Docstoc

Kontrak Sosial

Document Sample
Kontrak Sosial Powered By Docstoc
					PENDAHULUAN


       Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dimana terdapat pelbagai kaum atau
etnik yang hidup bersama secara harmoni. Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya
terdiri daripada berbilang etnik namun konflik antara kaum jarang berlaku. Sebelum
mencapai kemerdekaan, masalah utama yang dihadapi ialah masalah perpaduan. Ia berkait
rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum menuntut
bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Selain itu, timbul kebimbangan daripada
apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi. Sementara itu orang
bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan kerakyatan.


       Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan oleh
sikap kaum-kaum yang ada di tanah Melayu tetap hasil daripada dasar pecah dan perintah
Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang ekonomi. Ini
menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang perbezaan dan
menjejaskan perpaduan.


KONSEP KONTRAK SOSIAL


       Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti
Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu
perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti
individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri
sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.


       Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan
syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksud dokumen yang
mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang berkaitan dgn
kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dgn masyarakat,
perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan
boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan
ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di
sesebuah negara.


       Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum
yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin
                                             1
yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut
disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC.
Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari
perspektif   lain, kontrak   sosial sememangnya     wujud dalam      sejarah negara     dan
permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya
menentukan sifat negara.


       Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuknegara.
Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal
keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Kontrak sosial yang
dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di
negara ini. Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa
rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub
dalam Perlembagaan Malaysia.


       Dalam sistem demokrasi moden, kontrak sosial diungkapkan melalui pilihanraya.
Pilihan raya merupakan satu daripada ciri-ciri penting dalam amalan sistem demokrasi
berparlimen. Di Malaysia pilihan raya diadakan setiap lima tahun bagi pemerintah
menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat.


       Untuk memperoleh semula kuasa, pemerintah perlu mendapat mandat baru daripada
rakyat melalui proses pengundian sulit oleh mereka yang layak mengundi. Pada umumnya
kontrak sosial mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Dalam konteks masyarakat
majmuk di Malaysia, kontrak sosial penting untuk mewujudkan masyarakat yang kental, utuh
dan kukuh berasaskan kesedaran terhadap kepentingan memahami antara satu sama lain,
hormat menghormati, dan bertolak ansur.


       Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan perkongsian
hidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam masyarakat majmuk dinegara
ini. Seperti dalam mana-mana kontrak atau perjanjian, walaupun ada sebahagiannya yang
tidak disuratkan dan boleh dipinda mengikut keadaan, namun segala perubahan itu mestilah
merupakan persetujuan bersama atau keizinan bersama.Kontrak atau perjanjian tidak boleh
diubah secara satu pihak sahaja. Semua yang terlibat dalam perjanjian itu mesti setuju
kepada perubahan dan pindaan. Apatah lagi kontrak sosial itu telah diinstitusikan dengan
menyuratkannya ke dalam Perlembagaan Persekutuan.


                                             2
UNSUR-UNSUR BERKAITAN DENGAN KONTRAK SOSIAL


       Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara
penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan
Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan
perjanjian perdamaian.


       Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa
elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para
penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang
dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia
yang berbilang kaum. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya
merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957.


       Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan
sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi,
politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa
asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya kedalam Perlembagaan bagi
mengekalkan keistimewaan mereka iaitu institusi beraja, hak keistimewaan orang Melayu,
kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.


       Institusi beraja di Malaysia bermula sebelum kedatangan penjajah. Apabila Tanah
Melayu dijajah, raja-raja negeri Melayu merasakan kedudukan mereka mula tergugat.
Penjajah British memperkenalkan undang-undang beraja sebelum memberi kemerdekaan
kepada Tanah Melayu. Pada tahun 1957, akhirnya kemerdekaan diberikan kepada
Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan
supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan. Raja-
raja   Melayu   menggambarkan     ciri-ciri   asal   negara   Malaysia.   Ia   melambangkan
kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah
negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang
mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara.


       Masyarakat Melayu risau kedudukan dan hak mereka sebagai penduduk pribumi
akan tergugat dengan kemasukan pendatang dari negara China dan India. Oleh sebab itu,
kontrak sosial antara kaum di Malaysia memberi jaminan kepada masyarakat pribumi.
                                               3
Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas dibawah Perkara 153 bertujuan
memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Perkara 153 menggariskan
bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa
menyelamatkan kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa
atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan
termasuk permit atau lesen perniagaan.


       Selain itu juga, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu
yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan orang Melayu
di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:
“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”
[Perkara 3: Perlembagaan Persekutuan] Manakala isu bahasa sentiasa menjadi faktor
terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara dan kontrak sosial. Keperluan satu
bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari
penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan
bahasa pertuturannya. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan
tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152
Perlembagaaan Persekutuan.


KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL


       Walaupun sudah hampir 55 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan, formula
kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia
tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa
semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh
perlembagaan.


       Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam perlembagaan
persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan
menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini
yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum.


       Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu
berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di
                                           4
Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang
mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormatidan
patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan.


       Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap kontrak
sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang diberikan kepada
mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran. Generasi bukan
Melayu sekarang pula menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatu yang sudah berlalu.
Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi mereka ia adalah sesuatu
yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera merupakan
sebahagian daripada kontrak sosial. Jika golongan bukan Melayu diberi kewarganegaraan
atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberi perlindungan melalui fasal-
fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa orang Melayu.


       Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem
kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula
harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat dinegara ini. Hak orang
bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan
membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami.


       Malah negara kita juga pernah gempar dengan kontroversi berkaitan isu agama iaitu
tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan usaha Kumpulan
Artikel 11 yang giat berkempen ke seluruh negara atas nama kebebasan individu untuk
bebas beragama sehingga menimbulkan suasana tegang dan kemarahan umat Islam setiap
kali mengadakan kempen-kempen penerangan mereka. Ini adalah rentetan daripada
polemik kes Lina Joy dan juga kes perebutan mayat Moorthy, Nyonya Tahir dan juga terbaru
Rayappan antara keluarga si mati dan juga Jabatan Agama Islam.


       Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjamin
keharmonian kaum di Malaysia. Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak
sedangkan formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara perpaduan
antara kaum. Oleh itu, bagi mengelakkan rasa prejudis ini dan mengelak perkara yang tidak
dijangka adalah lebih wajar jika kita mengambil jalan mudah dengan tidak membicarakan
tentang kontrak sosial secara terbuka.




                                             5
KESIMPULAN


       Sebagai kesimpulan, kontrak sosial adalah satu formula mewujudkan satu cara hidup
yang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan dalam kepelbagaian
berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama, toleransi dan bersatu padu. Formula ini
sebahagian besarnya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan, yang diamalkan secara
bijaksana dalam satu pakatan agung negara dengan inspirasi untuk membawa Malaysia
muncul dalam peta dunia sebagai sebuah negara maju.


       Oleh itu, rakyat Malaysia perlu menghayati semangat kontak sosial ini dengan
menolak keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme; dan pada masa yangsama
terus memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk ini dalam satu ikatan yangerat dan padu
serta mengadunkannya dalam acuan tersendiri yang unik dan menyenangkan. Dalam kata-
kata yang ringkas, kontrak sosial menjunjung semangat keadilan dan perpaduan
berasaskan kepada prinsip “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”.




                                            6

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags: kontrak, sosial
Stats:
views:238
posted:4/8/2012
language:Indonesian
pages:6