KEMAHIRAN ASAS SENI by Mazlizasuleiman

VIEWS: 201 PAGES: 30

									 KEMAHIRAN ASAS SENI VISUAL

Garisan




1.1 Terbentuk daripada hasil cantuman deretan titik-titik
1.2 Ataupun satu susunan siri titik-titik yang bersambung
1.3 Garisan adalah unsur asas dalam menghasil seni tampak
1.4 Tanpa garisan, kita tidak dapat menghasil tulisan dan lukisan


Stensilan




1.1 Menghasil imej dari keratan kertas pendua atau profilem
1.1 Satu kaedah menggambar menggunakan alat yang telah ditebuk atau
dilubangkan pada kertas pendua
1.2 Stensilan terbahagi kepada 2 bahagian :
i. Bahagian positif
ii. Bahagian negatif
Lukisan




1.1 Adalah satu hasil kerja seni mengguna media kering
1.2 Hasil 2Dimensi menggunakan media kering
1.3 Contoh media :
i.Pensel warna
ii.Arang,Krayon
iii.Pensel,marker pen
iv.Pen mata bulat,pen manuskrip,dll


Catan




1.1 Hasil karya seni di atas permukaan 2 Dimensi.
1.2 Menggunakan bahan media basah
-penggunaan berus dan warna
-media basah memerlukan pelarut seperti
air atau minyak
1.3 Contoh media basah
i. Warna air/water colour
ii. Cat
iii.Cat minyak
iv. Warna poster
Montaj




1.1 Tampalan kertas gambar yang mempunyai sifat atau ciri-ciri tema yang serupa.
1.2 Montaj merupakan suatu jenis gubahan yang memerlukan daya imaginasi serta
rekacipta yang kuat bagi menampal gambar atau imej yang digunting dari majalah-
majalah.
1.3 Tampalan mestilah bertindih

Motif




1.1 Motif adalah rupa asal sesuatu corak berpunca daripada flora atau fauna yang
boleh dibahagikan kepada 2 kategori:
i. Organik
ii.Geometri
Gurisan




1.1 Adalah satu teknik menggambar atau mencorak secara mengguris bahan yang
disedia menggunakan benda tajam seperti paku,gunting,pisau dll

Tekapan




1.1 Adalah satu kaedah menggambar dengan cara menekap untuk mendapatkan
ulangan imej yang sama.


Kolaj




1.1 Kolaj ertinya potong atau koyak dan gam
1.2 Adalah satu teknik menghasil karya secara guntingan atau carikan kertas dan
menampal bahan tersebut
1.3 Bahan yang ditampal mestilah secara bertindan
1.4 Antara bahannya ialah kertas warna,akhbar,kain dll
Cetakan




1.1 Cetakan ialah kesan daripada penerapan gubahan-gubahan yang dihasilkan pada
sekeping permukaan blok ataupun plat
1.2 Kesan-kesan itu terhasil melalui garisan atau ukiran permukaan blok atau plat
berkenaan sehingga imej gubahan boleh dipindahkan ke atas kertas


Lipatan dan Guntingan




1.1 Merupakan satu aktiviti membentuk objek atau corak
1.2 Kaedah yang digunakan secara melipat kertas tertentu, mengguntingkan
dan menampalkannya pada permukaan bahagian kertas yang lain
1.3 Ianya menghasilkan corak positif dan negatif
Boneka




1.1 Boneka adalah seni patung
1.2 Membentuk rupa haiwan atau manusia
1.3 Contoh bahan ialah
kertas,kain dll
1.4 Ada 4 jenis boneka :
i. Boneka jari
ii.Boneka tangan
iii.Boneka tali
iv.Boneka tongkat


Batik




1.1 Berasal dari bahasa Indonesia bermaksud ‘ titik-titik ’
ataupun bunyi berdetik
1.2 Ada juga mengatakan berasal dari bahasa Jawa
iaitu tritik iaitu proses menghasil batik
1.3 Teknik digunakan adalah resis
1.4 Bahan utama warna batik,damar,fixer,parafin dan lilin
1.5 Biasanya batik menggunakan corak flora atau fauna
1.6 Ada 3 jenis proses batik :
I. Batik blok atau batik cap atau batik terap
ii.Batik skrin atau batik cetak
iii.Batik lukis atau batik tulis


Topeng




1.1 Topeng ialah sejenis alat yang direka untuk menutup sebahagian atau keseluruhan
kepala
1.2 Ianya digunakan untuk persembahan tarian,upacara kebudayaan ataupun hiasan
dinding
1.3 Jenis topeng ialah topeng mata, topeng muka dantopeng serkup
1.4 Topeng Serkup ialah topeng yang menutup keseluruhan bahagian kepala



Arca




1.1 Adalah seni binaan 3 Dimensi yang direka sebagai ciptaan berfungsi atau untuk
menilai estetikanya
1.2 Bahan-bahan yang digunakan seperti logam, kayu lilin, Plaster of Paris, tanah liat,
konkrit dan bahan buangan.
1.3 Dihasil secara kegiatan membentuk,ukiran atau binaan
Tembikar




1.1 Satu seni kraf tradisional
1.2 Menggunakan bahantara tanah liat, dibentuk, dibakar dan digilapkan
1.3 Tembikar merupakan karya 3 Dimensi.
1.4 Bermula zaman primitif lagi.


Assemblaj




1.1 Assemblaj bererti menampal, memetri atau menjahit objek sebenar pada sesuatu
permukaan kertas atau pemidang agar nampak berbentuk 3 Dimensi
1.2 Ianya mempunyai tema yang sesuai
1.3 Setiap bahan mempunyai kaitan antara satu sama lain
Wau




1.1 Satu hasil kegiatan membentuk yang mempunyai rangka atau
bingkai,imbangan,berekor dan dihias dengan kertas atau kain bermotifkan corak
digantung atau diterbangkan ke udara bertalikan benang
1.2 Merupakan satu permainan tradisional masa lapang
1.3 Sejarah muncul 3000 tahun dulu di negara China
1.4 Wau terbahagi kepada 2 :
i. Wau cantik
ii. Wau tegak


Anyaman




1.1 Anyaman bererti menyusun bilah-bilah,helaian-helaian atas bawah secara
berselang-seli 1/1, 1/2, 1/3, 2/3 dsb sehingga menimbulkan corak, jalinan,bentuk dan
akhirnya objek yang dikehendaki
1.2 Anyaman terbahagi kepada 3 :
i. Anyaman buluh
ii.Anyaman rotan
ii.Anyaman mengkuang / pandan
Mozek




1.1 Mozek ialah satu aktiviti guntingan atau koyakan dan ditampal bahagian tersebut
sebelah menyebelah supaya mendatangkan satu hasilan atau karya
1.2 Mozek juga bermaksud susun atur bahan sebelah menyebelah dan tidak bertindih
untuk menjadikan corak
1.2 Contoh bahan seperti kertas,kain, dll


Mobail




1.1 Mobail ialah suatu hasil karya 3 Dimensi yang mempunyai keseimbangan dan boleh
bergerak.
Stabail




1.1 Stabail ialah satu reka bentuk 3 Dimensi yang tidak bergerak.


Tenunan

1.1 Tenunan ialah proses menjalinkan benang secara bersilang sehingga terhasil
sehelai.
1.2 Tenunan dikaitkan dengan kain songket.
1.3 Perkataan songket berasal dari perkataan sungkit bermaksud mengangkat sesuatu.
1.4 Bahan yang digunakan untuk corak ialah benang emas


Ukiran




1.1 Ukiran ialah satu proses luakan ke atas papan, kayu, atau objek padu
menggunakan alat tertentu.
1.2 Ada 2 jenis ukiran kayu :
i. Ukiran tebuk tembus
ii.Ukiran timbul
Saring Sutera




1.1 Satu alat yang digunakan dalam proses cetakan jenis stensil dan diregang di atas
kayu pemidang
1.2 Proses ini juga dikenali sebagai sarigrafi
1.3 Juga dikenali dengan nama organdi


Garisan Grid




1.1 Garisan Grid ialah kombinasi garisan bersilang antara satu dengan yang lain sama
ada bersilang, menegak atau melintang.
1.2 Melalui petak suatu rupa,motif atau corak dapat dihasilkan
1.3 Garisan grid digunakan membantu menghasilkan struktur rekaan alam ciptaan
tuhan ataupun benda-benda
1.4 Susunan struktur disebut garisan grid


2D




1.1 2 D atau dua dimensi adalah objek yang dilukis di atas satu permukaan yang rata
3D




1.1 3 D ialah objek yang dapat dilihat dan disentuh dari pelbagai sudut


Kaligrafi




1.1 Kaligrafi ialah seni tulisan cantik atau berhias
1.2 Tulisan ini juga disebut tulisan Italik,Manuskrip atau seni khat
1.3 Contoh :
i. Old English
ii.Gothic
iii.Kaligrafer,Cloister Black,Chaucer dll


Bahan

1.1 Bahan ialah sesuatu subjek yang digunakan untuk mendatangkan hasilan atau
karya
1.2 Contoh warna air,minyak,cat,dakwat dll


Alatan

1.1 Alat ialah benda-benda yang membantu menghasilkan karya atau memindahkan
bahan atau imej ke permukaan untuk mendapat hasilan
1.2 Contoh alat seperti pisau,berus,gunting,paku dll
Media
1.1 Media ialah bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya seni
1.2 Contoh pensil,arang,pastel,dakwat dll


Resis
1.1 Resis adalah satu kaedah penolakan warna
1.2 Ia juga proses yang mana warna air tidak boleh bercampur dengan lilin atau minyak
1.3 Bahan yang digunakan ialah air,warna air,cat, minyak,lilin dan krayon


Capan




1.1 Capan adalah satu teknik menghasil karya dari imej yang sedia ada


Perspektif




1.1 Perspektif ialah garisan atau struktur yang dilukis untuk menimbulkan bentuk dan
ruang
1.2 Ruang perspektif merupakan kedudukan 2 objek yang sama saiz yang berada di
hadapan kelihatan lebih besar berbanding di belakang dalam ruang yang sama
Kadar Banding




1.1 Penyesuaian ukuran atau saiz sesuatu bahagian objek dengan keseluruhan objek


Komposisi




1.1 Komposisi adalah susun atur kedudukan objek dalam karya seni
Pengenalan PSV
Labels: Pengenalan PSV
PENDAHULUAN




Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan
lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni
tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni
mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat,
memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan
alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya
adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini
melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk
dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.
Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan
mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi
pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan
pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK).
Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan
melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.
Pendidikan seni visual sekolah rendah Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang
visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya,
berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan
pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.

MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang
harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum
berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh:
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan,
3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.
ORGANISASI KURIKULUM
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam
pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang
tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan
mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan
persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.
Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi
sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi
visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai
beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan
mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan
mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan
prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau
dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara
kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik,
mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan,
membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Organisasi
kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:
a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
a. Pemerhatian secara aktif
Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci
dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan
pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan
imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan
pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan
manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental.
Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah
perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini menggalakkan murid membuat
penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan
bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual
berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan
alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang
dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara
tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan
seni di masa akan datang.
Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali
aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi
keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari
aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni
visual sekolah rendah.
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni
visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud
dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar,
nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan
yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan
HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN
Pengenalan


Secara umumnya, seni adalah berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau
estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan rohani individu dan juga
masyarakat. Seni disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang
memerlukan kemahiran serta pengetahuan yang nyata (Martin, 1986 : 12). Hauser
dalam tulisannya, berpendapat bahawa seni adalah komunikasi (1959). Dari perspektif
pendidikan dapatlah dikaitkan bahawa bidang-bidang pendidikan juga memerlukan
estetika seni untuk diketengahkan bagi memudahkan penyampaian sesuatu maksud
agar lebih menarik dan mudah difahami. Maka dengan itu lahirlah apa yang dikatakan
Seni Dalam Pendidikan.


Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni
sastera, seni teater, seni fotografi atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam
Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi,
persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka. Murid diberi peluang menggunakan
pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi
dalam pembelajaran mereka. Selain itu Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk
mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat
untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang
tinggi.


Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi pandangan menyokong bahawa Seni Dalam
Pendidikan akan memberi manafaat dari segi jangkamasa panjang dalam
membangunkan sahsiah dan jati diri individu.


Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar melalui
pembelajaran secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan
dapat mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni
dalam pendidikan dalam pembelajaran mereka. Herman (1991), di dalam “Quadrant
Concept” menyatakan bahawa seni dapat membantu pemikiran rasional dan intiutif
seseorang individu.


Howard Gardner (1953), menyatakan , sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau
pendekatan yang digunakan didalam sesuatu pengajaran, hanya murid-murid tertentu
sahaja yang boleh mendapatkan bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid
mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza.
Pendekatan yang berintegrasi dengan pelbagai jenis kecerdasan memudahkan
penerimaan murid kepada yang lebih kreatif.


A Kesan-Kesan Positif Seni Dalam Pendidikan


Berdasarkan pandangan daripada tokoh-tokoh yang tersebut di atas tadi dapatlah
dibuat kesimpulan bahawa Seni Dalam Pendidikan mempunyai kepentingan dalam
bidang pendidikan. Antara kebaikan atau kesan-kesan positif yang dapag diperolehi
dalam penggunaan Seni Dalam Pendidikan ialah :-


A. i Proses pengajaran akan menjadi lebih seronok. Ini disebabkan pengintegrasian tiga
mata pelajaran seni akan dapat menarik minat murid. Menurut Russel (1968), matlamat
guru sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk
kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, sensitif terhadap pergerakan, bunyi,
bentuk, tekstura dan irama. Murid-murid akan mengambil bahagian dalam
pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran yang disediakan oleh guru. Di
samping itu juga mereka dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan bebas.


Sebagai contoh, semasa mengajar sesuatu pengajaran yang pertama iaitu lagu
‘burung’, kanak-kanak akan membuat pergerakan seperti burung semasa menyanyi
lagu tersebut. Dalam melakukan aktiviti tersebut, kita akan dapat melihat berbagai gaya
yang dipersembahkan oleh murid, samada seperti terbang, berjalan, melompat, makan
atau sebagainya. Seterusnya kanak-kanak disuruh menghasilkan gambar atau
mewarnakan gambar burung. Semasa pembelajaran ini kanak-kanak akan dapat
membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya.


A. ii Membantu perkembangan intelek, sahsiah dan sosial murid-murid.
John Dewey (1919), menyatakan ,pendidikan adalah satu proses untuk
mengembangkan kecerdasan manusia, sekolah seharusnya memberi kanak-kanak
kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk
melatih kecerdasan melalui seni. Seni yang dimaksudkan adalah seni visual, seni muzik
dan seni pergerakan.


Keberkesanan fungsi mata pelajaran seni visual, seni muzik dan seni pergerakan boleh
diperhebatkan dengan menjadikannya sebagai medium untuk pengajaran secara
penerokaan, pengembangan kreativiti, proses-proses berfikir secara kritis dan kreatif
dalam penyelesaian masalah dan merangsang pembinaan keyakinan diri dan imej
kendiri yang utuh. Dengan adanya proses pembelajaran Seni Dalam Pendidikan murid
akan lebih mudah untuk menerima kemahiran pembelajaran yang diajar oleh guru selari
dengan perkembangan diri mereka seperti rajah 1 di bawah. Dalam kaedah pengajaran
inkuiri penemuan murid-murid diberi peluang meneroka dan mencari sendiri jawapan
kepada permasalahan. Peluang inilah yang digunakan oleh murid-murid untuk
melahirkan idea dan mendorong mereka menggunakan keupayaan akal dan fizikal
untuk menyelesaikan masalah. Secara langsung emosi mereka menjadi berkembang
dan begitu juga dengan sosial bila murid-murid ini berinteraksi sesama rakan sebaya
dan guru.




Rajah 1: Model Wholistik
Perkembangan Kanak-kanak


Falsafah perkembangan Dewey menekankan bahawa perkembangan emosi, jasmani
dan sosial seseorang individu melalui aktiviti-aktiviti bermain dan meneroka sendiri di
peringkat sekolah rendah merupakan pengalaman semula jadi yang banyak membantu
kanak-kanak dalam pembelajaran mata pelajaran-pembelajaran lain di sekolah.


A. iii Menjadikan guru lebih bermotivasi dan kreatif dalam merancang pengajarannya.
Dengan adanya SDP dalam kurikulum sekolah rendah, pengajaran dan pembelajaran
akan lebih menyeronokkan dan penglibatan murid juga adalah baik maka guru-guru
akan lebih bersemangat dan kreatif untuk merancang persediaan untuk pengajaran
mereka di mana pengajaran yang dirancang akan lebih mencabar serta mengutamakan
perkembangan intelek, emosi, psikomotor dan kematangan murid. Sekaligus ini menjadi
motivasi dan perangsang kepada guru untuk lebih banyak meneroka kemahiran-
kemahiran baru yang sesuai dengan pencapai murid-muridnya. Hasil daripada
persekitaran pembelajaran yang baik, guru juga akan dapat meningkat profesionalisma
dalam kerjaya mereka. Usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang cemerlang,
berilmu dan mantap dari segi sahsiah pada tahun 2020 pasti akan berhasil.


B Penghubungkaitan Pelbagai Bidang dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Penghubungkaitan membawa maksud menghubungkaitkan pelbagai bidang kemahiran
dan pengetahuan dari beberapa mata pelajaran dalam ssesuatu pengajaran dan
pembelajaran. Dengan adanya penghubungkaitan tersebut pembelajaran akan dapat
membantu percambahan pemikiran murid dengan mengaitkan isi pengajaran guru
dengan kehidupan seharian mereka. Pengajaran dan pembelajaran yang ada
penghubungkaitan ini akan menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif. Tujuan
penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan
lagi tahap kefahaman belajar murid-murid. Selain itu ia juga boleh membina serta
melatih minda murid-murid untuk menjadi lebih aktif dan kreatif sekaligus dapat
membantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang
diajar.


Sebagai contoh, guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual bertajuk ‘Haiwan’.
Sebelum murid-murid membuat aktiviti menggambar atau aktiviti membuat rekaan dan
corak yang berkaitan dengan haiwan, guru terlebih dulu mencungkil pengetahuan sedia
ada murid dengan bersoaljawab beberapa soalan yang mudah dan ringkas. Antara
aktviti yang boleh dijalankan ialah menamakan haiwan,mengajuk bunyi haiwan,
menyatakan cara pergerakan haiwan, mengelaskan kumpulan haiwan dan sebagainya.
Di sini elemen Sains dan seni pergerakan telah dihubungkaitkan. Untuk mengaitkan
dengan bahasa dan muzik, guru meminta murid menyanyi mana-mana lagu yang ada
kaitan dengan haiwan. Selain itu murid juga disuruh berpantun atau membaca puisi
berkenaan haiwan. Untuk mengaitkannya dengan mata pelajaran Matematik, guru
mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan penyelesaian masalah (problem
solving) yang ada kaitan dengan kehidupan seharian murid-murid. Contohnya, “Di
dalam bakul itu ada sepuluh ekor ikan, dua ekor telah dilarikan kucing. Berapa ekor
ikankah yang masih tinggal?’



Rajah 2 : Contoh Penghubungkaitan Mata pelajaran dalam Pelajaran Pendidikan Seni
Visual.


Dengan adanya penghubungkait tersebut murid-murid akan belajar beberapa
kemahiran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat
memantapkan perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran
berintegrasi seperti yang tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap
perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif mereka.
Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penghubungkaitan
(penggabungjalinan) ini lebih berkesan, guru-guru memainkan peranan yang paling
penting selain kesedian murid-murid sendiri.


B. i Peranan Guru dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran ini antaranya
adalah:-


i) Merancang persediaan mengajar yang dapat menarik minat murid. Antara perkara-
perkara yang perlu di ambil perhatian dalam penyediaan rancangan pengajaran ini ialah
berkenaan dengan topik, objektif pengajaran, isi pelajaran cara penyampaian isi serta
penilaian yang diguna untuk menguji murid. Dalam penyediaan isi pelajaran guru
perlulah menyediakan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang pemikiran murid-murid
dan aktiviti tersebut perlu penglibatan semua tanpa mengambil kira tahap kebolehan
mereka.
ii) Merancang dan memilih sumber bahan pengajaran dan pembelajaran serta bahan
bantu mengajar. Sumber bahan-bahan yang dipilih perlulah mesra pelajar iaitu mudah
digunakan oleh mereka. Bahan tersebut sudah semestinya menarik. Antara bahan yang
boleh digunakan ialah bahan elektronik seperti komputer, televisyen, radio, internet dan
sebagainya. Bahan bukan elektronik yang juga boleh digunakan seperti carta
bergambar dan sebagainya. Guru perlu menyediakan bahan yang bersesuaian dengan
tajuk yang hendak di ajar.
iii) Guru sebagai pemotivasi dan fasilitator murid-murid. Guru haruslah memberi
motivasi dan keyakinan kepada murid-murid untuk melahirkan idea dalam pembelajaran
mereka supaya dapat membentuk sikap positif dalam perkembangan diri serta
mempunyai nilai-nilai murni dalam hidup. Selain itu juga adalah fasilitator atau
pemudahcara semasa pembelajaran berjalan. Di mana guru membimbing serta
memberi tunjuk ajar jika diperlukan oleh murid-muridnya. Dengan itu guru perlulah
meningkatkan diri mereka dengan ilmu dan mempelbagaikan teknik-teknik
penyampaian serta membuat kajian tentang pencapaian murid-murid dari semasa ke
semasa.
iv) Pengurusan Kelas . Peranan guru di sini ialah membahagikan pelajar mengikut
tahap pencapaian akademik mereka. Dengan pembahagian ini ianya akan
memudahkan guru menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap akademik
murid-muridnya. Selain itu guru juga perlu memastikan suasana pembelajaran yang
teratur. Perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah:-
- kelas atau bilik yang selesa
- peredaran udara dan cahaya yang sesuai
- kelengkapan perabot, bahan dan peralatan yang mencukupi



B. ii Peranan Murid


Selain guru, murid-murid juga mempunyai peranan mereka sendiri untuk memastikan
pelaksanaan pengajaran penghubungkaitan ini berjaya. Mereka digalakkan melibatkan
diri dengan sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah samada
secara formal atau tidak formal. Dengan melibatkan diri secara aktif secara tidak
langsung akan dapat mempertingkatkan kemahiran belajar mereka dan mereka juga
dapat membuat penilaian kendiri tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Murid-
murid juga digalakkan untuk meneroka sendiri sesuatu kemahiran yang baru dengan
sentiasa merujuk kepada guru sekiranya menghadapi masalah pembelajaran.
C. Pendekatan Bertema


Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun atau dirancang mengikut
sesuatu konsep atau tema. Ianya merangkumi koleksi bahan, aktiviti, isi pelajaran serta
teknik penyampaian. Pendekatan bertema memberi peluang kepada guru untuk
menghubungkait mata pelajaran yang diajar dengan mata pelajaran lain.
Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran ini memberi
peluang kepada murid-murid untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang
mengekspresikan sesuatu tema yang telah dirancangkan. Dalam pemilihan dan
penentuan tema banyak perkara yang guru perlu ketahui agar pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang berkesan. Antara perkara tersebut ialah:-
 tema yang dipilih hendaklah berasaskan kemahiran, pengalaman serta pengetahuan
sedia ada murid
 tema yang dipilih berfokus kepada sesuatu isu. Contohnya isu-isu semasa.
 sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar mudah didapati dalam tema
yang dipilih
 guru perlu mempunyai banyak pengetahuan dalam tema yang dipilih.
 guru perlu memastikan tema pengajaran tersebut mempunyai pemeringkatan aktiviti
dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.


Pendekatan bertema juga dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk
mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan adanya pelbagai aktiviti yang
menyeronokkan. Ini disebabkan tema yang dipilih mempunyai beberapa kemahiran
seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik, berfikir, menyanyi dan
mengekspresi bakat (melukis).




C. i Terdapat banyak tema yang boleh digunakan oleh guru. Tema-tema tersebut boleh
dikategorikan dalam tiga jenis tema iaitu:-


A Tema persekitaran
B Tema Masyarakat
C Tema Komunikasi


Berikut merupakan satu contoh pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema.
Tema yang digunakan ialah tema persekitaran.


Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : Tahun 4
Tema : Pengangkutan
Persekitaran : Persekitaran Teknologi


Di dalam pengajaran ini isi-isi pelajarannya dapat dikaitkan dengan mata pelajaran lain
seperti Sains, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Pendidikan Pergerakan dan
Kesihatan dan Kajian Tempatan dan Matematik. Di dalam pengajaran dan
pembelajaran ini murid-murid akan di dedahkan dengan beberapa perkara penting
seperti :-
- sejarah teknologi pengangkutan;
- kepentingan pengangkutan kepada manusia
- kesan-kesan teknologi pengangkutan terhadap alam sekitar, kesihatan manusia,
haiwan dan tumbuhan
- bentuk-bentuk pengangkutan
- pergerakan kenderaan
- perkaitan antara laju dan jarak menggunakan kenderaan


Tema persekitaran teknologi dipilih kerana ia telah membawa kemajuan dan
pembangunan kepada manusia . Teknologi juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan
telah memperkenalkan konsep globalisasi. Teknologi yang hebat dan hebat mampu
menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri dengan aktif dalam
aktiviti-aktivi pengajaran yang berjalan. Murid juga akan dapat meneroka pergerakan
kreatif, imej, bunyi serta meluahkan perasaan mereka secara bebas.


C.ii Pengintegrasian Matapelajaran


Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) penegasan yang berkesan
amatlah dititik beratkan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dan
mencapai objektifnya terutama sekali kepada murid-murid. Bagi memastikan hasrat
kerajaan dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara tercapai beberapa kaedah
pengajaran digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah konsep
integrasi. Ianya meliputi semua bidang kemahiran ke arah penguasan ilmu
pengetahuan, kemahiran bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni untuk melahirkan
modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Kerana
keseimbangan ini adalah asas kepada keharmonian negara. Antara aspek
pengintegrasian yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah


(a) Penggabungjalinan
Ia adalah proses menyepadukan (penggunaan) pelbagai bidang kemahiran bagi
menjadikan suatu pelajaran itu integratif dan menyeluruh. Melalui strategi
penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu matapelajaran
disampaikan secara menyeluruh dan bersepadu dengan mengaitkannya dengan satu
mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Penggunaan strategi ini dapat memberi
peluang murid-murid menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan isi
pelajaran yang diajar. Ia juga boleh mengelakkan kebosanan dan menimbulkan
suasana pembelajaran yang lebih menarik. Untuk menjadikan proses
penggabungjalinan ini lebih berkesan, murid-murid hendaklah terlebih dahulu
menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar, bertutur, mengira, membaca
dan menulis secara mekanis. Tujuan menguasai kemahiran asas ini ialah untuk
menarik perhatian guru untuk memberi kefahaman dan penerangan yang lebih
bermakna kepada murid.



(b) Penyerapan
Dalam konteks KBSR, penyerapan bermaksud sebagai proses menyatupadukan isi
pengetahuan daripada mata pelajaran untuk dijadikan isi pelajaran bagi sesuatu mata
pelajaran yang diajar. Contohnya bahan atau kandungan isipelajaran daripada mata
pelajaran lain seperti Matematik, Seni Pergerakan, Sains, Pendidikan Muzik, Seni
Visual atau Kajian Tempatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam pelajaran
Bahasa Malaysia. Penyerapan pengajaran dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti dan
gerak kerja yang dijalankan oleh murid di sepanjang masa pengajaran dan
pembelajaran berjalan.


Bagi tema “Pengangkutan” yang dipilih terdapat beberapa aktiviti integrasi mata
pelajaran lain yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya
ialah dengan menayangkan jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di negara kita serta
beberapa penerangan tentang pengangkutan tersebut. Selepas itu murid diminta
melakukan beberapa aktiviti.


Pergerakan : (a) cara memandu kereta atau kapal terbang
(b) menunggang motosikal
(c) mengayuh perahu


Seni Visual : (a) membuat model kenderaan
(b) mewarna gambar


Pendidikan Muzik : (a) membunyikan bunyi kenderaan
(b) menyanyikan lagu yang ada kaitan dengan kenderaan.


Selain daripada itu murid-murid juga diminta untuk membandingkan saiz kenderaan
(Matematik), menyatakan kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam perkembangan
pengangkutan (Sains), dan menerang secara ringkas tentang sejarah pengangkutan
(Kajian Tempatan)


Di dalam aktiviti pengintegrasian ini kemahiran utama yang diajar kepada murid-murid
ialah kemahiran:
Lisan - menyoal untuk mendapatkan maklumat
- bercerita secara ringkas tentang kenderaan/pengangkutan
Bacaan - membaca petikan yang disediakan
- mencari maklumat yang terdapat dalam multimedia
Tulisan - menulis maklumat
- menjawab soalan
C. iii : Bagaimana aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?


Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan murid-muridnya dapat
mengikuti dan seterusnya dapat menerima isi pengajaran yang disampaikan dengan
semaksima mungkin. Maka dengan itu aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran
murid menjurus kepada sesuatu yang boleh mencabar tahap kebolehan mereka. Aktiviti
seperti pergerakan dilakukan supaya kanak-kanak akan mendapat lebih kefahaman
tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, imbangan berat
badan dan daya. Semasa melakukan aktiviti tersebut kanak-kanak akan dapat
memperkembangkan konsep pembentukan kendiri dari segi emosi sosial, fizikal, rohani
dan nilai-nilai murni. Dengan adanya aktiviti ini perkembangan psikomotor murid
menjadi lebih meningkat dan sekaligus membantu mereka menggunakan kesemua
deria yang ada pada mereka untuk memudahkan penerimaan ilmu pengetahuan.


Untuk aktiviti yang berkaitan dengan Seni Visual, murid-murid membuat model
kenderaan dan mewarna hasil kerja mereka. Aktiviti ini dapat mengembangkan daya
imaginasi murid-murid dan penajaman daya intuisi mereka. Murid-murid juga dapat
berinteraksi dengan bebas sesama rakan sebaya. Mereka mencari pengetahuan dan
memanipulasi benda-benda menjadi sesuatu yang boleh dijadikan alat permainan
mereka. Murid-murid juga akan dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif
dalam proses pembelajaran meraka. Dalam aktiviti nyanyian guru dapat membimbing
murid kemahiran lisan mereka. Ia juga dapat membantu murid meluahkan perasaan
berlandaskan pengetahuan dan pengalaman verbal dan bukan verbal samada
berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi.
Ini menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih
menyeronokkan.


Dapatlah disimpulkan bahawa aktiviti-aktiviti integrasi dalam pengajaran adalah sebagai
pengukuhan kepada kemahiran yang diperolehi daripada mata pelajaran lain dapat
membantu penguasaan kemahiran fokus yang dikehendaki dalam objektif pengajaran
dan pembelajaran dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan individu secara
seimbang, harmonis dan bersepadu.
C. IV Penggunaan Bahan Dalam Proses Pengajaran


Pemilihan bahan pengajaran juga adalah sebahagian dari tugas guru dalam merancang
pengajarannya. Penggunaan bahan bantu mengajar mengajar adalah sangat penting
kerana ianya dapat membantu murid lebih memahami dan apa yang mereka fahami itu
akan kekal dalam ingatan mereka. Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya termasuklah pengetahuan
dan nilai-nilai murni. Bahan juga boleh dikategorikan sebagai media pendidikan.
Kesemua alat dan bahan, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran
yang berkaitan akan dapat merangsang dan mewujudkan iklim pembelajaran yang
kondusif dan berkesan. Ia juga penting sebagai media komunikasi, sumber pengalaman
dan unsure yang boleh mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Bahan-bahan
yang digunakan dalam pengajaran ini ialah:-


Bil Bahan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1 Bahan elektronik
- komputer, tayangan klip
video, Internet
Penerangan semasa set induksi.
Mencari maklumat
2 Bahan bukan elektronik
- carta gambar
- lembaran kerja
- teka silangkata
- surat khabar lama
Mencari maklumat tentang pengangkutan
Aktiviti pengayaan
Aktiviti melukis dan mewarna gambar


3 Bahan maujud
- kereta, motosikal dan basikal


Membina ayat dan kemahiran membaca dan menulis.
Rajah 3 : Bahan pengajaran dan pembelajaran


Dalam pengajaran bertema yang dicadangkan ini bahan pengajaran yang digunakan
ialah klip video yang ditayangkan menggunakan komputer dan LCD. Maklumat-
maklumat pengajaran disampaikan melalui tayangan berkenaan keadaan sebenar serta
peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan pengangkutan di negara kita. Tujuannya
ialah supaya murid-murid mendapat maklumat yang lebih jelas jika diterangkan dengan
contoh-contoh yang memerlukan bahan audio dan visual. Contohnya;


1) menerangkan jenis-jenis pengangkutan (air, udara dan darat)
2) menunjuk dan membezakan kepantasan pergerakkan kenderaan
3) menerangkan bunyi kenderaan
4) menerangkan bentuk-bentuk kenderaan


Penerangan guru dengan diiringi bahan-bahan tersebut dapat memperkembangkan
corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami sesuatu dengan jelas.
Internet juga digunakan sebagai pendedahan dunia IT kepada murid. Guru
membimbing murid meneroka alam maya untuk mencari maklumat. Peluang ini akan
dapat menimbulkan rasa ingin tahu murid


Penggunaan bahan-bahan pengajaran seperti yang terdapat dalam Rajah 3 di atas
dapat membantu murid meneroka dan mengaitkan pengetahuan dengan pengalaman
dan pembelajaran dari mata pelajaran lain seperti Sains dan kajian Tempatan. Di
samping itu ia juga dapat memupuk nilai-nilai murni dan pemikiran positif murid-murid.

								
To top