Mari Mengaji yang dikendalikan oleh Ustaz Zamri

Document Sample
Mari Mengaji yang dikendalikan oleh Ustaz Zamri Powered By Docstoc
					Kalau anda pernah menonton siri terbaru Mari Mengaji yang dikendalikan oleh Ustaz Zamri, anda
tahu bahawa di dalam siri terbaru ini, Ustaz Zamri telah memperkenalkan satu kaedah baru yang
dinamakan kaedah al-Matien.

Apakah kaedah al-Matien ini?

Saya pasti mesti soalan ini yang bermain difikiran anda. Jadi pada artikel ini saya akan membuat
sedikit review mengenai kaedah al-Matien ini.

Sebenarnya kaedah al-Matien ini adalah gabungan dari dua kaedah, iaitu kaedah Muqaddam dan
Iqra’. Kalau di dalam kaedah Muqaddam, kita akan mengenal huruf-huruf hijaiyah, selepas itu belajar
mengeja dan akhir sekali baru mula membaca surah-surah lazim.

Manakala di dalam kaedah Iqra’ pula, kita tidak perlu kenal huruf dan tak perlu mengeja. Dengan
kaedah ini kita akan terus diperkenalkan dengan bunyi dan terus mahirkan dengan bunyi tersebut
hingga pandai.

Kelemahan yang paling ketara apabila menggunakan kedua-dua kaedah ini ialah ianya tidak
menekankan kepada penguasaan ilmu tajwid secara khusus. Pendek kat jika kita selesai belajar
menggunakan salah satu dari kaedah ini, insyaAllah kita akan boleh membaca al-Quran, tetapi
kebarangkalian untuk salah dari segi hukum tajwid masih ada.

Inilah kelebihan sekiranya menggunakan kaedah al-Matien ini. Di mana kaedah ini juga menekankan
kepada penguasaan hukum-hukum tajwid. Untuk memudahkan lagi pemahaman kita, warna-warna
yang berbeza bagi setiap hukum-hukum tajwid tersebut telah digunakan untuk bantuan
pembelajaran.

Di sini saya senaraikan sedikit kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi sekiranya anda
menggunakan kaedah al-Matien.

1) Mengikut Format Resam Uthmani

Sepertimana yang telah diketahui bahawa al-Quran yang menggunakan format Resam Uthmani
adalah al-Quran yang diguna pakai di seluruh dunia. Jadi secara tidak langsung dengan mengikut
format Resam Uthmani, kaedah al-Matien ini akan membiasakan kita apabila mula membaca al-
Quran sebenar nanti.

2) Menekankan Penguasaaan Huruf-Huruf Hijaiyah Sebelum Mula Belajar

Cuba anda suruh anak-anak anda atau kanak-kanak yang belajar menggunakan Iqra’ menyebut
huruf-huruf hijaiyah. Pastinya huruf ‘alif’ akan disebut ‘a’, huruf ’sin’ akan disebut ’sa’ , huruf ‘ghain’
akan disebut ‘gho’ dan begitu jugalah dengan huruf-huruf lainnya. Persoalannya mengapa
sebutannya begitu? Ini kerana Iqra’ tidak menekankan kepada penguasaan huruf-huruf hijaiyah. Jadi
dengan menggunakan kaedah al-Matien, insyaAllah masalah ini tidak akan berlaku.
3) Meletakkan Tanda Warna Pada Tempat Yang Dimaksudkan

Ini bertujuan untuk memantapkan lagi pemahaman dalam satu-satu pembelajaran. Contohnya,
katakanlah di dalam potongan-potongan ayat terdapat warna hijau, merah biru atau warna-warna
lain, maka tanda warna ini berfungsi untuk menerangkan apakah maksud warna-warna tersebut.

4) Teknik-Teknik Hukum Tajwid Yang Mudah Dan Jelas

Inilah perbezaan yang paling ketara diantara kaedah al-Matien berbanding Iqra’ dan Muqaddam.
Dengan memberikan penekanan dalam penguasaan teknik-teknik hukum tajwid ini, perbelajaran al-
Quran akan menjadi lebih sempurna.

5) Gambarajah Makhraj Dan Sifat Serta Beberapa Hukum Agar Dapat Diketahui Dengan Lebih Mudah
Dan Jelas.

Menguasai makhraj dan sifat-sifat huruf hijaiyah adalah penting untuk memastikan penyebutan
huruf-huruf tersebut betul mengikut kaedah hukum tajwid. Ini kerana sesetengah huruf-huruf
hijaiyah mempunyai persamaan baik dari segi sifat dan makhrajnya. Selain itu terdapat beberapa
hukum bacaan penting yang wajib diketahui yang berhubung kait dengan sifat huruf. Contohnya,
bagaimana bacaan bagi huruf-huruf yang bersifat dengan sifat Hams ketika diwaqafkan? Dengan
menyediakan gambarajah tentang makhraj dan sifat-sifat huruf serta hukum yang berkaitan,
insyaAllah persoalan-persoalan seperti di atas akan dapat dijawab.

Ok lah pembaca sekelian, setakat ini dahulu review yang dapat saya buat tentang Kaedah al-Matien
ini. Sebenarnya masih ada lagi kelebihan-kelebihan lain yang tak dapat saya senaraikan pada artikel
ini. Sekiranya anda ingin memperolehi kelebihan-kelebihan seperti yang saya sebutkan tadi, anda
boleh mendapatkan sendiri buku tersebut.




KAEDAH MUDAH MERAWAT SENDIRI SIHIR DIRUMAH

1)Sediakan limau nipis 21 biji dan sebotol besar air mineral.

2)Baca fatehah 1x,yasin 45 33x,thaha 69 7x,al ikhlas 1x,al falaq dan an nas 1x.

3)Tiup 20 saat pada limau dan air mineral yang sudah dibuka tudungnya tadi.

4)Perah 1 biji limau pada 1/3 cawan air mineral tadi dan minum 1x pada waktu maghrib.

5)Perah 2 biji limau nipis + 2 sudu air mineral tadi kedalam 1/2 baldi air paip untuk buat mandi
bilasan terakhir (tanpa lap) pada waktu maghrib.
6)Lakukan langkah 4 dan 5 tadi untuk 7hari berturut-turut.

7)Pasang mp3/cd Ruqyah Syariah dalam bilik dari malam sampai pagi (low volume) selama sebulan.

8)Sila baca qursy 7x tiap-tiap lepas solat untuk pendinding diri selama sebulan.Bulan berikutnya baca
1x sahaja tiap-tiap lepas solat.

9)Untuk mengetahui amalan anda berkesan atau tidak dalam merawat sendiri sihir ini,sila ambil
wudhu sebelum tidur dan baca al kautsar 10x niat minta petunjuk mimpi,insyaAllah anda akan diberi
mimpi yang jelas tentang amalan yang anda lakukan.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:68
posted:5/9/2012
language:Malay
pages:3