Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out

DEFINISI WAKAF

VIEWS: 25 PAGES: 4

									DEFINISI WAKAF :
Wakaf dari segi bahasa : tahan atau berhenti
Wakaf darisegi istilah : menahan sesuatu benda atau harta yang suci dan halal bentuk
zatnya supaya digunakan untuk tujuan kebaikan dan mendapat manfaat daripadanya.

Wakaf ialah menahan harta tertentu yang boleh diambil manfaat daripada zatnya untuk
digunakan pada tujuan kebajikan, dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah
s.w.t. dan tidak boleh dijadikan jual-beli atau "hibah" pada zat benda yang diwakafkan
itu.

HUKUM WAKAF
Hukum wakaf adalah HARUS dalam syariat Islam dan ia adalah amalan yang
digalakkan dengan berdasarkan nas al-Quran dan hadis.
DALIL AL-QURAN
Firman Allah S.W.T dalam surah ali-imran ayat 92:

Maksudnya: kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang
sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua
yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

DALIL HADIS
1) Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah:

Maksudnya : Apabila mati seseorang itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara :
sedekah jariah, ilmu yang termanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya.

2) Diberitakan dari Ibnu Umar bahawa Umar mendapat bahagian sebidang tanah di
Khaibar. Beliau berkata, "wahai Rasullullah. Saya mendapat sebidang tanah di Khaibar
sedangkan saya belum pernah mendapat yang lebih berharga daripada itu. Apa yang
sebaiknya saya lakukan?" Rasullullah S.A.W menjawab, "Bila kamu mahu,
sedekahkanlah." Lalu Umar menyedekahkan tanah itu dengan syarat tidak boleh dijual,
dihibahkan dan diwariskan. Tanah itu harus digunakan untuk digunakan kaum miskin,
karib kerahat, para hamba sahaya, orang-orang lemah, dan ibnu sabil. Pengelola tanah
mengikut sekadarnya"

(Hadis Riwayat Jamaah)
RUKUN WAKAF
1.Orang yang mewakafkan

2.Pihak yang menerima wakaf
3.Benda yang diwakafkan.
4."Sighah" iaitu ijab dan qabul.

SYARAT ORANG YANG MEWAKAFKAN
Pewakaf adalah :

1.Beragama Islam
2.Cukup umur (akil baligh)
3.Waras (sempurna akal fikiran)
4.Ahli tasarruf / tabaruk
5.Pilihan sendiri (ikhtiari)
6. Merdeka
SYARAT HARTA YANG DIWAKAFKAN

1.Harta itu mestilah benda yang dapat di ambil manfaatnya.
2.Harta yang diwakafkan kepada penerima wakaf wujud waktu itu.
3.Harta yang diwakafkan itu memberi faedah yang berpanjangan.
4.Diwakafkan untuk tujuan yang baik sahaja dan tidak menyalahi syarak.
5.Harta yang diwakafkan ditentukan jenis, bentuk, tempat, luas dan jumlah.
6.Milik sempurna orang yang memberi wakaf.

SYARAT-SYARAT LAFAZ WAKAF
1.Hendaklah dilafazkan bagi orang yang bertutur.
2.Hendaklah diganti dengan tulisan atau isyarat bagi orang yang tidak boleh
bertutur.
3.Lafaz wakaf mestilah difahami oleh penerima wakaf atau saksi.
4.Lafaz wakaf mestilah jelas dari segi jenis wakaf, luas, tempat, bentuk dan jumlah.
JENIS WAKAF
1.Wakaf Mutlak (AM) - Seseorang yang mewakafkan sesuatu harta untuk
maslahah umum.
2.Wakaf Muqayyad (Khas) - Wakaf yang mempunyai syarat tertentu terhadap
harta wakafnya selagimana tujuannya tidak menyalahi syarak.
HIKMAH WAKAF
1.Membuka jalan ke arah ibadah kepada Allah s.w.t.
2.Merealisasikan minat orang beriman yang suka memberi wakaf dan berlumba-
lumba dalam amal kebajikan dan mengharapkan pahala.
3.Memberi pahala yang berterusan kepada pewakaf selepas kematian selagimana
harta wakaf tersebut berkekalan.
4.Untuk kebaikan Islam, seperti membina masjid, surau, tanah perkuburan dan
sebagainya.
5.Membantu mengurangkan benana orang fakir dan miskin serta anak yatim
SYARAT HARTA YANG DIWAKAFKAN

1. Harta itu mestilah benda yang dapat di ambil manfaatnya.
2. Harta yang diwakafkan kepada penerima wakaf wujud waktu itu.
3. Harta yang diwakafkan itu dapat memberi faedah dan manfaat yang
berpanjangan.
4. Diwakafkan untuk tujuan yang baik sahaja dan tidak menyalahi syarak.
5. Harta yang diwakafkan ditentukan jenis, bentuk, tempat, luas dan jumlah.
6. Harta yang diwakafkan itu adalah milik sempurna orang yang pewakaf.

JENIS WAKAF
Wakaf terbahagi kepada dua kategori utama iaitu :
Wakaf Mutlak (AM) - merujuk kepada amalan menyerahkan harta wakaf

dengan tidak
menyatakan sesuatu tujuan tertentu dalam perwakafan hartanya. Harta itu
boleh
dibangunkan bagi apa-apa maksud, selagi tidak bertentangan dengan
syarak.

Wakaf Muqayyad (KHAS) – amalan mewakafkan harta dimana pewakaf
Menyatakan tujuan wakaf secara spesifik semasa menwakafkan hartanya. Harta wakaf
tersebut
hendaklah digunakan hanya untuk tujuan yang dinyatakan secara khusus
itu. Contohnya
mewakafkan tanah khas untuk pembinaan masjid, surau, perkuburan dan
sebagainya.

HARTA YANG BOLEH DIWAKAFKAN

Benda dan harta yang diwakafkan itu hendaklah milik sempurna yang
diwakafkan dalam
bentuk wakaf berikut :

A) Wakaf Al-I'qar (Harta Tak Alih)
4iaitu harta yang tidak boleh dipindahkan
seperti:
     Memberikan tanah untuk bangunan atau kegiatan masyarakat yang
berguna
bagi syiar Islam.
      Memberikan bangunan untuk kegunaan sekolah, hospital dan sebagainya.
B) Wakaf Al-Manqul (Harta Alih)

Iaitu harta yang boleh dipindahkan seperti wang tunai, kitab, buku, meja,
pakaian,
senjata, alat-alat pertanian, binatang yang boleh diambil susunya dan
sebagainya.

C) Wakaf Al-Musya'

Menurut kebanyakan ulama' harus mewakafkan harta yang dikongsi atau
dimiliki
bersama dengan orang lain yang tidak boleh dibahagi seperti dua orang
mempunyai
hak ke atas rumah dan sebuah kereta. Jika salah seorang pemilik mewakaf
bahagiannya,
maka wakaf ini adalah sah.

D) Wakaf Haq Irtifaq (Hak Milik Bangunan Bertingkat)

Golongan Syafie dan Hambali mengharuskan wakaf ini iaitu mewakafkan
satu tingkat
bangunan yang terdiri daripada beberapa tingkat, seperti seorang yang
mewakafkan
tingkat-tingkat daripada bangunannya atau tingkat bawah. Ia boleh dibuat
demikian
tanpa mewakafkan keseluruhan bangunan. Wakaf ini adalah sah menurut
Mazhab Syafie
dan Hambali.

E) Wakaf Al-Irsod

Iaitu wakaf yang dilakukan oleh pemerintah untuk kepentingan umum
seperti sebidang
tanah untuk dijadikan sekolah, rumah sakit dan sebagainya mengikut syarak.
PERBEZAAN DI ANTARA WAKAF DAN SEDEKAH
   Sedekah diberikan kepada golongan yang memerlukan manakala wakaf

ditujukan bagi kegunaan seluruh masyarakat secara umum, meskipun
golongan
yang memerlukan diberikan keutamaan.

     Sedekah adalah sesuatu yang boleh dipindah milik. Sesuatu harta apabila

telah
diwakafkan, pewakaf sudah tidak memiliki hak dan campurtangan ke atas
harta
tersebut.

     Sedekah boleh diberi di dalam apa bentuk sekalipun manakala wakaf

adalah
terhad kepada sesuatu harta dimana harta tersebut boleh mendatangkan
hasil
atau menjana lebih banyak manfaat secara berterusan atau bentuk hasil
yang
boleh disimpan.

5ISLAMIC RELIEF DAN WAKAF

Islamic Relief menjalankan program wakaf sebagai salah satu usaha
meneruskan amalan
yang sangat dituntut oleh Islam, serta tradisi sosial yang yang dimulakan
pada zaman
Raulullah S.A.W. Sumbangan untuk program wakaf ini akan dimasukkan ke
dalam satu
tabung khas di mana penggunaannya akan dilakukan mengikut syarak.
Diantara program Waqaf anjuran Islamic Relief yang dilaksanakan hasil
sumbangan
wang dan tenaga dari orang ramai dari seluruh dunia termasuk program
kemanusiaan
bagi mangsa Tsunami di Indonesia, Pusat Latihan Komputer bagi anak-anak
yatim Palestin
di Jordan dan project rawatan mata di Bangladesh.
Islamic Relief Malaysia mengalu-alukan sokongan dan sumbangan orang
ramai di dalam
menjayakan program wakaf anjuran Islamic Relief. Setiap sokongan, samada
kecil

mahupun besar begitu bermakna di dalam usaha umat Islam meneruskan
tradisi sosial
seperti yang diajarkan oleh Rasullullah S.A.W

								
To top