APAKAH ITU PATENT?

Document Sample
APAKAH ITU PATENT? Powered By Docstoc
					APAKAH ITU PATENT?


    Paten adalah hak eksklusif yang diberikan
    terhadap suatu rekacipta, sama ada suatu produk
    ataupun proses untuk menghasilkan cara baru bagi
    membuat sesautu, ataupun untuk penyelesaian
    teknikal terhadap sesuatu masalah. Paten memberi
    hak kepada pemilik memegang ,memindah dan
    memberi lesen bagi pengeluaran dan penjualan
    sesuatu produk.
   Patent adalah hak ip
   Item yang boleh dipaten
     proses,mesin,tanaman,kombinasi element
    kimia,pembaharuan pada barang yang sedia ada

    SIAPAKAH LAYAK MEMOHON?

    Semua orang boleh mengemukakan permohonan
    paten ataupun perbaharuan utiliti sama ada secara
    individu ataupun dengan perkongsian. Perkataan
    “orang” tidak dihadkan kepada orang
    perseorangan sahaja malah ianya juga termasuk
    sesuatu syarikat.

    TEMPOH PERLINDUNGAN

    Paten dilindungi selama 20 tahun daripada tarikh
    pemfailan manakala perbaharuan utiliti dilindungi
    10+5+5 tahun daripada tarikh pemfailan.

    Untuk mendapatkan pemberian paten, sesuatu rekacipta
    hendaklah

    baru yang bermaksud sesautu rekacipta itu masih belum
    dizahirkan kepada awam di mana-mana di dunia ini

    mempunyai langkah mrekacipta yang mana rekacipta
    tersebut tidak ketara kepada seseorang yang mempunyai
    pengetahuan dan pengalaman di dalam bidang teknologi
    rekacipta tersebut; dan

    dapat digunakan pada industri yang bermaksud dapat
    dibuat atau digunakan untuk berbagai jenis industri untuk
    mendapat sijil perbaharuan utiliti, sesuatu rekacipta hanya
    perlu baru.
REKACIPTA YANG TIDAK BOLEH
DIPATENKAN

    Penemuan teori-teori sainstifik dan kaedah-kaedah
    matematik;

    Kepelbagaian tumbuhan atau binatang atau proses biologi
    yang perlu bagi pengeluaran tumbuhan atau binatang,
    selaian dari mikro-organisma hidup buatan manusia proses
    mikro-biologi dan keluaran daripada proses
    mikroorganisma itu;

    Skim, kaedah atau cara untuk menjalankan perniagaan,
    melakukan perbuatan-perbuatan mental semata-mata atau
    bermain apa-apa permainan; dan

    Cara untuk merawat tubuh manusia atau binatang melalui
    pembedahan atau terapi dan cara diagnosisi yang
    dilakukan ke atas tubuh manusia atau binatang.
Apakah Hakcipta?


    Hakcipta adalah hak eksklusif yang diberikan kepada pemilik
    karya yang berhakcipta bagi satu tempoh yang ditetapkan.
    Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta
    Hakcipta 1987. Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran
    hakcipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik
    sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut;

    usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu
    bersifat asli;

    karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk
    bahan; dan

    penciptanya adalah orang yang berkelayakan atau karyanya telah
    dibuat di Malaysia atau karyanya mula-mulanya diterbitkan di
    Malaysia.
Apakah Karya-Karya Yang Layak
Mendapat Perlindungan Hakcipta?

    Karya-karya yang layak mendapat perlindungan
    hakcipta ialah;

    karya sastera

    karya muzik

    karya seni

    filem

    rakaman bunyi

    siaran dan

    karya terbitan
Apakah Hak-Hak Eksklusif Pemilik
Hakcipta?

    Umumnya pemilik karya hakcipta mempunyai hak
    eksklusif bagi mengawal:-

    pengeluaran semula dalam apa-apa bentuk
    bahan(termasuk fotokopi, rakaman dan lain-lain)

    pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam

    penyampain kepada orang awam

    pengedaran salinan-salinan kepada awam melalui
    perjualan atau pemindahan pemunyaan secara lain
    dan

    penyewaan secara komersial kepada orang awam
Berapa Lamakah Tempoh Hakcipta
Berakhir?

    Hakcipta bagi karya sastera, muzik dan seni wujud
    semasa hayat pencipta dan 50 tahun selepas
    kematiannya. Bagi karya-karya lain, jangkamasa
    perlindungan karya-karya tersebut ialah 50 tahun
    dari permulaan tahun kelendar berikut dengan
    tahun karya-karya berkenaan mula diterbitkan.
Siapakah Yang Bertanggungjawab
Terhadap Penguatkuasaan Hakcipta?

    Akta Hakcipta 1987 memberi kuasa kepada Bahagian
    Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam
    Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan pihak polis untuk
    menguatkuasakan undang-undung tersebut. Akta itu
    memberi kuasa yang perlu kepada agensi
    penguatkuasa untuk melaksanakan langkah anti-cetak
    rompak dengan berkesan. Pemilik hakcipta perlu
    mengemukakan aduan rasmi yang disokong oleh
    dokumen perlu kepada Bahagian Penguatkuasa,
    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
    Ehwal Pengguna, jika mereka mengesyaki berlaku
    pelanggaran. Tindakan yang sewajarnya akan diambil
    oleh pihak berkuasa terbabit.
APAKAH CAP DAGANGAN?


    Cap Dagangan ialah apa-apa Tanda yang dapat
    membezakan barangan dan perkhidmatan daripada
    seorang perniaga dengan peniaga-peniaga yang lain.

    Cap Dagangan boleh terdiri daripada perkataan,
    logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi
    daripada unsur-unsur tersebut.

    Cap Dagangan merupakan alat pemasaran yang
    membolehkan pengguna mengenali dan mengaitkan
    suatu keluaran dengan perniaga tertentu.
FUNGSI CAP DAGANGAN


    Fungsi Asal

    Cap Dagangan dapat menunjukkan sumber yang bertanggungjawab mengeluar
    atau menjual sesuatu barangan perkhidmatan.

    Fungsi Pemilihan

    Cap Dagangan memudah dan mempercepatkan pengguna membuat pilihan
    semasa membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan

    Fungsi Kualiti

    Pengguna memilih cap-cap tertentu kerana berkeyakinan barangan atau
    perkhidmatan berkenaan terjamin kualitinya.

    Fungsi Pemasaran

    Peranan Cap Dagangan selaku alat pengiklanan sangat berkesan. Menjadi
    kebiasaan pengguna membeli sesuatu keluaran kerana terpengaruh dengan iklan
    yang berterusan.

    Fungsi Ekonomi

    Cap-cap yang telah “established” di pasaran menjadi asset yang sangat bernilai.
    Cap tersebut boleh dilesenkan atau di “Franchise” kan.

    UNDANG UNDANG YANG MELINDUNGI CAP
    DAGANGAN

    Akta Cap Dagangan 1976

    Peraturan-Peraturan Cap Dagangan 1997(Pindaan
    2001)
ADAKAH PENDAFTARAN DI
MALAYSIA MEMBERI
PERLINDUNGAN DI SELURUH
DUNIA?

    TIDAK. Sekiranya pemilik cap dagangan ingin
    mendapat perlindungan di luar negeri, mereka
    perlu membuat permohonan secara berasingan di
    setiap negeri yang dikehendaki. Bagaimana pun
    permohonan pendaftaran di Malaysia boleh
    digunakan untuk menuntut “Hak Keutamaan” bagi
    pendaftaran di Negara-negara ahli Konvensyen
    Paris dan WTO.
TEMPOH SAH PENDAFTARAN


    Setiap pendaftaran adalah sah untuk tempoh
    sepuluh (10) tahun daripada tarikh permohonan.
    Pembaharuan pendaftaran perlu dibuat bagi
    setiap sepuluh tahun selagi masih berminat.
APAKAH YANG DIDAFTARKAN
SEBAGAI CAP DAGANGAN

    Apa-apa tanda yang distinktif yang digunakan
    oleh mana-mana peniaga atau pengeluar yang
    dapat menjadi pengenalan kepada barangan dan
    perkhidmatan yang mereka tawarkan boleh
    didaftarkan sebagai cap dagangan. Tanda- tanda
    tersebut termasuklah jenama. logo syarikat atau
    perniagaan, label, gambar, lukisan dan
    sebagainya.
HOW AM I MADE A BANKRUPT ?

   In bankruptcy proceedings, your total judgment debt must be more than RM30,000.
    Bankruptcy notice will be issued and served on you. If you did not response within
    the time limit for full settlement or negotiation of settlement proposal, you have
    committed an act of bankruptcy.
   The court will makes a Receiving and Adjudication order after the bankruptcy
    petition has been presented. There are two types of Bankruptcy petition - Debtor's
    petition where you present the petition and Creditors' petition which will be
    presented by your creditors.
   Even if you refuse to acknowledge or agree to the order, a Receiving and
    Adjudication order can still be made. Thus you are advise to cooperate fully once
    bankruptcy proceedings have begun.
   If you dispute the creditors' claims, make sure you try and reach a settlement before
    the Receiving and Adjudication Order. The Receiving and Adjudication Order is
    made if not contested on the bankruptcy petition hearing.
   You are being declared a bankrupt once the Receiving and Adjudication Order is
    made.
BENTUK BENTUK
PERNIAGAAN
Perniagaan milikan tunggal
   Tertakluk dibawah akta perniagaan 1956
   Didaftarkan dibawah SSM
   Bayaran RM30 nagi milikan tunggal yang
    menggunakan nama peribadi mengikut IC dan
    RM60 jika selain dari nama sendiri
Kelebihan
   Mudah untuk ditubuhkan
   Pemilik mempunyai kuasa penuh keatas sebarang
    keputusan
   Maklumat perniagaan dapat dirahsiakan
   Keuntungan tak perlu diagihkan
   Keuntungan hanya dikenakan cukai pendapatan
    individu
   Bebas dari cukai syarikat
Kekurangan
   Modal terhad
   Kesukaran mendapat modal perniagaan
   Pemilik mempunyai liabiliti yang tidak terhad
   Kesinambungan perniagaan tidak terjamin. Jika
    pemilik bersara atau meninggal dunia perniagaan
    terpaksa ditutup
   Kemahiran dan kebolehan terhad
Perkongsian
   Dibawah akta perkongsian 1956
   Keahlian antara dua hingga dua puluh orang
   Perjanjian tidak mesti ditulis akan tetapi memudah
    kan bagi rujukan masa depan jika terdapat
    sebarang isu. Cth Ahli meninggal dunia atau
    menarik diri
Kelebihan perkongsian
   Lebih mudah didaftarkan berbanding syarikat
    sendirian berhad
   Sumber modal lebih banyak berbanding milikan
    tunggal
   Tanggungjawab boleh diagih antara ahli
   Hubungan antara ahli dan ganjaran dapat dilihat
    dengan jelas. Cth kongsi untung berdasar jumlah
    modal
Kekurangan
   Tanggungjawab terhadap hutang dan liabiliti
    perniagaan tak terhad.
   Keuntungan pernigaan terpaksa dibahagikan
   Kesinambungan terhad terhadap ahli perkongsian
    dan terbubar sekiranya rakan perkongsian
    meninggal dunia
   Potensi berlaku konflik antara ahli
   Pengumpulan modal terhad kepada 20 org
Syarikat Terhad
   Tertakluk dibawah akta syarikat 1965
   SSM akan keluarkan borang lapan bagi syarikat
    awam berhad dan borang 9 bagi syarikat
    sendirian berhad
   Terbahagi kepada 3 kategori
Syarikat terhad mengikut saham

   Liabiliti terhad mengikut jumlah saham
   Sekiranya telah dibayar penuh mereka tidak
    mempunyai apa apa tanggungan
Syarikat terhad mengikut jaminan
   Liabiliti ahli terhad mengikut jumlah jaminan yang
    akan disumbangkan sekiranya syarikat mengalami
    kerugian dan terpaksa dibubarkan
   Ahli adalah dianggap penjamin keatas hutang
    sekiranya syarikat dibubarkan
Syarikat tidak terhad
   Ditubuhkan atas prinsip tiada had keatas
    tanggungan keatas ahli –ahli
   Tanggungan ahli terhenti setahun selepas
    keahliannya dalam syarikat tamat
   Terbahagi 2 kategori
     1) SDN BHD
     2) AWAM BHD
Syarikat Sendirian Berhad
   Ditubuh dibawah akta syarikat 1965
   Sekurang-kurangnya 2 ahli diperlukan
   Terhad kepada 50 ahli pada satu masa
   Ciri –ciri
     Mempunyai nama sendiri
     Boleh didakwa atau mendakwa atas nama sendiri
    dimahkamah
     mesti meletak perkataan Sendirian Berhad atau
    Sdn Bhd dibelakang nama syarikat
Kelebihan
   Tanggungan /liabiliti terhad kepada sumbangan modal
    ahli sahaja
   Lebih mudah mendapat modal
   Penerusan hayat syarikat adalah terjamin dan tidak
    akan terbubar dengan kematian ,penarikan diri atau
    persaraan
   Pemegang saham dilindungi oleh perundangan.Berhak
    mendapat bonus /dividen jika diputuskan syarikat
   Pemilik tidak dibebankan dengan tanggungjawab
    pengurusan
Kekurangan
   Sukar atau memakan masa untuk ditubuhkan
   Cukai berganda perlu dibayar
   Saham tidak boleh dijual melalui pasaran saham
   Kerahsian maklumat .Tiada kerahsian segala rekod
    dan laporan berkaitan kewangan dan perjalanan
    syarikat perlu didedahkan kepada pemegang
    saham.Kerajan dan pemiutang juga boleh
    mengetahui maklumat ini.
   Kemungkinan hilang kawalan terhadap syarikat
    bila majoriti saham dibeli
Syarikat awam berhad
   Jika sykt Sdn Bhd ingin menambah jumlah ahli dr
    50 ke atas bolehlah mengubah ke awam bhd
   Bilangan ahli tidak terhad tetap sekurang
    kurangnya 7 ahli
   Boleh menjual saham dipasaran saham
   Mesti mengeluarkan imbangan duga dan laporan
    tahunan yang diaudit pada tiap tahun
Kelebihan
   Saham boleh dijual beli dipasaran saham
   Boleh mempelawa orang ramai membeli saham
   Lebih mudah mendapatkan
    modal(saham/Bon/pinjaman)
Kekurangan
   Sukar menekalkan suasanan dan perhungungan
    rapat antara pengurusan dan kakitangan dan
    atara pemegang saham dan pengurusan
   Bilangan ahli terlalu ramai
   Lebih rumit diuruskan dan akta syarikat 1965 lebih
    ketat untuk menjaga kepentingan pemegang saham
   Berbagai cukai dikenaikan

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:8
posted:2/16/2012
language:Indonesian
pages:38