stress by abgferoz

VIEWS: 2 PAGES: 3

									Tekanan atau stres hidup sudah menjadi lumrah kehidupan zaman moden, yang
dihadapi oleh semua peringkat umur, tidak kira jantina, bangsa dan agama.
Bukan hanya golongan dewasa yang dilimpahi stres di tempat kerja, rumah,
jalan raya dan pergaulan masyarakat, malahan kanak-kanak juga dibelenggu
pelbagai punca stres. Akan tetapi stres adalah satu perkara yang biasa
dalam kehidupan manusia yang normal dan setiap orang akan mengalami stres
pada sesuatu masa dalam kehidupannya. Stres adalah hakikat kehidupan yang
tidak boleh dielakkan. Stres adalah respons fizikal, emosi dan mental
yang berlaku kepada seseorang apabila tuntutannya tidak dapat dipenuhi.

Apakah itu stres?
Stres adalah reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak
menyenangkan seperti bunyi yang kuat, bau yang busuk atau kata-kata
kesat. Stres berlaku apabila tuntutan tidak setanding dengan kebolehan
dan kemahiran daya tindak seseorang. Stres juga boleh diertikan sebagai
faktor fizikal dan emosi yang menyebabkan tekanan ke atas minda dan tubuh
badan. Ia mungkin mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit
jantung koronari dan kemurungan.



Apakah punca-punca stres ?
Punca-punca stres terdiri daripada :
Dalam diri
Cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi
Rasa tidak selamat
Pengalaman zaman kanak-kanak
Peristiwa dalam kehidupan
Perwatakan / personaliti
Dilema dalam membuat keputusan
Stres keibubapaan
Sosial
Berpindah rumah
Konflik keluarga, penceraian, krisis hidup
Stres perkahwinan dan rumah tangga
Perhubungan interpersonal yang bermasalah
Masalah di tempat kerja
Cabaran kehidupan di kota atau di bandar
Masalah/ perubahan persekitaran
Masalah kewangan
Psikologi
Jenis Personaliti
Tragedi
Hilang orang yang dikasihi
Kurang keyakinan diri
Takut untuk gagal
Biologi
Penyakit fizikal yang kronik
Perubahan dalam tubuh (remaja)


Kenali tanda-tanda stres anda¡- ?
Tanda-tanda fizikal
Kering mulut
Gementar
Sakit kepala
Masalah tidur
Perubahan selera makan
Cepat letih
Lenguh-lenguh badan
Jantung berdebar-debar
Pernafasan semakin laju
Sakit perut
Cirit-birit
Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
Letih lesu
Tanda-tanda psikologi
Gelisah
Hilang sabar
Mudah marah
Lemah semangat
Risau dan bimbang
Kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
Mudah lupa
Takut gagal
Rendah diri
Keresahan
Tidak merasa seronok
Bosan
Low mood dan murung
Tanda-tanda tingkah laku
Merokok berlebihan
Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
Memikir atau bercakap tentang mencedera atau membunuh diri
Tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vandalisme)
Penyalahgunaan dadah dan alkohol
Masalah tabiat makan


Amalkan tips mudah tangani stres serta merta...Amalkan 10B
Bertenang
Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran
stres di peringkat permulaan.
Bernafas secara dalam
Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas
dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.
Berkata : Relakslah....
Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan
mengurangkan stres.
Beribadat
Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan
perasaan.
Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang
Perasaan/ masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya
harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli
keluarga atau kawan-kawan. berkongsi perasaan/ masalah akan melegakan dan
mengurangkan stres dalam diri.
Berurut
Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang
tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot
dan melancarkan perjalanan darah.
Berehat & mendengar muzik
Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.
Beriadah
Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung,
berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan
fikiran dan mengurangkan stres.
Bersenam
Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan
mengurangkan ketegangan otot dan stres.
Berfikiran Positif
Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi
bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh
dilakukan dalam situasi tersebut.
Dengan melakukan kaedah 10B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung
laju, marah, rasa gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan.

								
To top