Docstoc

MINIT MESYUARAT AGM 9

Document Sample
MINIT MESYUARAT AGM 9 Powered By Docstoc
					                                      MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-9
                                PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA IRBID (PERMAI)
                                                 SESI 2011/2012


Tarikh          : 16 Julai 2011
Masa            : 10.35 pagi
Tempat          : Dewan Al-Kindi, Universiti Yarmouk

KEHADIRAN
366 orang

AGENDA MESYUARAT
1. Pelantikan Setiausaha Sidang 1 dan Setiausaha Sidang 2
2. Pembentangan, pengesahan dan perbahasan Minit Mesyuarat Agung PERMAI Kali ke-8
3. Pembentangan, pengesahan dan perbahasan Laporan Aktiviti Tahunan PERMAI
4. Pembentangan, pengesahan dan perbahasan Laporan Kewangan dan Perbendaharaan
5. Sesi usul dan cadangan
6. Ucapan penggulungan dan pembubaran
7. Pengumuman Ahli Majlis Tertinggi PERMAI sesi 2011/2012
8. Penyampaian watikah pelantikan
9. Ucapan dasar Presiden PERMAI sesi 2011/2012
10. Pelantikan Juruaudit PERMAI sesi 2011/2012
11. Penutup


                          1. Pelantikan Setiausaha Sidang 1 dan Setiausaha Sidang 2

1.1      Saudara Muhammad Mursyid Omar (20080225) mencadangkan saudara Abdul Hadi Bin Shamsul Bahrin
         (20080205) sebagai Setiausaha Sidang 1 dan disokong oleh saudara Muhammad Nursalam Bin Abdullah
         (20090206)

1.2      Saudari Najwa Aiman Zakaria (20090281) mencadangkan saudari Farah Hanisah Ridzuan (20090289)
         sebagai Setiausaha Sidang 2 dan disokong oleh saudari Nabihah Mokhtar (201002218).


           2. Pembentangan, Pengesahan dan Perbahasan Minit Mesyuarat Agung PERMAI Kali ke-8

2.1.     Selaku Setiausaha Sidang 1, Mesyuarat AgungPERMAI kali ke-8, saudara Abdullah Mohammad (20080203),
         tampil untuk membentangkan Minit Mesyuarat Agung PERMAI kali ke-8.

2.2      SaudariNur Atiqah Mohd Nazeri (20070265) mencadangkan pengesahan pembentangan Minit Mesyuarat
         Agung PERMAI kali ke-8 tanpa sebarang pembetulan.

2.3      Saudara Ahmad Faiz bin Ahmad Hamzah (20060104) kemudiannya          menyokong cadangan pengesahan
         pembentangan Minit Mesyuarat PERMAI kali ke-8


              3. Pembentangan, Pengesahan dan Perbahasan Laporan Aktiviti Tahunan PERMAI

3.1      Pengerusi Sidang meminta para hadirin untuk menyemak Laporan Aktiviti Tahunan dalam sesi kepimpinan
         yang lalu.Tiada sebarang masalah yang ditimbulkan.

3.2      Laporan aktiviti PERMAI bagi Mesyuarat Agung Kali ke-8 ini telah dibentangkan oleh Ahmad Hidayat Hasni
         bin Mad Isa (20080208), selaku Setiausaha Agung PERMAI bagi sesi 2010/2011.

3.3      Saudari Adila Azura bt Abdullah (20070237), mencadangkan pengesahan pembentangan Laporan Aktiviti
         Tahunan PERMAI sesi 2010/2011 dengan pembetulan.

3.4      Saudari Ainul Arina Madhiah bt Mohd Noor (20070238), kemudian menyokong cadangan pengesahan
         pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan PERMAI 2010/2011 dengan pembetulan.

3.5      Perbincangan dan perbahasan Laporan Aktiviti Tahunan PERMAI 2010/2011.
                                                                                                             1
3.5.1   Saudara Muhammad Naqeb bin Sulaiman (20070228), membahaskan tentang Perkara 2 dalam
        Laporan AktivitiTahunan PERMAI sesi 2010/2011, berkaitan Sambutan Pelajar Baru (SPB).


3.5.2   Beliau bertanya tentang berapa ramai bilangan pelajar baru yang datang dan sumbangan yang
        diberikan AJK pelaksana kepada mereka.


3.5.3   Saudara Mohd Zaid Daud (20060109) selaku Presiden PERMAI menjelaskan bahawa bilangan
        pelajar baru datang adalah seramai lebih daripada 300 orang.

3.5.4   Beliau juga megakui terdapat kekurangan tenaga pekerja dalam dalam pelaksanaan SPB kerana
        ramai ahli PERMAI yang pulang ke Malaysia.

3.5.5   Saudara Abdullah Mohammad (20080203), membahaskan tentang Perkara 48 berkaitan Seminar
        Fiqh Medic.

3.5.6   Beliau menyatakan bahawa peserta masih belum menerima buku program yang sepatutnya diterima
        pada tarikh program diadakan.

3.5.7   Saudara Muhammad Hashemi Dahalan (20080214) menjawab persoalan bagi pihak JKK
        Pembangunan Minda dan Kendiri (PMK). Beliau menerangkan bahawa terdapat sedikit masalah
        teknikal yang menyebabkan penerbitan buku tersebut terpaksa ditangguhkan.

3.5.8   Beliau juga meminta maaf bagi pihak PERMAI atas kelewatan yang berlaku dan menjanjikan untuk
        memberi produk yang berkualiti kepada ahli.

3.5.9   Saudara Ulya Aqamah bin Husamudin (20090224) membahaskan tentang Perkara 30, berkaitan
        PERMAI’s Sport Carnival 2011 (PROSPEC’11).

3.5.10 Beliau mempersoalkan kewajaran membuat rombakan dalam kumpulan untuk program PROSPEC’11
       kerana ahli diwajibkan untuk membeli baju bagi setiap kumpulan pada tahun lepas. Ahli juga
       dimaklumkan bahawa tidak akan berlaku pertukan kumpulan pada tahun-tahun akan datang.

3.5.11 Saudara Basyaruddin Effendy bin Ab Kadir (20060108) selaku Pengerusi JKK Sukan dan
       Kebudayaan (SK) menyatakan berlaku pertukran kumpulan kerana program pada tahun ini banyak
       melibatkan kumpulan PINTAR. Rombakan kumpulan dilakukan bagi selari dengan kumpulan PINTAR
       ahli.

3.5.12 Beliau turut menyatakan bahawa tidak rasional untuk masih mengekalkan kumpulan tahun lepas
       kerana ramai ahli yang sudah tamat pengajian, dan berlaku ketidakseimbangan dalam jumlah ahli
       kumpulan.

3.5.13 Saudari Nur Atiqah Mohd Nazeri (20070265) membahaskan tentang Perkara 25 berkenaan Projek
       Kumpulan Cerpen ajuran JKK PMK.

3.5.14 Beliau bertanya tentang perkembangan Projek Kumpulan Cerpen ini, sama ada dalam proses
       menghasilkan buku, atau lain-lain.

3.5.15 Saudara Wan Muhammad Najib bin Daud (20090201) menjawab persoalan dengan menyatakan
       bahawa projek tersebut kurang mendapat galakan daripada ahli PERMAI.

3.5.16 Beliau turut memohon maaf kerana pihak JKK PMK tidak dapat mengumpul cerpen untuk dibukukan
       seperti yang dijanjikan.

3.5.17 Saudari Adila Azura bt Abdullah (20070237) mengucapkan tahniah kepada pimpinan PERMAI atas
       penjenamaan semula PERMAIIntellectual Circle (PINTAR) daripada Majlis Kaunseling Pelajar
       (MEKAP) pada tahun sebelumnya.

3.5.18 Beliau turut bertanya sejauh mana perkembangan dan peningkatan kualiti PINTAR pada tahun ini
       berbanding tahun sebelumnya.


                                                                                                  2
3.5.19 Saudara Muhamad Arif Hakimi bin Mohd Noor (20080222) menjawab persoalan dengan manyatakan
       PINTAR pada tahun ini lebih tersusun dan telah berjaya mencapai perkembangan yang positif.

3.5.20 Beliau juga menyatakan PINTAR sebagai institusi tarbiyah PERMAI perlu digerakkan oleh ahli dan
       tidak hanya mengharapkan usaha daripada AJK pelaksana.

3.5.21 Saudara Muhammad Faiq Nabil bin Ramli (20080224) mempersoalkan tentang kumpulan PINTAR
       yang tidak melibatkan percampuran ahli daripada berlainan tahun.

3.5.22 Beliau menyatakan hal ini seperti tidak selari dengan salah satu matlamat PINTAR untuk merapatkan
       ukhuwah sesame ahli PERMAI.

3.5.23 Saudara Muhamad Arif Hakimi bin Mohd Noor (20080222) menjawab persoalan dengan menyatakan
       PINTAR pada tahun ini melakukan peningkatan daripada kekurangan yang dilaporkan pada sesi
       lepas.

3.5.24 Beliau menyatakan PINTAR melancarkan program PINTAR gabungan bagi mengatasi masalah
       pengasingan mahasiswa yang berlainan tahun dalam kumpulan PINTAR.

3.5.25 Saudara Ahmad Syahmi bin Yahya (20070208) membahaskan tentang Perkara 36 dan 37
       berkenaaan Minggu CAKNA (Current Issues and Speaking Language’s Week) dan Miniclinic’11.

3.5.26 Beliau menyatakan kedua-dua program tersebut telah dilaksanakan secara berturut-turut. Minggu
       CAKNA bermula pada hari Ahad hingga Khamis, manakala Miniclinic’11 pula menyusul pada hari
       Jumaat dan Sabtu.

3.5.27 Beliau turut menyatakan terdapat isu lambakan program dan hal ini menyebabkan kurangnya kualiti
       program-program yang dianjurkan.

3.5.28 Saudara Mohd Zaid Daud (20060109) member pencerahan para pimpinan melaksanakan program
       yang bervariasi bagi meraikan bilangan ahli yang semakin bertambah dan terdiri daripada pelbagai
       latar belakang.

3.5.29 Beliau juga mengulas tentang isu kualiti dan kuantiti. Ahli PERMAI juga harus membantu untuk
       meningkatkan kualiti program yang diadakan. Beliau juga berharap ada ahli yang datang menegur
       pimpinan sekiranya merasakan ada program yang tidak relevan untuk dijalankan.

3.5.30 Saudara Muhammad Hashemi Dahalan (20080214) mengulas tentang isu berkaitan Miniclinic’11.

3.5.31 Beliau menyatakan bahawa pihak pimpinan terpaksa akur dengan perubahan tarikh yang ditetapkan
       oleh pihak MPPMJ. Beliau juga memohon maaf bagi pihak jawatankuasa pelaksan atas kekurangan
       yang berlaku dalam gerak kerja program.

3.5.32 Beliau juga menyatakan bahawa terdapat kekurangan tenaga kerja daripada ahli PERMAI yang
       berkemahiran. Beliau menyatakan bahawa bilangan ahli yang ramai seharusnya dapat menampung
       kapasiti tenaga kerja yang diperlukan.

3.5.33 Saudari Nur Farihah binti Nasri (20070267) membahaskan tentang Perkara 37 berkenaan program
       Miniclinic’11.

3.5.34 Beliau mempersoalkan penganjuran pada tahun ini yang tidak membuka booth bagi bahagian
       perubatan di Irbid.

3.5.35 Beliau juga bertanya tentang program MIFC yang pernah dianjurkan pada tahun sebelum ini.
       Program tersebut adalah sangat baik untuk memberi pendedahan kepada pelajar pergigian dan
       perubatan yang bakal memasuki fasa klinikal.

3.5.36 Saudara Muhammad Hashemi Dahalan bin Md Razip (20080214) menjawab persoalan yang
       dikemukankan dengan mengatakan bahawa booth perubatan tidak dibuka di Irbid kerana kurangnya
       sambutan daripada masyarakat permai sendiri.

3.5.37 Beliau juga menyatakan bahawa pendedahan tentang dunia klinikal bagi pelajar praklinikal boleh
       diadakan dalam perjumpaan kecil dan tanpa mengadakan program yang besar.

                                                                                                      3
3.5.38 Saudari Izzatul Nadiah binti Zolkipli (20070254) membahaskan Perkara 37 berkenaan program
       Miniclinic’11.

3.5.39 Beliau bertanya tentang sambutan yang diterima daripada ahli-ahli mantiqah lain terhadap program
       ini.

3.5.40 Saudara Muhammad Hashemi Dahalan bin Md Razip (20080214) menjawab persoalan dengan
       mengatakan bahawa program tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada
       mahasiswa di mantiqah lain.

3.5.41 Saudari Sarah binti Abdul Razak (200901106) membahaskan Perkara 28 berkenaan Minggu
       Untukmu Ya Habiballah. Beliau menyatakan bahawa pihak MSSJ ada membuat sumbangan dalam
       program tersebut, namun tidak dinyatakan dalam bahagian kelolaan.

3.5.42 Beliau juga membahaskan Perkara 42 tentang Kutipan Derma Tabung Kilat anjuran JKK Kebajikan
       dan Keselamatan (JKK KK). Beliau mempersoalkan mengapa aktiviti tersebut dihazafkan.

3.5.43 Beliau juga membahaskan Perkara 45 berkenaan Ceramah Cari Rumah bagi masiswa dan
       mahasiswi tahun satu anjuran JKK Perhubungan dan Penempatan (PP). Beliau bertanya bagaimana
       sambutan daripada pelajar tahun satu terhadap program tersebut.

3.5.44 Saudara Mohd Zaid Daud (20060109) mengakui bahawa terdapat ralat dalam bahagian kelolaan
       laporan aktiviti tersebut. MSSJ sepatutnya terut tercatit sebagai salah satu badan penganjur.

3.5.45 Beliau kemudian menyatakan bahawa penghazafan Kutipan Derma Kilat adalah kerana aktiviti
       tersebut merupakan aktiviti tidak bertarikh.

3.5.46 Saudara Rakif bin Selamat (20080104) menjawab persoalan Perkara 45 bagi pihak JKK PP. Beliau
       menyatakan bahawa program tersebut kurang mendapat sambutan bagi pihak syabab. Beliau turut
       menyatakan kemungkinan bahawa program tersebut kurang diiklankan dan masa yang kurang
       sesuai.

3.5.47 Saudari Raihana binti Ahmad Nazri (200902126) menjawab persoalan dengan menerangkan
       pelaksanaan program tersebut di pihak mahasiswi. Program tersebut dilaksanakan di sakan-sakan
       bagi pelajar JUST, manakala bagi pelajar Yarmouk di Casa Intelek.

3.5.48 Beliau turut menekankan kepentingan mahasiswi          tahun   satu   cakna   terhadap   sebarang
       pemberitahuan, demi kepentingan mereka sendiri.

3.5.49 Saudara Muhammad Naqeb Sulaiman (20070228) membahaskan Perkara 48 berkenaan Seminar
       Fiqh Medic. Beliau berpendapat bahawa perlu diadakan muhasabah adakah program ini sesuai lagi
       untuk diadakan pada tahun-tahun akan datang.

3.5.50 Saudara Mohd Zaid Daud (20060109) menjawab persoalan dengan menyatakan bahawa program
       tersebut mencapai objektif dan berpendapat bahawa usaha untuk menggandingkan pelajar JUST dan
       Yarmouk seperti ini seharusnya diperkasakan.

3.5.51 Saudara Hashemi Dahalan bin Md Razip (20080214) menjawab persoalan dengan menyatakan
       bahawa program seperti Seminar Fiqh Medic patut diteruskan. Namun begitu, perlaksanaannya
       bergantung kepada perancangan Majlis Mahasiswa JUST (MMJ) pada tahun hadapan.

3.5.52 Saudari Nur Nuha binti Mohd Nazeri (20090284) bertanya kepada Jabatan Kesetiausahaan (JSU)
       PERMAI berkenaan tentang Taqwim PERMAI. Beliau mempersoalkan mengapa ahli PERMAI tidak
       menerima taqwim dan organizer seperti tahun lepas.

3.5.53 Beliau turut menyatakan bahawa ketiadaan taqwim dan organizer menyebabkan terdapat pertindihan
       program antara PERMAI dan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN)

3.5.54 Saudara Ahmad Hidayat Hasni bin Mad Isa (20080208) menjawab persoalan dengan mengatakan
       bahawa akan berlaku pembaziran sekiranya taqwim diedarkan kepada setiap ahli. Beliau juga
       menyatakan bahawa taqwim PERMAI telah dimuat naik ke Portal PERMAI untuk rujukan ahli.

                                                                                                       4
3.5.55 Saudari Farhanah binti Tajurudin (20080231) menjawab persoalan dengan mengatakan bahawa tidak
       ada isu berlakunya pertindihan program kerana pihak PERMAI akan meminta izin daripada BKAN
       dan MPPMJ sekiranya mahu manganjurkan sebarang program.

3.5.56 Saudara Muhammad Huzaimi bin Abdul Halim (20100101) membahaskan Perkara 57 berkenaan
       Forum Demokrasi, Dimanakah Mahasiswa. Beliau menyatakan bahawa program tersebut pada
       asalnya bertujuan untuk membandingkan sistem demokrasi dan sistem khilafah pada zaman
       Rasulullah.

3.5.57 Beliau juga bertanya sekiranya mahasiswa ingin menubuhkan kelab yang mempenyui
       kecenderungan dan pembinaan jati diri, adakah mereka perlu berdaftar kepada pihak persatuan.

3.5.58 Saudara Mohd Zaid Daud (20060109) menjawab persoalan dengan menyatakan bahawa pihak
       PERMAI ingin menjaga kemaslahatan ahli daripada terlibat dengan sebarang isu keselamatan.

3.5.59 Beliau juga menjawab persoalan yang kedua dengan menyatakan sebarang program yang hendak
       dianjurkan perlu terlebih dahulu dimaklumkan kepada pihak PERMAI.

3.5.60 Saudara Muhammad Afiq Mu’iz bin Arifin (20070219) membahaskan tentang sejauh mana MMJ
       membantu dalam meningkatkan akademik pelajar JUST. Beliau bertanya tentang perkembangan
       prestasi akademik pelajar JUST.

3.5.61 Saudara Hashemi Dahalan bin Md Razip (20080214)menjawab persoalan dengan menyatakan
       bahawa MMJ banyak melakukan usaha bagi meningkatkan akademik pelajar JUST. Beliau
       menyatakan bahawa terdapat peningkatan dalam pencapaian akademik terutama peljar tahun satu.

3.5.62 Saudara Afiq Fawwaz bin Ahmad Saleh (20080206) mempersoalkan mengapa pimpinan PERMAI
       tidak membuka ruangan komen di facebook Permai Jordan.

3.5.63 Saudara Muhammad Syamil bin Shuhardi (20080209) menjawab persoalan dengan menyatakan
       bahawa tindakan menjaga privasi di facebook Permai Jordan adalah atas arahan Presiden PERMAI
       sendiri, saudara Mohd Zaid Daud. Beliau juga menyatakan bahawa tindakan tersebut bertujuan agar
       laman tersebut kelihatan kemas dan tidak serabut.

3.5.64 Saudara Mohd Zaid Daud(20060109) menyatakan keputusan tersebut dibuat bersama dengan ahli
       mesyuarat yang lain dan bertujuan untuk menjaga nama baik dan reputasi PERMAI pada pandangan
       umum.

3.5.65 Saudari Farhanah binti Tajurudin (20080231) menjawab persoalan dengan menyatakan bahawa
       tindakan tersebut bertujuan untuk menjaga kredibiliti persatuan. Beliau juga menyatakan bahawa
       facebook merupakan satu ruang untuk menyampaikan maklumat.

3.5.66 Beliau turut menyatakan bahawa ahli PERMAI boleh mengakses dan memberikan komen melalui
       Portal PERMAI ataupun e-mel.

3.5.67 Saudara Ahmad Idzuddin bin Zubit (20100147) bertanya tentang perkembangan prestasi akademik
       ahli MMY.

3.5.68 Beliau juga membahaskan tentang Perkara 5 dalam aktiviti tidak bertarikh iaitu berkenaan Projek
       IMAN. Beliau mempersoalkan mengapa perlaksanaan program tersebut hanya di pihak akhawat dan
       tiada bagi pihak syabab.

3.5.69 Saudara Muhammad Amirul Kamal bin Azih (20070114) bertanya tentang statistik pencapaikan
       akademik pelajar Universiti Yarmouk. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada MMY kerana berjaya
       untuk memupuk pembudayaan ilmu dalam kalangan ahli.

3.5.70 Saudara Mohd Zaid Daud(20060109) menjawab persoalan bagi mewakili Majlis Mahasiswa Yarmouk
       (MMY). Beliau menyatakan bahawa setakat ini tiada statistik yang merekodkan pencapaian akademik
       pelajar Universiti Yarmouk.




                                                                                                    5
3.5.71 Beliau turut menyatakan antara kekurangan yang dikenalpasti pada tahun ini adalah pihak Universiti
       Yarmouk tidak menyediakan bilangan subjek yang mencukupi seiring dengan peningkatan bilangan
       pelajar Malaysia yang menuntut di universiti tersebut.

3.5.72 Beliau turut menyatakan bahawa budaya insihab madah semakin berleluasa kerana subjek yang
       diambil oleh pelajar tidak bersesuaian dengan tahap mereka.

3.5.73 Beliau kemudiannya menjawab persoalan bagi projek IMAN dengan menyatakan bahawa projek
       IMAN di bahagian syabab digantikan dengan program lain, contohnya ziarah sakan.

3.5.74 Saudari Rabiatuladawiyah binti Zamauri (201002212) membahaskan tentang isu lambakan emel di
       Yahoo Groups (YG) PERMAI.

3.5.75 Sadara Hidayat Hasni bin Mad Isa (20080208) menjawab persoalan dengan menyatakan bahawa
       lambakan emel boleh diatasi dengan melabel emel. Pihak JSU telah pun memberi panduan
       pengurusan emel kepada ahi PERMAI.

3.5.76 Saudara Faiq Nabil bin Ramli (20080204) membahaskan tentang peranan JKK PMK dalam kalangan
       ahli PERMAI. Beliau bertanya bagaimana perjalanan kelab-kelab yang diwujudkan pada tahun lepas.
       Adakah kelab-kelab tersebut berjalan dengan baik ataupun sudah dibubarkan.

3.5.77 Beliau juga bertanya tentang Perkara 41 dalam aktiviti tidak bertarikh berkenaan tentang Hangout
       Day mahasiswi dan pendaftaran Kelab Sukan HELWI. Beliau mempersoalkan mengapa aktiviti-aktiviti
       tersebut tidak dijalankan.

3.5.78 Kemudian, beliau bertanyakan mengenai mengapakah takwim solat yang dikeluarkan oleh JKK PR
       pada tahun ini berbentuk soft copy dan lambat pula pengeluarannya.

3.5.79 Saudara Wan Muhammad Najib bin Daud (20090201) menjawab persoalan bagi pihak JKK PMK
       dengan menyatakan bahawa kelab-kelab tersebut dikhususkan untuk ahli-ahli yang berdaftar dengan
       kelab sahaja.

3.5.80 Beliau juga menyatakan bahawa aktiviti setiap kelab adalah mengikut pengerusi dan ahli
       jawatankuasa kelab yang dilantik.

3.5.81 Mengenai Kelab Fotografi, beliau menafikan kewujudannya dan tidak pernah mengenai kelab
       tersebut. Jikalau ada sekalipun, kemungkinan kelab itu bergerak secara bersendirian.

3.5.82 Mengenai Kelab Orator, beliau menyatakan bahawa banyak program telah dilaksanakan untuk ahli
       kelab dan program terbesar yang telah dilaksanakan dengan jayanya adalah debat. Kelab Orator juga
       sering membuat perjumpaan bulanan bersama ahli mereka.

3.5.83 Mengenai Kelab Kembara, beliau mengakui terdapat sedikit kekurangan dari segi gerak kerja aktiviti
       kelab ditambah pula kurang mendapat respond an sambutan daripada ahli. Oleh itu, beliau memohon
       kemaafan diatas kekurangan ini.

3.5.84 Saudara Ahmad Firdaus Bin Kadir (20080106) menjelaskan bahawa takwim solat dikeluarkan dalam
       bentuk soft copy memandangkan cara itu sangat menjimatkan kos.

3.5.85 Jelas beliau, pengeluaran sedemikian juga dikira berdasarkan statistik ahli PERMAI yang banyak
       menghabiskan masa dengan dihadapan computer menjadikan takwim berbentuk soft copy lebih
       efisien penggunaannya.

3.5.86 Mengenai kelambatan pengeluaran takwim solat. Beliau memohon kemaafan diatas kelemahan dan
       berharap agar diperbaiki pada sesi akan datang.

3.5.87 Saudara Basyaruddin Effendi Bin B Ab Kadir (20060108) menjelaskan 3 objektif utama JKK SK
       tahun ini iaitu memupuk kebersamaan dan kesepakatan ahli dalam aktiviti luar, pembentukan ahli
       yang sihat minda dan fizikal serta meraih kejuaraan Karisma tahun ini.

3.5.88 Oleh itu, jelas beliau, kebanyakkan aktiviti JKK SK tahun ini lebih mengkhususkan aktiviti yang mudah
       dan senang untuk mencapai objektif tersebut.
                                                                                                          6
3.5.89 Beliau memohon maaf diatas kekurangan penekanan terhadap program gabungan antara sukan-
       sukan pada sesi kali ini.

3.5.90 Tambah beliau, Kelab Sukan HELWI ditubuhkan atas permintaan pelajar siswi dan beliau merasakan
       Kelab Sukan Siswa tidak sesuai untuk ditubuhkan.

3.5.91 Saudari Noorhamiza Bt Abdul Wahab (20090159) menjelaskan bahawa Kelab Sukan HELWI
       ditubuhkan sebagai medium utama untuk menggalakkan akhawat bersukan seperti mana syabab
       yang ada Permai Super League (PSL).

3.5.92 Jelas beliau, dengan adanya kelab dan organisasi akan memudahkan dan menyelaraskan sebarang
       program sukan yang dikehendaki oleh akhawat disamping merapatkan lagi ukhwah sesame ahli.

3.5.93 Beliau turut menyatakan bahawa bakat-bakat terpendam untuk Karisma lebih mudah diterokai dan
       dicari melalui penubuhan kelab ini.

3.5.94 Saudara Ahmad Faizal Bin Abdul Hamid (20070107) membahaskan mengenai Permai Super League
       yang tak sempat dihabiskan tahun ini maka kemanakah lebihan yuran tersebut akan disalurkan.

3.5.95 Kemudian, beliau memohon penjelasan mengenai perkembangan skuad jaga jumaat yang telah
       ditubuhkan oleh JKK KK.

3.5.96 Saudara Basyaruddin Effendi Bin Ab Kadir (20060108) menjelaskan bahawa satu perbincangan telah
       diadakan dengan pengarah PSL. Beliau terpaksa menamatkan PSL walaupun masih berbaki
       beberapa perlawanan kerana kesuntukan masa.

3.5.97 Oleh itu, pasukan berada ditangga teratas liga diisytiharkan sebagai juara.

3.5.98 Mengenai lebihan yuran, beliau akan memulangkan lebihan duit tersebut untuk semua pemain PSL
       daripada setiap pasukan.

3.5.99 Saudara Nik Muhammad ‘Aizat Bin ‘Adros (20080217) menjelaskan bahawa skuad tersebut bertindak
       pada pagi jumaat ketika kes keselamatan sedang memuncak. Rondaan telah dilakukan dan beberapa
       ahli yang telah dilantik khas.

3.5.100 Namun penjenayah tersebut masih gagal dikesan sehingga kini.

3.5.101 Saudari Haninah Bt Zulkifli (20060234) meminta penjelasan mengenai Kelas Multaqa’ Ilmi Pengajian
        Islam yang pada awalnya diadakan hujung minggu namun telah ditukar kepada malam hari
        persekolahan hingga menyebabkan semakin ahli yang menyertai.

3.5.102 Kemudian, beliau mempersoalkan mengenai kelambatan pengiklanan waktu kelas tersebut diadakan.
        Adakalanya diumumkan sehari sebelum kelas itu berlangsung sehingga menyukarkan ahli mengurus
        masa.

3.5.103 Akhir sekali, beliau mempersoalkan mengenai Kelas Multaqa’ Ilmi Akidah kerana setahu beliau tiada
        kelas tersebut kecuali Kelas Multaqa’ Ilmi Pengajian Islam dan Bahasa Arab.

3.5.104 Saudara Ahmad Firdaus Bin Kadir (20080106) menjelaskan bahawa kelas tersebut memang asalnya
        diadakan pada hujung minggu agar ahli yang ingin hadir lebih tenang dan bersedia.

3.5.105 Namun, ada 2 masalah yang menyebabkan kelas itu terpaksa diadakan pada hari persekolahan
        kerana hujung minggu sering dipenuhi dengan program PERMAI. Tambahan pula tenaga pengajar
        adakalanya tidak dapat beri komitmen pada hujung minggu kerana peperiksaan dan beberapa urusan
        peribadi.

3.5.106 Mengenai pengiklanan kelas, beliau mengakui kelemahan tersebut dan memohon ribuan kemaafan.
        Beliau berharap semoga hal ini tidak akan berulang lagi pada sesi akan datang.



                                                                                                       7
3.5.107 Mengenai Kelas Multaqa’ Ilmi Akidah itu adalah satu ralat penulisan. Sepatutnya ia adalah Kelas
        Multaqa’ Ilmi Bahasa Arab.

3.5.108 Saudara Mohd Zakwan Bin Abd Samad (20100103) memohon kebenaran untuk kembali kepada
        mukasurat ke-5 namun tidak dibenarkan oleh pengerusi sidang kerana kesuntukan masa.

3.5.109 Saudari Rahmah Bt Nasir (20080270) mengucapkan tahniah kepada kepimpinan PERMAI pada sesi
        kali ini kerana tiada lambakan program dan program yang dilaksanakan pula lebih berfokus

3.5.110 Kemudian, beliau menyoal mengenai prinsip JKK KK dalam memurakibkan akhawat secara
        berseorangan kerana ada beberapa kes bagi beliau kelihatan kurang manis apabila seorang akhawat
        dimurakibkan oleh seorang syabab sahaja,

3.5.111 Saudara Nik Muhammad ‘Aizat Bin ‘Adros (20080217) menjelaskan bahawa jarak diantara syabab
        dan akhawat perlu dijaga ketika bermurakib namun ianya bergantung kepada kepada jumlah manusia
        disekeliling ketika itu. Tiada jarak tetap yang digariskan.

3.5.112 Beliau menambah bahawa urusan mencari murakib itu memakan masa kerana akhawat sering
        meminta bantuan murakib pada saat akhir hingga adakalanya hanya seorang sahaja syabab yang
        dapat membantu. Oleh itu, beliau menyarankan agar akhawat memaklumkan lebih awal jika mahukan
        pertolongan.

3.5.113 Jelas beliau lagi, jadual bertugas murakib mengikut kumpulan PINTAR telah dilaksanakan dan
        sepatutnya kumpulan yang bertugas perlu sentiasa bersedia pada minggu tersebut.

3.5.114 Saudara Ahmad Faiz Bin Ahmad Hamzah (20060104) memohon penjelasan mengenai tindakandan
        usaha yang telah PERMAI laksanakan terhadap masalah ahli yang telah ditipu mengenai urusan
        pembelian tiket.

3.5.115 Saudara Mohd Zaid Bin Daud (20060109) menjelaskan bahawa sebanyak 83 orang telah menjadi
        mangsa. PERMAI telah merujuk masalah ini kepada pihak kedutaan. Satu pertemuan khas akan
        dibuat bersama pihak kedutaan untuk melaporkan kes ini kepada pihak polis untuk tindakan
        selanjutnya.

3.5.116 Beliau mengharapkan agar mangsa penipuan bersabar dan meletakkan kepercayaan kepada
        persatuan dan kedutaan untuk menyelesaikan masalah ini.

3.5.117 Beliau juga menyeru agar ahli PERMAI saling membantu sahabat-sahabat yang kurang bernasib baik
        ini.

3.5.118 Pada sesi akan datang jelas beliau, satu badan akan ditubuhkan untuk mengkaji sebelum meluluskan
        sesuatu ejen penjualan tiket untuk mengelakkan masalah ini berulang.

3.5.119 Saudara Ahmad Faizal Bin Abdul Hamid (20070107) menyoal mengenai tindakan yang PERMAI
        lakukan terhadap individu yang menjadi orang tengah kepada penjualan tiket itu sehingga
        menyebabkan ramai ditipu. Jelas beliau, individu tersebut seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab
        dan masih berada di Malaysia ketika ini.

3.5.120 Saudara Muhammad Ishak Bin Ahmad Saufi (20100130) mempersoalkan PERMAI yang bergantung
        kepada kedutaan dalam isu tiket ini. Mengapa PERMAI tidak terus membuat laporan pada polis
        sedangkan padanya menunggu tindak balas daripada kedutaan hanya memakan masa.

3.5.121 Saudara Mohd Zaid Bin Daud (20060109) menjelaskan bahawa tiada tindakan keras yang diambil
        oleh PERMAI namun nama beliau telah diberi kepada pihak kedutaan. Hal ini masih dalam
        perbincangan untuk mengenakan hukuman yang setimpal.

3.5.122 Jelas Zaid lagi, persatuan perlu menggunakan kaedah yang sepatutnya iaitu menerusi pihak
        kedutaan agar keputusan yang lebih baik akan diperoleh.

3.5.123 Tambah beliau, kes penipuan ini melibatkan sejumlah yang besar iaitu sebanyak JD 440 x 83 orang.
        Maka ianya memerlukan kaedah yang lebih selamat. Pihak kedutaan mempunyai peguam khas yang
        dilihat mampu memberikan natijah yang baik kepada mangsa.
                                                                                                       8
      3.5.124 Saudarai Nadhirah Bt Sahri (20080241) menyoal Kelas Tajwid Markaz Huda yang didakwa beliau
              tidak berjalan.

      3.5.125 Seterusnya, beliau mempersoalkan mengenai definisi ahli yang kurang bernasib baik yang mendapat
              sumbangan daripada pihak persatuan.

      3.5.126 Beliau juga memohon penjelasan mengenai penjualan selimut oleh JKK PP yang dikatakan menjual
              selimut buatan Korea namun selimut tersebut didapati buatan China.

      3.5.127 Saudara Ahmad Firdaus Bin Kadir (20080106) menjelaskan bahawa pihak JKK PR telah
              menguruskan pendaftaran pelajar tahun 1 yang berminat untuk sertai.

      3.5.128 Ada aduan sebahagian pelajar yang merasakan ketidaksesuaian belajar di kelas tersebut dan
              mengambil tindakan untuk keluar dan menyertai kelas di markaz lain

      3.5.129 Namun, masin tiada aduan sampai kepada beliau mengenai kelas markaz huda yang tidak berjalan.

      3.5.130 Saudarai Nur Farah Aisyah Bt Nazim (200902105) memohon maaf atas permasalahan tersebut yang
              dikatakan berpunca daripada masalah teknikal sehingga menyebabkan aduan itu tidak sampai.
              Namun, beliau akan berusaha untuk meneruskan kelas markaz huda tersebut di masa akan datang.

      3.5.131 Saudara Nik Muhammad ‘Aizat Bin ‘Adros (20080217) menjelaskan definisi kurang bernasib baik iaitu
              mereka yang melaporkan sebarang musibah samada kemalangan, kecurian dan lain-lain kepada JKK
              KK untuk mendapat bantuan.

      3.5.132 Jelas beliau, bantuan yang diberikan berdasarkan status semasa kewangan ahli tersebut dan
              andaikata pihak JKK KK tiada kewangan mencukupi maka masalah tersebut akan dipanjangkan
              kepada BKAN untuk membantu.

      3.5.133 Saudara Rakif Bin Selamat (20080104) menjelaskan bahawa cara untuk membezakan jenis selimut
              adalah dengan melihat tahap kilauan pada selimut tersebut. Selimut buatan Korea berkilat manakala
              selimut buatan China tidak berkilat.

      3.5.134 Beliau juga menjelaskan bahawa tiada aduan diterima mengenai jenis selimut tapi hanya menerima
              aduan mengenai berat selimut yang berlainan daripada yang dijanjikan

      3.5.135 Beliau juga meyakini bahawa pihak JKK PP telah membeli selimut buatan Korea dan mengkehendaki
              kepada sesiapa yang ragu untuk berjumpa dengan beliau selepas ini untuk diperiksa jenis selimut
              tersebut.

        4. Pembentangan, pengesahan, dan perbahasan Laporan Kewangan dan Perbendaharaan

4.1   Laporan ini telah dibentangkan oleh saudara Azlan Shah Bin Nabees Khan (20080117)selaku Bendahari
      Agung PERMAI2010/2011.

4.2   Terlebih dahulu, beliau telah membuat pembetulan pada mukasurat 3 dengan menukar jumlah perbelanjaan
      bagi bulan Ogos daripada JD 349.210 kepada JD 349.200.

4.3   Kemudian, beliau membuat pembetulan pula pada mukasurat 12 dengan menukar perkataan sumbangan
      daripada USIM kepada sumbangan daripada UUM.

4.4   Pembetulan seterusnya dibuat oleh beliau pada mukasurat 13 dengan menukar Jumlah Keseleruhan
      Perbelanjaan Akaun Perdana Permai Dari 4 Ogos 2010 sehingga 10 Julai 2011 sebanyak JD 9397.760
      kepada JD 9397.750.

4.5   Kemudian, saudara Azlan Shah Bin Nabees Khan (20080117) membuka kepada sebarang pembetulan
      mengenai laporan tersebut.

4.6   Saudara Muhammad Faiq Nabil Bin Ramli (20080224) telah membuat pembetulan pada mukasurat 14
      dengan menukar tindakan Duit Untung Tender Karisma daripada Kementerian Pengajian Tinggi kepada
      Education Malaysia Jordan.
                                                                                                              9
4.7   Pengesahan Laporan Kewangan dan Perbendaharaan.

      4.7.1   Saudara Muhamad Afiq Mu’iz Bin Arifin (20070219) telah mencadangkan pengesahan Laporan
              Kewangan dan Perbendaharaan PERMAI2010/2011dengan pembetulan dan disokong oleh saudara
              Muhammad Faiq Nabil Bin Ramlidengan peembetulan. (20080224).

4.8   Perbahasan Laporan Kewangan

      4.8.1   Saudari Haninah Bt Zulkifli(20060234) meminta penjelasan mengenai sewa rumah PERMAI yang
              sentiasa berbeza setiap bulan.

      4.8.2   Saudara Azlan Shah Bin Nabees Khan (20080117) menjelaskan bahawa pada bulan September
              sehingga Disember 2010, PERMAI berkongsi sewa dengan seorang ahli rumah tersebut menjadikan
              pembahagian bayaran sewa rumah adalah sebanyak 60% ditanggung oleh PERMAI manakala 40%
              ditanggung oleh penginap rumah.

      4.8.3   Beliau juga menjelaskan bahawa bermula bulan Januari 2011 sehinggalah seterusnya barulah sewa
              rumah PERMAI ditanggung oleh persatuan 100%.

      4.8.4   Saudari Haninah Bt Zulkifli (20060219) kembali memohon penjelasan kerana sewa rumah PERMAI
              masih tidak konsisten harganya bermula Januari 2011.

      4.8.5   Saudara Azlan Shah Bin Nabees Khan (20080117) menjelaskan bahawa sewa rumah PERMAI
              adalah sebanyak JD 150 manakala bil air adalah sebanyak JD 15. Harga sewa rumah berbeza setiap
              bulan kerana ianya bergantung kepada bil eletrik yang adakalanya mahal dan adakalanya murah.

      4.8.6   Saudari Haninah Bt Zulkifli (20060219) mencadangkan agar diasingkan setiap perkara sewa rumah,
              bil eletrik dan bil air dalam laporan perbendaharaan dan kewangan PERMAI.

      4.8.7   Saudara Muhamad Afiq Mu’iz Bin Arifin (20070219) mempersoalkan mengenai duit PROSPEC ’11
              yang dikeluarkan sebanyak 3 kali iaitu pada Januari, Februari dan Mac 2011.

      4.8.8   Seterusnya beliau bertanyakan mengenai jumlah kutipan yuran ahli pada sesi kali ini dan sejauh
              mana kutipan yuran dilaksanakan.

      4.8.9   Saudara Mohd Zaid Bin Daud (20060109) menjelaskan bahawa PERMAI menggunakan duit
              perbendaharaan sebelum tuntutan dilakukan terhadap EMJ. Namun, EMJ tidak mempunyai bajet
              yang mencukupi menyebabkan persatuan terpaksa menggunakan sepenuhnya duit perbendaharaan.

      4.8.10 Saudara Azlan Shah Bin Nabees Khan (20080117) menjelaskan bawaha tiada jumlah kutipan yuran
             dan dikira namun statistic menunjukkan bahawa hanya 35% sahaja ahli yang tidak membayar yuran.

      4.8.11 Beliau juga menjelaskan bahawa pelbagai cara digunakan untuk membuat kutipan yuran seperti
             membuka kaunter pembayaran setiap program persatuan dan menggunakan wakil setiap batch untuk
             membuat kutipan.

      4.8.12 Saudari Fathiyah Bt Idris (20070248) meluah rasa beliau mengenai kondisi rumah PERMAI yang
             agak dhaif, tidak bersih dan bermasalah.

      4.8.13 Beliau kemudian mempersoalkan mengenai tindakan persatuan dalam menjaga kondisi dan keadaan
             rumah tersebut kerana ianya lambang kepada sesebuah persatuan.


      4.8.14 Saudara Azlan Shah Bin Nabees Khan (20080117) menjelaskan bahawa pada penggal pertama,
             rumah PERMAI mengalami masalah sistem paip didapur yang bocor dan mendukacitakan.Ianya
             penyebab kepada keadaan rumah PERMAI yg agak kurang memuaskan.

      4.8.15 Beliau menjelaskan bahawa satu jadual bertugas untuk menjaga kebersihan telah dibuat untuk
             memastikan kondisi dan kebersihan rumah PERMAI sentiasa berada ditahap yang baik.Beliau juga
             menyeru agar ahli cakna terhadap kebersihan rumah PERMAI setelah kali selesai mengadakan
             program di rumah tersebut.



                                                                                                         10
4.8.16 Mengenai masalah sistem paip dan sistem eletrik rumah PERMAI, beliau sentiasa mengambil tahu
       keadaan semasa perkara tersebut dengan tuan rumah. Adakalanya, beliau terpaksa menggunakan
       khidmat dari luar untuk memperbaiki beberapa masalah yang ada di rumah PERMAI.

4.8.17 Akhirnya, beliau mencadangkan agar mencari rumah lain andai kata masalah sama masih tiada jalan
       penyelesaian.

4.8.18 Saudari Muhammad Faiq Nabil Bin Ramli (20080224) memohon penjelasan mengenai apakah
       kegunaan duit tuntutan JKK PM sebanyak 3 kali pada bulan Januari, April dan Julai 2011 berjumlah
       sebanyak JD 424.

4.8.19 Kemudian, beliau memohon penjelasan mengenai duit baki AGM 2010 yang baru didebitkan pada
       bulan Februari 2011 sedangkan program itu telah lama berlangsung.

4.8.20 Saudara Azlan Shah Bin Nabees Khan (20080117) menjelaskan bahawa JKK PM tidak mempunyai
       akaun tersendiri menjadikan segala perbelanjaan gerak kerja mereka ditanggung oleh
       perbendaharaan PERMAI.

4.8.21 Beliau menyatakan bahawa tuntutan JKK PM kali pertama pada bulan Januari 2011 digunakan untuk
       pembelian badge rasmi sebanyak 5 unit dengan harga bagi 1 unit adalah sebanyak JD 7.

4.8.22 Atas permintaan Pengerusi Sidang, Saudara Azlan Shah Bin Nabees Khan (20080117) tidak
       menghabiskan semua perincian setiap tuntutan JKK PM.

4.8.23 Saudara Azlan Shah Bin Nabees Khan (20080117) menjelaskan duit baki AGM 2010 didebitkan pada
       Februari 2011 kerana pada ketika itu AJK Pelaksana AGM 2010 baru memulangkan baki duit
       tersebut.

4.8.24 Saudara Muhamad Afiq Mu’iz Bin Arifin (20070219) meminta penjelasan mengenai sewa asset yang
       dikenakan kepada BKMPJ.

4.8.25 Saudara Azlan Shah Bin Nabees Khan (20080117) menerangkan bahawa perbendaharaan PERMAI
       telah mengenakan bayaran sewa untuk setiap asset PERMAI yang dipinjam bagi program yang
       bukan dibawah kelolaan PERMAI.

4.8.26 Beliau menambah bahawa bayaran sebanyak JD 3 akan dikenakan untuk setiap barang yang disewa.
       Kaedah digunakan untuk menambahkan lagi sumber kewangan perbendaharaan.

4.8.27 Saudara Muhamad Afiq Mu’iz Bin Arifin (20070219) bangun dan meminta penjelasan mengenai
       sumber tukaran USD 200 yang telah didebitkan ke dalam akaun perbendaharaan pada Julai 2011.

4.8.28 Kemudian, beliau turut menyoal dari mana datangnya bayaran sewa rumah PERMAI lama sebanyak
       JD 150 yang telah didebitkan pada Julai 2011.

4.8.29 Saudara Azlan Shah Bin Nabees Khan (20080117) berkata bahawa sumbangan USD 200 itu
       merupakan sumbangan peribadi Pengarah EMJ, Ustaz Sulaiman Bin Ismail kepada PERMAI.

4.8.30 Kata beliau, mengenai bayaran sewa rumah PERMAI lama, pada bulan Ogos 2010 ketika
       pemindahan rumah PERMAI berlaku. Ada ahli yang ingin menduduki rumah lama tersebut namun
       masih ketiadaan wang untuk membayar sewa maka sewa pada bulan tersebut dibayar dahulu oleh
       perbendaharaan.

4.8.31 Pada bulan Julai 2011 barulah ahli tersebut kembali membayar hutang mereka untuk menyewa
       rumah itu pada perbendaharaan PERMAI.

4.8.32 Saudari Nadhirah Bt Sahri (20080241) memohon penjelasan mengenai tuntutan penghantaran
       pelajar Syria ke Queen Alia International Airport yang berjumlah JD 40.

4.8.33 Saudara Azlan Shah Nabees Khan (20080117) memberi penjelasan bahawa seorang pelajar Syria
       yang menumpang menetap di Irbid kerana krisis yang berlaku du Syria telah mendapat berita
       kecemasan mengenai kematian ayahnya di Malaysia.




                                                                                                    11
4.8.34 EMJ ketika itu tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk memberi pinjam kepada pelajar
       tersebut yang ingin segera pulang ke tanah air.Maka, pengarah EMJ telah memberi arahan supaya
       dipinjamkan dahulu duit perbendaharaan PERMAI untuk urusan pembelian tiket.

4.8.35 Urusan penghantaran ke lapangan terbang telah diambil oleh Presiden PERMAI, Mohd Zaid Bin
       Daud dan atas sebab itulah beliau membuat tuntutan kewangan semula kerana ianya dikira urusan
       rasmi persatuan.

4.8.36 Saudara Mohd Zaid Bin Daud (20060109) memberitahu bahawa pelajar Syria tersebut memberi
       jaminan untuk membayar semula hutang tersebut kepada persatuan sebaik sahaj pulang ke Jordan
       nanti.

4.8.37 Saudara Muhammmad Faiq Nabil Bin Ramli (20080224) menyoal mengenai sejauh mana jaanan
       ekonomi perbendaharaan PERMAi pada sesi kali ini.

4.8.38 Beliau kemudian menyoal mengenai sejauh manakah keuntungan jualan buku Kot Putih di Malaysia
       sekarang.

4.8.39 Saudara Azlan Shah Bin Nabees Khan (20080117) memberitahu bahawa jumlah janaan ekonomi
       perbendaharaan PERMAI pada sesi kali ini adalah sebanyak JD 2116.950.

4.8.40 Saudara Muhammad Hashemi Dahalan Bin Md Razip (20080214) menjelaskan bahawa hanya buku
       yang dapat dikesan penjualanya di Malaysia sahaja yg diketahui status terkini dan buku tersebut telah
       berjaya dijual kesemuanya.

4.8.41 Muhamad Afiq Mu’iz Bn Arifin (20070219) bertanya mengenai adakah asset yang tersenarai ini masih
       boleh digunakan atau ada yg dihapus kira.

4.8.42 Kemudian, beliau menyoal mengenai status aset yang hilang.

4.8.43 Saudara Azlan Shah Bin Nabees Khan (20080117) memberitahu bahawa senarai laporan aset
       tersebut adalah aset yang ada di stor rumah PERMAI sekarang.

4.8.44 Beliau menambah bahawa semua aset yang tidak boleh diperbaiki telah dihapus kira dan tiada dalam
       senarai.Manakala, aset yang rosak tapi masih boleh diperbaiki termasuk dalam senarai.

4.8.45 Mengenai barang yang hilang dan rosak, beliau telah mengarahkan supaya orang yang
       bertanggungjawab menghilangkan atau merosakkan barang tersebut supaya menggantikannya
       semula kerana ianya merupakan aset persatuan.

4.8.46 Saudari Anisatul Qalbi Bt Mohd Sofiyuddin (20080126) memperingatkan supaya mana-mana ahli
       yang terjumpa atau terambil aset PERMAI agar segera memulangkan kepada bendahari pada sesi
       akan dating. Peringatan tersebut telah berulang kali diiklankan di Yahoogroup PERMAI.

4.8.47 Saudara Muhammad Faiq Nabil Bin Ramli (20080224) menyoal dimanakah piala pusingan KARISMA
       disimpan kerana pada pengetahuannya masih ada ahli PERMAi yang menyimpan dirumah masing-
       masing.

4.8.48 Saudara Azlan Shah Bin Nabees Khan (20080117) memberitahu bahawa piala pusingan KARISMA
       tiada dalam simpanan perbendaharaan dan meminta kepada ahli supaya memulangkannya ke rumah
       PERMAI untuk dipamerkan.

4.8.49 Saudari Siti Umairah Bt Abd Rahman (20080274) mempertikaikan kondisi LCD milik PERMAI yang
       sudah terlalu teruk pencahayaan dan kualitinya.

4.8.50 Beliau kemudiannya memberi cadangan agar dibeli LCD baru dan menambah bilangan LCD milik
       PERMAI agar penggunaan aset itu sentiasa dapat digilirkan.

4.8.51 Saudara Azlan Shah Bin Nabees Khan (20080117) mengucapkan terima kasih atas cadangan
       tersebut.Cadangan itu sebenarnya sudah difikirkan oleh pihak perbendaharaan.

4.8.52 Kemudiannya, beliau memberikan penjelasan kondisi LCD PERMAI yang agak teruk berikutan ianya
       terlalu kerap digunakan oleh ahli untuk sebarang program yang diadakan.


                                                                                                         12
       4.8.53 Beliau telah melakukan memeriksa harga LCD di pasaran untuk membeli namun harga yang mahal
              menyebabkan ianya masih diluar bajet perbendaharaan PERMAI. Beliau mencadangkan agar sesi
              akan dating untuk mencari penaja bagi membeli LCD yang baru.

       4.8.54 Saudari Sarah Bin Abdul Razak (200901106) menyoal mengenai aset perbendaharaan iaitu
              videocam.

       4.8.55 Saudara Azlan Shah Bin Nabees Khan (20080117) memberitahu bahawa PERMAI mempunyai 1 unit
              videocam yang diletakkan dibawah jagaan JKK PR.




                                        5. Sesi Usul dan Cadangan

5.1    Saudara Ahmad Syahmi bin Yahya (20070208) mencadangkan agar PERMAI menubuhkan ahli
       jawatankuasa baru, bagi menggubal perlembagaan yang sedia ada, agar releven, sejajar dengan
       pertambahan ahli. Perlembagaan semasa yang digunakan adalah Semakan tahun 2009/2010.

5.2    Saudari Fathiyah Bt Idris (20070248) mencadangkan agar pemimpin banyak membuat perkongsian dengan
       ahli. Beliau juga mencadangkan agar hasil daripada borang muhasabah depat dikongsi dengan ahli.

5.3    Saudara Ahmad Firdaus Bin Kadir (20080106) mencadangkan agar diadakan sesi ramah mesra, ataupun
       mesyuarat khas dengan ahli, selain daripada Mesyuarat Agung Tahunan.

5.4    Beliau juga mencadangkan agar persatuan memberi penumpuan kepada akademik ahli.

5.5    Beliau juga mencadangkan agar PERMAI menubuhkan ahli jawatankuasa baru, bagi menggubal sistem
       pilihanraya sedia ada.

5.6    Saudari Haninah Bt Zulkifli (20060234) mencadangkan agar pihak MMJ menganjurkan program yang dapat
       melibatkan ahli MMJ dan MMY.

5.7    Beliau juga mencadangkan agar pimpinan PERMAI tidak balik dalam fatrah program Sambutan Pelajar Baru
       kerana kurangnya tenaga kerja ahli pada waktu itu.

5.8    Saudara Muhammad Afiq Mu’iz bin Arifin (20070219) membahaskan bahawa terdapat lambakan program
       pada semester 2. Beliau mencadangkan agar pihak MMJ memikirkan kolabrasi program yang berlainan
       daripada tahun sebelumnya.

5.9    Saudari Nabihah Mokhtar (201002218) menyatakan bahawa kurang penyebaran maklumat di sakan kuning.
       Beliau mencadangkan agar pimpinan memikirkan cara bagi mengatasi masalah tersebut.

5.10   Saudara Ahmad Syahmi bin Yahya (20070208) menggesa agar kualiti perancangan dan pelaksanaan
       program dipertingkatkan. Beliau turut menyatakan bahawa ahli dan pimpinan sama-sama bertanggungjawab
       dalam hal ini.

5.11   Saudara Muhammad Zahran bin Abd Razak (20100228) mencadangkan agar PERMAI mengawal aktiviti
       penjualan tiket pulang ke Malaysia agar ahli tidak lagi tertipu dengan pihak-pihak yang tidak
       bertanggungjawab.

5.12   Saudari Nur Farah Aisyah Bt Nazim (200902105) mencadangkan untuk menubuhkan sebuah badan
       penasihat pimpinan untuk pimpinan PERMAI pada masa akan datang.


                                6. Ucapan Penggulungan dan Pembubaran

6.1    Saudara Mohd Zaid Bin Daud meminta ribuan kemaafan atas segala kekurangan yang berlaku sepanjang
       beliau mengetuai pentadbiran PERMAI sesi 2010/2011.Beliau berharap segala kekurangan yang berlaku
       dapat dimuhasabahkan untuk kemajuan persatuan di masa hadapan.

6.2    Beliau menyatakan bahawa ahli PERMAI kini semakin ramai, maka dengan itu bertambah jugalah pendapat
       dan pandangan ahli. Beliau mengharapkan setiap ahli menghormati dan meraikan pendapat antara satu
       sama lain.
                                                                                                        13
6.3   Beliau sekali lagi mewakili seluruh saf kepimpinan PERMAI sesi 2010/2011 memohon ampun dan maaf atas
      segala kelemahan mereka dan mendoakan kesejahteraan serta kejayaan mereka sebagai pelajar.

6.4   Beliau mendoakan kepimpinan akan datang terus cemerlang dan berjaya. Dengan itu, beliau membubarkan
      saf kepimpinan PERMAI 2010/2011 dengan rasminya.

6.5   Kemudian Pengerusi Sidang mempersilakan Pengarah JPR 2010/2011 untuk mengumumkan keputusan
      pilihanraya.

                           7. Pengumuman Ahli Majlis Tertinggi PERMAI sesi 2011/2012

7.1   Saudara Muhammad Nursalam Bin Abdullah mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli PERMAI
      yang memberikan kerjasama kepada pihak JPR.

7.2   Menurut beliau peratusan yang keluar mengundi adalah sebanyak 79.96%. Peratusan ini merupakan satu
      pencapaian yang baik kerana hampir semua ahli PERMAI turun mengundi dengan hanya 3.36% sahaja undi
      rosak dicatatkan.

7.3   Kemudian beliau mengumumkan keputusan pilihanraya PERMAI sesi 2011/2012 :

      7.3.1   Ahli Majlis Tertinggi

              7.3.1.1 Siswa

                      1.        Ahmad Hidayat Hasni Bin Mad Isa    (JUST)         (626 Undian)
                      2.        Muhammad Sahel Bin Nordin          (Yarmouk)      (620 Undian)
                      3.        Wan Muhammad Najib Bin Daud        (JUST)         (558 Undian)
                      4.        Mohamad Norhelmy Bin Shamsuddin    (Yarmouk)      (525 Undian)
                      5.        Muhammad Hatta Bin Shafri          (Yarmouk)      (472 Undian)
                      6.        Muhammad Naim Bin Deraman          (JUST)         (444 Undian)

              7.3.1.2 Siswi:

                      1.        Siti Fatimah Bt Ismail             (JUST)         (632 Undian)
                      2         Nafeesa Ayesha Bt Ahmad Fauzi      (Yarmouk)      (594 Undian)
                      3.        Raihana Bt Ahmad Nazri             (JUST)         (558 Undian)
                      4.        Nurul Kauthar Bt Mohd Khari        (JUST)         (538 Undian)
                      5.        Afifah Bt Hamdan                   (Yarmouk)      (533 Undian)
                      6.        Nurfadhilah Bt Husin               (Yarmouk)      (446 Undian)

      7.3.2   Presiden PERMAI:
                     Ahmad Hidayat Hasni Bin Mad Isa               (JUST)         (420 Undian)

      7.3.3   Ketua Helwi:
                     Siti Fatimah Bt Ismail                        (JUST)         (496 Undian)




                                      8. Penyampaian Watikah Pelantikan

8.1   Pengerusi Sidang mempersilakan mantan Presiden PERMAI 2010/2011, saudara Mohd Zaid Bin Daud diiringi
      Pengarah Mesyuarat Agung PERMAI kali ke-9 untuk menyampaikan watikah pelantikan kepada Presiden
      PERMAI 2011/2012, saudara Ahmad Hidayat Hasni Bin Mad Isa.

8.2   Seterusnya Pengerusi Sidang mempersilakan mantan Ketua HELWI 2010/2011, saudari Farhanah Bt
      Tajuruddin untuk menyampaikan watikah pelantikan kepada Ketua HELWI 2011/2012, saudari Siti Fatimah Bt
      Ismail.




                                                                                                         14
                               9. Ucapan Dasar Presiden PERMAI sesi 2011/2012

9.1     Saudara Ahmad Hidayat Hasni Bin Mad Isa memulakan ucapan dengan kesyukuran ke hadrat ilahi atas
        tanggungjawab besar yang diberikan.

9.2     Kemudian, beliau mempersilakan Ahli Majlis Tertinggi PERMAI sesi 2011/2012 untuk naik ke pentas.

9.3     Beliau mengharapkan semua ahli PERMAI dapat memberikan seratus-peratus sokongan terhadap semua
        Ahli Majlis Tertinggi yang telah dilantik.

9.4     Dalam ucapan dasar beliau telah menggariskan beberapa agenda transformasi yang akan dilaksanakan
        dalam PERMAI pada sesi terbaru ini iaitu :-

9.4.1   Menjadi Ahli Majlis Tertinggi sebagai pemikir dan penggubal dasar manakala Ahli Majlis Eksekutif sebagai
        pelaksana.

9.4.2   Memberikan sesi taklimat dan gerak kerja untuk setiap AJK dan unit dalam Ahli Majlis Eksekutif agar tiada
        pertindihan kerja sepanjang sesi ini.

9.4.3   Penghasilan buku panduan dan protokal pelaksanaan program untuk dijadikan rujukan sepanjang zaman.

9.4.4   Membuat lantikan setiap pengarah dan AJK pelaksana sebarang program diawal sesi bagi memudahkan
        persediaan dan persiapan.

9.4.5   Mengadakan kursus professionalism dan protokol untuk semua pasukan AJK pelaksana yang telah dilantik.

9.5     Beliau juga mencadangkan penubuhan Panel Kajian Pilihanraya untuk mengkaji system pilihanraya yang
        sedia ada untuk diperbaiki kerana ianya sering mengundang kontroversi setiap tahun.

9.6     Seterusnya, pemerkasaan setiap batch dan akan menjadikan entity batch itu sebagai rasmi maka PERMAI
        akan memberikan peruntukan untuk setiap batch bagi melaksanakan program intrabatch dan interbatch.

9.7     Jentera ekonomi PERMAI juga akan diperkasakan agar perbendaharaan persatuan akan terus hidup untuk
        menampung kebajikan dan program-program PERMAI nanti.

9.8     Untuk memastikan ukhwah antara ahli diperkuatkan, PERMAI akan mengambil inisiatif untuk meneruskan
        Permai Super League kerana ianya dilihat antara medan terbaik untuk ahli saling mengenali dan penubuhan
        warung PERMAI. Warung PERMAI akan bertindak selaku tempat untuk ahli terus berinteraksi selain menjana
        ekonomi persatuan. Manakala, Helwi PERMAI juga akan diperkukuhkan dengan mengadakan pelbagai aktiviti
        bagi merapatkan ukhwah antara senior dan junior.

9.9     Untuk keselamatan, PERMAI akan bertindak membina hubungan yang baik dan kukuh dengan masyarakat
        setempat agar kes keselamatan dapat dikurangan serta meningkatkan tahap keselamatan komuniti melayu di
        Irbid.

9.10    Dari aspek kebajikan, beliau bercadang untuk membuat projek mega infaq perdana dengan kerjasama dari
        Unit Zakat dan Sedekah MPPMJ bagi meringankan beban kewangan ahli PERMAI.

9.11    Satu tabung skim Taa’wun sebagai satu kebajikan untuk urusan kecemasan dan musibah yang menimpan
        ahli PERMAI juga akan turut dilancarkan.

9.12    Beliau juga bercadang untuk menubuhkan unit kepenggunaan bertujuan memberi maklumat terkini tentang
        harga semasa sesuatu barang dipasaran, harga sepatutnya untuk khidmat pengangkutan, sewa rumah yang
        berbaloi dan lain-lain. Unit ini juga akan menapis dan menyemak sebarang perniagaan tiket kapal terbang
        sebelum dijual dan diiklankan kepada ahli.

9.13    Dari aspek penempatan, beliau berhajat menubuhkan unit maktab PERMAI berperanan menyediakan dan
        menawarkan kediaman yang memenuhi ciri yang sepatutnya dan pelbagai lagi khidmat lain yang berkaitan
        dengan penempatan

9.14    Satu majlis penasihat juga akan ditubuhkan dan diletak dibawah organisasi PERMAI yang terdiri daripada
        orang-orang yang berpengalaman, orang-orang yang berpengaruh serta wakil-wakil ijazah tinggi bertindak
        sebagai penasihat dan pemberi pandangan untuk dasar dan gerak kerja persatuan.

                                                                                                                15
9.15   Beliau menjelaskan bahawa semua agenda tersebut bertujuan untuk mengangkat mentality mahasiswa Irbid
       dan yang penting pembentukan sebuah komuniti yang sejahtera bersesuaian dengan slogan PERMAI pada
       sesi ini iaitu “PERMAI Paksi Komuniti”.

9.16   Beliau akhirnya mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan dan menyeru agar bersama
       merealisasikan hasrat PERMAI pada sesi kali ini.


                                      10. Pelantikan Juruaudit PERMAI

10.1   Saudara Muhammad Ideris Bin Othman (20080215) mencadangkan Afiq Fawwaz Bin Ahmad Saleh
       (20080206) sebagai Juruaudit 1.

10.2   Saudara Mohd Luqman Zulkepli (20080212) menyokong cadangan tersebut.

10.3   Saudari Nur Hazwani Bt Mohd Zalazilah (20090193) mencadangkan Nur Izzati Hazwani Bt Hamzaini
       (20090199) sebagai Juruaudit 2.

10.4   Saudari Ainun Sailah Bt Mokhtar (20090190) menyokong cadangan tersebut.



                                                 11. Penutup

11.1   Pengerusi Sidang memohon ribuan kemaafan atas segala kekurangan yang berlaku sepanjang majlis ini.

11.2   Majlis diserahkan semula kepada Pengerusi Majlis.

       Nota kependekan :

       BKAN           : Badan Kebajikan Anak Negeri
       BKAPJ          : Badan Kebajikan Anak Perak Jordan
       BKASJ          : Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan
       HELWI          : Hal Ehwal Mahasiswi
       EMJ            : Education Malaysia Jordan
       JD             : Jordanian Dinar
       JKK            : Jawatankuasa Kerja
       JPR            : Jawatankuasa Pilihanraya
       JUST           : Jordan University of Science and Technology
       KK             : Kebajikan dan Keselamatan
       PMK            : Pembangunan Minda dan Kendiri
       PP             : Perhubungan dan Penempatan
       PR             : Pembangunan Rohani
       SK             : Sukan dan Kebudayaan
       MIFC           : Medico In Future
       MMJ            : Majlis Mahasiswa JUST
       MMY            : Majlis Mahasiswa Yarmouk
       MPPMJ          : Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan
       MEKAP          : Majlis Kaunseling Pelajar
       MSSJ           : Malacca Student Society of Jordan
       PERMAI         : Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid
       PZ             : Persatuan Zon
       RM             : Ringgit Malaysia
       PROSPEC ’11    : PERMAI’s Sports Carnival 2011




            Cadangan Pengesahan:___________________________________________________

            Sokongan Pengesahan:___________________________________________________



                                                                                                            16
Disediakan oleh,




______________________                ________________________
(ABDUL HADI BIN SHAMSUL BAHRIN)       (FARAH HANISAH BINTI RIDZUAN)
Setiausaha Sidang 1,                  Setiausaha Sidang 2,
Mesyuarat Agung PERMAI 2010/2011      Mesyuarat Agung PERMAI 2010/2011


Disemak oleh,




________________________
(AHMAD HIDAYAT HASNI BIN MAD ISA)
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid,
Sesi 2011/2012




                                                                         17

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:540
posted:4/23/2012
language:Malay
pages:17