POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

Document Sample
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH Powered By Docstoc
					                                                                                     UNTUK PELAJAR



                               UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI

          PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR TAMAT LATIHAN INDUSTRI

A.       Pendaftaran Pelajar Tamat LI SESI JANUARI 2010 ( 11 JANUARI 2010 – 11 JUN 2010 )

                 Tarikh : 21 JUN 2010 (ISNIN)  Masa: 8.30 am – 3.00 pm
               Tempat : DEWAN SEMINAR KAUNSELING, KAMPUS B, POLISAS

1.       Untuk tujuan pendaftaran tamat latihan sila pastikan anda membawa bersama :
         i.   Surat Pengesahan Tamat Latihan Industri (Diisi oleh pihak syarikat)
         ii.  Borang Penilaian Prestasi Latihan Industri. (Diisi oleh pihak syarikat)
         iii. Buku Laporan Harian yang telah lengkap.
         iv. Laporan Akhir (Siap 100% tanpa Jilid/Binding)
         v.   Senarai semak Laporan Akhir (yang dilampirkan).


2.      Ketiga-tiga perkara ( i, ii & iii ) tersebut di atas hendaklah di sahkan oleh pihak syarikat (di cop
rasmikan oleh pihak syarikat.)
Perlu diingatkan tanpa keempat –empat perkara di atas, anda tidak layak mendaftar pengajian
semester 4 (Sijil) atau Semester 5 (Diploma). Surat perakuan sah tamat LI hanya dikeluarkan setelah
pelajar menghantar keempat-empat perkara di atas.

B.      Pendaftaran Pengajian Pelajar Sesi JUL10
        Setelah pelajar mendaftar tamat latihan industri, pelajar dikehendaki mendaftar pengajian ke
semeter 4 (sijil) dan semester 5 (Diploma) bagi sesi JUL 10 di jabatan masing-masing.

  Yuran
Semasa melapor diri, pelajar dikehendaki menjelaskan yuran dan bayaran seperti berikut :
         Yuran                      Bayaran                      Kaedah Pembayaran Yuran

 1.Yuran Pengajian                   RM 200.00          Pembayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama adalah
                                                        melalui BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) atas
                                                        nama AKAUN KERAJAAN MALAYSIA-POLITEKNIK
 2. Yuran Asrama                     RM 60.00           PAHANG dengan menggunakan slip wang masuk
 (Jika ditawarkan                                       BSN (No. Akaun : 0610029000312275) yang khusus
 Asrama)                                                untuk Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah sahaja.

                                                        Perhatian : Slip Wang Masuk BSN disertakan bersama
                                                        borang tamat latihan industri.
                                                        Ingat ! buat pembayaran sebelum anda mendaftar
                                                        Tamat Latihan Industri.


 3. Yuran Koperasi                                      Pembayaran Yuran Koperasi adalah melalui        akaun
 (Jika ditawarkan                    RM 58.00           MAYBANK dengan menggunakan slip wang masuk
 Asrama)                                                MAYBANK (No. Akaun : 556169000438) yang khusus
                                                        untuk Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah sahaja.
 4. Yuran Pendaftaran
    4.1. Pelajar Semasa              RM 10.00           Sila sediakan ‘ SLIP MAYBANK ‘
    4.2. Pelajar Mengulang           RM 45.00
         semester semasa
Panduan pendaftaran tamat LI
…………………………………………………………………Arahan sambungan di mukasurat belakang.


C. Laporan Akhir. (Kaedah menjilid/Binding)
Proses menjilid (Binding) buku laporan akhir LI telah diserahkan kepada pihak KOPERASI POLISAS.
Pihak Koperasi akan menguruskan binding dan pembayaran akan di tolak dari dividen saham pelajar
dalam koperasi tersebut. Langkah ini diambil bagi menolong pelajar menyiapkan proses menjilid buku
laporan dengan lebih baik, harga berpatutan ( RM 20.00 ), mengikut masa dan menolong pelajar yang
mempunyai masalah kewangan. Oleh itu pelajar dikehendaki menyerahkan laporan yang lengkap untuk
di jilid/binding kepada UPLI pada hari pendaftaran.


PERINGATAN

1.       Tarikh menghantar laporan akhir, buku laporan harian, surat pengesahan dan penilaian syarikat
         adalah bersamaan tarikh pendaftaran pengesahan pelajar tamat latihan industri (11 JANUARI
         2010).
         Sila masukkan Laporan akhir di dalam sampul plastik dan ditulis nama dan nombor
         pendaftaran semasa penyerahan.

2.       Sebarang dokumen atau salinan dokumen kepunyaan jabatan/syarikat yang diperlukan untuk
         kegunaan laporan akhir hendaklah mendapat kebenaran dan kelulusan pihak jabatan/syarikat
         tersebut.

3.       Sekiranya pelajar tidak melapor diri pada tarikh yang telah ditetapkan, tindakan mengingkari
         arahan boleh diambil dan boleh disabitkan kesalahan atas suatu kesalahan tatatertib di bawah
         kaedah 26 jadual kedua bahagian II Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (tatatertib 1976).

4.       Sila pastikan Kad Pelajar saudara /saudari sentiasa sah diguna pakai sepanjang pengajian di
         Politeknik ini.

5.       Sila pastikan anda berpakaian kemas (kemeja dan seluar slack bagi pelajar lelaki,baju kurung
         bagi pelajar wanita)



                                                              Disediakan oleh:-
                                                              Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri,
                                                              POLISAS, Kuantan.




Panduan pendaftaran tamat LI

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:47
posted:2/24/2012
language:
pages:2