ZAKAT SELANGOR MENGORAK LANGKAH MENERAJU PERUBAHAN

Document Sample
ZAKAT SELANGOR MENGORAK LANGKAH MENERAJU PERUBAHAN Powered By Docstoc
					                                        PENGURUSAN ZAKAT DI NEGERI SELANGOR :
                                       MENGORAK LANGKAH MENERAJU PERUBAHAN
                                                                            Oleh :
                                                            Haji Mohamed Izam b. Mohamed Yusof
                                                                Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
                                                                           Abstrak
Organisasi zakat merupakan salah satu tunjang kepada pembangunan sosio ekonomi ummah. Pengurusan zakat perlu diurus dengan bijaksana agar kutipan
zakat dapat dioptimumkan dan pengagihan zakat dapat dilaksanakan secara berkesan. Pengurusan zakat juga perlu melalui proses transformasi yang
holistik bagi menerajui perubahan dalam pembangunan sosio ekonomi ummah. Lembaga Zakat Selangor (MAIS) adalah organisasi yang diamanahkan untuk
menguruskan zakat di negeri Selangor. Sepanjang 15 tahun LZS beroperasi, LZS telah merancang dan menyusun pelbagai aktiviti bagi meningkatkan
prestasi kutipan zakat dan keberkesanan agihan zakat samada melalui kerjasama, perkongsian pintar dan kolaberasi dengan pelbagai agensi bagi mencapai
kejayaan dalam perlaksanaannya. Namun, dalam menghadapi arus globalisasi dan pelbagai perubahan yang sentiasa berlaku dari masa ke semasa, LZS
perlu memantapkan lagi pengurusan zakat dari pelbagai aspek bagi memastikan strategi yang disusun dapat dilaksanakan dan mencapai objektif sebenar
zakat iaitu meningkatkan kualiti hidup golongan miskin dan yang memerlukan (‘the poor and the needy’). Justeru itu, kertas ini bertujuan membincangkan
faktor-faktor yang boleh memainkan peranan penting dalam perlaksanaan strategi dan bagaimana strategi ini dapat menerajui perubahan yang sepatutnya
perlu dilakukan terhadap golongan ini. Antara tiga isu yang kompleks dalam mengorak langkah menerajui perubahan pengurusan zakat ialah (i) pihak yang
terlibat iaitu ‘stakeholder’, (ii) struktur yang berkaitan aspek kutipan dan agihan; dan (iii) proses iaitu perlaksanaan, pemantauan dan kaedah pelaporan
yang dilaksanakan. Faktor ini akan dibincangkan dari pelbagai perspektif samada sejarah Islam, prinsip-prinsip Islam, kajian-kajian lepas dan rangka kerja
atau model yang berkaitan. Implikasinya akan menghasilkan pengurusan zakat yang kompetitif dan dapat mengadaptasi pelbagai pembaharuan dan
perubahan dalam membangunkan tahap sosio ekonomi ummah. Kesimpulannya, pengurusan zakat perlu terus dipacu dalam mengorak langkah menerajui
perubahan sehingga zakat boleh memainkan peranan yang signifikan dalam arus perdana ekonomi negara.
1
                                                                PENDAHULUAN
Organisasi zakat adalah sebuah organisasi yang menegakkan rukun Islam yang ke 3 yang menguruskan pungutan dan agihan zakat kepada golongan
yang berhak yang telah ditentukan di dalam al-Quran. Zakat ini bertujuan untuk mendidik masyarakat ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.
Pengurusan dana zakat samada kutipan dan agihan zakat di negeri Selangor adalah dipertanggungjawabkan kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
LZS memainkan peranan mendidik masyarakat ke arah kesedaran berzakat, menyediakan khidmat pungutan zakat dan menguruskan agihan zakat
kepada golongan yang layak dan memerlukan. Dalam pembangunan umat di negeri Selangor, agihan zakat dibelanjakan kepada 8 asnaf mencakupi
pelbagai keperluan ummah merupakan satu dana besar yang mampu membangunkan sosio-ekonomi ummah.
Sejarah Kejayaan, Pengagihan dan Pungutan Zakat Di Negeri Selangor
Lembaga Zakat Selangor yang dulunya dikenali sebagai Pusat Zakat Selangor telah ditubuhkan pada tahun 1994. LZS telah melalui pelbagai fasa
perubahan ke arah meningkatkan pengurusan zakat dari aspek kutipan dan agihan zakat. Antara kejayaan yang telah dapat dicapai oleh LZS ialah:-
           • Pungutan zakat tertinggi di Malaysia 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009;
           • Mempunyai bilangan pembayar tertinggi sehingga lebih 154,905 orang tahun 2009;
           • Mempunyai perkhidmatan kutipan zakat paling banyak: kaunter, potongan gaji, internet, mesin ATM, Penolong Amil IPT, SMS, Kiosk di
               kedai kedai dan stesen minyak dll;
           • Mempunyai sistem IT yang canggih yang setanding;
           • Mempunyai cawangan paling banyak iaitu 23 cawangan;
           • Mempunyai ejen kutipan zakat paling ramai sama ada bank, IPTA, Firma audit, ejen cukai dsb;
           • Mengagihkan zakat terbanyak iaitu sebanyak lebih RM279 juta tahun 2009;

2
           • Mempunyai skim bantuan yang terbanyak dan menyeluruh;
           • Mempunyai kadar agihan zakat tertinggi;
           • Mula mengagihkan ke negeri-negeri lain;
           • Mempunyai program agihan yang mantap seperti penempatan berkelompok, projek-projek ekonomi seperti Pasar Rakyat Asnaf,
              Mawaddah Kraf, Mobile Entrepreneur, Pengedaran Gas Memasak Mobil, dll.

Rajah 1 : Prestasi Kutipan Zakat 1991 - 2009
Rajah 1 menunjukkan prestasi kutipan zakat sejak tahun 1991 – 2009.
3
Isu pengurusan zakat di Malaysia
Namun, dalam menghadapi arus globalisasi dan pelbagai perubahan yang sentiasa berlaku dari masa ke semasa, LZS perlu memantapkan lagi
pengurusan zakat dari pelbagai aspek bagi memastikan strategi yang disusun dapat dilaksanakan dan mencapai objektif sebenar zakat iaitu
meningkatkan kualiti hidup golongan miskin dan yang memerlukan (‘the poor and the needy’).
Tambahan pula banyak kajian yang dibuat di Malaysia menggambarkan bahawa pengurusan zakat melaporkan insiden persepsi negatif dari pembayar
zakat kepada pengurusan atas dana zakat terutama dalam hal pengagihan (Mohamed Dahan, 1998; Sanep et. al 2006; Syukri, 2006; dan Abdul Halim
et. al, 2008). Jika pengurusan organisasi zakat tidak dapat ditangani dengan betul, boleh meningkatkan kesan negatif terhadap masa depan
pembangunan organisasi zakat. Ada kajian yang mencadangkan institusi zakat perlu menerapkan konsep tadbir urus syarikat di dalam pengurusan
organisasi (Shawal dan Hasan, 2008).
Hal ini terjadi kerana beberapa masalah termasuk kurangnya keahlian pengurusan, kurangnya komitmen, kurangnya maklumat dan aspek undang-
undang. Senario ini boleh membuat ketidakpuasan di antara masyarakat luar berkaitan dengan pengurusan zakat di Malaysia dan kemudian memberi
kesan negatif terhadap reputasi institusi zakat di negara ini. Kajian yang dilakukan oleh ahli akademik mendedahkan bahawa ada banyak masalah yang
terlibat dalam pengurusan zakat terutama dalam hal pengagihan zakat (Mohamed Dahan, 1998; Sanep et. al 2006; Muhammad Syukri, 2006; dan
Abdul Halim et. al, 2008). Contohnya, Abdul Halim et.al (2008) telah melaporkan insiden persepsi negatif terhadap perkembangan lebih mendalam
mengenai agihan dari ahli lembaga zakat. Mereka juga percaya bahawa ahli lembaga zakat harus meyakinkan masyarakat bahawa dana yang telah
dikumpul telah disalurkan kepada yang berhak dan memerlukan. Selain itu, penggunaan perkataan penswastaan tidak sesuai untuk institusi-institusi
zakat melainkan menggunakan perkataan 'korporat' (Nazifah Mustaffha, 2007). Justeru itu, kertas ini bertujuan membincangkan faktor-faktor yang
menjadikan LZS dapat memainkan peranan penting dalam mengorak langkah meneraju perubahan ke arah keberkesanan pengurusan zakat di negeri
Selangor.
4
                                                             PENGURUSAN ZAKAT
Pelaksanaan pengurusan yang tepat dalam zakat melalui keadaan tertentu pada akhirnya akan meningkatkan keadaan sosio-ekonomi masyarakat
muslim Negara itu. Sebagai contoh, keutamaan paling penting zakat adalah untuk menghilangkan kemiskinan dari masyarakat muslim (i.e menghalang
pemfokusan kekayaan di tangan orang kaya sahaja). Ia akan menjadi pendekatan yang berkesan untuk memerangi masalah kemiskinan (Sadeq, 2002).
Menyedari pentingnya pelaksanaan zakat dalam masyarakat Muslim, pengurusan zakat yang tepat sangat perlu diaplikasikan untuk mencapai tujuan
tersebut. Pengurusan dan pentadbiran organisasi yang teratur adalah penting bagi mencapai pengurusan zakat yang berkesan. Dalam sejarah Islam
zaman dahulu lagi telah wujudnya pengurusan dan pentadbiran yang teratur di mana menunjukkan betapa pentingnya organisasi zakat perlu prihatin
akan hal ini.
Kerajaan Abbasiyah memainkan peranan penting dalam membentuk dan mewujudkan institusi pengurusan dan pentadbiran dengan lebih teratur. Pada
zaman tersebut dilaksanakan sistem kementerian dan sistem kehakiman. Pada zaman ini juga diwujudkan sistem penguasaan yang dapat dianggap
sebagai salah satu cara pentadbiran bagi mengawal masyarakat yang menjalankan amar makruf nahi mungkar. Jabatan-jabatan kerajaan juga semakin
bertambah sejajar dengan bertambahnya orang-orang Islam dalam perkhidmatan kerajaan untuk memberi khidmat dalam pelbagai bidang keperluan
(Ahmad Ibrahim, 1997).
Ibn Khaldun telah menjelaskan, “Ketahuilah bahawa sultan itu sendiri adalah seorang yang lemah, memikul beban yang berat. Ia mesti dibantu oleh
rakyatnya. Sekiranya ia memerlukan bantuan rakyat dalam urusan penghidupan dan pekerjaannya, maka apa pendapatmu berhubung dengan politik
dan rakyat di bawah kekuasaannya.” Nabi musa a.s juga pernah memohon Allah SWT agar melantik seorang lelaki dari keluarganya membantu
baginda menjalankan urusan pentadbiran, seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran dalam Surah Thaha : 29-31 yang bermaksud:

        ‘Adakanlah bagiku seorang wazir (pembantu) dari keluargaku, iaitu Harun, saudaraku. Kuatkanlah tenagaku dengan bantuannya’.
5
     Berdasarkan peristiwa tersebut jelas kepada kita perancangan yang strategik telah wujud sejak zaman dahulu
      lagi dengan dipimpin oleh pemimpin yang berwibawa dan berkelayakan. Dalam mengatur dan menyusun
      pengurusan yang lebih mantap, banyak faktor perlu diambilkira dalam pelaksanaannya sepertimana yang
                                 digambarkan dalam Rajah 2. PERLAKSANAAN

    Nilai & Kepercayaan                                                • Integrasi nilai
                                                                       • Kebolehpercayaan Nilai


    Kepimpinan                                                         • Model Pengurusan
                                                                       • Strategik/ keseimbangan teknik
                                                                       • Pemberian kuasa
                                                                       • Pembangunan latihan
                         • Pembinaan pasukan kerja yang berkesan




Sistem Sumber Manusia    • Pengambilan yang selektif
                         • Orientasi kakitangan
                         • Pembelajaran berterusan
                         • Pengurusan prestasi
                         • Sistem ganjaran


Ciri Budaya Organisasi   • Komunikasi tidak rasmi
                         • Maklumbalas organisasi
                         • Penyesuaian kepada perubahan

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:5
posted:5/10/2012
language:
pages:6