Docstoc

ADAB-ADAB HARI RAYA

Document Sample
ADAB-ADAB HARI RAYA Powered By Docstoc
					Adab-Adab dan Hukum-Hakam Berhari Raya                                             Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani mengomentari hadith ini dengan berkata :
                                                                                   “Demikian itu kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan
                                                                                   dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah
Bertakbir pada pagi hari raya ketika keluar dari rumah menuju ke tempat
                                                                                   swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” (Fath al-Bari : 2/446)
mendirikan solat dan sehingga keluarnya Imam adalah suatu perkara yang
benar-benar masyhur di sisi generasi Salaf, sekumpulan ulama yang
menulis seperti Ibn Abi Syaibah, ‘Abdul Razak dan al-Firyabi dalam                 3.     Bertakbir pada hari Raya
kitabnya Ahkam al-‘Iedain menukilkan perkara ini dari generasi Salaf,
kerana itu Nafi’ bin Jubair sentiasa akan bertakbir (pada pagi hari raya)          Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman
dan beliau menganggap pelik orang-orang yang tidak bertakbir (pada pagi            Allah swt :
hari raya) sambil berkata : “Apakah kamu semua tidak bertakbir?”

Adab-Adab dan Hukum-Hakam Berhari Raya
                                                                                        ‫ولِتُكملُوا العدةَ ولِتُكبِّرُوا َّللاَ عَلى ما هَدَاكم ولَعلَّكم تَشكرُوْ ن‬
                                                                                              ُ ْ ُْ َ َ ُْ           َ                    َ َ َّ ِ          ِْ َ
                                                                                   Maksudnya : “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan
    1.   Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.                          hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan
                                                                                   kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah : 185)
         Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-
         Muwatto’ (‫)الموطأ‬                                                         Daripada al-Walid bin Muslim katanya : “Aku bertanya kepada al-Auza’ie
                                                                                   dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata
                                                                                   mereka berdua : “Ya, adalah ‘Abdullah bin ‘Umar menzahirkan takbir pada
        َُْ ْ َ ْ ِ ْ ْ َ ُ ِ ْ
  ‫أَن عبد َّللاِ بنَ عمر كانَ يَغتَسل يَوْ م الفِطر قَبل أَن يَغدو إِلَى‬
                                                َ َ َ ُ ْ َّ َ ْ َ َّ              hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).”

                                     َ ُْ
                                 ‫المصلَّى‬                                          Sahih juga daripada ‘Abdul Rahman al-Salamiy katanya : “Adalah mereka
                                                                                   (sahabat Nabi saw) pada hari Raya al-Fitri lebih bersungguh berbanding
Maksudnya : “Bawasanya ‘Abdullah bin ‘Umar seringkali akan mandi pada              hari Raya al-Adha, Waki’ berkata : “Yakni (mereka lebih bersungguh)
hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi         dalam bertakbir.” (Lihat Irwa’ al-Ghalil : 3/122)
hari raya.”
                                                                                   Al-Daraqutni dan selainnya pula meriwayatkan bahawa Ibn ‘Umar apabila
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya               keluar pada pagi hari Raya al-Fitri dan hari Raya al-Adha, beliau
mandi untuk solat hari raya.                                                       bersungguh-sungguh bertakbir sehinggalah sampai ke tempat solat,
                                                                                   kemudian dia bertakbir lagi sehinggalah Imam keluar (untuk mendirikan
                                                                                   solat).”
2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Aid
al-Fitri dan sebaliknya untuk ‘Aid al-Adha
                                                                                   Ibn Abi Syaibah pula meriwayatkan dengan sanad yang sahih daripada al-
                                                                                   Zuhriy katanya : “Adalah manusia bertakbir pada hari raya ketika mereka
Termasuk di dalam adab berhari raya al-Fitri ialah makan dahulu sebelum
                                                                                   keluar daripada rumah-rumah mereka sehinggalah mereka sampai ke
keluar untuk menunaikan solat hari raya. Ini berdasarkan hadith yang
                                                                                   tempat menunaikan solat dan sehingga Imam keluar, apabila imam keluar
diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya :
                                                                                   (untuk menunaikan solat), mereka semua senyap, Apabila Imam bertakbir,
                                                                                   mereka juga bertakbir.” (Lihat Irwa’ al-Ghalil : 2/121)
      َ ِ ْ ْ َ َ ُ ْ َ َ َ َ ِ ْ َ َّ               َ َّ ُ َ َ
  ‫كانَ رسُول َّللاِ صلَّى َّللاُ علَيه وسلَّم ال يغدو يوْ م الفِطر حتَّى‬
                    ‫يَأْكل تَمرات .. ويَأْكلُهُن وترا‬
                                                                                   Bertakbir pada pagi hari raya ketika keluar dari rumah menuju ke tempat
                     ً ْ ِ َّ ُ َ ٍ َ َ َ ُ                                        mendirikan solat dan sehingga keluarnya Imam adalah suatu perkara yang
                                                                                   benar-benar masyhur di sisi generasi Salaf, sekumpulan ulama yang
                                                                                   menulis seperti Ibn Abi Syaibah, ‘Abdul Razak dan al-Firyabi dalam
Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-
                                                                                   kitabnya Ahkam al-‘Iedain menukilkan perkara ini dari generasi Salaf,
Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan
                                                                                   kerana itu Nafi’ bin Jubair sentiasa akan bertakbir (pada pagi hari raya)
baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” (al-Bukhari : 953)
                                                                                   dan beliau menganggap pelik orang-orang yang tidak bertakbir (pada pagi
                                                                                   hari raya) sambil berkata : “Apakah kamu semua tidak bertakbir?”


                                                                             [1]
Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya                               mereka mengucapkan ‫ , تُقُبِّ ََ ل منَّا ومنكم‬Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini )
                                                                                                                           ُْ ِْ َ ِ َ
iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga                               Hasan. (Fath al-Bari : 2/446)
masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.
4. Lafaz Takbir Hari Raya                                                                           6.   Bercantik di Hari raya

Di dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibn                              Daripada Jabir r.a. katanya : “Bagi Nabi saw ada satu jubah yang baginda
Mas’ud r.a. yang bertakbir pada hari Tasyrik dengan lafaz :                                         akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” (Sahih Ibn
                                                                                                    Khuzaimah : 1765)

    ْ َ ْ َّ َ ُ ْ
   ‫َّللاُ أكبَر َّللاُ أكبَر ال إلهَ إالَّ َّللاُ وَّللاُ أكبَر َّللاُ أكبَر و ِّلِلِ الحمد‬
                               ُ ْ         َ                    َ ُ ْ          ُ ْ                  Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa
                                                                                                    Ibn ‘Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.
Maksudnya : Allah maha besar, Allah maha besar, tidak ada ilah melainkan
Allah dan Allah yang maha besar, Allah yang masa besar dan bagi Allah                               Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki.
segala puji-pujian.”                                                                                Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa
                                                                                                    seperti sabda Nabi saw :
Ibn Abi Syaibah juga meriwayatkan di kesempatan yang lain dengan
sanadnya sendiri, dimana takbir itu diucapkan sebanyak 3 kali.
                                                                                                                                    ‫وليخرجن تَفِالت‬
Al-Mahaamiliy (‫ )المحاملي‬meriwayatkan dengan sanad yang sahih juga
tentang lafaz takbir raya daripada Ibn Mas’ud :                                                     Maksudnya : “Dan hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan
                                                                                                    meninggalkan wangian (berpakaian biasa dan tidak bertabarruj).”
      َّ َ ُ ْ
   ِ‫َّللاُ أكبَر كبِيْراً َّللاُ أكبَر كبِيْراً َّللاُ أكبَر وأجل ، َّللاُ أكبَر و ِّلِل‬
                           ّ َ َ ُ ْ                َ ُ ْ                 َ ُ ْ                     7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya
                                          َْ ْ
                                       ‫الحمد‬                                                        melalui jalan yang lain.

                                                                                                    Daripada Jabir bin Abdillah r.’anhuma katanya :
Maksudnya : Allah yang maha besar sebesar-besarnya, Allah yang maha
besar sebesar-besarnya, Allah yang maha besar dan yang maha agung,
Allah yang maha besar dan bagi Allah segala pujian.” (Irwa’ al-Ghalil :
3/126)
                                                                                                    ‫كانَ النَّبِي صلَّى َّللاُ علَيه وسلَّم إِذا كانَ يوْ م عيد خالَفَ الطَّريق‬
                                                                                                    َ ِ           َ ٍ ِ ُ َ َ َ َ َ َ ِ ْ َ َّ                  َ ُّ          َ
                                                                                                    Maksudnya : “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan
Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi                                   (pergi dan balik dari solat hari raya).” (al-Bukhari : 986)
perempuan. Ia dilakukan di merata tempat di masjid, di rumah dan di
pasa-pasar.
                                                                                                    Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini
5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya

                                                                                                    i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan
Termasuk daripada adab berhari raya ialah dengan menyampaikan ucap
                                                                                                    Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada
tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan
:                                                                                                   hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik
                                                                                                    dan jahat.
                                                                                                    ii. Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam
    ُْ ِْ َ ِ
1. ‫ – تَقَبَّل َّللاُ منَّا ومنكم‬Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda
                      َ                                                                             iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah swt
semua)
                                                                                                    iv. Untuk menyakitkan hati orang-orang Munafikin dan Yahudi dan
2. ْ‫( – عيد مبَارك‬Selamat) hari raya yang diberkati.
       َ ُ ُِْ                                                                                      sebagai menakutkan mereka dengan ramainya umat Islam.
                                                                                                    v. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan
Atau ucapan yang seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-                                sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan
ungkapan tahniah yang dibenarkan. Jubair bin Nufair berkata : “Para                                 menghubungkan solatur rahim.
sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya                                8. Solat Hari Raya



                                                                                              [2]
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya, sebahagian                     Al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’ : “Dan disunatkan bagi
mengatakan hukumnya sunat, sebahagian yang lain mengatakannya                             orang ramai untuk mendengar khutbah, dan bukanlah khutbah dan
fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah                        mendengarnya satu syarat sah solat hari raya, akan tetapi al-Syafie
fardhu ‘ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah                    berkata : “Jika seseorang meninggalkan mendengar khutbah hari raya atau
pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh Syeikh                   (khutbah) solat gerhana, atau (khutbah) solat al-Istisqa (minta hujan) atau
al-Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim. Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Abdillah                 khutbah haji atau dia bercakap ketika khutbah (yang disebut) atau dia
bin Baz menyebut : “Pendapat ini lebih terserlah pada dalil-dalilnya dan                  berpaling lalu pergi meninggalkan khutbah, aku memakruhkannya dan dia
lebih hampir kepada kebenaran.”                                                           tidak perlu mengulanginya.”

Cara-caranya (kaifiyatnya) Solat Hari Raya.                                               - Khutbah raya dimulakan dengan memuji-muji Allah, tidak terdapat
                                                                                          petunjuk dari Baginda saw memulakan khutbah dengan bertakbir. Al-Imam
- Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan                      Ibn Qayyim berkata :
sebanyak 2 rakaat. Rakaat pertama ada 7 kali takbir dan rakaat kedua ada
5 kali takbir. Hukum bilangan-bilangan takbir ini adalah sunnat bukan                     “Ramai (ulama) telah berbeza pendapat tentang pembukaan khutbah dua
wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah.               hari raya dan al-Istisqa (khutbah solat al-Istisqa), sebahagian mengatakan
Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit dari para                 dibuka dengan bertakbir, yang lain pula mengatakan dibuka khutbah
sahabat Nabi saw, dan tidak ada bukti yang menunjukkan sebaliknya.                        (solat) al-Istisqa dengan beristighfar, ada juga yang mengatakan dibuka
                                                                                          dengan kalimat pujian, berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: Inilah yang
- Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-‘Ala ( ‫سبح اسم ربك‬                       benar… kerana Nabi saw membuka semua khutbah baginda dengan
‫ )األعلى‬dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasiah (‫)هل أتاك حديث الغاشية‬                   kalimat pujian kepada Allah.”
berdasarkan hadith riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf (‫ )ق‬pada                        - Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya
rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar (‫ )القمر‬pada rakaat kedua,
juga berdasarkan hadith riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari                   Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari. Ibn
Nabi saw.                                                                                 Hajar al-‘Asqalani di dalam Fath al-Bari menukilkan perkataan Ibn Battal
                                                                                          (‫“ : )ابن بطال‬Telah sepakat para fuqaha’ bahawa solat hari raya tidak
- Jika hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka orang-orang yang hadir                      dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan
solat hari raya dia boleh memilih samaada hendak hadir atau tidak pada                    ketika disunatkan solat sunat.”
solat Jumaat. Jika dia memilih untuk tidak hadir, dia hendaklah
menunaikan solat Zohor.                                                                   Yazid bin Khamir berkata, Abdullah bin Yusr (‫ – )عبد َّللا بن يسر‬sahabat
                                                                                          Rasulullahs saw – telah keluar bersama orang ramai pada hari raya fitri
- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah                                    atau Adha, dan beliau mengingkari kelewatan Imam (dari solat hari raya)
Ini berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn ‘Abbas                          dan berkata : “Sesungguhnya kami (para sahabat) telah selesaikan (solat
r’anhuma :                                                                                hari raya) pada waktu ini” ketika itu adalah waktu al-Tasbih.
                                                                                          Yang dimaksudkan dengan waktu al-Tasbih itu ialah waktu solat sunat,

    ِ ْ ُ ْ َ ْ
    ‫أَشهَد علَى رسُول َّللاِ صلَّى َّللاُ علَيه وسلَّم صلَّى قَبل الخطبَة‬
                                                                                          setelah tamatnya waktu dilarang solat. (Sila lihat Fath al-Bari dan Sunan
                     َ َ َ َ ِ ْ َ َّ          َ َّ ِ َ          َ ُ ْ                    Abi Daud)

                            َ َ َّ ِ ِ ْ
                            ‫فِي العيد ثُم خطَب‬
                                                                                          9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya

                                                                                          Daripada ‘Ali bin Abi Tolib r.a. katanya : “Termasuk di dalam sunnah,
Maksudnya : “Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya                    mendatangi (solat) hari raya dengan berjalan kaki.” (Riwayat al-Tirmizi dan
sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”                                            beliau menghasakannya). Kata al-Tirmizi : “Beramal dengan hadith ini
                                                                                          kebanyakan para ulama, mereka memandang sunat orang lelaki keluar
-    Keringanan meninggalkan khutbah bagi yang mahu                                       (utk solat hari raya) dengan berjalan kaki.” Kata Ibn al-Munzir : “Orang
                                                                                          yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik
Daripada Abdullah bin Sa-ib (‫ )عبد َّللا بن السائب‬katanya : “Aku menyaksikan hari         dan lebih hampir kepada maksud tawadhu’, dan tidak mengapa bagi
                                                                                          sesiapa yang berkenderaan.”
raya bersama Nabi saw, apabila selesai solat (hari raya) baginda bersabda
                                                                                          Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn ‘Umar katanya :
: “Sesungguhnya kami akan berkhutbah, maka sesiapa yang hendak
mendengar khutbah duduklah, dan sesiapa yang hendak pergi (tidak
mendengar khutbah) bolehlah dia pergi.” (Irwa’ al-Ghalil : 3/96)

                                                                                    [3]
     ِ َ ِ ِْ          ُ ُ ْ َ َ َ ِ ْ َ َّ          َ َّ ُ َ َ
  ‫كانَ رسُول َّللاِ صلَّى َّللاُ علَيه وسلَّم يَخرج إِلَى العيد ، ماشيًا‬           raya disebabkan dia termasuk orang yang mempunyai keuzuran.
                                                                                   Beberapa Kesalahan Yang Dilakukan Pada Hari Raya
                             ‫ويَرْ جع ماشيًا‬
                                ِ َ ُ ِ َ                                          1.   Anggapan sunat menghidupkan malam hari raya

Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya                Sebahagian orang ada yang beranggapan sunat menghidukan malam hari
dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” (al-             raya dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti qiyam al-Lail dan
Albani menghasankan hadith ini di dalam Sahih Ibn Majah)                           seumpamanya. Anggapan ini adalah salah kerana tidak terdapat dari
                                                                                   petunjuk Nabi saw. Adapun hadith yang menyebut tentang kelebihan
10.   Wanita juga keluar menunaikan solat hari raya                                menghidupkan malam hari raya ini adalah dhoief ataupun lemah untuk
                                                                                   dinisbahkan kepada perkataan Nabi saw. Hadith tersebut ialah :
Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di
dalam sunnah Nabi saw. Dari Umm ‘Atiyyah r.’anha katanya : “Kami
disuruh oleh Nabi saw untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada                        ‫من أحيا ليلة العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب‬
hari raya al-Fitri dan al-Adha wanita yang baru baligh atau hampir baligh,
wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada                  Maksudnya : “Siapa yang menghidupkan malam hari raya, tidak akan mati
tempat sembahyang.”                                                                hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia lainnya).”

11.   Zakat al-Fitr                                                                Hadith ini TIDAK SAHIH, ia datang dari 2 jalan periwayatan dimana
                                                                                   salah satunya Maudhu’ atau PALSU dan salah satu lagi LEMAH. (Sila lihat
Nabi saw menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya. Harus            Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhu’ah, oleh al-Syeikh Muhammad
mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal berdasarkan hadith Ibn             Nasiruddin al-Albani : 520-521)
‘Umar r.’anhuma yang diriwayatkan oleh al-Bukhari :
                                                                                   Maka tidak disyariatkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan
             ‫وكانوا يعطون قبل الفطر بيوم أو يومين‬                                  qiyam al-lail, melainkan bagi mereka yang sememangnya telah menjadi
                                                                                   kebiasaannya menghidupkan malam-malam yang lain juga.
                                                                                   2. Menziarahi Kubur pada 2 hari raya
Maksudnya : “Adalah mereka (sahabat nabi saw) mengeluarkan (zakat al-
Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.”                                     Perbuatan sebahagian orang yang menjadikan awal pagi dua hari raya
                                                                                   untuk menziarahi kubur adalah perbuatan yang bertentangan dengan
Sesiapa yang menunaikan zakat fitrah selepas solat hari raya maka ia tidak         maksud dan syiar hari raya. Yang mana sepatutnya dizahirkan
dikira sebagai zakat fitrah berdasarkan hadith Nabi saw daripada Ibn               kegembiraan dan keseronokan.
‘Abbas r.’anhuma :
                                                                                   Perbuatan menziarahi kubur pada hari raya ini juga bertentangan dengan
‫من أداها قبل الصالة فهي زكاة مقبولة، ومن أداها بعد الصالة‬                          petunjuk Nabi saw dan perbuatan generasi awal umat Islam (al-Salaf)
                                                                                   yang dididik oleh Baginda. Perbuatan ini dibimbangi termasuk di dalam
                  ‫فهي صدقة من الصدقات‬                                              larangan Nabi saw dari menjadikan tanah perkuburan sebagai sambutan
                                                                                   hari raya, dimana jika dimaksudkan (sunat menziarahi kubur) pada waktu-
                                                                                   waktu tertentu dan ada pada musim-musim yang tertentu (seperti pada
Maksudnya : “Sesiapa yang membayarnya (zakat fitrah) sebelum solat                 dua hari raya), maka perbuatan ini termasuk larangan menjadikan tanah
(hari raya), maka itulah zakat fitrah yang diterima, dan sesiapa yang              perkuburan sebagai tempat sambutan hari raya seperti yang disebut oleh
membayarnya selepas solat, maka ianya hanya sekadar sedekah dari                   para ulama. (Sila lihat Ahkam al-Jana-iz wa Bida’uha oleh al-Albani. m.s.
sedekah yang lain.”                                                                219 & 258)

Maka berdasarkan hadith ini haram hukumnya melewatkan membayar                     wallahu a’lam.
zakat sehingga selesai solat hari raya tanpa sebarang keuzuran. Jika dia
terlewat disebabkan keuzuran seperti orang yang dalam perjalanan
(musafir) yang tidak memiliki wang atau tidak mendapati orang yang boleh
diberikannya zakat, dia boleh mengeluarkannya selepas daripada solat hari

                                                                             [4]

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:20
posted:3/12/2012
language:Indonesian
pages:4