PELAN TINDAKAN MENGHADAPI BENCANA
Document Sample


PELAN TINDAKAN MENGHADAPI BENCANA
PEJABAT KESIHATAN MUAR
Tujuan.
Pelan Tindakan ini disediakan untuk menggariskan satu Dasar Pengurusan Dan Bantuan
Bencana Di Darat mengikut tahap bencana dan mewujudkan satu Mekanisma Pengurusan
yang menentukan peranan serta tanggungjawab pasukan-pasukan yang terlibat semasa
bertindak menangani sesuatu bencana yang berlaku.
Dengan adanya Pelan Tindakan ini, adalah diharapkan ianya dapat membantu:
Memberi pengetahuan kepada staf bagaimana untuk menghadapi bencana dan
memberi bantuan kepada mangsa bencana
Staf untuk membuat persediaan mental, material dan fizikal untuk berhadapan
dengan bencana
Staf supaya dapat melaksanakan tindakan awal dengan pantas, tenang, sempurna
dan selamat sebaik diminta memberi bantuan semasa bencana tanpa menunggu
arahan.
Menjelaskan fungsi dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan.
Takrif Bencana
Bencana ditakrifkan sebagai sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat
kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan, kemusnahan harta benda atau
alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat. Kejadian ini memerlukan
pengendalian yang melibatkan sumber, peralatan, kekerapan dan tenaga manusia yang
ekstensif daripada berbagai agensi serta penyelarasan yang berkesan, dalam mana
kemungkinan memerlukan tindakan yang kompleks dan jangkamasa yang panjang
Jenis-Jenis Bencana
Bencana boleh dibahagikan kepada beberapa jenis bergantung kepada hazad yang berlaku
semasa bencana. Jenis-jenis bencana adalah:-
i. Mechanical :seperti bangunan runtuh, kemalangan jalan raya/udara
ii. Biological :seperti wabak penyakit
- Food and water-borne disease eg taun, kepialu
- Air-borne disease eg SARS
- Zoonotic disease eg Leptospirosis, Avian Flu
- Vector-borne disease eg Dengue, Malaria, Chikungunya
- Direct Contact eg HFMD
iii. Chemical : seperti kebocoran bahan kimia (samada berupa gas, cecair
atau pepejal): kesan kepada manusia bergantung kepada sifat
bahan kimia;
- Systemic toxicity eg. Vinyl Chloride Monomer (VCM), Cyanide
- Corrosive eg Concentrated Acid/Alkaline
- Irritant eg Ammonia
- Suffocative eg Hydrogen Sulfide (H2S)
Pelan Tindakan Menghadapi Bencana PKMR Edisi 2006 1
iv. Physical :seperti kebakaran, letupan, kebocoran bahan radioaktif
v. Natural Disaster :seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, tsunami
vi. Kombinasi :seperti kemalangann jalanraya membabitkan bas
penumpang dengan lori tangki bahan kimia merbahaya.
Maklumat mengenai jenis bencana sangatlah penting diketahui seberapa segera yang boleh
bagi menentukan jenis bantuan yang hendak diberikan dan persediaan alat-alat perlindungan
keselamatan yang perlu dipakai oleh anggota-anggota penyelamat bagi memastikan tugas-
tugas menyelamat dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.
Tahap Pengurusan Bencana
Pengurusan bencana dikendalikan mengikut tahap kejadian berdasarkan takrif bencana yang
digunakan serta unsur-unsur seperti berikut:
1. Bencana Tahap I
Kejadian setempat yang terkawal dan tidak berpotensi untuk merebak. Ianya
tidak begitu kompleks dan kemungkinan mengakibatkan kehilangan nyawa
dan harta benda yang kecil. Bencana ini juga tidak menjejaskan aktiviti harian
penduduk setempat secara meluas. Pihak Berkuasa di Peringkat Daerah
mempunyai kemampuan untuk mengawal dan mengatasi kejadian ini melalui
agensi-agensi di Peringkat Daerah tanpa atau dengan bantuan dari luar yang
terhad.
2. Bencana Tahap II
Kejadian yang lebih serius meliputi kawasan yang luas atau melebihi dua
Daerah dan berpotensi unruk merebak. Kemungkinan akan mengakibatkan
kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang banyak. Kebanyakan ini
juga memusnahkan infrastruktur dan menjejaskan aktiviti harian masyarakat.
Bersifat lebih kompleks daripada Bencana Tahap I dan menyulitkan dari segi
usaha mencari dan menyelamat. Perlu dan berupaya dikendalikan oleh Pihak
Berkuasa di peringkat Negeri tanpa atau dengan bantuan dari luar yang terhad.
3. Bencana Tahap III
Kejadian yang berpunca dari Bencana Tahap II, bersifat lebih kompleks atau
meliputi kawasan yang lebih luas atau melebihi dua negeri. Perlu dan
berupaya dikendalikan oleh Pihak Berkuasa di Peringkat Pusat tanpa atau
dengan bantuan dari luar negara.
Ketentuan Tahap Bencana bergantung kepada penilaian Pihak Berkuasa di
Daerah/Negeri/Pusat untuk menentukan pengurusan atau mencadangkan pengambilalihan
pengendalian bencana oleh pihak yang lebih tinggi.
Pelan Tindakan Menghadapi Bencana PKMR Edisi 2006 2
Carta Aliran Tindakan Menghadapi Bencana
Terima Maklumat
Kejadian
Verifikasi Kejadian
Diagnosa Awal
* dan ** akan dihantar
sekiranya bencana akibat
Pasukan dari bencana alam dan
Siasatan* bencana biologi. Bencana
akibat dari chemical,
Pasukan physical dan mechanical,
Kawalan** pasukan-pasukan ini perlu
menerima arahan dari
agensi teknikal yang
Pasukan
berkaitan
Rawatan#
# diperlukan dalam semua
jenis bencana. Walau
bagaimanapun, tindakan
di lokasi bencana perlu
Kompile Maklumat
mendapat nasihat dari
agensi teknikal yang
berkaitan (PDRM/JBPM)
Memproses dan Analisa Data
Maklumbalas penemuan
Penilaian
Rekod dan
Keberkesanan
Lapuran
Tindakan
Pelan Tindakan Menghadapi Bencana PKMR Edisi 2006 3
Fungsi Dan Tanggungjawab
A. Pasukan Siasatan
Objektif: Untuk mendapatkan maklumat kejadian selengkap mungkin bagi membantu
kesempurnaan tindakan kawalan dan rawatan
Tanggung jawab:
Terutama bagi bencana yang berpunca dari hazad biologi dan bencana alam, Pasukan
Siasatan ini akan menjalankan siasatan di lapangan untuk mendapatkan maklumat
berikut:
i) Maklumat asas mengenai bencana
a. Apa yang berlaku ?
b. Siapa terbabit meliputi umur, jantina, warganegara,bilangan.
c. Di mana kejadian berlaku. Lokasi dan alamat.
d. Bagaimana berlaku dan punca kejadian.
e. Bila berlaku
- tarikh dan masa.
- tempoh kejadian
- bila maklumat diterima.
f. Apakah gejala-gejala utama.
g. Pengesanan kes secara aktif.
Pasukan Siasatan harus bertindak pantas mendapatkan maklumat di atas sebaik sahaja
menerima lapuran kejadian bencana.
ii) Mendapatkan data asas lokasi kejadian
a. Bentuk muka bumi
b. Kemudahan pengangkutan – jalanraya/sungai
c. Kemudahan hospital/klinik yang berhampiran (untuk rujukan)
d. Kemudahan awam – sekolah, balairaya, masjid
e. Kemudahan infrastruktur – telefon, eletrik, bekalan air
f. Jenis penempatan – bandar, luar bandar, pendalaman
g. Bilangan dan taburan penduduk
h. Bilangan dan jenis premis
i. Aktiviti ekonomi
B. Pasukan Kawalan
Objektif: Untuk mengawal keadaan dilokasi supaya kejadian tidak menjadi lebih buruk
Tanggung jawab:
1. Bagi bencana yang dikategorikan sebagai biologikal, tindakan kawalan bergantung
kepada jenis wabak.
i. Kolera mengikut protokol Kawalan Kolera.
ii. Kepialu mengikut protokol Kawalan Kepialu.
iii. Keracunan Makanan mengikut protokol Keracunan Makanan.
Pelan Tindakan Menghadapi Bencana PKMR Edisi 2006 4
iv. Penyakit Bawaan Vektor mengikut protokol kawalan Penyakit Bawaan
Vektor.
v. Penyakit-penyakit seperti SARS, avian flu dan Hand Foot And Mouth
Disease (HFMD) mengikut garispanduan dan arahan semasa.
2. Bagi bencana yang dikategorikan sebagai Bencana Alam, langkah-langkah kawalan
seperti berikut (dimana sesuai) perlu dijalankan.
i. Pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit
ii. Kawalan Vektor (LILATI)
iii. Disinfeksi bekalan air
iv. Bekalan Makanan
v. Kebersihan persekitaran/pembuangan sampas/tandas
vi. Pendidikan kesihatan kepada mangsa terlibat.
C. Pasukan Rawatan
Objektif: Memberi bantuan rawatan kecemasan dan rujukan kepada mangsa-mangsa
bencana di lokasi.
Tanggungjawab:
Sebaik sahaja menerima permintaan untuk membantu mangsa bencana, Pasukan Rawatan
dari Klinik Kesihatan berhampiran lokasi kejadian harus digerakkan segera ke lokasi serta
melaksanakan tugasan berikut:
i) Melapur diri ke Pos Kawalan Tempat Kejadian
ii) Mendapatkan maklumat ringkas:
Bilangan mangsa yang memerlukan bantuan
Keterukan mangsa-mangsa
iii) Meminta Pasukan Rawatan Tambahan jika perlu
iv) Mengenalpasti kawasan yang sesuai dijadikan base I dan base II. Base I untuk
kes kategori E1 dan E2 manakala Base II untuk kes kategori NE.
v) Mengasingkan mangsa bencana mengikut keterukan
Kategori E1 – Memerlukan rawatan di hospital dalam masa 30 min. (Kod
MERAH)
Eg. Severe facial, chest, abdominal and pelvic injury WITH
Severe haemorrhage, Acute Myocardial Infarction, Severe
breathing difficulties, head injury
Kategori E2 – memerlukan rawatan di hospital dalam masa 1 jam (Kod
KUNING)
Eg. Injuries with moderate haemorrhage,. Haemorrhage <
1000ml
Kategori NE – memerlukan rawatan di hospital dalam masa 2 jam (kod
HIJAU)
eg. Fractures with minimal haemorhage. Low grade fever
Foreign body in nasal cavity or ear
vi) Menyediakan keperluan peralatan di base
vii) Memberi rawatan yang perlu serta rujukan
Pelan Tindakan Menghadapi Bencana PKMR Edisi 2006 5
viii) Merekod maklumat pesakit (menggunakan kad Rekod Rawatan Kecemasan
Pesakit) – Lampiran 1
- nama, umur, jantina, ethnic ,ID
- Warganegara
- Destinasi rujukan
- Kecederaan yang dialami
- General condition
- Tarikh dan masa
- No Ambulans / kenderaan yang membawa mangsa
ix) Menghubungi Hospital berdekatan sebelum merujuk mangsa
Keanggotaan Pasukan
A. Pasukan Siasatan
Aktiviti siasatan diketuai oleh Pegawai Kesihatan Kanan serta dianggotai oleh :
i. Pegawai Perubatan Dan Kesihatan
ii. Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
iii. Penolong Pegawai Kesihatan persekitaran Kanan
iv. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
v. Jururawat Kesihatan
B. Pasukan Kawalan
Pasukan kawalan adalah terdiri daripada anggota seperti berikut :
i. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan
ii. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
iii. Pembantu Kesihatan Awam
iv. Jururawat Kesihatan
v. Jururawat Masyarakat
vi. Pemandu
vii. Pekerja Rendah Awam
viii. Pelbagai agensi yang berkaitan.
C. Pasukan Rawatan
Pasukan Rawatan perlu dianggotai oleh anggota seperti berikut:
i. Pakar Perubatan Keluarga
ii. Pegawai Perubatan dan Kesihatan
iii. Pembantu Perubatan Kanan
iv. Ketua Jururawat Kesihatan
v. Pembantu Perubatan
vi. Jururawat Kesihatan
vii. Jururawat Masyarakat
viii. Attendan Kesihatan
ix. Pemandu
Pelan Tindakan Menghadapi Bencana PKMR Edisi 2006 6
Perintah Dan Kawalan
i) Kawalan Di Tempat Kejadian
Sebaik sahaja menerima maklumat bencana dari PDRM atau mana-mana agensi yang
berkaitan, Pasukan-pasukan Rawatan, Kawalan dan Siasatan akan segera ke lokasi kejadian.
Seorang Pakar Perubatan Keluarga atau Pegawai Perubatan dan Kesihatan atau sekurang-
kurangnya Pembantu Perubatan Kanan dilantik untuk mengkoordinasi tugas-tugas rawatan,
siasatan dan kawalan di lokasi
Pegawai yang dilantik ini perlu menjadi perantara diantara pasukan-pasukan dari jabatan
dengan agensi-agensi lain yang terlibat dalam operasi penyelamat di lokasi kejadian bencana.
ii) Bilik Gerakan
Bilik Gerakan perlu dibuka dimana-mana lokasi yang difikirkan sesuai seperti di Klinik
Kesihatan/Klinik Desa berhampiran dan tidak semestinya di Pejabat Kesihatan. Bilik
Gerakan berfungsi untuk:
i. Menerima permintaan / maklumbalas dari Pasukan-Pasukan di lokasi bencana
dan agensi berkaitan.
ii. Menyediakan dan menguruskan bantuan dan keperluan pasukan di lokasi
termasuk tenaga manusia.
iii. Mengatur pembahagian tugas dan jadual kerja Pasukan-Pasukan.
iv. Mengumpul data dan maklumat berkaitan bantuan bencana
v. Menerima arahan dari pihak atasan dan menyalur arahan kepada pihak yang
berkaitan.
vi. Memberi maklumat yang diperlukan oleh pihak atasan/agensi berkaitan.
vii. Melakukan ‘post-mortem’ untuk menilai kekuatan serta kelemahan yang
dikenalpasti serta cadangan penambahbaikan
viii. Menyediakan lapuran akhir selepas bencana mengenai pengendalian dan
pengurusan bencana.
Ruang yang digunakan untuk Bilik Gerakan haruslah mempunyai peralatan seperti berikut:-
i. Meja dan kerusi untuk taklimat / mesyuarat.
ii. Alat perhubungan – telefon, trunk-radio dsb serta buku rekod komunikasi
iii. Peta lokasi kejadian
iv. Maklumat semasa/perkembangan bencana di white-board
v. Komputer dan printer
vi. Kemudahan Mesin fax
vii. White board
viii. Alat tulis – kertas, pen/pensil, pembaris
ix. Buku daftar mangsa yang di bantu
x. Buku lapuran aktiviti yang dilaksanakan
xi. File minit mesyarat / perbincangan serta arahan yang diterima.
xii. Jadual anggota bertugas di Bilik Gerakan dan Pasukan-Pasukan kerja
xiii. Senarai nombor-nombor telefon/fax yang berkaitan
xiv. Kemudahan minuman dan makanan ringan untuk mengalas perut
Bilik Gerakan haruslah dikendalikan oleh Pegawai/Ketua-ketua Unit berpengalaman.
Bilangan petugas di Bilik Gerakan bergantung kepada keterukan bencana yang dialami.
Tempoh masa operasi bilik gerakan juga bergantung kepada keterukan bencana. Bilik
Gerakan akan ditutup setelah Bilik Gerakan Peringkat Daerah juga telah ditutup.
Pelan Tindakan Menghadapi Bencana PKMR Edisi 2006 7
Persediaan Logistik
A. Pasukan Rawatan
i. Kelengkapan Dalam Ambulan – Lampiran 2.
ii Senarai Ubat-Ubatan Dalam Ambulan – Lampiran 3.
B. Pasukan Kawalan
i. Bagi bencana yang dikategorikan sebagai mekanikal, kimia dan fizikal,
keperluan peralatan dan kelengkapan akan ditentukan dan disediakan oleh agensi
yang berkaitan.
ii. Bagi bencana yang dikategorikan sebagai biologikal dan bencana alam,
peralatan dan kelengkapan seperti berikut diperlukan :
a. Spray can
b. Bahan Disinfeksi
c. Personal Protection Equipment ( PPE )
d. Kenderaan
e. Alat Perhubungan
f. Alat Tulis dan Borang berkaitan
C. Pasukan Siasatan
Bencana yang melibatkan kejadian wabak penyakit berjangkit seperti Kolera,
Keracunan Makanan, Kepialu, SARS, Avian Flu, Japanese Encephalitis dll. Bagi
menangani bencana berkenaan, peralatan-peralatan seperti berikut diperlukan:
a. Maklumat Data Asas kawasan yang berkaitan
b. Personal Protection Equipment ( PPE )
c. Kenderaan
d. Alat Perhubungan
e. Media pengangkutan ( Transport media )
f. Alat Tulis dan Borang berkaitan
g. Bekas Specimen
h. Kit persampelan
Sistem Komunikasi
Sistem Komunikasi sediada dimana nombor-nombor telefon anggota oncall dan nombor
telefon Klinik Kesihatan diedarkan ke Hospital-Hospital di dalam Daerah harus sentiasa
diselenggara. Dengan kaedah ini anggota kesihatan boleh dihubungi pada bila-bila masa dan
bantuan dapat diberikan secepat mungkin walaupun diluar waktu pejabat. Anggota haruslah
sentiasa bersedia untuk dipanggil bertugas pada bila-bila masa dan alat komunikasi peribadi
haruslah sentiasa dapat berfungsi. Sekiranya terdapat perubahan nombor telefon peribadi,
ianya haruslah dimaklumkan
Pelan Tindakan Menghadapi Bencana PKMR Edisi 2006 8
Semasa kejadian bencana, komunikasi dengan agensi-agensi penyelamat yang lain akan
berlaku melalui Bilik Gerakan (Kesihatan) dan Base Rawatan di lokasi bencana. Di lokasi
bencana, komunikasi dengan pihak yang tidak berkaitan dengan aktiviti bantuan/menyelamat
(eg pihak media) seharusnya tidak berlaku dan ia sewajarnya dipertanggungjawabkan kepada
PDRM yang mengawal seluruh kawasan bencana.
Pegawai Perhubungan
Seorang anggota jabatan yang sesuai perlu dilantik sebagai Pegawai Perhubungan (jika perlu)
di Bilik Gerakan (Kesihatan) untuk berkomunikasi terutamanya dengan pihak yang tidak
berkaitan dengan aktiviti bantuan atau penyelamat eg ahli keluarga. Ianya bertujuan untuk
mengelakkan gangguan kepada Pegawai dan anggota teknikal menjalankan tugas.
Bantuan/Perhubungan Dengan Agensi Lain
Kemampuan mengendalikan mangsa bencana bergantung kepada keterukan kecederaan yang
dialami oleh mangsa, bilangan mangsa yang terlibat serta kesukaran dan kepantasan untuk
sampai ke lokasi kejadian. Berdasarkan faktor-faktor tersebut, Pasukan-Pasukan
Siasatan/Kawalan/Rawatan harus membuat penilaian samada bantuan luar diperlukan sebaik
sahaja menerima maklumat atau selewat-lewatnya apabila sampai ke lokasi bencana.
Senarai nama dan nombor telefon yang berkaitan adalah seperti di Lampiran 4.
Pemantapan Kesiapsiagaan
Bagi memantapkan kesiapsiagaan anggota Pejabat Kesihatan Muar dalam menghadapi
bencana, langkah-langkah berikut perlu dilaksanakan:-
i. Menyebarkan dokumen ini kepada semua anggota sediada dengan cara
menyediakan dokumen di semua fasiliti.
ii. Memastikan anggota yang baru bertukar masuk membaca dokumen ini.
iii. Memastikan semua anggota membaca dokumen ini setahun sekali dan perkara
ini dipantau di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan, Pejabat Kesihatan Muar.
iv. Menjalankan ‘drill’ bagi mengesan kekuatan dan kekurangan perancangan
yang dibuat.
Penutup.
Pelan Tindakan Menghadapi Bencana Pejabat Kesihatan Muar ini akan digunapakai bagi
semua jenis bencana darat . Ini bermakna Bencana laut tidak tertakluk kepada dokumen ini.
Dimana perlu, dokumen tambahan boleh disediakan bagi memperjelaskan lagi tindakan dan
tanggung jawab yang perlu dilaksanakan.
Pejabat Kesihatan Muar
10 Mac 2006 (Jumaat 10 Safar 1427 Hijrah)
Pelan Tindakan Menghadapi Bencana PKMR Edisi 2006 9
No Siri: LAMPIRAN 1
REKOD RAWATAN KECEMASAN PESAKIT
(Sila pastikan maklumat diisi dalam 2 salinan / salinan carbon)
TARIKH :______________________ MASA :____________________________
NOMBOR AMBULAN :____________________
LOKASI BENCANA :______________________
LOKASI RUJUKAN :______________________
Nama Pesakit :_____________________________________________________________
No. K/P :_______________________________ Umur :_____________________________
Jantina :_______________________________ Ethnik :_____________________________
Warganegara :__________________________
General Condition :______________________ Kod Triaging: Merah / Kuning / Hijau
Nature of Injury :
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
______________________________________
T/T Pegawai Perubatan / Pembantu Perubatsan
Klinik Kesihatan: ________________________
Pelan Tindakan Menghadapi Bencana PKMR Edisi 2006 10
LAMPIRAN 2
KELENGKAPAN DALAM AMBULAN
Bil. Perkara Stok
EQUIPMENTS
1. Siren – high and low
2. Lampu Beacon
3. Stretcher
4. Set Oksigen
5. Set Kecemasan
6. I.V. set
7. Beg valve mask
8. Portable suction machine
9. Splints
10. Laryngoscope
11. E.T.T. (pelbagai size)
12. T&S set
13. Cricothyroidectomy set
14. Portable equipment (mask glove)
15. Peralatan tand amaran
16. Alat pemadam api
17. Linen
18. Sharp-bin kuning
19. Plastik muntah kuning
20. Senarai semak peralatan / injection
I.V. SOLUTIONS
21. Hartmens
22. NaCl 0.9%
23. Dext. Saline
24. Dext. 10%
25. Gelafundil
26. Haemacoel
INJECTIONS
27. Inj. Chlorpinaramine
28. Inj. Stemetil
29. Inj. Bascopan
30. Inj. Hydrocort
TABLETS
31. Paracetamol
32. Ponstan
33. Gelusil
34. Chlorpeniramine
Pelan Tindakan Menghadapi Bencana PKMR Edisi 2006 11
LAMPIRAN 3
SENARAI UBAT-UBATAN DALAM AMBULAN
Bil. UBAT-UBATAN STOK
1. Inj. Adrenalin
2. Inj. Atropine
3. Inj. Aminophyline 250 mg
4. Inj. Ca. Laevulinate
5. Inj. Digoxin
6. Inj. Dexamethasone
7. Inj. Dopamine
8. Inj. Distilled H2O
9. Inj. Dextrose 50%
10. Inj. Hydrocortisone 100 mg
11. Inj. Lasix 40 mg
12. Inj. Lignocaine 500 mg
13. Inj. Naloxone (Narcan)
14. Inj. Sodium Bicarbonate 8.4%
15. Inj. Verapamil 5 mg.
Pelan Tindakan Menghadapi Bencana PKMR Edisi 2006 12
LAMPIRAN 4
NAMA AGENSI DAN NOMBOR TELEFON
Bil. Nama Agensi Nombor Telefon
1. HOSPITAL MUAR 06-9521901
2. HOSPITAL BATU PAHAT 07-4341999
3. HOSPITAL MELAKA 06-2828344
4. HOSPITAL JASIN 06-5294262
5. HOSPITAL SEGAMAT 07-9433333
6. HOSPITAL SOUTHERN BATU PAHAT 07-4133333
7. HOSPITAL SOUTHERN MALACCA 06-2835888
8 HOSPITAL TRENDAK MELAKA 06-3572301
9. MAHKOTA MEDICAL CENTRE 06-2813333
10. HOSPITAL TANGKAK 06-9781206
11 PANTAI MEDICAL CENTRE 06-2319999
12 PEJABAT DAERAH 06-9521021
13 MAJLIS PERBANDARAN MUAR 06-9521204
14 MAJLIS DAERAH TANGKAK 06-9781261
15 BOMBA 06-9555994
16 TENAGA NASIONAL BERHAD 06-9532950
17 BILIK GERAKAN POLIS 06-9526222
18 RELA 06-9522741
19 PASUKAN GERAKAN AM 06-9866121
20 JABATAN PENERANGAN 06-9521477
Pelan Tindakan Menghadapi Bencana PKMR Edisi 2006 13
Get documents about "