APA ITU GOOGLE ADSENSE? by mamatmiji

VIEWS: 15 PAGES: 3

More Info
									GOOGLE ADSENSE BANTU PARA BLOGGER
JANAWANG DI INTERNET?




Persoalan menanyakan betulkah google adsense bantu para blogger jana wang di internet?
Jawapannya adalah ya kerana ramai blogger di seluruh dunia termasuk di negara kita bergantung kepada adsense
untuk pendapatan sampingan mereka.

Apakah pernah mendengar seorang anak muda yang memperolehi wang RM100,000 dari Google? Mesti tidak
percayakan? Bagaimana dia memperolehi wang sebanyak itu? Jawapannya adalah Google AdSense.

Apa itu adsense? klik apa itu googe adsense?

Tapi saya boleh bagi gambaran sedikit apa itu adsense. Pendek kata adsense adalah anda menyediakan satu ruang
untuk iklankan produk milik pengiklan yang membayar kepada google. Google pula akan membayar kepada anda
setiap klik iklan itu.

Untuk lebih lanjut tentang adsense, lihat posting yang akan datang.
APA ITU GOOGLE ADSENSE?




Pernah anda lihat iklan google di web atau blog? Tapi sebelum tu, mesti ada para blogger yang baru atau mungkin
yang dah lama dalam dunia blogger ni masih belum tahu apa itu google adsense (yang ni lar iklan dari google tu).
Tak mustahil lar kan sebab ada sesetengah individu buat blog ni sebagai diari mereka atau mungkin lebih tumpu
kepada iklan nuffnang. Ok selepas korang baca entri ni, pasti korang akan lupakan nuffnang sebab beza nuffnang
dengan adsense macam langit dengan bumi. Sebabnya?

Ok, kita mula dari garisan permulaan. Semua orang tahu bahawa mesin pencari atau search engine adalah alat yang
paling banyak dipakai oleh para pengguna di internet. Dan google adalah mesin pencari yang menjadi pilihan nombor
satu para pencari informasi. Betul lar tu.




Sebuah laman web yang sering dikunjungi oleh pengguna internet sedunia secara tidak langsung menjadi sebuah
medium iklanvirtual yang paling menjanjikan. Google nampaknya tidak mensia-siakan peluang ini, tidak dinafikan lagi
melalui iklan boleh dikatakan menjadi sumber pendapatan utama google.

Pengiklan membayar kepada google supaya laman web mereka mendapat tempat di hasil carian google. Program
iklan ini dikenal dengan nama Google AdWords.

Selain iklan mereka (pengiklan) mendapat tempat di hasil carian google, ia juga boleh muncul di halaman-halaman
web atau blog milik orang lain (penerbit). Program inilah yang dinamakan program Google Adsense.
Dengan adsense, pemilik halaman web atau blog (penerbit) yang mahu menyediakan sedikit ruang di halaman web
atau blog mereka, akan mendapat timbal balik (pendapatan) dari google.
Adsense boleh diibaratkan seseorang yang menyewakan ruang untuk ditempatkan iklan dimana dia akan
mendapatkan wang atas jasanya tersebut. Secara jelas, adsense akan mengiklan adwords.

Yang paling penting, program adsense boleh diikuti dengan secara percuma dan ada potensi penghasilan yang tidak
terbatas bagi penerbit adsense.

Hanya berbekal blog atau web sendiri. Tetapi anda harus mematuhi syarat untuk mengikuti adsense. Syarat-syarat
adsense.

								
To top