At-Taqwa 2011

Document Sample
At-Taqwa 2011 Powered By Docstoc
					BULETIN
AT-TAQWA
                                                         B U L E T I N A T-T A Q WA B I L : ( 1 5 ) 1 / 2 0 1 1     JABATAN MUFTI
                                                                                                                  NEGERI SELANGOR




  Hari Keluarga 2010                 Muzakarah Pakar telah                  Memasyarakatkan Jabatan                 SAMBUTAN
  di Kuala Terengganu                diadakan pada 21 Julai 2010 /          Mufti Melalui Program                   10 TAHUN FALAK




                           7                                      8                                     13                           22
                                     9 Sya’ban 1431H                        Turun Padang




  PELANCARAN PELAN STRATEGIK
  JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR 2010-2014
  yang disempurnakan oleh
  Y.A.M. Tengku Panglima Diraja Selangor,
  Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin
  Abdul Aziz Shah Alhaj, mewakili D.Y.M.M Sultan Selangor,
  Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum
  Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
  pada 11 Oktober 2010 bersamaan 3 Zulqa’dah 1431H




JA BATA N M U F T I N E GE R I SE L A NG OR                                                                                          2 010 / 2 011
   B U L E T I N A T-T A Q WA K a l a m D a t o ’ M u f t i




                                                       KAL AM DATO’ MUFTI
                      S  aya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinnya, Majalah At-Taqwa Bil. (15)1/2011 ini dapat di
                      terbitkan. Semoga majalah ini dapat menjadi perantara bagi meningkatkan lagi hubungan dan persefahaman
                      antara Jabatan Mufti dengan Jabatan-jabatan Kerajaan dan swasta serta antara Jabatan Mufti dengan masyarakat
                      awam.
                      Selaras dengan saiznya yang bertambah besar, keupayaannya bertambah, Jabatan Mufti telah mengadakan
                      Program Turun Padang, bertemakan “Memasyarakatkan Jabatan Mufti”. Antaranya, program “Mufti Bersama
                      Masyarakat” di masjid pada hari Jumaat, “Program Bicara Fatwa” kepada berbagai kumpulan yang terdiri
                      daripada Jabatan Kerajaan, pertubuhan NGO dan juga masyarakat awam, “Program Jom Teropong” seperti di
                      Dataran Kemerdekaan Shah Alam, padang sekolah dan lain-lain lagi.

                      Fungsi utama Jabatan Mufti adalah mengeluarkan fatwa. Fatwa akan dikeluarkan terhadap isu-isu agama yang tidak
                      ada nas atau tidak jelas nasnya untuk dijadikan sandaran hukum. Sesungguhnya tanggung jawab mengeluarkan
                      fatwa oleh Institusi Mufti sama pentingnya dengan tanggung jawab mematuhi fatwa oleh masyarakat. Oleh itu
                      masyarakat Islam hendaklah sentiasa menghormati, merujuk dan mematuhi fatwa yang dikeluarkan dari masa
                      ke semasa. Melanggar sesuatu fatwa yang telah diwartakan adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh diambil
                      tindakan undang-undang, sebagai suatu cara mendidik masyarakat melaksanakan perintah Allah.

                      Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor


                          SIDANG REDAKSI                                       Juru gambar
                                                                               En. Ahmad Faiz bin Salbini
                          Penaung                                              En. Mohd Hazriq Izlan bin Abd Khadik
                          S.S. Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes bin Abd Wahid       En. Mohd Aidil Ezhar bin Roshidi
                          Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor               Edaran
                          Penasihat                                            En. Khalid bin Abd Hamid
                                                                               En. Mohamed Asyri bin Ibrahim
                          S.S. Dato’ Hj. Abdul Majid bin Omar
                                                                               En. Amirudin bin Hamzah
                          Timbalan Mufti Selangor                              Cik Umi Sofia bin Saad
                          Ketua Pengarang                                      Cik Norlida bin Abdullah
                          Ustaz Hj. Mohd Daruddin bin Hj. Taib @ Hasan         Sidang Pengarang
                          Penolong Pengarang                                   Ustaz Hj. Mat Jais bin Kamos
                                                                               Ustaz Jaslan bin Ali
                          Ustaz Mohd Shirazi bin Md. Sahari                    Ustaz Sufiyan Hadi bin Sayuti
                                                                               Ustazah Norhassnida binti Hassan
                                                                               Ustaz Nurhelmi bin Ikhsan
                                                                               En. Ahmad Faiz bin Salbini
                                                                               Ustaz Abdullah Ahmad bin Senin
NEGERI SELANGOR




                                                                               Pn. Rosenah binti Juli
JA BATA N M U F T I




                                                                               En. Norameen bin Burhanuddin
                                                                               Pn. Noor Elisa binti Hamim
                                                                               Ustazah Nadirah binti Hj. Roslan




  2
                                                                           K e n a l i J a b a t a n M u f t i B U L E T I N A T-T A Q WA




                                                  K E N A L I J A B ATA N M U F T I

Ketua Pengarang


J abatan   Mufti Negeri Selangor berkembang lagi,       Perkembangan itu telah menyebabkan jumlah warga
apabila Jabatan Perkhidmatan Awam meluluskan            Jabatan Mufti Negeri Selangor bertambah daripada 42
kenaikan gred jawatan sedia ada di samping              orang kepada 52 orang (35 jawatan tetap, 9 jawatan
pewujudan beberapa jawatan baru. Jawatan Timbalan       kontrak Kerajaan Negeri dan 8 jawatan kontrek Majlis
Mufti dinaikkan ke Gred S54, manakala jawatan           Agama Islam Selangor). Pertambahan ini menjadi
pegawai di Bahagian Istinbat dinaikkan ke Gred S48,     suatu cabaran kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor
dengan nama baru Bahagian Fatwa. Seiring dengan itu     untuk terus menawarkan perkhidmatan yang terbaik
dua jawatan baru Gred S41 diwujudkan di bahagian        kepada masyarakat. Ia juga membuktikan bahawa
ini, satu untuk Unit Buhuth dan satu lagi untuk Unit    peranan Jabatan Mufti Negeri Selangor sentiasa
Istinbat. Bahagian Falak juga dinaikkan ke Gred S 44.   relevan, diperlukan dan dihargai. Selaras dengan itu
Selain itu satu jawatan Gred S44 diwujudkan untuk       Jabatan Mufti Negeri Selangor telah melancarkan
bahagian baru yang dinamakan Bahagian Maktabah          Pelan Strategik Pengurusan empat tahun 2010 – 2014.
dan satu jawatan Gred S32 untuk Unit Penasihatan
Aqidah serta lain-lain jawatan sokongan S27, N22,       Memang menjadi harapan agar perkembangan
W22 dan S17.                                            ini menjadi pendorong warga Jabatan Mufti
                                                        Negeri Selangor, meningkatkan usaha seterusnya
Jabatan Mufti Negeri Selangor juga mendapat             melakarkan kejayaan-kejayaan melalui tindakan-
tambahan tanggung jawab, apabila Balai Cerap            tindakan pro-aktif dan pendekatan inovasi bagi tujuan
Selangor yang mempunyai peralatan moden di Sungai       penambahbaikan berterusan pada masa-masa akan
Lang, Sabak Bernam siap dibina dan mula digunakan       datang. Adalah diyakini hasrat ini boleh direalisasikan
pada masa cerapan anak bulan Ramadhan 1431H yang        oleh warga Jabatan Mufti Negeri Selangor, kerana
lalu. Seramai 5 orang kakitangan yang diketuai oleh     ia telah mempunyai asas dan pengalaman melalui
seorang Pegawai Sains ditempatkan di Balai Cerap        penganugerahan Persijilan Kualiti Perkhidmatan
ini bagi menyelaras aktiviti yang dijalankan terutama   oleh SIRIM sejak tahun 2004 hingga yang terkini
program cerapan berkala tanpa mengira waktu, di         pada tahun 2010, bagi versi terbaru MS ISO 9001 :
samping penyeliaan soal keselamatan harta.              2008. Walau bagaimanapun apa yang lebih penting
                                                        ialah persepsi masyarakat yang sentiasa dahaga
                                                        dalam mencari kebenaran dalam kehidupan dunia
                                                        yang semakin mencabar ini, terus mendapat panduan
                                                        secara langsung (Hands on).

                                                                                                                                     NEGERI SELANGOR
                                                                                                                                       JA BATA N M U F T I




                                                                                                                                      3
    JA BATA N M U F T I




4
    NEGERI SELANGOR




        STRUKTUR ORGANISASI
        J A B ATA N M U F T I
        NEGERI SELANGOR
                                                                                                                MUFTI JUSA C
                                                                                                                  (Tetap)


                                                                                                             TIMBALAN MUFTI                                                                                                 PK/SP
                                                                                                                S54 (Tetap)                                                                                               N28 (Tetap)
                                                 PK/PSP
                                                                                                                                                                                                                                                             B U L E T I N A T-T A Q WA S t r u k t u r O r g a n i s a s i




                                                N17 (Tetap)

                             BAHAGIAN MAKTABAH                             BAHAGIAN FATWA                                  BAHAGIAN FALAK                                                                  BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN



                                                                                 KPMS48
                                                                                 (Tetap)
                               PMKS44                                                                                           PMKS44
                                (Tetap)         UNIT                                               UNIT                UNIT      (Tetap)              UNIT
                 UNIT                        TEKNOLOGI      UNIT                     UNIT        KHIDMAT            INFORMASI                     PENYELIDIKAN                   UNIT
                                                                                                                                                                                                                                  PPT N32
             PERPUSTAKAAN                    MAKLUMAT     ISTINBAT                  BUHUTH       NASIHAT            & PAMERAN                     & PENDIDIKAN                BALAI CERAP
                                                                                                                                                                                                                                   (Tetap)
                            UNIT
                       PERHUBUNGAN                                                                                                     UNIT                  UNIT ASET &
                           AWAM              PM F41       PM S41                     PM S41        PM 41                             LATIHAN &            PENYELENGGARAAN         PM C41
                                                                                                                                   PEMBANGUNAN
                                             (Tetap)      (Tetap)                    (Tetap)     (Kontrak)                                                                       (Kontrak)


                                                                                                 PPHEI S32
                                                                                                  (Tetap)
                                          PPTM F29
                                          (Kontrak)
                            PPHEI S27                    PPHEI S27                 PPHEI S27     PPHEI S27             PPHEI S27      PPHEI S27     PPHEI S27     PPHEI S27      PPHEI S27
                             (Tetap)                      (Tetap)                   (Tetap)      (Kontrak)              (Tetap)       (Kontrak)     (Kontrak)      (Tetap)       (Kontrak)

                                                                                                                                                                                                    PEM. HEI S22                  KPT N22
                                                                                                                                                                                                      (Tetap)                      (Tetap)



               PEM.HEI            JK FT17                       PEM.HEI S17         PEM.HEI          PEM.HEI S17 PEM.HEI S17 PEM.HEI S17             PEM.HEI        JTJ17                 JTJ17                    PT(KEW)(2)    PT(P/O)(3)     PKP(1)
               S17(Tetap)        (Kontrak)                       (Kontrak)         S17 (Tetap)        (Kontrak)   (Kontrak)   (Kontrak)             S17 (Tetap)   (Kontrak)             (Kontrak)                  W17 (Tetap)   W17 (Tetap)   N17 (Tetap)



                                PT (P/O)                            PEM.HEI                            PEM.HEI                                                                        PT(P/O) N17
                               N17 (Tetap)                          S17(Tetap)                         S17(Tetap)                                                                      (Kontrak)

                                                                                                                                                                                                                                   PAP N1
                                                                                                                                                                                                                                   (Tetap)

                        TETAP
                                                                                                                                                                                        PK R3(1)                     PK R6         PK R3       PK R3 (1)
                        KONTRAK                                                                                                                                                         (Kontrak)                    (Tetap)       (Tetap)      (Tetap)
                                                                             Multaqa   B U L E T I N A T-T A Q WA




                                                                   M U LTAQA SU LTA N
                                                                  SHARAFUDDIN IDRIS SHAH




                                                    Seminar
                                                    Pemerkasaan
                                                    Ulama’ Selangor
                                                    Cabaran Dakwah
            P E N G I S IA N N YA                   Semasa
            1. Ucaputama bertajuk :                 Multaqa SSIS merupakan program berkala
      Memperkasa Dakwah Bil Hal, oleh               JMS. Bagi tahun 2010 telah diadakan pada 11
  Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba. Ahli MAIS.
                                                    Oktober 2010, bersamaan 3 Zulqa’dah 1431H
        2. Pembentangan kertas kerja :              bertempat di Dewan Jubli Perak, Bangunan
        Peranan Generasi Muda Dalam                 ‘SAAS’, Shah Alam dan dirasmikan oleh Y.A.M.
          Memartabatkan Agama oleh                  Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku
   Y.Bhg. Dato’ Aidit bin Ghazali, Ahli MAIS.       Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan
                                                    Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Tengku
           Peranan Ulama’ Midani :
            Teori dan Praktis oleh                  Sulaiman mewakili D.Y.M.M. Sultan Selangor,
  Y.Bhg. Dato’ Haji Mohd Mokhtar bin Shafie,        Sultan Sharafuddin Idris Alhaj Ibni Almarhum
   Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.         Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj,
                                                    bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari
         3. Sidang pleno bertemakan :               Keputeraan yang ke-62 Sultan Selangor yang
  Cabaran Dakwah Semasa, dikendalikan oleh
Ustaz Haji Zaki bin Hj. Arshad KPP Dakwah JAIS.
                                                    menekankan praktikal (dakwah bil hal).

                  Ahli-ahli panel:                  Antara objektifnya ialah :
  i. Y.Bhg. Prof. Datin Paduka Hjh. Zaleha binti
            Kamaruddin, ahli MAIS dan               1.   Menghimpun dan memperkukuh ukhuwwah
     Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
                                                         dikalangan ulama’ serta membina jaringan
   ii. Y.Bhg. Prof. Madya Hj. Izzi bin Hj. Yahya,
               Pensyarah UiTM Perlis.                    pintar dengan NGOs Islam dalam usaha
  iii. Y.Bhg. Ustaz Haji Kamaruddin bin Kasim,           dakwah.
                   dari UNGGAS.                     2.   Menyatukan pemikiran dan hala tuju dakwah
                                                                                                             NEGERI SELANGOR




          iv. Y.Bhg. Ustaz Rais bin Rashid,              yang berasaskan pengalaman, penyelidikan
                                                                                                               JA BATA N M U F T I




        KPP Bahagian Penguatkuasaan JAIS.                dan pembangunan (R&D)
                   4. Bengkel.                      3.   Melahirkan    pelapis   pendakwah     dan
                                                         pendakwah “turun padang”




                                                                                                              5
   B U L E T I N A T-T A Q WA P e l a n S t r a t e g i k




                                         P E L A N S T R AT E G I K
                                             JA BATA N M U F T I
                                         NEGERI SELANGOR
                                    Pelan Strategik JMS digubal bagi menggariskan hala tuju
                                          dan rangka kerja jabatan bagi tempoh empat tahun
                             (2010-2014). Ia telah dirasmikan oleh Y.A.M. Tengku Sulaiman
                                   Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz
                              Shah Alhaj bagi mewakili D.Y.M.M Sultan Selangor, di Dewan
                              Jubli Perak, Bangunan SSAAS Shah Alam, bersempena dengan
                                                                                 perasmian
                            Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 11 Oktober 2011.


                      I  a dirangka berasaskan suatu perbincangan pegawai
                         Jabatan-jabatan Mufti yang diselaras oleh JAKIM,
                      bagi memenuhi kehendak dan cabaran semasa
                                                                                    Pelan Strategik ini juga dapat menjadi rujukan
                                                                                    kepada pelanggan-pelanggan tentang peranan dan
                                                                                    perkhidmatan yang ditawarkan dan diperlukan,
                      terhadap isu-isu yang dihadapi oleh umat Islam.               terutamanya agensi-agensi yang menjadi ‘stake holder’
                      Justeru Pelan Strategik ini penting sebagai panduan           Jabatan Mufti. Adalah menjadi harapan melalui Visi
                      kepada seluruh warga JMS dalam merancang dan                  dan Misi seperti berikut akan dapat menjadi titik tolak
                      melaksanakan aktivitinya untuk tempoh empat tahun             berlakunya lonjakan dan transfomasi dari segi cara
                      akan datang ini. Ia merupakan usaha penambahbaikan            bekerja, berfikir, mengkaji, menyelidik, menganalisis
                      berterusan bagi menghadapi era ‘borderless world’             yang akan membuahkan hasil yang dinamik dalam
                      yang berasaskan pengaliran maklumat secara bebas              menjawab persoalan-persoalan semasa.
                      dan terbuka.
                          VISI : Beriltizam menjadi Institusi Mufti yang berwibawa dalam memartabatkan syariat Islam
                          MISI: Memacu kecemerlangan pengurusan Institusi Mufti
                          MOTO: Profesional dan berhikmah
                          NILAI BERSAMA:
                          M- Mas’uliyyah (bertanggungjawab)
                          U- ‘Ubudiyyah (pengabdian)
                          F- Faqeeh (kejituan ilmu)
                          T- Tasamuh (toleransi)
                          I- Itqan (ketelitian)




                          4      T E R A S DA L A M P E L A N S T R AT E G I K
                          1. Pemerkasaan keupayaan kapasiti dan organisasi bagi meningkatkan kecekapan, kepakaran dan
                             pelaksanaan hal ehwal hukum syara’.
                          2. Pengukuhan profesionalisme Institusi Mufti melalui bidang kefatwaan.
NEGERI SELANGOR




                          3. Memartabatkan ilmu falak dalam masyarakat.
JA BATA N M U F T I




                          4. Mengukuhkan jalinan lestari yang strategik antara Institusi Mufti di peringkat Nasional, Serantau
                             dan Antarabangsa.




  6
                                                                    K u n j u n g a n B U L E T I N A T-T A Q WA




                                                       J A B ATA N M U F T I
                                                              MENERIMA
                                                             KUNJUNGAN




                                                        MUFTI AUSTRALIA DAN
                                                        ROMBONGAN



                        JABATAN MUFTI PULAU PINANG




Y.B. DATO’ DR. HASAN BIN MOHAMED ALI
                                                                 PELAJAR-PELAJAR USIM




                                                                                                            NEGERI SELANGOR
                                                                                                              JA BATA N M U F T I




  KETUA PEMUDA PAS DAN
  ROMBONGAN

                                JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN




                                                                                                             7
   B U L E T I N A T-T A Q WA H a r i K e l u a r g a




                                                        HARI KELUARGA 2010
                                                          Di Kuala Terengganu
NEGERI SELANGOR
JA BATA N M U F T I




  8
                                                                            B a h a g i a n F a t w a B U L E T I N A T-T A Q WA




                                                                  AKTIVITI
                                                                 BAHAGIAN
                                             1. Mesyuarat
                                             Jawatankuasa Fatwa
                                             diadakan sebanyak 6
                                                                    FAT WA
                                             kali setahun. Manakala
                                             Mesyuarat Khas
                                             Jawatankuasa Fatwa
                                             diadakan jika ada
                                             keperluan mendesak.


                                                      4. Seminar Penerangan Fatwa dengan tajuk Hukum
                                                      Cuka (Wine Vinegar) telah diadakan di Dewan
                                                      Annex, Dewan Undangan Negeri Selangor pada 12
                                                      Mei 2010 / 27 Jumadal ‘ula 1431H.




2. Penerangan Tarikat Dan Amalan Zikir oleh Y.Bhg.
Dato’ Syeikh Murtada, Mantan Mufti Negeri Sembilan    5. Muzakarah Pakar telah diadakan pada 21 Julai
telah diadakan pada 6 Ogos 2010 / 25 Sya’ban 1431H,   2010 / 9 Sya’ban 1431H, bertempat di Bilik Gerakan,
bertempat di Surau Al-Islah/Taman Seri Keramat.       Dewan Annex, Dewan Undangan Negeri Selangor
                                                      dengan tajuk “PENDAKWAAN PESALAH SIHIR DI
                                                      MAHKAMAH SYARIAH”




3. Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah telah
diadakan pada 11 Oktober 2010 / 3 Zulqa’dah 1431H
bertempat di Dewan Jubli Perak, Bangunan ‘SSAAS’,
dengan tajuk Seminar Pemerkasaan Ulama’ Selangor,
“CABARAN DAKWAH SEMASA”.
                                                                                                                            NEGERI SELANGOR
                                                                                                                              JA BATA N M U F T I




                                                                                                                             9
   B U L E T I N A T-T A Q WA K e p u t u s a n F a t w a




                      HUKUM
                      DARI
                      KEPU TUSAN
                                                                                          Rebonding




                      FAT WA
                      Hukum Rebonding Rambut
                      Harus jika bertujuan supaya dilihat cantik oleh suami.
                      Bagaimanapun, bahan yang digunakan mestilah tidak
                      bercanggah dengan kehendak syarak.

                      Hukum Bertatu
                      •		 Bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta
                                                                                                                                          B a y i Ta b u n g U j i
                          dibuat tatu adalah haram.
                                                                                          Inai
                      •		 Orang yang sudah bertatu wajib bertaubat dan menyesal
                          serta    menghilangkannya      dengan    menggunakan
                          kaedah teknologi yang sedia ada, dengan syarat tidak
                          mendatangkan kemudharatan. Jika mudharat pada diri
                          dan nyawa, ia boleh dibiarkan dan dimaafkan.
                      •	 Bagi yang meninggal dunia tidak wajib dihilangkan,
                          kerana menyeksa mayat.                                                                                            Binaan Kekal
                                                                                                                             Ta n a h Wa k a f P e r k u b u r a n
                                                                                          Ta t o o
                      •		 Pihak berkuasa yang meluluskan lesen premis hendaklah
                          mensyaratkan pemilik dan pekerjanya mestilah bukan
                          beragama Islam, di samping melarang sama sekali
                          menerima pelanggan (untuk bertatu) dari kalangan orang
                          Islam.



                                                                                          *sekadar gambar hiasan

                      Hukum Pemakaian Inai Bagi Pengantin.                                   tersebut dalam apa-apa jua bentuk dan cara.
                      •		Harus	memakai	inai	pada	kedua	tangan	dan	kaki	wanita	        	   •	 Orang	 Islam	 yang	 telah	 mengamalkan	 ajaran	 tersebut	
                         sama ada yang telah berkahwin atau belum, selagi tidak              hendaklah segera meninggalkan dan bertaubat kepada
                         menimbulkan fitnah.                                                 Allah SWT.
                      •	 Kadar	 pemakaian	 di	 kedua-dua	 tangan	 dan	 kaki	 adalah	
                         terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali kaki            Hukum Mendirikan Binaan Kekal
                         sahaja.                                                          Di Tanah Wakaf Perkuburan
                      •	 Warna	 yang	 digunakan	 tidak	 bersifat	 kekal	 seperti	 tatu	   •	 Haram	 mendirikan	 binaan	 kekal	 di	 atas	 tanah	 wakaf	 /	
                         dan tidak mengandungi sebaran unsur yang meragukan.                 perkuburan.
                      •	 Bagi	 corak	 atau	 ukiran	 yang	 digunakan	 pula	 mestilah	      •		Ahli	Jawatankuasa	Masjid	yang	diberi	amanah	mentadbir	
                         yang dibenarkan seperti corak dan ukiran daun atau                  tanah tersebut boleh mengikut budi              bicaranya
                         tumbuh-tumbuhan. Corak-corak haiwan, lambang dewa-                  merobohkan, jika ada keperluan untuk mengkebumikan
                         dewa atau ajaran dan apa jua gambaran yang bertentangan             jenazah, sekiranya semua kawasan yang ada telah penuh.
                         dengan syarak adalah dilarang.
                      •	 Pemakaian	pada	kedua	tangan	dan	kaki	bagi	lelaki	adalah	         Hukum Penggunaan Kalimah Allah dan Selawat
                         diharuskan, kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin          Nabi Serta Menggerakkan Badan Dalam Nasyid
                         semasa majlis perkahwinan dan juga tujuan perubatan.             •	 Harus	 mendendangkan	 kalimah	 Allah	 melalui	 zikir	
                                                                                             atau nasyid dengan tawadhuk (rendah diri), dengan
NEGERI SELANGOR




                      Hukum Amalan Persatuan Perguruan                                       syarat tidak ada unsur yang bercanggah dengan syariat
JA BATA N M U F T I




                      Budi Suci Sejati Selangor                                              seperti senikatanya melalaikan, percampuran lelaki dan
                      •	 Ajaran	 dan	 amalan	 kebatinan	 Budi	 Suci	 Sejati	 Selangor	       perempuan.
                         adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran                •	 Harus	 menggerakkan	 badan,	 tetapi	 bukan	 berbentuk	
                         Islam sebenar. Orang Islam adalah dilarang mengajar,                tarian ketika bernasyid yang ada menyebut kalimah Allah.
                         mempelajari, mengamalkan dan menyebarkan ajaran




10
                                                                                          Keputusan Fatwa     B U L E T I N A T-T A Q WA




                                                                 Hukum Bayi Tabung Uji
                                                                 •	 Benih	suami	isteri	harus	dikandungkan	oleh	isteri	sendiri	
                                                                    sekiranya suami masih hidup.
                                                                 •		Benih	suami	isteri	haram	dikandungkan	oleh	wanita	lain
                                                                 •	 Benih	 suami	 isteri	 yang	 telah	 ditabung	 ujikan	 haram	
                                                                    dimasukkan ke dalam rahim isteri sekiranya suami telah
                                  Pil Perancang
                                                                    meninggal dunia terlebih dahulu, kerana perbuatan ini
Alat IUD
                                  Keluarga                          boleh membawa kepada fitnah.
                                                                 •	 Harus	menghapuskan	telur-telur	yang	telah	disenyawakan	
                                                                    di dalam tabung uji dengan menyelamatkan satu telur
                                                                    sahaja, untuk dikandungkan kerana telur-telur tersebut
                                                                    masih belum bernyawa.

                                                                 Hukum Menggugurkan Kandungan
B a y i Ta b u n g U j i                                         •	 Harus	 menggugurkan	 anak	 	 dikandung	 yang	
                                                                    berkemungkinan cacat, atas nasihat doktor pakar, selagi
                                                                    belum bernyawa. Jika sudah bernyawa adalah haram.

                                                                 Hukum Merawat Benih
                                                                 •	 Benih	yang	dikenal	pasti	oleh	doktor	pakar	sebagai	cacat	/	
                                                                    down syndrome harus dirawat oleh doktor, supaya apabila
                                                                    lahir menjadi anak yang normal.
                                                                 •	 Harus	menghentikan	kelahiran	anak	yang	jika	dilahirkan	
                                                                    didapati cacat yang tidak boleh berfungsi sebagai manusia
                                                                    biasa.
                                                                 •	 Harus	 memakan	 ubat	 yang	 mengeluarkan	 banyak	 telur	
                                                                    untuk kesuburan sekiranya tidak menjejaskan kesihatan.

                                                                 Hukum Merancang Keluarga
                                      *sekadar gambar hiasan     •	 Harus	 memakan	 pil	 perancang	 keluarga	 sekiranya	 tidak	
Hukum Solat Sunat Tasbih Secara Berjamaah                           menjejaskan kesihatan serta dipersetujui bersama suami
•	 Harus	 melakukan	 solat	 sunat	 tasbih	 secara	 berjamaah,	      isteri.
   tetapi tidak digalakkan berterusan kerana yang lebih aula     •	 Harus	mengikat	rahim	sekiranya	dalam	keadaan	
   (afdhal ) dilakukan secara bersendirian.                         dharurat.
                                                                 •		Haram	memotong	rahim	kecuali	dalam	keadaan	dharurat	
Hukum Memberi Wang Kepada Mereka Yang                               atas nasihat doktor pakar.
Menyembahyangkan Jenazah                                         •	 Harus	 meletakkan	 IUD	 dalam	 rahim	 sekiranya	
•		Harus,	dengan	syarat:                                            dipersetujui suami isteri.
   i. Wang yang diberikan bukan dari harta yang
        ditinggalkan oleh si mati, seperti dari kaum kerabat     Hukum Rawatan Penggantian hormone
        yang terdiri dari zawil arham, anak menantu atau         •	 Harus	menerima	rawatan	penggantian	hormon	bagi	wanita	
        sahabat si mati. Pemberian tersebut bermaksud               yang telah menopos untuk kesejahteraan berkeluarga.
        sedekah, yang pahalanya untuk si mati.                   •	 Perempuan	 yang	 baru	 dirogol	 harus	 mendapatkan	 ubat	
   ii. Wang pusaka atau harta warisan yang sudah                    pencegah hamil bagi menjaga maruahnya.
        mendapat persetujuan daripada semua ahli waris           •	 Ibu	 yang	 mengandung	 yang	 didapati	 kandungannya	
        atau sudah diwasiatkan sebelum matinya serta                boleh membahayakan kesihatan dirinya setelah mendapat
        sudah     dilaksanakan      kewajipan-kewajipannya:         pengesahan doktor pakar, harus menggugurkan
        zakat, gadaian, belanja pengurusan jenazahnya,              kandungannya bagi menyelamatkan ibu.
        melangsaikan hutang-hutangnya kepada Allah dan           •	 Haram	melakukan	‘mercy	killing’	atau	pembunuhan	belas	
                                                                                                                                    NEGERI SELANGOR




        sesama manusia, wasiat, nazar dan sebagainya.               kasihan kepada pesakit yang sedang koma.
                                                                                                                                      JA BATA N M U F T I




   iii. Pemberian tersebut tidak sampai membebankan dan
        menyusahkan si pemberi terutama keluarga si mati.




                                                                                                                                   11
   B U L E T I N A T-T A Q WA U n i t P e n a s i h a t a n A q i d a h




                      BU K A N M E LU LUS
                      T E TA PI M E M BE R I
                      NA S I H AT ( I S T I TA BA H )

                      A    da perbezaan pendapat tentang hukum memberi
                           nasihat (istitabah) kepada orang murtad (keluar
                      Islam). Pandangan sebahagian Fuqaha’ adalah wajib.
                                                                             Tanggapan tersebut menyebabkan tugas penasihatan
                                                                             menjadi bertambah sukar. Lebih-lebih lagi kepada
                                                                             mereka yang dilahirkan Islam tetapi dibesarkan dan
                      Ia bertujuan bagi      menghilangkan syubhat pada      dididik oleh keluarga yang bukan Islam. Mereka
                      perbuatannya. Sebahagian yang lain pula mengatakan     mendakwa tidak pernah merasa dirinya menjadi
                      tidak wajib. Ini kerana dakwah tentang selok belok     seorang Islam. Mereka datang bukan memohon
                      Islam telah sampai kepada mereka. Langkah yang         keluar Islam, tetapi untuk mendapat sokongan bagi
                      diambil oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor adalah      tujuan menukar nama dan status agama dalam kad
                      berpandukan pandangan tersebut iaitu memberi           pengenalannya di Jabatan Pendaftaran Negara. Seperti
                      nasihat (istitabah) kepada mereka yang memohon         Jabatan Mufti, Jabatan Pendaftaran Negara juga tidak
                      bermaksud keluar Islam. Ia dikendalikan oleh Unit      berbidang kuasa.
                      Penasihatan Aqidah yang diwujudkan sebagai usaha
                      memelihara kesucian Islam.                             Pelbagai kekangan dihadapi dalam mengendalikan
                                                                             penasihatan ini. Ada yang tidak mahu hadir dan
                      Bagaimanapun bagi mereka yang berurusan                sebahagiannya enggan meneruskan sesi penasihatan.
                      mempunyai tanggapan bahawa permohonannya boleh         Bagi kes-kes perintah mahkamah, mereka akur untuk
                      diluluskan. Sedangkan Jabatan Mufti tidak mempunyai    hadir. Bagaimanapun ada tanggapan ia sebagai
                      bidang kuasa tersebut. Islam tidak membenarkan         memenuhi prosedur, yang akhirnya boleh mendapat
                      penganutnya menukar agama. Jabatan Mufti melalui       kelulusan. Sebenarnya sesi penasihatan adalah usaha
                      Unit Penasihatan Aqidah hanya menjalankan              menyampaikan maklumat tentang Islam, kerana
                      tanggung jawab menasihati, supaya mereka bertaubat     hidayat adalah hak Allah S.W.T.
                      dan kekal dalam Islam serta mengamalkan ajarannya.
                                                                             “Kemudian, jika mereka masih ingkar, maka
                                                                             sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya
                                                                             bertanggung jawab menyampaikan perintah-perintah
                                                                             Allah dengan cara yang jelas”, maksud ayat 82, surah
                                                                             al–Nahl.

                                                                             B E N G K E L S E M A K A N DA N
                                                                             PE MU R N IA N MODU L
                                                                             P E N A S I H A T A N A Q I DA H
                                                                             Bengkel dikendalikan oleh Tetuan Haji Zainul Rijal
                                                                             bin Abu Bakar, telah diadakan sebanyak dua kali
                                                                             iaitu pada 16 Februari 2011 dan 8 April 2011. Ia
                                                                             disertai oleh Pensyarah IPTA, Peguam Syarie MAIS,
                                                                             Pegawai Syariah MAIS, Penasihat Undang-Undang
                                                                             MAIS, Jabatan Kehakiman Syarie, Pegawai dan Panel
                                                                             Penasihatan. Selain itu, perbincangan kertas cadangan
                                                                             bagi menentukan kesudahan proses penasihatan
                                                                             (istitabah) untuk dibawa ke mesyuarat JK Fatwa juga
                                                                             diadakan. Kertas perbincangan tersebut disedia dan
NEGERI SELANGOR




                                                                             dibentangkan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr.
JA BATA N M U F T I




                                                                             Mohamed Azam bin Mohamed Adil dari UiTM.




12
                           U n i t P e n a s i h a t a n A q i d a h B U L E T I N A T-T A Q WA




PRO G R A M PE N G AYA A N
K U M P U L A N PA N E L
P E N A S I H A T A N A Q I DA H

B   agi memperkasa panel-panel penasihatan,
    program pengayaan siri kedua telah diadakan pada
24 hingga 26 Mac 2010 di Hotel Concorde Inn KLIA.
Y.Bhg. Dr Danial bin Zainal Abidin, seorang pengamal
perubatan swasta yang juga Ahli Majlis Agama
Islam Pulau Pinang membentangkan kertas bertajuk
“Menjadi Termometer Atau Thermostat?” melalui
pendekatan 7A. Manakala kertas Y.Bhg.Cr.Tuan Hj.
Hushim Salleh, seorang kaunselor berdaftar pula
bertajuk “Kaunseling Dalam Penasihatan Aqidah”
yang menggariskan 8 pendekatan.


Menjadi termostat melalui formula 7A
Autantik, Aqidah, Amal soleh, Awlawiyat, Akhlak,
Amanah, Asah
Lapan proses pendekatan kaunseling
Membina hubungan, Penstrukturan, Penerokaan
Mengenal pasti masalah, Memilih alternatif
Perancangan pelan tindakan, Penamatan, Susulan

Majlis penutupan dan penyampaian sijil penyertaan
dilakukan oleh S.S. Dato’ Haji Abdul Majid bin Omar,
Timbalan Mufti Selangor.

            Bil     NAMA PANEL
            1       DANIAL HAKIM BOEY B. ABDULLAH
            2       NICHOLAS SYLVESTER @ MUHAMMAD ABDULLAH
            3       SHAH KIRIT KAKULAL GOVINDJI
            4       MUHAMMAD FITRI B. ABDULLAH
            5       KAMARUL ZAMAN B. NOOR MOHAMED
            6       MOHD FARID CHARAN B. ABDULLAH
            7       MOHD SHAHROL YOGA B. ABDULLAH
            8       WARJEET @ NURWATHIQAHINAN
            9       NURUL NADHIRAH LIEW BTE ABDULLAH
            10      SITI AISYAH BTE ABDULLAH
                                                                                          NEGERI SELANGOR
                                                                                            JA BATA N M U F T I




                                                                                         13
   B U L E T I N A T-T A Q WA M u f t i B e r s a m a M a s y a r a k a t




                      M E M A S YA R A K AT K A N
                      J A B ATA N M U F T I M E L A L U I
                      P R O G R A M T U RU N PA DA N G

                       P   rogram     Turun     Padang     yang
                           dilakukan pada hari Jumaat, bukan
                       sahaja telah mencapai objektifnya tetapi
                       membuahkan kefahaman di kalangan
                       masyarakat. Mereka mengetahui fungsi
                       Jabatan Mufti secara lebih dekat lagi.
                       Sebuah masjid dipilih bagi setiap bulan.
                       Sejak dimulakan tiga tahun yang lalu
                       sebanyak 30 buah masjid telah dikunjungi
                       dengan pengisiannya; pameran falak,
                       edaran pamplet, tazkirah, penyampaian
                       khutbah     dan   munaqasah      dengan
                       Pegawai-pegawai dan Ahli Jawatankuasa
                       Masjid. Berbagai isu yang dibangkitkan
                       dapat diberi penjelasan secara langsung,
                       terutama masalah hukum hakam yang
                       ada kaitannya dengan pentadbiran
                       masjid dan hukum hakam yang berkaitan
                       dengan kefatwaan.
NEGERI SELANGOR
JA BATA N M U F T I




14
                                      P e n s i j i l a n I S O B U L E T I N A T-T A Q WA




MENERUSKAN TRADISI
PENAMBAHBAIKAN
DALAM PENGURUSAN
             J abatan Mufti Negeri Selangor bukan sahaja berjaya
             mengekalkan tradisi pengurusan berkualiti dengan
             menerima Anugerah Pensijilan MS ISO 9001 :2000 sejak
             tahun 2004, tetapi berjaya melakar penambahbaikan
             apabila terus mendapat penganugerahan pensijilan
             versi baru MS ISO 9001:2008 pada tahun 2010
             yang lalu. Jabatan Mufti Negeri Selangor juga terus
             mendapat tempat Anugerah Pengurusan Pejabat
             terbaik (APPC) sejak tahun tahun 2000.

             Mel a lui Pel an St rateg i k 2010-2014, warga
             Jab at an   Muf t i    Neger i    S el angor      a kan
             mening kat kan i lt izam untu k ter us memp erb ai k i
             sistem p enyamp ai annya, ter ut amanya d a l am
             asp ek yang menj adi “co-bu sine ss ” j ab at an, i aitu
             bid ang kefat waan.



                                            (Gambar-gambar
                                            Kursus Komprehensif
                                            Audit Dalaman MS ISO
                                            9001:2008 pada 13-15
                                            April 2011, bertempat di
                                            Agrotek Hulu Langat.)




                                                                                      NEGERI SELANGOR
                                                                                        JA BATA N M U F T I




                                                                                    15
   B U L E T I N A T-T A Q WA              Bahagian Falak
                                      





                                                            BU K TI K EBE SA R A N
                                                     DA N K E K UA S A A N A L L A H
                                                           M EL A LU I PROGR A M
                                               “ J O M T E R O P O N G A N G K A S A”


                      Bahagian Falak, Jabatan Mufti
                      Negeri Selangor telah mengadakan
                      aktiviti    “JOM      TEROPONG
                      ANGKASA” bersama masyarakat
                      di Dataran Kemerdekaan, Shah
                      Alam. Lokasi tersebut dipilih bagi
                      memanfaatkan kehadiran orang
                      ramai khususnya warga Shah Alam
                      yang datang untuk rekreasi bersama
                      keluarga masing-masing.




                      Antara pengisiannya, taklimat berkenaan Falak dan Alam Semesta
                      oleh Prof. Dato’ Dr. Zamri bin Zainuddin dari Universiti Malaya,
                      selaku Yang DiPertua Persatuan Ahli Falak Selangor. Orang
                      ramai mendapat maklumat dan penjelasan berkenaan fenomena
                      cakerawala dan kesannya terhadap cuaca di bumi serta kaitannya
                      dengan aktiviti-aktiviti kehidupan manusia sehari-hari. Selain
                      itu mereka berpeluang mencuba alat untuk meneropong bulan
                      dan bintang di langit.

                      Program yang bermula jam 8.00 malam dan berakhir pada jam
                      11.00 malam itu turut menarik minat dari kalangan bukan Islam.
                      Bagi yang beragama Islam, mereka dapat maklumat tentang
                      bukti kebesaran Allah dan kekuasaanNya melalui taklimat yang
                      disampaikan dan aktiviti meneropong yang dilakukan.


                         KON V E NSY E N FA L A K SE L A NG OR
                         Konvensyen Falak Selangor telah diadakan mulai tahun 2005. Program ini dirancang pada setiap tahun melalui
                         pelbagai pengisian dengan matlamat agar ilmu falak dapat disebarluas bukan sahaja di Negeri Selangor bahkan
                         seantero Malaysia.

                          Bil      Tahun      Tarikh             Tempat                                                   PERINCIAN PROGRAM
                          1        2005       24-25 / 9 / 2005   Kompleks Taman Seni Islam Selangor                       Rakaman Forum Bicara Ad-Deen
                          2        2006       15-16 / 7 / 2006   Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)      Perjanjian M.o.U. Persijilan Falak Antara JMS & KUIS
NEGERI SELANGOR




                          3        2007       20-21 / 7 / 2007   Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang                       Pelancaran Persatuan Falak Selangor &
JA BATA N M U F T I




                                                                                                                          Pelancaran Dokumentari Falak “Zun-Nur”
                          4        2008       19-20 / 7 / 2008   Auditurium SIRIM Berhad Seksyen 2 Shah Alam Pelancaran Pembinaan Balai Cerap Selangor
                          5        2009       1-2 / 8 / 2009     Auditurium SIRIM Berhad Seksyen 2 Shah Alam Pelancaran Sistem Aplikasi Permohonan
                                                                                                                          Arah Qiblat Secara On-Line
                          6        2010       16 / 7 / 2010      Dataran Kemerdekaan Shah Alam                            Mengadakan Rakaman Forum Perdana Ehwal Islam
                                              17-18/ 7 / 2010    Pusat Konvesnysen Shah Alam (SACC)                       - Pelancaran Sambutan 10 Tahun Falak @ Selangor
                                                                                                                          - Mengadakan Aktiviti Pelancaran Roket Peringkat
                                                                                                                             Sekolah Menengah Daerah Selangor




16
                                                                                       Bahagian Falak      B U L E T I N A T-T A Q WA




BA L A I CE R A P SE L A NG OR
M ELAK A R K EU NGGULA N
                                                                SE K I L A S T E N TA NG
                                                                I L M U FA L A K
                                                                Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
                                                                “Sesungguhnya dalam pertukaran malam dan siang,
                                                                dan apa yang diciptakan Allah di langit dan di bumi,
                                                                adalah menjadi bukti kebenaran bagi kaum yang
                                                                memelihara dirinya (dari kejahatan).”
                                                                (Surah Yunus : 7)
                                                                Berpandukan dari ayat di atas, memang banyak ilmu atau
                                                                pelajaran yang boleh diambil dari alam ciptaan Allah bagi
                                                                mereka yang berakal. Hanya orang yang berakal sahajalah
                                                                dapat memahami dan mengambil pelajaran dari ayat-
                                                                ayat Allah. Dalam kejadian siang dan malam, mempunyai
                                                                berbagai-bagai hikmah yang boleh dimanafaatkan oleh
                                                                manusia. Pada waktu malam, bulan menjadi pedoman
BALAI CERAP YANG STRATEGIK                                      untuk pengembara dan pelayar juga memberi cahaya
Balai Cerap yang menggunakan Teleskop Sky Watcher dan           kepada bumi. Waktu siang pula, matahari akan memberi
Teleskop Takahashi TOA 150 ini berada ditempat yang             cahaya kepada bumi untuk keperluan makhluk-makhluk di
strategik. Kedudukannya yang jauh dari kawasan bandar           bumi menjalani kehidupannya.
dan segala pencemaran serta terhindar dari sebarang
halangan semasa proses cerapan. Kawasan tersebut mampu
menjangkau pandanagan yang luas dan jelas di mana ufuk          Firman Allah S.W.T. dalam ayat 40, Surah Yaasin;
mar’ie tempat terbenam matahari adalah pada arah azimut
200° hingga 296° dan kawasan kenampakan sehingga ke
Tanjung Lumba-Lumba di Perak kelihatan amat jelas dan
lokasi ini amat berhampiran dengan Selat Melaka yang
berada dalam ½ kilometer dari tapak lokasi.

TIGA P MENJADI TUNJANG UTAMA
(Penyelidikan , Pendidikan dan Pelancongan)
•			   Menjadi	 pusat	 penyelidikan	 dan	 pembangunan	 ilmu	
       falak dan astronomi serantau. Balai Cerap Selangor
       juga bekerjasama dengan pelbagai institusi dan
       Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan       Maksudnya: “Tidaklah mungkin bagi matahari
       Malaysia (JUPEM), Bahagian Kajian Sains Angkasa          mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat
       (BAKSA), Universiti Malaya (UM) dan lain-lain.           mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis
       Selain itu, Balai Cerap Selangor juga mengkaji           edarnya.”
       alam semesta seperti melihat anak bulan, mencerap
       bintang, planet, buruj, meteor dan matahari bagi         Perkataan FALAK dalam ayat tersebut telah menjadi aspirasi
       mendapatkan maklumat-maklumat terkini tentang            dan asas kepada cendekiawan Islam di zaman keagungannya
       perubahan objek dan segala yang terdapat di langit       untuk mengkaji seterusnya berjaya menjadi pelopor suatu
       yang boleh mempengaruhi sistem cakerawala. Semua         bidang ilmu yang dikenali sebagai ilmu falak pada hari ini.
       hasilnya direkodkan bagi tujuan rujukan dan kajian.
•			   Menjadi	 pusat	 pendidikan,	 latihan	 dan	 penyebaran	   Dengan menggunakan berbagai nama, ilmu falak terus
       dakwah melalui kursus-kursus atau seminar falak          berkembang yang diiringi dengan penciptaan alat-alat
       secara menyeluruh dan berterusan sebagai usaha           teknologi canggih oleh barat hingga dapat menguasai dunia
       menyebarkan ilmu dan kemahiran dalam bidang              khususnya dari segi sistem maklumat. Tentunya menjadi
       tersebut.                                                suatu yang menyentuh perasaan, apabila pengkaji-pengkaji
•			   Menjadi	 pusat	 pelancongan	 khususnya	 di	 daerah	      yang mempunyai etika serta bersifat amanah, akhirnya akur
       Sabak Bernam. Para pelancong boleh melihat               dengan kekuasaan dan keagungan pencipta sebenar iaitu
       fenomena gerhana bulan dan matahari di Balai Cerap       Allah S.W.T. Maka Islam menjadi pegangan hidupnya.
       Selangor.
                                                                                                                                 NEGERI SELANGOR
                                                                                                                                   JA BATA N M U F T I




                                                                                                                                17
   B U L E T I N A T-T A Q WA    Bahagian Falak




                      FENOMENA ASTRONOMI DI MALAYSIA TAHUN 2011
                       BIL.   BULAN          AKTIVITI
                              JANUARI
                       1.     05             Cerapan Hilal Safar 1432H/Lunar Crescent Observation.
                       2.     19             Bulan Penuh/Full Moon Phase.
                              FEBRUARI
                       3.     03             Cerapan Hilal Rabiul Awwal 1432H/Lunar Crescent Observation.
                       4.     18             Bulan Penuh/Full Moon Phase.
                              MAC
                       5.     05             Cerapan Hilal Rabiul Akhir 1432H/ Lunar Crescent Observation.
                       6.     19             Bulan Penuh/Full Moon Phase.
                       7.     20             Matahari melintas tepat di atas Khatulistiwa (Vernal Equinox).
                              APRIL
                       8.     03             Istiqbal planet Zuhal/Saturn Opposition.
                       9.     04             Cerapan Hilal Jumadal Ula 1432H/ Lunar Crescent Observation.
                       10.    18             Bulan Penuh/Full Moon Phase.
                              MEI
                       11.    04             Cerapan Hilal Jumadal Akhirah 1432H/Lunar Crecent Observation.
                       12.    17             Bulan Penuh/Full Moon Phase.
                       13.    28             Semakan Arah Qiblat Menggunakan Bayang Matahari (05.16 petang).
                              JUN
                       14.    02             Cerapan Hilal Rajab 1432H/Lunar Crecent Observation.
                       15.    16             Gerhana Bulan Penuh (bermula jam 02.22 pagi)/Lunar Eclipse on 02.22 am.
                       16.    21             Kedudukan Matahari Paling Utara di Bumi (Summer Solstice).
                              JULAI
                       17.    02             Cerapan Hilal Sya’ban 1432H/Lunar Crecent Observation.
                       18.    15             Bulan Penuh/Full Moon Phase.
                       19.    16             Semakan Arah Qiblat Menggunakan Bayang Matahari (05.28 petang).
                       20.    31             Cerapan Hilal Ramadhan 1432H/Lunar Cresent Observation.
                              OGOS
                       21.    13             Juraian Meteor Perseid/ Perseids Meteor Shower.
                       22.    13             Bulan Penuh/Full Moon Phase.
                       23.    29             Cerapan Hilal Syawwal 1432H/Lunar Crescent Observation.
                              SEPTEMBER
                       24.    12             Bulan Penuh/Full Moon Phase.
                       25.    23             Matahari Melintas Tepat di atas Khatulistiwa (Autumnal Equinox).
                       26.    28             Cerapan Hilal Zulqa’dah 1432H/Lunar Crescent Observation.
                              OKTOBER
                       27.    12             Bulan Penuh/Full Moon Phase.
                       28.    26             Cerapan Hilal Zulhijjah 1432H/Lunar Crescent Observation.
                       29.    29             Istiqbal Planet Musytari/Jupiter Opposition.
                              NOVEMBER
                       30.    10             Bulan Penuh/Fool Moon Phase.
                                                                                                                       * Sumber: Makmal Fizik Angkasa, Blok C- Tingkat 3, Jabatan Fizik




                       31.    18             Juraian Meteor Leonid/Leonids Meteor Shower.
                       32.    25             Cerapan Hilal Muharram 1433H
                              DISEMBER
                       33.    10             Gerhana Bulan Penuh (bermula jam 08.45 malam)/Lunar Esclips on 8.45 pm.
                       34.    14             Juraian Meteor Geminids / Geminids Meteor Shower.
                       35.    21             Kedudukan Matahari Paling Selatan di Bumi (Winter Solstice).
                       36.    25             Cerapan Hilal Safar 1433H/Lunar Crescent Observation.
                                                                                                                                                   Fakulti Sains, 53100 Kuala Lumpur.
NEGERI SELANGOR
JA BATA N M U F T I




18
                                                                                Pendekatan Da k wa h   B U L E T I N A T-T A Q WA




     Pe n d e k a t a n D a k w a h Te r l e p a s P a n d a n g

 PERANAN
 UTAMA
 UMAT ISLAM
 TERHADAP
 MUALLAF;
1.       Menunjukkan contoh tauladan yang baik                       hanya menyuruh mereka mengambil air
         kepada mereka serta mempamerkan keindahan                   setimba dan dicurahkan ke atas najis tersebut.
         Islam dalam bentuk perbuatan atau dakwah
         bil-hal. Berdakwah dengan cara ini akan               b)    Seorang arab badawi datang berjumpa
         lebih berkesan dan diyakini. Sekiranya setiap               Rasullullah S.A.W. menyatakan ingin memeluk
         individu muslim dapat menjadikan diri                       Islam tetapi ia meletakkan syarat hanya akan
         masing-masing sebagai qudwah hasanah atau                   mendirikan solat sekali sahaja dalam sehari.
         contoh yang baik maka sudah tentu dakwah
                                                                     Maka Rasulullah S.A.W. pun membenarkan
         Islamiah menjadi lebih menarik dan diminati.
                                                                     lelaki badawi itu masuk Islam walaupun tidak
                                                                     disenangi para sahabat. Namun akhirnya
2.       Melayan dan menangani permasalahan muallaf
         dengan secara berhemah dan berhikmah.                       badawi itu menjadi orang yang kuat agamanya
         Sesungguhnya beberapa peristiwa yang                        dan cukup solat 5 waktunya.
         terdapat di dalam sirah nabawi harus ditelaah
         dan dijadikan panduan dalam masalah ini:              c)    Peristiwa seorang badawi meminta sesuatu dari
                                                                     Rasulullah. Baginda memberikannya tetapi
                                                                     tidak banyak. Orang tersebut merungut dan
                                                                     mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap
                                                                     Rasulullah S.A.W. dan menyebabkan ia tidak
                                                                     disenangi oleh para sahabat. Kemudian
                                                                     Rasulullah S.A.W. mengajak orang itu balik ke
                                                                     rumah baginda untuk mengambil lagi barang
                                                                     keperluan yang dipinta dan diberikan kepada
                                                                     orang tersebut. Akhirnya orang itu tersenyum
                                                                     dan mengucapkan berbanyak-banyak terima
                                                                     kasih dan mengulangi ucapan terima kasih itu
                                                                     dihadapan para sahabat yang berada di masjid.

a)       Peristiwa seorang a’rabi (orang arab hulu)            Ketiga-tiga peristiwa tersebut dan peristiwa lain
         yang masuk ke dalam Masjid Nabawi lalu                dalam sirah nabi adalah menunjukkan kecerdikan
         mengeluarkan kemaluannya dan membuang                 Rasulullah S.A.W. dalam menghadapi karenah orang-
                                                                                                                             NEGERI SELANGOR




         air kecil di dalam masjid. Para jemaah menjadi        orang yang masih liar imannya. Namun akhirnya
                                                                                                                               JA BATA N M U F T I




         gempar dan ingin bertindak kasar terhadap             mereka menjadi orang yang jinak hatinya dan sayang
         orang tersebut. Lalu Rasulullah datang dan
                                                               kepada Islam.
         menegah tindakan para sahabat, sebaliknya




                                                                                                                            19
   B U L E T I N A T-T A Q WA   Bahagian Maktabah




                                    BA H AG I A N
                                   M A K TA BA H
                                    Bahagian Maktabah diwujudkan
                                      sebagai menaik taraf Bahagian
                                            Teknologi Maklumat. Ia
                                            mempunyai tujuh orang
                                           kakitangan yang diketuai
                                     seorang Penolong Mufti Kanan
                                        Gred S44, serta dibantu oleh
                                       seorang Penolong Mufti Gred
                                     F41, seorang Penolong Pegawai
                                     Teknologi Maklumat Gred F29
                                    dan seorang Pegawai Hal Ehwal
                                                          Islam S27.




                                                                       ANTARA FUNGSINYA:
                                                                       1.  Mengurus Pusat Sumber secara sistematik,
                                                                           merekod dan menyelenggara inventori dan
                                                                           katalog buku, jurnal dan bahan-bahan bacaan
                                                                           lain.

                                                                       2.   Mengurus dan menyelenggara pembinaan
                                                                            koleksi sumber-sumber perpustakaan yang
                                                                            terdiri daripada bahan-bahan bercetak dan
                                                                            audio-visual.

                                                                       3.   Memulihara dan menyimpan bahan-bahan
                                                                            berkaitan jabatan, termasuk menyediakan
                                                                            kemudahan     kerja-kerja   produksi    dan
                                                                            penyuntingan audio-visual (Perkakasan ICT).

                                                                       4.   Menyebarkan bahan terbitan, jurnal serta
                                                                            majalah dengan menggunakan aplikasi
                                                                            elektronik serta media cetak.

                                                                       5.   Merancang dan melaksanakan bagi tujuan
                                                                            mengadakan    kemudahan     infrastruktur
                                                                            rangkaian komputer, latihan dan kursus
                                                                            peningkatan kemahiran ICT pegawai dan
                                                                            kakitangan.

                                                                       6.   Mengurus pentadbiran soal jawab agama
NEGERI SELANGOR




                                                                            melalui Email dan Web Site Jabatan.
JA BATA N M U F T I




20
                 Mufti Di Media   B U L E T I N A T-T A Q WA




MUFTI DI MEDIA




                                                        NEGERI SELANGOR
                                                          JA BATA N M U F T I




                                                       21
   B U L E T I N A T-T A Q WA            Islam Di Barat




                                            I S L A M YA N G S E M A K I N
                                        DIK ETEPIK A N DI TI MU R ,
                                     S E M A K I N S U B U R D I B A R AT


                      L
                                  ebih 100,000 wanita Inggeris memilih             Maklumat yang sangat banyak mengenai Islam boleh
                                  untuk memeluk Islam, dua kali ganda              diperoleh melalui internet, selain perbincangan
                                  jumlahnya     dalam     tempoh   10      tahun   mengenai Islam dan masyarakat muslim menjadi topik
                                  dengan rata-rata berusia 27 tahun kerana         kajian dan penelitian serta semakin diminati di pusat-
                      mereka bosan dengan cara hidup sebelum ini. Akhbar           pusat pengajian tinggi. Ketika Islam dikaji dalam
                      terkemuka di London menyebut berlaku suatu                   kerangka akademik atau intelektual. Sesuai dengan
                      gelombang dalam kalangan wanita Inggeris memeluk             prinsip keilmuan, kajian itu perlu melalui pelbagai
                      Islam apabila tahun lalu sahaja kira-kira 5,200 orang        sumber pemikiran dan mazhab. Ini memungkinkan
                      memilih Islam, antaranya adik ipar bekas Perdana             lahir pelbagai tafsiran, hikmah dan kemanusiaan
                      Menteri Britain, Tony Blair.                                 dalam Islam. Pendek kata, agama Islam mementingkan
                                Lauren Booth, adik ipar Blair menarik              keamanan, kesejahteraan dan mudarat semakin
                      perhatian dunia apabila mengumumkan dia telah                menarik perhatian barat. Kecenderungan tarikan
                      memeluk Islam. Pemerhati hal ehwal Islam di Britain,         terhadap Islam yang anti keganasan dan mudarat
                      Hakimul Ikhwan menyebut, fenomena bertambahnya               dapat dilihat contohnya dalam dialog antara agama
                      jumlah orang Inggeris memeluk Islam tidak boleh lari         dan keupayaan untuk mengarus perdanakan Islam
                      dari kehebatan publisiti mengenai Islam.                     yang bukan timur tengah. “Wajah Islam Indonesia
                                Beliau   memberitahu,     jumlah   masyarakat      yang moderat dan toleran contohnya menjadi “Topik”
                      Islam semakin meningkat dengan ketara dalam dekad            utama yang dibincangkan Blair dan Presiden Amerika
                      terakhir ini. Katanya, agak menarik untuk melihat            Syarikat, Barack Obama dalam kunjungan mereka ke
                      sebahagian wanita memilih menjadi muslim kerana              Indonesia”. Ujar Hakimul.
                      Islam ‘membebaskan’ mereka dari aspek moral                          Selain faktor publisiti dan perbincangan
                      dengan penggunaan burqa, jilbab, tudung, busana              mengenai Islam yang semakin meluas diperingkat
                      muslimah dan seumpamanya. Wanita berbusana                   global, faktor lain yang menentukan peningkatan
                      muslimah banyak ditemui di kota-kota besar di                kemasukan ke dalam Islam dalam kalangan orang
                      Britain, manakala warga asing dengan bebas memakai           Inggeris ialah jumlah pendatang Islam di negara
                      pakaian Islam. Keadaan ini menyediakan ‘cermin’              itu seperti dari Pakistan, Turki, Bangladesh, Timur
                      bagi wanita Inggeris menangani masalah yang sering           Tengah dan Asia seperti Indonesia dan Malaysia.
                      terjadi dalam kalangan muda-mudi negara itu.                         Ramainya pendatang Muslim menyebabkan
                                Menurut Hakimul lagi, muncul pertanyaan            simbol-simbol Islam tersebar luas dan dapat ditemui
                      mengapa Islam yang cenderung tampil dengan wajah             dipebagai tempat seperti daging halal, pizza halal dan
                      negatif semakin diminati, sekalipun menarik lebih            sebagainya seperti ramainya wanita yang memakai
                      ramai wanita Inggeris memeluk Islam. Katanya,                jilbab di jalanan.
                      keadaan ini terjadi kerana beberapa perkara. Pertama,                Istilah “Halal” telah menjadi ikon publisiti
                      prinsip    barat   yang   menekankan    kreativiti    dan    yang sangat berkesan mengenai Islam. Penjualan
NEGERI SELANGOR
JA BATA N M U F T I




                      kebebasan berfikir individu menyebabkan individu di          daging halal di pasaraya Tesco dan lain-lain lagi perlu
                      negara itu cuba mengkaji lebih mendalam mengenai             menjelaskan kepada orang awam tentang pengertian
                      Islam.                                                       daging Halal.- dipetik dari Utusan Melayu.




22
                   Artikel                                                                                     B U L E T I N A T-T A Q WA




P E N S A B I T A N N A S A B A N A K M E N G I K U T H U K U M S Y A R A’
Oleh Usta z Nu rhel mi I k hsa n
  P E N D A H U L U A N
  Fenomena anak tak sah taraf di Malaysia seakan-akan sudah menjadi masalah sosial yang lumrah dan tidak asing lagi
  kepada masyarakat kita. Ini kerana perkara ini sudah terlalu kerap berlaku. Kisah-kisah tentang pembuangan bayi
  terpampang di dada akhbar, sementara kes ibu hamil tanpa nikah yang berada di pusat pemulihan semakin bertambah
  dari semasa ke semasa. Berdasarkan laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, sejak tahun 2000 hingga Julai 2008,
  terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa. Ini bermakna, secara purata 2,500 kes
  anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan, kes pendaftaran anak luar
  nikah ini berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat. Statistik atau fakta yang direkodkan ini sebenarnya lebih tinggi daripada
  jumlah sebenarnya, sekiranya mengambil kira kes-kes yang melibatkan pengguguran haram dan pembuangan bayi yang
  dipaparkan di media dan tidak direkodkan.


DEFINISI ANAK TAK SAH TARAF                                      ‘tak sah taraf berhubungan dengan seseorang anak’, ertinya
Anak tak sah taraf dalam istilah bahasa Arab disebut walad       dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan
al-zina yang bermaksud anak zina atau anak luar nikah.           syubhah’.
Berdasarkan perbincangan para fuqaha tentang nasab
seseorang anak, secara umumnya dapatlah dirumuskan               Menurut pendapat Mazhab Syafie, jika dikahwini seorang
bahawa anak zina adalah merujuk kepada anak yang                 wanita yang hamil dari perzinaan, kemudian ia melahirkan
dilahirkan hasil perzinaan dan bukan dari perkahwinan            anak yang sempurna tempohnya (term baby), maka terdapat
yang sah atau pun persetubuhan syubhah.                          empat (4) keadaan mengenainya, iaitu:
ataupun Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Negeri Selangor) 2003, istilah anak tak sah taraf         1.     Sama ada suami menafikan anak tersebut zahir
adalah satu istilah yang digunakan bagi anak yang tidak                 dan batin tanpa melakukan li’an iaitu anak yang
mempunyai nasab atau hubungan darah yang sah dan sama.                  dilahirkan kurang daripada tempoh enam bulan
Peruntukan undang-undang menyatakan:                                    daripada berlaku perhubungan suami isteri selepas
                                                                        akad nikah atau lebih daripada empat tahun dari
•		    Terdapat	 perbezaan	 pendapat	 mengenai	 anak	                   tarikh terakhir berlaku perhubungan suami isteri.
       zina yang dilahirkan tanpa firash, maksudnya ibu          2.     Sama ada dihubungkan anak dengan suami tersebut
       kepada anak tersebut tidak berada dalam ikatan                   dan sabit bagi anak tersebut hukum perwarisan
       perkahwinan. Jumhur ulama’ berpendapat bahawa                    dan selainnya secara zahir, yang sepatutnya
       tidak harus disambungkan nasab anak zina dengan                  menafikannya kerana anak tersebut lahir lebih
       bapa biologinya.                                                 daripada masa enam bulan dan kurang daripada
•			   Manakala	 terdapat	 segelintir	 ulama’	 yang	                    empat tahun. Suami tersebut mengetahui atau berat
       mengharuskannya seperti Muhammad bin Sirrin                      sangka bahawa anak itu bukan daripada benihnya
       dan Ibn Taimiyyah serta diperkukuhkan oleh                       kerana ia tidak menyetubuhi isterinya selepas akad
       anak muridnya, Ibn Qayyim. Hassan al-Basry dan                   dan tidak memasukkan spermanya.
       Ibrahim al-Nakha’iy berpendapat bahawa harus                     Atau anak tersebut dilahirkan kurang daripada enam
       menghubungkan anak zina dengan bapa zinanya                      bulan dari tempoh perhubungan suami isteri, atau
       setelah dikenakan hukuman hudud.                                 lebih daripada empat tahun daripada perhubungan
                                                                        tersebut, atau lebih daripada enam bulan daripada
                                                                        istibra’ dengan sekali pusingan haid dan ternyata
                                                                        isteri tersebut berzina. Maka dalam keadaan
Menurut Fatwa Garis Panduan Anak Tak Sah Taraf
                                                                        sedemikian, suami tersebut berdosa jika tidak
Menurut Hukum Syara’ di Negeri Selangor yang telah
                                                                        menafikan anak tersebut, malah ia suatu dosa besar.
diwartakan pada 28 April 2005, sighah berkaitan anak tak
sah taraf menurut hukum syara’ adalah:
                                                                 3.     Sama ada menghubungkan anak tersebut kepada
                                                                        suami secara zahir tetapi tidak perlu menafikannya
                                                                        jika suami sangka bahawa anak tersebut adalah
1.     Anak yang dilahirkan tanpa nikah sama ada hasil
                                                                        daripada benihnya walaupun tanpa sangkaan yang
       daripada zina, rogol atau melalui cara saintifik
                                                                        berat. Telah berlaku istibra’ selepas perhubungan
       yang bertentangan dengan hukum syara’.
                                                                        suami isteri dan anak tersebut dilahirkan lebih
2.     Anak yang dilahirkan kurang daripada enam bulan
                                                                        daripada enam bulan selepas perhubungan suami
       dua lahzah qamariah dari waktu ‘imkan ad-dukhul’
                                                                        isteri. Terdapat keraguan mengenai perzinaan
       dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhah.
                                                                        isterinya. Dalam keadaan sedemikian, sunat (nadb).
3.     Anak yang dilahirkan lebih daripada enam bulan
       dua lahzah qamariah dari waktu ‘imkan ad-
                                                                 4.     Sama ada dihubungkan anak tersebut kepada suami
                                                                                                                                     NEGERI SELANGOR




                                                                        dan haram menafikannya jika berat sangkaan anak
       dukhul’ selepas akad yang sah dan ada bukti dari
                                                                        tersebut adalah dari benihnya. Ataupun terdapat
                                                                                                                                       JA BATA N M U F T I




       segi syara’ bahawa anak tersebut ialah anak tanpa
                                                                        dua perkara yang sama iaitu anak tersebut lahir
       nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang
                                                                        setelah enam bulan dan lebih sehingga empat tahun
       berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah
                                                                        daripada berlakunya perhubungan suami isteri serta
       seorang daripadanya), atau empat orang saksi yang
                                                                        tidak berlaku istibra’ selepas itu. Atau berlaku istibra’
       memenuhi syarat-syarat hukum syara’.
                                                                        tetapi anak tersebut dilahirkan kurang daripada
                                                                        enam bulan, maka dihubungkan melalui firash
                                                                        (perkahwinan yang sah).

                                                                                                                                    23
   B U L E T I N A T-T A Q WA               Tu k a r M a s u k P e g a w a i


                                                                         UCAPAN TAHNIAH
                      A N UG E R A H PE R K H I DM ATA N                                          K E N A I K A N G R E D / PA N G K A T
                      C E M E R L A NG TA H U N 2 0 0 9




                      Ustaz Rizal bin Ramli             Puan Noraliza bt Mohamed Saad            S.S. Dato’ Haji Abdul Majid bin Omar,            Ustaz Mat Jais bin Kamos,
                      Penolong Mufti Gred S41           Setiausaha Pejabat / Pembantu            Timbalan Mufti Selangor.                         Ketua Penolong Mufti.
                                                        Khas Gred N28                            Dinaikkan dari Gred S48 ke Gred S54.             Dinaikkan dari Gred S44 ke Gred S 48.


                      P E R T U K A R A N K E L U A R P E G AWA I / K A K I T A N G A N T A H U N 2 0 1 0 / 2 0 1 1
                       Nama                                            Jawatan                               Tarikh / Sebab                     Penempatan
                       Ustaz Mohd Afiz bin Hasan                       PPHEI Gred S27(Kontrak)               01.03.2010 (dapat tawaran)         PHEI Gred S41 UiTM (tetap)
                       En. Abdul Razak b. Johar                        PPT Gred N32                          06.05.2010 (bertukar)              Jabatan Perhutanan Selangor
                       Pn.Rabiatul Adauwiyah bt Ramli                  Pembantu Tadbir                       15.07.2010 (bertukar)              Pejabat Agama Islam
                                                                       Gred N17                                                                 Daerah Klang
                       Ustazah Norhazanah bt Sarlan                    Pembantu HEI                          16.07.2010 (bertukar)              Pejabat Agama Islam
                                                                       Gred S17                                                                 Daerah Hulu Langat
                       En. Mohd Hanif bin Mohd Arip                    Pemandu Gred R3                       30.08.2010(dapat tawaran)          Pejabat Daerah & Tanah Klang
                                                                       (Kontrak)                                                                (tetap)
                       Ustazah Nor Nazilah bt Mohd Sani @ Thani        Pembantu HEI                          30.09.2010                         Kementerian Pendidikan
                                                                       Gred S17 (Sambilan)                                                      Kursus Perguruan (KPLI j-Qaf )


                      K E M A S U K A N P E G AWA I / K A K I T A N G A N
                      L A N T I K A N T E TA P DA N KO N T R A K TA H U N 2 010 / 2 011
                       Nama                                               Jawatan                                 Tarikh Dilantik               Penempatan
                       Ustaz Mohd Shirazi bin Md Sahari                   PPHEI Gred S27(Kontrak)                 01.04.2010                    Unit Khidmat Nasihat, Bahagian Fatwa
                       Ustaz Noor Azmi bin Mohammad Tamyis                PPHEI Gred S27(Kontrak)                 01.04.2010                    Bahagian Falak
                       Ustaz Abdul Mutalib bin Jamil                      PPHEI Gred S27(Kontrak)                 15.04.2010                    Bahagian Falak
                       En. Mohd Hazriq Izlan bin Abd Khadik               Juruteknik Mekanikal Gred J17 (Kontrak) 15.04.2010                    Bahagian Falak
                       En. Mohd Hafiz bin Ahmad                           PPT Gred N32                            20.04.2010                    Bahagian Khidmat Pengurusan
                       En. Norameen bin Burhanuddin                       Pegawai Sains Gred C41 (Kontrak)        02.08.2010                    Balai Cerap Selangor, Bahagian Falak
                       En. Noorakmaal bin Sari                            Juruteknik Mekanikal Gred J17 (Kontrak) 02.08.2010                    Balai Cerap Selangor, Bahagian Falak
                       Ustaz Mohd Hafizzey bin Ishak                      PPHEI Gred S27 (Kontrak)                01.06.2010                    Balai Cerap Selangor, Bahagian Falak
                       En. Aidil Ezhar bin Roshidi                        Juruteknik Komputer Gred FT17 (Kontrak) 01.07.2010                    Bahagian Maktabah
                       Cik Nurul Azwa bt Mungin                           Pembantu Tadbir(P/O) Gred N17           15.07.2010                    Bahagian Khidmat Pengurusan
                       Cik Noorul Hijrah bt Sulong @ Kamaruddin           Pembantu Tadbir(P/O) Gred N17 (Kontrak) 02.08.2010                    Balai Cerap Selangor, Bahagian Falak
                       Ustazah Irma Yani bt Hayati                        PPHEI Gred S17 (Kontrak)                02.08.2010                    Unit Istinbat, Bahagian Fatwa
                       Ustazah Nadirah bt Hj Roslan                       PPHEI Gred S17 (Kontrak)                02.08.2010                    Unit Khidmat Nasihat, Bahagian Fatwa
                       En. Mohd ‘Atiqullah bin Subarim @ Subarin          Pemandu Kenderaan Gred R3 (Kontrak)     02.08.2010                    Balai Cerap Selangor, Bahagian Falak
                       En. Mohamed Asyri bin Ibrahim                      Pemandu Kenderaan Gred R3 (Kontrak)     01.09.2010                    Bahagian Khidmat Pengurusan
                       Ustaz Ibrahim bin Hashim                           PPHEI Gred S17 (Kontrak)                01.11.2010                    Unit Informasi & Pameran, Bhg. Falak
                       Ustaz Khairiamri bin Ahmad                         Penolong Mufti Gred S41                 08.11.2010                    Unit Buhuth, Bahagian Fatwa
                       Pn. Rosenah bt Juli                                Ketua Pembantu Tadbir Gred N22          03.01.2011                    Bahagian Khidmat Pengurusan
                       Ustaz Hj. Hadri bin Hj Idris                       Penolong Mufti Gred S44                 01.03.2011                    Bahagian Falak
                       Cik Nurulhuda bt Mohamed Jamin                     Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17      15.04.2011                    Bahagian Khidmat Pengurusan



                      K A K I T A N G A N L A N T I K A N K O N T R A K D I L A N T I K K E J AWA T A N T E T A P
                      DI JA BATA N M U F T I N E G E R I S E L A NG OR
                       Nama                                                    Jawatan                                    Tarikh Lantikan                  Penempatan
                       Ustaz Khairul ’Amal bin Zaini                           PPHEI Gred S17                             16.08.2010                       Bahagian Falak
                       Ustazah Norhassnida bt Hassan                           PPHEI Gred S17                             16.08.2010                       Bahagian Fatwa

                      P E R T U K A R A N D A L A M A N P E G AWA I / K A K I T A N G A N
NEGERI SELANGOR




                       Nama / Jawatan                     Penempatan Asal                       Tarikh Kuatkuasa          Penempatan Baru
JA BATA N M U F T I




                       Ustaz Rizal bin Ramli
                       PM Gred S41                        Bahagian Falak                        01.10.2010                Unit Istinbat, Bahagian Fatwa Penolong Mufti Gred 41
                       Ustaz Mat Jais bin Kamos
                       KPM Gred S44                       Bahagian Maktabah                     15.04.2011                Bahagian Fatwa Ketua Penolong Mufti Gred S48
                       Ustaz Nurhelmi bin Ikhsan
                       PPHEI Gred S27                     Unit Buhuth,Bahagian Fatwa            15.04.2011                Bahagian Maktabah




24                             JABATAN MUFTI                     Jabatan Mufti Negeri Selangor, Tingkat 7 & 8, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah,
                               NEGERI SELANGOR                   40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-55143738 Fax : 03-55197584
                                                                 E-mail : mufti_sel@selangor.gov.my

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:44
posted:4/30/2012
language:Malay
pages:24