Docstoc

KERTAS KERJA PEMBINAAN RUMAH CENDAWAN

Document Sample
KERTAS KERJA PEMBINAAN RUMAH CENDAWAN Powered By Docstoc
					PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
   BERMASALAH PEMBELAJARAN
       SMK DESA PETALING
         KUALA LUMPUR.




           Kertas kerja
   Cadangan pembinaan rumah
      cendawan berpagar
             2012
                DISEDIAKAN OLEH :
            PN NAJWA IZZATI BINTI UDIN
    GURU MATAPELAJARAN VOKASIONAL (MPV-KHAS)
              KOMPONEN PERTANIAN,
               PPKIBP , SMKDP, KL.




                     PN NAJWA IZZATI BINTI UDIN   PPKIBP/SMKDP,KL
               SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DESA PETALING
               JALAN 3/125 DESA PETALING,KUALA LUMPUR
               TEL       : 03- 90589302      FAX    : 03-90594501



                                                    Tarikh          :      1 FEBRUARI 2012

Kepada ,

…………………………………….

……………………………………

……………………………………

SOKONGAN MELAKSANAKAN PEMBINAAN RUMAH CENDAWAN BERPAGAR
BAGI MELUASKAN PROJEK TERNAKAN CENDAWAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN (PPKIBP)
SEK.MEN.KEB.DESA PETALING , KUALA LUMPUR.


Adalah dengan hormatnya perkara diatas dirujuk . Pihak sekolah dengan ini memberi sokongan
sepenuhnya kepada Program Pendidikan Khas Integasi Bermasalah Pembelajaran , SMK Desa Petaling
, untuk melaksanakan Pembinaan Rumah Cendawan Berpagar , bagi meluaskan projek ternakan
cendawan bagi tahun 2012

2.     Pembinaan Rumah Cendawan berpagar ini , bertujuan menjayakan perluasan ternakan
cendawan yang lebih baik, sebagai langkah kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas dalam kerjaya .
Adalah menjadi harapan pihak sekolah , agar semua guru dan pelajar PPKIBP dapat memberi kerjasama
yang padu untuk menjayakan dengan bermakna bagi melahirkan pelajar PPKIBP SMKDP yang
berpotensi cemerlang.

3.     Segala kerjasama dan keprihatinan pihak terlibat , pihak sekolah mengucapkan jutaan terima
kasih dalam menjayakan Projek tersebut.

Sekian , Terima Kasih.


“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“ BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut perintah,



…………………………………………………
( HAJAH SULASTERI BINTI IBRAHIM)
Pengetua,
SMK Desa Petaling,
Kuala Lumpur.




                                             PN NAJWA IZZATI BINTI UDIN                 PPKIBP/SMKDP,KL
                  KERTAS KERJA CADANGAN PEMBINAAN
                      RUMAH CENDAWAN BERPAGAR
                          PROJEK PERKEBUNAN
      PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN
                  SMK DESA PETALING , KUALA LUMPUR .
                                  2012



1.0   TAJUK

      Kertas Kerja Cadangan Pembinaan Rumah Cendawan Berpagar , Projek Pertanian Bagi
      Matapelajaran Vokasional , Program Pendidikan Khas Integrasi Permasalah
      Pembelajaran , SMK Desa Petaling , Kuala Lumpur 2012.


2.0   PENDAHULUAN

      Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) adalah satu
      program yang dikhususkan untuk mendidik murid-murid berkeperluan khas. Segala
      aktiviti yang dijalankan bertujuan mempertingkatkan potensi dan jati diri setiap murid .
      Melalui program ini murid PPKIBP SMK Desa Petaling akan mendapat bimbingan
      melalui pendedahan dalam pelbagai aktiviti dengan pendekatan yang sesuai
      berdasarkan keupayaan mereka. Oleh itu, satu cadangan Pembinaan Rumah
      Cendawan Berpagar telah dicadangkan bagi memberi peluang kepada murid-murid ini
      memperolehi pengalaman berkebun dengan lebih jelas.Secara tidak langsung murid-
      murid ini juga dapat diterapkan dengan mengenal kewujudan alam sekitar , menyemai
      semangat berganding bahu , berdikari dan membina keyakinan diri . Selain itu akan
      mewujudkan kemahiran sosial yang positif bersama murid aliran perdana ke arah hidup
      berdikari sebagai individu yang boleh menyumbangkan kepada masyarakat dan Negara.


3.0   RASIONAL

      Kurikulum sekolah biasanya tertumpu kepada aktiviti pembelajaran dan pengajaran di
      dalam bilik darjah sahaja .Namun kaedah ini agak berbeza bagi murid-murid
      berkeperluan khas. Kaedah pengajaran dan pembelajaran , murid-murid berkeperluan
      khas ini memerlukan pengalaman menerusi penglibatan dirinya dalam aktiviti yang nyata
      untuk mencapai objektifnya yang lebih berkesan . Oleh sebab itu pembinaan rumah
      cendawan ini , akan dapat membantu mereka melibatkan diri dengan sesuatu yang
      realiti dan jelas dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran perkebunan . Aktiviti
      sebegini juga dapat menarik minat dan mengukuhkan usaha pelajar PPKIBP , SMKDP
      untuk menjadi individu yang berproduktif dalam melahirkan insan yang berpotensi
      cemerlang . Selain itu juga ia dapat membina semangat guru sebagai penjana
      pendidikan transformasi negara dalam melahirkan murid-murid berkeperluan khas yang
      berpotensi untuk berdikari dan berdaya saing dalam masyarakat luar .




                                          PN NAJWA IZZATI BINTI UDIN                PPKIBP/SMKDP,KL
4.0   MATLAMAT

      4.1 Pembinaan Rumah Cendawan Berpagar ini sebagai pendedahan tentang
          pengetahuan asas penternakan cedawan yang sebenarnya untuk diusahakan.

      4.2 Memperluasakan projek cendawan yang sedia ada sebagai satu kerjaya yang
          menghasilkan pendapatan

      4.3 Memberi pendedahan kemahiran asas dalam penyediaan cendawan dan
          penanaman cendawan yang realiti.

      4.4 Menjalankan aktiviti luar bilik darjah yang bermakna dalam mengaplikasikan
          kehidupan bermakna yang menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

      4.5 Membantu pelajar mengenalpasti struktur rumah cendawan yang sesuai untuk
          penternakan , penanaman dan penjagaan cendawan yang sebenarnya.

      4.6 Menghasilkan cendawan yang segar dari usaha tanaman murid yang bermutu tinggi
          dapat didedahkan .


5.0   OBJEKTIF


      5.1 Sebagai tapak penanaman bagi membolehkan murid khas menjalankan aktiviti
          berkebun semasa mata pelajaran Kemahiran Hidup Perkebunan.

      5.2 Sebagai sumber ilmu semulajadi kepada murid khas yang memerlukan bahan
          pembelajaran yang realiti dengan berkesan dan bermakna.

      5.3 Rumah Cendawan Berpagar ini juga dapat digunakan sebagai tempat pengajaran
          dan pembelajaran luar bilik darjah yang menyeronokkan .

      5.4 Sebagai tempat memberikan latihan asas perkebunan kepada murid khas yang
          berupaya dan berminat dalam pekerjaan berkebun.

      5.5 Menyedarkan dan merapatkan masyarakat luar terhadap kebolehan murid
          berkeperluan khas dalam melahirkan masyarakat penyayang .

      5.6 Menceriakan dan Menjayakan Projek Khas PPKIBP , SMKDP sebagai Projek Taman
          Dapur , Hiasan Bumi.

      5.7 Memupuk sikap berdikari dan tahu mengurus kerja dengan bermakna .




                                        PN NAJWA IZZATI BINTI UDIN            PPKIBP/SMKDP,KL
6.0   JAWATANKUASA KERJA

        Penasihat           :   Pn Hajah Sulasteri Binti Ibrahim

        Pengerusi           :   Pn Wong Youk Kee

        Naib Pengerusi 1    :   Pn Rosemand A/P A. Lawrence

        Naib Pengerusi 2    :   Pn Rosmawati Binti Baharin

        Naib Pengerusi 3    :   En Sivakumar

        Penyelaras Projek   :   Pn Najwa Izzati Binti Udin

        Setiausaha          :   Cik Syazwani Binti Muhtar

        Bendahari           :   Pn Ho Wai Yee

        AJK Guru            :   1      Datin Siti Muhibbah Bt Haji Nor

                                2.     En Hafizuddin Bin Jusoh

                                3.     En Mohd Syamzul Azhan Bin Enche’

                                4.     Pn Belinda Yeoh Suan Bee

                                5.     Pn Nor Azila Mad Nor


      AJK PPM                   1.     Pn Noor Hazura binti Mad Nordin

                                2.     Pn Norazlina Binti Man @ Osman

                                3.     Pn Suwaibatul Aslamiah Binti Zakaria

                                4.     Cik Nur Asnida Binti Ahmad Sazali




                                PN NAJWA IZZATI BINTI UDIN                 PPKIBP/SMKDP,KL
7.0   KUMPULAN SASARAN

      Rumah Cendawan Berpagar ini dibina untuk kegunaan murid-murid berkeperluan khas
      yang terdiri daripada Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran ,
      SMK Desa Petaling , Kuala Lumpur.Peringkat umur murid – murid ini adalah dalam
      lingkungan 13 hingga 19 tahun di sekolah menengah. Mereka ini telah disahkan oleh
      Pakar Perubatan Kerajaan Malaysia , yang di kategorikan seperti berikut :-

      7.1    Terencat Akal
      7.2    Sindrom Down’s
      7.3    Autisme
      7.4    Hiperaktif
      7.5    Bermasalah Pembelajaran
      7.6    Bermasalah Tingkah Laku
      7.7    Bermasalah Emosi
      7.8    Epilepsi
      7.9    Pelbagai kecacatan lain


8.0   CADANGAN LOKASI PEMBINAAN

      Sebagai cadangan perlaksanaan projek ini ,pihak PPKIBP , SMKDP telah memilih
      kawasan belakang iaitu sepanjang kelas PPKIBP yang bersebelahan dengan Taman
      Kebun untuk membina Rumah Cendawan Berpagar .Pemilihan lokasi ini berdasarkan
      kos yang terlibat dan kesesuaian lokasi di sepanjang kelas PPKIBP yang memudahkan
      pengurusan dan penjagaan yang seterusnya.Bersama-sama ini di lampirkan beberapa
      item untuk dirujuk oleh pihak yang terlibat .

      8.1    Lokasi Rumah Cendawan Berpagar seperti dilampiran 1.
      8.2    Contoh Rumah Cendawan seperti dilampiran 2
      8.3    Rekabentuk Pelan Rumah Cendawan seperti dilampiran 3
      8.4    Rak Cendawan seperti di lampiran 4


9.0   SUMBER KEWANGAN

      10.1   Sumbangan Orang Persendirian

             JUMLAH                                         RM 6500.00




                                        PN NAJWA IZZATI BINTI UDIN            PPKIBP/SMKDP,KL
10.0     ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBINAAN

        Berikut merupakan Anggaran Pembinaan Projek Rumah Cendawan Berpagar yang
        ingin dijalankan.

        Keluasan Rumah             :     15 kaki x 20 Kaki
        Ketinggian                 :     10 kaki
        Rak                        :      Kayu
        Kapasiti                   :     5000 bantal beg cendawan


CHUAN HUAT HIN SDN.BHD
LOT 2888 , JALAN KAMPUNG BARU SALAK SOUTH,
57100 KUALA LUMPUR.
TEL :03 79805903 ,79827470 TEL & FAX : 79834730

BIL         SENARAI BARANG             HARGA SEUNIT          KUANTITI         JUMLAH
                                           (RM)                                 (RM)


 1     PASIR                              450.00       1 LORI BESAR            450.00

 2     SIMEN                               17.50       25 BEG                  437.50

 3     TIANG 12 KAKI                       36.00       7 BATANG                252.00

 4     DAWAI HIJAU 7 KAKI                 136.80       2 GULUNG                273.60

 5     KAYU 2 X 5 TINGGI 20 KAKI            46.00      15 BATANG               690.00

 6     KAYU 2 X 4 (20 KAKI)                36.00       15 BATANG               540.00

 7     PAKU PAYUNG – ASBESTOS               6.00       2 KILO                  12.00

 8     ASBESTOS 6 KAKI                      22.80      20 KEPING               456.00

 9     BATU KONKRIT                       130.00       1 LORI KECIL            130.00

10     PASIR HALUS                        130.00       1 LORI KECIL            130.00

11     BATU BATA                          225.00       (600 KEPING)            225.00

12     FRAME PINTU KAYU                    85.00       2 PINTU                 170.00

13     PINTU                              300.00       2 PINTU                 600.00

14     JARING HITAM                        65.00       1 GULUNG                65.00

                              JUMLAH KESELURUHAN                              4431.10




                                        PN NAJWA IZZATI BINTI UDIN         PPKIBP/SMKDP,KL
11.0 ANGGARAN KOS UPAH PEMBINAAN


       Berikut merupakan Anggaran Kos Upah Pembinaan Projek Rumah Cendawan
       Berpagar yang ingin dijalankan ialah RM 2000.00


12.0 SUMBER TENAGA

       Orang persendirian

12.0 PENUTUP

Dengan terbinanya Rumah Cendawan Berpagar ,PPKIBP , SMKDP tersebut , akan
memberikan pendedahan yang berguna dalam mempertingkatkan kemahiran murid
berkeperluan khas . Semoga Projek ini mencapai objektif yang digariskan dan mendapat
sokongan serta kerjasama daripada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan projek ini.Oleh itu kami guru-guru PPKIBP, SMKDP
memohon agar projek pembinaan Rumah Cebdawan Berpagar dapat dipertimbangkan untuk
kebaikan semua. Diharapkan Pembinaan Rumah Cendawan Berpagar ini dapat memberi
impak yang positif kepada semua murid PPKIBP bagi melahirkan insan yang dapat
mengamalkan disiplin dalam kerjaya dengan berkesan pada masa akan datang.




Disediakan Oleh :             Disahkan Oleh :                Diluluskan Oleh :




………………………..                 …………………………..                   ………………………
( Pn Najwa Izzati Udin      (Pn Wong Youk Kee)             (Hajah Sulasteri Ibrahim)
  Penyelaras Projek          Guru Penolong Kanan           Pengetua,
                             PPKIBP,SMK Desa Petaling       SMK Desa Petaling




                                         PN NAJWA IZZATI BINTI UDIN              PPKIBP/SMKDP,KL
                             LAMPIRAN 1




PN NAJWA IZZATI BINTI UDIN   PPKIBP/SMKDP,KL
                                                                     LAMPIRAN 2



                   Atap Asbestos




Jaring dan
ditutup net
   hitam


                                                                             Pintu




                 Konkrit simen


   Perhatian :
                       A.   Ketinggian Rumah Cendawan 10 kaki
                            – 4 kaki dinding simen
                            - 6 kaki besi pagar
                      B.    Lantai simen
                      C.    Rumah Cendawan dibina dengan berpagar.




                                    CONTOH RUMAH CENDAWAN




                                        PN NAJWA IZZATI BINTI UDIN    PPKIBP/SMKDP,KL
                                                                        LAMPIRAN 3




                                                   Ruang Pengeraman
                            20 kaki




    Ruang
                                                                                       Paip Air
    Pembung
                                                                                        PVC
    kusan

                                                                             15 kaki




                        Ruang Pengeraman                        Rak

              Kepala Paip Air




Perhatian :   A.     Pembinaan Paip Air di dikelilingi pada sudut atas rak cendawan.




        CONTOH LAKARAN REKA BENTUK PELAN RUMAH CENDAWAN




                                      PN NAJWA IZZATI BINTI UDIN            PPKIBP/SMKDP,KL
                                    LAMPIRAN 4




CONTOH LAKARAN RAK CENDAWAN




       PN NAJWA IZZATI BINTI UDIN    PPKIBP/SMKDP,KL
                                                                         LAMPIRAN 2




                                                               Atap jaring bernet hitam




Dinding Jaring
Bernet Hitam
                                                                               Pintu Jaring
                                                                               Bernet Hitam




                           Lantai Konkrit Simen

     Perhatian :
                   A. Ketinggian Rumah Cendawan 10 kaki
                      – 10 kaki dinding berjaring hitam
                   B. Lantai simen
                   C. Rumah Cendawan dibina dengan berpagar.




                              CONTOH RUMAH CENDAWAN

                                   PN NAJWA IZZATI BINTI UDIN           PPKIBP/SMKDP,KL


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:762
posted:3/8/2012
language:Malay
pages:13