Docstoc

skema jawapan trial perak 2011 bm2

Document Sample
skema jawapan trial perak 2011 bm2 Powered By Docstoc
					SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN
    BAHASA MELAYU 2
         (910/2)
     NEGERI PERAK
          2011
                                              1


1. Pemerdagangan Orang ialah suatu jenayah kemanusiaan yang dipandang serius pada masa
ini. Perbuatan ini membabitkan eksploitasi pada skala besar, terutamanya terhadap golongan
wanita dan kanak-kanak yang merupakan suatu bentuk perhambaan moden. Huraikan usaha
dan cabaran untuk menanganinya.

Pendahuluan:

Definisi:    Pemerdagangan orang merupakan satu perbuatan yang dikeji kerana manusia
dijadikan sebagai bahan dagangan bagi mengaut keuntungan.

    -     Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) melaporkan bahawa jenayah Pemerdagangan
          Orang mengaut keuntungan sebanyak US$44.3 setahun.
    -     Di Malaysia, penularan jenayah seperti ini semakin menjadi-jadi .
    -     Empat kawasan dikenal pasti sebagai destinasi utama Pemerdagangan Orang di Sabah,
          iaitu di Tawau, di Keningau, di Sandakan, dan di Kota Kinabalu.
    -     Kerajaan terpaksa memikirkan usaha untuk menanganinya, namun usaha ini menghadapi
          pelbagai cabaran.

Isi-Isi

Usaha-usaha menangani masalah Pemerdagangan Orang

IS 1: Kerajaan memperkukuh sistem dan proses dalam pengumpulan data warga asing ke
negara ini sebagai langkah untuk mengurangkan kadar Pemerdagangan Orang di negara ini.

IS 2: Pencegahan Pemerdagangan Orang di negara ini memerlukan kerjasama antara Malaysia
dengan rakan-rakan sejawat daripada Indonesia dan pihak berkuasa Filipina.

IS 3: Malaysia melaksanakan hukuman jenayah yang lebih tegas terhadap mereka yang terbabit
dalam mengambil atau mengeksploitasi buruh paksaan.

IS 4: Malaysia perlu membangun dan melaksanakan prosedur untuk mengenal pasti mangsa
pemerdagangan buruh dalam kalangan kumpulan yang sering terdedah dengan aktiviti ini, seperti
pekerja migran dan merujuk mereka kepada perkhidmatan perlindungan yang ada.

IS 5: Malaysia melakukan rundingan semula tentang memorandum persefahaman (MoU)
dengan negara-negara sumber dalam menggabungkan perlindungan mangsa dan menarik balik
pasport atau merampas dokumen perjalanan .

IS 6: Malaysia meluluskan Akta Anti-Pemerdagangan Orang 2007 (ATIP) bagi menangani isu
tersebut. Kewujudan akta ini telah memberikan kuasa kepada pihak kerajaan untuk mendakwa
dan mengenakan hukuman dengan peruntukan penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga
RM500,000.00.
                                             2


Cabaran-cabaran untuk menanganinya

IS 7: Kerajaan sukar membanteras kegiatan pemerdagangan orang kerana melibatkan jenayah
rentas sempadan atau jenayah global.

 IS 8: Kebanyakan warga asing yang memasuki ke negara ini adalah secara sah sama ada
sebagai pelancong ataupun sebagai pelajar, tetapi kemudiannya menjadi sasaran sindiket
Pemerdagangan Orang hingga menyebabkan anggota penguatkuasaan menghadapi kesukaran
untuk mengatasinya.

IS 9: Pihak berkuasa tidak mempunyai satu pelan kukuh untuk menanganinya.

IS10: Kebanyakan mangsa yang terlibat tidak mahu membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Kesimpulan:

Kerajaan Malaysia telah menunjukkan komitmen besar dalam menangani Pemerdagangan Orang
. Sebagai sebuah negara yang masih baharu dalam usaha membanteras aktiviti memperdagang
dan menyeludup manusia, terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan.
Walau bagaimanapun kerajaan juga telah mewujudkan jaringan kerjasama dari segi perkongsian
dan pertukaran maklumat risikan antara agensi penguat kuasa di peringkat serantau dan
antarabangsa. Tegasnya, kerjasama antara orang awam dengan agensi penguat kuasa, seperti
polis, imigresen, kastam, dan Jabatan Maritim juga perlu dipertingkatkan kerana kerjasama ini
amat penting untuk menangani jenayah Pemerdagangan Orang.
                                              3



2 Perniagaan pinjaman wang secara haram sudah lama bertapak di Malaysia. Kini, fenomena
tersebut berkembang pesat sehingga jumlah pinjamannya menjangkau ratusan jutaan ringgit.
Huraikan punca berlakunya fenomena ini dan bentuk pengawalan yang boleh dilaksanakan
dalam usaha membanterasnya.


Pendahuluan:

   -   Along merupakan individu yang menawarkan bantuan dari segi pinjaman wang secara
       haram dengan mengenakan kadar bunga yang tinggi.
   -   Tujuannya untuk mengaut keuntungan berlipat ganda dan mampu meneruskan operasi
       haramnya meskipun ekonomi negara dan dunia mengalami kemelesetan
   -   Pelbagai punca yang mendorong fenomena ini berkembang pesat di negara kita.
   -   Oleh itu, beberapa bentuk kawalan perlu dilaksanakan untuk membanterasnya.

ISI-ISI


Punca-punca

IS 1 : Penularan ini berpunca daripada kerenah birokrasi perbankan tempatan yang didakwa
‘kurang mesra’ pelanggan. Bank tempatan dikatakan hanya membantu orang kaya .

IS 2: Along bukan sahaja tidak gentar dengan pihak berkuasa, malah tanpa berasa takut, mereka
mempromosikan kegiatan haram ini menerusi kain rentang dan poster yang ditampal di tempat
awam untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

IS 3: Walaupun masyarakat mengetahui kekejaman Along, namun mereka terutamanya
golongan kaki judi, peniaga-peniaga kecil, kontraktor, dan sebagainya, tidak serik untuk
mendapatkan perkhidmatan itu. Mereka terpaksa meminjamnya untuk modal pusingan,
melangsaikan hutang, atau membeli barang-barang terlarang.

IS 4: Golongan yang menghadapi kesempitan wang, terutama kakitangan awam, golongan elit,
dan selebriti berasa malu untuk meminjam wang daripada rakan-rakan atau saudara mara.
Lantaran itu, ada antara mereka yang sanggup ‘mencagarkan’ cek peribadi, tanah, rumah, dan
sebagainya kepada Along.



Langkah-langkah

IS 5: Penggubalan undang-undang yang lebih keras, seperti hukuman buang daerah dan sebat
haruslah disegerakan oleh pihak kerajaan untuk membanteras aktiviti haram Along ini daripada
terus berleluasa.

IS 6: Pendidikan tentang bahayanya kegiatan Along kepada masyarakat harus diterapkan sejak
kecil seperti kita memerangi najis dadah secara habis-habisan agar mereka tidak terjebak dengan
Along.
                                             4


IS 7: Kementerian Kewangan mewujudkan skim pinjaman, seperti Tabung Ekonomi Kumpulan
Usahawan Niaga (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia yang sebelum ini dikhaskan kepada
penduduk luar bandar diperluas kepada penduduk bandar.

 IS 8: Prosedur pinjaman bank dilonggarkan dengan mengurangkan kerenah birokrasi . Syarat
pinjaman yang dikenakan oleh pihak bank sewajarnya dinilai semula.

IS 9: Penubuhan pusat aduan masyarakat bagi setiap Dewan Undangan Negeri , misalnya Biro
Pengaduan Awam bagi memudahkan masyarakat melaporkan kegiatan Along.

IS 10: Komitmen yang sepenuhnya oleh pihak berkuasa, seperti polis untuk membanteras
Along dan koncu-koncunya dengan mengheret mereka ke muka pengadilan. Pihak polis dapat
menjejaki kelibat mereka dengan menggunakan nombor-nombor telefon yang tertera pada iklan
haram.

Kesimpulan:

Kesimpulannya, gerakan memburu Along ini perlu diberikan tumpuan menyeluruh, bersepadu,
dan berterusan. Pihak kerajaan dengan kerjasama semua pihak perlu berusaha untuk
memerangi kegiatan ini agar masyarakat tidak hidup dalam ketakutan. Kita haruslah
berwaspada dan mengelakkan diri daripada terlibat dengan kegiatan ini. Harapan kita, kegiatan
ini dapat dikurangkan demi menjamin keharmonian dan kesejahteraan masyarakat
                                              5


3 Kini, terdapat pelbagai laman sosial di internet yang dilayari oleh masyarakat, khususnya
golongan remaja. Bincangkan kesan daripada aktiviti tersebut.

Pendahuluan

        Laman sosial yang terdapat di internet seperti Facebook, My Space, Twitter , Skppy
Friendster dan lain-lain. Laman sosial ini digunakan oleh masyarakat dan golongan remaja
khususnya untuk berhubung dengan rakan-rakan dari seluruh dunia. Pelbagai kesan diperoleh
masyarakat hasil daripada laman sosial ini.

Isi-isi

Kebaikan

IS 1 : Laman ini dapat digunakan untuk mencari rakan-rakan lama yang telah terputus hubungan
/ dan mengenali kenalan baru daripada pelbagai peringkat umur dan status sama ada dari dalam
atau luar negara.

IS 2 : Laman ini dapat digunakan untuk bertukar-tukar pendapat, pandangan dan berbincang
tentang mata pelajaran.

IS 3 : Laman ini juga dapat digunakan untuk menghebahklan sesuatu acara / peristiwa untuk
rakan-rakan secara cepat dan percuma.

IS 4 : Melalui laman ini, pengguna dapat mempromosikan / mengiklankan produk-produk
mereka kepada rakan-rakan dengan murah dan cepat.

IS 5 : Dapat muat turun bahan-bahan yang penting untuk pelbagai tujuan .

Keburukan

IS 6 : Laman sosial ini digunakan oleh mereka yang berniat jahat untuk mencari kenalan di
peringkat antarabangsa sebagai ‘keldai dadah’.

IS 7 : Pelbagai bahan yang tidak bermoral dimuat turun ke dalam laman ini, untuk tatapan
masyarakat dan remaja.

IS 8 : Laman ini juga dijadikan tempat untuk pelbagai propanganda politik untuk mempengaruhi
golongan remaja dan masyarakat.

IS 9 : Golongan kanak-kanak juga menjadi pelanggan kepada laman sosial ini dan mereka
terdedah dengan pelbagai bahan yang tidak sesuai dengan peringkat umur mereka seterusnya
perkara ini mempengaruhi minda mereka.

IS 10 : Banyak masa terbuang sekiranya masyarakat terutamanya golongan remaja leka melayan
rakan-rakan mereka.

IS 11 : Golongan remaja menjadikan laman ini satu kaedah baru oleh mereka untuk berhubung
dan menetapkan pelbagai janji temu untuk melakukan pelbagai jenayah/maksiat.
                                          6


Kesimpulan

Laman ini merupakan salah satu kemudahan yang seharusnya digunakan oleh masyarakat dan
golongan remaja secara bijaksana kerana kewujudan laman ini sebenarnya membawa pelbagai
kebaikan kepada masyarakat. Walau bagaimanapun penyalahgunaan laman ini mendatangkan
keburukan.
                                              7


4 Kenaikan harga barangan dan kos perkhidmatan semakin membimbangkan masyarakat,
khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Anda sebagai pengerusi sebuah jawatankuasa
bercadang untuk menghantar satu memorandum berkaitan dengan hal ini kepada Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Dalam memorandum itu, anda
dikehendaki menyatakan kekesalan dan langkah-langkah untuk menangani permasalahan ini.
Sediakan memorandum tersebut.


                                           Memorandum


       Kepada :
       Daripada:
       Tajuk:

       1.Pendahuluan
       2.Penyataan pendapat
       3.Usul-usul
       4.Penutup
       5.Tandatangan                                                   6.Tarikh




Tajuk : Kenaikan Harga Barangan Runcit dan Kos Perkhidmatan dan Langkah-Langkah untuk
        Mengatasinya.

1.0 Pendahuluan
- Kegawatan ekonomi di negara kita sebenarnya dipengaruhi oleh ekonomi dunia dan situasi ini
menyebabkan kenaikan harga barangan runcit dan kos perkhidmatan. Keadaan ini bertambah
gawat apabila berlaku kenaikan harga petroleum di pasaran dunia.

- Kenaikan harga barangan runcit dan kos perkhidmatan ini memberikan impak yang cukup
besar khususnya kepada rakyat yang berpendapatan rendah di negara kita.

2. 0 Penyataan pendapat

2.1 Kenaikan barangan - harga gula dari RM1.80 sekilogram kepada RM2.30 menyebabkan
kenaikan harga minuman dan kuih-muih berlaku secara mendadak. Kenaikan harga minyak
masak menyebabkan harga makanan turut meningkat dan hal ini membebankan masyarakat
yang berpendapatan rendah.

2.2 Kenaikan harga petrol Ron 95 (Julai 2010) dari RM1.85 kepada RM1.90 (Disember 2010),
Ron 97 (Julai 2010) RM2.10, (Mei 2011) RM2.90 menyebabkan hampir kesemua barangan dan
kos perkhidmatan meningkat dengan jumlah yang besar.
                                              8


2.3 Kenaikan tarif elektrik sektor domestik, komersial, dan industri pada kadar purata 2.23 sen
perkilowatt sejam (kwj) dari 31.31 sen / kwj ke 33.54 sen/kwj yang berkuat kuasa pada 1 Jun
2011 dan harga setem daripada 30 sen kepada 60 sen yang berkuat kuasa pada tahun 2011.
Kenaikan ini membebankan masyarakat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kenaikan ini
akan menyebabkan pembelanjaan isi rumah meningkat dengan ketara.

2.4 Kenaikan tambang bas sekolah, teksi, dan bas awam memberikan tekanan kepada masyarakat
yang berpendapatan rendah dan sederhana kerana mereka terpaksa menggunakan pengangkutan
awam setiap hari untuk ke tempat kerja.

2.5 Kenaikan harga insuran kenderaan seperti kereta dan motorsikal membebankan masyarakat
miskin.



3.0 Usul-usul.

3.1 Mengadakan stok penimbal bagi barangan runcit, seperti gula, beras, tepung, minyak masak,
minyak petrol dan lain-lain supaya harga barangan dapat distabilkan mengikut permintaan dan
penawaran di pasaran.

3.2. Bank negara perlu memberikan arahan supaya harga insuran kenderaan diturunkan
berdasarkan kepentingan golongan rakyat, khususnya rakyat miskin.

3.3 Subsidi minyak perlu dinaikkan untuk kenderaan pengangkutan awan. Oleh itu, tambang
dapat diturunkan ke kadar yang munasabah.

3.4 Pihak KPDNKP hendaklah membuat pemantauan lebih kerap untuk memastikan harga
barangan runcit dan kos perkhidmatan pada paras harga yang ditetapkan oleh kementerian.



Kesimpulan

Kenaikan harga barangan dan kos perkhidmatan sebenarnya dipengaruhi oleh permintaan dan
penawaran. Walau bagaimanapun, masyarakat boleh memainkan peranan penting untuk
mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ini. Masyarakat juga berhak untuk
memilih barangan yang serupa dengan harga yang lebih murah. Kerajaan juga seharusnya bijak
mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi negara untuk kepentingan dan kebajikan rakyat. Kita
sebagai rakyat Malaysia haruslah menjadi pengguna yang bijak.
                                              9


                                           Bahagian B

5      Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan
ringkas tanpa     menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih
daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 190 hingga 200 patah perkataan. Jumlah
perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan.                    [20]

        Pada 1 Januari 2010, genaplah setahun penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM). Sebagai sebuah suruhanjaya, penubuhannya bukan sahaja membawa misi
untuk menghapuskan rasuah, malah agensi ini turut dipertanggungjawabkan untuk membentuk
rakyat yang berintegriti. Senario ini mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada
rasuah berlandaskan nilai-nilai moral yang tinggi. SPRM merupakan satu-satunya agensi
pembanterasan rasuah di negara ini yang mempunyai tanggungjawab besar untuk memerangi
rasuah secara habis-habisan hingga ke akar umbi.
      Sebenarnya, rasuah telah pun wujud dan berleluasa hingga ada negara yang menjadi kucar-
kacir dan hancur, seperti yang berlaku di Mesir, Mesopotamia, Empayar Rom, dan Dinasti
Ching. Oleh itu, ungkapan “Rasuah Perosak Tamadun Bangsa dan Negara” sememangnya diakui
amat benar sekali. Kajian yang telah dijalankan oleh Transperancy International Malaysia
membuktikan bahawa golongan yang berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung untuk
memberikan rasuah kepada pihak berkuasa. Golongan yang berpendapatan bulanan sebanyak
RM5000 dan ke atas merupakan golongan yang paling ramai terlibat dalam pemberian rasuah,
iaitu kira-kira 52%.
Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi berikrar untuk
membanteras perbuatan rasuah secara habis-habisan memandangkan gejala rasuah ini menjadi
semakin kronik di negara kita. Sekiranya masalah ini dibiarkan merebak, pelbagai implikasi
negatif akan berlaku sehingga menyebabkan negara Malaysia runtuh pada suatu hari nanti. Kita
sedia maklum bahawa kemajuan negara dalam pelbagai aspek bergantung pada usaha semua
pihak, terutamanya pihak pentadbir negara dan golongan cerdik pandai. Hal ini bermakna,
sekiranya gejala rasuah berlaku dalam kalangan mereka, kepercayaan atau keyakinan daripada
orang awam akan terhakis. Seandainya keadaan ini berlanjutan, politik negara tidak akan stabil
kerana rakyat akan mula memberontak dan mencetuskan reformasi. Akhirnya, keadaan huru-hara
akan berlaku dan kerajaan digulingkan.
Rasuah akan menjadi lebih serius apabila terdapat pihak-pihak tertentu mengetepikan etika dan
mutu kerja mereka. Keadaan ini disebabkan kakitangan awam dan kontraktor binaan, adakalanya
sanggup mengubah suai projek yang dirancang dengan menggunakan bahan-bahan yang kurang
bermutu, seperti bancuhan simen tanpa mengikut sukatan sebenar untuk mengaut keuntungan.
Akibatnya, bangunan yang dibina tidak mengikut piawaian keselamatan sehingga keselamatan
rakyat menjadi taruhan. Contohnya, sesebuah projek yang dirancang yang berharga kira-kira
RM100 juta, berkemungkinan besar RM20 juta daripadanya hangus begitu sahaja untuk
kepentingan peribadi. Keadaan ini akan menjejaskan sektor pembinaan kerana para pelabur asing
tidak berminat untuk melabur di negara kita.
SPRM mempunyai struktur pentadbiran dan bidang pelaksanaannya yang lebih menyeluruh. Hal
ini penting bagi merealisasikan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju
yang sifar rasuah. Kesannya, SPRM lebih diyakini kerana telah memperoleh kejayaan dalam
mengawal gejala rasuah di negara kita berdasarkan pendekatan yang dilaksanakan oleh pentadbir
di Hong Kong. Dengan adanya generasi baharu yang berintegriti, komitmen rakyat, dan usaha
kerajaan dalam membanteras gejala rasuah, sudah tentu Malaysia menjadi sebuah negara bebas
rasuah. Ingatlah bahawa penglibatan kita dalam gejala rasuah menyebabkan maruah atau harga
diri tergadai.
                     (Dipetik dan diubahsuaikan daripada `Suruhanjaya pencegahan Rasuah
                     Malaysia SPRM’, Buletin, November / Disember 2009, halaman 21-22)
                                                 10


Skema jawapan

Soalan 5

Idea utama : Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membawa misi untuk
menghapuskan rasuah / dan membentuk rakyat berintegriti. / Senario ini mewujudkan masyarakat
Malaysia yang bebas rasuah./ SPRM merupakan agensi pembanterasan rasuah di negara ini yang
mempunyai tanggungjawab untuk memerangi rasuah.

Isi sokongan

IS 1 :     Rasuah telah wujud dan berleluasa / sehingga negara menjadi kucar-kacir dan hancur.

IS 2 :     Kajian membuktikan bahawa golongan yang berpendapatan bulanan sebanyak RM5000
           dan ke atas / merupakan golongan yang paling ramai terlibat dalam pemberian rasuah.

IS 3 :     Perdana Menteri Malaysia berikrar untuk membanteras perbuatan rasuah / kerana rasuah
           menjadi semakin kronik./ Pelbagai implikasi negatif berlaku sehingga / menyebabkan
           keruntuhan negara.

IS 4 :     Kemajuan negara bergantung pada usaha semua pihak / namun sekiranya gejala rasuah
           berlaku/ kepercayaan (keyakinan) daripada orang awam akan terhakis, / politik negara
           tidak akan stabil / dan kerajaan digulingkan.

IS 5 :     Rasuah akan menjadi lebih serius / apabila mereka mengetepikan etika dan mutu kerja
           mereka / sehingga sanggup mengubah suai projek / untuk mengaut keuntungan. /
           Keadaan ini akan menjejaskan sektor pembinaan / kerana pelabur asing tidak berminat
           untuk melabur.

IS 6 :     SPRM mempunyai struktur pentadbiran / dan bidang pelaksanaannya lebih menyeluruh
           / bagi merealisasikan Wawasan 2020 / sehingga SPRM lebih diyakini / kerana
           memperoleh kejayaan dalam pengawalan gejala rasuah.



Kesimpulan

    Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bebas rasuah / dengan adanya generasi baharu
    yang berintegriti / komitmen rakyat, / dan usaha kerajaan dalam membanteras gejala rasuah. /
    Penglibatan kita dalam gejala rasuah menyebabkan maruah atau harga diri tergadai.
                                             11


                                        Bahagian C

Jawab satu soalan sahaja.

6 Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan memindahkan
bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah.                                    [15]

       “Tuk Ngah Sudin, Sipah kena sengat tebuan tanah.”

       “Hah… teruk ke dia?”

         Ngah Sudin cepat-cepat menyarung selipar dan bergegas menuruti Jibam yang memecut
seperti anak kijang.

       “Macam mana Sup?” Ngah Sudin cemas sebaik sahaja sampai ke serambi rumah Usup.
Sipah dilihatnya terbaring di atas tilam kekabu.

       “Entahlah Ngah, aku pun tak tau nak buat apa.”

       “Hantar hospitallah,” saran Ngah Sudin sambil duduk bersila di sebelah Usup.

       “Bukan ada kenderaan nak keluar ke pekan tu. Klinik paling dekat pun dekat dua puluh
batu dari sini,” kata Usup.

      “ Iya... Si Fakir pun baru je balik ke Serdang, kalau tak, boleh juga guna motor dia.”
Ngah Sudin menggaru-garu kepala yang tak gatal.

       “Kau tau siapa lagi yang ada kenderaan dalam kampung ni, Ngah?”

       “Siapa ada Sup...? Orang kampung ni semua pakai basikal.”

        Usup memicit-micit kepalanya. Dia sungguh kesal membiarkan Sipah bermain-main di
tepi kebun tadi.

                                   (Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Jibam', oleh Ujang,
                                   1995, Creative Enterprise, halaman 63-64)
                                            12


Skema jawapan

Soalan 6

        Jibam memberitahu Tuk Ngah Sudin bahawa Sipah disengat tebuan tanah. Tuk Ngah
Sudin ingin tahu sama ada keadaan Sipah teruk atau tidak. Ngah Sudin cepat-cepat menyarung
selipar dan dia bergegas menuruti Jibam yang memecut seperti anak kijang. Ngah Sudin
bertanya kepada Usup tentang keadaan Sipah. Ngah Sudin cemas sebaik-baik sahaja sampai ke
serambi rumah Usup. Ngah Sudin melihat Sipah terbaring di atas tilam kekabu.

        Usup mengatakan bahawa dia tidak tahu untuk melakukan apa-apa. Sambil duduk bersila
di sebelah Usup, Ngah Sudin menyarankan agar Sipah dihantar ke hospital. Usup mengatakan
bahawa tidak ada kenderaan yang hendak keluar ke pekan. Menurut Usup lagi, klinik yang
paling hampir kira-kira dua puluh batu dari situ.

        Ngah Sudin mengeyakannya dengan mengatakan bahawa Fakir baru sahaja pulang ke
Serdang. Menurutnya lagi, jika tidak mereka boleh menggunakan motor Fakir. Ngah Sudin
menggaru-garukan kepala yang tidak gatal. Usup menanyakan Ngah Sudin sama ada dia tahu
atau tidak sesiapa yang ada kenderaan di dalam kampung itu. Ngah Sudin bertanya kepada Usup,
sesiapa lagi yang mempunyai kenderaan. Menurutnya lagi, semua orang di kampung itu
menggunakan basikal. Usup memicit-micit kepalanya. Dia sungguh kesal kerana membiarkan
Sipah bermain-main di tepi kebun.
                                              13


7    Alih bentuk bahasa iklan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa.                    [15]

    INSTITUT PENYELIDIKAN HIDRAULIK KEBANGSAAN MALAYSIA (NAHRIM)

                        KENYATAAN TAWARAN TENDER TERBUKA
Tawaran dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan
Malaysia dalam kod bidang seperti di bawah dan menggunakan sistem e-Perolehan bagi
menyertai tender berikut:

             No. / Tajuk Tender                    Kod Bidang      Tarikh Tutup       Kaedah
                                                   Pendaftaran        Tender         Perolehan

                  X035107                            100200        30 Jun 2011          Secara
                                                                    (Khamis)         e-Perolehan
MEMBEKAL, MENGHANTAR,                           (kelengkapan
MEMASANG, MENGUJI JALAN DAN                       makmal)               Jam
MENTAULIAH SISTEM FLUM                                           12.00 tengah hari
PELBAGAI FUNGSI UNTUK INSTITUT
PENYELIDIKAN HIDRAULIK                                           Tawaran     yang
KEBANGSAAN (NAHRIM)                                              dihantar selepas
                                                                 jam 12.00 tengah
                                                                 hari pada tarikh
                                                                 tutup tidak akan
                                                                 dipertimbangkan.



2. Petender yang ingin menyertai tender ini mestilah menggunakan e-Perolehan. Dokumen
tender boleh      diperoleh    mulai 1 JUN 2011 (RABU) melalui laman web
www.eperolehan.gov.my.

3. Bagi memperoleh dokumen tender, sila bawa bersama sijil pendaftaran asal dengan
Kementerian Kewangan dan sijil taraf bumiputera, berserta dengan salinannya.

4. Dokumen yang dihantar secara manual hendaklah dimasukkan dalam sampul surat berlakri
dan dimasukkan ke dalam peti tender seperti alamat di atas, pada atau sebelum 30 Jun 2011
(Khamis).

5. Petender diwajibkan menghadiri taklimat tender yang akan diadakan pada 3hb Jun
2011 (Jumaat) jam 10.00 pagi, bertempat di Mini Auditorium NAHRIM.


                   (Dipetik dan diubahsuaikan daripada iklan akhbar Berita Harian,1 Jun 2011)
                                             14


Skema Jawapan

Soalan 7

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) mengeluarkan kenyataan
tawaran tender terbuka. Syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan
Malaysia dalam kod bidang seperti di bawah dan menggunakan sistem e-Perolehan dipelawa
untuk menyertai beberapa tender berikut. Nombor atau tajuk tender ialah X035107. Tender ini
membekal, menghantar, memasang, menguji jalan, dan mentauliah sistem flum pelbagai fungsi
untuk Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM). Kod bidang pendaftarannya
ialah 100200 yang merupakan kelengkapan makmal. Tarikh tutup tender ini adalah pada 30 Jun
2011, iaitu hari khamis, pada pukul 12.00 tengah hari. Tawaran yang dihantar selepas jam 12.00
tengah hari pada tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Kaedah perolehan tender tersebut
ialah secara e-Perolehan.

 Petender yang ingin menyertai tender ini mestilah menggunakan e-Perolehan. Dokumen tender
boleh diperoleh mulai        1 Jun 2011, iaitu pada hari Rabu, di laman               web
www.eperolehan.gov.my. Bagi memperoleh dokumen tender, petender diminta membawa
bersama-sama sijil pendaftaran asal dengan Kementerian Kewangan dan sijil taraf bumiputera,
berserta dengan salinannya.

Dokumen yang dihantar secara manual, hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri
dan dimasukkan ke dalam peti tender yang beralamat seperti di atas, sebelum atau pada hari
Khamis, iaitu 30 Jun 2011.

 Petender diwajibkan untuk menghadiri taklimat tender yang akan diadakan pada 3 Jun 2011,
iaitu pada hari Jumaat, pukul 10.00 pagi, bertempat di Auditorium Mini NAHRIM.
                                              15


Skema jawapan

                   BAHAGIAN D : ANALISIS KESALAHAN BAHASA

8       Peningkatan masalah berat badan berlebihan sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan
sehingga menjadi bualan. Berdasarkan kajian, peratusan rakyat Malaysia yang mengalami
obesiti semakin meningkat saban tahun. Obesiti ialah pengumpulan lemak berlebihan dalam
badan seseorang individu. Pada masa ini, obesiti dianggap sebagai satu penyakit . Obesiti boleh
menyebabkan organ badan terganggu, dan seterusnya menimbulkan masalah kesihatan yang
serius. Obesiti bukan sahaja menghadkan kegiatan fizikal dan sosial, serta memendekkan
jangka hayat penghidapnya. Berbagai produk makanan kesihatan dihasilkan bagi membantu
golongan ini mengurangkan berat badan mereka. Perkara yang paling penting sekali bagi
golongan obesiti ini ialah sikap ingin berubah dan cekal mengawal nafsu makan.

Bil       Kesalahan                         Sebab Kesalahan                     Pembetulan.
1. …membimbangkan              Kesalahan kata kerja transitif. Kata … membimbangkan
    sehingga..                 kerja transitif perlu diikuti oleh objek. orang ramai…

2.   …badan        seseorang Kesalahan unsur lewah. Perkataan …badan seseorang /
     individu.               ‘seseorang’ dan ‘individu’ membawa individu.
                             maksud yang sama. Salah satu
                             perkataan tersebut mesti digugurkan.

3.   … dan seterusnya          Kesalahan ayat. Ayat tergantung kerana … dan seterusnya hal ini
     menimbulkan masalah       ayat tidak mengandungi subjek.         / perkara ini / obesiti
     kesihatan…                                                       menimbulkan     masalah
                                                                      kesihatan….

4.   Obesiti bukan sahaja…,    Kesalahan kata hubungan berpasangan.     Obesiti bukan sahaja…,
     serta    memendekkan      Kata hubung ‘serta’ bukan kata hubung    malah memendekkan
     jangka            hayat   pasangan bagi ‘bukan sahaja’. Pasangan   jangka hayat
     penghidapnya.             bagi kata hubung ‘bukan sahaja’ ialah    penghidapnya.
                               ‘malah’ yang bermaksud ‘sedangkan’.

5.   … menghadkan …            Kesalahan ejaan . Apabila kata dasar …mengehadkan…
                               yang terdiri daripada satu suku kata
                               menerima imbuhan ‘meN-‘ , alomorf
                               atau imbuhan yang digunakan ialah
                               ‘menge-‘

6.   Berbagai         produk Kesalahan kata bilangan. Kata bilangan Berbagai-bagai/pelbagai
     makanan…                tak tentu ‘berbagai’ perlu digandakan
                             untuk menunjukkan bilangan jamak
                             atau hanya menggunakan perkataan
                             ‘pelbagai’,untuk menunjukkan bilangan
                             jamak.

7.   …paling         penting Kesalahan kata penguat. Kata penguat yang paling penting /
     sekali…                 darjah penghabisan ‘paling’ dan ‘sekali’ yang penting sekali
                             tidak boleh hadir di hadapan atau di
                             belakang kata adjektif secara serentak.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:7
posted:4/6/2012
language:Malay
pages:16
asrul fadzli asrul fadzli Student Politechnic Ibrahim Sultan http://www.smstunai.com/?member=asrulfadzli
About