BAHASA MELAYU Tatabahasa Imbuhan

Document Sample
BAHASA MELAYU Tatabahasa Imbuhan Powered By Docstoc
					BAHASA
MELAYU
     Tatabahasa
- Imbuhan Awalan
- Imbuhan Akhiran
 - Imbuhan Apitan
           IMBUHAN
• Merupakan tambahan dalam perkataan pada
  kata dasar.
• Terbahagi kepada lima, iaitu:
   – Imbuhan awalan
   – Imbuhan akhiran
   – Imbuhan apitan
   – Imbuhan sisipan
   – Imbuhan pinjaman
• Bertindak sebagai pelengkap kepada struktur
  ayat dari segi kegrammatisan.
    IMBUHAN AWALAN
• Terletak di awal kata dasar.
• Contoh:
  – ber….
  – ter….
  – di….
  – per….
  – ke….
  – men….
Contoh ayat imbuhan awalan
1. Rumahnya terletak di hujung Jalan
   Kampong Menteri.
2. Perompak itu telah ditangkap.
3. Dia telah menyimpan wang di Bank
   Baiduri sejak sembilan tahun lalu.
   IMBUHAN AKHIRAN
• Terletak di akhir kata dasar.
• Contoh:
  – …. an
  – ….. i
  – ….. kan
Contoh ayat imbuhan akhiran
1. Saya sudahi ucapan ini dengan rasa
   terima kasih.
2. Sikap tolong-menolong antara satu
   dengan lain adalah amalan yang baik.
3. Hantarkan kuih ini ke rumah jiran
   sebelah.
     IMBUHAN APITAN
• Terletak di awal dan di akhir kata dasar.
• Contoh:
  – ber….an
  – men….i
  – di….kan
  – per….an
  – ke….an
  – men….kan
Contoh ayat imbuhan apitan
1. Dia tidak suka mempermainkan
   perasaan orang lain.
2. Rashid telah menyelesaikan latihan yang
   diberi oleh cikgunya.
3. Manusia dijadikan oleh Tuhan sebagai
   hambanya yang beriman.
    IMBUHAN SISIPAN
• Tidak banyak dan terletak di tengah-
  tengah kata.
• Contoh:
  – …ei…
  – …er…
  – …em…
Contoh ayat imbuhan sisipan
1. Dia menggeletar kerana amat takut.
   (daripada perkataan getar)
2. Terdapat banyak kemuncup di padang
   itu. (daripada perkataan kuncup)
3. Roda jentera itu dipenuhi gerigi.
   (daripada perkataan gigi)
      IMBUHAN PNJAMAN
• Juga dikenali sebagai imbuhan asing.
• Terdiri dari penambahan hadapan atau
  belakang kata dasar
• Contoh:
  –   …man
  –   …wan
  –   …wati
  –   pra…
  –   tata…
  –   maha…
Contoh ayat imbuhan pinjaman
1. Seniwati Sarimah telah berlakon dalam
   beberapa buah filem.
2. Buku tatabahasa itu dibelinya di Kedai
   Buku Bismi.
3. Setiap pelajar pasti mahu menjadi
   mahasiswa.
 - TAMAT -
Terima Kasih dan Selamat
   mencuba latihannya

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:676
posted:4/26/2012
language:
pages:13