Kelebihan Bawang Putih Yang Patut Anda Tahu by ayamkun

VIEWS: 18 PAGES: 1

									1. Mengurangkan risiko strok
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding
saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan
seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko
darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu
mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko
seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak
sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob.
Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan
sebagainya.

4. Antiinflamasi
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang
dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada
arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit
yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan
membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih
sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan
aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai
kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko
penyakit jantung.

								
To top