Docstoc

Kertas Kerja Permainan Tradisional

Document Sample
Kertas Kerja Permainan Tradisional Powered By Docstoc
					                             KERTAS KERJA


            PERMAINAN TRADISIONAL PELAJAR PGSR PJ
                        AMBILAN NOVEMBER 2008
         INSTITUT PERGURUAN KAMPUS TUANKU BAINUN




1.0 PENGENALAN
   Aktiviti Permainan Tradisional merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan
   silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua pelajar-pelajar di Institut
   Perguruan Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB). Ini kerana institusi keluarga
   adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti
   seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan
   dinamik. Penganjuran Permainan Tradisional ini juga merupakan salah satu
   wadah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua
   pelajar. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Permainan Tradisional ini
   adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan
   muhibbah antara warga IPGKTB. Antara pengisian dalam Permainan
   Tradisional ini meliputi aspek kebudayaan, kerohanian dan sukan. Adalah
   menjadi harapan, sambutan aktiviti Permainan Tradisional ini akan lebih meriah
   dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.


2.0 OBJEKTIF
   2.1 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan
      silaturahim di kalangan pelajar-pelajar IPGKTB.
   2.2 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam
      nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
   2.3 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan
      pelajar IPGKTB sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.


3.0 TEMA
   Cadangan tema hari Permainan Tradisional ialah “PRIDE AND JOY”


                                        1
4.0 PERINCIAN PROGRAM
   4.1 Tarikh: 25 November 2011 (Jumaat)
   4.2 Masa: 8.30 pagi hingga 1.30 petang.
   4.2 Tempat: Gimnasium Ungku Aziz IPGKTB
   4.3 Anggaran Bil Peserta: 23 orang


5.0 PENYERTAAN
   Terbuka kepada setiap pelajar PGSR Insitut Perguruan Kampus Tuanku Bainun
   Ambilan November 2008.


6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
   Rujuk Lampiran 1


7.0 PERANCANGAN
   7.1 PERINCIAN TUGAS
      Rujuk Lampiran 2
   7.2 CARTA GANNT
      Rujuk Lampiran 3
   7.3 TENTATIF PROGRAM
      Rujuk Lampiran 4


8.0 PERUNTUKAN KEWANGAN
   8.1 ANGGARAN PERBELANJAAN:
      Institut Perguruan Kampus Tuanku Bainun
      Rujuk Lampiran 5
   8.2 YURAN DAN JADUAL KUTIPAN
      Rujuk Lampiran 6


9.0 KEMUDAHAN PERSEKITARAN
   Rujuk Lampiran 7




                                        2
10.0 PENGISIAN PROGRAM
     10.1 ACARA, PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN
     TRADISIONAL
         Rujuk Lampiran 8


11.0 PENUTUP
     Dengan terlaksananya Hari Permainan Tradisional pelajar PGSR PJ Ambilan
     November 2008 diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan
     muhibbah di kalangan pelajar-pelajar, dapat mewujudkan persefahaman dan
     semangat kerja berpasukan di kalangan pelajar sekaligus dapat meningkatkan
     kualiti dan produktiviti kerja dan mencapai objektif pendidikan jasmani untuk
     mencapai kesan yang optima dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
     sosial (JERIS). Kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan dan didahului
     dengan ucapan terima kasih.




Disediakan oleh :


……………………………………..
(Mohd Bahir B. Maghribi)
Setiausaha Program
Aktiviti Permainan Tradisional Pelajar PGSR Ambilan November 2008,
Institut Perguruan Kampus Tuanku Bainun
Tarikh : 8 Jun 2011




                                        3
LAMPIRAN 1
                       AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung                  : ENCIK MAHAMAD ALI B. ABD. RAHMAN
                            Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani

Penasihat                : ENCIK ALYES B. ARIFF
                           Pensyarah Pendidikan Jasmani

Pengarah Program         : ENCIK HILMY B. GHAZALI

TimbPengarah             : ENCIK MUHAMMAD AZIZI B. ZAINOL

Setiausaha               : ENCIK MOHD BAHIR B. MAGHRIBI

Timbalan Setiausaha      : PUAN ZURAINI BT. MOHAMAD
Bendahari                : CIK VALLI A/P RAMASAMY
Urusetia Keselamatan     : ENCIK ROSIDI B. MOHD ISA
& Kebersihan

Urusetia Pendaftaran     : PUAN NOR AZURA BT. ABDUL HAMID

Urusetia Pengadilan      : ENCIK MOHD AZMI B. MAT HUSIN
                           (GALAH PANJANG)
                           ENCIK MOHD SABARULLAH B. SHAIK ISMAIL
                           (KONDA KONDI)
                           ENCIK MOHD SYAZWAN B. ABDUL GHAFAR
                           (SEPAK RAGA BULU AYAM)
                           ENCIK ZAMZURI AKMAR B. OMAR
                           (BATU SEREMBAN)
                           ENCIK ZANILAZHAR B. AHMAD RAFFIE
                           (TENG TENG)
                           ENCIK MOHD AIDIL B. JAMAARIS
                           (TUJU TIN)
Urusetia Publisiti,      : ENCIK SHAZLI B. TALIB
Dokumentasi dan            ENCIK ROSLI B. AHMAD
Buku Program

Urusetia Teknikal,       : ENCIK ROSLI B. ABDUL
Peralatan dan              ENCIK SUNDERAJAN A/L KANAPATHY
Persiapan Tempat           ENCIK MUSTAFA B HASHIM

Urusetia Perhubungan     : ENCIK MOHD NOOR B. SAAD
dan Cenderahati /          ENCIK RAHMAT B. DAHMAN
Hadiah

Urusetia Jamuan          : PUAN TAN KUI KEW
                           ENCIK SAIFUL NAZRIN B. JAMALUDIN

Urusetia Tugas Khas      : ENCIK ANUAR B AHMAD


                                        4
LAMPIRAN 2
                                                        PERINCIAN TUGAS


Bil                 Perkara                    Tarikh                 Pelaksana                             Catatan
1     Penulisan Kertas Kerja                  8 Jun 2011    Ketua Program & Setiausaha
2     Pembentangan Kertas Kerja              10 Jun 2011    Ahli Jawatankuasa Induk         Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
3     Penubuhan jawatankuasa kerja dan       10 Jun 2011    Semua ahli yang terlibat        Setiap ahli jawatankuasa bergerak
      struktur organisasi                                                                   mengikut tugas yang telah ditetapkan
4     Penyelarasan jadual pelaksanaan        10 Jun 2011    Semua ahli yang terlibat        Semua AJK mengemukakan jadual
      projek bagi setiap unit bahagian.                                                     pelaksanaan bagi setiap tugas masing-
      Penjanaan idea / brainstorming                                                        masing.
5     Proposal dan Sumber kewangan.          14 Jun 2011    Ahli Jawatankuasa Promosi &     Membuat poster dan pengumuman pada
      Jemputan / peserta / hadiah.                          Seranta                         hari perhimpunan.
6     Maklum balas penyertaan                20 Sept 2011   Ahli Jawatankuasa Promosi       Pembahagian nama peserta mengikut
                                                                                            opsyen dan aktiviti sukan ragam untuk
                                                                                            memudahkan sesi pendaftaran.
7     Persediaan tempat untuk perlaksanaan   23 Nov 2011    Ahli Jawatankuasa Persiapan     Menyediakan semua kelengkapan yang
      program / Penyediaan bahan untuk                                                      diperlukan dan memastikan semua alatan
      keseluruhan program.                                                                  mencukupi dan dalam keadaan yang
                                                                                            sempurna.
8     Pertandingan Permainan Tradisional     25 Nov 2011    Semua ahli yang terlibat        Setiap ahli menjalankan tugas masing-
      dimulakan.                                                                            masing seperti yang telah ditetapkan.
 9    Penyampaian Hadiah                     25 Nov 2011    Ahli Jawatankuasa Cenderahati   Hadiah kepada setiap pemenang
10    Acara penutup                          25 Nov 2011    Semua ahli yang terlibat




                                                                  5
LAMPIRAN 3

                                                          CARTA GANNT



 Bil              Perkara                8 Jun   10 Jun     14 Jun   20 Sept   22 Sept   20 Nov   23 Nov   25 Nov
                                         2011     2011       2011     2011      2011      2011     2011     2011
  1    Penulisan Kertas Kerja

  2    Pembentangan Kertas Kerja
  3    Penubuhan jawatankuasa kerja
       dan struktur organisasi
  4    Penyelarasan jadual
       pelaksanaan projek bagi setiap
       unit bahagian. Penjanaan idea /
       brainstorming
  5    Proposal dan Sumber
       kewangan. Jemputan / peserta /
       hadiah.
  6    Maklum balas penyertaan
  7    Persediaan tempat untuk
       perlaksanaan program /
       Penyediaan bahan untuk
       keseluruhan program.
  8    Pertandingan aktiviti sukan
       ragam dimulakan.
  9    Penyampaian Hadiah
 10    Acara penutup




                                                                6
 LAMPIRAN 4

                                     TENTATIF PROGRAM


Jumaat ( 25hb Novemberl 2011)

Masa               Perkara           Aktiviti

8.30-8.45 pagi     Pendaftaran       Urusetia di Gimnasium Ungku Aziz (GUA)
                   peserta

8.45-9.00 pagi     Kehadiran         Tempat duduk pensyarah
                   para
                   pensyarah PJ

9.00-9.10pagi      Kehadiran KJ      Tempat duduk pensyarah
                   PJ IPGKTB

9.10-9.20 pagi     Ucapan oleh       En.   Alyes   B.   Ariff     menyampaikan   ucapan   sempena
                   penasihat         berlangsungnya Permainan Tradisional
                   aktiviti

9.20-9.30 pagi     Ucapan KJ PJ      KJ PJ memberi sepatah dua kata dan merasmikan aktiviti
                                     Permainan Tradisional

9.30-11.00 pagi    Galah Panjang     Penyelaras Permainan
                                     En. Mohd Azmi B. Mat Hussin
                   Teng teng         Penyelaras Permainan
                                     En. Zamzuri Akmar B. Omar
                   Batu              Penyelaras Permainan

                   Seremban          En. Zanilazhar B. Ahmad Rafiee

11.00-11.30 pagi   Rehat             AJK Jamuan


11.30-1.00 tgh     Tuju Tin          Penyelaras Permainan
                                      En. Mohd Aidil b Jamaaris
                   Konda Kondi       Penyelaras Permainan
                                     En. Mohd Sabarullah B. Sheikh Ismail
                   SepakRaga         Penyelaras Permainan

                   Bulu Ayam         En. Mohd Syazwan B. Abd Ghaffar

1.00-1.15 ptg      Penyampaian       Penyelaras
                   Hadiah            En. Mohd Noor B. Saad

1.15-1.30 ptg      Jamuan        &   Pn. Tan Kui Kew
                   Bersurai




                                                   7
LAMPIRAN 5

                     ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil       Perkara           Catatan          Kuantiti     Kos           Kos
                                                        (perunit)   keseluruhan
1     Peralatan            Binding Tape     5 gulung   RM 5.00      RM 25.00
                           Batu Kerikil      35 biji
                           Kayu             2 batang
                           Bata               2 biji
                           Bulu Ayam          2 set
                           Tin               10 biji
2     Hadiah               Tempat
                                                5       RM 5.00     RM 25.00
                            Pertama
                           Tempat
                                                5       RM 3.00     RM 15.00
                            Kedua
                            Tempat
                                                5       RM 2.00     RM 10.00
                             Ketiga
3     Cenderahati    Ketua Jabatan              1       RM 20.00    RM 20.00
                     Pensyarah                  1       RM 15.00    RM 15.00
4     Buku program   Setiap opsyen dan                  RM 10.00    RM 10.00
                     pensyarah
5     Poster (unit                                      RM 20.00    RM 20.00
      promosi)
6     Persegaran     Air mineral             3 dozen    RM 10.00    RM 30.00
                     (pengadil sahaja)

                     Makanan/minuman         30 Orang   RM 3.00     RM 90.00
                     peserta
                     (tengahari)

7     Budget luar
      jangka                                                        RM 100.00

                                                        JUMLAH      RM 370.00




                                         8
LAMPIRAN 6

                    YURAN DAN JADUAL KUTIPAN



YURAN = RM 15.00 PER INDIVIDU


Sertakan bersama borang penyertaan bagi kumpulan sebelum 20 September
2011




                                   9
LAMPIRAN 7
                  KEMUDAHAN PERSEKITARAN




                                         S1




       S2                                                           K
                                                                    I




                                        S3




             Rajah 1: Kawasan Aktiviti Permainan Tradisional

 Bil         Perkara                           Permainan
  1            SI               Galah Panjang dan Tuju tin
  2            S2               Teng teng dan Konda kondi
  3            S3               Batu Seremban dan Sepak Bulu Ayam
  4            K1               Urusetia




                                   10
LAMPIRAN 8

       ACARA, PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAIANAN



SENARAI ACARA SUKANEKA


Bil    Acara
1      Galah Panjang
2      Ketinting Kapal Terbang
3      Batu Seremban
4      Tuju Tin
5      Konda Kondi
6      Sepak Raga Bulu Ayam




SENARAI ALATAN


Bil.              Alatan / Bahan        Kuantiti
1.      Binding Tape                    5 gulung

2.      Batu Kerikil
                                         35 biji

3.
        Kayu
                                        2 batang

4.                                        2 biji
        Bata

5.      Bulu Ayam                        2 set

6.      Tin                              10 biji




                                   11
PENGHAKIMAN / PEMARKAHAN
1. Johan keseluruhan dikira berdasarkan jumlah mata pertandingan permainan
2. Untuk pertandingan permainan tradisional, mata untuk setiap kedudukan adalah
   seperti berikut:

     Tempat                          Markah
     Pertama                            5
     Kedua                              4
     Ketiga                             3
     Keempat                            2
     Kelima                             1


3. Pemarkahan akan disediakan oleh Urusetia Teknikal Induk (Rujuk Lampiran)




                                       12
SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN

1)     GALAH PANJANG

Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja
dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta
kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.

Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri
dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai
pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh
pemain sahaja.

Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah
sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap
penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan
permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak
hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.

Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua
ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan
pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan
cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.




                                   Gelanggang

                                        13
Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan
bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu
dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi
setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan
lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan.

Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas
padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan
kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

Cara Bermain

Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk
tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan
permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara
individu atau beramai-ramai.

Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali
dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan
bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu
dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan
jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

Peraturan Permainan

Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka
dicuit oleh pemain pasukan bertahan.

Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan
gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.

Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan
gelanggang.




                                         14
Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi
kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada
pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.

Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi
perlawan tersebut.




                                       15
2)        TENG TENG @ KETINTING

Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Kanak-kanak perempuan sering
memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan
permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya
memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.

Di kampong-kampong gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah
sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan
taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan
menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan
bertar.

Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat
orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap
gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya
akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng.

Gelanggang & Gundu

Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat
sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Permainan dijalankan mengikut
urutan seperti rajah di bawah.




                                       16
Gelangang Teng Teng

Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang
dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh
tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan
besi atau batu yang leper.

Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan
mereka di petak-petak gelangang.

Cara Bermain

Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang
mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah
bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam
petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah
berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu
adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia
di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula.

Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali
di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja
memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain
hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga
dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati
dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua
dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki
kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula
dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama
lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.




                                         17
Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya,
samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran
pemain seterusnya mengambil alih permainan.

Membina Rumah

Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih
dahulu. Gundu hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat kedalam setiap
petak dengan sebelah kaki kecuali petak kesembilan. Pemain hendaklah melepasi
petak ketujuh tanpa melompat kedalamnya dan terus ke petak lima. Sambil berdiri
menghadap di garisan permulaan petak ketujuh, pemain dikehendaki menundukkan
kepala menjatuhkan gundu. Gundu hendaklah disambut sebelum jatuh ke tanah, jika
pemain tidak dapat menyambutnya ia dikira mati dan acara timbang dilakukan semula
setelah giliranya sampai kemudian. Pemain terus melompat ke petak pertama dan
keluar dari garisan permulaan.

Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak
di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan
disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar
maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di
petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain
lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira
mati.




                                        18
3)     BULU AYAM @ CHAPTEH




                                   Bulu ayam chapteh

Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh.
Dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki seramai dua atau lebih. Jika
terdapat ramai yang bermain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh
dibentuk.

Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah
dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.

Membuat Bola

Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa helai
bulu ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai).
Sebatang paku sederhana besar, kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat
berukuran antara 4sm. garispusat dan getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat.

Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucok paku
menembusi ditengah-tengahnya. Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan
disekeliling paku tadi dan diikat dengan getah sekrap atau getah gelang dengan
kemas. Jika untuk mendapatkan kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh
digunakan sebelum ikatan dibuat.

Cara Bermain

Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terbelih dahulu bagi menentukan
giliran. Undian secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi menentukan siapa
yang perlu memulakan terlebih dahulu mengikut gilirannya. Penentuan mata samada



                                          19
jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus
dipersetujui terlebih dahulu.

Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi
tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan tidak
dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya
mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ketanah.

Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati
dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. Pemain yang mendapat
mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda. Pemain
yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula
mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat
demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat.

Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi disetiap
pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira
juara.




                                         20
4)     BATU SEREMBAN @ SELAMBUT @ SEREMBAT




Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-
kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan
secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek
lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini
sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah
atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata
dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini
memudahkan permainan tersebut dimainkan.

Menentukan Giliran

Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki
menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan
bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara
menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan
dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak
tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.

Cara Bermain

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan
buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan

                                         21
menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada
peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Buah Satu

Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai,
berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah
diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa
yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah
dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila
telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi.
Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis
dilambung dan disambut.

Buah Dua

Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip
mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu
dilakukan.

Buah Tiga

Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip
sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji
buah serentak.

Buah Empat

Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama
hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.

Buah Lima

Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan
tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji
buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.




                                         22
Buah Enam

Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua
biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka
sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas
lantai, sehingga selesai.

Buah Tujuh

Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang
masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji
buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan,
sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir
dilambungkah hendaklah juga disambut.

Menimbang

Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk
mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama
sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan
biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan
cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat
disambutnya.

Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan
memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah
satu dan seterusnya sehingga mati.

Mati Permainan

Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan
mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau
semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati
(permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.




                                        23
5)       TUJU TIN

PERATURAN

        Dua kumpulan diperlukan
        Setiap kumpulan harus mempunyai pemain ekurang-kurangnya dua orang
         dan jumlah tersebut mestilah sama.
        Sekiranya pelontar kena cop atau baling sebelun sempat menyusun semula
         tin-tin yang jatuh, akan dikira mati tanpa mendapat mata, dan seorang
         pemain daripada kumpulannya pula akan melontar pula.
        Sekiranya bola yang dilontar kea rah susunan tin dapat disambut oleh
         penyerang sebelum mencecah tanah, kesemua pemain dalam kumpulan
         pelontar dianggap mati dan kumpulan penyerang pula dijadikan sebagai
         pelontar.
        Pemain daripada kumpulan penyerang hanya boleh membaling pemain
         daripada pihak pelontar di bahagian kaki ke bawah sahaja untuk
         mengelakkan kecederaan. Sekiranya bola yang dipebuat daripada gumpalan
         kertas digunakan, bola tersebut boleh dibaling di mana-mana anggota badan
         kecuali kepala.
        Setiap penyerang yang membawa bola untuk dibaling kepada pelontar juga
         tidak boleh bersembunyi di sebalik pokok-pokok, rumah atau sebagainya
         untuk memastikan pelontar dapat mengetahui kedudukan penyerang.
        Bola yang dibawa oleh penyerang untuk tujuan membaling pelontar juga
         tidak boleh disembunyikan di dalam baju atau sebagainya.
        Penyerang juga tidak boleh menjatuhkan tin-tin yang tidak berserakan atau
         mengubah kedudukan tin-tin semasa permainan dimainkan.
        Acah-mengacah boleh dilakukan untuk memastikan kejayaan sesuatu
         pasukan.
        Setiap pemain daripada kumpulan yang sama akan bekerjasama untuk
         memenangi permainan tersebut.




                                           24
PERKARA YANG MEMBATALKAN

      Setiap kumpulan harus mempunyai jumlah yang sama dan mempunyai
       keseimbangan dari segi kekuatan atau kemahiran setiap pelontar harus
       membaling susunan sekurang-kurangnya tiga kalidaripada mengelakkan
       pembatalan.
      Sekiranya bola dilontarkan ke susunan tin, tetapi mampu disambut oleh
      Penyerang dan kemudian jatuh ke tanah, pelontar akan dikita pemenang.
      Susunan tin yang telah diubah, disepak atau diserakkan oleh penyerang
       terutama selepas pelontar memulakan permainan akanterbatal dan pelontar
       dikira pemenang.
      Bola tidak boleh disorokkan ke dalam pakaian dan apabila ini berlaku,
       permainan boleh dibatalkan atau pelontar masih boleh meneruskan
       permainan walaupun telah mengenai balingan daripada pihak penyerang.



PADANG PERMAINAN

Permainan ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja. Namun, kawasan yang
dipilih haruslah luas, lapang dan rata serta bebas daripada benda-benda yang
bahaya seperti objek-objek tajam. Garisan pembaling dengan tin adalah sekitar lima
meter. Garisan permulaan boleh dibentuk menggunakan garisan kaki, gurisan kayu
pada tanah dan sebagainya. Oleh itu, kawasan yang sekitar 10 x 10 meter perlu
bersih untuk memastikan bola terus mengenai tin-tin yangdisusun tanpa sekatan.




                                        25
6) KONDA KONDI @ PERIK MATA

Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan
kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan
mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan
kawasan lapang.

Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran,
l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran
2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu.
Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.

Undian secara ‘wan to som’ dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan
pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.

Permainan Pertama

Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang
lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung
ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu,
ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain
itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua
pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan
diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal
menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke
dalam lubang ataupun mengena kayu panjang.

Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan
melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang
dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain
tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang.
Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.




                                            26
Permainan Kedua

Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian
memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika
pukulan pertama atau keduanya tidak kuat.

Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh
mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan
mata daripada langkah pertama tadi.

Permainan Ketiga

Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain
menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek
itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan
melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu
sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu
jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata
tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi
perlawanan ini.




                                        27
PENYERTAAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar KPLI ambilan Januari 2008 Institut
   Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.
2. Semua permohonan masuk hendaklah dibuat menggunakan borang yang
   disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola sahaja.


PEMBATALAN PENYERTAAN
1. Peserta lewat mendaftar pada hari pertandingan.
2. Peserta tidak hadir pada hari pertandingan.


MELAPOR DIRI
1. Setiap peserta dikehendaki melapor diri kepada pegawai penyelia peserta lebih
   awal iaitu 30minit sebelum acara dimulakan. Peserta yang tidak melaporkan diri
   setelah 15minit sesuatu acara diumumkan dianggap opsyen tersebut sebagai
   menarik diri.


PAKAIAN
1. Setiap peserta mestilah berpakaian sukan yang kemas pada setiap kali menyertai
   acara yang disertainya. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam.
2. Semasa menerima hadiah, setiap peserta juga dikehendaki memakai track suit dan
   berkasut sukan.


KESELAMATAN
1. J/K Pengelola dan pihak IPTI tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
   kemalangan, kecederaan ataupun kehilangan harta benda sebelum, semasa dan
   selepas pertandingan.


ALAT-ALAT PERTANDINGAN
1. Semua alat pertandingan akan disediakan oleh J/K Teknikal.


BANTAHAN / RAYUAN
1. Bantahan / rayuan secara lisan hendaklah dibuat kepada referi sebaik sahaja
   sasuatu acara tamat.


                                         28
Disediakan oleh


MOHD BAHIR BIN MAGHRIBI
Setiausaha
Program Permainan Tradisional



Disemak oleh


HILMY BIN GHAZALI
Pengarah
Program Permainan Tradisional



Disahkan oleh


EN ALYES BIN ARIFF
Pensyarah Pendidikan Jasmani




                                29

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:2839
posted:3/28/2012
language:Malay
pages:29