Format-format untuk Karangan Pendek

W
Shared by: 8yn4uU4
Categories
Tags
-
Stats
views:
34
posted:
3/31/2012
language:
Malay
pages:
16
Document Sample
scope of work template
							Format untuk PENULISAN FUNGSIONAL
1    SURAT RASMI (untuk memohon pekerjaan,
     membuat aduan, saranan, pemberitahuan,
     undangan dan pengumuman)

Nama pengirim (nama penuh)
Alamat pengirim


Tarikh (Contoh: 21 Ogos 2004)

Nama penerima (nama penuh)
Alamat penerima

Panggilan hormat

Perkara


         Pendahuluan (dalam perenggan)___________________
________________________________________________________

2        Isi surat (dalam perenggan)_______________________
________________________________________________________

 3        Isi surat (dalam perenggan)_______________________
 ________________________________________________________


          Penutup (dalam perenggan)_______________________
 ________________________________________________________


Yang benar
Tandatangan
(Nama)
Jawatan


                                                      11
Contoh:

Norida Binte Aman
Blok 333
Sengkang Avenue 9
#13-33
Singapura 790333

13 September 2003

Tuan Pengerusi
Perpustakaan Nasional Teratai
19 Jalan Melor
Singapura 483256

Tuan

Masalah kekurangan buku-buku rujukan

   Berhubung dengan perkara di atas, ……………………………
………………………………………………………………………………...

2  Antara masalah yang dihadapi ialah ……………………………
………………………………………………………………………………...

3  ………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………...

4  Oleh itu, saya berharap agar pihak Tuan ………………………
………………………………………………………………………………...


Sekian, terima kasih.

Yang benar
Norida
(NORIDA BINTE AMAN)
Wakil penduduk kejiranan Sengkang

                                                  12
  2       SURAT TAK RASMI (untuk sahabat, ibu bapa dan
          saudara-mara)


Nama pengirim (nama penuh)
Alamat pengirim

Tarikh (Contoh: 21 Ogos 2004)

Ucapan selamat

Saudari

           Pendahuluan (dalam perenggan)___________________
  ________________________________________________________

          Isi surat (dalam perenggan)___________________________
 ____________________________________________________________
 __
          Isi surat (dalam perenggan)___________________________
 ____________________________________________________________

           Isi surat (dalam perenggan)___________________________
  ____________________________________________________________

           Penutup (dalam perenggan)___________________________
  ____________________________________________________________

Terima kasih.


Yang benar
Tandatangan




                                                        13
Contoh:

Ahmad Bin Osman
Blok 253
Yishun Avenue 4
#05-781
Singapura 760253

24 Oktober 2002

Saudari yang dihormati
Nana Marhani yang kini berada di Kuala Lumpur, Malaysia
Dengan selamatnya

Saudari


   Apa khabar saudari di sana?………. ……………………………
………………………………………………………………………………...

   ………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………...

   ………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………...

   Sampai di sini sahaja warkah saya buat kali ini……………..
……………………………………………………..………………………...

     Sekian, salam mesra daripada saya.

Terma kasih.

Yang benar
Ahmad




                                                          14
Bahasa persuratan (untuk surat tak rasmi)


Perkataan                   Bahasa Persuratan
Ibu                         Ibunda, Bonda
Nenek                       Ninda
Bapa                        Ayahanda
Abang                       Kekanda
Kakak                       Kekanda
Adik                        Adinda
Kawan (lelaki)              Saudara
Kawan (perempuan)           Saudari


 Dimestikan untuk menggunakan bahasa persuratan dalam
  surat-menyurat.

 Jangan gunakan kata ganti nama diri ‘awak’, ‘engkau’ dan
  ‘anda’.


 Jangan gunakan bahasa singkatan seperti ‘tu’ (itu), ‘ni’ (ni),
  ‘tau’ (atau) dan sebagainya.

 Gunakan laras bahasa yang sesuai, jangan gunakan
  ‘bahasa pasar’. Struktur ayat perlu sempurna sintaksisnya.




                                                              15
  3    LAPORAN (untuk melaporkan lawatan yang
       TELAH berlaku, melaporkan pertandingan dan
       lain-lain peristiwa yang TELAH berlaku)

PENDAHULUAN (dalam huruf besar, di tengah-tengah)

            Isi laporan (dalam perenggan) – tarikh, dianjurkan oleh
 siapa, siapa yang terlibat ____________________________________
 ___________________________________________________________
 ___        Isi laporan (dalam perenggan) – tujuan atau objektif /
 matlamat, persiapan- persiapan_______________________________

          Isi laporan (dalam perenggan – pengalaman ___________
 ___________________________________________________________

           Penutup (dalam perenggan) – kesimpulan, adakah
 matlamat telah dicapai, harapan dan perasaan
 ____________________

Disediakan oleh

Tandatangan
(NAMA PENUH)
Jawatan dalam pertubuhan
Nama pertubuhan




                                                            16
Contoh:


     LAWATAN KE SYARIKAT PERCETAKAN BERITA MINGGU


  Pada 16 Jun 2002, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah
Menengah Mawar Merah telah menganjurkan lawatan sambil
belajar. Lawatan tersebut dianjurkan oleh Cikgu Suhaila Aman
dan ………………………………………………………………………….

 Lawatan ini bertujuan untuk …………………………………..
………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………….

 ………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..

  Lawatan ini amat berfaedah bagi kami. Daripada lawatan itu,
kami dapat mempelajari mengenai …………………………………
……………………………………………………………………………..



Disediakan oleh
Ahmad Osman
(AHMAD BINTE OSMAN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Menengah Mawar Merah




                                                                17
  4    DIALOG (untuk perbualan, temuduga dan
       wawancara)

Tempat :
Masa     :
Pelaku 1 :
Pelaku 2 :

(Pendahuluan, dalam perenggan dan diletakkan dalam
tanda kurung)

Pelaku 2 : ……………………………………………………..
           ……………………………………………………..

Pelaku 1 : (bunyi loceng)…………………………………...
           ……………………………………………………..

Pelaku 2 : ……………………………(dengan nada
           marah)…………………………………………….

(Penutup, dalam perenggan dan diletakkan dalam tanda
kurung)


   Jangan gunakan bahasa singkatan, bahasa ‘pasar’.

   Gunakan struktur ayat yang sempurna sintaksisnya.

   Pelaku 1 atau 2 boleh memulakan dialog.

   Unsur bunyi dan nada suara pelaku boleh dinyatakan
    dalam tanda kurung.

   Baca dan fahami kehendak soalan. Jika diminta 2 pelaku,
    jangan menulis lebih daripada itu.


                                                              18
Contoh:


Tempat : Sekolah
Masa     : 2.30 petang
Pelaku 1 : Muszalifa
Pelaku 2 : Sanisah

(Muszalifa dan Sanisah sedang menunggu kehadiran
guru mereka. Sementara menunggu, mereka berbincang
mengenai kertas ujian yang telah mereka duduki pada
hari sebelumnya.)

Sanisah : ……………………………………………………..
          ……………………………………………………..

Muszalifa : (bunyi loceng)…………………………………...
            ……………………………………………………..

Sanisah : ……………………………(dengan nada
          marah)…………………………………………….

(Guru mereka tiba. Muszalifa menyuruh Sanisah
bertenang dan mereka berdua memberikan perhatian
kepada guru yang baru tiba itu.)




   Di atas ini ialah contoh perbualan. Bagi wawancara, salah
    satu daripada pelaku perlu mengemukan soalan-soalan
    sementara yang seorang lagi, menjawab soalan-soalannya.

   Bagi temuduga pula, tema perbualan ialah mengenai
    pemohonan pekerjaan.



                                                           19
5    UCAPAN / SYARAHAN / PIDATO

     Ucapan biasanya disampaikan dalam sesuatu
     majlis seperti kempen, majlis perasmian dan
     perhimpunan.
     Syarahan lebih cenderung kepada perkara-
     perkara serius seperti hal-hal agama.
     Pidato – hujah-hujah berdasarkan tema atau
     topik tertentu

     Pendahuluan (dalam perenggan) – Ucapan terima kasih kepada
para hadirin yang hadir. Perlu menyebut nama-nama orang
kenamaan, mengikut urutan jawatan atau pangkat yang paling tinggi.

Para hadirin sekalian,


           Isi ucapan (dalam perenggan dan dimulakan dengan huruf
besar) – Perlu bernas dan menggunakan bahasa yang boleh difahami
para hadirin yang hadir. Ucapan mestilah menarik dan perkara yang
disampaikan perlu meyakinkan para hadirin yang hadir.



         Isi ucapan (dalam perenggan) ________________________
___________________________________________________________


Para hadirin yang dihormati,


          Isi ucapan (dalam perenggan dan dimulakan dalam huruf
besar) _____________________________________________________


           Penutup (dalam perenggan) – Diakhiri dengan ucapan
terima kasih. Pantun juga boleh digunakan.



                                                          20
Contoh:

        Selamat pagi dan terima kasih saya ucapkan kepada
para guru dan pelajar yang saya kasihi sekalian. Pada pagi ini,
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………

Para hadirin sekalian,

   Saya…………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………..

   …………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………..

Para hadirin yang saya hormati,
     …………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………..

     Setakat ini sahaja ucapan saya pada hari ini. Saya
berharap ……………………………………………………………………
………………………………………………………………………………..




                                                                  21
                      PENULISAN KARANGAN



Karangan Bentuk DESKRIPTIF

  1    Karangan bentuk ini juga dipanggil karangan bentuk GAMBARAN.
  2    Para pelajar perlu dapat memberikan gambaran khusus dan terperinci
       tentang:
                  -   tempat
                  -   masa
                  -   keadaan
       sesuatu peristiwa.
  3    Para pelajar perlu dapat menggunakan KATA ADJEKTIF yang sesuai.


Kelemahan para pelajar
  1    Menulis dalam bentuk karangan naratif.
  2    Tidak dapat memberikan keperincian yang jelas.
  3    Isi kurang.
  4    Susunan karangan berbelit-belit.




                                                                       22
Karangan Bentuk HUJAHAN (PERBINCANGAN)

  1    Karangan bentuk ini memerlukan para pelajar membincangkan
       sesuatu tajuk atau isu dengan memberikan hujah-hujah, ulasan dan
       pandangan yang sesuai dengan tajuk yang diberikan.
  2    Pelajar perlu menyatakan sama ada pelajar setuju/tidak setuju dengan
       pendapat yang dinyatakan dalam tajuk soalan.
  3    Pelajar perlu menyatakan pendirian diri sendiri TETAPI TIDAK
       BOLEH MENGETEPIKAN pendapat orang lain. Pendapat-pendapat
       yang berlainan ini perlu dibincangkan, didebatkan dengan sokongan
       bukti-bukti yang nyata, berdasarkan sumber yang sah.
  4    Nyatakan keburukan dan kebaikan dengan sokongan huraian yang
       berpandukan sumber yang benar. Pelajar TIDAK BOLEH TERLALU
       BEREMOSI untuk menegakkan pendapat.
  5    Kesimpulan mestilah SELARAS dengan pendapat yang ingin
       dipertahankan.


Kelemahan para pelajar
  1    Tidak memahami kehendak soalan.
  2    Terlalu beremosi.
  3    Kurang isi dan fakta, tidak tahu sumber rujukan.
  4    Mengetepikan pendapat-pendapat orang lain dan tidak dapat membuat
       perbandingan demi menegakkan pendapat sendiri.
  5    Bahasa meleret-leret.
  6    Membuat generalisasi tentang sesuatu pendapat kerana pelajar
       kekurangan fakta yang nyata.




                                                                           23
Karangan Bentuk NARATIF

  1    Ciri-ciri penting karangan bentuk penceritaan ialah:
                -   plot cerita atau urutan peristiwa
                -   watak
                -   tempat
                -   suasana
                -   tema
                -   mesej/pengajaran


  2    Karangan ini ada bahagian permulaan, perkembangan plot, klimaks
       (konfliks), penyeleraian plot dan penutup karangan.
  3    Laras bahasa perlulah bersesuaian dengan tema dan tajuk karangan.
  4    Isi mendatar dan menunjukkan kreativiti.
  5    Boleh menggunakan peribahasa, simpulan bahasa, kata perbandingan
       dan menyelitkan bahasa perpuitis dan juga dialog. Namun, ini perlu
       dilakukan SECARA BERPADA-PADA.
  6    Para pelajar boleh menggunakan teknik imbas kembali, imbas muka,
       ketegangan dan sebagainya.


Kelemahan para pelajar
  1    Isi bercebis-cebis.
  2    Laras bahasa tidak sesuai.
  3    Perkembangan plot tiada kesinambungannya, jalinan cerita tidak
       kukuh.
  4    Terpesong daripada tajuk.
  5    Plot karangan mendatar.




                                                                            24
                           Rancangan Pengajaran

       Bahan :       Penyusun Grafik
       Peringkat : 4 Ekspres
       Masa :        2 waktu


Matlamat Pengajaran
1. Pelajar-pelajar dapat berbincang dan mencatat isi perbincangan.
2. Pelajar-pelajar dapat berkongsi pendapat dan perasaan tentang isi perbincangan.
3. Pelajar-pelajar dapat menyusun isi perbincangan dalam penyusun grafik.



 Langkah         Masa            Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran                Bahan

  Induksi        10 min    Guru mengetengahkan beberapa kisah menarik           Buku cerita
                           yang memaparkan kisah pengorbanan dan kasih          atau lelaman
                           sayang .                                             internet.

                           Pelajar-pelajar digalakkan memberikan pandangan
                           dan juga mengetengahkan soalan.


Langkah 1        15 min    Guru memberikan soalan untuk penulisan:              Soalan
                                                                                karangan
                           Selesaikan cerita yang berikut:

                             Kini baru aku sedar akan erti kasih sayang
                           yang sejati. Peristiwa kelmarin telah membuat
                           aku rasa bersyukur bahawa masih ada yang
                           menyayangi dan prihatin tentang diriku ini…

                           Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa
                           kumpulan.

                           Guru meminta pelajar mengenal pasti bentuk
                           penulisan yang dikehendaki menerusi kata-kata
                           kunci dalam soalan tersebut. (Nota: Pelajar sudah
                           diajarkan kata kunci.)

                           Pelajar memberikan pendapat tentang bentuk
                           penulisan yang dikehendaki.




                                                                                     25
  Langkah             Masa           Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran              Bahan

 Langkah 2            20 min   Pelajar digalakkan berkongsi pengalaman sendiri     Penyusun
                               atau yang pernah didengar mengenai tema dalam       grafik
                               soalan tersebut.

                               Pelajar perlu berbincang untuk membentuk satu
                               cerita yang baharu hasil daripada perkongsian
                               mereka dalam perbincangan. Pelajar harus
                               mengambil kira tema, watak dan jalan cerita dalam
                               perbincangan mereka.

                               Pelajar diminta menyusun idea mereka dalam
                               penyusun grafik yang diberikan.


 Langkah 3            20 min   Setiap kumpulan digalakkan berkongsi di hadapan     OHP/ Lutsinar
                               kelas. Pelajar yang lain digalakkan memberikan      atau Direct
                               pendapat mereka.                                    Projector


Penutup/              5 min    Guru merumuskan pengajaran.
Pengukuhan


Nota ini dihasilkan oleh:

Cikgu Sanisah Binte Osman
Cikgu Muszalifa Binte Aman




                                                                                      26

						
Related docs
Other docs by 8yn4uU4
Die Bundesrepublik Deutschland
Views: 6  |  Downloads: 0
wyklad4 e commerce
Views: 6  |  Downloads: 0
str centr fo
Views: 6  |  Downloads: 0
To permit the disclosure of the documents
Views: 7  |  Downloads: 0
API/IADC RECOMMENDED PRACTICES
Views: 95  |  Downloads: 0