ARAHAN KEPADA KONTRAKTOR by zE3a96eY

VIEWS: 18 PAGES: 14

									ARAHAN KEPADA KONTRAKTOR

1.0     Penyerahan Sebutharga

        Pemborong-pemborong adalah dinasihatkan supaya memastikan memasuki sebutharga
        sebelum mengambil borang sebutharga oleh kerana tindakan akan diambil pada sesiapa
        yang mengambil borang sebuthraga dan tidak memasuki tawaran tersebut. Sekiranya
        pemborong tidak dapat menyertai sebutharga dengan sebarang sebab, borang-borang
        sebutharga hendaklah dikembalikan ke pejabat ini sekurang-sekurangnya tiga (3) hari
        sebelum sebutharga ditutup.

        Borang-borang sebutharga boleh didapati di Jabatan Kejuruteraan.

        pejabat Majlis Perbandaran Kajang pada 21HB. NOVEMBER 2008

        BORANG-BORANG SEBUTHARGA TIDAK AKAN DIKELUARKAN SELEPAS

        28HB. NOVEMBER 2008

        Borang-borang tender yang telah diisikan dengan lengkap hendaklah ditanda dengan tajuk
        seperti di dalam borang tender dan hendaklah dimasukkan ke dalam atau dihantar dengan
        pos supaya sampai ke peti tawaran dipejabat Majlis Perbandaran Kajang pada atau sebelum
        12.00 tengahari pada 28HB. NOVEMBER 2008

        Majlis Perbandaran Kajang tidak akan terikat dirinya untuk menerima tawaran yang terendah
        sekali atau mana-mana tawaran tiada sebab akan diberi ke atas penolakan mana-mana
        tender.

        Pembayaran deposit sebutharga adalah dikecualikan untuk tawaran ini tetapi sekiranya
        petender menarik diri, dari sebutharga ini sebelum sesuatu keputusan dibuat, atau enggan
        menandatangani kontrak setelah tawaran diterima kelak, sedangkan tempoh sah tawaran
        masih berkuatkuasa, maka pendaftaran akan dipotong bagi kesalahan ketiga.

        Sebarang perkara yang tidak diisi oleh pemborong akan dianggap termasuk dalam harga
        untuk perkara lain. Begitu juga bagi perkara yang tidak disenaraikan tetapi dikehendaki
        sempurnakan mengikut pelan-pelan / Penentuan dan Tambahan / Syarat-syarat Kontrak,
        hendaklah dianggap termasuk dalam harga pukal (Lump Sump, Tendered Price) yang
        diisikan oleh pemborong. Pemborong hendaklah melawat tapak, memeriksa Penentuan dan
        pelan-pelan dengan teliti supaya mengetahui lingkungan kerja-kerja sebenar sebelum
        memberikan harga tawaran. Sekiranya timbul sebarang keraguan dan kekeliruan, Petender
        adalah dinasihatkan supaya berhubung dengan pejabat ini bagi mendapatkan penjelasan
        lanjut.

        Pentender dikehendaki mengisi sepenuhnya dan lengkap perkara-perkara yang berikut yang
        menjadi sebahagian daripada Tender iaitu:-

        a) Borang Sebutharga, termasuk Lampiran-Lampiran yang disertakan

        b) Senarai Kuantiti dengan setiap item dihargakan dengan DAKWAT HITAM dan nilainya
           dijumlahkan untuk membentuk Harga Sebutharga.

        Di mana bahagian-bahagian dokumen yang perlu ditandatangani oleh Pentender melebihi
        satu muka surat, setiap muka surat bagi setiap borang hendaklah ditandatangani ringkas oleh
        Pentender.


        Kegagalan pihak Pentender untuk menyerahkan dokumen lengkap seperti yang dinyatakan di
        atas boleh menyebabkan Tendernya ditolak.




AKK 1
2.0     Kos Sebutharga

        MPKj tidak akan dipertanggungjawabkan untuk membayar apa-apa kos perbelanjaan atau
        kerugian yang ditanggung oleh Kontraktor di dalam penyediaan atau penghantaran
        Sebutharga beliau.

3.0     Perbuatan Rasuah

        Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi
        kedudukan Kontraktor akan menyebabkan Sebutharga tersebut ditolak dengan serta merta.

4.0     Penerimaan atau Penolakan Sebutharga

        MPKj berhak untuk menolak mana-mana atau keseluruhan Sebutharga. Tanpa sebarang
        sekatan umum kepada kenyataan yang terdahulu, mana-mana Sebutharga yang tidak
        lengkap, tidak jelas atau tidak mematuhi arahan, tidak akan dipertimbangkan.

        Pihak MPKj adalah tidak terikat untuk menyetujuterima Sebutharga terendah atau sebarang
        Sebutharga, dan juga tidak perlu memberikan sebarang alasan terhadap mana-mana
        sebutharga yang ditolak.

        Kontraktor yang sebutharganya disetujuterima dikehendaki menandatangani Persetujuan
        Kontrak, menggunakan Borang Setuju terima seperti yang dilampirkan di dalam Dokumen
        Meja Sebutharga.

5.0     Setujuterima Sebutharga

        Kontraktor yang berjaya (jika ada) hendaklah diberitahu tentang penerimaan Sebutharganya
        dengan surat dalam Tempoh Sah Sebutharga atau sebarang tempoh lanjutan. Kontraktor
        tersebut hendaklah dengan seberapa segera sebelum memulakan kerja, mendeposit Bon
        Perlaksanaan untuk perlaksanaan kontrak dan polisi-polisi Insuran untuk Insuran Kerja,
        insuran terhadap kecederaan seseorang dan kerosakan terhadap harta benda, dan insuran
        Pampasan Pekerja dan/atau nombor pendaftaran di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerja
        (PERKESO) dan hendaklah mengemukakan resit premium asal yang telah dibayar atau
        sumbangan yang telah dibuat untuk diperiksa, seperti yang dikehendaki di bawah Syarat-
        syarat Kontrak, dan hendaklah juga di dalam masa yang munasabah melaksanakan
        Persetujuan Kontrak secara formal.

6.0     Maklumat Latar Belakang, Kewangan Dan Prestasi Kontraktor

        Pentender-pentender hendaklah mengambil maklum bahawa penilaian Sebutharga ini akan
        mengambil kira dan mementingkan keupayaan pentender untuk melaksanakan projek yan
        ditender. Penilaian sebutharga akan dibuat berasaskan kemunasabahan harga tender.

        Untuk membolehkan Penilaian ini dibuat, Kontraktor dikehendaki mengemukakan dokumen-
        dokumen berikut bersama-sama sebutharganya:-

        i.     Salinan Akaun Syarikat yang telah disahkan dan diaudit oleh Juru Audit bertauliah
               bagi tahun kewangan setahun sebelumnya;

                              Atau

               Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank mengenai Wang Dalam Tangan Pentender
               bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup tender;

                              Atau

               Salinan Laporan Bank / Institusi Kewangan atas Borang CA


AKK 2
      ii.    Laporan Penyelia Projek mengenai prestasi kerja semasa pentender atas Borang FA
             dalam sampul surat berlakri bagi setiap kerja semasa yang dilaksanakan sekiranya
             kerja semasanya yang dikendalikan bukan projek MPKj.


      Dokumen-dokumen ini sangatlah penting untuk membolehkan penilaian keupayaan yang
      sewajarnya dibuat ke atas pentender. Sekiranya pentender tidak atau gagal untuk
      mengemukakan dokumen ini, terutamanya dokumen-dokumen (ii) di atas, Tender pentender
      akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

      Sekiranya pentender gagal untuk mengemukakan salah satu atau sebahagian daripada
      dokumen-dokumen (i), maklumat dan data-data yang tidak dapat disemak kerana ketiadaan
      atau ketidakcukupandokumen-dokumen tersebut adalah tidak sah dan tidak boleh diambil
      kira dalam penilaian keupayaan pentender yang berkenaan melainkan maklumat atau data-
      data tersebut membawa kesan negatif terhadap nilai keupayaannya. Ini bermakna criteria-
      kriteria yang mana penilaiannya memerlukan maklumat atau data-data ini, akan diambil
      sebagai kosong atau negatif.

7.0   Maklumat Latar Belakang, Kewangan Dan Prestasi Pentender

      Disamping mengemukakan dokumen-dokumen yang tersebut di atas, pentender-pentender
      dikehendaki melengkapkan boring-borang berikut yang disertakan bersama Dokumen Tender
      ini, dengan sempurna dan mengembalikannya bersama-sama dengan tender masing-masing.

      a.     BORANG A        -      SURAT PENGAKUAN KEBENARAN MAKLUMAT YANG
                                    MENGESAHKAN DOKUMEN-DOKUMEN YANG
                                    DIKEMUKAKAN OLEH PENTENDER

      b.     BORANG A1       -      MAKLUMAT AM SUB-KONTRAKTOR UNTUK
                                    KERJA PAKAR.

      c.     BORANG B        -      MAKLUMAT AM DAN LATAR BELAKANG PENTENDER

      d.     BORANG G        -      SENARAI KERJA KONTRAK SEMASA


      Borang-borang ini hendaklah diisi dengan maklumat-maklumat yang benar dan data-data
      yang tepat. Semua butiran perlu diisi dan jawapan yang jelas hendaklah diberikan terhadap
      semua pertanyaan di dalam boring-borang di atas. Jika perlu helaian tambahan boleh
      dilampirkan. BORANG A dan setiap helaian tambahan yang dilampirkan kepada borang-
      borang lain hendaklah ditandatangani sah oleh pentender.

      Semua maklumat dan dokumen-dokumen yang tersebut di atas hendaklah dikemukakan oleh
      pentender bersama-sama tendernya sebelum tarikh tutup tender dan pentender tidak akan
      berpeluang lagi untuk mengemukakannya selepas itu. Sebarang maklumat atau mana-mana
      dokumen tersebut yang diterima selepas tender ditutup tidak akan diambil kira dalam
      penilaian keupayaan pentender.

      Sekiranya pentender didapati memberikan maklumat palsu atau sengaja menyorok (withhold)
      atau tidak memberikan mana-mana maklumat yang memberikan kesan negatif terhadap
      keupayaan, tendernya akan ditolak dan tindakan tatatertib akan diperakukan terhadapnya.
MAKLUMAT AM LATAR BELAKANG
       KONTRAKTOR
BORANG A – SURAT PENGAKUAN KEBENARAN MAKLUMAT DAN KEESAHAN DOKUMEN
           YANG DIKEMUKAKAN OLEH KONTRAKTOR

Nama Kontraktor : …………………………………………

Alamat : …………………………………………………….
……………………………………………………………….
……………………………………………………………….

Kepada,

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKJ),
Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(Pihak yang akan menilai tender)

Tuan,


Maklumat Latar Belakang Kewangan dan Teknikal Kontraktor

1. Kami telah membaca dengan teliti semua arahan-arahan yang terkandung dalam Arahan kepada
   Kontraktor termasuk arahan yang menghendakkan kami mengemukakan maklumat-maklumat
   dan dokumen-dokumen mengenai perkara di atas bersama-sama dokumen tender kami semasa
   mengemukakan Sebutharga ini untuk membolehkan MPKj menilai keupayaan kami untuk
   melaksanakan kerja yang ditender, semasa penilaian Tender.

2. Kami faham dan mengambil maklum bahawa penilaian Tender ini akan mengambil kira dan
   mementingkan keupayaan kami melaksanakan kerja yang ditender. Justeru itu tender kami akan
   hanya dipertimbang untuk diperakukan kepda Lembaga Tender untuk disetuju terima sekiranya
   kami didapati berkeupayaan untuk melaksanakan projek yang ditender, mengikut penilaian MPKj
   berasaskan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumjen yabg kami kemukakan.

3. Kami juga mengambil maklum bahawa kami dikehendaki mengemukakan semua maklumat da
   dokumen-dokumen yang diminta bersama-sama tender kami sebelum Tender ditutup dan
   maklumat-maklumat atau dokumen-dokumen yang dikemukakan kemudian daripada itu tidak
   akan diterima untuk diambil kira dalam penilaian keupayaan kami.

4. Kami mengaku bahawa maklumat-maklumat dan data-data yang kami berikan bersama-sama ini
   di Borang B,C,CA,D,E,F,FA dan dokumen-dokumen yang kami sertakan bersamanya setahu
   kami adalah semuanya benar dan sah pada semua segi dan kami telah mengambil maklum dan
   sedar akan tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan terhadap kami dan/atau tender kami,
   sekiranya mana-mana maklumat , data-data dan dokumen yang kami berikan itu didapati tidak
   benar atau palsu.




H/1
5. Kami juga mengambil maklum dan sedar bahawa Tender kami akan ditolak (disqualified) dan
   tidak akan dipertimbangkan sekiranya maklumat-maklumat yang kami berikan itu tidak mencukupi
   atau sekiranya kami gagal untuk memberikan bersama-sama ini mana-mana maklumat dan /atau
   menyertakan mana-mana dokumen penting yang sangat diperlukan untuk membolehkan MPKj
   menilai keupayaan kami, terutamanya dokumen-dokumenberhubung dengan kedudukan
   kewangan dan prestasi kerja semasa kami seperti berikut :

      i)      Salinan Akaun Syarikat yang telah disahkan dan diaudit oleh Juru Audit yang bertauliah,
              bagi dua (2) tahun kewangan terakhir.

      ii)     Salinan penyata Bulanan Akaun Bank mengenai Wang Dalam Tangan petender
              bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup Sebutharga.

      ii)     Lapuran Penyelia Projek atas prestasi kerja semasa yang bukan projek MPKj atas
              borang FA dalam satu sampul berlakri bagi setiap kerja semasa yang sedang
              dilaksanakan.

6. Kami dengan ini memberi kuasa kepada mana-mana pegawai Kerajaan, jurutera-jurutera projek,
   bank dan institusi kewangan lain, dan lain-lain atau mana-mana orang atau firma yang berkenaan
   untuk memberikan maklumat-maklumat yang dianggap perlu dan diminta oleh MPKj untuk
   menyemak maklumat-maklumat yang kami berikan atau untuk mendapatkan maklumat
   tambahan. Kami mengambil maklun bahawa pihak MPKj juga boleh merujuk apa-apa maklumat
   yang kami kemukakan dengan mana-mana pihak termasuk Jabatan Hasil Dalam Negeri. Walau
   bagaimanapun kami tetap bertanggungjawab di atas maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen
   yang kami berikan bersama-sama ini.

Yang Benar ,


………..…………………………                                                  Tarikh : …………………………
( Tandatangan Petender )

Nama Penuh : …………………………………………………..

No Kad Pengenalan : ………………………………………….

Atas Sifat : ………………………………………………………

yang diberikan kuasa dengan sempurnanya untuk
menandatangani Tender ini untuk dan bagi
pihak

……………………………………………………
( Meteri atau cop Petender )

Saksi       : ………………………………                                       Tarikh : ……………………………

Nama Penuh :…………………………………………………….

No Kad Pengenalan : ……………………………………………

Pekerjaan : ………………………………………………………..

Alamat : ……………………………………………………………




H/2
BORANG B- MAKLUMAT AM LATAR BELAKANG KONTRAKTOR

1. Nama         : …………………………………………………………………………..

2. Alamat       : …………………………………………………………………………..

                 …………………………………………………………………………..

                 …………………………………………………………………………..

  No. Telefon : ………………………………                         No. Fax         : ………………………..

3. Pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) (Sertakan Salinan Pendaftaran)

          i) No. Pendaftaran    : ……………………………………………………………………………

          ii) Tarikh daftar : …………………………………….. Sah hingga            : ……………………………..

        iii) Kelas dan Tajuk/Tajuk Kecil : …………………………………………………………………..

          iv) Taraf (Bumiputera/Bukan Bumiputera) : …..…………………………………………………
           v) Jika Bumiputera, tempoh sah taraf : Dari ………………………hingga …………………

4. Bagi Syarikat Sdn. Bhd nyatakan :
         i) Modal dibenarkan    : RM ………………………………………

        ii) Modal dibayar       : RM ………………………………………

   i)          Perniagaan Utama lain, jika ada :
  a) …………………………………………………………… sejak ……………………………………..

  b) …………………………………………………………… sejak ……………………………………..


6. Ahli-ahli Syarikat
         i) Ahli-ahli Lembaga Pengarah

Nama                                     Jawatan               Saham Modal Dipegang




H/3
BORANG B- MAKLUMAT AM LATAR BELAKANG SEBUTHARGA (Samb.)


(i) Ahli-ahli Lembaga Pengarah (Samb.)



Nama                                     Jawatan   Saham Modal Dipegang




ii) Ahli-ahli Pengurusan




Nama                                     Jawatan   Kelulusan
                                                   Akademik/Iktisas




H/4
BORANG C – DATA-DATA KEWANGAN

A.          Ringkasan harta dan liabiliti seperti yang ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan (Balance Sheet)* yang
            diaudit bagi tahun kewangan terakhir.

Asset *                                      Liabiliti *                                      Nilai Kewangan
(A)                                          (B)                                              (Worth) (A – B)
Semasa : RM                                  Semasa : RM                                      Modal Pusingan : RM
Tetap : RM                                   Tetap       : RM
           ------------------                               ------------------                Modal Tetap          : RM
Jumlah : RM                                  Jumlah : RM
          ==============                                    ==============                    ‘Nett Worth’       : RM

B.          Akaun Wang Di tangan (Cash in Hand)**

            1.    Nama dan Alamat Bank di mana akaun di buka :


            …………………………………………………………………………………………………………………………

            …………………………………………………………………………………………………………………………

            2.    Nombor Akaun : ……………………………………………………

C.          Kemudahan kredit (jika ada)*

            1.    Nama dan Alamat Bank/Institusi Kewangan yang memberi Kemudahan Kredit :

                  ……………………………………………………………………………………………………………………

                  ……………………………………………………………………………………………………………………

            2.    Bentuk dan baki amaun yang boleh digunakan untuk projek pembinaan.

                    i) Overdraf atau Talian Kredit                                                          : RM
                   ii) Overdraf bercagar                                                                    : RM
                  iii) Pinjaman Tetap yang akan/layak diperolehi untuk projek                               : RM

                  iv) ……………………………………………………………………                                                            : RM

                                                                        Jumlah                              : RM
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peringatan Penting

           Sila sertakan salinan Akaun Syarikat bagi dua (2) tahun kewangan terakhir, yang disahkan dan diaudit
            oleh Juru Audit bertauliah (certified Accountant) atau sekiranya tiada, bagi tahun kewangan setahun
            sebelumnya bagi menyokong data-data yang diberi. Tender yang tidak disertakan dengan Akaun ini
            akan ditolak.

           Sila sertakan salinan Penyata Bulanan Bank bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup Tender.
            Tender yang tidak disertakan dengan penyata ini, akan ditolak.

           Sila dapat dan sertakan Laporan sulit dariapda pihak Bank/Institusi Kewangan atas format seperti
            Borang CA, dalam satu sampul berlakri.




H/5
SULIT

BORANG CA – LAPORAN BANK / INSTITUSI KEWANGAN
MENGENAI KEDUDUKAN KEWANGAN PENTENDER

(Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh pihak bank atau institusi kewangan lain dan diserahkan kepada
pentender dalam satu sampul berlakri untuk disertakan bersama-sama tendernya sekiranya pentender
mempunyai kemudahan kredit dengan Bank/Institusi Kewangan yang berkenaan).

Kepada : ……………………………………………………………………………..

        ………………………………………………………………………………

        ……………………………………………………………………………….
        (Pengarah JKR)

Nama Pentender : ………………………………………………………………………………………………..

Projek:  Tender     Untuk   Membina    dan     Menyiapkan
……………………………………..………………………………………………………………………………..

……………………………………..………………………………………………………………………………..

……………………………………..………………………………………………………………………………..

(A)     Kemudahan Kredit yang boleh digunakan untuk pelaksanaan Projek :
        Kemudahan Kredit yang telah lulus dan kemudahan kredit tambahan minimum yang layak diperolehi
        oleh pentender adalah seperti berikut :

        Bentuk Kemudahan        Baki daripada yang       Tambahan Minima
        Kredit                  telah diluluskan         yang akan diluluskan
        ______________          ______________           _______________        _____________

        (i) Overdraf            RM                       RM                     RM
        (ii) Overdraf bercagar  RM                       RM                     RM
        (iii) Talian Kredit     RM                       RM                     RM
        (iv) Pinjaman Tetap
               yang akan/layak
               diperolehi untuk
               projek
        (v) …………………………..RM                               RM                     RM
                                _______________          _______________        ______________

        Jumlah                  RM                         RM                   RM
                                _______________            _______________      _______________
                                (* Jika Projek diawardkan kepada Pentender)

        Ulasan-ulasan mengenai kedudukan kewangan dan akaun pentender :




        Tandatangan untuk dan bagi pihak bank : ……………………………………………………………………….

        Bank : ………………………………………                  Nama Pegawai : ……………………………………………….

                                                Jawatan : ……………………………………………………….

                                                Tarikh : ……………………………………




H/6
                 BORANG D – REKOD PENGALAMAN KERJA
                 (Senarai Semua Kerja Yang Disiapkan Dalam 5 Tahun Lepas)



BIL   NAMA KONTRAK/PROJEK   DAN   NILAI        NILAI                      TEMPOH            TARIKH               TARIKH SIAP             NAMA DAN ALAMAT      NAMA DAN ALAMAT
      SKOP KERJA+                 KONTRAK      PETENDER*                  KONTRAK           MILIK                                        PEGAWAI PENGUASA/    MAJIKAN
                                  (RM)         BERTANGGUNGJAWAB           **                TAPAK                KONTRAK       SEBENAR   JURUTERA PERUNDING




                 +
                       Salinan Perakuan/Pengesahan Siap Kerja bagi setiap kerja yang disenaraikan hendaklah disertakan
                 *
                       Hanya perlu diisi sekiranya pentender melaksanakan kerja sebagai ahli Syarikat gabungan
                 **
                       Tempoh kontrak hendaklah termasuk Lanjutan Masa yang diluluskan


                 H/7
                   BORANG G – SENARAI KERJA KONTRAK SEMASA
                   (Senarai Semua Kerja Di dalam Tangan/Sedang Berjalan Dan Belum Siap Termasuk Kontrak Yang Baru Diaward)



BIL   NAMA                NILAI        NILAI                      TEMPOH          TARIKH       TARIKH         KEMAJUAN KERJA                  NAMA DAN ALAMAT       NAMA DAN ALAMAT
                     +    KONTRAK      PETENDER*                  KONTRAK         MILIK        SIAP                                           JURUTERA PROJEK       MAJIKAN
      KONTRAK/PROJEK
                          (RM)         BERTANGGUNGJAWAB           **                           KONTRAK        IKUT          SEBENAR
                                                                                                              JADUAL        DICAPAI
                                                                                                              (RM)          (RM)




                   *
                         Hanya perlu diisi sekiranya pentender melaksanakan kerja sebagai ahli syarikat gabungan
                   **
                         Tempoh kontrak hendaklah termasuk lanjutan masa yang diluluskan
                   +
                         Peringatan Penting

                         Bagi setiap kerja semasa yang bukan projek MPKj sertakan (wajib) Laporan Penyelia Projek atas format seperti Borang GA, dalam satu sampul berlakri. Tender yang
                         tidak disertakan dengan Laporan ini bagi setiap kerja semasa yang disenaraikan akan ditolak.




                         H/8
                                                                                       LAMPIRAN A

BORANG GA – LAPORAN PENYELIA PROJEK ATAS PRESTASI KERJA (BUKAN PROJEK
MPKj) SEMASA PENTENDER
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh Penyelia Projek atau Pembantu Kanannya yang
mengawasi projek dan diserahkan kepada Kontraktor dalam satu sampul berlakri untuk
disertakan bersama-sama tendernya)

Kepada :         Pengarah …………………………………….
                 …………………………………………………
                 …………………………………………………
                 (U/P: ………………………………………….)

Nama                                                          Kontraktor                                   :
…………………………………………………………………………………………………………………
……
Nama                          Projek                        Yang                         DiLaksanakan      :
…………………………………………………………………………………………………………………
……
…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………
…………
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
No. Kontrak :
Harga Kontrak (termasuk anggaran nilai kerja perubahan )                               : RM
Wang Kos Prima dan Peruntukan Sementara                                                : RM
Nilai Kerja Pembina                                                                    : RM

Tarikh Milik Tapak    :                              Tempoh Kontrak             :                  minggu
Tarikh Penyiapan Asal :

Lanjutan Masa Yang Telah Diluluskan                            :                hari
Lanjutan Masa Seterusnya :
Yang difikir/dijangka layak diperakukan                        :                hari
Atas Sebab-sebab : (i)
                       (ii)

Kemajuan Kerja (berdasarkan nilaian kerja yang telah dilaksanakan) :
Pencapaian sebenar :                    Mengikut Jadual :                       %
Tarikh Kerja dijangka akan dapat disiapkan :

Nilai Bahagian Kerja Yang Telah Siap        :                                                           RM
Nilai Baki Kerja Yang Belum Siap            : RM

Ulasan-ulasan mengenai Prestasi Kontraktor;
(Nyatakan apa-apa kepujian dan /atau kelemahan kontraktor dan juga apa-apa tindakan /
perakuan yang diambil / dipertimbang berhubung dengan prestasi Kontraktor melaksanakan
Kontrak)

Tandatangan Penyelia Projek         :
              Nama                  :
              Jawatan               :                          Tarikh :

H/9
LAMPIRAN A

BORANG GA1 – LAPORAN JURUTERA PROJEK ATAS PRESTASI KERJA SEMASA
PENTENDER
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh Jurutera Projek atau Pembantu Kanannya yang
mengawasi projek apabila diminta berbuat demikian oelh Pegawai Penilaian dan hendaklah
dihantar segera dengan menggunakan mesin Fax)

Kepada :             Pengarah …………………………………………
                     ……………………………………………………..
                     ……………………………………………………..
                     (U/P: ……………………………………………...)

Nama Kontraktor :

…………………………………………………………………………………………………………………
Nama Projek Yang DiLaksanakan :
…………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………...

………………………………………………………………………………………………………………...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------- -----------------------
No. Kontrak :
Harga Kontrak (termasuk anggaran nilai kerja perubahan )                               : RM
Wang Kos Prima dan Peruntukan Sementara                                                : RM
Nilai Kerja Pembina                                                                    : RM

Tarikh Milik Tapak     :                                         Tempoh Kontrak :                           minggu
Tarikh Penyiapan Asal :

Lanjutan Masa Yang Telah Diluluskan                                         :                     hari
Lanjutan Masa Seterusnya                                                    :
Yang difikir/dijangka layak diperakukan                                     :                     hari
Atas Sebab-sebab : (i)
                       (ii)

Kemajuan Kerja (berdasarkan nilaian kerja yang telah dilaksanakan) :
Pencapaian sebenar :                    Mengikut Jadual :                                         %
Tarikh Kerja dijangka akan dapat disiapkan :

Nilai Bahagian Kerja Yang Telah Siap                  : RM
Nilai Baki Kerja Yang Belum Siap                      : RM

Ulasan-ulasan mengenai Prestasi Kontraktor;
(Nyatakan apa-apa kepujian dan/ atau kelemahan kontraktor dan juga apa-apa tindakan/
perakuan yang diambil / dipertimbang berhubung dengan prestasi Kontraktor melaksanakan
Kontrak)
Tandatangan Pegawai Penguasa/
Jurutera Projek/Wakilnya      :……………………………………………………..
                Nama          :
                Jawatan       :                   Tarikh :

H/10

								
To top