taburan penduduk 2 by 69pX9Y

VIEWS: 24 PAGES: 2

									Tajuk : Bab 8 : Perubahan Penduduk


1.Perubahan penduduk merujuk kepada jumlah penduduk bertambah
atau berkurang dalam setahun di sesebuah negara.

2. Faktor yang mempengaruhi perubahan penduduk ialah kematian,
mirgrasi dan kelahiran.

3. Perubahan penduduk disebabkan oleh pertumbuhan semulajadi dan
migrasi.

4. Imigrasi ialah perpindahan masuk penduduk dari luar negara ke
negara Malaysia.

5. Emigrasi ialah perpindahan keluar penduduk negara Malaysia ke
negara luar.

6. Faktor yang menyebabkan kadar kelahiran meningkat ialah
   a. faktor sosiobudaya dan agama
   b. peluang pekerjaan
   c. Kadar upah yang tinggi
   d. Berkahwin pada usia muda
   e. Dasar KependudukanNegar
a
7. Faktor yang menyebabkan kadar kelahiran menurun ialah
   a. Perkahwinan lewat
   b. Taraf pendidikanmeningkat
   c. Amalan perancangan keluarga
   d. Kerjaya dan status wanita
   e. Kos dan taraf hidup meningkat
8.Nyatakan kepentingan Dasar Kependudukan Negara ( 70 juta
penduduk )
  a. Mengimbangi kadar pertambahan penduduk dengan kadar
pertumbuhan ekonomi negara
  b. Memenuhi keperluan tenaga pekerja
  c. Memperluas pasaran tempatan
  d. Memperkuat tahap keselamatan dan pertahanan negara

9. Nyatakan cara-cara untuk mencapai jumlah 70 juta penduduk :
   a. Mengecualikan cukai tanggungan
   b. memanjangkan tempoh cuti bersalin bagi wanita
   c. menawarkan bayaran kos rawatan yang rendah

10. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kadar kematian
meningkat
  a. Kekurangan makanan
  b. Bencana alam
  c. taraf kesihatan dan kemudahan perubatan yang mundur
  d. Taraf pendidikan rendah
  e. Taraf hidup rendah

11. Nyatakan kenapa kadar kematian menurun
  a. Taraf kesihatan dan kemudahan perubatan bertambah baik dan
moden
  b. Adanya kawalan penyakit oleh kerajaan
  c. Taraf pendidikan meningkat
  d. Taraf hidup lebih baik dan selesa
  e. Bekalan makanan mencukupi serta seimbang
  f. Dasar kerajaan membanteras penyakit berbahaya

								
To top