perkhemahan

Document Sample
perkhemahan Powered By Docstoc
					KERTAS KONSEP PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KEMUNING 2007 1. Rasional: Aktiviti perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi, bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing – masing.

Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara tida lansung mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing – masing. Misalnya dengan menjalani aktiviti jungle tracking, para pelajar bukan sahaja dapat pengetahuan tentang flora dan fauna, tetapi juga kemantapan kekuatan fizikal dan kematangan emosi, selain daripada memperolehi kemahiran ikhtiar hidup dalam keadaan terdesak serta mencabar

2.

Latar Belakang :

Selaras dengan rasional diatas. Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning akan menganjurkan Perkhemahan Badan Uniform 2007 dengan hasrat memberi peluang kepada pelajar menyertai perkhemahan secara terancang dan sejajar dengan cita – cita melahirkan generasi pelajar yang dinamik dan berkualiti serta seimbang dari segi jasmani, emosi , Rohani dan Intelek.

Program ini juga diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina dan memupuk integrasi di kalangan pelajar dalam usaha membentuk

generasi alaf baru

yang

berkemahiran

membina

dan

mengembangkan

jaringan hubungan dan kesatuan antara pelbagai kaum demi mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang harmonis dan bersatu padu.

3.

Matlamat: Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan elajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotens untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan agama.

Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah bertujuan unuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, memunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya.

Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip – prinsip berorganisasi kearah mencapai matlamat diri dan organisasi, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi, menghargai dan mencintai nilai – nilai budaya bangsa yang relevan dengan perkembangan semasa. 4. Objektif: 4.1 4.2 4.3 Mendedahkan para peserta kepada aspek – aspek asas perkhemahan. Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti – aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin 4.4 4.5 Mendedahkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup. Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan – latihan lasak dan mencabar.

4.6

Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing – masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan Membimbing para pelajar menghayati dan mengamalkan rukun – rukun beragama dan kehidupan bermoral

4.7

5.

Tema:

6.

Konsep Pelaksanaan: Perkhemahan akan dilaksanakan berdasarkan konsep “ Pembelajaran melalui aktiviti”. Untuk mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah dirangka dengan menggabungkan unsure-unsur berikut:6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 6.7 6.8 6.9 Pemupukan semangat kerjasama dan berpasukan. Penerapan nilai – nilai murni kemanusiaan. Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi Pengukuhan disiplin kendiri Pengukuhan didiplin berpasukan Pengukuhan keimanan dan ketakwaan Pembinaan daya saing dan daya juang yang tinggi Penyemaian cirri – cirri kepimpinan berwibawa. Menjana keriangan dan keseronokan bersama secara integrative dan harmonis 7.0 Memupuk cita- cita kerjaya melalui aktiviti rekriasi dan reka cipta.

7.

Aktiviti

8.

Ketetapan dan pelaksanaan:8.1 8.2 8.3 Tarikh Hari Tempat : : : 22 hingga 24 Jun 2007 Jumaat – Ahad Padang Sekolah, SK Bukit Kemuning, Jalan Anggerik Aranda 31/8 , 40460 Kota Kemuning, Shah Alam 8.4 Majlis Perasmian Penutup a) b) c) d) Tarikh Hari Masa : : : 24 Jun 2007 Ahad Mulai 12.00 Tengahari : Puan Hjh Sulha Bt Hitam Guru Besar, SK Bukit Kemuning, Shah Alam

Tetamu Kehormat

9.

Maklumat Penyertaan:Setiap badan uniform akan diwakili oleh : Pelajar : 15 orang pelajar 6 orang

Guru Pengiring:

Jumlah keseluruhan peserta Guru Pengiring

: :

15 6

X X

4 4

= 60 orang peserta = 24 orang Guru 84 orang

Jumlah keseluruhan

10.

Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Badan Uniform 2007 Penaung : En Azlee B Mizan YDP PIBG SK Bukit Kemuning Pengerusi : Puan Hajah Sulha Bt Hitam Guru Besar, SK Bukit Kemuning Naib Pengerusi : En Mohd Hamdan B Rahim GPK Kurikulum

Naib Pengerusi 2

:

En Cheliyen a/l Subramaniam GPK Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 3

:

En Mohd Faudzan B Karim GPK Ko- Kurikulum

Setiausaha

:

En Jamaludin Bin Musa S/U Kokurikulum

Bendahari

:

Pn Mazlina Bt Su

Ahli Jawatankuasa

:

En Aminuddin Ketua Bahagian Peralatan

Pn Ruslinawati Bt Ibrahim Ketua Bahagian Pendaftaran

En Mohd Faudzan B Karim Ketua Bahagian Pengurusan Tempat/ Aktiviti

Pn Rozita Bt Awi@Setapa Ketua Bahagian Makanan/Minuman

Pn Norbaiti Bt Abdullah Ketua Bahagian Keselamatan

11.

Anggaran Perbelanjaan:

12.

Peraturan tetap perkhemahan: a) Setiap penyertaan mestilah di atas kerelaan sendiri dengan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga b) Semua peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan semasa menyertai perkhemahan. c) Setiap peserta dikehendaki menginap di dalam khemah yang telah ditetapkan. Sebarang permohonan untuk menginap di luar kawasan perkhemahan tidak akan dilayan. d) Tiada siapa peserta pun yang akan dibenarkan meninggalkan perkhemahan, kecuali dengan kelulusan Pengerusi atau Setiausaha J/watankuasa Pelaksana di atas sokongan kem komanden atau jurulatih bertugas. e) Membawa masuk sebarang bentuk senjata atau sebarang peralatan yang boleh digunakan sebagai senjata adalah dilarang f) Peserta juga dilarang sama sekali membawa barang- barang kemas atau barang – barang lain yang berharga , termasuklah peralatan elektronik

g)

Para peserta dilarang sama sekali daripada memasuki kawasan – kawasan larangan yang ditandakan atau ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana termasuklah kawasan penginapan jurulatih atau pegawai bertugas dan kawasan perkhemahan peserta berlainan jantina. Semua peserta dikehendaki sentiasa mematuhi arahan – arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa, khususnya semasa melaksanakan aktiviti – aktiviti di sepanjang perkhemahan.

h)

i)

Semua peserta perlu sensitive kepada keperluan keselamatan sepanjang masa.

13.

Harapan: Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak. Demikian juga, sokongan dan bentuan ehsan dari semua pihak akan secara lansung turut menyumbang kepada kejayaan itu.

DISEDIAKAN OLEH

DISEMAK OLEH

……………………………… JAMALUDIN BIN MUSA S/U KO-KURIKULUM

……………………………………………

DISAHKAN OLEH

…………………………

IKRAR PERKHEMAHAN
KAMI PARA PESERTA PERKHEMAHAN TAHUNAN BADAN UNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KEMUNING TAHUN 2007 DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN TAKZIMNYA BERIKRAR BAHAWAKAMI AKAN MENYERTAI PERKHEMAHAN INI DENGAN BERSUNGGUH – SUNGGUH

BAHAWA KAMI AKAN MENJALANI SEMUA AKTIVITI YANG DIPROGRAMKAN DENGAN TABAH DAN PENUH SEMANGAT BAHAWA KAMI AKAN MEMANFAATKAN PELUANG YANG DIBERI UNTUK MEMPERKAYA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN KAMI, SERTA MEMPERERATKAN LAGI PERPDUAN DIANTARA KAMI

BAHAWA KAMI AKAN MENGHARHGAI DAN MENJUNJUNG TNGGI SEGALA PANDUAN, NASIHAT DAN TUNJUK AJAR YANG BAKAL KAMI PEROLEHI

BAHAWA KAMI AKAN MEMATUHI SEMUA PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN DENGAN PENUH KESEDARAN DAN TANGGUNGJAWAB BAHAWA KAMI AKAN BERUSAHA BERSAMA – SAMA MENJAYAKAN PERKHEMAHAN INI BAHAWA KAMI AKAN KEMBALI DENGAN SEMANGAT PERJUANGAN YANG TINGGI DAN KAMILAH PENDUKUNG CITA – CITA BANGSA DAN NEGARA


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:10455
posted:9/23/2009
language:Malay
pages:8