SEJARAH TINGKATAN 3 KERJA KURSUS PMR

Document Sample
SEJARAH TINGKATAN 3 KERJA KURSUS PMR Powered By Docstoc
					                                       Penghargaan

Saya dapat melaksanakan kajian saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada
beberapa pihak. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Puan Pengetua, Puan Chan Nyook Ying yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk
menjalankan kajian saya. Ribuan terima kasih kepada En.Lee Kok Seng, guru Sejarah yang telah
membimbing dan memberi keyakinan kepada saya bagi menjayakan kajian ini.

  Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya, En,Sundar dan
Pn.Sureswathi yang telah membimbing dan memberi sokongan moral kepada saya untuk
melaksanakan kajian saya.

 Tidak ketinggalan, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Perniagaan
Kacang Putih S.R Ipoh, C.Ratnasami Nadar kerana memberi kebenaran kepada saya untuk
membuat kajian di kilang Kacang Putih.

 Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan – rakan saya yang telah
membantu saya sepanjang melaksanakan kajian ini.
                                   Hasil kajian

1.Maklumat asas produk tempatan

      Nama produk yang saya pilih ialah Kacang Putih. Kacang Putih merupakan makanan kaum
India yang kini disukai oleh semua orang. C. Ratnasami Nadar merupakan Pengarah Perniagaan
Kacang Putih S.R Ipoh. Lokasi kilang Kacang Putih ini ialah di Buntong, Ipoh.




2.Latar belakang

Industri Kacang Putih ini telah lama wujud di Perak. Enam keluarga telah berhijrah dari India
Selatan pada lewat tahun 1940. Mereka ingin berniaga di Ipoh. Ia bermula secara menjaja dan kini
wujudnya kedai – kedai dan kilang memproses Kacang Putih di sini. Perniagaan Kacang Putih ini
dilakukan secara turun-temurun.



3.Kaedah/ Cara Penghasilan




4.Perkembangan Produk
                                Rumusan

    Saya amat bersyukur kerana dapat melaksanakan kajian Sejarah tempatan. Saya amat
berbangga kerana dapat mengkaji Sejarah Kacang Putih yang telah muncul di negara kita pada
lewat tahun 1940. Kita harus mengambil iktibar daripada keluarga En.C.Ratnasami Nadar yang
telah memajukan Perniagaan Kacang Putih secara turun-temurun dan mengekalkan makanan
tradisional kaum India dalam kalangan rakyat Malaysia.
Lampiran

Gambar – gambar Kacang Putih di Buntong.
Peta Industri Kecil Sederhana Kacang Putih di Buntong.
                                 Rujukan

Internet :

http://teratakdbendang.blogspot.com/2011/12/pembekal-kacang-putih-terkenal-buntong.html

http://maps.google.com.my/maps?hl=en&client=firefox-
a&ie=UTF8&q=kacang+putih+perak&fb=1&gl=my&hq=kacang+putih&hnear=Perak&t=m&vpsrc=
6&source=embed&ll=4.598841,101.081944&spn=0.085383,0.169086&z=13&ei=z4ObT_a-
FamTiQeq6LD4Cw&pw=2

http://www.google.com.my/search?q=kacang+putih+buntong&hl=en&prmd=imvns&source=lnms&t
bm=isch&ei=X4WbT4bFEczHrQeKh6xn&sa=X&oi=mode_link&ct=mode&cd=2&ved=0CBEQ_AUo
AQ&biw=1366&bih=599
Tugasan 2

     Dasawarsa ini, negara Malaysia telah maju dari segi perindustrian, pendidikan dan kesukanan.
Namun demikian, untuk menjamin kestabilam ekonomi, rakyat Malaysia harus menyokong
barangan buatan Malaysia. Hal ini demikian, barangan buatan Malaysia lebih murah dan berkualiti
berbanding dengan barangan import dari luar negara.

    Rakyat Malaysia harus mengutamakan barangan buatan Malaysia demi menunjukkan semangat
cinta akan negara. Selain itu, rakyat dapat menyuburkan semangat patriotism yang mendalam.
Dalam masa yang sama, rakyat Malaysia dapat juga membantu perkembangan industri setempat.
Sambutan yang diberikan terhadap sesuatu barangan tempatan akan memungkinkan syarikat
tersebut meluaskan pasarannya sehingga ke luar negeri.

   Di samping itu, rakyat harus membeli barangan buatan Malaysia dan mereka mesti berbangga
akan barangan sendiri. Hal ini demikian, barangan buatan Malaysia lebih murah dan membolehkan
rakyat menabung wang demi pada masa hadapan anak seta diri mereka sendiri. Semua golongan
rakyat dapat menikmati barangan buatan Malaysia. Jika bajet sesebuah keluarga tidak mencukupi
menampung perbelanjaan makanan mereka, sudah tentu mereka akan diserang oleh pelbagai jenis
penyakit.

   Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia harus berkeyakinan akan kualiti barangan Malaysia yang
standing dengan barangan import. Hal ini kerana, harga barangan import sekarang secara relatif
menjadi lebih mahal daripada harganya dahulu. Keadaan tersebut sudah tentu meningkatkan
perbelanjaan harian rakyat Malaysia.

  Selain daripada itu, media massa harus memainkan peranan yang penting untuk mempromosikan
slogan “Belilah Barangan Buatan Malaysia”. Ramai dalam kalangan kita gemar untuk menghabiskan
masa dengan menonton televisyen dan mendengar radio. Jadi pesanan yang disampaikan juga dapat
didengari oleh mereka.

 Kesimpulannya, berikan kerjasama terhadap kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia yang
dilancarkan oleh kerajaan bagi mengurangkan kesan kegawatan ekonomi yang melanda negara.
Barangan buatan Malaysia kebanggaan kita bersama.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:1491
posted:4/28/2012
language:Indonesian
pages:8
ashweena sundar ashweena sundar http://
About age : 14+ school: SMK MENGLEMBU