biodata

Document Sample
biodata Powered By Docstoc
					Seniman Negara 1995, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal meninggal dunia di kediamannya di
Gombak di sini, kira-kira 10 malam tadi. Allahyarham berusia 82 tahun dan meninggalkan balu,
Datin Hamidah Mohd Noor dan dua anak lelaki.

Allahyarham yang berasal dari Muar, Johor mendapat pendidikannya di Maktab Sultan Abu
Bakar, Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajian di Birmingham School of Architecture pada
1950 hingga 1951. Allahyarham kemudian menyambung pengajian di Chelsea School of Art,
London pada 1951 hingga 1955.

Pada 1955 hingga 1956, Allahyarham meneruskan pengajian di Institute of Education,
University of London bagi mengambil sijil pengajaran dalam bidang seni disusuli dengan
pengajian di School of Art Institute of Chicago, Illinois, Amerika Syarikat pada 1963 hingga
1964 sebelum mengikuti pengajian Sarjana di University of Hawaii dalam bidang seni pada 1973
hingga 1975.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dari
tahun 1979 hingga 1982 serta pensyarah di Malayan Teachers Training College, Kirkby, England
dari 1958 hingga 1959.

Allahyarham antara tokoh memainkan peranan penting dalam perkembangan Balai Seni Lukis
Negara dan memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari 1983 hingga 1991.

BIODATA 2




  Datuk Syed Ahmad Jamal merupakan di antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam
perkembangan Balai Seni Lukis Negara dan memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari
tahun 1983 sehingga tahun 1991. Beliau merupakan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah
menghasilkan karya-karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencinta seni sehinggalah
ke hari ini. Beliau juga mengadakan pameran solo bagi mempamerkan hasil-hasil karya beliau untuk
tatapan umum. Di antara tema pameran beliau ialah “Antara Langit & Bumi”, “Ruang” dan “On & Off
King’s Road’.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:88
posted:3/2/2012
language:
pages:2