbas kembali
              Tok Wali menceritakan peristiwa dia menewaskan 4 orang perompak kedai emas .Secara kebetulan dia sedang
              duduk di bangku kedai emas tersebut.
      4.      Teknik suspens.
              Pembaca tertanya-tanya pihak yang akan menang dalam pertarungan antara Siak dan Tok Wali.


Watak dan Perwatakan
      1.      Tok Wali
              1.   Watak utama
              2.   Nama sebenarnya ialah Wak Raja Waliudin bin Raja Agus.
              3.   Dia berumur dalam lingkungan 70-an.
              4.   Dia merupakan guru silat yang membuka gelanggangnya sendiri di halaman rumah.
5.     Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis penyakit.
6.     Dia seorang yang tegas dengan pendirian
       Tok Wali tetap mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri walaupun dinasihati oleh isterinya, Siak dan
       Imam.
7.     Dia seorang yang berani.
       Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
8.     Dia seorang yang pantas bertindak
       Tok Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba merompak kedai emas.
9.     Dia seorang yang taat akan perintah agama.
       Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.
10.    Dia seorang yang suka membantu orang lain
      Tok Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti memandikan jenazah tanpa meminta upah.


2.    Ripin
      1.      Anak murid Tok Wali
      2.      Berusia dalam lingkungan 30-an
                                                               60
     3.   Anak murid yang dipercayai oleh Tok Wali untuk mewarisi kerisnya.
     4.   Dia seorang yang menghormati orang tua - Ripin sangat menghormati Tok Wali dan bersopan ketika
          bercakap dengan Tok Wali.
     5.   Dia seorang yang taat suruhan gurunya.
          Apabila disuruh oleh Tok Wali mengumpulkan anak-anakmuridnya kerana ada pemberita datang, Ripin patuh
          akan kehendak Tok Wali
     6.   Dia seorang pendendam - Ripin mahu menuntut bela atas kematian Tok Wali.


3.        Mak Umi
          1.   Dia ialah isteri Tok Wali.
          2.   Berusia dalam lingkungan 50-an.
          3.   Dia mahir ilmu persilatan semasa muda.
          4.   Dia seorang yang bijak
               Mak Umi bijak membalas percakapan Siak dan Imam yang mahu menasihati Tok Wali.
          5.   Dia seorang yang penyabar
               Mak Umi sabar melayan kerenah Tok Wali yang membidas kata-katanya.
          6.   Seorang yang prihatin
               Mak Umi mengambil berat tentang Piee yang menjadi penagih dadah.


LATAR
Latar masa
     1.   Pada waktu pagi
          Ketika Ripin datang ke rumah Tok Wali.
     2.   Pada waktu petang
          Ketika Tok Wali bersiap sedia hendak pergi ke majlis kenduri di rumah Haji Kodri.
     3.   Pada waktu malam
          Ketika Tok Wali bermain biola dan berbual-bual dengan Mak Umi.


Latar tempat
     1.   Di rumah Tok Wali
          2 orang pemberita datang menemu ramah Tok Wali di rumahnya.
     2.   Di gelanggang silat
          Tok Wali bertarung dengan Siak di gelanggang silat.


Latar masyarakat
1.        Masyarakat yang mempertahankan warisan bangsa.
          Tok Wali mengajarkan ilmu silat supaya dapat diwarisi oleh anak-anak muda kampungnya.
2.        Masyarakat yang beradab.
          Tok Wali memenuhi jemputan Haji Kodri supaya membuat pertunjukan silat di majlis kenduri di rumahnya.
3.        Masyarakat yang saling menghormati
          Ripin menghormati Tok Wali kerana memiliki ilmu persilatan dan melayan percakapan Tok Wali dengan sopan.
4.        Masyarakat yang hipokrit
          Siak menggunakan alasan agama untuk mengurangkan pengaruh Tok Wali di kampung itu.
                                                            61
5.        Masyarakat yang tidak berakhlak.
          Piee menjadi penagih dadah dan sukar dipulihkan lagi.
6.        Masyarakat yang taat perintah agama.
          Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid.


GAYA BAHASA
1.   Penggunaan bahasa Arab
     Assalamualaikum Insya-Allah , Astagfirullahal’azim
2.   Bahasa Inggeris
     Sorrylah..
3.   Bahasa Indonesia
     Bisa copot jantungku
4.      Sinkope
     Yang itu tak pulak disebut!.
        Kerana dah tualah tak jadi manis tu!
5.      Simile
        Kawannya macam lalat
        ibarat burung dalam sangkar yang terbuka pintunya.
        macam rimau tak ada gigi
6.      Simpulan bahasa
        kambing hitam
7.      kata ganda
        bertalu-talu, gegak-gempita


NILAI
1.      Nilai ketegasan
        Tok Wali tegas dengan pendiriannya mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri kerana baginya
        perbuatannya itu tidak salah.
2.      Nilai keberanian
        Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
3.      Nilai taat akan perintah agama
        Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.
4.      Nilai hormat-menghormati
        Ripin menghormati Tok Wali yang tinggi ilmu persilatan dan merupakan guru silatnya.
5.      Nilai bertanggungjawab
        Tok Wali berasa dirinya bertanggungjawab meneruskan usaha mengajarkan ilmu silat kepada anak-anak muda
        kampung tersebut.
6.      Nilai tolong-menolong
        Ripin membantu Mak Umi yang memanggilnya supaya menamatkan pergaduhan antara Tok Wali dan Siak.
7.      Nilai keprihatinan
        Tok Wali sering melakukan kerja kemasyarakatan tanpa mengharapkan upah seperti menggali kubur dan
        memandikan jenazah.


                                                             62
PENGAJARAN
      1.    Kita hendaklah mempertahankan warisan bangsa agar generasi akan dating berpeluang mendapat manfaatnya.
      2.    Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua daripada kita kerana mereka banyak berjasa kepada
            kita.
      3.    Kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan agar
            masyarakat hidup harmoni.
      4.    Janganlah kita bersikap hipokrit dalam hidup kerana sikap itu memberi kesan yang negatif.
      5.    Setiap masalah yang dihadapi haruslah diselesaikan secara rundingan supaya tidak berlaku kecederaan atau
            pertumpahan darah.
      6.    Kita mestilah bersabar atas ujian yang menimpa kita supaya kehidupan lebih sejahtera.
      7.    Kita hendaklah bijak menangani masalah yang timbul agar tidak menimbulkan kesusahan kepada diri sendiri
            kelak.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                                                             Drama Forum Remaja 2020
                                                                  (Sharif Shaary)

SINOPSIS
            Forum Remaja 2020 memaparkan peranan dan tanggungjawab tiga orang remaja iaitu Salmah, Chandran dan
Chong menjelang tahun 2020. Mereka berjumpa dengan dua orang makhluk Utopia yang yang datang ke bumi untuk
menjayakan satu misi.
            Kedatangan mereka didorong atas rasa tanggungjawab moral untuk mengingatkan makhluk bumi bahawa
situasi kini sudah mencapai tahap kritikal ke arah kemusnahan. Makhluk Utopia memilih Malaysia kerana Malaysia
berpotensi untuk dimajukan sebagai sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral
sejagat. Mereka berpendapat segala pembangunan sekarang bukan sumbangan generasi                                                muda yang diwakili oleh
Salmah, Chandran dan Chong tetapi sumbangan generasi yang terdahulu. Generasi muda kini belum berbuat apa-apa.
Sebagai bakal pemimpin masa depan, remaja perlu mempunyai jati diri yang kental, berilmu pengetahuan dan memiliki
moral yang tinggi bagi merealisasikan matlamat tersebut.Masalah keruntuhan moral generasi muda berada dalam satu
era kritikal dari segi moral, sosial dan mental. Mereka mesti bersatu padu sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum,
bersemangat patriotik dan mengamalkan nilai keagamaan dalam aspek kehidupan.
            Apabila kedua-dua makhluk Utopia itu beredar, ketiga-tiga remaja itu pun tersedar dan mereka rupanya
bermimpi. Ketiga-tiga remaja itu berbincang tentang kritikan yang diberi oleh makhluk Utopia dan mereka menyetujuinya.
Sebagai remaja, mereka perlu merancang strategi kepimpinan untuk merealisasikan pembangunan negara di samping
melahirkan generasi yang berdisiplin .


PEMIKIRAN
Peranan dan tanggungjawab remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang diwakili oleh watak Salmah, Chandran
dan Chong.

PERSOALAN
1.    Persoalan remaja sebagai pemimpin negara pada masa hadapan.
2.    Persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalam diri remaja.
3.    Persoalan tentang kepentingan penghayatan nilai keagamaan dalam kehidupan.
4.    Persoalan semangat patriotik sebagai pegangan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa.


                                                                               63
5.   Persoalan tentang jati diri, moral dan ilmu pengetahuan sebagai teras kepada remaja untuk merealisasikan
     Wawasan 2020.


PLOT
Plot drama ini digarap secara kronologi, melalui empat peringkat:
1.   Permulaan
     Plot dimulakan dengan perbincangan serius antara Salmah, Chandran dan Chong sehingga mereka tertidur.
2.   Perkembangan
     Kedatangan dua makhluk Utopia ke bumi dengan membawa misi suci dan memilih Malaysia kerana Malaysia
     mempunyai potensi yang boleh dimajukan sebagai sebuah negara model dunia. Chong berhujah tentang Malaysia
     yang sudah mempunyai kualiti pembangunan dan bangsa Malaysia mempunyai etika kerja berdasarkan slogan
     Bersih, Cekap dan Amanah. Salmah turut mengemukakan hujah bahawa rakyat Malaysia hidup dalam suasana
     yang muhibah di samping bangunan pencakar langit yang setanding negara maju. Chandran mahukan penjelasan
     sebab mereka dipilih untuk berdialog. Makhluk Utopia menjelaskan bahawa mereka merupakan bakal pemimpin
     negara. Perdebatan sengit berlaku antara tiga sahabat dan dua makhluk Utopia. Hujah tentang keagamaan dan
     ketuhanan turut diperkatakan oleh Salmah. Agama sepatutnya diutamakan dan dipraktikkan dengan fikiran yang
     rasional dan niat yang ikhlas serta suci. Perkara yang membimbangkannya ialah keadaan anak muda sekarang
     yang longgar kepercayaan agamanya yang menjadi punca kemerosotan moral.
3.   Konflik
     Pada peringkat ini konflik timbul apabila Chandran merasai bahawa mereka sedang bermimpi. Chong berpendapat
     kemungkinan makhluk itu menyamar. Bagi Salmah, mereka meragui tentang makhluk itu kerana pendapat-pendapat
     yang bersanggah.
4.   Klimaks
     Salmah, Chandran dan Chong akhirnya bersetuju akan perkara-perkara yang dihujahkan oleh makhluk Utopia.
5.   Peleraian
     Akhirnya, tiga sahabat ini menjelaskan bahawa mereka harus merancang strategi kepimpinan untuk merealisasikan
     perkara yang dihujahkan. Mereka mesti menyelesaikan masalah kemerosotan moral generasi muda dan
     memperkemaskan disiplin supaya setiap yang dirancang akan lebih berkesan. Mereka harus memulakannya dari
     sekarang.


TEKNIK PLOT
1.   Teknik dialog
     Dialog antara watak Salmah, Chandran dan Chong, contohnya
         Chandran:Ah, Makhluk Utopia yang berdebat dengan kita tadi tu!
         Chong: Entah, aku rasa macam mimpi saja.
         Salmah:Tapi, takkanlah ketiga-tiga kita bermimpi serentak?


2.   Teknik suspens
     Kedatangan dua Makhluk Utopia dan menghampiri Salmah, Chandran dan Chong. Mereka hendak lari.




                                                           64
WATAK PERWATAKAN
Watak Utama
1.   Salmah
    Mahasiswa berusia 22 tahun
    Wajah tipikal seorang gadis Melayu dan berkulit sawo matang
    Berfikiran objektif, terbuka ,petah dan berani mengemukakan pendapat - Salmah berdialog dengan Chong yang
     menegaskan bangsa yang maju ialah bangsa yang sanggup menerima kritikan.


2.   Chandran
    Mahasiswa berusia 22 tahun
    Wajah tipikal seorang pemuda India dan fasih berbahasa Melayu
    Berperawakan sederhana.
    Bijak berhujah,kritis dan banyak memberikan pendapat - Chandran menyatakan pendapatnya bahawa generasi
     dewasa harus bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku kepada generasi muda.


3.   Chong
         Mahasiswa berusia 22 tahun
         Wajah tipikal seorang pemuda Cina fasih berbahasa Melayu dan bijak berhujah
         Mudah emosional dan cepat sejuk - Chong marah kerana tidak bersetuju dengan pendapat Makhluk Utopia
          bahawa generasi mereka belum buat apa-apa.


Watak Sampingan
1.        Makhluk Utopia I dan II
         Makhluk asing dari planet Utopia
         Watak mereka muncul dalam mimpi
         Bijak mengemukakan pendapat - Makhluk Utopia memberikan pendapat bahawa makhluk bumi berada dalam
          situasi yang kritikal ke arah kemusnahan.


LATAR
Latar masa
         waktu petang pada tahun 2020


Latar tempat
         Kampus universiti tempat Salmah, Chandran dan Chong belajar


Latar masyarakat
     1.   Masyarakat kampus - Salmah, Chandran dan Chong.
     2.   Masyarakat dari planet Utopia - Makhluk Utopia 1 dan 2.
     3.   Masyarakat yang bijak berhujah - Salmah dan Chandran berhujah dengan makhluk Utopia.
     4.   Masyarakat remaja yang cinta akan negara - hujah-hujah Chong menunjukkan cintanya kepada tanah air.




                                                          65
GAYA BAHASA
         Kata ganda, contohnya bangunan-bangunan
         Sinkope, contohnya tak ada satu pun yang baik
         Peribahasa, contohnya bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

NILAI
1.   Nilai keberanian - Tiga sahabat berani berhujah dengan makhluk Utopia tentang cabaran untuk membangunkan
     negara.
2.   Nilai cinta akan tanah air - Tiga sahabat menunjukkan kecintaan akan negara dan mahu menjadi pemimpin pada
     masa akan datang.
3.   Nilai baik hati - Makhluk Utopia baik hati dengan menasihati dan memberi teguran kepada penduduk bumi.


PENGAJARAN
1.   Kita hendaklah mengutamakan perpaduan kaum dan mengamalkannya dalam hidup bermasyarakat seperti yang
     ditunjukkan oleh Salmah, Chandran dan Chong.
2.   Remaja hendaklah memahami, menghayati dan mengamalkan nilai keagamaan dalam kehidupan.
3.   Remaja hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab dan memiliki jati diri yang kental.
4.   Remaja hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan untuk membangunkan negara pada masa hadapan.


_______________________________________________________________________________________
                                     Drama Cempaka Berdarah
                                        (A.Rahim Abdullah)

SINOPSIS


Babak 1
Drama Cempaka Berdarah mengisahkan Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menanti kepulangan
Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Kemudiannya, mereka terdengar orang memanggil di luar
rumah. Mereka mengintai melalui lubang pintu dan mendapati seorang lelaki Orang Putih muncul. Mak Jah menyuruh
Cempaka        masuk ke biliknya. Orang Putih itu memperkenalkan dirinya sebagai Prof. Peter , pensyarah Antropologi dan
Sosiologi dan merupakan pensyarah Zaman di universiti. Dalam perbualan mereka, Prof. Peter           meminta Mak Jah
menasihati Zaman supaya belajar betul-betul sekiranya hendak berjaya. Prof. Peter bertanya tentang Cempaka apabila
melihat gambar Cempaka di dinding.


Babak 2
Semasa Zaman dan Cempaka mengambil buah bidara dan akar kayu di sebuah belukar, zaman menyuruh Cempaka
pulang untuk mengambil parang. Mereka berbincang tentang bonsai dan ukiran akar kayu. Semasa Cempaka pulang
mengambil parang, Prof. Peter       muncul ditemani oleh Malik. Berlaku pertengkaran kecil antara mereka. Ketika Zaman
mengambilkan Cempaka bunga kenanga, Prof. Peter dan Malik muncul semula. Berlaku lagi pertengkaran antara Prof.
Peter dan Zaman. Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang. Zaman membuat kesimpulan,
Maliklah yang menjadi orang perantaraan Prof. Peter. Dia juga mendakwa Cempaka ialah adiknya yang dicari-cari
selama ini. Semasa perang Jepun, ibunya telah menyembunyikan adiknya di tebing sungai Bukit Putih dan ditemui oleh
Mak Jah. Dia hendak mengambil Cempaka dan mahu adiknya itu hidup dalam keluarganya. Sewaktu pertengkaran
berlaku, Prof. Peter ternampak seekor ular lalu melepaskan tembakan. Cempaka rebah berlumuran darah. Mak Jah

                                                           66
meraung melihat keadaan Cempaka. Zaman berasa marah dan berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Prof.
Peter telah melarikan diri ke dalam hutan. Zaman mengejarnya dengan parang. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan
dan semuanya tercengang. Mak Jah bersyukur kerana Zaman selamat dan mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan
diri itu.


PEMIKIRAN
Keberanian mempertahankan hak dan maruah keluarga daripada dirampas oleh orang luar. Zaman bertindak dengan
berani dan bersungguh-sungguh ketika bertengkar dengan Prof. Peter.


PERSOALAN
1.    Persoalan kasih sayang sesama insan tidak mengenal agama dan keturunan.
2.    Persoalan pendidikan penting untuk mengubah dan membela nasib diri dan keluarga.
3.    Persoalan mempertahankan hak dengan cara yang betul.
4.    Persoalan peperangan yang menyebabkan perpisahan antara ahli keluarga.
5.    Persoalan tentang usaha mencari adik kandung yang hilang semasa perang Jepun.


PLOT
Plot drama ini terbahagi kepada dua babak cerita.


1.    Permulaan
      Plot bermula di rumah Mak Jah yang sederhana di sebuah kampung. Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas
      rumah sementara menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur.
2.    Perkembangan
      Plot berkembang apabila kedatangan Prof. Peter ke rumah Mak Jah. Tujuannya adalah untuk membuat penyiasatan
      kerana dia ialah Profesor Antropologi dan Sosiologi. Prof. Peter juga memperkenalkan bahawa dia ialah pensyarah
      Zaman. Peristiwa Prof. Peter melihat gambar Cempaka yang menarik perhatiannya. Plot terus berkembang apabila
      Zaman dan Cempaka masuk ke pinggir belukar di kampungnya untuk mengambil buah bidara, akar kayu dan bunga
      kenanga.
3.    Konflik
      Pada tahap perumitan, Zaman bertemu dengan Prof.Peter yang diiringi Malik dan berlaku pertengkaran. Prof.Peter
      dan Malik beredar untuk menembak burung dan kera di bukit. Sejurus selepas itu, mereka datang semula iaitu
      semasa Zaman cuba mengambilkan Cempaka bunga kenanga. Berlaku lagi pertengkaran yang lebih hebat apabila
      Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang.Prof. Peter mendakwa Cempaka ialah adiknya.
      Mak jah datang dan memarahi Prof. Peter.
4.    Klimaks
      Klimaks cerita ialah peristiwa Prof. Peter yang hendak menembak ular di atas kepala Cempaka tetapi tertembak
      Cempaka. Seterusnya, berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Zaman mencuba merampas senapang
      Prof. Peter.
5.    Peleraian
      Prof. Peter melarikan diri ke dalam belukar. Zaman mengambil parangnya mahu mengejar Prof. Peter. Tiba-tiba
      terdengar satu das tembakan letupan senapang yang menyebabkan mereka tercengang. Akhirnya, Zaman berjalan
      ke arah ibunya semula dan ibunya bersyukur kerana Zaman selamat. Zaman dan Mak Jah mengangkat Cempaka
      yang tidak sedarkan diri.
                                                          67
TEKNIK PLOT


1.   Teknik pemerian
     Pengarang memerihalkan watak Mak Jah dan Cempaka,
     contohnya :
     Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menunggu kepulangan Zaman yang belajar di sebuah
     university di Kuala Lumpur.(ms 243)


2.   Teknik imbas kembali
     Pengarang telah menggunakan teknik ini semasa dialog antara Prof. Peter dan Mak Jah tentang adiknya yang telah
     disembunyikan semasa Perang Jepun.
     Contohnya:
     Aku tahu, Mak Jah. Ibuku telah menyembunyikan adikku di tebing sungai Bukit Putih          sebelum orang Jepun
     menyerang dan membunuh bapa dan ibuku.(ms257)


WATAK PERWATAKAN
     Watak utama - ZAMAN
     1.   Anak Mak Jah dan abang angkat kepada Cempaka.
     2.   Dia merupakan penuntut di university di Kuala Lumpur.
     3.   Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis penyakit.
     4.   Dia seorang yang penyayang.
          Zaman amat menyayangi adiknya Cempaka dan ingin memenuhi hajat adiknya untuk mendapatkan bunga
          kenanga akar dan buah bidara di pinggir belukar.
     5.   Dia seorang yang berani.
          Zaman berani bergaduh dengan Prof. Peter kerana mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof.
          Peter..
     6.   Dia seorang yang bijak
          Zaman bijak menghidu niat sebenar Prof. Peter yang mahu membuat kajian di kampungnya.
     7.   Dia seorang yang keras hati.
          Zaman dikatakan keras hati oleh Prof. Peter dan diakui oleh Mak Jah kerana suka menentang cakap orang lain..
     8.   Dia seorang yang tekun belajar
          Zaman tekun belajar kerana berada pada tahun akhir dan akan menghadapi peperiksaan diuniversitinya.
2.        Mak Jah
     1.   Ibu Zaman dan ibu angkat kepada Cempaka
     2.   Dia seorang yang penyayang
          Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun hanya anak angkat.
     3.   Dia seorang yang tegas.
          Mak Jah tetap dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu anaknya walaupun diterangkan oleh Prof. Peter.
     4.   Dia seorang yang bertanggungjawab.
     Mak Jah bertanggungjawab memastikan keselamatan Cempaka dan menyuruh Cempaka masuk apabila Prof. Peter
     datang ke rumahnya.




                                                             68
3.   Prof.Peter
          1. Seorang lelaki Inggeris
          2. Pensyarah sosiologi di sebuah universiti tempatan..
          3. Dia seorang yang bijak
          Dia menggunakan alasan sedang membuat kajian sejarah dan melindungi tujuan sebenar mencari adiknya yang
          hilang.
          4. Dia seorang yang sombong
          Prof Peter mengatakan bangsa Melayu berfikiran sempit dan pengotor.
          5. Seorang yang tegas
          Prof. Peter tegas dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu adiknya.
          6. Seorang yang sanggup berkorban.
          Prof.Peter sanggup bekerja di Malaysia semata-mata untuk mencari adiknya yang hilang semasa zaman Jepun.
LATAR
Latar masa
     1.   Pada sekitar tahun 60-an
     2.   Pada waktu menjelang tengah hari
          Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah dan menunggu Zaman pulang dari Kuala Lumpur.
     3.   Pada waktu petang
          Ketika Zaman dan Cempaka berada di pinggir hutan dan terserempak dengan Malik serta Prof.Peter.
Latar tempat
     1.   Di rumah Mak Jah
          Prof.Peter datang ke rumah Mak Jah untuk menyiasat tentang adiknya.
     2.   Di pinggir belukar dalam kampung
          Zaman dan Prof. Peter bertengkar tentang Cempaka.
Latar masyarakat
     1.   Masyarakat yang mempertahankan hak.
          Mak Jah dan Zaman mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter kerana Cempaka telah
          dipelihara sejak kecil oleh Mak Jah.
     2.   Masyarakat yang penyayang
          Mak Jah menyayangi anak-anaknya.Prof Peter juga menyayangi adiknya .
     3.   Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan wanita
          Mak Jah tidak menghantar Cempaka bersekolah tinggi.
     4.   Masyarakat yang tidak menghormati budaya masyarakat tempatan.
          Prof.Peter bersikap biadap kerana merendahkan orang Melayu dan tidak berunding secara berhemah dengan
          Mak Jah dan Zaman.
     5.   Masyarakat yang prihatin
          Mak Jah telah mengambil Cempaka sebagai anak angkat setelah ibu Cempaka terpaksa meninggalkannya.


GAYA BAHASA
     1.   Sinkope
          Tuan nak buat apa di sini?
          Mak Jah tak adakah anak lelaki?
     2.   Peribahasa
                                                            69
        Keras hati, keras kepala
   3.   Kata ganda
        betul-betul, lihat-lihat
   4.   Sinkope
        Yang itu tak pulak disebut!.


NILAI
   1.   Nilai kasih sayang
        Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun Cempaka hanya anak angkat.
   2.   Nilai keberanian
        Zaman berani mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof Peter.
   3.   Nilai hormat-menghormati
        Mah Jah menghormati tetamunya Prof. Peter dan melayannya dengan ramah.
   4.   Nilai bertanggungjawab
        Zaman bertanggungjawab memenuhi keinginan adiknya Cempaka untuk mengambil bunga kenanga akar.
   5.   Nilai kerajinan
        Zaman rajin belajar sehingga tahun ketika itu berada dalam tahun akhir pengajian.


PENGAJARAN
   1.   Kita hendaklah berusaha mempertahankan apa-apa yang menjadi hak kita dengan cara yang betul agar tidak
        berlaku kejadian yang tidak diingini.
   2.   Kita hendaklah menghormati masyarakat tempatan jika kita berkunjung ke tempat mereka supaya kita tidak
        mendapat kesusahan.
   3.   Janganlah kita menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana perbuatan itu
        membahayakan kita.
   4.   Kita hendaklah gigih berusaha untuk mengubah corak hidup supaya tidak terus dibelenggu kemiskinan.
   5.   Setiap ahli keluarga hendaklah melindungi keluarganya yang lain kerana hal itu merupakan tanggungjawab
        mereka.
   6.   Kita perlu berwaspada terhadap orang yang tidak kita kenali agar tidak diperdayakan oleh mereka.
   7.   Kita berfikir secara bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah agar hasrat yang diinginkan akan memperoleh
        kejayaan.




                                                         70

								
To top