Garis Panduan Pengurusan

Document Sample
Garis Panduan Pengurusan Powered By Docstoc
					                                                     Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

                           Garis Panduan Pengurusan
                    Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah
                                    (MAKDIS)

01 Pendahuluan

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) adalah sebuah organisasi yang
terletak di bawah fungsi Operasi Dakwah Bahagian Pendidikan Islam (BPI),
Kementerian Pelajaran Malaysia. Fungsi MAKDIS adalah sebagai penyelaras kepada
semua kegiatan kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan
yang dilaksanakan di seluruh Sekolah Rendah dan Menengah di bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia.


02 Latar Belakang

      2.1    Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) atau dikenali
             sebagai Majlis Kegiatan Agama Sekolah-Sekolah (MAKUS) telah
             ditubuhkan pada tahun 1979 OLEH Bahagian Pelajaran dan Agama
             Kementerian Pendidikan dengan Pekeliling Bil,KP.5206/133 ( 44)
             bertarikh 21 mac 1979 yang ditandatangani oleh Pengarah Bahagian
             Pelajaran Agama Ustaz Haji Nik Mohyideen Musa.

      2.2    Mengikut penyusunan semula struktur organisasi JAPIM pada bulan
             Oktober 1995, antara fungsi Bahagian Dakwah dan Kepimpinan JAPIM
             ialah merancang dan menyelaras Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah
             Sekolah (MAKDIS) seluruh Negara. Mulai tahun tersebut organisasi ini
             dengan rasminya telah menggunakan nama Majlis Kegiatan Dakwah
             Islamiah Sekolah (MAKDIS).

      2.3    Perbezaan Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS) dan Pertubuhan
             Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah- Sekolah Malaysia (PEKDIS).


MAKDIS

MAKDIS       - Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah
               yang ditubuhkan pada tahun 1979 oleh Pengarah Bahagian Pelajaran
               Agama, Tuan Haji Nik Mohyideen Musa.

Keahlian     - Semua murid yang sedang belajar di sekolah-sekolah Kementerian
             Pelajaran Malaysia.

Peruntukan   - Menggunakan peruntukan yang disediakan Kewangan oleh Sektor
             Dakwah dan Kepimpinan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian
             Pelajaran Malaysia.

PEKDIS

PEKDIS       - Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia
             adalah sebuah pertubuhan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran
             Pertubuhan Malaysia. Ia diluluskan di peringkat pusat pada 13
             September 2004 dengan nombor pendaftaran1764-
             04-5 no PPM WKL 000108/04 No PPP WKL 000024/04 dan
             pendaftaran cawangan pula pada 8/12/2004.




1
                                                       Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

Keahlian       - Semua guru Pendidikan Islam (Bahasa Arab dan j -QAF) Kementerian
               Pelajaran Malaysia sama ada yang sedang bertugas ataupun yang
               telah bersara.

Sumber         - Kutipan yuran ahli.

Kewangan       - Aset-aset sendiri yang diuruskan oleh PEKDIS.

03 Objektif MAKDIS

3.1    Merancang semua aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah
       dan kepimpinan di semua peringkat.
3.2    Menyelaras dan melaksanakan semua aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam
       dalam bidang dakwah dan kepimpinan di Sekolah Rendah dan Menengah
       seluruh Negara.
3.3    Memastikan aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan
       kepimpinan dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh
       Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

0 4 Struktur Organisasi

Ahli Jawatankuasa Pusat MAKDIS

Penasihat :    Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
               Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pengerusi :    Pengarah Bahagian Pendidikan Islam,
               Kementerian Pelajaran Malaysia.

Timbalan :     Timbalan Pengarah,
Pengerusi      Operasi Dakwah
               Bahagian Pendidikan Islam.

Naib :         Timbalan Pengarah,
Pengerusi 1    Pengurusan Pendidikan Islam
               Bahagian Pendidikan Islam.

Naib :         Timbalan Pengarah,
Pengerusi II   Pengurusan Institusi Pendidikan Agama
               Bahagian Pendidikan Islam.

Setiausaha :   Ketua Sektor
               Sektor Operasi Dakwah dan Kepimpinan.

Penolong :     Penolong Pengarah
Setiausaha     Operasi Dakwah
               Bahagian Pendidikan Islam.

Ahli Jawatankuasa :   Semua Penolong Pengarah,
                      i) Operasi Dakwah
                      Bahagian Pendidikan Islam.
                      ii) Wakil-wakil di semua Bahagian Pendidikan Islam.
                      iii) Semua Ketua Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran
                      Negeri iaitu:
                      a. Negeri Perlis.
                      b. Negeri Kedah.
                      c. Negeri Pulau Pinang.




2
                                                      Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

                     d. Negeri Perak.
                     e. Negeri Selangor.
                     f. Negeri Sembilan.
                     g. Negeri Melaka.
                     h. Negeri Kelantan.
                     i. Negeri Terengganu.
                     j. Negeri Pahang.
                     k. Negeri Johor.
                     l. Negeri Sabah.
                     m.Negeri Sarawak.
                     n. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
                     o. Wilayah Persekutuan Labuan.

Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Negeri Johor

Penasihat :          Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, KPM.

Pengerusi :          Pengarah Pelajaran Johor

Timb. Pengerusi :    Timbalan Pengarah Pelajaran Johor
.
Setiausaha :         Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam
                     Jabatan Pelajaran Johor

Pen. Setiausaha :    Ketua Unit Operasi Dakwah,
                     Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor

AJK :                -   Semua Ketua Sektor, JPN Johor.
                     -   Semua Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Johor.
                     -   KPP BTPNJ
                     -   KPP dan Ketua-ketua Unit SPI, JPNJ

Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Daerah

Penasihat :          Pengarah Pelajaran Johor

Pengerusi :          Pegawai Pelajaran Daerah

Timb. Pengerusi :    Timbalan Pegawai Pelajaran

Setiausaha :         Penolong PPD Pendidikan/Penyelia Kanan Pendidikan Islam
                     Pejabat Pelajaran Daerah.

Pen. Setiausaha :    Penyelia Pendidikan Islam,
                     Pejabat Pelajaran Daerah.

AJK :                Pengetua yang dilantik (Ikut keperluan PPD)
                     Guru Besar yang dilantik (Ikut keperluan PPD)
                     Guru Pendidikan Islam yang dilantik (Ikut keperluan PPD)

Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Sekolah

Penasihat :          Pegawai Pelajaran Daerah.

Pengerusi :          Pengetua/ Guru Besar beragama Islam.

Timb. Pengerusi :    Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM).

Naib Pengerusi I :   Penolong Kanan Pentadbiran (GPI 1).



3
                                                        Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

Naib Pengerusi II :   Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Koko)

Setiausaha :          Ketua Panitia Guru Pendidikan Islam (GPI).

Penyelaras Dakwah : Guru Pendidikan Islam (GPI).
Penyelaras

Kewangan :            Guru Pendidikan Islam (GPI)

AJK :                 Guru Pendidikan Islam.
                      Guru-guru yang beragama Islam.
                      (bilangan ajk seramai 10 orang)

*Bagi sekolah-sekolah di mana pihak pentadbirnya terdiri daripada mereka yang bukan
beragama Islam, jawatan Pengerusi, Timb. Pengerusi, Naib Pengerusi I dan Naib
Pengerusi II hendaklah dipegang oleh mana-mana pentadbir yang paling kanan
(disesuaikan mengikut kekananan) di sekolah tersebut.

Panduan Tugas Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Negeri

1. Penasihat:
       a. Bertanggungjawab untuk memberi nasihat terhadap pengurusan MAKDIS

2. Pengerusi:
        a. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS.
        b. Memantau aktiviti MAKDIS
        c. Menerima waran peruntukan daripada Bahagian Pendidikan Islam dan akaun
           amanah negeri.
        d. Mengagihkan peruntukan ke daerah.
        e. Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat MAKDIS.
        f. Menghantar laporan pemantauan dan pelaksanaan MAKDIS kepada
        Bahagian Pendidikan Islam, KPM.

3. Setiausaha:
        a. Merekod dan menyimpan surat-surat pekeliling berkaitan dengan MAKDIS.
        b. Menyediakan agenda-agenda untuk semua mesyuarat MAKDIS.
        c. Mencatat minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS.
        d. Membentang minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS
        e. Menerima laporan dan dokumentasi setiap setiap program MAKDIS daripada
        daerah.
        f. Mengumpul dan merumus laporan dan dokumentasi setiap program MAKDIS
        g. Menjalankan arahan yang diberikan dari masa ke semasa.

4. Ahli Jawatankuasa kecil

        a. Melaksanakan tugas-tugas mengikut bidang-bidang yang ditentukan

Panduan Tugas Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Daerah

1. Penasihat:
       a. Bertanggungjawab untuk memberi nasihat terhadap pengurusan MAKDIS

2. Pengerusi:




4
                                                      Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)


       a. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS.
       b. Memantau aktiviti MAKDIS
       c. Memantau perjalanan kewangan MAKDIS.
       d. Mempengerusi dan mengendalikan mesyuaratMAKDIS.
       e. Melantik AJK MAKDIS.

3. Setiausaha:
       a. Merekod dan menyimpan surat-surat pekeliling berkaitan dengan MAKDIS.
       b. Menyediakan agenda-agenda untuk semua mesyuarat MAKDIS.
       c. Mencatat minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS.
       d. Membentang minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS
       e. Mengurus semua surat keluar masuk MAKDIS.
       f. Menyediakan laporan dan dokumentasi setiap program MAKDIS
       g. Menjalankan arahan yang diberikan dari masa ke semasa.

4. Ahli Jawtankuasa kecil
         a. Melaksanakan tugas-tugas mengikut bidang-bidang yang ditentukan

PANDUAN TUGAS AHLI JAWATANKUASA MAKDIS PERINGKAT SEKOLAH

1. Penasihat:
       - Bertanggungjawab untuk member nasihat terhadap pengurusan MAKDIS.

2. Pengerusi:
       - Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS.
       - Memantau aktiviti MAKDIS.
       - Menerima dan melaksana perjalanan kewangan MAKDIS.
       - Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat MAKDIS.
       - Melantik AJK MAKDIS.

3. Timbalan Pengerusi:
       - Membantu bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS.
       - Membantu memantau aktiviti MAKDIS.
       - Mempengerusikan dan mengendalikan mesyuarat MAKDIS ketika ketiadaan
       Pengerusi.

4. Naib Pengerusi:
       - Membantu bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perj alanan MAKDIS.
       - Membantu memantau aktiviti MAKDIS.
       - Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat MAKDIS ketika ketiadaan
       Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

5. Setiausaha:
        - Merekod dan menyimpan surat-surat pekeliling berkaitan dengan MAKDIS.
        - Menyediakan segala agenda-agenda untuk semua mesyuarat MAKDIS.
        - Mencatat minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS.
        - Membentang minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS.
        - Mengurus semua surat keluar masuk MAKDIS.
        - Menyediakan laporan dan dokumentasi setiap program MAKDIS.
        - Menjalankan arahan yang diberikan dari masa ke semasa.



5
                                                      Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

6. Penyelaras Kewangan:
       - Mengurus dan merekod perbelanjaan yang diperuntukan oleh pihak
       kementerian.
       - Menyediakan laporan perbelanjaan.

7. Penyelaras Dakwah:
       - Menyusun Ahli Jawatankuasa Kecil (AJK) pelaksana mengikut kesesuaian
       aktiviti program.
       - Menyediakan jadual aktiviti program
       - Memastikan semua peralatan yang diperlukan untuk aktiviti berada dalam
       keadaan yang baik.
       - Menyelaras perjalanan aktiviti lancar.

8. Ahli Jawatankuasa Kecil
        - Melaksanakan tugas-tugas mengikut bidang-bidang yang ditentukan.

0 5 Bidang Penyelarasan

Fungsi MAKDIS adalah untuk menyelaras aktiviti ko-kurikulum Pendidikan Islam dalam
bidang dakwah dan kepimpinan yang dilaksanakan di sekolah -sekolah. Bidang
penyelarasan aktiviti ini adalah seperti berikut:

       1. Sambutan Hari Kebesaran Islam.
       2. Usrah atau majlis ilmu.
       3. Majlis Tadarus al-quran/Ihtifal.
       4. Festival Nasyid.
       5. Kompang Selawat
       6. Berzanji Marhaban
       7. Kem Bestari Solat j-QAF
       8. Kempen nilai-nilai murni.
       9. Kem pengukuhan kerohanian.
       10. Aktiviti ko-kurikulum merentas kurikulum (AKMK).
       11. Pengukuhan Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA).
       12. Kegiatan kebajikan.
       13. Pengurusan Solat Murid di sekolah
       14. Lain-lain yang berkaitan dengan pembentukan sahsiah murid Islam.

5 .1   Senarai Contoh Aktiviti Kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang
       dakwah dan kepimpinan.

1. Hari Kebesaran Islam:
        o Maal Hijrah.
        o Maulidur al-Rasul.
        o Israk Mikraj.
        o Ihya' Ramadhan.
        o Nuzul al-Quran.
        o Aidil Fitri.
        o Aidil Adha.

2. Majlis ilmu atau usrah:
        o Usrah murid.
        o Usrah pelajar.

3. Majlis Tadarus al-Quran/Ihtifal SMKA/KKQ:

    Sekolah Menengah SMKA/KKQ:
        o Tilawah al-Quran.
        o Hafazan.
        o Syarahan.


6
                                                      Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

         o Ikhtifal Bahasa Arab.

    Sekolah Menengah:
        o Tilawah al-Quran.
        o Hafazan.
        o Syarahan.

    Sekolah Rendah:
        o Tilawah al-Quran.
        o Hafazan.
        o Bercerita kisah al-Quran.

    Sekolah Rendah (j-QAF):
        o Tilawah al-Quran.
        o Hafazan.
        o Bercerita kisah al-Quran.
        o Kem Bestari Solat.
        o Mahrajan Bahasa Arab.
        o Kelab seni khat tulisan jawi.
        o Iktifal Khatam al-Quran.

4. Festival Nasyid:
        o Peringkat sekolah.
        o Kursus penggunaan peralatan nasyid (gendrang).
        o Latihan nasyid/vocal.

5. Kempen nilai murni:
      o Kempen menutup aurat.
      o Kempen member salam.
      o Kempen berbudi bahasa.
      o Kempen tepati waktu.

6. Kem Pengukuhan kerohanian:
       o Kem pengukuhan akidah.
       o Kem pemantapan solat.
       o Kem kepimpinan Islam.
       o Kem pemantapan akhlak.
       o Kursus pengurusan jenazah.
       o Kem Bestari Solat.

7. Aktiviti ko-kurikulum merentas kurikulum (AKMK):
        o Khat.
        o Menjawikan teks rumi.
        o Selawat kompang.
        o Hafazan doa harian.
        o Terjemahan surah.
        o Azan dan iqamah.
        o Khutbah.

8. Pengukuhan fardu ain (PAFA):
       o Kem PAFA.
       o Amali wudhuk.
       o Amali solat.
       o Aktiviti lain (rujuk buku panduan PAFA).

9. Kegiatan kebajikan:
       o Gotong royong.
       o Derma.
       o Ziarah.



7
                                                          Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

           o Skim wakaf.

10. Kem Kepimpinan:
      o Nadwah kepimpinan pelajar sekolah rendah.
      o Nadwah kepimpinan pelajar sekolah menengah
      o Nadwah kepimpinan pelajar SMKA/SABK/SBP/SMT
      o Imam Pelapis SK/SM.

06 CONTOH PANDUAN PENGURUSAN AKTIVITI TAHUNAN MAKDIS SEKOLAH
RENDAH / MENENGAH
* Mengikut kesesuaian bulan dan sekolah berkenaan.

    BULAN                  PERKARA                       AKTIVITI                        CATATAN
                1.   Hari Kebesaran Islam      - Sambutan hari kebesaran
                2.   Majlis Tadarus al-Quran     Islam mengikut kesesuaian
                3.   Kegiatan Kebajikan          masa.
                4.   Kem Pengukuhan            - Melantik AJK, menyelaras
                     Kerohanian                  dan menyusun aktiviti.
    Januari                                    - Melaksanakan aktiviti Majlis
                                                 Tadarus al-Quran, Tilawah
                                                 Al-Quran, Hafazan, Syarahan
                                                 dan bercerita kisah al-Quran.
                                               - Gotong royong.
                                               - Kem Bestari Solat
                1.   Hari Kebesaran Islam      - Sambutan hari kebesaran
                2.   Usrah / Majlis Ilmu         Islam mengikut kesesuaian
                3.   Kempen Kesedaran            masa.
 Februari       4.   Kegiatan Kebajikan        - Tema : Profesion sebagai
                                                 Ibadan.
                                               - Kempen Salam.
                                               - Program Wakaf Buku
                1. Hari Kebesaran Islam        - Sambutan hari kebesaran
                2. Pengukuhan Penilaian          Islam mengikut kesesuaian
                   Asas Fardhu Ain.              masa.
                3. Festival Nasyid.            - Halaqah bacaan dalam solat
                4. Kegiatan Kebajikan          /
     Mac
                5. Kem pengukuhan                wirid
                   Kerohanian                  - Pertandingan nasyid antara
                                                 Kelas.
                                               - Gotong royong
                                               - Kem Bestari Solat
                1. Kem Pengukuhan Solat        - Program pemantapan Aqidah
                2. Majlis ilmu/usrah           - Tema : Budaya ilmu.
     April      3. Aktiviti Kokurikulum        - Aktiviti menjawikan teks rumi
                   Merentas kurikulum -
                AKMK
                1. Hari Kebesaran Islam.       - Sambutan hari kebesaran
     Mei        2. Kem Pengukuhan                Islam mengikut kesesuaian
                   Kerohanian                    masa.


8
                                                   Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)


                                         - Kem Pemantapan Akhlak
              1. Pengukuhan Penilaian    - Amali wuduk
                 Asas Fardo Ain (PAFA)   - Sambutan hari kebesaran
              2. Hari Kebesaran Islam.     Islam mengikut kesesuaian
     Jun      3. Kegiatan Kebajikan        masa.
              4. Kempen Kesedaran        - Kutipan derma anak yatim.
              5. Kem Pengukuhan          - Kempen menutup aurat.
                 Kerohanian              - Kem Bestari Solat
              1. Kem Pengukuhan          - Kursus Pengurusan Jenazah
                 Kerohanian.             - Tema : Mengurus Tekanan
     Julia    2. Majlis ilmu / usrah     - Amali Solat
              3. Pengukuhan Penilaian
                 Asas Fardu Ain (PAFA)
              1. Aktiviti kokurikulum    - Pertandingan Kompong
                 merentas kokurikulum      Selawat.
                 (AKMK)                  - Kempen menepati masa.
     Ogos
              2. Kempen Kesedaran        - Sambutan Hari Kebesaran
              3. Hari Kebesaran Islam      Islam mengikut kesesuaian
                                           masa.
              1. Kem Pengukuhan          - Majlis bacaan Surah Yassin
                 Kerohanian                dan Solat Hajat
              2. Hari Kebesaran Islam.   - Sambutan hari kebesaran
September     3. Kempen Kesedaran          Islam mengikut kesesuaian
              4. Aktiviti Kebajikan.       masa.
              5. Kem Pengukuhan          - Kutipan derma
                 Kerohanian.             - Kem Bestari Solat
              1. Hari Kebesaran Islam.   - Sambutan hari kebesaran
              2. Kem Pengukuhan            Islam mengikut kesesuaian
                 Kerohanian.               masa.
    Oktober
              3. Majlis ilmu/usrah       - Majlis bacaan Yassin dan
                                           Solat hajat.
                                         - Tema : Muhasabah



07 Penutup

Adalah diharapkan panduan ini dapat membantu menyelaras dan menyusun aktiviti
MAKDIS selaras dengan hasrat Sektor Dakwah dan Kepimpinan, Bahagian Pendidikan
Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia.




9

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:50
posted:4/24/2012
language:Malay
pages:9