CONTOH UNDANG-UNDANG tubuh pertubuhan

Document Sample
CONTOH UNDANG-UNDANG tubuh pertubuhan Powered By Docstoc
					PERTUBUHAN



Atau nama singkatannya




   Halaman 1 dari 14
                             UNDANG-UNDANG TUBUH BAGI PERTUBUHAN




KANDUNGAN

FASAL 1              NAMA ..................................................................................................... 3
FASAL 2              TEMPAT URUSAN ................................................................................. 3
FASAL 3              BENDERA , LAMBANG DAN LENCANA ............................................ 3
FASAL 4              TUJUAN/MATLAMAT ............................................................................ 4
FASAL 5              KEAHLIAN .............................................................................................. 4
FASAL 6              BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN ............................. 5
FASAL 7              PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI ....................................... 5
FASAL 8              MESYUARAT AGUNG ........................................................................... 6
FASAL 9              JAWATANKUASA.................................................................................. 8
FASAL 10             KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI .................................................. 9
FASAL 11             KEWANGAN ......................................................................................... 10
FASAL 12             PEMERIKSA KIRA-KIRA ..................................................................... 11
FASAL 13             HARTA .................................................................................................. 11
FASAL 14             TAFSIRAN UNDANG-UNDANG........................................................... 12
FASAL 15             PENAUNG/ PENASIHAT ...................................................................... 12
FASAL 16             LARANGAN .......................................................................................... 13
FASAL 17             PINDAAN UNDANG-UNDANG ............................................................ 13
FASAL 18             PEMBUBARAN .................................................................................... 14




16/02/2012 8:01 PM                                      Halaman 2 dari 14                            e-perlembagaan pertubuhan
                                       UNDANG-UNDANG TUBUH BAGI




FASAL 1 NAMA
                     (1)   Pertubuhan ini dikenali dengan nama         dan nama singkatannya
                           Selepas ini disebut Pertubuhan.


FASAL 2 TEMPAT URUSAN
                     (1)   Alamat berdaftar dan tempat urusan Pertubuhan ialah




                           SELANGOR

                           dan alamat untuk surat menyurat yang akan ditetapkan dari semasa ke
                           semasa oleh Jawatankuasa ialah:




                           SELANGOR

                           Tempat urusan berdaftar Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran
                           Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.


FASAL 3 BENDERA, LAMBANG, LENCANA
                     (1) Rupabentuk serta maksud dan/atau ciri-ciri bagi Bendera dan/atau Lambang
                         dan/atau Lencana Pertubuhan adalah seperti di LAMPIRAN 1 Undang-Undang
                         Tubuh Ini.

                     (2) Penggunaan Bendera, Lambang dan Lencana Pertubuhan adalah untuk
                         kegunaan rasmi sahaja.

                     (3) Sebarang penggunaan Bendera atau Lambang atau Lencana Pertubuhan oleh
                         pihak ketiga atau ahli Pertubuhan perlulah mendapat keizinan bertulis daripada
                         Jawatankuasa.

                     (4) Jawatankuasa berhak untuk menetapkan apa-apa kaedah termasuk bayaran
                         bagi menggunakan Bendera, Lambang, Lencana Pertubuhan.




16/02/2012 8:01 PM                                Halaman 3 dari 14                e-perlembagaan pertubuhan
FASAL 4 TUJUAN/MATLAMAT
                     (1) Tujuan Pertubuhan ini ditubuhkan adalah untuk kebajikan                  .

                     (2) Matlamat Pertubuhan ini adalah:-

                           a. membela serta menjaga kepentingan, kebajikan dan memajukan ahli;
                           b. memupuk semangat perpaduan, kemesraan, saling berkerjasama selain
                              mengeratkan perhubungan muhibbah di kalangan ahli-ahli khususnya dan
                              masyarakat amnya melalui penganjuran dan penyertaan pelbagai kegiatan-
                              kegiatan yang berfaedah;
                           c. memberikan sumbangan dan perkhidmatan berteraskan amal kepada para
                              ahli dan masyarakat amnya ;
                           d. memberikan pendidikan dan latihan bagi meningkatkan sahsiah ahli;
                           e. mengadakan dan menjalinkan hubungan dengan persatuan dan/atau
                              pertubuhan lain bagi mengadakan kerjasama demi kepentingan ahli-ahli.
                           f.        ;
                           g


FASAL 5 KEAHLIAN
                     (1)    Bagi menjadi ahli kepada Pertubuhan ini, maka kelayakan serta syarat
                            keahlian adalah seperti berikut:-

                              a. Hendaklah warganegara Malaysia;
                              b. berumur lapan belas(18) tahun ke atas           ;
                              c. terbuka kepada semua jantina;
                              d. terbuka kepada semua pegangan agama/kepercayaan
                              e. terbuka kepada semua kaum                   ;
                              f.   tiada had ke atas pertalian kekeluargaan          ;
                              g. tiada sekatan tempat tinggal            ;
                              h. tiada had bilangan ahli;
                              i.        ;
                              j.        .

                     (2)    Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2
                            orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki
                            mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada
                            Jawatankuasa     untuk  diluluskan.   Jawatankuasa     boleh   mengikut
                            budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-
                            sebabnya.

                     (3)    Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di
                            atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan
                            pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia
                            menjadi ahli.

                     (4)    Seorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima menjadi
                            ahli pertubuhan ini kecuali telah diizinkan terlebih dahulu secara bertulis oleh
                            Naib Canselor atau Pihak Berkuasa Universiti/Kolej yang berkenaan.

16/02/2012 8:01 PM                                   Halaman 4 dari 14                   e-perlembagaan pertubuhan
FASAL 6 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN
                     (1)   Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:
                           Bayaran Masuk RM             (Ringgit Malaysia    Sahaja)

                           Yuran Bulanan RM              (Ringgit Malaysia   Sahaja)

                     (2)   Yuran bulanan jika ada hendaklah dijelaskan kepada Bendahari dalam
                           tempoh     hari dari awal tiap-tiap bulan atau ditetapkan oleh Jawatankuasa
                           dari masa ke semasa.

                     (3)   Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua bulan akan
                           menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Bendahari atau
                           wakilnya, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga
                           hutangnya dijelaskan.

                     (4)   Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi
                           tiga bulan atau tahunan (yang mana lebih tinggi) dengan sendirinya
                           digantung daripada menjadi ahli Pertubuhan ini dan Jawatankuasa boleh
                           memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan
                           syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima penyata berkenaan
                           hutangnya terlebih dahulu.

                     (5)   Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi
                           sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang atau
                           dipecat dengan jumlah tidak kurang dari sekali ganda Bayaran Masuk serta
                           telah melangsaikan hutangnya dengan Pertubuhan.

                     (6)   Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu
                           boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung. Sekiranya ada ahli
                           yang mungkir membayar yuran atau kutipan wang tersebut dalam tempoh
                           yang telah ditetapkan, maka yuran atau kutipan wang itu akan terhutang
                           olehnya kepada Pertubuhan.


FASAL 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
                     (1)   Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah
                           memberi kenyataan bertulis dua(2) minggu terlebih dahulu kepada
                           Setiausaha dan melunaskan segala hutangnya.

                     (2)   Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau
                           telah bertindak dengan cara yang mencemarkan nama baik pertubuhan
                           boleh digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagai mana yang
                           difikirkan munasabah atau dipecat oleh Jawatankuasa.

                     (3)   Sebelum sebarang tindakan yang akan menyentuh keahlian Ahli berkenaan,
                           maka hendaklah Jawatankuasa mengemukakan kepadanya surat tunjuk
                           sebab mengapa tindakan tatatertib tidak boleh diambil ke atasnya. Surat
                           berkenaan dihantar kepada alamat terakhirnya di dalam daftar ahli.
                           Sekiranya jawapan bertulis diterima daripadanya dalam tempoh 14 hari
                           daripada tarikh dia menerimanya, maka dia hendaklah diberikan peluang
                           untuk membela diri secara bersemuka dengan Jawatankuasa.




16/02/2012 8:01 PM                                Halaman 5 dari 14               e-perlembagaan pertubuhan
                     (4)   Jawatankuasa hendaklah menimbangkan alasan-alasan yang diberikan
                           olehnya sebelum membuat keputusan sama ada mendenda, menggantung
                           keahliannya atau memecatnya. Keputusan Jawatankuasa hendaklah
                           dimaklumkan kepadanya secara bertulis kepada alamat dalam daftar ahli.
                           Keputusan Jawatankuasa ini bolehlah dirayu oleh ahli melalui usul dalam
                           Mesyuarat Agung terdekat.

                     (5)   Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan
                           Mesyuarat Agung meminda atau membatalkan keputusan Jawatankuasa.


FASAL 8 MESYUARAT AGUNG
                     (1)   Pengelolaan pertubuhan ini adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat
                           Agung. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang
                           berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut
                           mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi
                           mengesahkan perjalanan mesyuarat dan korum untuk mesyuarat.

                     (2)   Jika korum tidak dipenuhi selepas setengah jam(30 minit) daripada waktu
                           yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah
                           ditangguhkan kepada suatu tarikh lain, iaitu tidak lebih daripada 30 hari dari
                           tarikh mesyuarat tertangguh itu, yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa.

                     (3)   Sekiranya korum tidak cukup selepas setengah jam(30 minit) daripada waktu
                           yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka
                           berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah
                           berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-
                           keputusan yang melibatkan semua ahli.

                     (4)   Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan
                           secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak melewati
                           enam(6) bulan daripada tarikh kewangan Pertubuhan berakhir.

                     (5)   Tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja
                           Mesyuarat Agung tahunan ialah:

                           (a)   menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Pertubuhan di
                                 dalam tahun lalu;
                           (b)   menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit
                                 bagi tahun yang lalu;
                           (c)   memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-Kira dan
                                 Pemegang Amanah untuk tahun akan datang (jika ada);
                           (d)   Membahaskan Usul Rayuan Keahlian yang digantung atau dipecat;
                           (e)   Membahaskan, menerima atau menolak Usul-usul ahli-ahli; dan
                           (f)   menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam
                                 mesyuarat itu.

                     (6)   Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya
                           lima belas(15) hari sebelum tarikh dan masa Mesyuarat Agung Tahunan itu
                           diadakan, satu naskah Agenda Mesyuarat yang antara lain mengandungi
                           termasuklah:
                           (a) Surat Peringatan Mesyuarat;
                           (b) Laporan Kegiatan Pertubuhan;

16/02/2012 8:01 PM                                 Halaman 6 dari 14                e-perlembagaan pertubuhan
                           (c)   Laporan Jawatankuasa Pertubuhan;
                           (d)   Penyata Kira-kira Pertubuhan teraudit bagi tahun lalu;
                           (e)   Surat Pemberitahuan Usul; dan
                           (f)   Lain-lain perkara berkaitan dengan mesyuarat agung.

                           Satu Salinan Agenda Mesyuarat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dirujuk
                           oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.

                     (7)   Mana-mana ahli yang ingin mengemukakan usul untuk dibahaskan semasa
                           Mesyuarat Agung hendaklah dia mengemukakan secara bertulis kepada
                           Setiausaha tidak lewat daripada tujuh(7) hari(termasuk hari penyampaian)
                           daripada tarikh Mesyuarat Agung itu akan diadakan. Apabila menerima
                           pernyataan bertulis usul berkenaan, Setiausaha hendaklah memasukkannya
                           dalam mesyuarat agung berkenaan untuk dibahaskan oleh para ahli semasa
                           Mesyuarat Agung itu berlangsung. Usul yang dibahaskan dan diundi
                           hendaklah gugur sekiranya ianya ditolak oleh para ahli mesyuarat melalui
                           undi terbanyak menolaknya atau undi sama banyak.

                     (8)   Mesyuarat Agung khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
                           (a) bila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa, atau
                           (b) atas permintaan para ahli secara bertulis oleh tidak                kurang
                               daripada satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang               berhak
                               mengundi        dengan    menerangkan     tujuan   dan               sebab
                               mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar                    kepada
                               Setiausaha Pertubuhan.

                     (9)   Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada
                           satu tarikh di dalam tempoh tiga puluh(30) hari dari tarikh penerimaan
                           permintaan mesyuarat itu.

                     (10) Tertakluk kepada Fasal 7, Agenda Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah
                          diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya lima
                          belas(15) hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

                     (11) Fasal 8 (1) dan 8 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan
                          penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat
                          Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas
                          setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung
                          Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah
                          terbatal dan dalam tempoh enam(6) bulan dari tarikh terbatalnya mesyuarat
                          agung khas itu, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan
                          tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

                     (12) Pengerusi Mesyuarat Agung hendaklah dipilih diantara kalangan ahli
                          sebelum sesuatu Mesyuarat Agung itu dilangsungkan. Pengerusi Mesyuarat
                          boleh mengundi semasa undian dijalankan dan tiada undi pemutus.

                     (13) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf
                          Minit Mesyuarat Agung dalam tempoh dua puluh satu(21) hari setelah
                          selesainya mesyuarat itu.

                     (14) Setiausaha hendaklah dalam masa enam puluh(60) hari daripada tarikh
                          Mesyuarat Agung diadakan mengirimkan Penyata Pertubuhan kepada


16/02/2012 8:01 PM                                 Halaman 7 dari 14                 e-perlembagaan pertubuhan
                           Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta
                           Pertubuhan.


FASAL 9 JAWATANKUASA
                     (1)   (a)   Satu Jawatankuasa yang dinamakan Pegawai-pegawai Pertubuhan
                                 hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dari kalangan
                                 ahli Pertubuhan:
                                 Seorang Yang Dipertua
                                 Seorang Setiausaha
                                 Seorang Bendahari
                                 1 orang Ahli Jawatankuasa

                            (b) Pertubuhan boleh juga memilih dari kalangan ahlinya dalam Mesyuarat
                                Agung Tahunan tersebut mengikut keperluannya Pegawai-Pegawai
                                Pertubuhan tambahan yang terdiri daripada:
                                     i.     Timbalan DiPertua;
                                     ii.    1 Naib Dipertua;
                                     iii.   1 Penolong Setiausaha;
                                     iv.    1 Penolong Bendahari;

                     (2)   Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang
                           menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada
                           Warganegara Malaysia.

                     (3)   Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta
                           disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli
                           di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Tempoh memegang jawatan bagi
                           Pegawai yang dipilih adalah selama setahun. Semua pegawai boleh dipilih
                           semula apabila tamat tempoh jawatannya tidak lebih dari dua
                           tempoh/penggal jawatan berturut-turut bagi jawatan yang sama.

                     (4)   Fungsi Jawatankuasa ialah
                           (a) mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan; dan
                           (b) membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan
                               Pertubuhan mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat
                               Agung;

                           Jawatankuasa tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan
                           keputusan Mensyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung
                           dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan
                           Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan
                           berkenaan kegiatannya bagi tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung
                           Tahunan.

                     (5)   Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam
                           tiga(3) bulan. Pemberitahuan bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan
                           kepada ahli Jawatankuasa tujuh(7) hari terlebih dahulu. Yang Dipertua
                           dengan bersendirian atau tidak kurang daripada dua(2) orang Pegawai
                           Pertubuhan bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat
                           Jawatankuasa pada bila-bila masa. Korum Mesyuarat Jawatankuasa adalah
                           setengah (1/2) daripada bilangan Jawtankuasa Pertubuhan.

                     (6)   Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa
                           dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah

16/02/2012 8:01 PM                                Halaman 8 dari 14               e-perlembagaan pertubuhan
                           mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa secara edaran, Minit
                           Mesyuarat Edaran. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah
                           disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai
                           telah diterima:

                           (a) Masalah yang dibangkitkan serta keputusan yang disyorkan itu
                               hendaklah dibutirkan dengan jelas di dalam minit mesyuarat edaran
                               yang diedarkan kepada setiap ahli Jawatankuasa;
                           (b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa
                               mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan secara bertulis
                               mereka terhadap cadangan keputusan itu; dan
                           (c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Tiada undi
                               pemutus. Sebarang keputusan yang diperolehi melalui minit mesyuarat
                               edaran hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat
                               Jawatankuasa berikutnya dan dicatatkan di dalam peringatan
                               mesyuarat.

                     (7)   Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga
                           kali berturut-turut tanpa alasan yang dapat diterima oleh Jawatankuasa,
                           hendaklah disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam
                           Jawatankuasa.

                     (8)   Jika seorang Pegawai Pertubuhan meninggal dunia atau meletakkan
                           jawatan, calon kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu
                           hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang
                           sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah
                           Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga
                           Mesyuarat Agung Tahunan terdekat diadakan.

                     (9)   Jawatankuasa boleh memberi perintah kepada Setiausaha dan pegawai-
                           pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan Pertubuhan, dan melantik
                           pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh
                           menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau
                           kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar
                           menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang
                           difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

                     (10) Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan
                          mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli
                          Jawatankuasa atau ahli.



FASAL 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
                     (1)   Yang Dipertua, dalam tempoh memegang jawatannya, hendaklah menjadi
                           Pengerusi mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas
                           kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Beliau tidak mempunyai undi
                           pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit mesyuarat bila telah
                           diluluskan dan disahkan. Beliau hendaklah menandatangani semua cek
                           Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.

                     (2)   Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut
                           undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung
                           dan Jawatankuasa. Beliau hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan


16/02/2012 8:01 PM                               Halaman 9 dari 14               e-perlembagaan pertubuhan
                           membuat catatan mesyuarat. Beliau hendaklah menandatangani semua cek
                           Pertubuhan bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Bendahari.

                           Beliau bertanggungjawab serta menguruskan:
                            a. termasuk mengendalikan urusan surat menyurat dan fail Pertubuhan;
                            b. menyimpan Daftar Minit dan Cabutan Minit Mesyuarat dan semua
                                rekod berkaitan notis, catatan perjalanan mesyuarat dan sebagainya.
                            c. tidak terhad hanya kepada menyimpan semua buku, surat dan kertas
                                kerja, naskah perundangan, kontrak/perjanjian kecuali akaun dan buku-
                                buku berkaitan kewangan;
                            d. hendaklah menyimpan serta mengemaskini buku daftar ahli yang
                                mengandungi butiran seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad
                                pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat
                                perhubungan dan tetap;
                            e. meterai Pertubuhan.

                     (3)   Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan dan
                           harta Pertubuhan. Beliau hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira
                           berkenaan semua perkara berkenaan dengan harta dan kewangan termasuk
                           resit dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Beliau hendaklah
                           menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Yang
                           Dipertua dan Setiausaha.

                     (4)   Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam
                           menjalankan tugas yang diarahkan oleh Jawatankuasa terhadapnya.

                     (5)   Pegawai-pegawai tambahan hendaklah membantu Pegawai-Pegawai
                           Pertubuhan menjalankan kerja-kerja yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
                           serta memangku jawatan itu semasa ketiadaan Pegawai-pegawai
                           berkenaan.

                     (6)   Mana-mana tindakan yang dibuat oleh Jawatakuasa hendaklah secara suci
                           hati dan demi kepentingan tujuan dan matlamat pertubuhan. Tindakan
                           berkenaan adalah tanggunggan secara bersesama melainkan dapat
                           dibuktikan sebaliknya. Pertubuhan akan menanggung dan melepaskan
                           Jawatankuasa daripada apa-apa tanggungan jika tindakan yang dilakukan
                           oleh Jawatankuasa adalah suci hati dan demi kepentingan tujua dan
                           matlamat Pertubuhan.


FASAL 11 KEWANGAN
                     (1)   Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam undang-undang ini, wang
                           Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi
                           menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran,
                           bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan
                           yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu
                           tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan
                           hukuman oleh Mahkamah.

                     (2)   Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada
                           RM1000.00 (Ringgit Malaysia Seribu Sahaja) pada sesuatu masa. Wang
                           yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam akaun bank
                           yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Akaun bank itu hendaklah di atas nama
                           Pertubuhan.

16/02/2012 8:01 PM                               Halaman 10 dari 14              e-perlembagaan pertubuhan
                     (3)   Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada Pertubuhan
                           hendaklah ditandatangan secara bersama oleh Yang Dipertua, Setiausaha
                           dan Bendahari. Sekiranya berlaku kekosongan penjawat bagi jawatan Yang
                           Dipertua atau Setiausaha atau Bendahari maka Jawatankuasa bolehlah
                           melantik di kalangan mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek
                           atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.

                     (4)   Perbelanjaan/Pembayaran yang melebihi RM1000.00 (Ringgit Malaysia
                           Seribu Sahaja) dalam sesuatu masa hendaklah dibayar setelah mendapat
                           kelulusan oleh Jawatankuasa terlebih dahulu. Kebenaran Mesyuarat Agung
                           hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum perbelanjaan yang lebih
                           daripada RM5000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu
                           masa dilakukan. Perbelanjaan yang kurang daripada RM1000.00 (Ringgit
                           Malaysia Seribu Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Yang
                           Dipertua bersama Setiausaha dan Bendahari.

                     (5)   Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira
                           bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh
                           Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini
                           dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-
                           kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh
                           Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah
                           dibekalkan untuk makluman ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.

                     (6)   Tahun kewangan Pertubuhan ini adalah setahun bermula dari 1 Januari dan
                           berakhir dua belas bulan berikutnya.


FASAL 12 PEMERIKSA KIRA-KIRA
                     (1)   Dua orang yang bukannya Pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam
                           Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan
                           memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula.

                     (2)   Pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi
                           tempoh tahun kewangan beliau dipilih dan membuat laporan kepada
                           Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa
                           oleh Yang Dipertua mengaudit kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa
                           di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada
                           Jawatankuasa.


FASAL 13 HARTA
                     (1)   Pertubuhan mempunyai kuasa untuk memunya dan/atau memilikki apa-apa
                           harta melalui cara membeli, menyewa, memajak apa-apa harta berkenaan
                           selaras dengan tujuan perolehannya.

                     (2)   Harta berkenaan boleh dipajak, dicagar, disewa, dijual dengan apa-apa
                           balasan yang munasabah oleh Jawatankuasa.

                     (3)   Mana-mana harta hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan melainkan
                           terdapat peruntukan atau syarat yang menghalang atau menyekatnya, maka
                           harta berkenaan bolehlah diamanahkan kepada Pemegang Amanah.



16/02/2012 8:01 PM                               Halaman 11 dari 14              e-perlembagaan pertubuhan
                     (4)   Mana-mana harta yang hendak dilupuskan, dijual dan/atau dicagar
                           hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan Mesyuarat Agung.

                     (5)   Jawatankuasa hendaklah menetapkan kaedah-kedah pengurusan harta
                           berkenaan. Bagi urusan suratcara semua harta Pertubuhan hendaklah
                           disempurnakan oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dan
                           dipersaksikan oleh dua anggota Jawatankuasa dan dimeterikan dengan
                           meterai Pertubuhan.

                     (6)   Dua orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun
                           hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung jika perlu, dan mereka akan
                           berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. Semua harta tetap
                           kepunyaan Pertubuhan akan diamanahkan kepada mereka dengan
                           menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust). Mana-mana harta
                           Pertubuhan yang diletakkan atas nama Pemegang Amanah hendaklah
                           kepunyaan dan milikan Pertubuhan walaupun tiada Surat Amanah. Semua
                           belanja yang terlibat dalam mengurus dan mentadbir harta berkenaan
                           termasuklah pembayaran sagu hati hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh
                           Pertubuhan.

                     (7)   Pertubuhan hendaklah melepaskan Pemegang Amanah apa-apa
                           tanggungan berkaitan dengan harta yang dipegang secara Amanah olehnya.

                     (8)   Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan
                           hak milik harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan
                           kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Pertubuhan.

                     (9)   Seseorang Pemegang Amanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya
                           oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak
                           berada di dalam negeri atau kerana lain sebab yang mengakibatkan ia tidak
                           boleh menjalankan tugas-tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan.
                           Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pemecatan seseorang
                           Pemegang Amanah maka kekosongan itu boleh dipenuhkan oleh Pemegang
                           Amanah yang baru yang dilantik di dalam Mesyuarat Agung.


FASAL 14 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
                     (1)   Di antara berlansungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh
                           memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika
                           mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di
                           dalam undang-undang.

                     (2)   Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar
                           yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa
                           terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan
                           Mesyuarat Agung.


FASAL 15 PENAUNG/ PENASIHAT
                     Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, bagi suatu tempoh tertentu melantik
                     mana-mana orang yang layak menjadi Penaung dan/atau Penasihat-penasihat
                     bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang-orang yang dilantik itu menyatakan
                     persetujuannya secara bertulis.



16/02/2012 8:01 PM                               Halaman 12 dari 14             e-perlembagaan pertubuhan
FASAL 16 LARANGAN
                     (1)   Sebarang bentuk judi dan permainan yang disebutkan di bawah ini tidak
                           boleh dimainkan di dalam tempat urusan Pertubuhan atau dianjurkan oleh
                           Pertubuhan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau
                           Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh
                           Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game dan
                           semua permainan yang bergantung kepada nasib;

                     (2)   Pertubuhan atau ahli-ahlinya dilarang dan ditegah menghalang dan/atau
                           dengan apa jua sekalipun cara mengganggu perniagaan atau harga barang-
                           barang.

                     (3)   Pertubuhan dilarang dan ditegah daripada mengambil peranan di dalam
                           gerakan kesatuan sekerja seperti definisi dalam Akta Kesatuan Sekerja
                           1959;

                     (4)   Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada
                           ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau
                           Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa
                           berkenaan;

                     (5)   “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan
                           1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

                     (6)   Mana-mana pertelingkahan, pertikaian atau kilanan sesama ahli dan/atau
                           Jawatankuasa hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada seorang Pengantara
                           bagi mengurai dan menyelesaikan kilanan atau ketidakpuashatian berkenaan
                           sebelum dirujuk kepada Pendaftar Pertubuhan dan/atau Mahkamah.

                     (7)   Sekiranya Pengantara berpuashati bahawa beliau tidak dapat
                           menyelesaikannya, maka barulah pihak-pihak yang berkenaan boleh merujuk
                           kepada Perdaftar Pertubuhan dan/atau Mahkamah. Keputusan Pengantara
                           adalah muktamad dan hendaklah terikat kepada setiap pihak yang terlibat
                           dalam kilanan atau pertikaian atau pertelingkahan. Perbelanjaan ini
                           hendaklah ditanggung oleh Pertubuhan dan pihak-pihak yang terbabit secara
                           sama rata.

FASAL 17 PINDAAN UNDANG-UNDANG
                     Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
                     Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-
                     undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam
                     puluh(60) hari daripada tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan
                     atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan
                     atau pindaan itu didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan.




16/02/2012 8:01 PM                                Halaman 13 dari 14              e-perlembagaan pertubuhan
FASAL 18 PEMBUBARAN
                     (1)   Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak
                           kurang daripada tiga per lima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri
                           dalam suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya.

                     (2)   Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas,
                           maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut
                           undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah
                           diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung
                           berkenaan.

                     (3)   Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada
                           Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu
                           berkuatkuasa.




                           Setiausaha                                     Yang Dipertua


Undang-Undang Tubuh Ini berkuatkuasa mulai                            .




16/02/2012 8:01 PM                               Halaman 14 dari 14               e-perlembagaan pertubuhan

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:43
posted:2/17/2012
language:
pages:14