TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN by PUt113

VIEWS: 72 PAGES: 4

									       TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN
              PENDIDIKAN MORAL SPM

Soalan Struktur

Contoh bentuk soalan:
(i)   Nyatakan/berikan/tuliskan/catatkan nilai
      - 1 nilai diberi 1 markah
      Syarat: Nilai yang ditulis mesti betul dari segi ejaan dan susunan kata.

(ii)   Huraikan/terangkan/jelaskan nilai
       - Terpulang kepada jumlah nilai yang ditanya dan markah yang
          diperuntukkan dalam soalan.
       Syarat: Nilai harus betul, jika tidak, keseluruhan jawapan adalah salah.


           Contoh 1: Terangkan 2 nilai……(6markah)
                      1N+1P+1H
                      1N+1P+1H


       P = penerangan yang mengandungi kata kunci
       H = penerangan kepada contoh amalan nilai
                Contoh 2: Jelaskan 1 nilai….(3markah)
                        1N+ 1P+1H



                Contoh 3: Terangkan 3 nilai….(6markah)
                            1N+ 1P
                            1N+ 1P
                            1N+ 1P



                Contoh 4: Huraikan 2 nilai….(4markah)
                           1N+ 1P
                           1N+ 1P




(iii)   soalan yang berkaitan dengan maksud /definisi nilai.
        Contoh: Berikan maksud nilai (a) di atas.
        Syarat: Pemarkahan terpulang kepada jumlah kata kunci nilai tersebut.

(iv)    contoh soalan yang berkaitan dengan isi kandungan akademik.
        Contoh: berikan /jelaskan kesan/akibat/langkah-langkah/cara-cara/faktor-
        faktor/tindakan/perkara/peranan/aktiviti

                Berikan – hanya tuliskan kesan/akibat sahaja
                Jelaskan/terangkan – tuliskan jawapan dan diikuti dengan penerangan



(B) Peringatan

    (i)          Nilai mesti ditulis dengan tepat
    (ii)         Ejaan mesti betul
    (iii)        Penambahan dan pengguran inmuhan tidak dibenarkan
    (iv)         Singkatan kata dalam nilai tidak diterima
    (v)          Jangan menggunakan perkataan ’tidak’ di hadapan nilai
    (vi)         Mesti tulis ayat yang lengkap.
   (vii)       Jika soalan berbunyi : jelaskan dua nilai yang harus/mesti/patut..maka
               jawapan mesti berbunyi, dua nilai yang harus/mesti/patut...
   (viii)      Penerangan yang tidak mengandungi kata kunci tidak diberi markah.
   (ix)        Calon dibenarkan menulis satu jawapan lebih bagi setiap soalan yang
               ditanya.



Soalan Esei

Peringatan

   (i)         jawapan harus ditulis dalam satu perenggan sahaja
   (ii)        jangan senaraikan nilai
   (iii)       jawapan yang dikehendaki meliputi 2 nilai, 4 penerangan dan 4 huraian
               sahaja.
   (iv)        Calon boleh menulis 3 nilai (maksimum)
   (v)         Penerangan mesti mengandungi kata kunci
   (vi)        Huraian mestilah perbuatan yang menunjukkan amalan nilai tersebut
   (vii)       Semua jawapan mesti ditulis dalam ruang yang disediakan. Jawapan
               yang ditulis dalam A4 yang diikat bersama tidak akan disemak




               N1 + P1 + H1 + P2 + H2 = 5 markah

               N2 + P3 + H3 + P4 + H4 = 5 markah




Disediakan oleh: Pn.Victoria Arulupan

								
To top