Tanggam adalah salah satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan bahagian bahagian yang diperbuat daripada kayu sebelum sesuatu bangunan ataupun

Shared by: HC120226094542
Categories
Tags
-
Stats
views:
305
posted:
2/26/2012
language:
Indonesian
pages:
18
Document Sample
scope of work template
							                   TANGGAM
   Tanggam adalah salah satu kaedah untuk membuat
    penyambungan dan pemasangan bahagian-bahagian
    yang diperbuat daripada kayu sebelum sesuatu
    bangunan ataupun projek siap dibina. Tanggam boleh
    dikategorikan kepada empat jenis iaitu:
   Tanggam melebar
   Tanggam siku
   Tanggam pemidang
   Tanggam memanjang
           TANGGAM MELEBAR
   Tanggam jenis ini digunakan untuk menyambung
    beberapa keping papan kecil untuk dijadikan kepingan
    papan yang lebar bagi kegunaan seperti membuat pintu,
    permukaan perabot, dinding dan lantai. Penyambungan
    beberapa papan kecil itu dilakukan secara tepi ke tepi
    dengan menggunakan bahan pelekat seperti glu. Antara
    jenis tanggam melebar adalah:
   (a) Tanggam glu gesel
   (b) Tanggam penetap
   (c) Tanggam lidah dan lurah
   (d) Tanggam tetingkat
              TANGGAM SIKU

   Tanggam siku dibuat pada dua permukaan kayu yang
    bertemu secara bersudut tepat sama ada pada penjuru
    ataupun pada pertengahannya. Contohnya dapat dilihat
    dalam pembinaan kotak dan laci. Di antara jenis
    tanggam dalam kategori tanggam siku adalah:
   (a) Tanggam temu
   (b) Tanggam rencong
   (c) Tanggam bajang
       TANGGAM PEMIDANG
   Tanggam pemidang digunakan dalam pembinaan
    kerangka kayu yang berbentuk pemidang. Bahagian
    kayu disambungkan pada hujung dari tepi ke tepi.
    Contohnya adalah pada pintu berpanel dan pemidang
    gambar. Tanggam pemidang terdiri daripada:
   (a) Tanggam lekap
   (b) Tanggam kekang
   (c) Tanggam penetap
   (d) Tanggam lubang dan puting
    TANGGAM MEMANJANG
  Tanggam memanjang digunakan apabila menyambung
  dua batang kayu atau beroti untuk menjadikannya lebih
  panjang. Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam
  pembinaan bangunan. Ada empat jenis tanggam
  memanjang yang sering digunakan, iaitu:
 (a) Tanggam skaf
 (b) Tanggam plat sambut
 (c) Tanggam sambung jari
 (d) Tanggam sambung lekap
          TANGGAM PENJURU MUDAH




    CARA-CARA MEMBUAT
•   Sambungan di mana hujung kayu ditemukan dengan permukaan kayu lain.
•   Temukan muka hujung kayu dengan permukaan kayu lain dan pakukan.
•   Paku mestilah dipaku dengan serong untuk menghasilkan cengkaman yang
    lebih kuat.

    KEGUNAAN
•   Digunakan pada bahagian tepi kerja kayu.
•   Contohnya pembinaan kotak dan tetingkat.
       TANGGAM RENCONG BERBAHU




CARA-CARA MEMBUAT
1. Sediakan kepingan kayu mengikut saiz.
2. Tandakan ‘x’ pada kepingan yang hendak dibuang (basi).
3. Buangkan bahagian basi dengan menggunakan pahat tepi serong bersama
   gandin kayu.
4. Sambungkan kedua-dua kayu dengan memaku bahagian atas kayu
   tersebut.

KEGUNAAN
- Membuat alang rumah (rangka bumbung).
        TANGGAM RENCONG BIASA




CARA-CARA MEMBUAT
1. Tandakan hujung kayu sama ada 45° ataupun 60°.
2. Potongkan bahagian yang bertanda ‘x’ (basi) dengan menggunakan
   gergaji puting.
3. Lekapkan kedua-dua kayu dengan menggunakan kunci dan lidah.

KEGUNAAN
1. Biasanya digunakan untuk membuat bahagian penjuru kabinet.
       TANGGAM BAJANG TUNGGAL




CARA-CARA MEMBUAT
1. Tandakan ‘x’ pada bahagian yang hendak dibuang.
2. Tanda : buang bahagian basi dengan menggunakan pahat tepi serong
   bersama gandin kayu.
3. Soket : gergaji bahagian basi dengan menggunakan pahat tegak dan
   serong untuk membuat keratan ‘v’ dari tiap-tiap keping.

KEGUNAAN
1. Membuat rangka dinding rumah.
   - lebih kukuh dan digunakan pada bahagian tepi kerja kayu.
ii )      TANGGAM PUTING

                 • Tegakkan palang dengan menggunakan ragum meja


                 • Gunakan pahat untuk membuang bahagian yang
           A       tidak dikehendaki di kiri dan kanan palang
        Palang



iii )

                         Puting
TANGGAM LEKAP PENJURU


             B

     A
TANGGAM LEKAP PALANG


  B
                A
TANGGAM PARIT TERUS


B

           A
TANGGAM PARIT BUNTU


     B


              A

						
Related docs
Other docs by HC120226094542
Hukum Mad &
Views: 146  |  Downloads: 0
Guidelines for writing American Style resume
Views: 239  |  Downloads: 0
Pres Bordeaux 0712 2007
Views: 2  |  Downloads: 0
BEFORE THE PUBLIC SERVICE COMMISSION OF UTAH
Views: 0  |  Downloads: 0
Ethan Frome
Views: 1  |  Downloads: 0
PASTORAL LETTER - MARRIAGE - DEC 2007
Views: 0  |  Downloads: 0
St AgathaPTFMinutes2010 2011
Views: 0  |  Downloads: 0
Plain Colour Chart 2
Views: 7  |  Downloads: 0
Using ICT in Y1 - lesson extract
Views: 1  |  Downloads: 0