Docstoc

pengajaran

Document Sample
pengajaran Powered By Docstoc
					Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pengajaran Bahasa

        Menurut Rahil Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar (1997), dalam buku
Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran Di Sekolah menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran guru
harus menggunakan pelbagai pendekatan aktiviti yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan,
keupayaan, bakat serta minat pelajar. Guru perlu menjalankan aktiviti yang melibatkan murid secara aktif
supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna, berkesan dan menggembirakan. Aktiviti tersebut perlu
dirancang dan dikelolakan secara teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang
yang sama.Oleh itu, mereka akan memperoleh pelbagai pengalaman pembelajaran sebenar sama ada
secara individu, secara kelas, atau kumpulan. Aktiviti akan menjadi lebih diminati oleh pelajar.

        Dalam Modul Bahasa Melayu, proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru
menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat,
minat serta latar belakang pelajar.

        Memandangkan pelajar mempunyai keupayaan berbeza, guru harus menyediakan aktiviti yang
sesuai, usaha ini akan dapat memastikan pelajar terlibat secara aktif, juga membantu proses pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, bermakna dan menyeronokkan. Proses pengajaran dan
pembelajaran perlu dirancang serta dikendalikan dengan teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid
mendapat peluang yang sama, sama ada dilaksanakan secara kelas, kumpulan mahupun secara individu,

antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan menurut Rahil Mahyuddin,
Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar (1997) di dalam buku Pedagogi 2 : Pelaksaanaan Pengajaran Di
Sekolah ialah :-

Pendekatan bermain sambil belajar.

Dalam pendekatan ini penekanan diberi kepada “bermain sambil belajar” dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Pendekatan ini dapat meningkat keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi
memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran inovatif, kreatif dan kritis
serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. Pendekatan ini menekankan ciri-ciri seperti
aktiviti yang mengembirakan, penerokaan dan interaksi dengan persekitaran, permainan bebas dan
terancang, kelonggaran masa, percubaan idea sendiri serta peluang untuk memberikan tumpuan dan
perhatian.

Pendekatan bertema.

Pendekatan tematik adalah pengurusan kurikulum dan pembelajaran melalui satu topik yang dipilih
bersesuaian dengan kehidupan murid, masa, tempat dan minat murid. Pemilhan tema dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan cadangan murid, situasi tertentu atau peristiwa
semasa. Ia juga merentas atau berkaitan dengan komponen dan harus meluaskan pengetahuan dan
kemahiran murid serta pengukuhan kesepaduan. Pemilihan tema juga mesti mempunyai pemeringkatan
daripada yang mudah kepada yang lebih mencabar.
Pendekatan bersepadu.

Pendekatan bersepadu dalam mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran membantu murid
memahami hakikat kehidupan sebenar. Dalam kehidupan sebsenar, sesuatu itu saling berkaitan antara satu
sama lain dan bukannya sesuatu yang terpisah-pisah. Pendekatan bersepadu melibatkan, kesepaduan
antara komponen, kesepaduan kemahiran dan nilai murni, kesepaduan aktiviti dalam kelas dan di luar
kelas, kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid serta kesepaduan pelbagai kaedah
dan teknik.

Pendekatan Psikologi dalam Program Bacaan.

Zarina Mohd Yatim (1994) dalam buku Strategi Pendidikan Bahasa Melayu mentafsirkan pendekatan
psikologi dalam program bacaan sebagai merangkumi ketiga-tiga domain kognitif, afektif dan
psikomotor. Pengendalian ketiga-tiga domain ini tidak dapat dipisahkan sewaktu pengajaran membaca.
Dengan kata lain, proses pengembangan daya intelek, peningkatan dan penyuburan rohani dan emosi
serta pelakuan menulis ialah satu rangkaian dalam proses pembelajaran, khususnya dalam membaca.
Daripada perspektif psikologi, aspek kognitif dan psikomotor memainkan peranan yang utama untuk
meningkatkan kebolehan membaca keupayaan seseorang mengenal lambing bahasa, mencari maknanya
dan memahami lambangnya secara tersurat dan melihat maksudnya yang tersirat adalah proses mental
yang aktif. Manakala pemilihan perkataan, ayat tema dan suasana dalam bahasa bacaan menyuburkan
jiwa dan emosi. Aspek psikomotor pula mengukuhkan mental dan emosi seseorang mengarang dan
membaca karangannya.

Pendekatan Komunakatif Dalam dalam Pengajaran Bahasa Melayu.

Tunku Mohani Tunku Mohtar (1994) dalam buku Strategi Pendidikan Bahasa Melayu menyatakan
pendekatan komunakatif telah digunakan untuk menghuraikan bentuk sukatan pelajaran dan juga kaedah
pengajaran bahasa. Pendekatan ini melihat bahasa sebagai alat perhubungan yang menunjukkan makna
dan penggunaan bahasa memainkan peranan penting. (Drumfit & Johnson, 1985). Menurut pendekatan
ini, tujuan pengajaran bahasa adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kecekapan komunikatif.

        Mengikut Canale dan Swain (1981), kecekapan komunakatif ialah pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan untuk berhubung. Paulston (1974) mengaitkan kecekapan ini dengan peraturan social
dalam penggunaan bahasa. Savignon (1978) berpendapat bahawa kecekapan komunakatif ialah kebolehan
berfungsi dalam satu situasi komunakatif. Pengetahuan linguistik disesuaikan dengan keseluruhan
maklumat yang diberi oleh penutur atau beberapa orang penutur. Hymes (1971) kecekapan komunakatif
ialah apa seseorang penutur perlu tahu untuk berhubung dengan berkesan dalam satu konteks.

       Hubungan yang berkesan memerlukan bukan sahaja ayat yang betul dari segi nahu tetapi juga
yang sesuai dalam konteks yang digunakan (Cooper,1968).Canale dan Swain (1981) menerangkan
bahawa kecekapan komunakatif merangkumi empat aspek kecekapan iaitu kecekapan sosiolinguistik,
kecekapan linguuistik, kecekapan strategik dan kecekapan wacana.
Pendekatan Analisa Tugasan

Merujuk kepada Buku Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas, Bermasalah Pembelajaran Sekolah
Rendah dan Menengah, Bidang Akademik Berfungsi menyatakan bahawa Pendekatan Analisa Tugasan
ini melibatkan proses pembahagian kemahiran kepada beberapa komponen atau langkah mudah yang
dapat dikuasai oleh seseorang murid. Ia membantu guru menyusun dan mengatur kemahiran yang hendak
diajar, memberi latihan yang konsisten dan menilai tahap pencapaian murid dimana harus pastikan
kemahiran yang sesuai diajar mengikut keupayaan murid. Huraikan kemahiran yang dipilih secara ringkas
manakala kemahiran dipecahkan kepada langkah-langkah kecil. Selain itu, harus membuat penyesuaian
langkah-langkah mengikut kelemahan dan kebolehan murid. Guru menjalankan analisis tugasan serta
membuat pemerhatian dan penilaian bagi murid yang telah menguasai kemahiran. Guru juga harus
membuat penambahan dan perubahan sehingga murid menguasai kemahiran yang diajar.

Pendekatan Pembelajaran Pengalamian

Pendekatan Pembelajaran Pengalamian adalah berdasarkan kesediaan dan keupayaan individu.
Pendekatan ini meningkatkan arah kendiri individu, di mana murid diberi peluang menilai keupayaan diri
sendiri. Guru berperanan menentukan suasana yang positif untuk proses pembelajaran. Guru harus
menjelaskan peranan murid dalam tugasan. Guru juga memastikan sumber untuk proses pembelajaran ada
dan mudah diperolehi serta menyusun sumber untuk proses pembelajaran. Selain itu, guru seimbangkan
komponen intelek dan emosi dengan pembelajaran serta berkongsi perasaan dan pemikiran dengan murid
tanpa menguasai dan mengongkong mereka.

Salah satu prinsip Pendekatan Pembelajaran Pengalamian ialah pembelajaran yang berkaitan adalah perlu
apabila tajuknya berkaitan dengan minat dan pengetahuan sedia ada murid. Selain itu, pembelajaran yang
sukar yang berkaitan dengan sikap mudah diasimilasikan kepada diri pelajar apabila berlaku ancaman dari
luar. Pembelajaran cepat belaku apabila ancaman kepada diri adalah rendah. Seterusnya, pembelajaran
hasil daripada inisiatif sendiri lebih berkekalan dan memberi kesan mendalam.

Proses pembelajaran Pendekatan Pembelajaran Pengalamian haruslah teratur. Guru menentukan matlamat
dan objektif untuk individu dan kumpulan. Aktiviti pembelajaran yang dibentuk adalah untuk
mewujudkan suasan pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan murid. Seterusnya guru perlu
menjelaskan tentang tugas atau aktiviti yang dijalankan dan berbincang mengenai apa yang diharapkan
dari murid. Murid perlu ditempatkan dalam situasi atau suasana yang memerlukan kemahiran baru atau
sokongan dan peneguhan dengan pengalaman lalu. Pembelajaran belaku melalui pengalaman
pembelajaran dan berikan maklumat tentang apa yang dibuat atau dipelajari. Berikan bantuan, latihan dan
peneguhan dengan mengkaitkan pembelajaran yang baru dalam kehidupan sebenar murid.


Pendekatan Pembelajaran Masteri

Pendekatan Pembelajaran Masteri merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk
memastikan pelajar menguasai pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum
berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan masa yang panjang untuk
menghasilkan pendidikan berkualiti. Dalam melaksanakan pendekatan ini, guru perlu menyedari bahawa
setiap murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza. Oleh itu, murid memerlukan pendekatan
pendidikan yang sesuai dan berkesan. Guru harus memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran
dan sikap yang diajarkan.

Prinsip asas Pendekatan Masteri adalah pembelajaran dipecahkan kepada unit yang lebih kecil supaya
mudah dikuasai. Masa pengajaran pula perlu cukup untuk murid menguasai kemahiran. Arahan guru
perlu jelas.


Slah satu ciri Pembelajaran Masteri adalah hasil pembelajaran perlu ditentukan serta hasil pembelajaran
disusun mengikut hirarki atau unit pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah
bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan. Bahan pengajaran dan pembelajaran pula mesti sesuai
dengan tahap penguasaan murid dan berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari. Murid mesti menguasai
80% aras masteri sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. Aktiviti pemulihan perlu
dilaksanakan bagi murid yang belum menguasai aras masteri. Seterusnya, aktiviti pengayaan juga perlu
dilaksanakan untuk murid yang mencapai aras masteri.


Pendekatan Kolaborasi

Pendekatan Kolaborasi melibatkan Latihan Kemahiran Kerja, Bengkel Terlindung, Pelbagai Kaedah
Terapi iaitu Terapi Pertuturan, Terapi Fizikal, Terapi Carakerja dan Terapi Muzik.

Pendekatan Aktiviti Luar Bilik Darjah

Pendekatan Aktiviti Luar Bilik Darjah ini dijalankan diluar waktu pembelajaran bertujuan untuk memberi
peluang untuk pelajar memperoleh pengalaman sebenar. Pendekatan ini bersifatkan rekreasi,
bersosialisasi dan berkomunikasi. Aktiviti yang dijalankan mesti menggembirakan, penerokaan dan
interaksi dengan persekitaran serta aktiviti bebas dan terancang melalui aktiviti lawatan, motivasi,
perkhemahan, perkelahan, berkuda, berenang, aktiviti jual beli dan lawatan sosial.

Menurut Boon & Ragbir,1998, proses pembelajaran melibatkan perlaksanaan strategi supaya pelajar
dapat mencapai matlamat dan perubahan tingkahlaku tertentu serta memperoleh kebiasaan, pengetahuan
dan sikap positif. Diantara strategi yang akan digunakan ialah:

Pembelajaran Kendiri

Teknik ini memastikan pelajar memainkan peranan aktif dalam pembelajaran mereka di mana pelajar
boleh belajar mengikut tahap kebolehan atau pencapaiannya sendiri. Pelajar boleh mengulang beberapa
kali sehingga sesuatu tajuk itu difahami. Pelajar dapat mempelajari tajuk kecil sifir dan penerangan di
dalam tutorial secara berulang kali, boleh berhenti dan menyambung sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar mempunyai kebebasan tetapi dengan bimbingan. Nilai penting yang dipupuk ialah ekspredisi
kendiri yang kreatif. Iklim dan suasana perisian dibina bertujuan memperkembangkan kreativiti pelajar
supaya mereka mempunyai fokus kawalan dalaman.

Pembelajaran Adaptasi.

 Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Di samping itu pelajar juga mempunyai
kecenderungan kepada penggunaan modaliti deria mereka. Sesetengah pelajar berkesan belajar dengan
cara melihat, sesetengah pelajar yang lain berkesan dengan cara mendengar dan yang lainnya belajar
dengan berkesan melalui penggabungan beberapa modaliti deria seperti melihat dan mendengar. Melalui
kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa proses penggabungan lebih daripada satu modaliti deria
dapat meningkatkan ingatan dan pemahaman.

Menurut kajian Computer Technology Research ( CTR, 1993 ), menyatakan tingkah laku seseorang
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran berbeza mengikut pengalaman penggunaan pelbagai deria
semasa belajar. Hasil kajian ini menyatakan, 20% daripada apa yang mereka lihat, 30% daripada apa
yang mereka dengar, 50% daripada apa yang mereka lihat dan dengar dan 80% daripada apa yang mereka
lihat,dengar dan buat serentak.

Pembelajaran Koperatif

Penglibatan dalam aktiviti kumpulan kecil dapat membangunkan kemahiran berfikir aras tinggi dan
memantapkan kebolehan individu untuk mengaplikasikan pengetahuan. Pembelajaran dalam bentuk aktif
adalah lebih berkesan daripada penerimaan maklumat secara pasif. Pengajar memainkan peranan sebagai
fasitator, jurulatih atau ‘bidan’ dan bukan ‘sage on the stage. Pengajaran dan pembelajaran adalah
pengalaman yang dikongsi di antara pengajar dan pelajar. Penerimaan tanggungjawab untuk pembelajaran
sama ada secara individu atau kumpulan dapat mengukuhkan perkembangan intelek pelajar digalakkan
juga menyelesaikan latihan atau mempelajari tutorial secara kumpulan kecil.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

        Kaedah pengajaran dan pembelajaran bermakna tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru
dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam MOSEP BAHASA MELAYU
kaedah-kaedah yang bakal diutarakan akan melibatkan tindak balas antara guru dan pelajar dan
diintergrasikan dengan kaedah-kaedah lain seperti yang dikemukakan oleh Peterson et. al (1984).
Menurut Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib(1996) dakam buku Pengajaran Dalam Bilik
Darjah:Kaedah dan Strategi menyatakan bahawa kaedah-kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada
tiga kategori berasaskan interaksi yang belaku antara guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, iaitu :-




Kaedah-kaedah Pengajaran Mendengar-Bertutur

Kaedah Kuliah
Ia adalah kaedah yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang telah dirancang terlebih dahulu.
Bagi murid berkeperluan khas, penggunaan kaedah ini hendaklah disertakan dengan bahan bantu
mengajar pelbagai punca (visual, auditori dan kinestetik) untuk memperolehi maklumat. Bagi menjadikan
kaedah ini lebih berkesan dan menarik guru dicadangkan menggunakan pelbagai bentuk alat bantu
mengajar seperti slaid, projektor, papan hitam, vcd dan sebagainya serta teknik-teknik tertentu bagi
menunjukkan idea-idea penting yang terkandung dalam kuliah berkenaan.


Kaedah Analisa Tugasan

Kaedah Analisis Tugasan iaitu suatu proses untuk menganalisis hasil pembelajaran dan pencapaian
objektif dengan mengenalpasti domain dan aras pembelajaran, serta menentukan prasyarat kemahiran dan
struktur tugasan dan kandungan. Analisis tugasan adalah proses menganalisis reka bentuk pembelajaran
dan menyatakan harapan pembelajaran yang murid ketahui dan dapat lakukan.

        Menurut Peter G. Cole. dan Lorna K.S. Chan ( 1937 ), dalam buku Methods and Strategies for
Special Education menyatakan bahawa proses analisa tugasan lahir dari era behavioris sebagai usaha
menjelaskan elemen tingkahlaku yang terlibat melaksanakan sesuatu tugasan atau kerja. Walaupun
begitu, keadah analisa tugasan berbeza mengikut perubahan paradigma kepada psikologi kognitif dan
kemudiannya ke konstruktivisime. Setiap kaedah pembelajaran mempunyai keadah analisanya tersendiri,
walaupun apa keadahnya, analisa tugasan masih diperlukan untuk memahami berlakunya
pembelajaran.(Jonassen, 1999).Mengikut Jonassen, analisis tugasan tidak boleh digunakan sepanjang
masa.

       Kebiasaanya pereka bentuk pembelajaran cuba menyesuaikan kesemua situasi pembelajaran
dalam satu atau dua kaedah yang mereka ketahui. Sekiranya pelanggan memerlukan strategi pembelajaran
yang berbeza, maka konteks yang berbeza menentukan kaedah analisa tugasan yang juga berbeza.

 Untuk menentukan keadah pembelajaran terbaik, anda haruslah menentukan jenis analisis yang harus
dilaksanakan, secara umumnya terdapat lima jenis analisa tugasan iaitu :
 analisa kerja atau pencapaian pelajar.
 analisa pembelajaran.
 analisa tugasan kognitif.
 kandungan atau subjek dan
 analisa aktiviti.
Setiap satu keadah di atas melibatkan prosedur dan andaian yang berbeza mengenai proses pembelajaran.

Tujuan rekabentuk pembelajaran melaksanakan analisis tugasan ialah :
 Menentukan matlamat dan objektif pembelajaran.
 Mendefinisikan dan menjelaskan secara terperinci tugasan dan sub tugasan yang perlu murid lakukan
 Menentukan jenis pengetahuan yang menunjukkan ciri – ciri sesuatu tugasan atau pekerjaan
 Memilih hasil pembelajaran yang bersesuaian untuk perkembangan pembelajaran
 Mengutamakan dan menyusun tugasan
   Menentukan aktiviti pembelajaran dan strategi yang menggalakkan pembelajaran.
   Memilih media dan persekitaran pembelajaran yang bersesuaian.
   Membentuk penilaian penaksiran pencapaian.

Kaedah Memberi Arahan
Kaedah ini adalah bertujuan memberi panduan sebelum murid memulakan sesuatu aktiviti. Masa yang
diambil bagi memberi arahan adalah agak lama kerana arahan merupakan sebahagian aktiviti yang
diperkenalkan oleh guru. Kaedah ini menitikberatkan kepatuhan murid untuk mematuhi arahan yang
semakin kompleks, oleh itu arahan-arahan guru mestilah jelas dan tepat sebelum pembelajaran boleh
belaku. Melalui kaedah ini guru perlu memberi arahan yang jelas dan mudah dikuti dan difahami murid
dengan :
 Mulakan dengan menulis arahan-arahan untuk diri sendiri (guru), bagi memastikan semua langkah
    penting diikuti dan tersusun mengikut turutan yang betul.
 Kurangkan arahan untuk menjadi beberapa langkah sahaja.
 Pastikan arahan adalah jelas, ringkas serta selaras dengan bahasa yang bersesuaian dengan peringkat
    murid.
 Pastikan murid telah bersedia menumpukan perhatian sebelum guru memberi arahan.
 Berikan arahan secara lisan serta tuliskan arahan, sertakan contoh bergambar atau nyatakan contoh
    lisan bagi setiap langkah, di mana sesuai.

Kaedah Resitasi
Kaedah ini digunakan untuk menilai sejauh mana murid mengetahui atau memahami sesuatu konsep dan
seterusnya meneguhkan pemahaman yang betul dan tepat. Kaedah ini melibatkan ingatan semula tentang
maklumat yang baru disampaikan atau dipelajari dimana murid dikehendaki mengulang maklumat
berkenaan, sama ada perkataan demi perkataan dalam ayat-ayat mereka sendiri. Dalam kaedah ini guru
mengemukakan soalan dan murid memberi jawapan.

Kaedah Perbincangan
Kaedah ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas diantara beberapa orang
murid tentang sesuatu topik. Melalui kaedah ini, perbincangan kelas memerlukan perancangan yang rapi
bagi merangsang minat murid dan membimbing mereka bagi mendapatkan pengetahuan yang baru,
dimana guru biasanya memulakan sesuatu perbincangan dengan mengemukakan tajuk, setiap murid
mengambil bahagian dan mereka hendaklah memberi sumbangan dan murid lain dalam kumpulannya
bertindak balas terhadap idea yang dikemukakan. Ini bererti, sesuatu idea dinilai apabila dikemukakan
dalam perbincangan. Dalam mengendalikan kaedah ini, guru perlu :
 Merancang atau menentukan semua isu utama dalam topik yang akan dibincang
 Memastikan murid berpeluang memberi pendapat atau mengemukakan soalan
 Menggalakkan penilaian secara objektif semasa idea berkenaan dikemukakan
 Meringkaskan atau meremuskan idea-idea atau kesimpulan-kesimpulan perbincangan.
 Perbincangan tidak dimonopoli oleh seorang murid sahaja.

Kaedah Menyoal
Kaedah ini bertujuan untuk merangsang pemikiran. Menyoal merupakan sebahagian daripada interaksi
pengajaran-pembelajaran antara guru dengan pelajar di mana dalam pelaksanaan kaedah ini murid perlu :
 Mengingat semula fakta, prinsip atau generalisasi yang spesifik.
 Menunjukkan kefahaman dengan cara menyatakan atau menerangkan sesuatu dengan perkataan
   sendiri
 Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru

   Menganalisis maklumat dengan cara mendapatkan hubungan baru antara idea, prinsip-prinsip yang
    terlibat dan implikasi yang timbul.
   Mensintesis maklumat dengan mencantumkannya dalam pelbagai cara
   Menilai maklumat dengan menggunakan kriteria tertentu sebagai alasan atau hujah.

Kaedah Latih Tubi
Kaedah ini bertujuan menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuat
pembelajaran yang spesifik supaya mereka boleh, secara automatik, menyebut atau mengingati semula
maklumat apabila disuruh berbuat demikian. Banyak masa dapat dijimatkan jika murid menghafal
maklumat atau istilah yang sering digunakan daripada mencari maklumat atau istilah daripada buku.
Pekara penting dalam kaedah ini ialah menentukan bentuk serta tujuan sesuatu latih tubi, iaitu sama ada
maklumat khusus perlu diketahui secara tepat atau dalam bentuk pengetahuan yang lain seperti
berkebolehan menggunakan maklumat yang dipelajari dalam situasi kehidupan, menyelesaikan masalah
secara sendiri atau menerangkan sesuatu konsep menggunakan perkataan sendiri. Kaedah latih tubi
memerlukan seseorang guru memahami bahawa:
 Latihan dalam memahami maklumat berbentuk visual atau auditori supaya murid dapat belajar
    berbincang dan menulis tentang apa yang telah dipelajari.
 Maklum balas segera terhadap respon pelajar supaya respon yang betul diterima atau diperkukuhkan,
    manakala respons yang salah dianalisis dan dibetulkan



   Ulang latihan dalam jangka masa tertentu pada peringkat awal dan seterusnya dalam jangka masa
    yang tidak ditentukan.
   Bagi mengelak kebosanan, permainan dan pertandingan merupakan cabaran kepada sesetengah murid
   Bagi pelajar yang kurang berdaya saing, latih tubi boleh dijalankan dengan cara menyuruh mereka
    menulis pada permukaan-permukaan aneh seperti tanah yang basah dan sebagainya, atau menyuruh
    mereka mengulangi maklumat di tempat-tempat yang aneh seperti ketika berbaring di atas lantai atau
    ketika bermain.


Kaedah Ujian Lisan
Kaedah ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada murid menunjukkan apa yang telah mereka
pelajari tanpa memerlukan mereka menulis. Ujian lisan biasanya dilaksanakan berdasarkan satu set soalan
yang telah disediakan oleh guru.Kaedah ini berlangsung antara guru dengan seorang murid pada sesuatu
masa dan sangat berguna dalam keadaan di mana murid dikehendaki mengulang semula ujian atau di
mana murid tidak berkebolehan menjawab secara bertulis.Kaedah ini juga bersifat peribadi, di mana guru
lebih
 berkesempatan menilai penguasaan pengetahuan pelajar. Ujian secara ini tidak perlu dijalankan secara
formal, tetapi lebih berupa perbualan atau perbincangan sekiranya pelajar menunjukkan tanda-tanda
kerisauan yang tinggi, di mana guru perlu :
     Mengemukakan soalan dan murid menjawabnya. Apabila jawapan murid salah, guriu perlu
        memberi jawapan yang betul.
     Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran terus belaku.
     Meminta pelajar menjelaskan pekara-pekara lain yang telah dipelajarinya
     Memberi markah atau gred berdasarkan keupayaan murid menjawa atau memberi respon yang
        betul sahaja.
    
Kaedah-kaedah Pengajaran Membaca-Menulis

Kaedah Papan Hitam

Kaedah ini bertujuan memberi penekanan atau penegasan kepada idea yang spesifik atau maklumat
supaya dapat dilihat oleh murid dan berkesan untuk murid yang mampu mengingati maklumat melalui
penglihatan. Untuk mencapai keberkesanan guru perlu :

   Menulis dengan jelas dan cukup besar supaya dapat dilihat oleh murid.
   Tidak menghalang penglihatan murid sesudah menulis di papan hitam
   Menunjukkan idea-idea disusun dan hubungkaitkan diantara satu sama lain.
   Menggalakkan murid bertanya tentang apa yang ditulis.
   Memastikan papan hitam bersih.
   Tidak menulis terlalu ke bawah sehingga menyebabkan tulisan tidak dapat dilihat oleh murid yang
    dibelakang.
   Memastikan keseragaman bentuk serta saiz perkataan dan keadaan baris ayat.
   Membahagikan papan hitam kepada beberapa ruang supaya idea dapat ditulis mengikut turutan
    maklumat yang disampaikan.

Kaedah Buku Kerja

Kaedah ini bertujuan memberi latihan dan kemahiran dan penggunaan buku teks membantu pencapaian
objektif pembelajaran seseorang murid dengan kemampuan serta kesediaan murid mempelajari bahan-
bahan didalamnya. Bagi menjamin keberkesan kaedah ini, guru perlu:

   Memilih buku kerja selaras dengan objektif pengajaran yang telah ditentukan guru.
   Menggunakan bahagian-bahagian tertentu buku kerja bersama dengan pembelajaran sumber lain.
   Menanda dan mengumpul serta mengred buku-buku kerja.
   Memberi maklum balas kepada murid tentang mutu kerja dan pencapaian mereka dalam buku kerja.


Kaedah Papan Buletin
Kaedah ini bertujuan mempamerkan maklumat pembelajaran dari sumber-sumber lain seperti surat
khabar, majalah, gambar dan sebagainya bagi membangkitkan minat dan rangsangan pembelajaran. Bagi
meningkatkan keberkesanan kaedah ini, guru perlu:
         Menentukan dengan jelas objektif pembelajaran.
         Menyampaikan bahan pengajaran pada papan buletin.
         Menunjukkan hubungan antara idea-idea dengan menggunakan tanda panah, warna, garisan
           dan sebagainya.
         Memilih bahan yang menarik untuk dipamerkan.
         Menghubungkaitkan maklumat pada papan buletin dengan kaedah-kaedah pembelajaran yang
           lain.

Kaedah Pengajaran Individu

Tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan kemajuan pembelajaran individu dengan cara menyediakan
bahan-bahan pembelajaran yang ditentukan khusus bagi setiap murid, sesuai dengan tahap kebolehan dan
kemahirannya. Untuk memastikan kebersanan laedah ini, guru perlu:

   Menentukan dan menyatakan objektif dengan jelas.
   Mengadakan ujian awal untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kemahiran murid yang akan
    dipelajari.
   Menentukan bahan yang sesuai dengan tahap kesediaan murid.
   Mengadakan ujian pada akhir setiap unit pembelajaran untuk mendapatkan maklumat tahap
    penguasan murid.
   Mengenal pasti dan menyediakan bahan-bahan pengajaran tambahan untuk mendiagnosis dan
    mengatasi kelemahan murid.

Kaedah Pengajaran Berprogram

Tujuan utama kaedah ini adalah untuk memberi peluang kepada murid mengalami pembelajaran secara
individu dan mengikut kemampuan mereka, iaitu dari segi tahap pembelajaraan dan penggunaan masa.

    Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah pengajaran dibantu komputer jika pembelajaran berlaku
melalui penggunaan komputer. Antara kebaikan pengajaran melalui kaedah ini, guru akan dapat
merancang pengajaran terancang, pengajaran individu, pengajaran pengayaan, pengajaran pemulihan,
beroandukan kaedah tutoran, latih tubi, simulasi, penyelesaian masalah, permainan dan ujian.

Kaedah Tutoran Sebaya

Kaedah ini bertujuan membantu pembelajaran seseorang murid melalui bantuan murid yang lain. Kaedah
ini mewujudkan sikap saling berkerjasama dikalangan murid. Kaedah ini akan lebih berkesan sekiranya
guru berperanan dengan :
 Memberi penerangan yang jelas kepada murid tentang objektif pembelajaran.
   Memberi garis panduan kepada murid yang membimbing tentang jenis bantuan yang diperlukan
    diberikan kepada rakan mereka.
   Menilai keberkesanan pasangan berkenaan melalui perbincangan dengan setiap murid pasangan itu.

Kaedah Tinjauan Sebaya

Tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan pembelajaran murid-murid dengan cara saling menilai
berasakan kriteria penilaian yang telah ditentukan guru. Bagi menjamin keberkesanan kaedah ini, guru
perlu :
 Jelaskan tujuan tinjauan rakan sebaya.
 Rahsiakan identiti murid yang tidak gemar kerja-kerja mereka dibaca dan dinilai oleh orang lain,
    kecuali guru,
 Edar dan bincangkan kriteria yang akan digunakan bagi menilai sesuatu tugas.
 Atur dan selaraskan pertukaran kertas antara murid.
 Kesan proses tinjauan sebaya dan jawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh murid.
 Nilai tinjauan atau penilaian rakan sebaya pada peringkat awal dan beri komen tambahan kepada
    penilaian atau pendapat mereka.
 Berbincang dengan seluruh kelas tentang cara-cara untuk memperbaiki proses tinjauan sebaya.

Kaedah Pembelajaran Berkumpulan

Kaedah ini adalah bertujuan untuk memupuk sikap dan semangat kerjasama dikalangan murid. Dalam
kaedah ini guru membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan setelah meneliti tingkah laku dan
kebolehan mereka, dan dilakukan melalui beberapa cara, antaranya kaedah sindikit, kaedah kumpulan
buz, kaedah bola salji.

Kejayaan pengajaran ini ditentukan oleh beberapa faktor, antaranya
 Suasana fizikal yang menggalakkan perbincangan.
 Pemilihan tajuk yang dapat mendorong ahli kumpulan saling berintraksi.
 Jenis atau kaedah kumpulan kecil yang sesuai.
 Masa yang diberikan kepada murid berbincang mencukupi, bebas dan tanpa gangguan.
 Wujud persefahaman dalam kumpulan supaya ada sikap berkerjasama diantara ahli.

Kaedah Pembelajaran Melalui Pusat Sumber

Kaedah ini bertujuan melatih murid tentang kemahiran mendapatkan maklumat daripada pusat sumber
sekolah, bagi tujuan memupuk sikap minat membaca, meninggikan mutu bahasa, sebagai asas pendidikan
seumur hidup, satu kaedah alternatif dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
memusatkan murid, menghadapi letusan maklumat yang belaku dan melatih murid kemahiran mencari,
menilai dan mengendalikan maklumat. Peranan guru bagi menjayakan kaedah ini ialah :

   Memastikan pusat sumber dilengkapi dengan pelbagai bahan cetak dan bukan cetak yang diperlukan.
   Merancang cara yang paling berkesan untuk mengajar sesuatui topik.
   Memastikan objektif sesuatu tugasan yang diberikan kepada murid adalah jelas.


Kaedah-kaedah Pengajaran Memerhati-Membuat

Kaedah Kerja Lapangan

Kaedah ini bertujuan memberi peluang kepada murid mendapatkan pengetahuan melalui pengalaman
yang tidak mungkin diperolehi di bilik darjah. Biasanya kerja lapangan melibatkan lawatan ke zoo, hutan
lipur,kilang, pejabat dan lain-lain tempat yang bersesuaian untuk murid mendapatkan pengalaman dan
pengetahuan. Keberkesanan kaedah ini ditentukan oleh beberapa pekara, iaitu :

   Guru mesti tentukan objektif lawatan serta nilai kepada pembelajaran.
   Pengetahuan guru tentang tempat yang akan dilawati bagi mentukan kejayaan lawatan.
   Persediaan dan peralatan yang diperlukan ketika lawatan.
   Kenderaan kecemasan yang sentiasa ada di tempat lawatan, sekiranya lawatan itu berbentuk lawatan
    ke hutan lipur, zoo atau ke tempat riadah seperti air terjun.
   Kaedah ini akan lebih berkesan sekiranya disertakan bersama dengan kaedah lain seperti kuliah,
    perbincangan, penyoalan, tinjauan dan tayangan filem, yang mana ia akan memberikan kefahaman
    yang lebih baik kepada murid.

Kaedah Demontrasi

Kaedah ini adalah untuk membolehkan murid melihat dan mengikuti satu siri langkah, peristiwa atau
fenomena dalam keadaan yang tidak memungkinkan murid mendapatkan maklumat tanpa penglibatan
guru. Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada beberapa pekara,diantaranya:

   Laras bahasa yang betul,mudah difahami dan jelas semasa guru menyampaikan demontrasi.
   Peralatan yang digunakan mestilah cukup besar dan ringkas.
   Demontrasi mestilah dapat dilihat oleh semua murid
   Kedudukan murid perlu diatur supaya mereka dapat melihat demontrasi dan mendengar dengan jelas
    percakapan guru.
   Guru perlu memastikan murid terlibat secara aktif dalam demontrasi.
   Guru sepatutnya berlatih melakukan demontrasi terlebih dahulu bagi memberi peluang kepada guru
    mengenal pasti masalah yang mungkin timbul dan mentukan masa yang diperlukan untuk melakukan
    demontrasi dengan murid.
   Kaedah ini biasanya digunakan bersama dengan kaedah pengajaran yang lain seperti kuliah, memberi
    arahan, menyoal, eksperimen dan tinjauan.

Program struktur Bahasa Multisensory

Diilhamkan oleh Samuel Orton dan Anna Gillingham dan dikenali dalam kod “Orton-
Gillingham”.Program ini adalah mudah,kanak-kanak akan didiagnosis terlebih dahulu bagi mencari
daerah kelemahan yang dialami kemudian mereka akan melalui beberapa stage dan kaedahnya melibatkan
kesemua penggunaan deria manusia termasuklah pengamatan visual ,audiotori.tactile dan
kinestatik.Pengajaran pula adalah secara terus antara guru dan murid setiap stage akan diterangkan secara
demonstrasi dan praktikal ia dilakukan sendiri oleh murid.Program ini mengajar bahasa secara kaedah
terus ia juga memasukan gabungan antara menguasai bunyi dan symbol manakala bacaan dan ejaan
dijalankan serentak.Apabila pelajar telah menguasai symbol dan bunyi mereka akan pergi ke stage
seterusnya mempelajari bagaimana membuat generalisasi mengaplikasikan bunyi dan symbol dalam
bentuk perkataan.

Kaedah ini juga banyak menggunakan gambar ,murid akan menyebut terus nama pada gambar yang
ditunjukkan.
         Ada kanak-kanak perlu latihan praktikal ,perlu ulang semula pelajaran yang diajar dan mereka
perlukan banyak pengalaman berkali-kali mengenai sesuatu pelajaran yang telah dipelajari.Pengajaran
menggunakan kaedah multisensory ini banyak memerlukan masa tambahan guru dalam mengajar pelajar
yang lemah dalam penguasaan kemahiran terutamanya bahasa ini kerana isi kandungan diulang-ulang
semula sehingga kanak-kanak ini berjaya menguasainya.
         Di Luar Negeri ada beberapa institut khas yang disediakan oleh NGO bagi membentu kanak-
kanak ini supaya dapat membaca sama seperti orang lain contohnya “The Riggs institut” the non- profit
literacy agency.mereka menggunakan pendekatan “orton phonograms” yang diasaskan oleh Dr Samuel
T.Orton.Institut ini telah beroperasi lebih 17 tahun dan bertujuan mengajar guru cara mengajar kanak-
kanak yang sukar menggunakan multisensory dan ia juga mengajar kanak-kanak menggunakan kaedah
multisensory.Selain itu “Lindamood-Bell” telah meneroka program pembangunan proses kognitif sensory
ia mengandungi cara membaca,mengeja,kefahaman dan matematik dan penyelidikan mereka terhadap
kanak-kanak pintar cerdas.

Kaedah Eksplorasi-Penemuan

Kaedah ini bertujuan meningkatkan pembelajaran murid melalui penemuan kendiri. Peranan guru
hanyalah dalam menyediakan bahan-bahan tertentu. Murid dibenarkan menggunakan bahan berkenaan
mengikut minat masing-masing. Melalui kaedah ini murid memperolehi pengetahuan tentang bahan-
bahan yang belum pernah mereka kenali atau pelajari.
        Melalui usaha sendiri mereka mencari jawapan kepada soalan. Kaedah ini juga sesuai digunakan
dalam kategori mendengar-bertutur dan membaca –menulis. Melalui kaedah eksplorasi-penemuan,
pembelajaran belaku secara sepontan dan supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan, guru perlilah :
 Menyediakan bahan.
 Memberi cukup waktu dan ruang untuk membolehkan proses eksplorasi berlangsung dikalangan
    murid.
 Mengesan minat murid dengan mengemukakan soalan-soalan tertentu, misalnya apa yang menarik
    tentang bahan berkenaan dan apa yang telah dipelajari daripadanya.
Kaedah Pusat Pembelajaran

Kaedah ini bertujuan untuk menggalakkan murid berdikari dalam mendapatkan pengetahuan. Pusat
pembelajaran wujud ditempat-tempat tertentu dalam bilik darjah, dimana diletakkan pelbagai bentuk dan
jenis koleksi bahan pengajaran yang ada
kaitannya dengan tajuk yang sedang dipelajari. Kaedah ini akan lebih berkesan sekiranya guru dapat :

   Menentukan terlebih dahulu jenis dan bentuk pembelajaran yang terlibat di setiap pusat pembelajaran.
   Mengumpul bahan-bahan pembelajaran bagi membolehkan murid belajar secara sendirian. Guru perlu
    sediakan arahan-arahan ringkas untuk diikuti oleh murid dan strategi di atur untuk membantu murid
    bila diperlukan.
   Merancang satu bentu penilaian tentang apa yang dipelajari oleh murid, misalnya dalam bentuk
    laporan bertulis.

Teknik Pengajaran dan Pembelajaran.

Teknik ialah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera
yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu pelajaran tertentu (Magantar Simanjuntak, 1981).
Manakala Edward M. Anthony (1963), memberi tafsiran bahawa A technique is implementation – that
which actually takes place in a classroom. It is a particular trick, stratagem, or contrivance used to a
complish an immediate objective.
        Daripada kenyataan di atas, nyatalah bahawa teknik merupakan cara yang paling berkesan untuk
mencapai sesuatu objektif. Ia wujud dalam pemikiran dan dirangka dalam jangka masa yang panjang
ataupun dicipta pada masa sebelum sesuatu perlakuan itu dijalankan oleh individu. Ia berlawanan dengan
konsep cuba dan ralat. Untuk pengetahuan kita, setaip teknik yang digunakan atau yang diciptakan,
haruslah selalu selaras dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
        Semasa menyampaikan pengajaran dalam kelas, guru harus boleh memilih dan menggunakan
teknik-teknik pengajaran yang sesuai. Teknik-teknik ini haruslah berasaskan kajian daripada bidang-
bidang yang ada kaitannya dengan ilmu pendidikan seperti bidang psikologi,sosiologi, teknologi
pengajaran dan sebaginya. Ia bukanlah seharusnya lahir daripada gerak hati atau institusi guru itu sahaja.
Jika sedemikiannya halnya, tentulah teknik pengajaran yang digunakan oleh guru itu kurang berkesan.
Teknik pengajaran biasanya mempunyai beberapa objektif diantaranya ialah :
     Untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan cara yang boleh menarik minat murid-muird dan
        untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil rasa ingin tahu mereka.
     Untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif-objektif pengajaran yang dipelajari dengan
        mudah dan berkesan.

    Teknik mengajar yang dimaksudkan di sini boleh ditakrifkan sebagai cara atau alat yang dugunakan
untuk mengajar sesuatu pelajaran itu. Cara-cara atau peralatan itu meliputi pelbagai jenis cara bermain
(permainan), perbincangan, penyelesaian masalah, bercerita, bersyarah, berlakon, latih tubi, tunjuk ajar
dan menghafal.
    Cara-cara lain seperti menggunakan filem 16mm, televisyen, radio, video, simulasi, buku teks, dan
lawatan boleh juga digunakan sebagai teknik mengajar. Berikut adalah antara teknik-teknik mengajar
yang dicadangkan di dalam MOSEP BAHASA MELAYU, iaitu :.

Teknik Bercerita.

Teknik ini mudah menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Biasanya murid akan lebih cepat
menumpukan perhatian di samping menjadikan pembelajaran itu berlaku dalam keadaan yang
menyeronokkan. Murid-murid khususnya di sekolah-sekolah rendah, amat gemar mendengar cerita.

    Walaupun mereka masih kecil, tetapi apa yang diceritakan kepada mereka itu dapat segera difahami
dan kadang-kadang dapat pula sekali gus memahami maksud cerita itu. Oleh yang demikian, jika murid-
murid tadi diberi peluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan, pasti proses pengajaran dan
pembelajaran akan lebih berkesan. Langkah-langkah yang harus diambil oleh guru dalam persediaan
teknik bercerita adalah seperti berikut:
     Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat pelajar. Kemudian sesuaikan pula
        dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
     Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan itu ke dalam
        cerita tersebut.
     Haflkan frasa-frasa atau ayat-ayat yang penting atau lain-lain aspek bahasa yang hendak
        disampaikan itu
     Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali
        sebelum menggunakan teknik ini.
     Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa
        yang hendak diajarkan itu.
     Guru boleh menggunkan gambar. Objek-objek sebenar, atau lain-lain alat bantu mengajar.
     Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat dan lain-lain yang berkaitan dengan aspek-
        aspek bahasa yang hendak disampaikan untuk pengajaran dan penerangan yang selanjutnya.


Teknik Berbincang

Perbincangan merupakan satu lagi teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di
kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan dijalankan, pelajar diberi
peranan aktif untuk menyatakan pandangan atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru
memandu serta mengarahka pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat menyeluruh.
    Melalui teknik ini, pelajar dapat memperkembanngkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan
baik. Mereka digalakkan berfikir denngan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat di samping
bekerjasama dengan pelajar lain untuk mancapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan.
Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut:

      Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
       Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua
        yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat
        dijalankan dan dicapai.
     Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang
        dengan ahli-ahli kumpulan mereka.
Ketika perbincangan, guru harus bergerak daripada satu kumpulan ke kumpulan lain, menegaskan
perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan

Teknik Bersoal Jawab.

Teknik bersoal jawab adalah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular dan paling kerap
dilakukan oleh guru-guru di sekolah. Pemilihan para guru ke atas teknik ini bukan kerana ia paling mudah
dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi antara guru dan pelajar dengan
berkesan. Di samping itu, ia menjadi teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi
pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri di kalangan pelajar.

    Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan dan pelajar memberi tindak balas
yang sewajarnya. Biasanya soalan-soalan yang digunakan terdiri daripada jenis-jenis yang diperlukan
untuk memerah dan mencungkil fikiran. Ia bukan hanya bertujuan menguji atau menilai apa yang diajar,
tetapi untuk membuka fikran dan celik akal pelajar supaya mereka sedar atau nampak satu konsep atau
prinsip baru yang akan dipelajari.

Kejayaan menggunakan teknik ini biasanya bergantung kepada kebolehan guru merancang soalan-soalan
dan kemudian berupaya pula menyusun soalan-soalan baru dengan serta-merta ekoran daripada jawapan
yang diberi oleh pelajar. Teknik bersoal jawab mementingkan perkara-perkara berikut:

      Soalan-soalan yang dikemukakan mestilah jelas dan nyata. Ia tidak dikaburkan dengan hentian-
       hentian yang tidak diperlukan. Soalan itu harus disebut dengan cara yang tenang, ringkas dan
       tepat, dan ditujukan khusus kepada orang-orang tertentu dalam kelas. Soalan-soalan itu tidak
       seharusnya menimbulkan jawapan-jawapan yang bertentangan dan tidak pula mengelirukan
       pelajar.
      Hentian dan cepat-lambat dalam penyoalan harus diberi perhatian. Sebaik-baik sahaja menyoal,
       guru harus berhenti sekejap dan memerhati seluruh kelas. Biasanya akan ada isyarat-isyarat
       bukan lisan yang dapat menyatakan sama ada seseorang pelajar itu sudah bersedia untuk
       menjawab. Mengangkat tangan itu menyatakan secara formal bahawa seseorang murid itu telah
       ada jawapannya tetapi sebelum ini ada tanda-tanda lain yang harus diperhatikan.
      Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah tersebar dengan baik. Guru harus mengurangkan
       kecenderungannya untuk mengarahkan soalan-soalan kepada pelajar tertentu. Perhatian yang
       lebih perlu diberikan kepada pelajar yang duduk di belakang dan di tepi-tepi bilik darjah kerana
       bahagian inilah yang merupakan bahagian yang kabur atau ‘blindspot’ bagi guru.
      Soalan-soalan yang dikemukakan itu juga haruslah bersifat mencungkil. Guru patutlah membantu
       pelajar untuk mengeluarkan jawapan yang betul. Galakkan mereka berfikir dan cuba menjawab
       soalan-soalan tersebut secara mendalam dan berkesan.
       Soalan-soalan yang baik biasanya tidak mengandungi terlalu banyak maklumat. Soalan-soalan
        seperti ini mungkin akan mengelirukan.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam MODUL BAHASA MELAYU mengandungi 7 kemahiran yang ditekankan untuk dikuasai oleh
murid-murid, iaitu :
         Kemahiran Mendengar
         Kemahiran Bertutur
         Kemahiran Pra Bacaan
         Kemahiran Membaca
         Kemahiran Pra Tulisan
         Kemahiran Tulisan
         Kemahiran Komunikasi
Setiap kemahiran tersebut disusuli dengan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berikut iaitu
:

Kem. 1. Kemahiran Mendengar
        Mengenal deria pendengaran
        Memegang dan merasa diri sendiri
        Memegang telinga rakan sambil bersoal jawab
        Bersoal jawab mengenai telinga berdasarkan gambar
        Memberi perhatian kepada bunyi-bunyi yang didengar
        Jenis-jenis bunyi seperti bunyi alam sekitar, contoh air terjun,
        bunyi haiwan,bunyi kenderaan,bunyi alat muzik,bunyi pelakuan manusia.
        bersoal jawab mengenai bunyi yang diperdengarkan

           mengajuk bunyi-bunyi yang diperdengarkan
           memilih dan memadankan bunyi-bunyi yang diperdengarkan dengan gambar dan perkataan
           Bunyi-bunyi bahasa, seperti
           huruf konsonan – b, c, d, f, g
           huruf vokal – a, e, i, o, u
           huruf diagraf – ui, ua, au
           huruf diftong – oi, ai, ia
           Bersoal jawab mengenai bunyi-bunyi bahasa yang diperdengarkan.
           Menyebut semula bunyi-bunyi bahasa yang diperdengarkan.
           Memilih dan memadankan bunyi-bunyi huruf yang diperdengarkan dengan gambar.
           Mengenal pasti bunyi-bunyi yang didengar.
           Jenis-jenis bunyi, seperti bunyi-bunyi bukan bahasa contohnya bunyi haiwan, kenderaan, alat
            muzik, dan pelakuan manusia.
           Bunyi-bunyi bahasa contohnya :
                o a = api
                o b = bola
              o   c = cawan
              o   d = daun

Kem. 2.Kemahiran Bertutur.

      Mengenal alat pertuturan
      Mulut
      menyentuh mulut sendiri dan melihat mulut rakan
      bersoal jawab mengenai mulut berdasarkan gambar rajah

      melukis muluk sendiri / rakan
      aktiviti perbualan lisan.
      Terapi pertuturan
      aktiviti pernafasan – contoh, tiup belon atau lilin.
      Latihan otot muka – contoh, membuat pelbagai bentuk mimik muka.
      Latihan artikulasi
        Latihan fonologi – vokal dan kosonan.
        Melafazkan pengucapan bertata susila
                o memberi dan menjawab salam
                o mengucapkan ucapan selamat pagi, selamat petang, selamat malam.
                o mengucapkan terima kasih dan terima kasih kembali dan lain-lain.
      Mengajuk bunyi perkataan dan ayat yang didengar.

      Perkataan dan ayat mudah
          o mendengar dan mengajuk perkataan mudah.
          o mengikut sebutan guru contoh, ayam, api, ekor dan lain-lain lagi.
      Mengikut bahan yang diperdengarkan.
          o mendengar dan mengajuk bunyi ayat.
          o mengikut sebutan guru
          o mengikut bahan yang diperdengarkan.
      Bersoal jawab untuk mendapat maklumat
      Maklumat diri, keluarga, rakan dan persekitaran.
          o bersoal jawab untuk mendapatkan maklumat mengenai keluarga, rakan dan persekitaran.
          o main peranan
          o permainan bahasa

      Menyatakan permintaan mengikut sesuatu situasi.
      Permintaan mengikut situasi.
          o meminta sesuatu dengan cara yang betul dan sopan.
          o Meminta kebenaran / izin mengikut situasi contohnya, maaf izin kan saya keluar dulu,
             maaf saya hendak ke tandas dll.
          o Meminta kebenaran / izin mengikut situasi contohnya, maaf izin kan saya keluar dulu,
             maaf saya hendak ke tandas dll.
       o   Memberi arahan kepada pasangan untuk melakonkan apa yang diarahkan, kemudian
           bincang semula kesilapan atau pelakuan yang tidak menepati arahan sepertimana yang
           dikehendaki.

Kem 3. Kemahiran Pra Bacaan
 Mengenal persamaan dan perbezaan objek dari segi rasa, warna, bentuk dan saiz.
       o Persamaan dan perbezaan objek.
       o Mengenal benda-benda maujud dan gambar.
       o menamakan objek / gambar
       o menamakan warna
       o menamakan jenis-jenis rasa seperti licin, kasar dan lembut
       o menamakan bentuk seperti bulat, segiempat dan segitiga.
       o Menamakan bentuk-bentuk asas seperti bongkah, gambar dan rajah..
       o Melihat kembali objek, gambar, rajah dan warna.
       o Membezakan bentuk, saiz warna dan jenis.
       o Mencari persamaan bentuk, saiz, warna dan jenis.
       o Mengkelaskan benda mengikut jenis dan kumpulan.

       o   Jenis-jenis dan kumpulan benda:
       o   Kenderaan seperti lori, bas dan kereta.
       o   Buah-buahan seperti buah pisang, betik dan tembikai.
       o   Pakaian seperti baju kemeja, seluar dan baju kurung.

   Mengenal dan mengecam bentuk dan bunyi huruf pada symbol yang dilihat.
   Bentuk dan bunyi huruf vokal dan konsonan.
        o Menyanyi lagu abjad
        o Menyebut huruf mengikut urutan ke depan dan belakang label, simbol dan bahan cetakan
           yang mudah.
        o Melawat persekitaran sekolah dan mengecam label-label yang dilihat.
        o Melihat dan menamakan label-label pada barang-barang harian seperti susu, tepung,
           biskut dan gula-gula.
        o Mengumpul dan menampal objek / label yang didapati dari akhbar atau majalah dan
           bercerita mengenainya.
        o Melukis gambar dan bercerita tentang gambar yang dilukis.
   Mengingat kembali sesuatu yang telah dilihat dengan cara melukis, menulis, dan memilih
    objek atau gambar yang diberi.
        o Ingatan penglihatan
        o Objek seperti bola, bintang, daun dll.
        o Gambar seperti kucing, bunga, pokok dll.
        o Rajah seperti segi tiga, segi empat, bulat dll.
        o Warna seperti warna kuning, biru, hijau, merah dll.
        o mewarnakan gambar yang sama jenis.
        o Memadankan gambar yang serupa.
       o   Mewarna,dan memadankan gambar yang serupa atau yang lsama saiz atau bentuk.
       o   Suaikan gambar dengan cerita

Kem. 4. Membaca
 Membina dan membaca suku kata
       o Suku kata
       o Membunyikan suku-kata, contoh:
       o Suku-kata terbuka – kv (ba, bi, bu, bo, be, be)
       o Suku-kata tertutup –kvk (jam, pam)
       o Membina perkataan daripada huruf / suku-kata, contoh:
       o Huruf – ( _ kan = ikan )
       o Suku-kata – ( bu_ = buku )
       o Memilih, memadankan dan menyalin suku-kata menjadi perkataan yang bermakna,
          contoh, bu, mu, ku, ka,
       o Mengeja dan membunyikan suku kata, contoh:
       o ba, bi, bu, be, be, bo
       o za, zi, zu, ze, ze, zo
       o Menulis suku-kata yang mudah contoh, bubu, gigi
       o Memilih, memadankan dan menyalin suku-kata menjadi perkataan yang bermakna
          contoh, na +si, ha + ri
 Membina dan membaca perkataan dan rangkai kata.
 Perkataan dan rangkai kata
       o Membaca perkataan, rangkai kata dan ayat
       o Membina perkataan daripada suku kata, contoh :
       o I + ni bu + ku.= Ini buku.
       o Membaca perkataan, contoh:buku, bola
       o Memahami makna perkataan mengikut konteks, contoh:
          gasing, ikan


       o  Membaca rangkai kata dalam perenggan dan membincangkan maksudnya, contoh, Ini ibu
          saya. Ibu saya ke pasar.
          Ibu saya ke pasar dengan kakak
       o Membina ayat dengan menggunakan rangkai kata mengikut konteks, contoh : buku = Ini
          buku saya. atau ibu = Ibu saya ke pasar.
       o Membaca teks bacaan yang mengandungi rangkai kata dengan kelancaran, sebutan,
          intonasi dan jeda yang betul, contoh : Ini kawan saya. Nama kawan saya Ali. Ali suka
          minum kopi. Ali suka makan roti.
   Menambah perbendaharaan kata
   Perbendaharaan kata
       o Mendengar dan menyebut perbendaharaan kata yang diberi oleh guru
       o Menyebut perkataan berdasarkan gambar
       o Menyalin perkataan yang disediakan oleh guru
       o Membina ayat berpandukan perbendaharaan yang diberi oleh guru
   Membaca dan memahami ayat dalam konteks
   Ayat
       o Menyalin ayat mudah
       o Menyusun dan menulis semula perkataan-perkataan yang disenaraikan supaya menjadi
          ayat yang betul
       o Menggunakan tanda baca yang betul
       o Membaca dan memahami perkataan dan ayat
       o Menyusun dan menulis ayat yang sesuai mengikut urutan isi
   Membaca dan memahami bahan yang dibaca
   Bahan bacaan mudah

   Bacaan terpilih
        o Membaca ayat / perenggan pendek dengan intonasi yang sesuai
        o Memahami bahan yang dibaca
        o Menyatakan isi-isi yang dibaca seperti pantun, teks, teka-teki dan syair
        o Menyatakan isi-isi yang dibaca seperti laporan, berita dan surat kiriman
        o Membaca teks bacaan dengan pantas dan menjawab soalan pemahaman
   Membaca mengikut arah dan cara yang betul.
   Etika membaca
        o Membaca dengan etika yang betul iaitu dari kiri ke kanan, bermula dari atas ke bawah
           dan bermula dari muka hadapan hingga ke
           halaman terakhir
        o Memperkenalkan tanda bacaan dalam ayat dan perenggan mudah
        o Membaca perenggan mudah dengan intonasi yang betul mengikut tanda bacaan
   Bercerita tentang bahan yang dibaca
   Bacaan intensif dan ekstensif
        o Membaca secara latih tubi bahan bacaan
        o Membaca pelbagai bahan bacaan
        o Menceritakan semula kandungan cerita yang dibaca
   Membuat kesimpulan / rumusan
   Kesimpulan / rumusan berdasarkan teks bacaan
        o Membaca secara berpasangan atau secara kumpulan kecil
        o Bersoal jawab tentang bahan yang dibaca

       o Menceritakan semula kandungan bahan yang telah dibaca
       o Melakarkan kandungan bahan yang telah dibaca
       o Menulis gambaran kandungan bahan yang dibaca
   Menghayati puisi mudah dengan gaya, sebutan dan intonasi yang betul
   Puisi mudah.
       o Menghayati pelbagai bentuk puisi seperti pantun, sajak dan syair melalui video
       o Menyanyi lagu puisi yang mudah
      Memahami dan memberi pendapat tentang bahan yang dibaca
      Pemahaman secara kritis dan kreatif melalui bacaan
          o Mengemukakan soalan yang pelbagai jenis dan terbuka
          o Memberi pendapat
          o Membuat rumusan
      Membina minat untuk membaca

      Bahan bacaan
          o Membaca bahan bacaan intensif
          o Membaca bahan bacaan ekstensif
          o Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa dari bahan
             bacaan
          o Membaca dan menghayati pelbagai bahan bacaan yang berkualiti untuk meningkatkan
             dan memperkukuhkan minat membaca
          o Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat
      Memperluaskan minat untuk membaca
      Sumber bacaan multimedia

           o Membaca bersama guru, rakan sebaya dan orang dewasa
           o Membaca dan bersoal-jawab tentang isi bacaan
           o Menceritakan semula bahan yang telah dibaca
           o Menyatakan mengapa buku tersebut dipilih
           o Mencari bahan bacaan dari pelbagai sumber dan menceritakannya.
Kem. 5. Pra Tulisan
   Menggerakkan tangan tanpa alat tulis
   Pergerakkan tangan, pergelangan tangan dan jari-jari
        o Menggunakan mata mengikut corak yang dibuat diudara dan media lain
        o Menggunting kertas mengikut garisan yang pelbagai bentuk dan gambar pelbagai saiz
        o Membuat corak dan pelbagai bentuk menggunakan getah gelang di papan paku
        o Membuat lakaran di pasir
   Menggerakkan tangan dengan menggunakan alat tulis dan menulis dalam kedudukan yang
       bersesuaian
   Penggunaan berbagai-bagai jenis alat tulis dan kedudukan semasa menulis.
       o Memegang pelbagai jenis alat tulis seperti pensel, pen dan krayon dengan cara yang betul
           untuk menulis
       o Menulis dalam kedudukan yang betul
       o Modul Strategi Pengajaran Berasaskan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah
           Pembelajaran
   Melakukan koordinasi mata dan tangan
   Latihan koordinasi mata dan tangan semasa menulis.
       o Memasukkan benang ke dalam lubang yang disediakan untuk membentuk jalinan atau
           gambar tertentu
       o Menyambung titik-titik pelbagai bentuk garisan dan gambar mengikut anak panah yang diberi
       o Mengarang manik
       o Meniru huruf dan nombor dan menulisnya mengikut arah yang betul
       o Melengkapkan bentuk huruf mengikut garisan putus-putus
       o Menulis huruf kecil dan huruf besar mengikut arah yang betul
       o Menulis huruf supaya menjadi suku kata dan perkataan
       o Menulis perkataan dan ayat yang bermakna
       o Menulis perkataan dan rangkai kata.
      Mengembangkan motor kasar dan motor halus
      Pergerakan-pergerakan untuk menghasilkan bentuk dan huruf yang betul dari segi isi, saiz,
       urutan, dan tegak serta condong huruf.
       o Membentuk huruf menggunakan tepung dan plastesin
       o Menulis atas permukaan pasir.
      Membentuk asas huruf dan nombor.
      Latihan menggerakkan jari mengikut
       o garisan putus-putus untuk membentuk huruf atau nombor

Kem. 6.Tulisan
   Mengenal, menekap, meniru bentuk huruf, suku kata dan perkataan
   Bentuk huruf, suku kata dan perkataan
          o Menekap huruf, suku-kata dan perkataan
          o Meniru semula bentuk huruf, suku-kata dan perkataan

      Menulis dan menyalin huruf, suku kata dan perkataan secara terkawal.
      Huruf, suku kata dan perkataan
          o Menyalin semula
          o Menulis perkataan mudah secara terkawal dan berpandu.
      Menyalin dan menulis ayat mudah

      Ayat mudah
          o Menulis perkataan mudah secara terkawal dan berpandu
          o Menyalin dan menulis ayat mudah.
      Menyalin dan menulis ayat mudah
      Ayat mudah
       o Menulis perkataan mudah secara terkawal dan berpandu
       o Menyalin dan menulis ayat mudah.
      Melengkapkan perkataan, rangkai kata dan ayat
      Perkataan, rangkai kata dan ayat
       o Menulis perkataan, rangkai kata dan ayat secara terkawal dan berpandu
      Menyusun dan menulis semula perkataan supaya menjadi perkataan yang betul
      Perkataan
       o Menulis perkataan
       o Membina ayat yang betul daripada perkataan yang diberi
       o Membina seberapa banyak ayat daripada perkataan yang disediakan
      Menyusun dan menulis semula rangkai kata supaya menjadi rangkai kata yang betul
   Rangkai kata
    o Menulis perkataan
    o Menulis rangkai kata
    o Menulis perkataan yang bermakna
   Menyusun dan menulis semula ayat supaya menjadi ayat yang betul
   Ayat
    o Menyusun ayat berpandukan gambar bersiri
    o Menyusun dan menulis ayat yang telah disediakan menjadi sebuah cerita yang telah
       diperdengarkan
   Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai
   Rangkai kata dan ayat
    o Menyambungkan ayat dengan menggunakan kata sendi yang sesuai
    o Menyambung ayat dengan perkataan sendiri
    o Menyambung ayat dengan kata hubung, jenis kata hubung gabungan yang diberi seperti “dan
       tetapi, atau”
    o Menyambung rangkai kata dengan rangkai kata

   Membina ayat
   Ayat
    o Melengkapkan tempat kosong dengan perkataan yang betul
    o Membina ayat mudah dengan menggabungkan perkataan / rangkai kata
    o Membina ayat sendiri dengan berpandukan gambar atau perkataan yang diberi

   Menulis karangan
   Karangan yang terkawal dan berpandu
    o Membina perenggan dengan menggunakan ayat sendiri
    o Menulis cerita berdasarkan gambar yang dilihat
    o Menulis karangan berdasarkan sesuatu tema atau peristiwa
    o Menulis penulisan bersumberkan multimedia
    o Menulis pelbagai jenis penulisan seperti karangan, cerita, seni kata lagu dan cerita
       menggunakan multimedia
    o Menulis penulisan kreatif seperti sajak, puisi, cerpen menggunakan pelbagai media.
   Membina minat menulis
   Penulisan bersumberkan multimedia
    o Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk email yang mudah, menarik dan
       bermakna
    o Memurnikan hasil penulisan
   Memperluaskan minat menulis
   Penulisan kreatif
    o Menulis penulisan kreatif seperti sajak, puisi, cerpen menggunakan pelbagai media
    o Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk email yang mudah, menarik dan
       bermakna
    o Memurnikan hasil penulisan
Kem. 7. Komunikasi
   Bercerita tentang diri dan persekitaran
   Maklumat tentang diri, keluarga, rakan sebaya dan peristiwa semasa.
       o Bercerita tentang diri, keluarga, rakan sebaya dan peristiwa semasa.

      o Bersoal jawab tentang diri, keluarga, rakan sebaya dan peristiwa semasa.
    Menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan dengan betul, bertata susila dan
      bersesuaian dengan konteks
    Berkomunikasi bahasa augmentasi
          o Berkomunikasi menggunakan pendekatan bantuan seperti kad gambar, carta dan model
              atau gambarajah.
          o Berkomunikasi menggunakan isyarat tangan.
          o Bertutur sambil menunjukkan kad perkataan, kad ayat atau gambar.
    Perbualan bertema
          o Guru memberi tema bagi satu-satu tajuk bagi aktiviti perbualan / perbincangan secara
              bersiri, contoh keluarga saya, jiran saya dan haiwan kesayangan saya.
   Perbualan bebas
          o Guru membimbing murid-murid berbual secara lisan berdasarkan keratan akhbar (ADD)
           Berdasarkan gambar
           Berdasarkan peristiwa semasa, contoh banjir, kebakaran dan kemalangan jalan raya.
          o Murid memberi pendapat
          o Murid menyambung cerita secara lisan :
           Berdialog
           Berpantun
           Berbahas
           Bersyair
 Cara penyampaian idea
 Guru menunjukkan pelbagai cara menyampaikan idea mengikut situasi, contoh, melalui
   multimedia, VCD, E-mail dan internet.



   Main peranan berdasarkan situasi, contoh:

           o Berbahas
           o Bermesyuarat
           o bersyair
   Mengaplikasikan kemahiran berbahasa menerusi penggunaan teknologi maklumat (ICT).
   Pelbagai sumber maklumat multimedia.
        o Mendedahkan tentang penggunaan multimedia.
        o Mencari maklumat
        o Menggunakan sumber maklumat untuk perbualan
        o Menggunakan sumber maklumat untuk menulis dalan penulisan kreatif.
       o   Menggunakan komputer untuk bacaan meluas, menulis dan menyampaikan idea. Internet dan
           E-mail.

Model Konseptual Kurikulum Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.

        Model ini dibina berasaskan kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan has yang tidak dapat
menerima manfaat daripada program pendidikan arus perdana. Murid-murid yang berada dalam program
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran terdiri daripada kumpulan murid dalam spektrum
ketidakupayaan yang ringan, sederhana dan teruk dengan pelbagai tahap kefungsian daripada yang tinggi
hingga rendah. Oleh itu rekabentuk model ini dibina adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan guru
mengembangkan bakat dan potensi sedia ada murid.
        Untuk memenuhi keperluan yang dinyatakan di atas, dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Menengah dan Rendah: Bidang Akademik
Berfungsi (2003), Jabatan Pendidikan Khas, Kementeria Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa,
kurikulum ini berlandaskan kepada tiga prinsip utama, iaitu :
 Pendidikan menyeluruh dan bersepadu bertujuan memberi fokus kepada potensi individu meliputi
    aspek jasmani, emosi, intelek dan sosial. Potensi ini hendaklah dipertingkatkan melalui penglibatan
    kumpulan pelbagai disiplin secara kolaboratif dan bersepadu.




Model Konseptual Kurikulum Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.

                    KEPELBAGAIAN KEUPAYAAN INDIVIDU



              MENYELURUH DAN BERSEPADU
              PEMBELAJARAN YANG MENGGEMBIRAKAN
              PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT




                                       KEPERLUAN                  PENDEKATAN
          BIDANG                                                     P&P
       PEMBELAJARA                     INDIVIDU
             N




                                     PENILAIAN
   Pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna merujuk kepada proses pengajaran dan
    pembelajaran yang merangsang dan mengekalkan minat murid berkeperluan khas kepada
    pembelajaran. Suasana pembelajaran yang kondusif perlu diberi penekanan agar murid dapat
    menguasai pengetahuan dan kemahiran yang boleh digunakan untuk keperluan diri dan kehidupan
    bermasyarakat. Ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan berfikiran terbuka
   Pendidikan sepanjang hayat merupakan perolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran di alam
    persekolahan yang dapat menjana peluasan ilmu secara berterusan untuk digunakan dalam kehidupan
    seharian.

Prinsip-prinsip di atas perlu dilaksanakan melalui satu proses yang melibatkan tiga aspek iaitu bidang
pembelajaran, pendekatan pengajaran dan pembelajaran meliputi kaedah, teknik dan strategi pengajaran
dan juga penilaian yang berteraskan kepada keperluan individu.

         Perhubungan antara bidang pembelajaran, pendekatan termasuk kaedah dan teknik pembelajaran
dan penilaian adalah bersifat interaktif. Untuk memenuhi keperluan individu, intraksi aspek-aspek di atas
boleh belaku dalam keadaan fleksibel. Proses ini bermula dari mana-nana aspek dengan berpaksikan
kepada keperluan murid. Model Konseptual ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak
terikat, di mana di dalam MODUL BAHASA MELAYU ini, digambarkan pada Key Stage yang dibina,
di mana aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan murid yang berbeza
berpandukan pilihan pengalaman pembelajaran murid itu sendiri.

12. Penilaian dan Penaksiran Dalam MODUL Bahasa Melayu

        Menurut Martha Rapp Ruddel, dalam bukunya berjudul Teaching Content Reading and Writing,
McLaughlin dan Vogt (1996), menyatakan bahawa penaksiran merujuk kepada proses mengumpul dan
mensintesiskan maklumat mengenai pembelajaran pelajar sementara penilaian ialah proses membuat
kesimpulan mengenai pembelajaran pelajar (McLaughlin & Vogt, 1996).

        Dalam MODUL BAHASA MELAYU, penilaian dan penaksiran yang dinyatakan oleh Martha
Rapp Ruddel, boleh digunakan bagi mengukur keupayaan dan pencapaian seseorang murid nenguasai
sesuatu kemahiran atau pengetahuan.

Penaksiran Formal
       Menurut Berlak (1999), penaksiran formal merujuk kepada program penaksiran atau program-
program lain yang dilaksanakan dengan menfokus kepada pengujianan dan pengukuran.

Portfolio
Menurut Wolf dan Siu (1996), portfolio ialah pengumpulan kerja pelajar yang terpilih dan merekodkan
pencapaian dengan merangkumi pelbagai konteks pada sepanjang masa, menstruktur daripada refleksi
dan memperkayakan melalui kolaborasi, sebagaimana tujuannya untuk mempertingkatkan taraf
pembelajaran pelajar.

Pengujianan dan Pengukuran
        Pengujianan dan pengukuran adalah cara menilai dan mentafsir kebolehan pelajar untuk
membaca dan menulis dengan menggunakan satu set soalan, masalah atau latihan yang bertulis atau
secara lisan. Pengujianan dan pengukuran melibatkan borang-borang yang berupa kuantifikasi. Ini
bermakna apabila kita memberikan ujian atau mengukur kebolehan membaca dan menulis, kita
menggunakan nombor untuk menghuraikan apa yang kita dapati. Ini seterusnya akan digunakan untuk
menaksir dan membuat keputusan tentang kebolehan literasi pelajar.


Sampling

Sampling ialah tindakan menggunakan sebahagian entiti yang diberikan untuk mengenal pasti
keseluruhannya. Apabila kita memberikan ujian pembacaan yang mengandungi 35 soalan dan
kemudiannya menggunakan keputusan ujian itu untuk menghuraikan      kebolehan      membaca     bagi
seseorang pelajar, maka kita telah mensampelkannya dengan tidak menilai secara keseluruhan mengenai
tabiat

membacanya. Oleh itu, ujian sampel      dalam bidangakademik selalunya menghasilkan keputusan yang
kurang tepat serta menyesatkan.

Penaksiran dan Penilaian

Penaksiran dan penilaian adalah perkataan yang biasanya digunakan untuk menerangkan kualiti dan
kuantiti analisis atas kebolehan literasi pelajar. Walau bagaimanapun, sesetengah pendidik telah
membezakan penaksiran (mengumpul dan mensintesiskan maklumat mengenai pembelajaran pelajar)
dengan

penilaian (membuat kesimpulan mengenai pembelajaran pelajar) (McLaughlin & Vogt, 1996). Penaksiran
dan penilaian boleh meliputi pengujianan tetapi tidak terhad kepadanya. Peninjauan, temu bual, analisis
pencapaian dan pelbagai kaedah penilaian lain biasanya digabung dengan keputusan ujian untuk
membantu guru membuat kesimpulan tentang kebolehan membaca dan menulis bagi seseorang murid.

Penaksiran Formal

Penaksiran formal dilaksanakan dengan menfokus kepada pengujianan dan pengukuran. Ia melibatkan
lebih banyak aspek berbanding dengan pengujianan, termasuklah pemerhatian formal (biasanya dilakukan
oleh psikometris atau psikologis yang sah) dan perbincangan formal (dengan dipimpin oleh kaunselor
terlatih atau pakar-pakar resos). Kaunseling, pendidikan khas, dan program-program lain akan
menjalankan penaksiran formal yang tersendiri dalam sekolah masing-masing.

Penaksiran Informal

Penaksiran informal boleh dijalankan di bilik darjah pada setiap hari. Ia termasuknya semua jenis ujian,
pemerhatian berstruktur dan tidak berstruktur, temu bual, laporan kendiri dan banyak lagi perkara yang
kita lakukan untuk memutuskan tentang pencapaian pelajar. Penaksiran informal adalah terancang,
sistematik dan dijalankan dengan arahan guru.

Penaksiran Autentik

Penaksiran autentik merujuk kepada sistematik bagi tingkah laku pelajar sampel untuk mengetahui


kebolehan serta dengan cara apa pelajar dapat menyelesaikan
tugasan rasmi mereka. Bagi seseorang guru, penaksiran autentik merupakan lanjutan daripada
       penaksiran informal. Dengan itu, ia dapat mencerminkan kebolehan sebenar pelajar dengan
mengambil kira perkara-perkara di bawah:
         Penaksiran autentik berlaku pada interval pendek pada sepanjang masa. Interval ini adalah
            terancang dan sistematik. Ia termasuklah penaksiran sampling semasa pengajaran (penilaian
            atas pelajar semasa mereka menjalankan aktiviti kelas) dan juga hasil daripada pengajaran
            (penilaian atas kerja penulisan dan projek pelajar).

           Penaksiran autentik memerlukan maklumat daripada pelbagai sumber. Pengujianan hanyalah
            mengambil kira satu sumber maklumat tetepi sebenarnya masih terdapat sumber-sumber lain
            yang bolah diambil kira. Ini termasuk kerja harian atau mingguan pelajar, pemerhatian
            semasa aktiviti kelas, perbincangan dan temu bual dengan pelajar, laporan kendiri pelajar
            serta perbincangan dengan guru-guru lain.

           Penaksiran autentik berlaku apabila pelajar sedang melakukan sesuatu atau menggunakan
            sesuatu untuk menjalankan tugasan pembacaan dan penulisan. Di samping memberi ejaan
            perkataan ataupun ujian tatabahasa, guru juga boleh mencatat dan menyimpan rekod
            mengenai tingkah laku pelajar semasa ejaan atau ujian tatabahasa dijalankan.



           Penaksiran autentik menggunakan pemerhatian guru sebagai sumber maklumat yang utama
            untuk mengenal pasti berapa baiknya serta dengan cara apa pelajar dapat mengartikulasikan
            ilmu pengetahuan mereka. Dengan ini, ia tidaklah hanya bergantung kepada keputusan ujian
            atau satu-satunya penaksiran sebagai pengukur tunggal bagi pencapaian akademik pelajar.


Prinsip-prinsip Penaksiran

Penaksiran dalam bidang subjek pembacaan dan penulisan, sama ada formal atau informal, mesti
berdasarkan prinsip-prinsip atau garis panduan yang tertentu seperti berikut:
         Penaksiran harus fokus pada pembelajaran.
         Matlamat penaksiran ialah untuk menggalakkan, membantu dan meningkatkan
            pembelajaran, tetapi bukan untuk “menangkap” pelajar yang tidak dapat melakukan apa
            yang kita harapkan.
         Penaksiran harus secara adil.
           Sehubungan itu, penaksiran perlulah berpadanan untuk semua pelajar tanpa mengira bangsa,
            jantina, kebolehan, kebudayaan, etnik, taraf sosioekonomi atau latar belakang bahasanya.
           Penaksiran harus sesuai dengan objektif bagi sesuatu sistem, sekolah, dan kurikulum.
           Apabila objektif, kurikulum, dan pelajaran telah disusun, strategi penaksiran mesti
            ditetapkan sebagai sokongan.

           Penaksiran harus mengenal pasti pembatasan bagi kaedah yang digunakan.
           Sehingga kini, tidak ada sesuatu prosedur penaksiran adalah sempurna. Apa yang penting
            ialah kita perlu memahami bagaimana setiap prosedur akan menimbulkan kekeliruan, lalu
            mengenal pasti pembatasannya dan mengambil tindakan untuk meminimumkannya.
           Penaksiran harus mengurangkan persaingan dan meningkatkan kerjasama di dalam
            bilik darjah.
           Penaksiran sepatutnya meningkatkan komunikasi antara guru dengan pelajar dan juga
            pelajar dengan pelajar. Ia dapat membina perasaan harga diri serta keyakinan dalam diri
            pelajar. Sebaliknya, persaingan akan membinasakan kedua-duanya.
           Penaksiran harus melibatkan penyertaan pelajar.
           Kita harus bertanya kepada pelajar apa yang mereka hendak lakukan, minta mereka menilai
            perbuatan diri sendiri (apa yang mereka rasakan adalah “berbaloi”). Ini mungkin
            menyebabkan pelajar rela untuk melaksanakan tanggungjawabnya.
           Penaksiran harus melibatkan laporan yang konsisten dan bermakna.
           Terdapat banyak faktor sosial dan ekonomi yang menyebabkan tertimbulnya jurang di antara
            keluarga dengan sekolah. Guru harus berusaha untuk berkomunikasi dengan ibu bapa secara
            terbuka serta memberi laporan yang jelas dan jujur mengenai anak mereka.


Penaksiran Formal
Isu-isu tentang kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu ujian, serta penyalahgunaan dan penipuan dalam
ujian telah semakin serius dan mendesak (Bracey, 2002). Ia tidak patut diabaikan dan sebaliknya
tindakan-tindakan wajar perlu dilaksanakan. Oleh itu penaksiran secara formal terhadap murid-murid
pendidikan khas harus ditelti dan dibuat berhati-hati supaya keesahannya tidak diragui.

Instrumen Pengujianan Yang Dicadangkan Dalam MOSEP Bahasa Melayu.

Ujian Standard / Ujian Rujukan Norma

Ia direka untuk mengukur kebolehan individu pelajar dengan membandingkannya dengan satu “kumpulan
norma”.

Ujian Sukatan / Ujian Pencapaian

Ia adalah ujian yang mengukur pencapaian umum pelajar dalam sesuatu bidang yang tertentu. Selalunya,
ia digunakan untuk mengukur pencapaian dan kemajuan pembacaan seseorang individu.

Ujian Diagnostik
Ia digunakan untuk menganalisis dan menentukan kekuatan dan kelemahan yang khusus. Guru-guru
pendidikan khas dan kaunselor merupakan pengguna utama bagi ujian diagnostik. Biasanya, mereka akan
mentafsirkan keputusan daripada ujian diagnostik dan menerangkannya kepada guru, pelajar, dan ibu
bapa.

Ujian Rujukan Kriteria

Ia dicipta untuk memberikan maklumat mengenai kemahiran khusus bagi seseorang pelajar. Ujian ini
mewujudkan persaingan yang paling minimum. Pelajar perlu mendapat markah yang melebihi skor
minimum untuk lulus. Ujian ejaan merupakan salah satu contoh ujian rujukan kriteria.




KESIMPULAN

        Model ini dibina berasaskan kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas yang tidak
dapat menerima manfaat daripada program pendidikan arus perdana. Murid-murid yang berada dalam
program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran terdiri daripada kumpulan murid dalam spektrum
ketidakupayaan yang ringan, sederhana dan teruk dengan pelbagai tahap kefungsian daripada yang tinggi
hingga rendah. Oleh itu rekabentuk model ini dibina adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan guru
mengembangkan bakat dan potensi sedia ada murid.




RUJUKAN


Jabatan Pendidikan Khas (2003).Huraian Sukatan Pelajaran
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan
Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia.


Jabatan Pendidikan Khas (2003 ) , Buku Panduan Bahasa Melayu
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan
Menengah.Kementerian Pendidikan Malaysia,


Kementerian Pendidikan Malaysia.(1994), Strategi Pendidikan Bahasa
Melayu Kuala Lumpur .Institut Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka.


Rashidi Azizan,Abdul Razak Habib .(1996).Pengajaran Dalam Bilik Darjah,Kaedah dan Strategi.

Kamarudin Hj.Hussin ,(1990). Pedagogi 2 .(UPM),Jabatan Bahasa

Kamarudin Hj.Hussin ,(1990). Pedagogi 4 .(UPM),Jabatan Bahasa

Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsan (2001) .Strategi Pengajaran Kepelbagaian Pelajar ,(UKM)
Fakulti pendidikan .


Pusat Perkembangan Kurikulum. 1982.. Buku Panduan Khas Program Pemulihan KBSR Edisi
Percubaan. Kementerian Pendidikan Malaysia




Lerner , J.W. 203 . Learning Disabilitires: Theories, Diagnosis and Teaching Strategies.Hougston
Mifflin Co.


Bender . W.2004. Learning Disabilities Characteristic,Identification and Teaching Strategies.Pearson Ed.


Buku Panduan Perlaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M).1999
.Jabatan Pendidikan Khas.Edisi Percubaan .


Buku Panduan Perlaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M).2003
.Jabatan Pendidikan Khas.Edisi Percubaan .


Yusuf Hashim. (1997 ).Media Pengajaran untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam.Fajar Bakti.
Psikologi Pendidikan 1.Psikologi Perkembangan


Mokhtar Ismail (1995). Penilaian Di Dalam Bilik Darjah ,Kuala Lumpur. Kementeriaan Pendidikan
Malaysia.Dewan Bahasa dan Pustaka.


Lee Shok Mee. (1994).Asas Pendidikan 2 .Murid dan Proses Pembelajaran .Kuala Lumpur. Kumpulan
Budiman Sdn.Bhd.


Mok Soon Sang .(1995).Asas Pendidikan 3.Penilaian Dalam Proses Pendidikan.Kuala Lumpur.Budiman
Sdn. Bhd.


Baxter J.Richert A . Saylor.C ,(1985).Sience Group: Content and Process Of Biologi.Paper Presented at
The Annual Meeting of the American Education,Chicago.


G.Cole.Peter & K.S.Chan ,Lorna .Methods and Strategies for Special Education.Deparment of
Education, University of Western Australia & University of Newcastle.1990.Prentice Hall.


An assessment Model Taylor, R.L. 2000. m/s 45. Assessment Of Exceptional Students Educational And
Psychological Procedures. Allyn and Bacon.


Lerner .J.W. (2003).Learning Disabilities: Theories, Diagnosis and Teaching Strategies.Pearson Ed.


Crain.W.C.(1985). Theories of Development,Concept and Application,2nd Ed. U.K.Prentice Hall,Inc.


Gagne.R.M.(1985).The Conditions Of Learning .4th Ed.New York : Holt,Rinehart and Winston.


Bender .W (2004).Learning Disabilities Characteristics,Identification and Teaching Strategies.Pearson
Ed.


Taylor, R.L. 2000. Assessment Of Exceptional Students Educational
And Psychological Procedures. Allyn and Bacon

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:368
posted:4/19/2012
language:
pages:34