YAYASAN TERENGGANU

W
Shared by: HC120302061944
Categories
Tags
-
Stats
views:
30
posted:
3/1/2012
language:
pages:
2
Document Sample
scope of work template
							                                    YAYASAN TERENGGANU

     BIASISWA/PINJAMAN SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH TERENGGANU BAGI TAHUN
             PENGAJIAN 2004/2005 PENGAMBILAN OKTOBER/ NOVEMBER 2004

Lembaga Pemegang-pemegang Amanah Yayasan Terengganu dengan sukacitanya mempelawa pemohon-
pemohon yang berkelayakan daripada ANAK-ANAK NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN untuk
mendapatkan pinjaman bagi melanjutkan pelajaran di peringkat SARJANA dan PH.D di pusat-pusat
pengajian tinggi awam tempatan.

SYARAT-SYARAT PEMOHONAN

1.   Pemohon mestilah terdiri daripada anak-anak Negeri Terengganu Darul Iman di mana perkiraannya
     adalah berdasarkan kepada salah seorang ibu atau bapa pelajar berkenaan lahir di Negeri
     Terengganu Darul Iman.

2.   Pemohon di mana ibu/ bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau
     lebih juga boleh memohon dengan menyertakan surat akuan bermastautin dan salinan geran tanah
     milik ibu/ bapa.

3.   Pemohon mestilah berumur tidak lebih daripada 42 tahun bagi peringkat Sarjana dan 45 tahun bagi
     Peringkat Ph.D.

4.   Pemoho-pemohon yang telah berkhidmat sebelum memasuki institusi pengajian, sama ada
     kakitangan kerajaan/ guru dan sebagainya, selain daripada syarat di atas hendaklah melampirkan
     bersama-sama permohonan dokumen-dokumen berikut:

          Salinan surat yang mengesahkan pemohon mendapat cuti belajar tanpa gaji/ separuh gaji/
           bergaji penuh atau surat yang menyatakan pemohon telahpun berhenti daripada berkhidmat
           dengan jabatannya yang terdahulu itu.
          Surat perlepasan daripada badan penganjurnya yang terdahulu itu hendaklah dilampirkan
           bersama sekiranya pemohon pernah mendapat biasiswa daripada mana-mana badan
           penganjur sebelum ini.
          Permohonan yang tidak disertakan dengan dokumen-dokumen berkenaan tidak dapat
           dipertimbangkan.

5.   Pinjaman akan dipertimbangkan kepada calon-calon yang mengikuti pengajian secara Sepenuh
     Masa dan Separuh Masa keutamaan dalam bidang Sains Teknologi serta Sastera Iktisas.

6.   DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

     Borang permohonan yang telah lengkap diisi oleh pemohon hendaklah disertakan dengan dokumen-
     dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

       o       2 keping gambar berukuran passport (1 keping hendaklah dolekatkan di borang
               permohonan).

       o       Salinan surat tawaran masuk.

       o       Salinan sijil-sijil persekolahan/ salinan keputusan peperiksaan (bagi mereka yang sedang
               mengikuti kursus).
     o       Salinan surat beranak dan kad pengenalan pemohon serta salinan kad pengenalan ibu/
             bapa atau penjaga.

     o       Slip gaji terakhir pemohon dan suami/ isteri/ bapa/ penjaga/ ibu (sertakan mana
             berkenaan).

     o       Surat pengesahan tempoh bermastautin oleh penghulu/ wakil rakyat bagi bapa/ penjaga
             yang bermastautin di Terengganu dan salinan geran tanah milik bapa/ penjaga.

7.   CARA MEMOHON

            Pemohon-pemohon boleh mendapatkan borang di Pejabat Yayasan Terengganu, Kuala
             Terengganu/ Asrama Yayasan Terengganu Kemaman (AYTK)/ Kolej Islam Sains
             Terengganu (KIST), MRSM-YT Besut dan Sekolah Menengah Sains Agama Yayasan
             Terengganu, Dungun.

8.   TARIKH TUTUP

     Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen yang perlu hendaklah dihantar ke Pejabat
     Terengganu sebelum atau pada 21 November 2004.

9.   TEMUDUGA

     Calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak
     menerima sebarang jawapan dalam tempoh satu (3) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah tidak
     berjaya.

     CATATAN:

     Sekiranya dokumen-dokumen yang dikehendaki tidak dapat disertakan semasa permohonan
     dibuat, pemohon bolehlah menyerahkannya ke Pejabat Yayasan Terengganu dengan datang
     sendiri atau melalui pos dan hendaklah dicatatkan nama, nombor kad pengenalan, pusat
     pengajian dan sesi kemasukan di belakang tiap-tiap-dokumen yang dihantar.

     YAYASAN TERENGGANU
     BANGUNAN YAYASAN
     JALAN SULTAN ISMAIL
     20200 KUALA TERENGGANU

						
Related docs
Other docs by HC120302061944
Denn MCTrade
Views: 9  |  Downloads: 0
Einf�hrung in die Weltreligionen
Views: 68  |  Downloads: 0
Nome_Comune - DOC - DOC
Views: 21  |  Downloads: 0
comunicato 40
Views: 7  |  Downloads: 0
Posting General Laborer
Views: 38  |  Downloads: 0
Il latte bovino
Views: 46  |  Downloads: 0
Spil til Nintendo 3DS
Views: 15  |  Downloads: 0