Docstoc

AP_MTSA_22_-_1463_-_2006__BP_

Document Sample
AP_MTSA_22_-_1463_-_2006__BP_ Powered By Docstoc
					                                              Alasan Penghakiman No: 22-1463-2006




   DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM
                   (BAHAGIAN SIVIL)
           GUAMAN SIVIL NO: 22-1463-2006




                         ANTARA




CIMB BANK BERHAD                      …   PLAINTIF




                           DAN




VEND HOUSE HOLDINGS SDN BHD           …   DEFENDAN-
& 2 LAGI                                  DEFENDAN




              ALASAN PENGHAKIMAN
              OLEH YANG ARIF HAKIM
       DATO’ TENGKU MAIMUN BINTI TUAN MAT




                                                                1
                                                                Alasan Penghakiman No: 22-1463-2006




        Perbicaraan penuh kes ini yang dijalankan hanya terhadap
defendan kedua adalah berhubung kemudahan perbankan yang
diberikan oleh plaintif kepada defendan pertama (peminjam) yang
mana defendan kedua adalah penjamin.


LATER BELAKANG KES


        Melalui surat tawaran bertarikh 19.6.2000 (surat tawaran
pertama) dan perjanjian pinjaman bertarikh 12.7.2000 plaintif telah
memberi kemudahan overdraf sebanyak RM400,000.00 kepada
peminjam      dan    kemudahan       Multi    Option    Line    sebanyak
RM600,000.00 yang terdiri daripada Letter of Credit, Trust Receipt,
Bankers Acceptance dan Bank Guarantee (kemudahan MOL).
Klausa 4 surat tawaran pertama menghendaki Dato’ Mohammadiah
Moner bin Ahmad Zazuli; Ahmad Farizal Dato Abd Karim (defendan
kedua) dan Chew Pong Sin (defendan ketiga) menjadi penjamin-
penjamin.


        Melalui surat jaminan dan indemniti bertarikh 12.7.2000 (surat
jaminan dan indemniti) defendan kedua, defendan ketiga serta
Dato’     Mohammadiah      Moner     bin     Ahmad     Zazuli   menjamin
kemudahan pertama yang berjumlah RM1,000,000.00 ini.


        Melalui surat tawaran bertarikh 23.11.2000 (surat tawaran
kedua) dan perjanjian pinjaman tambahan bertarikh 5.3.2001 plaintif
telah     meningkatkan/menambah        kemudahan        MOL       daripada
RM600,000.00 kepada RM1,600,000.00. Peningkatan/penambahan
MOL ini menjadikan jumlah kemudahan yang diberikan oleh plaintif
kepada       defendan      pertama         keseluruhannya       sebanyak


                                                                                  2
                                                                   Alasan Penghakiman No: 22-1463-2006




RM2,000,000.00. Surat tawaran kedua ini juga menghendaki
Mohammadiah Moner, defendan kedua dan defendan ketiga
menjadi penjamin-penjamin.


     Selaras dengan syarat-syarat di dalam surat tawaran kedua,
Mohammadiah Moner, defendan kedua dan defendan ketiga
menandatangani surat jaminan dan indemniti bertarikh 5.3.2001
untuk menjamin kemudahan tambahan ini (surat jaminan dan
indemniti kedua).


     Surat     jaminan      dan     indemniti     pertama       dan       kedua
mengandungi peruntukan yang serupa. Peruntukan yang relevan
diperturunkan di bawah:-


     “IN CONSIDERATION of your granting or making available or continuing
     to grant or make available to the Borrower, banking or credit facilities or
     other banking accommodation (including those described in the Debt
     Documents … I/we the guarantor(s) HEREBY UNDERTAKE AND
     CONVENANT and, if there are more than one of us, HEREBY JOINTLY
     AND SEVERALLY AGREE, UNDERTAKE AND CONVENANT with you
     …
     …
     2.1     I/We guarantee the payment by the Borrower to you of the
     Indebtedness and I/We will pay the indebtedness to you ON DEMAND.
     …
     3.      This Guarantee and Indemnity shall … be a continuing security
     and shall extend to cover any sum(s) of money which shall for the time
     being constitute the Indebtedness remaining unpaid by the Borrower to
     you upon any account whatsoever.
     ….
     …




                                                                                     3
                                                                  Alasan Penghakiman No: 22-1463-2006




    16.    I/We shall not be deemed to be discharged from my/our liability
    hereunder until the receipt by me/us of a written discharge signed by
    you.
    …
    ….
    21.    … a statement signed by you as to the Indebtedness for the time
    being remaining unpaid to you by the Borrower shall be final and
    conclusive evidence (save for manifest errors) … be binding on me/us
    for all purposes.
    …
    …
    25.2   This Guarantee and Indemnity shall not determined or in any way
    prejudiced by any change … in the constitution of the Borrower or
    me/us…”


    Melalui surat bertarikh 9.7.2003 (surat tawaran ketiga) plaintif
memaklumkan defendan pertama bahawa:-


           “RE : LETTER OF OFFER
                  -     REPAYMENT/RESTRUCTURING            PROPOSAL             OF
                        EXISTING BANKING FACILITIES OF RM2,000,000.00
                        A) OVERDRAFT OF RM400,000.00
                        B) MULTI-OPTION      LINES     (MOL)      :       …          -
                          RM1,600,000.00

           Further to your request, we … are pleased to inform you that the
           Bank has approved the repayment/restructuring proposals of your
           existing banking facilities of RM2,000,000.00 (Ringgit Malaysia:
           Two Million Only) …
           …
           Kindly take note that by virtue of the restructuring proposal, your
           existing OD and MOL shall be cancelled (except for the BG




                                                                                    4
                                                                Alasan Penghakiman No: 22-1463-2006




           outstanding of RM400,000-00) upon the conversion of the same
           to Fixed Term Loan.

           Terms and conditions of restructured facilities:-
           Facility                    :      Fixed Term Loan
           Approved Limit              :      …
           Purpose                     :      …
           Duration                    :      …
           Prescribed Lending Rate     :      …
           Repayment/Instalment        :      …
           Default Interest            :      …
           Prepayment                  :      …
           Disbursement Conditions :          …

           All other existing terms and conditions as per earlier Letters of
           Offer dated June 19, 2000 … and November 23, 2000
           respectively shall remain unchanged and continue to be in force.”


TUNTUTAN PLAINTIF


     Plaintif antara lain memplid bahawa pada setiap masa yang
material plaintif telah melepaskan keseluruhan jumlah perbankan
tersebut kepada defendan pertama; bahawa defendan pertama
telah memungkiri syarat-syarat perjanjian kemudahan; bahawa
surat tuntutan telah dihantar kepada defendan pertama, kedua dan
ketiga untuk menarik balik kemudahan perbankan tersebut dan
menuntut jumlah tertunggak tetapi defendan pertama, kedua dan
ketiga gagal membuat sebarang pembayaran balik.


     Pembelaan defendan kedua ialah bahawa pada masa surat
tawaran ketiga bertarikh bertarikh 9.7.2003 dikeluarkan, defendan
kedua tidak lagi menjadi pengarah di dalam defendan pertama;


                                                                                  5
                                                              Alasan Penghakiman No: 22-1463-2006




bahawa plaintif gagal mengambil tindakan atas kemungkiran
defendan pertama dalam bankers acceptance; surat tawaran ketiga
tidak pernah diberi atau diserahkan kepada defendan kedua;
bahawa defendan kedua tidak pernah memasuki apa-apa perjanjian
dengan plaintif berhubung kemudahan perbankan melalui surat
tawaran ketiga dan bahawa defendan kedua tidak pernah
memberikan persetujuan dengan kemudahan perbankan melalui
surat tawaran ketiga tersebut.


KETERANGAN


     SP1 yang memberi keterangan bagi pihak plaintif adalah
pegawai di ‘Recovery Unit’ dan mempunyai akses kepada
dokumen-dokumen berhubung tuntutan plaintif di sini.


     Keterangan SP1 ialah bahawa Mohammadiah Moner telah
dilepaskan sebagai penjamin setelah beliau menjelaskan bahagian
jaminan beliau kepada plaintif; bahawa defendan kedua tidak
pernah memohon kepada plaintif untuk dilepaskan sebagai
penjamin;   bahawa     surat     tawaran   ketiga    dikeluarkan       untuk
menyusun semula kemudahan sedia ada yang diberikan kepada
defendan pertama melalui surat tawaran pertama dan kedua;
bahawa jaminan dan indemniti yang diberikan oleh defendan kedua
untuk kemudahan di bawah surat tawaran pertama dan kedua
terpakai untuk surat tawaran ketiga; bahawa walaupun terdapat
kemungkiran oleh defendan pertama (peminjam) di bawah surat
tawaran pertama dan kedua, plaintif tidak mengambil tindakan
terhadap    defendan   pertama      (peminjam)      kerana   kemudahan




                                                                                6
                                                         Alasan Penghakiman No: 22-1463-2006




pertama dan kedua itu telah distruktur semula melalui surat tawaran
ketiga. Keterangan SP1 juga ialah bahawa kemudahan sedia ada
iaitu baki yang tidak berbayar dari kemudahan bankers acceptance
sebanyak RM519,741.22 serta kemudahan overdraf sebanyak
RM400,000.00    ditukarkan   kepada   pinjaman    berjangka        yang
berjumlah RM920,000.00. Oleh yang demikian, menurut SP1 surat
tawaran ketiga membatalkan kemudahan overdraf dan MOL apabila
ia ditukarkan kepada kemudahan pinjaman berjangka yang perlu
dibayar balik dalam masa lima (5) tahun.


     Di dalam keterangannya defendan kedua (SD1) tidak
menafikan menandatangani jaminan dan indemniti pertama dan
kedua. Keterangan SD1 juga ialah beliau tidak bertanggungan di
bawah surat tawaran ketiga kerana beliau telahpun berhenti
menjadi pengarah peminjam ketika surat tawaran ketiga dikeluarkan
dan bahawa beliau tidak memberikan persetujuan kepada surat
tawaran ketiga dan untuk plaintif menstruktur semula pinjaman.
Adalah juga keterangan SD1 bahawa beliau tidak pada bila-bila
masa memohon kepada plaintif agar dia dilepaskan sebagai
penjamin.


KEPUTUSAN


     Meneliti keterangan SP1 dan SD1 saya dapati terdapat
kemungkiran oleh peminjam di dalam pembayaran balik pinjaman
yang diberikan oleh plaintif. Pembayaran balik yang dimungkiri itu
adalah berkaitan pinjaman yang diberikan yang keseluruhannya




                                                                           7
                                                               Alasan Penghakiman No: 22-1463-2006




berjumlah RM2,000,000.00 di bawah surat tawaran pertama dan
kedua.


      Saya juga dapati surat tawaran ketiga bukanlah tawaran
kemudahan pinjaman yang baru tetapi merupakan penstrukturan
semula kemudahan pinjaman terdahulu berjumlah RM2,000,000.00.


      Dihujahkan oleh peguamcara bijaksana defendan kedua
bahawa surat tawaran ketiga tidak mempunyai klausa jaminan dan
tiada elemen kontrak di antara plaintif dengan defendan kedua
sama sekali. Saya berpendapat hujahan ini tidak bermerit.
Walaupun surat tawaran ketiga tidak mempunyai klausa jaminan
secara khusus, ia mengandungi terma bahawa “all other existing terms
and conditions as per earlier Letters of Offer dated June 19, 2000 … and
November 23, 2000 … respectively shall remain unchanged and continue to be
in force.” Ini jelas menunjukkan klausa di dalam surat tawaran

pertama dan kedua yang menyatakan defendan kedua sebagai
penjamin adalah masih sah dan terpakai.


      Memandangkan bahawa surat tawaran ketiga bukanlah
tawaran atau pelepasan pinjaman yang baru tetapi hanya
merupakan      penstrukturan      semula     yang     melibatkan          cara
pembayaran balik pinjaman sedia ada, saya berpendapat tidak
timbul soal perubahan terma-terma yang memerlukan kebenaran
defendan kedua. Lebih-lebih lagi terdapatnya klausa 8.1 jaminan
yang memperuntukkan “You may at all times without prejudice to this
Guarantee and Indemnity and without discharging or in any way affecting
my/our liability hereunder and without my/our consent or notice to me/us
determine, vary, re-schedule … any credit or facility to the Borrower …”.




                                                                                 8
                                                                    Alasan Penghakiman No: 22-1463-2006




Justeru tidak timbul keadaan yang melepaskan defendan kedua
daripada jaminan di bawah seksyen 86 Akta Kontrak 1950 yang
memperuntukkan “Any variance, made without the surety’s consent, in the
terms of the contract between the principal debtor and the creditor, discharges
the surety as to the transactions subsequent to the variance” (lihat kes

Utama Merchant Bank Bhd v GKM Wilayah-Prescon Sdn Bhd & Ors
[2009] 7 CLJ 357; Maplee Property Sdn Bhd v Tan Lei Fon [2005] 1
CLJ 599).


      Klausa 11.2 (h) perjanjian pinjaman memperuntukkan “The
Borrower hereby further covenants and undertake that from the date of this
Agreement, it will not without the prior written consent of the Lender first had
and obtained allow any change in its existing shareholders or their respective
shareholdings and/or its directors and/or its management line-up”. Tiada

keterangan bahawa klausa 11.2 (h) perjanjian pinjaman ini telah
dipatuhi oleh peminjam.


      Mengikut surat jaminan dan indemniti, defendan kedua boleh
dilepaskan      daripada      tanggungan       sekiranya      plaintif        telah
memberikan pelepasan kepada defendan kedua secara bertulis.
Tidak ada keterangan bahawa plaintif telah melepaskan defendan
kedua sebagai penjamin. Malahan defendan kedua sendiri
mengakui tidak pernah membuat permohonan sedemikian kepada
plaintif. Justeru fakta bahawa defendan kedua telah meletak
jawatan tidak dengan sendirinya melepaskan beliau sebagai
penjamin, mengambilkira klausa-klausa jaminan yang dipetik di
atas. Defendan kedua masih terikat di sisi undang-undang dengan
jaminan yang ditandatanganinya dan adalah bertanggungan untuk




                                                                                      9
                                                                 Alasan Penghakiman No: 22-1463-2006




membayar plaintif amaun yang tertunggak di bawah pinjaman yang
diberikan kepada peminjam.


     Berdasarkan         klausa   di   dalam   jaminan   juga,      apa-apa
kegagalan     plaintif   mengambil      tindakan   terhadap      kegagalan
peminjam di bawah bankers acceptance tidak dengan sendirinya
melepaskan tangggungan defendan kedua sebagai penjamin.


     Jumlah yang dituntut plaintif sebanyak RM982,858.55 adalah
seperti yang ditunjukkan di dalam sijil keberhutangan (eksibit P8).
Defendan kedua tidak menunjukkan sebarang kesilapan ketara
pada eksibit P8 ini. Dalam keadaan itu sijil keberhutangan adalah
konklusif dan mengikut defendan kedua (lihat kes Cempaka
Finance Bhd v Ho Lai Ying & Anor [2006] 3 CLJ 544).


     Berdasarkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, saya
mendapati bahawa plaintif telah membuktikan tuntutannya atas
imbangan kebarangkalian. Tuntutan plaintif adalah dibenarkan
dengan kos.




                           (DATO’ TENGKU MAIMUN BINTI TUAN MAT)
                                          HAKIM
                                  MAHKAMAH TINGGI MALAYA
                                      BAHAGIAN SIVIL
                                       SHAH ALAM

Bertarikh 29 November 2011




                                                                                 10
                                                      Alasan Penghakiman No: 22-1463-2006




Encik Nasrul Hadi bin Mat Saad bersama
Cik Nadirah Izyan binti Azaddin bagi pihak Plaintif
Tetuan Razif Abdul Aziz & Partners
Peguambela dan Peguamcara
No. 11, 2nd Floor
Jalan Stesyen
41000 Klang
Selangor Darul Ehsan.


Encik Fey Aqis bin Mohd Khairuddin bersama
Encik Zaizuraimy bin Abd Rahim dan
Encik Yusman bin Che Aman bagi pihak Defendan
Tetuan Mior Raimy Fuaad & Aqis
Peguambela dan Peguamcara
No. 71-2 (2nd Floor)
Jalan Cecawi 6/33
Seksyen 6, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor.




                                                                      11

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:7
posted:2/29/2012
language:
pages:11