nota bab 1 by 69pX9Y

VIEWS: 167 PAGES: 12

									                                                                                     CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam



                                                  BAB 1
                                          KONSEP TAMADUN ISLAM

1. Pendahuluan
1.1 Ketamadunan dan peradaban adalah ciri khas manusia yang tidak terdapat pada makhluk-makluk lain.
1.2 Ibn Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah menyatakan, manusia secara tabiinya makhluk yang bertamadun
    atau makhluk sosial yang saling berinteraksi sesama sendiri dalam pelbagai aspek untuk memenuhi keperluan
    hidup.
1.3 Menurut al-Sirhindi hidup bertamadun adalah fitrah dan sifat semulajadi manusia.
1.4 Tamadun boleh dianggap sebagai sunnah insaniyah yang menjelma daripada sifat kreativiti dan inovasi manusia
    itu sendiri. Selagi manusia meneruskan kelangsungannya untuk hidup dengan selesa, maju bagi mencukupi
    segala keperluannya maka selagi itulah proses ketamadunan berjalan.
1.5 Tamadun Islam merupakan segala yang dihasilkan oleh pemikiran orang Islam dengan panduan ajaran Islam (al-
    Quran dan al-Sunnah) baik dari kalangan bangsa Arab, Parsi, Sepanyol, Turki, India, Cina, Melayu atau lain-lain
    bangsa dalam pelbagai bidang.

2. Terminologi Tamadun
2.1 Tamadun merupakan istilah yang digunakan dalam masyarakat Melayu untuk menceritakan tentang kebudayaan,
    kemajuan, pembangunan, peradaban dan kemakmuran yang dicapai oleh sesuatu bangsa.
2.2 Para pengkaji membahagikan pengertian tamadun kepada 2 bahagian:
    2.2.1 Pengertian yang objektif – suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik,
           keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi di dalam suatu masyarakat.
    2.2.2 Pengertian yang subjektif – tamadun yang digambarkan sebagai satu peringkat perkembangan kehidupan
           yang tinggi yang berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas.
2.3 Untuk memudahkan perbincangan dan kefahaman, definisi tamadun akan dilihat dari aspek bahasa Malaysia,
    bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Bahasa Malaysia
1.   Dalam Kamus Dewan, perkataan ’tamadun’ didefinisikan sebagai keadaan manusia yang dicirikan oleh taraf yang
     tinggi; negara dan penduduknya yang mencapai taraf pemikiran tinggi, budaya atau cara hidup orang-orang
     tertentu dan keadaan pemikiran yang halus. Manakala perkataan ’peradaban’ didefinisikan sebagai keadaan serta
     tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat.
2.   Menurut Abu Bakar Hamzah dalam bukunya Sejarah Kebudayaan Islam – tamadun berasal daripada kata Arab
     yang telah diterima sebagai sebahagian daripada perbendaharaan kata bahasa Malaysia. Tamadun itu lahir
     serentak dan seiring dengan perkembangan kehidupan manusia dari semasa ke semasa dalam bentuk pemikiran
     dan kebendaan.
3.   Selain istilah tamadun, istilah ’peradaban’ turut digunakan oleh beberapa sarjana tempatan. Peradaban diertikan
     sebagai pencapaian manusia dalam kedua-dua bidang, iaitu kerohanian dan kebendaan.

Bahasa Inggeris
1.   Dalam bahasa Inggeris, tamadun diistilahkan sebagai ’civilization’. A.S Hornby dan E.C Parnwell dalam ’The
     Progressive English Dictionary’, civilization diertikan sebagai meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada
     kemunduran kepada kemajuan dalam bidang ilmu, sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya.
2.   Kamus Dwibahasa, civilization didefinisikan sebagai kamajuan dalam tingkat penghidupan manusia yang meliputi
     aspek pemikiran dan kebendaan, contohnya ialah tamadun di Lembah Indus, India dan sebagainya.
3.   S. Khuda Bukhsh dalam bukunya ’Contributions to The History of Islamic Civilization’ menyatakan civilization
     berasal daripada bahasa Greek iaitu ’civic’ / ’civitas’ yang bererti kehidupan kota atau bandar. Justeru civilization
     membawa erti pencapaian manusia dalam pelbagai bidang kehidupan yang hidup dikota.




                                                                                                                        1
                                                                                CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam



4.   Arnold Toynbee dalam bukunya ’A Study of History’ menjelaskan bahawa tamadun ialah satu kumpulan
     pemikiran dari berbagai-bagai manifestasi, orientasi yang berterusan, satu gaya kebudayaan yang
     bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral.
5.   Sebelum istilah civilization digunakan menjelang abad ke-19, istilah ’renaissance’ (kebangkitan) dan ’culture’
     (kebudayaan) telah digunakan bagi menerangkan tamadun. Tetapi kata ’civilization’ lebih tepat dan sempurna.

Bahasa Arab
1.  Perkataan ’tamadun’ dari sudut etimologi berasal daripada perkataan Arab iaitu maddana bererti membuka
    bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti.
2. Daripada perkataan maddana lahir perkataan madani bermaksud sifat sesuatu yang berkaitan dengan
    pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.
3. Asal perkataan maddana dan madani adalah din yang bermaksud agama – menggambarkan kehidupan
    beragama.
4. Dalam ’Qamus al-Marbawi’ menjelaskan kata tamadun berasal daripada kata ’madana’ yang bermaksud
    kehalusan budi pekerti dan akhlak mulia seperti orang kota. Justeru tamadun bermaksud kehalusan adat atau
    kemurnian pencapaian manusia yang hidup di kota yang memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya
    menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran, dan penghasilan teknologi yang membantu
    menyempurnakan kehidupan kota yang bahagia.
5. Dr. Lutpi Ibrahim menjelaskan kata tamadun berasal daripada kata ’tamaddana’, ’tamaddunan’ dan ’madaniah’
    yang bermaksud kehidupan kota yang menghasilkan pencapaian yang tinggi di dalam pelbagai aspek sama ada
    kerohanian atau kebendaan.
6. Sebelum munculnya istilah tamadun, Ibnu Khaldun misalnya dalam kitabnya ’al-Muqaddimah’ telah menggunakan
    istilah ’umran’ dalam abad ke-14 yang membawa erti sekumpulan manusia yang mendiami sebidang tanah yang
    mempunyai perbekalan ekonomi yang mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang terjamin dan sebagainya;
    yang membolehkan mereka mencapai kemajuan di dalam pelbagai bidang.
7. Selain itu, Ibnu Khaldun juga menggunakan istilah ’hadharah’ yang bermaksud sekumpulan manusia yang tinggal
    tetap di sesuatu tempat atau kota dan tanah pertanian.
8. Abu Nasir al-Farabi telah meperkenalkan istilah ’al-Madaniah’ dalam abad ke-11M. Kata ini berasal dari kata
    ’madinah’ bererti kota. Madaniah ialah kehidupan yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak.
9. Istilah ’al-Madaniah’ turut dipopularkan oleh Muhammad Farid Wajdi (kitabnya: al-Madaniah wa al-Islam) dalam
    abad ke-20 dan Syeikh Muhammad Abduh (risalahnya: al-Islam wa al-nas wa al-Ilm wa al-Madaniah dan Tafsir al-
    Mannar)
10. Istilah ’tamadun’ buat pertama kaluinya diperkenalkan dalam abad ke-19 yang kemudiannya menggantikan
    semua istilah-istilah yang digunakan sebelum ini. Jurji Zaidan adalah antara sarjana Islam yang paling berminat
    dan banyak sekali menggunakan istilah ini seperti yang terdapat dalam bukunya ’Tarikh al-Tamaddun al-Islami’
11. Jika disebut ’tamadun Islam’ maka ia boleh diertikan sebagai pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan
    kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi,
    kepercayaan, undang-undang, politik dan sebagainya yang berasaskan akidah, syariah dan akhlak dan
    bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.



3. Ciri-ciri Tamadun
3.1 Penempatan Kekal
3.1.1   Penempatan kekal menjadi sebab kepada munculnya sesebuah bandar atau kota. Masyarakat tidak lagi
        menjalankan aktiviti nomad sebaliknya mereka menetap di kawasan-kawasan yang boleh membekalkan
        hasil makanan kepada mereka seperti kawasan lembah sungai. Biasanya kawasan lembah mempunyai
        tanah yang subur untuk pertanian dan menjadi sumber keperluan manusia. Ianya akan menjadi daya tarikan
        untuk tinggal menetap sekaligus wujud peluang-peluang pekerjaan. Seterusnya berlakulah revolusi
        pertanian, perikanan dan penternakan. Sebagai contoh, tamadun Mesir di lembah sungai Nil.




                                                                                                                 2
                                                                               CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam



3.2 Peningkatan Kualiti Hidup
3.2.1   Berlakunya revolusi pertanian berkait rapat dengan kepadatan penduduk dan perkembangan pengetahuan
        mengenai pertanian. Ianya membentuk peluang-peluang pekerjaan bagi menambahkan produktiviti hasil
        pertanian sama ada untuk menjadi bahan makanan tempatan atau tujuan perdagangan.
3.2.2   Dalam era kini, peluang pekerjaan tidak lagi bergantung kepada revolusi pertanian tetapi melalui pelbagai
        industri yang dihasilkan melalui inovasi sains dan teknologi.

3.3 Wujud Organisasi dan Institusi Sosial (Strafikasi Sosial)
3.3.1   Wujudnya sistem pengkelasan dalam masyarakat berdasarkan kelas dan status. Sistem pengkelasan
        masyarakat awal mempunyai kaitan rapat dengan pemilikan kekayaan. Kekayaan yang dimiliki adalah tanah.
        Golongan yang memiliki tanah pertanian mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat sementara
        golongan yang tidak mempunyai tanah menjadi golongan pekerja atau buruh atau hamba.
3.3.2   Golongan buruh atau pekerja ini merupakan kelompok majoriti berfungsi sebagai penggerak tamadun dari
        aspek pembangunan fizikal atau kebendaan.

3.4 Kehidupan Beragama
3.4.1   Kepercayaan kepada wujudnya kuasa ghaib menjadi pemangkin kepada kawalan kehidupan manusia.
3.4.2   Agama dan kepercayaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada wujudnya manusia yang bersopan santun
        tetapi juga dimanifestasikan melalui pembinaan bangunan-bangunan keagamaan yang kemudian menjadi
        pusat kepada urbanisasi dalam tamadun tersebut. Namun wujud juga tamadun yang tidak mempunyai ciri ini
        seperti tamadun Greek.

3.5 Wujudnya Bandar (Urbanisasi)
3.5.1   Kemunculan bandar merujuk kepada suatu tapak atau tempat dan pusat komuniti dalam sesebuah kawasan.
3.5.2   Fungsi sesebuah bandar bergantung kepada elemen yang penting dalam masyarakat tersebut. Jika
        sesebuah masyarakat itu mementingkan prinsip keagamaan, maka pusat bandar lazimnya pusat upacara
        keagamaan. Jika politik dan kuasa menjadi prinsip penting dalam masyarakat, maka istana dan citadel
        menjadi pusat fungsional. Jika masyarakat mengutamakan perniagaan dan perdagangan, maka pasar dan
        bazaar menjadi pusat bandar.

3.6 Pengkhususan Kerja dan Inovasi Teknologi
3.6.1   Kemunculan tenaga-tenaga mahir dalam pelbagai bidang berperanan menentukan kemajuan sesebuah
        masyarakat dan negara. Melalui tenaga-tenaga mahir inilah akan membentuk pengkhususan kerja dan
        inovasi teknologi.
3.6.2   Contohnya, wujudnya pelbagai aktiviti perekonomian seperti pertukangan, senibina, peleburan logam dan
        sebagainya yang bersesuaian dengan permintaan komuniti. Justeru, lahirlah peluang-peluang pekerjaan
        dalam pelbagai bidang.

3.7 Penggunaan Sistem Tulisan dan Sistem teknologi Maklumat
3.7.1   Kemunculan tulisan menjadi petunjuk kepada dinamisme masyarakat sesebuah tamadun kerana melalui
        sistem tulisan, komunikasi dalam masyarakat menjadi lebih luas dan efektif. Penggunaan angka yang terbit
        daripada sistem tulisan memudahkan lagi pengiraan.
3.7.2   Penggunaan teknologi maklumat masa kini dalam penyebaran maklumat dan komunikasi menunjukkan
        tamadun manusia semakin maju dan pesat.


4. Ciri-ciri Khusus Tamadun Islam

Dalam tamadun Islam terdapat beberapa ciri keistimewaan yang mungkin mempunyai persamaan dengan tamadun
lain, namun yang paling istimewa tamadun Islam yang tiada pada tamadun lain ialah bersifat ‘rabbani’ (ketuhanan).
Ciri-ciri khusus tamadun Islam adalah seperti berikut:

4.1 Rabbani (bersumberkan ajaran Allah s.w.t)
4.1.1   Iaitu meletakkan petunjuk Allah s.w.t sebagai sumber utama dan menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai
        model dalam membina tamadun.


                                                                                                               3
                                                                                 CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam



4.1.2    Tamadun Islam menjadikan sumber naqli (al-Quran dan al-Sunnah) sebagai sumber asas atau utama di
         samping tidak menafikan sumber aqli (akal). Berbanding dengan tamadun Barat yang meletakkan akal
         sebagai sumber yang penting dalam konteks pembinaan tamadun manusia sehingga menyangkal perkara
         yang dinyatakan dalam sumber naqli.
4.1.3    Justeru, masyarakat Barat menolak agama dalam kehidupan mereka terutama yang berkaitan dengan
         pembangunan dan kemajuan kerana bagi mereka agama dianggap menyekat kemajuan dan kemodenan.
4.1.4    Tamadun Islam yang bersifat rabbani memberi makna dan matlamat yang jelas bahawa tamadun yang
         dibina oleh umat Islam tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menuju keredhaan Allah s.w.t untuk
         kebahagiaan di dunia dan di akhirat, bukan mencapai kesenangan dan keuntungan di dunia semata-mata
         atas nama kemajuan dan kemodenan.

4.2 Syumul (Menyeluruh / lengkap)
4.2.1  Ajaran Islam adalah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia di mana pelaksnaan ajaran Islam bukan
       hanya pada persoalan ibadah khusus sahaja tetapi juga melibatkan setiap kegiatan dan aktiviti manusia
       termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan pembagunan dan kemajuan sama ada dalam bidang politik,
       ekonomi, pendidikan, perniagaan dan sebagainya.
4.2.2  Ajaran Islam menyeru manusia supaya berlaku adil kepada semua insan mengira agama dan bangsa. Islam
       juga meliputi semua tempat dan masa serta sesuai kepada semua manusia tanpa batasan. Kesemuanya ini
       memperlihatkan kesyumulan Islam.
4.2.3  Tamadun Islam tidak menolak sumbangan daripada tamadun-tamadun asing selagi ianya tidak bercanggah
       dengan ajaran Islam dan memesongkan matlamat tamadun Islam seperti dalam bidang sains dan teknologi.

4.3 Universal (Sejagat)
4.3.1   Walaupun Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang berbangsa Arab, namun agama bukan
        khusus untuk bangsa Arab sahaja tetapi milik semua umat manusia kerana Islam bukan bersifat kesukuan
        atau nasionalisme tetapi bersifat ‘calami’ (universal).
4.3.2   Oleh sebab itu, berdasarkan sejarah mendapati tamadun Islam tidak hanya dibangunkan oleh bangsa
        tertentu dan bukan milik bangsa tertentu sahaja tetapi kepunyaan pelbagai bangsa yang menjadikan ajaran
        Islam asas pembinaan tamadun seperti bangsa Arab, Parsi, Sepanyol, Turki, Cina dan Melayu. Ini
        menjelaskan bahwa kesejagatan tamadun Islam bermakna ia tidak terikat kepada bangsa tertentu,
        sebaliknya seluruh umat manusia yang berpegang kepada al-Din.
4.3.3   Tamadun Islam yang wujud diseluruh dunia sama ada di Asia atau di Eropah tetap masih sama seperti yang
        diamalkan di semenanjung Tanah Arab. Bahkan sikap Islam lebih dari itu iaitu saling berkongsi ilmu
        pengetahuan untuk membangunkan tamadun masing-masing.
4.3.4   Begitu juga, tidak pernah timbul pertembungan peradaban Islam seperti tamadun Islam Abbasiyyah di
        Baghdad dan Uthmaniyyah di Turki membawa kepada ketegangan agama atau budaya.

4.4 Ideal dan Realistik
4.4.1    Islam meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia supaya
         tidak bercanggah dengan ajaran Allah.
4.4.2    Realistik memberi makna bahawa alam adalah satu hakikat yang wujud di dunia nyata yang menunjukkan
         kewujudan Allah s.w.t. Dan Islam adalah suatu yang ideal untuk manusia kerana ianya menepati fitrah
         manusia dan merangkumi setiap aspek kehidupan manusia.
4.4.3    Umpamanya, Islam menggalakkan manusia berkeluarga, maka Islam telah memberi peraturan yang cukup
         harmoni untuk dipatuhi. Ianya amat realistik dari segi mengambil kira realiti alam yang menunjukkan hakikat
         kewujudan Allah s.w.t. Maka tidak timbul isu kemaksiatan atau pelanggaran peraturan Allah. Ini kerana
         setiap perlakuan hamba akan dipersoalkan diakhirat nanti.

4.5 Tetap dan Anjal
4.5.1   Ini bermakna Islam merupakan agama yang tetap dan tidak berubah dari segi tujuan dan matlamat
        pembinaan tamadun manusia, tetapi anjal dari sudut cara dan kaedah pelaksanannya.
4.5.2   Islam memberi kebebasan kepada manusia membangun dan memajukan tamadun namun jangan sampai
        matlamat asal pembinaan tamadun iaitu ke arah keredhaan Allah s.w.t terarah kepada kebendaan semata-
        mata.
4.5.3   Oleh itu, dalam mengembeling penerokaan ilmu, keseimbangan dan kesepaduan ilmu hendaklah diberi
        perhatian iaitu tidak memisahkan ilmu sains dan teknologi dengan agama.

                                                                                                                  4
                                                                              CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam




4.6 Sepadu dan Seimbang (al-Tawazun)
4.6.1   Ajaran Islam dan sistemnya ditegakkan atas dasar sepadu dan seimbang. Sepadu bermaksud setiap satu
        bahagian dengan bahagian yang lain dalam ajaran Islam saling berkaitan. Manakala seimbang bermaksud
        seimbang antara tuntutan kebendaan dan kerohanian, dunia dan akhirat.
4.6.2   Dunia adalah keperluan manusia, manakala akhirat adalah hala tuju atau matlamat kehidupan manusia.
        Justeru, Islam menyeru manusia agar tidak mengabaikan tuntutan akhirat dalam usaha manusia membina
        kemajuan tamadun di dunia.
4.6.3   Ajaran Islam hendaklah diamalkan secara keseluruhannya dan bukan sebahagian tertentu sahaja. Apabila
        manusia hanya mengambil bahagian tertentu ajaran Islam dan meninggalkan sebahagian lain daripada
        perintah Allah maka cacatlah tamadun Islam seperti membangunkan teknologi moden bagi membuktikan
        kehebatan kepada masyarakat dunia dengan berbelanja besar sehingga membawa banyak pembaziran dan
        mudarat.


5. Asas Tamadun Islam

5.1 Akidah
5.1.1   Akidah merupakan konsep kepercayaan yang akan membentuk iman kepada Allah s.w.t, para rasul,
        malaikat, kitab-kitab, hari akhirat dan qada’ dan qadar.
5.1.2   Keyakinan kepada konsep tauhid memberi kesan dalam kehidupan manusia.
5.1.3   Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya membentuk sebuah kerajaan Islam yang mantap berasaskan akidah di
        Madinah dari aspek politik, pentadbiran dan ekonomi.
5.1.4   Akidah yang mantap dapat membentuk sistem nilai yang menjadi asas ketamdunan itu sendiri. Selain itu,
        ianya juga dapat memandu manusia ke arah matlamat yang jelas iaitu mencari keredhaan Allah s.w.t.
5.1.5   Menurut Ismail al-Faruqi, tauhidlah yang memberikan acuan, jatidiri, dan ciri tersendiri kepada tamadun
        Islam. Ia menyatukan seluruh kompenan, lalu menjadikannya suatu kesatuan organik yang bersepadu,
        harmonis dan saling memperkuat. Itulah yang dinamakan tamadun.

5.2 Syariah
5.2.1   Syariah merupakan himpunan peraturan dan sistem perundangan yang mencakupi pelbagai lapangan hidup
        yang merangkumi ibadah dan muamalah.
5.2.2   Ibadah ialah peraturan yang menyusun hubungan manusia dengan Allah yang mesti ditaati.
5.2.3   Muamalat ialah peraturan yang menyangkut hubungan sesama manusia dari segi hak dan tanggungjawab
        manusia dalam aspek ekonomi, munakahat, politik, jenayah dan sebagainya.
5.2.4   Setiap pencapaian manusia dalam pelbagai bidang sama ada sains dan teknologi mahu pun keagamaan
        hendaklah dibangunkan atas platform syariah bersumberkan al-Quran dan al-sunnah, manakala aplikasinya
        mestilah tidak bercanggah dengan matlamat utama syariah iaitu untuk menjaga agama, nyawa, keturunan
        atau kehormatan, akal dan harta.

5.3 Akhlak
5.3.1   Menurut ajaran Islam, akhlak mulia merupakan unsur penting yang perlu ada pada setiap muslim. Malah
        tujuan Nabi Muhammad s.a.w diutuskan oleh Allah adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
5.3.2   Masyarakat dan bangsa yang memiliki akhlak mulia adalah penggerak ke arah pembinaan tamadun dan
        kejayaan yang diredhai oleh Allah s.w.t sebagaimana yang telah dibuktikan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
5.3.3   Sejarah telah merakamkan bahawa kehebatan suatu tamadun akan tersungkur akhirnya apabila pemimpin
        dan masyarakat itu mengabaikan nilai-nilai murni atau akhlak mulia dalam pemerintahan dan kehidupan
        seperti yang pernah berlaku kepada tamadun-tamadun silam termasuklah beberapa buah kerajaan Islam
        yang pernah menjulang kehebatan tamadun Islam.

5.4 Ilmu
5.4.1    Islam menggalakkan umatnya supaya mempelajari dan menuntut ilmu pengetahuan dalam pelbagai
         lapangan dan bidang kerana ilmu memainkan peranan yang cukup penting dalam menentukan nilai sesuatu
         tamadun.Jatuh bangun sesebuah tamadun bergantung kuat pada dahan kebijaksanaan pengasas dan
         pengikutnya dalam menentukan hala tuju seni bina tamadun tersebut. Nabi pernah bersabda;“Menuntut ilmu
         itu menjadi kewajipan kepada setiap orang Islam”(Hadith riwayat Muslim)

                                                                                                              5
                                                                              CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam



5.4.2   Islam telah menggariskan ilmu sebagai neraca timbang dan batu ukur bagi menentukan jalan yang harus
        dipilih untuk menuju kebahagian di dunia dan di akhirat. Kecemerlangan ilmu juga memainkan peranan yang
        amat penting dalam menentukan nilai-nilai keperibadian seseorang individu yang mana akhirnya
        mengangkat taraf kehidupan masyarakat dan menjulang nama sesuatu bangsa,negara dan umat Islam
        secara umumnya.
5.4.3   Keagungan ilmu mengikut pandangan Islam dalam terokaan sejarah kebangkitan tamadun Islam semenjak
        zaman baginda saw dipandu oleh al-Quran dan al-Sunah baginda Nabi saw bagi mencapai suatu tahap
        keilmuan cemerlang bagi meneruskan kesinambungan dan tuntutan agama sepertimana yang disarankan
        supaya mempunyai sifat ikhlas, terbuka dalam menimba ilmu, dan bersedia berkongsi ilmu dalam memberi
        pandangan serta bersedia berlapang dada menerima pandangan orang lain.
5.4.4   Empayar Islam di Andalusia yang diterokai oleh Khalifah Abdul Rahman ad Dakhili pada tahun 755M adalah
        sebaik-baik contoh kebangkitan tamadun Islam dan ketinggian pusat kajian ilmu-ilmu Islam dalam pelbagai
        bidang.Pada zaman ini menjadi bukti hasil kebangkitan tamadun Islam yang gemilang itu, apabila telah
        berjaya melahirkan ramai sainstis dan pakar-pakar dalam penyelidikan, serta penemuan-penemuan di dalam
        pelbagai bidang bertaraf kelas pertama lagi berprestij seperti perubatan, botani, geografi, fizik, kimia,
        pembedahan, ahli matematik dan sebagainya.


6. Sumber Tamadun Islam

    Terdapat dua sumber bagi tamadun Islam iaitu sumber mutlak, sumber ijtihad dan tamadun-tamadun asing.

    6.1 Sumber Mutlak
    6.1.1  Al-Quran
           a. Sumber utama tamadun Islam adalah al-Quran. Al-Quran adalah perkataan Allah SWT yang
               diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril di dalam bahasa Arab secara
               beransur-ansur dan dipindahkan secara mutawatir. Menjadi ibadah bagi sesiapa sahaja yang
               membacanya. Al-Quran yang diturunkan adalah suci mengandungi nilai mukjizat yang tinggi dari
               sudut akidah, syariah, akhlak, bahasa, sejarah, intelektual, ketamadunan dan rahsia alam. Ianya
               sesuai sepanjang zaman dan lengkap serta sesuai dengan tahap manusia dan ketamadunan.
           b. Kandungan al-Quran yang berkaitan dengan tamadun dapat disimpulkan seperti berikut:
                Sejarah: al Quran telah mejelaskan tentang tamadun yang lalu seperti ‘Ad, Thamud, Fir’aun
                    dan kemajuan Saba’
                Seimbang: al Quran mengajar manusia supaya hidup bertamadun yang seimbang antara
                    kemajuan kebendaan dan kerohanian.
                Sosial: al Quran membimbing tamadun hidup manusia dengan berpandukan kepada hukum
                    yang telah ditetapkan supaya kehidupan mereka sentiasa terjamin dari sudut agama, nyawa,
                    harta, maruah dan keturunan.
                Politik: al Quran telah membimbing tamadun manusia dari sudut politik dengan menjadikan
                    Rasulullah s.a.w. sebagai contoh seorang ketua negara kemudian diikuti pula dengan khulafa
                    al Rasyidin seterusnya hingga kini. Setiap pemimpin yang bertamadun sentiasa mengikut
                    garis panduan kepimpinan negara seperti yang terdapat dalam al Quran.
                Ekonomi: al Quran telah mentamadunkan ekonomi manusia dengan berbagai-bagai peraturan
                    antaranya larangan riba, rasuah, penipuan dalam timbangan dan larangan mencuri. Islam
                    menghalalkan jual beli, bercucuk tanam, menternak dan sebagainya.

    6.1.2    As-Sunnah
             a. Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas kemudian dihuraikan dan diperincikan oleh as-
                 Sunnah. As-sunnah adalah segala perkataan, perbuatan, perakuan, sifat-sifat keperibadian dan
                 keterampilan Nabi Muhammad SAW. Dalam erti kata lain perjalanan hidup baginda
                 Rasulullah SAW sesiapa yang mengikutinya diberikan pahala dan bagi sesiapa yang
                 mengingkarinya dikenakan seksa sekiranya ianya perintah wajib. As-sunnah merupakan sumber
                 inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun mereka.
             b. Dalam bidang politik Islam baginda Rasul s.a.w telah memperlihatkan kepada sahabat tentang
                 politik yang bertamadun. Dalam politik Rasul s.a.w. tidak ada unsur penindasan, kezaliman,


                                                                                                               6
                                                                          CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam



             penganiayaan dan sebagainya. Sebaliknya baginda telah menunjukkan sikap yang adil, pemurah,
             penyayang, belas kasihan, lemah lembut, tolak ansur, berjiwa rakyat, tiada kasta dan sebagainya.
        c.   Dalam bidang Ekonomi Islam pula Rasul s.a.w. telah menunjukkan contoh teladan yang amat baik
             dalam ekonomi. Baginda sering pergi ke pasar dan sentiasa menasihati peniaga-peniaga supaya
             tidak menipu dan riba dalam perniagaan. Rasul s.a.w. pernah pergi ke ladang kurma untuk
             memberi bimbingan dan nasihat tentang kewajipan mengeluarkan zakat, sedekah dan sebagainya.
             Selain dari itu Rasul s.a.w. telah memperkenalkan sistem baru dalam ekonomi seperti sistem
             zakat, sedekah, wakaf, faraidh, baitulmal, ghanimah, fai', kharaj dan sebagainya.
        d.   Dari segi sosial pula Rasul s.a.w. telah menjelaskan tentang tamadun dalam hubungan sosial.
             Baginda s.a.w. adalah sebagai contoh yang terbaik dalam keluarga dan tetanga. Hingga baginda
             mengatakan bahawa tidak beriman seseorang kamu hingga kamu menghormati jiran tetanga.
             Rasul s.a.w. juga menggalakkan supaya ada hubungan silaturrahim sesama masyarakat Islam.

6.2 Sumber Ijtihad

6.2.1   Ijmak
        a. Menurut istilah ulama usul, Ijmak ialah persepakatan para mujtahid dari kalangan umat
            Muhammad s.a.w selepas kewafatan baginda dalam satu-satu zaman di atas satu-satu hukum
            syara.
        b. Ijmak ini berlaku atas ijtihad-ijtihad yang sepakat atas semua peristiwa atau kejadian yang tidak
            ada dasarnya secara jelas dalam Al-Quran dan Hadis , peristiwa atau kejadian yang berhubungan
            dengan ibadat yang tidak langsung ditujukan kepada AllahS.W.T seperti sistem pendidikan,
            pemerintahan, politik, ekonomi, ketenteraan, kemasyarakatan atau semua hal-hal yang
            berhubungan dengan urusan duniawi tetapi tidak ada hukumnya dengan jelas dalam Al-Quran dan
            Hadis.
        c. Ijmak tidak akan berlaku kecuali memenuhi syarat-syarat berikut;
             i. Hendaklah persepakatan iaitu berlaku dikalangan para mujtahid, jika bukan dari kalangan
                  mereka, maka tidak dikira ijmak.
             ii. Persepakatan tersebut mestilah berlaku dikalangan semua mujtahid. Jika sebahagiannya
                  sahaja, maka tidak boleh dikira ijma, kerana masih ada yang tidak sepakat.
             iii. Persepakatan mujtahid itu mestilah berlaku selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Ijmak
                  tidak perlu semasa hayat Baginda kerana memadai dengan wahyu al-Quran yang diutuskan
                  dan Sunnahnya.
             iv. Persepakatan ini hanyalah mengenai hukum syara sahaja seperti wajib, haram, harus dan
                  sebagainya
              v. Persepakatan ini mestilah dari kalangan umat Nabi Muhamad sahaja.Terkeluar daripadanya
                  ketua-ketua agama lain kerana mereka mungkin dipengaruhi oleh akidah agama mereka.
            vi. Persepakatan ini mestilah dari kalangan semua mujtahid yang ada pada zaman tersebut.


6.2.2   Qias
        a. Menurut istilah ulama usul Qias ialah menyamakan sesuatu masalah yangtidak ada nasnya
             dengan sesuatu masalah yang sudah ada nas hukumnya kerana adanya persamaan illah antara
             kedua-duanya.
        b. Rukun-rukun qias adalah seperti berikut;
             i. Asal (al-asi) iaitu perkara yang sudah ada hukumnya yang telah ditetapkan oleh nas syara
             ii. Furu (Al-faru) iaitu perkara baru yang tidak terdapat nas mengenai hukumnya samada dari al-
                  Quran atau as-Suimah ataupun ijma.
             iii. Hukum asal (Hukum al-asi) hukum perkara asal yang terdapat nasnya dalam al-Quraan atau
                  as-sunnah.
             iv. Sebab hukum (illah) iaitu bentuk persamaan yang mengikat diantara perkara asal (al
                  Asl) dengan yang baru (al-Furu’)




                                                                                                           7
                                                                              CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam



   6.3 Tamadun Asing

   6.3.1 Dalam membina tamadun, Islam tidak menolak sumber-sumer yang datang dari tamadun lain yang
         tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
   6.3.2 Hal ini dapat dilihat dengan jelas misalnya apabila Islam datang ke dalam masyarakat Arab, masyarakat
         Barat mahupun masyarakat Timur; Islam menerima nilai-nilai baik masyarakat berkenaan yang tidak
         bertentangan dengan syariatnya.
   6.3.3 Tamadun Islam pada dasarnya banyak dipengaruhi oleh kebudayaan masyarakat Arab. Kesan daripada
         interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun lain telah memperkayakan tamadun Islam


7. Matlamat Tamadun Islam
   7.1 Tamadun Islam merupakan manifestasi daripada kefahaman dan penghayatan umatnya terhadap seluruh
       ajaran Islam. Tamadun Islam berkongsi matlamat yang sama dengan ‘dinul Islam’ (ajaran Islam) dari segi
       membawa misi rahmat ke seluruh alam.
   7.2 Matlamat utama tamadun Islam ialah untuk mengangkat Islam sebagai ‘al-Din’ iaitu satu cara hidup yang
       lengkap dan komprehensif.
   7.3 Tamadun Islam menyediaan ruang yang kondusif kepada umat Islam untuk melaksanakan seluruh ajaran
       Islam yang berkaitan dengan syariat dalam pelbagai aspek merangkumi ibadat, munakahat, muamalat,
       jenayah, kenegaraan dan kehakiman.
   7.4 Matlamat khusus tamadun Islam ialah untuk menjalinkan hubungan manusia dengan Allah, mewujudkan
       hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam.

       7.4.1     Menjaga hubungan manusia dengan Allah
            7.4.1.1 Rukun Islam yang kelima dan rukun Islam yang keenam juga merupakan lambang pengakuan
                     dan diri seseorang tentang kewujudan Allah s.w.t. Hanya melalui keimanan kepada Allah
                     s.w.t, manusia menjadi makhluk yang berjiwa besar, bebas daripada rasa benci, khianat dan
                     nafsu serta sentiasa mengingati Allah semasa susah dan senang.
            7.4.1.2 Perasaan yang membentuk sifat mahmudah pada diri Muslim seperti bersyukur, sabar dan
                     merendah diri kepada kekuasaan Allah s.w.t.
            7.4.1.3 Kepercayaan dalam rukun Islam yang kelima dan pegangan dalam rukun iman yang keenam
                     telah melahirkan sifat ihsan dan sentiasa bertawakal kepada Allah s.w.t.

       7.4.2     Menjaga hubungan manusia dengan manusia.
            7.4.2.1 Sebagai manusia, ia tidak boleh hidup bersendirian. Hakikat dan fitrah hidup manusia untuk
                     hidup saling menyayangi dan saling memerlukan. Selain itu, manusia perlu berinteraksi antara
                     satu sama lain.
            7.4.2.2 Komunikasi serta interaksi yang sihat serta positif sesama manusia menyebabkan manusia
                     dihormati dan dihargai. Interaksi sosial boleh berbentuk kekeluargaan, kejiranan,
                     kemasyarakatan, negara, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan sebagainya.
            7.4.2.3 Oleh itu, manusia perlu menyemai sikap tolong menolong, bekerjasama dan semangat
                     perpaduan bagi menyempurnakan syarak Islam.

       7.4.3     Menjaga hubungan manusia dengan alam.
            7.4.3.1 Semua yang dijadikan didunia ini sama ada didataran atau di lautan adalah untuk
                     kepentingan manusia sejagat. Setiap satu daripadanya memainkan fungsi tertentu dan
                     memiliki peranan masing-masing.
            7.4.3.2 Melalui akal, manusia digalakkan menerokai keajaiban alam untuk faedah sarwajagat. Allah
                     menggalakkan hubungan manusia dengan alam supaya manusia sentiasa mengingati Allah
                     dan bersyukur kepada kurniaan-Nya seperti pangkat, kebesaran dan kekayaan.

   7.5 Dengan bukti dan kebesaran yang ditunjukkan dalam al-Quran, maka sewajarnya sebagai seorang muslim
       sejati hendaklah ada dalam diri mereka rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap hubungan kepada Allah,
       manusia, dan alam. Segala saranan yang disebut dalam al-Quran merupakan interaksi manusia dengan
       Allah, sesama manusia dan juga alam.

                                                                                                               8
                                                                           CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam



8. Keunikan Tamadun Islam

   Beberapa keunikan dapat dikesan dalam tamadun Islam berbanding tamadun-tamadun lain. Antaranya:

   8.1 Agama melahirkan tamadun
       8.1.1  Kelahiran Islam di Mekah telah mencetuskan revolusi pemikiran dan perubahan sosio budaya yang
              ketara melalui wahyu pertama (surah al-cAlaq: 1-5). Ini bermakna dengan lahirnya agama Islam
              secara tidak langsung melahirkan tamadun Islam itu sendiri.

   8.2 Peradaban
       8.2.1   Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w telah membentuk sebuah peradaban yang
               tinggi. Menerusi ajaran Islam maka terbentulah sahsiah muslim yang kental dan berperadaban
               tinggi.

   8.3 Perkembangan
       8.3.1   Tamadun Islam berkembang ditempat yang tidak disangka oleh sesiapa. Siapa sangka tamadun
               Islam muncul di kawasan yang kering kontang iaitu di kota Mekah.
       8.3.2   Bermula di Mekah maka tamadun Islam terus berkembang ke Madinah dan seterusnya ke
               Baghdad, Damsyik, Cordova, Turki dan sebagainya.
       8.3.3   Berbeza dengan tamadun lain yang berkembang hanya ditempat di mana ia diasaskan seperti di
               tepi sungai atau di kawasan lembah.

   8.4 Mengadaptasikan konsep ummah
       8.4.1  Tamadun Islam berkembang berasaskan konsep ummah iaitu tidak membezakan warna kulit,
              budaya, bangsa ataupun sempadan geografi. Bahkan tamadun Islam menerima unsur tamadun
              asing seperti Greek, Yunani, parsi, India dan lain-lain lagi yang diadun dan disarin untuk
              disesuaikan dengan tamadun Islam.

   8.5 Asas ilmu pengetahuan
       8.5.1    Tamadun Islam bangkit dengan ilmu pengetahuan. Hal ini dapat dilihat berasaskan wahyu pertama
                yang Allah s.w.t turunkan iaitu ‘bacalah’ (Iqra’).
       8.5.2    Konsep inilah menjadi model pembangunan tamadun Islam sehingga melahirkan tamadun yang
                hebat dan dikagumi suatu ketika dahulu seperti yang berlaku pada zaman kerajaan Islam di
                Baghdad dan di Sepanyol.
       8.5.3    Kehebatan tersebut dapat dibuktikan apabila lahirnya tokoh-tokoh ilmuan Islam dalam pelbagai
                disiplin ilmu yang menyumbang kepada perkembangan tamadun Islam dalam pelbagai bidang
                terutama dalam bidang sains dan teknologi.


9. Faktor-faktor Kemunculan dan Keruntuhan Tamadun
   9.1 Secara     keseluruhannya,     faktor-faktor    yang dilihat   mendorong       kepada      kemunculan
       sesebuah tamadun adalah seperti berikut;
       9.1.1   Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan oleh kedudukannya yang strategik
               yang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah untuk memperolehi sumber-
               sumber semulajadi bagi menampung kehidupan masyarakatnya. Contoh; kemunculan Tamadun
               China di Lembah Huang-He dan Yong Tse, Tamadun India di Lembah Ganges, Tamadun Mesia di
               Lembah Nil dan Melaka di Selat Melaka.
       9.1.2   Ransangan daripada keagamaan dan kerohanian kerana amalan daripada ajaran-ajaran
               agama mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan murni. Ini
               secara tidak langsung telah menjadikan manusia menuju kepada kehidupan yang bertamadun.
               Kemunculan tamadun Islam umpamanya telah dipengaruhi oleh ransangan nilai-nilai murni
               berdasarkan cara hidup Islam yang sempurna
       9.1.3   Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni memandangkan masyarakat
               yang menghayati nilai-nilai murni sudah pasti mendorong kepada sifat kecintaan kepada ilmu dan

                                                                                                           9
                                                                                    CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam



                     nilai-nilai positif yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, berdisiplin dan sebagainya.
                     Pemimpinnya juga mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti tidak rasuah, berhemat,
                     bertanggung jawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding bahu
                     untuk membangunkan negara. Umpamanya; Platodan Aristotle dalam Tamadun Yunani, kung Fu-
                     Tze dalam Tamadun China,Kautilya dalam Tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali
                     dan Ibn Khaldun dalam Tamadun Islam.
          9.1.4      Kesengsaraan         hidup.     Situasi    kehidupan       yang     dibelenggu       keperitan  dan
                     kesengsaraan menggalakan masyarakatnya bekerjasama menggembling                    tenaga      untuk
                     melepaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Ini akhirnya menjadikan sesebuah
                     masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan mereka. Umpamanya
                     kebangkitan Jepun seringkali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan
                     mereka dalam Perang Dunia Kedua.
          9.1.5      Interaksi antara tamadun. Sikap ingin mewujudkan saling berinteraksi dengan tamadun-tamadun
                     lain merupakan ransangan kepada kehidupan bertamadun. Ini kerana sikap toleransi kepada
                     sumbangan tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai-nilai
                     yang baik daripada tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepada kemunculan
                     tamadun baru. Tamadun Islam umpamanya menerima sumber-sumber ilmu daripada Tamadun
                     China, India, Parsi dan sebagainya.

   9.2 Bagaimanapun, setiap tamadun dalam sejarah manusia mengalami zaman kemerosotan masing-masing.
       Menurut pendapat Ibn Khaldun, kemerosotan sesebuaht amadun adalah disebabkan oleh putaran sejarah.
       Pada awalnya, ia berjaya kerana mengamalkan nilai-nilai murni tetapi selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai
       tersebut merosot kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan.
   9.3 Tetapi ada juga sarjana yang berpendapat bahawa sesebuah tamadun merosot bukanlah disebabkan oleh
       hukum sejarah. Kemerosotan boleh dielakkan sekiranya mereka belajar dari sejarah dengan mengekalkan
       nilai-nilai yang baik..
   9.4 Berdasarkan kepada sejarah, sesebuah tamadun merosot disebabkan oleh faktor-faktor berikut;
       a. Wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara yang miskin dan kaya.
       b. Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga hak-hak asasi manusia diketepikan.
       c. Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama dikalangan pemimpin.
       d. Wujud sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi sains dan
             teknologi, struktur politik, ekonomi dan sosial. Ini kerana sikap tertutup ini menghalang kepada
             peningkatan daya kreativiti dan seterusnya menyebabkan masyarakat tersebut hidup dalam
             kemunduran. Tamadun Islam Uthmaniyyah misalnya, runtuh kerana sikap tertutup mereka yang tidak
             mahu menerima perubahan teknologi dan sosial.
       e. Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan besar-besaran.
             Bagaimanapun, faktor ini adalah diluar kemampuan manusia untuk menghalangnya daripada terjadi.
             Namun ada bencana alam dikaitkan dengan azab Allah kerana keingkaran manusia terhadap perintah
             Allah s.w.t yang dibawa oleh para Rasul. Seperti kaum Thamud Allah binasakan dengan ribut yang
             bertiup tanpa henti selama tujuh malam.
       f. Pemimpin tidak berwibawa. Iaitu pemimpin yang terlalu mementingkan diri, hidup berpoya-poya, lemah
             dalam pentadbiran, terlibat dengan penyelewengan harta rakyat, keruntuhan akhlak


10. Konsep Tamadun Barat

   10.1        Sejarah Falsafah Tamadun Barat

          1.     Pemikiran dan falsafah sejarah barat adalah berteraskan kepada pemikiran, falsafah sejarah dan
                 kebudayaan Yunani dan Rumawi. Kehidupan dan sosio budaya orang-orang Yunani adalah berbentuk
                 materialistik. Mereka melihat tuhan dalam bentuk dan rupa yang boleh digambarkan dalam berbagai
                 bentuk.
          2.     Kepercayaan agama orang-orang Yunani tidak mempunyai unsur spiritual sebagaimana Islam, malahan
                 penekanan lebih kepada unsur fizikal dan rasional semata-mata.



                                                                                                                      10
                                                                          CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam



     3.   Penguasaan Kristian ke atas negara-negara Barat oleh empayar Rom dan Byzentine selepas itu,
          tumpuan telah diberikan pada aspek kerohanian           berbanding aspek kebendaan sehingga
          mengakibatkan wujud pemisahan antara agama dengan pemerintahan.
     4.   Rasa tidak puas hati penduduk Eropah terhadap golongan gereja yang menyekat perkembangan ilmu
          dan penyalahgunaan kuasa dalam institusi gereja telah mendorong mereka menerokai ilmu sains fizik
          dengan membelakangkan falsafah agama.
     5.   Kemunculan teori-teori sains berasaskan falsafah dan logik akal seperti teori evolusi oleh Charles
          Darwin, teori kesatuan kebudayaan oleh Oswald Spengler dan lain-lain lagi adalah antara contoh
          masyarakat Barat mula mengenepikan panduan agama dalam mencorakkan tamadun mereka.


10.2 Dasar Tamadun Barat

1.   Dasar atau prinsip yang menjadi asas tamadun barat adalah berkait dengan falsafah dan tradisi berfikir
     masyarakat barat yang menghasilkan tamadun tersebut.
2.   Prof. Muhammad Kamal Hassan telah menggariskan unsur-unsur tamadun Barat adalah seperti berikut:
          a. Wujudnya pemisahan antara undang-undang dan akhlak, antara dunia dan akhirat
          b. Tidak ada ukuran baik dan buruk yang mutlak. Semua nilai moral-agama adalah bersifat relatif
          c. Kelakuan bermoral mestilah mengikut keadaan, tempat, dan masa
          d. Hidup hanya sekali, justeru kemewahan dan kemegahan dunia perlu dicapai
          e. Agama dianggap menghambat kemajuan
          f. Agama adalah urusan peribadi yang berkaitan hanya dengan beberapa upacara ritual.

3.   Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi, tamadun Barat mempunyai ciri-ciri:
        a. Kejahilan dalam memahami konsep ketuhanan
        b. Kecenderungan kebendaan
        c. Aliran sekularisme
        d. Perbalahan dan pertelingkahan
        e. Rasa lebih tinggi daripada orang lain

4.   Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, sifat-sifat asasi tamadun Barat berasaskan kepada berikut:
        a. Tamadun barat diikat dengan pengaruh adat-adat terdahulu
        b. Berasaskan kepada falsafah dan bukan agama
        c. Bersifat humanisme – manusia sebagai penentu nilai
        d. Dualisme dalam kehidupan iaitu memisahkan antara rohani dan jasmani
        e. Tiadanya konsep tauhid

5.   Berdasarkan pandangan di atas dapat disimpulkan bahawa tamadun barat berteraskan kepada falsafah
     kemanusiaan yang mutlak. Justeru nilai yang wujud dalam tamadun barat adalah berdasarkan lingkungan
     kehidupan berbentuk jasmani semata-mata dan menafikan peranan agama.




                                                                                                         11
                                                                   CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam



10.3 Perbezaan Asas Tamadun Islam dan Barat

     Tamadun Islam                                     Tamadun Barat

     Sumber
      Al-Quran dan al-Sunnah                             Pemikiran akal

     Kedudukan agama
      Islam menjadi cara hidup dalam seluruh             Agama dianggap sebahagian daripada
         kehidupan                                         budaya
      Pembaharuan dalam Islam adalah mengikut
         agama

     Konsep Kesepaduan dan Pengawalan                  •   Segala urusan dunia tiada kaitan dengan
     •   segala bentuk pembangunan kebendaan berkait       agama.
        dengan kerohanian – terikat dengan prinsip     •   Terikat dengan undang-undang tetapi
        akidah, syariah dan akhlak                         bentuk pengawalan tidak didasarkan
                                                           kepada iman

     Konsep Kemajuan
     - Dicapai dengan cara yg betul , mempunyai        -   Tiada matlamat yang jelas dan lebih
        matlamat yg jelas dan dibenarkan agama.            menjurus kepada kepentingan dunia dan
        Misalnya: Islam menggalakkan kemajuan sains        keuntungan semata-mata
        dan teknologi selagi tidak mendatangkan        -   Mengamalkan konsep ‘matlamat
        kemusnahan.                                        menghalalkan cara’
     Penekanan Sudut Kemajuan
     - Memberi penekanan kepada akhlak, rohani,        -   Tumpuan hanya kepada pembangunan
         jasmani dan akliah (intelektual) secara           kebendaan . Ini menjadikan manusia
         seimbang dan sepadu.                              berlumba-lumba memenuhi tuntutan
     - Pembangunan kebendaan sebagai alat untuk            keduniaan dan nafsu. Berlakulah krisis nilai
         menyempurnakan tuntutan agama dan                 atau akhlak kemanusiaan.
         kerohanian. Misalnya, berusaha memantapkan
         ekonomi supaya dapat mengeluarkan zakat,
         menunaikan haji dsb.




                                                                       Disediakan oleh:

                                                                       Mohd Kamal B. Shah Rani
                                                                       Pensyarah Kanan Pengajian Islam
                                                                       Jabatan Pengajian Umum
                                                                       KPTMKL




                                                                                                     12

								
To top