Adat Perkahwinan India by WU70cbQ

VIEWS: 435 PAGES: 2

									Adat Perkahwinan India

         Sebagaimana kaum-kaum lain di Malaysia, kaum India juga mempunyai adat resam
perkahwinannya yang tersendiri. Sebelum sesuatu perkahwinan itu berlaku, terdapat beberapa
adat yang perlu dilakukan, sama ada untuk memenuhi tuntutan agama mahupun budaya kaum
India itu sendiri. Di antara adat yang perlu dilakukan adalah seperti Parisam, proses membuat kad
jemputan, mukurtta kaal dan lain-lain.

         Parisam adalah suatu adat seumpama pertunangan di dalam masyarakat melayu. Ia
adalah adat memberi hadiah kepada bakal pengantin perempuan. Terdapat dua jenis adat parisam
iaitu parisam biasa dan udan parisam. Adat ini akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui
oleh kedua-dua belah pihak. Parisam akan disediakan dalam jumlah yang ganjil oleh pihak lelaki.

         Bakal pengantin lelaki akan mengetuai rombongan membawa parisam ke rumah
pengantin perempuan. Ketibaan rombungan akan disambut dengan bunyian alat-alat muzik
tradisional. Selepas upacara sembahyang dijalankan, bapa pengantin perempuan akan membawa
parisam yang mengandungi sari kepada anaknya. Setelah memakai sari tersebut, bakal pengantin
perempuan akan dibawa keluar ke ruang tamu. Saudara mara akan mengalungkan bunga yang
dinamakan orrai-maalai, pada masa yang sama kad jemputan akan diberikan kepada kedua-dua
belah pihak.

         Bagi masyarakat India beragama Hindu, kad jemputan kahwin memainkan peranan yang
penting. Ia akan dibuat berpandukan kalender Hindu, yang mana akan dipasti tidak berlaku
sebarang kesilapan. Kad yang telah siap dihasilkan akan menjalani beberapa upacara keagamaan
seperti disapukan dengan cecair kunyit dan dibawa ke kuil, kemudian barulah dibawa kerumah
bakal pengantin untuk diberikan kepadanya.

         Thaali atau Tjrumaanggalyam adalah suatu kalungan berupa rantai leher yang
dikalungkan ke leher kedua-dua pengantin semasa upacara perkahwinan dijalankan. Ia adalah
lambang suci sesuatu perkahwinan itu. Thaali boleh diperbuat daripada emas ataupun hanya
daripada kunyit sahaja yang kemudiannya diikat pada benang. Proses pembuatan thaali dilakukan
tujuh atau sembilan hari, sebelum hari perkahwinan oleh pembuat thaali. Apabila siap ia akan
menjalani upacara sembahyang dan akan dinamakan sebagai thaalippadaiyal.

        Lima hari sebelum hari perkahwinan adat Mukuurta Kaal akan dilakukan dirumah
pengantin lelaki. Untuk menjadikan mukuurtta kaal, sebatang pokok muda akan ditebang, pokok
tersebut hendaklah lurus, berukuran dua atau tiga meter dan berukur lilit diantara 20 hingga 30
sentimeter. Mukuurtta Kaal akan didirikan setelah menjalani upacara keagamaan yang
khusus. Adat ini dilakukan bagi menandakan bahawa perkahwinan akan
dilangsungkan di rumah tersebut.

       Thirumanan bermaksud penyatuan melalui ikatan perkahwinan antara suami
dan isteri. Terdapat tiga jenis Thirumanan di dalam masyarakat India, ianya berbeza
mengikut suku kaum masyarakat India itu sendiri iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil
Thairumanam dan Diya Thairumanam.

       Upacara perkahwinan akan dilakukan oleh Pedanda. Pengantin lelaki akan
mengalungkan thaali ke leher pengantin perempuan. Kemudian kedua-dua pengantin
akan memberi hormat kepada kedua-dua ibubapa dan mertua. Setelah selesai
segala upacara keagamaan dan jamuan, pengantin perempuan akan ke rumah
pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas disahkan sebagai suami isteri.
Kemudian pengantin lelaki akan dikehendaki ke rumah pengantin perempuan pula
selama tiga hari.

        Tiga hari selepas majlis perkahwinan upacara meroboh khemah akan
lilakukan. Sedikit jamuan akan dilakukan yang mana hanya melibatkan mereka yang
terlibat sahaja.


Rujukan : http://malaysiana.pnm.my/01/0103ind

								
To top