SURAT PENYELIAAN by ZulZeddicusZorander

VIEWS: 47 PAGES: 1

									                   JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN (CAWANGAN)
                   TINGKAT 5, WISMA PERSEKUTUAN
                   JALAN KAMPUNG BARU
                   05000 ALOR SETAR
                   KEDAH DARUL AMAN
                   Tel: 04 – 7745100 FAX: 04-7328651


                        “1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

                                                                            Ruj. Kami : JPK 03-08 /2851/106(32)
                                                                             Tarikh : 27       Oktober 2011

Semua Ketua Pen Pengarah
Sektor Pengurusan Akademik
(Seperti Lampiran)

Ketua Sektor Pendidikan Islam
(Seperti Lampiran)

Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
(Seperti Lampiran)

Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan
(Seperti Lampiran)

Pegawai Pelajaran Daerah
(Seperti Lampiran)

Tuan,

PROGRAM PENYELIAAN DAN BIMBINGAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN KSSR DAN PBS TAHUN 1 2011

Dengan hormatnya, saya menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sektor Pengurusan Akademik telah menjalankan taklimat
penyeliaan dan bimbingan tersebut pada 25 Oktober 2011 bertempat di PKG Sg Limau.

3.       Sehubungan dengan itu, semua pegawai seperti dalam Lampiran telah dilantik dengan rasminya bagi
menjalankan Penyeliaan dan Bimbingan P&P KSSR dan PBS Tahun 1 2011. Oleh yang demikian, dimohon
kerjasama pihak tuan untuk membenarkan nama seperti Lampiran menjalankan penyeliaan tersebut ke atas
sekolah yang telah ditetapkan. Instrumen penyeliaan dan bimbingan yang telah lengkap hendaklah diserahkan
kepada urusetia iaitu En Nazri bin Mohd Muhsin, JPN Kedah sebelum 13 November 2011 dan kemasukan data
online sebaik sahaja selepas penyeliaan selesai (sila rujuk emel masing-masing).

4.     Segala tuntutan adalah mengikut pekeliling perbendaharaan dan peraturan-peraturan kewangan yang
sedang berkuatkuasa sekarang. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Nazri bin Mohd Muhsin, Pen.
Pengarah Kanan (Sains Rendah), Sektor Pengurusan Akademik di talian 04-7745100 .

5.        Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah,




 ( ZULKIFLI BIN YAACOB)
b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman

s.k. Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman
     Ketua Sektor Pengurusan Akademik

								
To top