PERINGATAN MESYUARAT

Document Sample
PERINGATAN MESYUARAT Powered By Docstoc
					                                        PERINGATAN MESYUARAT
                        The Institution of Engineers Malaysia, Terengganu Branch
                                             KALI KE-7/2010


TARIKH : 28 OGOS 2010 (Sabtu)

MASA              : 5.00 PETANG (5.40 PETANG)

TEMPAT            : Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai.

HADIR :

1.    Ir. Haji Rusli bin Embok                   Pengerusi
2.    Ir. Hj. Mohd Azmi bin Ali                  Naib Pengerusi I
3.    Ir. Hj. Tg. Mamat b. Tg. Bakar             Naib Pengerusi II
4.    Ir. Hj. Abdul Aziz bin Abdullah            Setiausaha Kehormat
5.    Ir. Hj. Mazlan b. C. Ku Ahmad              Bendahari Kehormat
6.    Dato’ Ir. Haji Wan Nazari Wan Jusoh AJK
7.    Ir. Hj Atemin Sulong                AJK
8.    Ir. Haji Mohd. Zaideen bin Yusoff          AJK
9.    Ir. Abdullah Zawawi bin Mohd Nor AJK

TIDAK HADIR (Dengan Maaf):

1. Ir. Hj. Md. Yuslan bin Md. Yusof              AJK
2. Ir. Mustapai bin Endut                        AJK




     Bil                               Perkara                                      Tindakan
1.0.       UCAPAN PENGERUSI
           Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
           jawatankuasa yang dapat hadir ke mesyuarat kali ini.

           1. IEM Cawangan Timur                                                   Makluman
              Tuan Pengerusi memaklumkan IEM Cawangan Timur (terdiri
              dari Kelantan, Terengganu dan Pahang) telah dibatalkan
              penubuhannya oleh ROS.

           2. Laporan ke HQ
              IEM Cawangan Terengganu seolah-olah terputus hubungan                Setiausaha,
              dengan HQ. Setiausaha diminta mengeluarkan laporan setiap              Ir. Azmi
              suku tahun untuk dihantar ke HQ, termasuk hal mengenai
              Kertih Chapter. Ir. Azmi diminta berbincang dengan Setiausaha
              mengenai laporan tentang Kertih Chapter.
           3. Mesyuarat Council HQ
               Tuan Pengerusi memaklumkan juga mesyuarat council HQ
               juga lama tidak diadakan.

                                                    1
         4. Implikasi Keruntuhan Stadium
            Setiausaha mengedarkan salinan sedutan daripada laporan            Makluman
            Investigation Committee On The Roof Collapse At Stadium
            Sultan Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu kepada setiap
            AJK untuk rujukan dan makluman. Buat ketika ini didapati
            tiada reaksi penyekatan projek kepada 3 konsultan (ahli IEM
            Trg) yang terlibat, kecuali JKR Terengganu.

         5. Kertih Chapter
            Pengerusi akan berbincang dengan Ir. Wan Nazari semasa
            pertemuan berbuka puasa di Kuala Lumpur nanti dengan                Pengerusi
            Dato‘ Ir. Haji Wan Nazari turut serta.                         Dato‘ Ir. Wan Nazari

         6. Keahlian IEM Terengganu
            Mesyuarat diberi maklum iaitu ahli Negeri Terengganu ialah         Makluman
            mereka yang telah memohon ke HQ untuk menukar
            alamatnya ke Negeri Terengganu, walau pun rakyat
            Terengganu yang berdaftar di luar, atau ahli luar yang
            menjalankan perniagaan di Negeri Terengganu.

         7. Panggilan ”Engr”
            Bagi ahli yang masih panggilan di hadapan namanya ”Engr”
            hendaklah memohon untuk ditukar ke ”Ir.” dengan sendiri.           Makluman
            Committee tidak akan menguruskannya.

         PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU

 2.0.    Minit Mesyuarat Bil.6/10 diterima dengan beberapa pindaan
         kesilapan taip.

 3.0.    PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
 3.1.    Jawatankuasa Kecil

3.1.1.   Membership Drive
         Kursus “Route to MIEM and PE“ akan diteruskan oleh Ir. Mazlan     Ir. Mazlan, Ir. Azmi,
         dan Ir. Tg. Mamat:                                                    Ir. Tg. Mamat,

          1) Kunjungan ke pejabat-pejabat lain dikekalkan seperti
             berikut:
             i) Pejabat JKR, dicadangkan selepas raya dan menjemput Ir.         Pengerusi
                 Choo Kok Beng sendiri menyampaikan. Pengerusi akan
                 dapatkan tarikh dari Pengarah JKR Terengganu untuk
                 diadakan dalam bulan Oktober.

              ii) Pejabat PBT & SEDC. Akan ditawarkan untuk mengikuti          Makluman
                   program yang akan diadakan di pejabat lain seperti di
                   JKR.



                                                   2
3.1.2.    Sosial dan Sukan
          Ir. Azmi membentangkan cadangan dan mesyuarat memutuskan:

          1. Laluan Treasure Hunt telah ditentukan. Treasure Hunt akan           Ir. Azmi
             dilangsungkan pada bulan Oktober 2010.

          2. Hari Keluarga & Jamuan Hari Raya Idil Fitri pada 2 Oktober          Ir. Azmi
             2010. Surat jemputan telah dikeluarkan kepada graduates            Setiausaha
             dan members. Hebahan seterusnya hendaklah dibuat                   Semua AJK
             melalui beberapa cara lain lagi. Hadiah disediakan: UPSR:
             RM70, PMR: RM100 dan SPM: RM150.

          3. Qurban Hari Raya Haji. Tak payah bincang buat sementara
             ini.
                                                                                 Ir. Azmi
          4. Dialog bersama tokoh: Bersama Pengarah Bomba pada
             pertengahan Jun 2010 dan IWK pada perhujung Jun 2010.
             Dialog bersama pihak berkuasa tempatan juga perlu
             ditentukan tarikh. Ini juga berhubung dengan perkara 3.2.3.         Ir. Azmi


         . IT dan Latihan
           1. Kursus “Professionals in Construction Industry“ mengenai        Ir. Tg. Mamat
               Certificate of Completion and Compliance. Kursus ini akan
3.1.3.         dibuka kepada semua pihak yang berkepentingan seperti
               OSC, architects, technical departments, kerajaan-kerajaan
               tempatan dan lain-lain. Ir. Tg. Mamat akan menguruskan
               bersama CIDB untuk diadakan secara JV.
           2. Kursus “Law and Contract (JKR203)“ akan diteruskan dengan    Dato‘ Ir. Wan Nazari,
               tajuk “Termination of Contract and Claims under PWD form           Ir. Azmi
               of Contract“ oleh Encik Harban Singh.
           3. IWK meminta untuk adakan kursus atau seminar bersama         Ir. Abdullah Zawawi
               SPAN.


                                                                                Setiausaha
         Temuduga Profesional
         Setiausaha telah melaporkan status permohonan yang terkini.



3.1.4.
 3.2.    Pembentangan Kewangan

3.2.1.   Bendahari melaporkan status kewangan yang terkini. Sila lihat          Makluman
         lampiran.
3.2.2.   Bayaran sewa sebanyak RM1000 sebulan sehingga Mei 2010 telah           Setiausaha
         dikeluarkan. Cek RM2000 dikeluarkan untuk bayaran Jun dan Julai
         2010 kepada Setiausaha untuk dihantar ke HQ.
3.2.3.   Mesyuarat memutuskan supaya akaun 2 dan akaun 3 IEM                    Pengerusi

                                                  3
         Terengganu ditutup. Bendahari diminta menguruskan menukaran                Bendahari
         tandatangan cek di bank.                                                     Ir. Azmi
         Mesyuarat juga memutuskan menarik balik kebenaran kepada                Dato‘ Ir. W. Nazari
         Kertih Chapter meneruskan aktiviti secara berasingan di atas
         nama IEM dan menutup akaun 3 yang berada di tangan mereka.


 3.3.    Website IEM Cawangan Terengganu

         Akan dikemaskini dari semasa ke semasa.                                     Setiausaha

 3.4.    Pembantu Setiausaha

         Belum dapat diselesaikan.                                                   Setiausaha

 4.0.    HAL-HAL LAIN

 4.1.    AGM dan Annual Dinner
         Mesyuarat bersetuju menetapkan AGM dan Annual Dinner                    Ir. Abdullah Zawawi
         dilangsungkan pada 19 Disember 2010. Jawatankuasa persiapan              Dato‘ Ir. W. Nazari
         akan diketuai oleh Ir. Abdullah Zawawi dan dibantu oleh Dato‘ Ir.
         Wan Nazari.
                                                                                     Semua AJK
         Webpage dan SMS
 4.2.    Khidmat SMS dijangka akan dapat digunakan selepas raya. AJK
         boleh menggunakannya melalui webpage IEMTrg.

         Mesyuarat ditangguhkan pukul 7.05 petang dan dijemput semua                 Semua AJK
         AJK untuk berbuka puasa di TER. Mesyuarat yang akan datang
 4.3.    ialah pada 26 September 2010 (Ahad) sepertimana dalam jadual.



Disediakan Oleh:                                                Disahkan Oleh:




(Ir. Haji Abdul Aziz bin Abdullah)                                      (Ir. Haji Rusli bin Embok)
Setiausaha Kehormat                                                     Pengerusi




                                                    4

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:74
posted:3/4/2012
language:
pages:4