Apa yang dimaksud dengan WAP by theodonk

VIEWS: 197 PAGES: 2

									Apa yang dimaksud dengan WAP?

WAP merupakan singkatan dari Wireless Application Protocol.

WAP merupakan standar komunikasi global secara terbuka antar perangkat mobile dan internet atau
aplikasi komputer lainnya. Teknologi berbasis WAP memungkinkan rancangan layanan mobile yang
canggih, interaktif, dan real-time, seperti mobile banking, atau layanan berita berbasis internet, yang dapat
diakses lewat piranti mobile. Spesifikasi WAP memungkinkan adanya solusi dari berbagai pemasok
peralatan untuk senantiasa bekerja bagi kepentingan pengguna akhir di jaringan digital.

WAP mengacu pada perpanjangan layanan internet yang memberi anda informasi, layanan atau produk
kapanpun dan dimanapun anda inginkan. Simbol ini menjamin bahwa layanan akan sesuai dengan Wireless
Application Protocol, teknologi canggih yang membuat layanan dan produk mobile bisa ada. WAP benar-
benar dapat merubah cara anda berkomunikasi, bekerja, berbelanja dan cara hidup anda. WAP terkait
dengan inovasi terbaru, layanan, hiburan, merek terkemuka dan teknologi terkini - jadi buka mata untuk
perkembangan yang lebih menarik lagi.




                                    INFOTEKNO
                                Masa Hadapan dan Maklumat
        Teknologi membawa peranan yang besar kepada manusia sama ada ia
mempengaruhi cara bekerja ataupun cara hidup kita. Sebagai pelajar kita tidak terlepas
daripada lingkungan pengaruh teknologi tersebut.
        Kemunculan Kafe siber di UMS disambut dengan baik oleh semua pihak pelajar
dan pengurusan universiti sendiri yang dilengkapi dengan talian ISDN yang
berkemampuan 256kps, juga menjanjikan Broadband 2 Mbps...
        Selain daripada mencari maklumat daripada perpustakaan dan lain-lain bahan
cetak, semakin ramai pelajar yang gemar menggunakan sumber alternatif yang dianggap
lebih mudah iaitu mencari bahan di dalam internet. Selain daripada kemudahan internet
yang ditawarkan oleh universiti, para pelajar juga sering melawat kafe-kafe siber yang
berhampiran untuk memenuhi keperluan maklumat mereka (ataupun tujuan yang lain
seperti permainan komputer, muzik, dan sebagainya).
        Apa sebenarnya maksud ISDN? Apa itu Broadband? Berapa ramai antara kita
yang faham dengan ‘jargon’ tersebut atau dengan WAP, Bluetooth, LAN dan banyak lagi.
Adakah anda biasa dengan akronim-akronim tersebut ataupun adakah anda rasa ia wujud
untuk mengelirukan lagi hidup anda?

Memahami Broadband
       Broadband adalah nama yang diberikan kepada sistem yang direka untuk
penghantaran data elektronik pada kelajuan yang tinggi. Bayangkan paip yang membawa
bekalan air ke rumah kita setiap hari. Sekiranya kita hendak lebih banyak air dihantar ke
rumah dengan lebih pantas, maka kita perlukan paip yang lebih lebar.
       Revolusi Broadband ini adalah mengenai peningkatan dalam perkhidmatan yang
ditawarkan kepada pengguna melalui internet. Ia menjanjikan perkembangan yang pesat
dalam dunia hiburan dan komunikasi, di samping menggalakkan lagi e-dagang.
Apa kelebihannya?
        Dengan menggunakan broadband, kita kita tidak perlu tunggu lama depan PC
sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak ‘download’ bahan.
Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga
40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.
        Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi
kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit.
        Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi
hasil sains dan teknologi. Sebagai pelajar di alaf baru ini, kita seharunsnya memanfaatkan
kemudahan yang diberikan dan bukannya bersikap seperti ‘Katak di bawah tempurung.’
        Anda mungkin terfikir, “saya bukanya pelajar Sains Komputer, saya pelajar... Jadi
untuk apa saya perlu runsing hal-hal ini?”
        Perlu kita sedar, bahawa maklumat yang diperolehi melalui teknologi ini, bukan
sahaja untuk bekerja. Hiburan, on-line gaming, download grafik, muzik dan banyak lagi
akiviti yang saya tahu anda juga minati boleh dimanfaatkan dengan sepenuhnya jika anda
sedar fungsi dan ‘rahsia’ di sebalik aktiviti ini.
        Sudah tentunya anda tidak perlu mengambil tahu jika anda tidak berminat, tetapi
dengan menambah lagi ilmu pengetahuan, kita akan maju kehadapan, selaras dengan
masa.

Panduan beberapa akronim yang membingungkan:
     ADSL – Asychronous Digital subcriber. Sambungan internet berkelajuan tinggi
   menggunakan kabel telefon lama yang diperbuat daripada tembaga.
     BLUETOOTH – Komunikasi radio jarak dekat dengan kelajuan pertukaran data
   dalam lingkungan 1 Mbps.
     BROADBAND – Sambungan internet pada kelajuan lebih tinggi daripada modem
   56kbps, biasanya menggunakan sambungan kabel gentian fiber ataupun ADSL.
     GPRS – General Packet Radio Service. Sistem telefon mudah alih berdasarkan
   GSM yang menawarkan sambungan pada internet yang pantas (sehingga 56kbps).
     GSM – Global System for Mobile Communication. Generasi ke-2 telefon mudah
   alih berdasarkan teknologi digital, dengan kepantasan data sehingga 14kbps.
     WAP – Wireless Application Protocol. Kaedah untuk melayari laman web pada
   telefon bimbit dan lain-lain alat mudah alih.
     3G – Generasi telefon mudah alih ke-3 (generasi pertama merupakan analog, dan
   generasi ke-2 adalah digital GSM) yang menawarkan akses internet berbentuk
   broadband.

								
To top