� MENSYUKURI NIKMAT KEAMANAN �

Document Sample
� MENSYUKURI NIKMAT KEAMANAN � Powered By Docstoc
					                        Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

                “ MENSYUKURI NIKMAT KEAMANAN ”
                  (25 Februari 2011/ 22 Rabiul Awal 1432 H)




Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat yang berkat dan di dalam masjid yang mulia ini, saya berpesan
kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat yang menjadi tetamu Allah sekalian
marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan
bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala
larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi umat yang terbaik, umat contoh dan
memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan
menyampaikan khutbah bertajuk: “MENSYUKURI NIKMAT KEAMANAN”
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Keamanan adalah anugerah tuhan dan merupakan satu kenikmatan yang tinggi
nilainya di dalam kehidupan manusia samada di peringkat individu, masyarakat
atau bernegara demi kebaikan umat sejagat. Dalam sejarah ketamadunan manusia
sendiri telah menunjukkan betapa nikmat kemanan memberi kesan untuk
kemakmuran dan kesejahteraan dunia. Keamanan bererti kita bebas dari bahaya,


                                      1
bencana, malapetaka, bebas daripada kejahatan, kecelakaan, dan lain-lain. Dengan
keamanan kita dapat melakukan urusan kehidupan dunia tanpa merasa takut, gerun
dan dengannya juga boleh membawa banyak kebaikan serta rezeki kepada manusia
itu sendiri dan negara. Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 112 :




Maksudnya: “Dan Allah memberikan satu misalan; Sebuah negeri yang aman
damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat,
tetapi penduduknya kufurkan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya
kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka telah lakukan.”

      Memelihara keamanan adalah suatu yang dituntut dalam kehidupan tanpa
mengira anutan agama, bangsa atau keturunan. Nabi Ibrahim AS semasa meneroka
pembukaan Mekah sebagai pusat ibadah dan tanah suci telah mendoakan agar
Mekah dikurniakan Allah SWT dengan keamanan dan kemakmuran. Ini dijelaskan
dalam firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 126 :




Maksudnya : “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdo'a dengan berkata:
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa, dan
berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu
orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka".
Allah berfirman:"(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan
ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi
sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan mengheretnya) ke azab
neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali.”

Ayat ini menegaskan bahawa keamanan adalah asas utama dalam menegakkan
agama Allah SWT dan mengimarahkan sesebuah negara. Perlu kita insafi betapa
rugi dan malangnya negara-negara yang dilanda kekacauan, persengketaan dan
perpecahan. Negara-negara berkenaan bukan sahaja ketinggalan dan mundur dalam


                                       2
aspek kemajuan dan pembangunan material serta spiritual, malah keselamatan
hidup seharian pun sentiasa terancam. Justeru itu, Islam menolak keras gerakan-
gerakan yang menggunakan kekerasan untuk mengancam keamanan sesebuah
negara seperti melakukan rusuhan, pemberontakan dan peperangan. Soal ancaman
ini perlu di ambil perhatian oleh semua pihak kerana ia membabitkan masalah
keselamatan rakyat. Sekiranya perkara ini tidak dipenuhi, maka akan jatuh
sesebuah bangsa dan akan hancurlah sesebuah negara.
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Anugerah    keamanan      dan   keharmonian   negara   mestilah   disyukuri     dan
dipertahankan dengan bersungguh-sungguh oleh seluruh warganegara. Dalam hal
ini, Islam menuntut bahawa cintakan keamanan negara sebagai tanda orang yang
beriman dan bersyukur. Segala bentuk perjuangan mempertahankan keamanan dan
keselamatan adalah sebahagian daripada ibadah dan tanda jihad kita di jalan Allah.
Dalam konteks kesyukuran terhadap nikmat Allah SWT ini, secara realitinya kita
dapat bandingkan dengan negara-negara lain di dunia yang sentiasa terdedah
kepada pelbagai ancaman seperti bencana banjir, gempa bumi, kemarau, letupan
gunung berapi, ribut taufan, peperangan, rusuhan, kelaparan serta kemiskinan.
      Oleh demikian, kita sepatutnya memetik gugusan hikmah tersebut agar kita
tidak lupa diri dan sentiasa mensyukuri nikmat keamanan dan kedamaian yang
dilimpah dan dianugerahkan kepada negara kita ini dan seterusnya berusaha
mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan mematuhi dan melaksanakan semua
perintah-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya. Firman Allah SWT dalam
Surah al-Anaam ayat 82:


Maksudnya : “Orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka
dengan kezaliman, bagi mereka itulah keamanan dan merekalah yang mendapat
petunjuk.”




                                        3
Sejarah telah membuktikan runtuhnya tamadun umat-umat terdahulu seperti kaum
Thamud, A’ad dan Firaun adalah kerana kekufuran dan kezaliman yang telah
dilakukan oleh mereka sendiri. Golongan ini tidak mensyukuri nikmat keamanan
yang diberikan oleh Allah SWT. Manakala tegahan syarak pula tidak segan silu
dilanggari. Mereka membelakangi panduan para Nabi sehingga menyebabkan
hancurnya negara mereka. Mereka menjadi sombong dan angkuh dengan apa yang
telah dikurniakan oleh Allah SWT sedangkan apa yang mereka miliki itu hanyalah
bersifat sementara sahaja.
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Di negara kita dengan nikmat keamanan ini rakyat dapat hidup dengan aman
damai, dapat melakukan proses pendidikan sepanjang hayat tanpa rasa takut untuk
ke sekolah, kuliah atau masjid dan sebagainya. Kita juga dapat melakukan ibadat
kepada Allah SWT dengan sempurna sepanjang masa, hidup bermasyarakat
dengan mengamalkan sistem muamalat dan munakahat secara teratur tanpa ada
kekacauan dan penindasan antara kita. Dengan keamanan kita juga mendapati
peluang kerjaya yang begitu luas lagi halal samada dalam sektor Kerajaan atau
Swasta. Lihatlah berapa ramai rakyat negara asing yang datang ke negara ini
semata-mata untuk mencari pekerjaan dan mendapat pendapatan yang lumayan.
Kita juga bebas daripada wabak penyakit disebabkan sistem pengurusan kesihatan
yang amat baik. Rakyat negara kita juga bebas bergerak ke mana saja samada siang
atau malam tanpa merasa takut atau gerun untuk melaksanakan pelbagai urusan
kehidupan.
      Bagi memastikan keamanan ini terpelihara sepanjang masa maka rakyat di
negara ini khususnya umat Islam dituntut mengamalkan cara hidup bertoleransi
antara kita dengan mengambil kira kepentingan semua kaum samada dari segi
agama, budaya, politik, ideologi dan lain-lain. Namun dalam pada itu umat Islam
juga diingatkan agar tidak terpengaruh dengan aliran-aliran pemikiran baru yang
boleh memecah-belahkan umat Islam dan memesongkan aqidah mereka seperti


                                       4
plurarisma agama atau wahdatul adyan yang menyamakan antara agama di dunia
ini. Walaupun negara kita mengamalkan kebebasan beragama dan membenarkan
agama-agama lain diamalkan, namun persoalan aqidah tidak boleh dikompromi
antara kaum di negara ini. Ingatlah bahawa agama Islam adalah agama persekutuan
dan hendaklah kita mematuhi dan mengiktiraf hak masing-masing sebagai mana
yang termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang negara.
      Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar ingin mengambil kesempatan
untuk merakamkan penghargaan kepada pihak kerajaan khususnya kepada Perdana
Menteri, Majlis Keselamatan Negara, Agensi-Agensi kerajaan lain dan kepada
pihak-pihak yang terlibat di atas usaha membawa pulang rakyat dan pelajar
Malaysia yang berada di negara Mesir. Mengikut laporan Kementerian Luar
Negeri sehingga kini seramai 8,341 rakyat dan pelajar kita selamat pulang ke tanah
air. Sesungguhnya usaha ini adalah usaha yang tulus ikhlas daripada pihak
kerajaan di dalam mempastikan keselamatan dan keamanan kepada rakyat terjamin
walaupun di mana mereka berada. Mimbar ingin mengingatkan kepada kita semua
khususnya kepada umat Islam, ambillah iktibar apa yang berlaku di luar sana
dengan sama-sama kita menjaga keamanan dan ketenteraman negara kita ini bagi
memastikan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat terus berkekalan. Kita
juga berdoa semuga keamanan di negara-negara yang sedang bergolak akan pulih
seperti sedia kala dan mengharap mudah-mudahan pelajar Malaysia yang pulang
dapat kembali untuk meneruskan pengajian mereka dengan selamat. Ingatlah
bahawa mensyukuri nikmat keamanan merupakan sebahagian daripada tuntutan
Islam. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Naml
ayat 89:



Maksudnya:“ Sesiapa yang datang dengan kebajikan maka ia akan beroleh yang
lebih baik daripadanya, dan mereka akan beroleh keamanan pada hari kiamat.”



                                        5
6

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:4
posted:2/21/2012
language:
pages:6