Docstoc

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2012

Document Sample
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2012 Powered By Docstoc
					JPA (BGE)223/5/4-3                                                  Siri No. :




                             KERAJAAN MALAYSIA


        PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2012




                KENAIKAN KADAR BANTUAN SARA HIDUP



TUJUAN


1.    Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk
memberi kenaikan kadar Bantuan Sara Hidup (Cost of Living Assistance- COLA) kepada
pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.




LATAR BELAKANG


2.    Kerajaan telah memperuntukkan pemberian Bantuan Sara Hidup melalui Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2007. Kenaikan kadar Bantuan Sara Hidup adalah bertujuan
untuk meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan Pegawai Perkhidmatan Awam.




                                          1
PELAKSANAAN


Pegawai Yang Layak


3.    Pegawai yang layak Bantuan Sara Hidup adalah seperti berikut:


     a.      Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana;
     b.      lantikan tetap, sementara, kontrak (Contract of Service) dan guru sandaran;
     c.      diluluskan sebarang jenis cuti bergaji penuh;
     d.      diluluskan sebarang jenis cuti separuh gaji dibayar atas kadar separuh;
     e.      diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh di dalam negara dibayar mengikut
             lokasi institusi pengajian; atau
     f.      diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji di dalam negara dibayar atas kadar
             separuh mengikut lokasi institusi pengajian.


Pegawai Yang Tidak Layak


4.    Pegawai yang tidak layak Bantuan Sara Hidup adalah seperti berikut:


      a.     Kumpulan Pengurusan Tertinggi;
      b.     memangku atau dipinjamkan untuk menyandang jawatan Kumpulan
             Pengurusan Tertinggi;
      c.     pegawai Contract for Service;
      d.     dibayar Bayaran Insentif Wilayah;
      e.     berada dalam skim saraan agensi yang diasingkan pengurusan saraannya;
      f.     dipinjamkan ke badan antarabangsa atau syarikat swasta;
      g.     dibayar Elaun Perbezaan Sara Hidup;
      h.     diluluskan cuti belajar di luar negara melebihi satu (1) tahun; atau
      i.     bercuti tanpa gaji.




                                                2
Kaedah Pelaksanaan dan Kadar


5.     Bantuan Sara Hidup dibayar mengikut tempat kerja (pejabat) pegawai atau institusi
pengajian bagi pegawai yang diluluskan cuti belajar/ kursus jangka panjang dalam negara.


6.     Kadar bagi Kawasan A adalah dikekalkan. Kadar baru Bantuan Sara Hidup bagi
Kawasan B dan Kawasan Lain adalah ditetapkan seperti di Jadual berikut:


                         Jadual: Kadar Baru Bantuan Sara Hidup


                       Kawasan                    Kadar Baru Sebulan (RM)
          Kawasan A                                             300
          Kawasan B                                             250
          Kawasan Lain                                          150



7.     Kawasan A dan B adalah berdasarkan kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan
yang ditetapkan seperti berikut:


                         Pihak Berkuasa Tempatan - Kawasan A


             Negeri                         Pihak Berkuasa Tempatan
     Wilayah Persekutuan      Kuala Lumpur dan Putrajaya
     Pulau Pinang             Pulau Pinang dan Seberang Perai
     Selangor                 Ampang Jaya, Kajang, Klang, Petaling Jaya, Selayang,
                              Sepang, Shah Alam dan Subang Jaya
     Johor                    Johor Bahru




                                             3
                             Pihak Berkuasa Tempatan - Kawasan B


               Negeri                        Pihak Berkuasa Tempatan
      Johor                  Batu Pahat, Johor Bahru Tengah, Kluang, Kulai dan Muar
      Kedah                  Alor Star, Kulim, Langkawi dan Sungai Petani
      Kelantan               Kota Bharu
      Melaka                 Alor Gajah, Bandar Melaka dan Jasin
      Negeri Sembilan        Nilai, Port Dickson dan Seremban
      Perak                  Ipoh, Kuala Kangsar, Manjung, Taiping dan Teluk Intan
      Pahang                 Bentong, Kuantan dan Temerloh
      Perlis                 Kangar
      Terengganu             Kemaman dan Kuala Terengganu



8.      Kadar Bantuan Sara Hidup bagi pegawai yang diperuntuk Rumah Kerajaan adalah
seperti berikut:


        a.       Rumah Kerajaan dalam lingkungan 25 kilometer dari tempat kerja (pejabat)
                 dibayar atas kadar separuh daripada kelayakan pegawai; atau
        b.       Rumah Kerajaan melebihi 25 kilometer dari tempat kerja (pejabat) dibayar
                 atas kadar penuh.


9.      Pembayaran Bantuan Sara Hidup hendaklah dibuat secara proportionate dalam
keadaan di mana perkhidmatan atau penempatan pegawai tidak genap satu (1) bulan.




TARIKH KUAT KUASA


10.     Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 April 2012.




                                               4
PEMBATALAN


11.    Dengan berkuatkuasanya pekeliling perkhidmatan ini Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 6 Tahun 2007 adalah dibatalkan.




PEMAKAIAN


12.    Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, pekeliling
perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri,
Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.




“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”




(TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia.

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
PUTRAJAYA

30 Mac 2012


Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan




                                           5

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:443
posted:4/2/2012
language:Malay
pages:5