AMALAN GAYA HIDUP SIHAT SEBAGAI PEGANGAN MASYARAKAT KINI

Document Sample
AMALAN GAYA HIDUP SIHAT SEBAGAI PEGANGAN MASYARAKAT KINI Powered By Docstoc
					     AMALAN GAYA HIDUP SIHAT SEBAGAI
       PEGANGAN MASYARAKAT KINI

Berhari raya di batu pahat,

Rumah terbuka tempat dituju,

Amalkan gaya hidup yang sihat,

Cergas rakyatnya negara maju.



Selamat sejahtera semua, saya Nurul Ain dan dan akan saya bincangkan pada hari ini
topik amalan gaya hidup sihat sebagai pegangan masyarakat kini.



Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan
pencegahan jangkitan penyakit. Ramai yang memikirkan amalan gaya hidup sihat hanya
merupakan penjagaan pemakanan dan melakukan senaman, tetapi penjagaan badan
kita juga merupakan satu aspek yang amat penting dalam kehidupan yang sihat.



Masyarakat kini mengambil prihatin tentang amalan gaya hidup sihat dengan
mengadakan beberapa kempen dan iklan mengenai kepentingan dan cara-cara untuk
menjalankan kehidupan yang sihat. Pada hari ini, terdapat iklan yang diulang di
televisyen yang menggalakkan khalayak ramai, terutama sekali kanak-kanak, untuk
makan dua hidangan buah-buahan dan juga sayur-sayuran setiap hari.



Mengapa gaya hidup sihat itu sangat penting? Seperti apa yang telah saya katakan
pada pendahuluan saya, gaya hidup sihat dapat melahirkan masyarakat minda kelas
pertama. Dengan penjagaan pemakanan dan adanya tidur yang secukupnya, seseorang
itu akan mempunyai tenaga yang lebih banyak dan dapat menghabiskan kerja-kerja
yang lebih banyak. Minda yang cergas dapat membantu setiap individu mencari
penyelesaian yang baik dan juga idea-idea yang unik untuk pekerjaan mereka.



Kini, ramai remaja yang terlibat dalam gejala-gejala sosial seperti mencuri, mengambil
dadah dan melakukan seks rambang. Ini diakibatkan amalan gaya hidup yang tidak
sihat. Bilangan remaja yang didapati mempunyai jangkitan penyakit kelamin dan juga
ditangkap polis semakin meningkat. Ini amat membimbangkan kerana remaja pada
masa kini tunggak masa hadapan.



Dengan itu, masyarakat kini harus mengambil tindakan untuk menggalakkan amalan
gaya yang sihat.




                                                               Nurul Ain Azhar

                                                                        09S05

                                                                 07 April 2009

                                                                  Kumpulan B

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:136
posted:2/21/2012
language:Malay
pages:2