TEKNIK MENGAWAL RUMPAI SAWIT by GH0Q5Q2

VIEWS: 292 PAGES: 21

									(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH)
      KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH




TEKNIK MENGAWAL
  RUMPAI SAWIT
             PENDAHULUAN
-   Mengawal rumpai adalah salah satu aktiviti
    agronomi yang penting dalam penanaman sawit.
    Ia dilakukan bagi mengelakkan persaingan supaya
    tanaman sawit hidup subur dan produktif.
-   Rumpai bersaing untuk mendapatkan sumber
    nutrien, air, cahaya dan ruang.
-   Persaingan mengganggu tumbesaran pokok,
    melewatkan proses kematangan serta
    mengurangkan pengeluaran buah tandan segar.
-   Kos kawalan rumpai merupakan kos kedua
    tertinggi selepas pembajaan 17 – 27% daripada
    keseluruhan kos operasi.
-   Kehadiran rumpai menyukarkan aktiviti
    perladangan seperti penuaian BTS, pemungutan
    buah relai, pengangkutan BTS, pembajaan dan
    penyeliaan ladang.

-   Rumpai menjadi perumah sementara bagi
    serangga perosak, penyakit dan persembunyian
    binatang kecil.
    Penggunaan racun rumpai secara berleluasa pada
    peringkat muda boleh menjadikan
    pertumbuhan tanaman sawit tidak normal.
                     JENIS RUMPAI
- Bagi memperoleh strategi kawalan rumpai yang
  berkesan pengelasan rumpai adalah perlu.
- Pengelasan rumpai dibuat berdasarkan gabungan
  bentuk morfologi daun dan ciri pertumbuhan.
- 4 kumpulan utama seperti berikut:
i.       Jenis Rumput
     -   Daun berbentuk tirus, memanjang serta urat
         daunnya selari.
     -   Biasanya membiak melalui biji benih yang
         banyak dan disebar melalui angin, haiwan dan
         aktiviti manusia.
-   Ada juga membiak menerusi bahagian
    tampang seperti stolon, rizom, pecahan
    rumpun dan umbisi

-   Antara spesies rumpai yang memberi
    persaingan hebat kepada tanaman sawit ialah
    Imperata cylindrica (lalang), Ischaemum
    muticum (rumput dawai) dan Pennisetum
    polystachion (rumput gajah).
ii) Jenis Menjalar
 - Daun lebar dan urat daun berbentuk jaring.
 - Batang yang lembut dan kecil serta tumbuh menjalar dan
   merayap dipermukaan tanah, memanjat tunggul kayu
   mati atau batang pokok yang masih hidup.
 - Pembiakan utama melalui biji benih.
 - Tunas pada setiap ruas boleh menghasilkan pokok baru
   apabila bersentuh/tertimbus dengan tanah yang lembap.
 - Contoh: Mikania micrantha (selaput tunggu), Passiflora
    foetida (timun padang).
 - Tanaman penutup bumi boleh menjejaskan pertumbuhan
    pokok sawit dengan memanjat dan menutupi
    keseluruhan permukaan pelepah sawit jika tidak diurus
    dengan baik.
iii) Jenis Renek
-   Tumbuh merimbun, besar dan mempunyai banyak
    ranting kecil.
-   Sesetengah mempunyai batang yang keras, ada
    juga berbatang lembut.
-   Pembiakan utama melalui biji benih, tunas pada
    setiap ruas menghasilkan pokok baru apabila
    bersentuh dan tertimbus dengan tanah yang
    lembap.
-   Contoh: Asystasia intrusa (akar ruas)
    Chromolaena odorata (pokok kapal terbang),
    Melastoma malabathricum (senduduk) dan
    Clidemia hirta (senduduk bulu).
iv) Paku-pakis dan resam
 - Pakis dan resam sering kelihatan tumbuh di atas
    tanah yang kurang subur.
 - Mempunyai sistem perakaran yang cetek dan tidak
    memberi persaingan serius kepada tanaman sawit.
 - Sering terdapat di kawasan sawit matang dan
    sesetengahnya hidup secara epifit pada batang sawit.
 - Pembiakan utama melalui spora yang terdapat di bawah
    permukaan daun dan melalui rizom.
  - Contoh: Nephrolepis bisserata (paku larat), Stenochlaena
    palustris (paku rawan), Dicranopteris linearis (resam)
    dan Lygodium lexuosum (ribu-ribu gajah).
   Kaedah Kawalan Rumpai
    4 kaedah kawalan yang boleh dilaksanakan di
    kawasan tanaman sawit dan pemilihannya boleh
    dilakukan secara individu atau integrasi pelbagai
    kaedah.

i. Kultur
   - Melibatkan amalan pertanian seperti sungkupan di sekeliling
     pangkal pokok, menanam tanaman kontan atau kekacang
     penutup bumi.
   - Bahan yang biasa digunakan sebagai sungkupan ialah tandan
     sawit kosong atau racikan batang sawit tua yang diletakkan di
     sekeliling pangkal pokok.
   - Teknik sungkupan menggunakan helaian plastik hitam, guni
     plastik baja yang kosong boleh digunakan sebagai bahan
     sungkupan.
ii) Mekanikal

 - Kaedah mekanikal mudah dilakukan melibatkan
   penggunaan peralatan seperti cangkul, sabit, tajak,
   parang, mesin pemotong rumput dan alat pembajakan
   tanah.

iii) Biologikal

  - Melibatkan penggunaan spesis organisma hidup seperti
    serangga, kulat, bakteria, parasit dan integrasi dengan
    haiwan ternakan.
  - Ternakan lembu secara integrasi.
iv. Kimia

  Kaedah kawalan rumpai yang digunakan secara
  meluas.

  Menggunakan racun rumpai yang disembur dengan alat
  penyembur tertentu

  Kaedah ini berkesan untuk kawalan rumpai dan tempoh
  agak panjang .

  Penggunaan racun rumpai memerlukan pengawasan
  yang betul supaya berkesan.
RACUN RUMPAI BAGI KAWASAN TANAMAN SAWIT MUDA
                 Kawasan Sawit Matang
-   Tanaman sawit mula membesar, kanopinya mula bersentuh
    antara satu masa lain. Jumlah cahaya matahari yang melepasi
    permukaan tanah akan berkurangan.
-   Keadaan ini menyebabkan tanaman kekacang penutup bumi
    mula pupus secara semula jadi.
-   Habitat pertumbuhan bertukar dengan rumpai yang tahan
    naungan di kawasan tanaman sawit.
-   Jika tiada program kawasan yang baik rumpai akan membesar
    dan bersaing dengan tanaman sawit dan menyukarkan aktiviti
    harian ladang.
-   Pengawalan rumpai terlalu intensif menyebabkan permukaan
    tanah terdedah kepada proses hakisan.
          Kawasan Sawit Matang ( smbg )
- Kawalan rumpai biasanya dilakukan dengan semburan
  racun rumpai supaya kawalan lebih dalam jangka masa
  panjang.

- Strategi kawalan rumpai perlu bijak dan sistematik supaya
  pokok sawit membesar dengan baik dan menjadi lebih
  produktif.

- Kawalan rumpai secara integrasi dengan haiwan ternakan
  boleh dilakukan tetapi masih memerlukan semburan racun
  rumpai kerana tidak semua rumpai dimakan oleh haiwan
  ternakan.
    Pembersihan Di Keliling Pangkal Pokok
             Dan Lorong Tuaian


-   Kawasan bulatan bersaiz 4m garis pusat di keliling
    pangkal pokok dan lorong tuaian selebar 1.8m
    perlu bebas daripada rumpai bagi memudahkan
    kerja membaja, pengambilan nutrien oleh pokok,
    penuaian buah tandan masak dan memungut buah
    relai.
-   Campuran Racun Rumpai untuk kawalan rumpai untuk
    kawalan rumpai di sekeliling pangkal pokok sawit matang
    dan lorong tuaian buah sawit.
RACUN RUMPAI UNTUK KAWALAN RUMPAI TERPILIH
              Panduan Keseluruhan
            Penggunaan Racun Rumpai
A.   Sebelum menyediakan bancuhan racun:
      i) Baca arahan pada label
      ii) Pastikan alat penyembur racun
          berkeadaan baik
B.   Sewaktu menyediakan bancuhan racun:
     i) Pakai sarung tangan getah
     ii) Gunakan kayu yang bersih untuk mengacau
          bancuhan racun
     iii) Jangan membancuh racun dalam bekas atas
          peralatan yang digunakan seharian di rumah.
C.   Sewaktu Menyembur Racun

        i) Memakai pakaian keselamatan dan alat pelindung
     diri
         ii) Elakkan menyembur kawasan berdekatan sumber air
             yang masih digunakan.
       iii) Jangan makan,minum, merokok sambil menyembur
             racun.
        iv) Jangan menyembur racun bertentangan dengan arah
             tiupan angin.
D. Selepas Meracun:

    i) Bersihkan alat semburan dan peralatan
       dan simpan ditempat selamat.
   ii) Bersihkan segera bahagian badan dan
        pakaian yang terkena racun dengan
        sabun dan air.
  iii) Sekiranya berasa pening dan muntah,
       segera berjumpa doktor untuk rawatan
       sewajarnya
           Sekian Terima Kasih


RUJUKAN : Buku Perusahaan Sawit Di Malaysia ( MPOB )

								
To top