PERMOHONAN PERUNTUKAN PENYELIDIKAN

Shared by: HC12021620123
Categories
Tags
-
Stats
views:
41
posted:
2/16/2012
language:
pages:
15
Document Sample
scope of work template
							                                                                  Halaman: 1 /15
                          PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR
                                                                  No. Semakan: 00
                              (PENYELIDIKAN & INOVASI)
                                                                  No. Isu: 02

                            GARIS PANDUAN PERMOHONAN
                                                                  Tarikh: 15/02/2011
                       SKIM DANA UNIVERSITI PENYELIDIKAN (RUGS)


1.0   TUJUAN

      Garis panduan ini bertujuan menerangkan proses permohonan dan
      syarat-syarat untuk mendapat pembiayaaan dana penyelidikan daripada
      peruntukan khas Universiti Penyelidikan atau dana RU.


2.0   TERMINOLOGI DAN GLOSARI

       PTJ           : Pusat Tanggungjawab - seluruh entiti penyelidikan dan
                       pembangunan komersil iaitu Fakulti, Institut, Akademi dan
                       Sekolah
       PYB           : Pegawai yang bertanggungjawab
       PRMC          : Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan
       TPGP          : Timbalan Pengarah (Geran Penyelidikan), RMC
       TNCPI         : Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
       RA            : Pembantu Penyelidik
       KP            : Ketua Projek
       TDP           : Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi)
       RU            : Research University
       RUGS          : Research University Grant Scheme (Skim Geran Universiti
                       Penyelidikan)
       CIJ           : Citation-Indexed Journal


3.0   TANGGUNGJAWAB

      3.1    TNCPI, TDP, Ketua PTJ, dan PRMC adalah bertanggungjawab
             menentukan garis panduan ini dipatuhi.

      3.2    Sesiapa yang terlibat dengan pengurusan dan RUGS perlu
             mematuhi garis panduan ini.

4.0   PANDUAN

      4.1    Tujuan Skim Geran Universiti Penyelidikan (RUGS)

             Pembiayaan geran ini merupakan inisiatif dari pihak Pengurusan
             Universiti untuk memenuhi keperluan Key Performance Index (KPI)
             Universiti Penyelidikan di antaranya adalah:
      (i)     untuk menjana penerbitan jurnal berimpak tinggi
      (ii)    untuk menghasilkan jurnal berwasit
      (iii)   untuk menerbitkan buku atau bab dalam buku
      (iv)    untuk mengkomersilkan produk atau memudahkan
              permohononan paten
      (v)     untuk meningkatkan bilangan pelajar siswazah yang
              bergraduat, dan
      (vi)    untuk meningkatkan bilangan penyelidik utama (principal
              investigator)


4.2   Skop dan Bidang Penyelidikan Di bawah Pembiayaan RUGS

      Skop penyelidikan adalah merangkumi penyelidikan fundamental
      dan gunaan.


      Bidang-bidang mengikut kluster Penyelidikan di bawah RUGS
      ialah:-

      A.      Pertanian
      B.      Makanan
      C.      Kesihatan
      D.      Perhutanan dan Alam Sekitar
      E.      Sains, Teknologi dan Kejuruteraan
      F.      Sains Sosial


4.3   Jenis Pembiayaan Menerusi RUGS

      (i)                                 INISIATIF 1: Penyelidikan
              Berkumpulan Impak Tinggi
              Penyelidikan berkumpulan di dalam bidang yang
              terkehadapan dan akan mengeluarkan hasil berimpak tinggi
              terutama penerbitan dalam jangka masa terdekat yang
              diketuai oleh profesor atau profesor madya dan ahli boleh
              terdiri daripada kalangan pensyarah.

      (ii)                                  INISIATIF 2: Penyelidikan
              Individu Berprestasi Tinggi
              Penyelidikan daripada individu yang berprestasi cemerlang
              dan mampu mengeluarkan hasil penyelidikan berimpak
              tinggi terutama penerbitan dalam jangka masa terdekat.

      (iii)                              INISIATIF 3: Penyelidik
              Berupaya
              Penyelidik yang berpengalaman sebagai ketua projek tetapi
              tidak mempunyai sebarang geran/peruntukan penyelidikan


                                                                      2
             tetapi dijangka berupaya mengeluarkan          hasil   yang
             menyumbang ke arah peningkatan status RU.



      (iv)   INISIATIF 4: Skim Khas
             Penyelidik yang tidak pernah mempunyai sebarang geran
             penyelidikan dan dijangka akan menyumbang ke arah
             peningkatan status RU

      (v)                                   INISIATIF 5: Skim Pegawai
             Penyelidik/Pensyarah Lantikan Baharu
             Penyelidik/Pensyarah yang tempoh perkhidmatannya kurang
             daripada tiga tahun. Inisiatif ini bertujuan membudayakan
             aktiviti penyelidikan dalam kalangan pegawai penyelidik dan
             pensyarah lantikan baharu. Tutor tidak layak memohon
             sehingga      mendapat     pengesahan      jawatan sebagai
             pensyarah.

      (vi)                               INISIATIF      6: Skim
             Penyelidikan Pelajar Siswazah
             Pelajar Pasca Siswazah di bawah program dengan tesis
             yang mengikuti pengajian sepenuh masa di UPM.

             Keutamaan adalah diberi kepada pelajar Pasca Siswazah di
             bawah program pembiayaan Ijazah Lanjutan Kementerian
             Pengajian Tinggi

             Pelajar  mestilah   memohon          melalui     Pengerusi
             Jawatankuasa Penyeliaan.

             Inisiatif ini dihadkan kepada dua pelajar/penyelia pada satu
             masa.


4.4   Kriteria Pemilihan

      (i)    Penyelidikan yang dipohon merupakan projek yang dapat
             menghasilkan sesuatu idea baru yang akan dapat
             membangunkan satu penyelidikan yang lain atau

      (ii)   Projek penyelidikan yang merupakan niche UPM serta
             projek-projek strategik negara (national interest) yang
             mampu membangun sesuatu industri bagi kepentingan
             negara atau




                                                                       3
      (iii)   Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan
              sains sosial bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan sejagat
              atau

      (iv)    Penyelidikan yang akan dapat menambahbaik sesuatu polisi
              dan metodologi penyelesaian yang sedia ada.


4.5   Kelayakan Pemohon

      Geran ini terbuka kepada semua kakitangan akademik UPM
      sepenuh masa sama ada kakitangan tetap ataupun kontrak
      (termasuk felo dan pegawai penyelidik) yang berkelayakan.

      Kakitangan kontrak perlu mengemukakan contractual document
      sebagai bukti status perkhidmatannya. Kakitangan sambilan dan
      kakitangan akademik yang sedang bercuti belajar tidak layak untuk
      memohon geran ini.


4.6   Permohonan Geran

      (i)     Permohonan untuk Skim RUGS perlu menggunakan
              Borang    PERMOHONAN        GERAN PENYELIDIKAN
              PU/PY/BR01/MOHONGERAN yang disediakan oleh Pusat
              Pengurusan Penyelidikan, UPM.

      (iii)   Permohonan untuk Skim RUGS dibuka kepada projek
              penyelidikan yang menepati bidang (perenggan 4.2) dan
              kriteria (perenggan 4.4) di atas. Pihak pemohon/penyelidik
              diberi kelonggaran di dalam menentukan bidang keutamaan
              penyelidikan di fakulti/Institut masing-masing.

      (iv)    Tiga (3) salinan Borang Permohonan diperlukan bagi setiap
              permohonan dan ia perlu dihantar ke Pejabat Timbalan
              Dekan (Penyelidikan) Fakulti/Institut masing-masing untuk
              proses penilaian.


4.7   Skop Pembiayaan

      (i)     Vote 21000 (Perjalanan dan Pengangkutan)

              Perbelanjaan   merangkumi    semua     perjalanan dan
              pengangkutan. Siling perbelanjaan tidak boleh melebihi
              RM5,000 sahaja.




                                                                        4
        Permohonan ke luar negara adalah melalui Jawatankuasa
        Kerja Seminar / Konferensi / Bengkel / Lawatan Luar Negara
        (JKKSKBL)

        Bagi Inisiatif 6, tiada peruntukan di bawah Vot ini.




(ii)    Vote 24000 (Sewaan)

        Sewaan hanya dibenarkan untuk bangunan, peralatan,
        pengangkutan dan barangan lain yang terlibat secara
        langsung dengan penyelidikan. Sewa pengangkutan
        mestilah dibuat dengan syarikat pengangkutan berlesen.

        Bagi Inisiatif 6, tiada peruntukan di bawah Vot ini.

(iii)   V27000 (Bekalan bahan penyelidikan)

        Bekalan bahan penyelidikan serta bekalan bahan mentah
        (termasuk peralatan kecil/inventori di bawah nilai RM3,000.
        Pembelian peralatan kecil/aset ini tertakluk kepada Prosedur
        Bendahari)

        Hanya perbelanjaan yang berkaitan dengan penyelidikan
        sahaja boleh dibuat.

(iv)    Vote 28000 (Baik pulih kecil dan ubahsuai)

        Hanya perbelanjaan untuk baik pulih dan pengubahsuaian
        yang kecil terhadap bangunan, makmal, peralatan atau lain-
        lain barang yang berkaitan dengan penyelidikan dibenarkan.

        Bagi Inisiatif   6,   (baik   pulih   untuk   peralatan   sahaja
        dibenarkan).

(v)     Vote 29000 (Perkhidmatan)

        Lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, hospitaliti,
        honorarium,     perkhidmatan    profesional,   konsultasi,
        penggunaan komputer, pemprosesan data dan lain-lain
        perkhidmatan yang berkaitan dengan projek penyelidikan.

        (Perkhidmatan Khas / Belanja Pakai Habis)




                                                                      5
             Perbelanjaan perkhidmatan khas merangkumi kos
             menghadiri kursus, program sangkutan jangka pendek
             (dalam negeri sekali (1) sahaja) untuk mempelajari teknik
             khusus yang berkaitan dengan projek penyelidikan. Tempoh
             yang dibenarkan adalah di antara 3 minggu hingga kurang
             daripada 3 bulan. Jumlah perbelanjaan pula tidak melebihi
             10% dari peruntukan geran.




      (vi)   Vote 35000 (Aksesori dan Peralatan kecil)

             Hanya pembelian peralatan yang tidak melebihi RM10,000
             dibenarkan dan tertakluk kepada kelulusan RMC. Pemohon
             perlu menyenaraikan jenis-jenis peralatan kecil yang akan
             dibeli dan tujuan kegunaanya.

             Penyelidik wajib menyenaraikan aset yang diperolehi
             melalui geran RUGS

             Bagi Inisiatif 6, tiada peruntukan di bawah Vot ini.

      Penyelidik boleh memohon peruntukan tambahan jika sekiranya
      peruntukan asalnya tidak mencukupi. Surat permohonan hendaklah
      dikemukakan melalui Timbalan Dekan (Penyelidikan dan
      Inovasi)/Pengarah Institut dengan menyertakan maklumat status
      semasa projek, pencapaian dan perbelanjaan kewangannya.
      Kelulusan ini adalah bergantung kepada laporan kemajuan dan
      perlaksanaan projek berkaitan.

      Penyelidik juga perlu merujuk kepada garis panduan Pengurusan
      Kewangan Aktiviti Penyelidikan yang dikeluarkan oleh Bendahari
      UPM untuk segala urusan kewangan yang berkaitan dengan
      peruntukan yang diluluskan.


4.8   Syarat-syarat Permohonan Geran

      (i)    Siling peruntukan bagi Skim Geran Universiti Penyelidikan
             (RUGS) ialah:

             o Inisiatif 1 (Skim Penyelidikan Berkumpulan Impak Tinggi)
               – tidak melebihi RM300,000
             o Inisiatif 2 (Skim Penyelidikan Individu Berprestasi Tinggi)
               – tidak melebihi RM200,000
             o Inisiatif 3 (Skim Penyelidik Berupaya) – tidak melebihi
               RM70,000


                                                                        6
        o Inisiatif 4 (Skim Khas) – tidak melebihi RM30,000
        o Inisiatif 5 (Skim Penyelidik/Pensyarah Lantikan Baharu) –
          antara RM15,000/tahun hingga RM30,000 untuk 2 tahun.
        o Inisiatif 6 (Skim Penyelidikan Pasca Siswazah) – antara
          RM5,000 – RM15,000 setahun untuk sepanjang tempoh
          pengajian pelajar Master/Ph.D.




(ii)    Setiap projek penyelidikan yang berjaya dilaksana diharap
        dapat menjana pengeluaran modal insan. Sehubungan
        dengan itu, bagi Inisiatif 1 dan 2 penunjuk prestasi yang
        ditetapkan ialah setiap projek disyaratkan dapat melatih satu
        (1) pelajar Ph.D atau satu (1) sarjana. Pengambilan pelajar
        siswazah ini adalah tertakluk kepada syarat Sekolah
        Pengajian Siswazah atau Sekolah Pengajian Siswazah
        Pengurusan, UPM.

(iii)   Penyelidik yang berjaya mendapat projek di bawah Inisiatif
        1,2,3 dan 4 layak mendapat perkhidmatan seorang pelajar
        siswazah (khas) di bawah Skim Elaun Penyelidikan
        Siswazah Khas (SGRA) dengan kerjasama Sekolah
        Pengajian Siswazah, UPM berdasarkan kelulusan RMC.
        Bagaimana pun, Skim ini terhad kepada pelajar siswazah
        dalam negara sahaja.

(iv)    Bagi Inisiatif 6, bantuan ditarik balik sekiranya pelajar
        menukar Pengerusi JK Penyeliaan atau penasihat, bertukar
        program (kecuali pertukaran program Master ke Ph.D),
        mendapat status percubaan atau gagal atau diberhentikan,
        manarik diri dari pengajian atau disabitkan kesalahan
        tatatertib.

(v)     Pengerusi    JK    Penyeliaan     atau   Penasihat     perlu
        memaklumkan kepada pihak         Pengurusan Penyelidikan
        Universiti sebarang pertukaran   status pelajar, pertukaran
        Pengerusi JK Penyeliaan atau     Penasihat dan/atau tajuk
        penyelidikan yang dijalankan.

(vi)    Pemohon yang mengemukakan lebih dari satu permohonan
        dan berjaya melepasi penilaian, dikehendaki memilih satu
        sahaja kecuali penyelidik yang berimpak tinggi dan
        cemerlang dengan kriteria seperti berikut;




                                                                   7
               o Profesor – 25 penerbitan jurnal dengan 30% adalah
                 sebagai corresponding author dalam lima tahun
                 kebelakang

               o Profesor Madya – 20 penerbitan jurnal dengan 30%
                 adalah sebagai corresponding author dalam lima tahun
                 kebelakang


      (vii)    Bagi penyelidik yang sudah mempunyai geran RUGS,
               permohonan baru hanya boleh dikemukakan setelah
               mencapai out-put seperti yang disyaratkan.

      (viii)   Pemohon/ketua projek dan ahli-ahli projek hendaklah
               mengemukakan C.V. masing-masing bagi permohonan di
               bawah Inisiatif 1. Manakala permohonan bagi inisiatif skim
               yang lain, penghantaran C.V. disyaratkan kepada ketua
               projek sahaja. Maklumat mengenai hasil penerbitan
               hendaklah dalam tempoh 5 tahun ke belakangan sahaja.
               Format C.V. hendaklah sebagaimana format yang
               disediakan oleh pihak RMC.

      (ix)     Tempoh penyelidikan adalah tidak melebihi dua tahun,
               kecuali bagi pelajar pasca siswazah mengikut tempoh
               program pengajiannya. Bagi projek penyelidikan yang perlu
               dilanjutkan, maksimum tempoh tempoh lanjutan ialah
               selama 12 bulan. Ketua Projek yang berhasrat untuk
               melanjutkan tempoh projek RUGS hendaklah memaklumi
               RMC tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat projek yang
               ditetapkan     dengan       menggunakan         BORANG
               PERMOHONAN PERLANJUTAN TEMPOH PROJEK
               PU/PY/BR35/LANJUTAN.        Bagaimanapun,        justifikasi
               kelulusan adalah tertakluk kepada pertimbangan Pusat
               Pengurusan Penyelidikan, UPM.


4.9   Syarat Kelayakan Penerbitan

      (i)      Syarat kelayakan penerbitan bagi Ketua Projek dan
               Penyelidik Bersama di bawah Inisiatif 1 ialah seperti yang
               berikut:

               o Profesor – 15 penerbitan jurnal dalam lima tahun
                 kebelakang

               o Profesor Madya – 10 penerbitan jurnal dalam lima tahun
                 kebelakang



                                                                         8
               o Pensyarah – 5 penerbitan jurnal dalam lima tahun
                 kebelakang

       (ii)    Syarat kelayakan penerbitan bagi Ketua Projek sahaja di
               bawah Inisiatif 2 ialah seperti yang berikut:

               o Profesor – 15 penerbitan jurnal dalam lima tahun
                 kebelakang

               o Profesor Madya – 10 penerbitan jurnal dalam lima tahun
                 kebelakang

               o Pensyarah – 5 penerbitan jurnal dalam lima tahun
                 kebelakang


       (iii)   Syarat kelayakan penerbitan bagi Ketua Projek sahaja di
               bawah Inisiatif 3 ialah seperti yang berikut:

               o Profesor – 9 penerbitan jurnal dalam lima tahun
                 kebelakang

               o Profesor Madya – 6 penerbitan jurnal dalam lima tahun
                 kebelakang

               o Pensyarah – 3 penerbitan jurnal dalam lima tahun
                 kebelakang


4.10   Proses Permohonan Geran

       (i)     Proses penyaringan ke atas permohonan projek-projek
               penyelidikan dan penilaian kesesuaian sesuatu projek
               merupakan    tanggungjawab   pihak   Fakulti/Institut/PTJ
               sebelum dikemukakan kepada Panel Penilai. Permohonan
               projek yang telah dinilai perlu membuat pembetulan
               sepertimana yang disenaraikan oleh Panel Penilai
               sebelum dikemukakan ke RMC untuk pengesahan
               kelulusan.

       (ii)    PTJ hendaklah memastikan bahawa setiap kertas cadangan
               projek penyelidikan telah melalui proses penapisan
               sewajarnya dan telah dilulus dan diperakukan di peringkat
               Fakulti/Institut/PTJ masing-masing.


4.11   Masa Permohonan



                                                                      9
       Permohonan Skim Geran Universiti Penyelidikan dibuka kepada 4
       kali setahun dan pihak Universiti akan memaklumkan tarikh
       pembukaanya kepada PTJ melalui Timbalan Dekan (Penyelidikan
       dan Inovasi)/Pengarah Institut dan bergantung kepada kedudukan
       kewangan dan peruntukan yang sedia ada.




4.12   Penerbitan, Hak Harta Intelektual dan Hasil Pengkomersilan
       (Royalti)

       (i)     Penerbitan

               Semua penyelidik diwajibkan untuk menerbitkan hasil
               penyelidikan samada di peringkat tempatan atau
               antarabangsa.

       (ii)    Hak Harta Intelektual

               Hak pemilikan Harta Intelek adalah Hakmilik UPM.
               Penyelidik digalakkan untuk memohon pendaftaran Harta
               Intelek sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa.

               Garis Panduan Harta Intelek di UPM boleh digunapakai.
               Namun begitu segala perbelanjaan bagi perlindungan Harta
               Intelek adalah di bawah tanggungjawab Universiti Putra
               Malaysia.

       (iii)   Hasil Pengkomersilan ( Royalti )

               Hasil pengkomersilan perlulah diagihkan mengikut Polisi
               Pengkomersilan sedia ada di UPM. Rujuk Pusat Inovasi dan
               Pengkomersilan (ICC) UPM berhubung dengan perkara ini.


4.13   Kriteria Penilaian dan Pencapaian Penerbitan

       4.13.1 Penilaian   Permohonan         Skim    Geran     Universiti
              Penyelidikan

       (i)     Permohonan Skim Geran Universiti Penyelidikan akan dinilai
                oleh Jawatankuasa Penilaian mengikut bidang-bidang yang
                telah ditetapkan. Jawatankuasa ini diketuai oleh seorang
                Pengerusi dan dianggotai oleh sekurang-kurangnya dua (2)
                orang yang diiktiraf sebagai pakar dalam bidang masing-
                masing.


                                                                      10
(ii)    Pengerusi-pengerusi bagi setiap Jawatankuasa akan
         memperakukan permohonan projek yang telah dinilai
         kepada    Jawatankuasa     Kerja  Penyelidikan     yang
         dipengerusikan oleh Pengarah RMC untuk diluluskan.




(iii)   Penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian adalah berdasarkan
         penggunaan Borang PENILAIAN PERMOHONAN GERAN
         PENYELIDIKAN         PU/PY/BR04/NILAIGERAN         yang
         dikeluarkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan, UPM.

(iv)    Mesyuarat penilaian cadangan penyelidikan akan dilaksana
        dalam masa 30 hari selepas tarikh penutupan.



4.13.2 Kriteria Penilaian Permohonan

(i)     Keutamaan diberikan kepada projek yang berimpak tinggi

(ii)    Penilaian juga diberi kepada pemohon yang menunjukan
         prestasi memberansangkan dari segi penerbitan jurnal.


4.13.3 Pencapaian Penerbitan

Penyelidik yang diluluskan peruntukan adalah diwajibkan mencapai
tahap pencapaian mengikut sukatan berikut;

Kluster Pertanian, Makanan, Perhutanan dan Alam Sekitar,
Kesihatan, dan Sains Teknologi dan Kejuruteraan

o Inisiatif 1 (Penyelidikan Berkumpulan Impak Tinggi) -
  Penyelidik hendaklah menghasilkan penerbitan pada kadar
  minima 3 kertas kerja dalam Quartile 3

o Inisiatif 2 (Penyelidikan Individu Berprestasi Tinggi) -
  Penyelidik hendaklah menghasilkan penerbitan pada kadar
  minima 2 kertas kerja dalam Quartile 3

o Inisiatif 3 (Penyelidik Berupaya) - Penyelidik hendaklah
  menerbitkan sekurang-kurangnya satu kertas kerja dalam
  CIJ (Scopus/ISI) dalam setahun.




                                                                 11
          o Inisiatif 4 dan 5 - Penyelidik hendaklah menerbitkan sekurang-
            kurangnya satu kertas kerja dalam CIJ untuk keseluruhan
            projek (sebaiknya dalam Scopus/ISI)

          o Inisiatif 6 (Skim Penyelidikan Pasca Siswazah) – di akhir
            pengajian pelajar wajib mencapai keperluan penerbitan (selain
            dari tesis) berasaskan penyelidikan yang dijalankan. Bagi
            pelajar Ph.D sekurang-kurangnya dua kertas kerja
            diterbitkan dalam jurnal berwasit. Bagi pelajar Master
            sekurang-kurangnya satu kertas kerja diterbitkan dalam
            jurnal berwasit.

              (*Nota: Tanpa mengira jumlah jurnal yang diterbitkan)



          Kluster Sains Sosial

          o Inisiatif 1 (Penyelidikan Berkumpulan Impak Tinggi) -
            Penyelidik hendaklah menerbitkan kertas kerja dalam CIJ
            (Scopus/ISI) dengan kadar 2jurnal/tahun .

          o Inisiatif 2 (Penyelidikan Individu Berprestasi Tinggi) - Penyelidik
            hendaklah menerbitkan kertas kerja dalam CIJ (Scopus/ISI)
            dengan kadar 1 jurnal/tahun.

          o Inisiatif 3 (Penyelidik Berupaya) - Penyelidik hendaklah
            menerbitkan sekurang-kurangnya satu kertas kerja dalam
            jurnal berwasit dalam setahun (sebaiknya dalam CIJ-
            Scopus/ISI)

          o Inisiatif 4 dan 5 - Penyelidik hendaklah menerbitkan sekurang-
            kurangnya satu kertas kerja dalam jurnal berwasit untuk
            keseluruhan projek (sebaiknya dalam CIJ)

          o Inisiatif 6 (Skim Penyelidikan Pasca Siswazah) – di akhir
            pengajian pelajar wajib mencapai keperluan penerbitan (selain
            dari tesis) berasaskan penyelidikan yang dijalankan. Bagi
            pelajar Ph.D sekurang-kurangnya dua kertas kerja
            diterbitkan dalam jurnal berwasit. Bagi pelajar Master
            sekurang-kurangnya satu kertas kerja diterbitkan dalam
            jurnal berwasit.



5.0 PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN PENYELIDIKAN

    5.1   Implementasi Projek




                                                                            12
            Projek yang diluluskan hendaklah dilaksana mengikut kelulusan
            yang telah diberikan. Penyelidik diminta membuat pembetulan
            mengikut komen yang telah diberi oleh Panel Penilai. Proposal
            yang telah dibetulkan (jika berkaitan), hendaklah dikemukakan
            semula kepada RMC dan dianggap muktamad.




      5.2   Pengawalan dan Pemantauan Projek Penyelidikan

            Penyelidik hendaklah menghantar laporan prestasi projek kepada
            Bahagian Geran Penyelidikan, RMC yang terdiri daripada:-

            (i)     Ringkasan laporan kemajuan penyelidikan (dihantar setiap
                    enam bulan sekali) yang merangkumi maklumat berikut:

                       o   Tajuk Projek dan Ringkasan Projek;
                       o   Ketua dan Ahli Projek termasuk GRA;
                       o   Prestasi semasa Projek; dan
                       o   Kekangan, penyelesaian dan hala tuju projek

            (ii)    Laporan   kemajuan   hendaklah     dihantar     dengan
                    menggunakan     Borang    LAPORAN         KEMAJUAN
                    PENYELIDIKAN (LKP) PU/PY/BR09/LKP bersama Borang
                    RUMUSAN            OUTPUT             PENYELIDIKAN
                    PU/PY/BR15/OUTPUT selepas 6 bulan projek dijalankan.

            (iii)   Laporan   akhir   projek   dengan   menggunakan      Borang
                    LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN (LAP) PU/PY/BR10/LAP
                    bersama Borang RUMUSAN OUTPUT PENYELIDIKAN
                    PU/PY/BR15/OUTPUT. Laporan akhir mesti dihantar dalam
                    tempoh 3 bulan selepas projek disiapkan.

            (iv)    Borang boleh dimuat-turun melalui Laman Web Sistem
                    Pengurusan    Kualiti,  Pejabat   Pendaftar     dengan
                    menggunakan ID pengguna (upm) dan katalaluan (upm).

            (v)     Semua laporan hendaklah dihantar melalui Jawatankuasa
                    Penyelidikan   Fakulti/Institut ke  Pusat  Pengurusan
                    Penyelidikan (RMC) dalam bentuk dokumen.



6.0   TADBIR URUS PERUNTUKAN GERAN



                                                                             13
    6.1   Pemberitahuan Keputusan

          Surat makluman keputusan permohonan akan disampaikan kepada
          pemohon dan sesalinan surat kelulusan akan dimajukan kepada
          Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan), fakulti/institut berkenaan
          dalam tempoh 60 hari dari tarikh tutup permohonan.



    6.2   Pengagihan Peruntukan

          Peruntukan tahun pertama akan diagihkan sepenuhnya dan agihan
          tahun kedua berdasarkan prestasi projek atau mencapai 75%
          perbelanjaan.

          Peruntukan boleh ditarik balik sekiranya perbelanjaan tidak
          mencapai 20% daripada peruntukan yang diagihkan dalam tempoh
          6 bulan pertama projek dijalankan.


7.0 PENGGANTIAN KETUA PROJEK

    7.1   Ketua Projek Berhenti bertugas di UPM / Berpindah Universiti

          Jika berlaku sebarang pertukaran ketua projek atau perpindahan
          institusi, adalah ditetapkan bahawa geran projek berkenaan kekal
          di bawah kawal selia PTJ yang terdahulu. Justeru itu, keputusan
          terhadap RUGS tersebut akan dikekalkan di institusi yang sedia
          ada dan diteruskan.


    7.2   Sila guna Borang PENGGANTIAN KETUA PROGRAM/KETUA
          PROJEK (KP) PU/PY/BR13/KP jika Ketua Projek tamat
          perkhidmatan, bercuti sabatikal, dipinjamkan ke institusi lain atau
          meletak jawatan bagi menentukan kelangsungan projek
          penyelidikan yang dijalankan, penyerahan tugas secara teratur
          dan tidak menjejaskan jadual perancangannya.




                                                                          14
                                                                                                                                                  LAMPIRAN A


                                Syarat Khas dan Kelayakan Permohonan Skim Geran Universiti Penyelidikan
                                                 (Research University Grant Scheme – RUGS)

       Kriteria Pemohonan/
Bil.                                    Inisiatif 1   Inisiatif 2   Inisiatif 3    Inisiatif 4   Inisiatif 5   Inisiatif 6   Catatan
       Kelayakan
                                                                                                 RM15,000–     RM5,000 –
1.     Siling peruntukan                RM300,000     RM200,000     RM70,000       RM30,000
                                                                                                 RM30,000      RM15,000
       Profesor dengan jumlah
2.     penerbitan (termasuk                 15            15            9                                                    Kelayakan penerbitan
       jurnal/buku/bab dalam buku)

       Profesor Madya dengan
3.     jumlah penerbitan (termasuk          10            10            6                                                    Kelayakan penerbitan
       jurnal/buku/bab dalam buku)

       Pensyarah dengan jumlah
4.     penerbitan (termasuk             Tidak layak       5             3                                                    Kelayakan penerbitan
       jurnal/buku/bab dalam buku)
                                                                                                                             SGRA
       Penyelidik untuk mendapat                                                                                             -                                 M
                                          Layak         Layak         Layak          Layak
       perkhidmatan pelajar siswazah                                                                                           aster (2 tahun);
5.                                      (1 pelajar/   (1 pelajar/   (1 pelajar/    (1 pelajar/   Tidak layak   Tidak layak
       (khas) untuk membantu                                                                                                 -                                 P
                                          projek)       projek)       projek)        projek)
       penyelidikan                                                                                                            h.D (3 tahun)

       Pemohon tamat projek RUGS
       dan telah hantar laporan akhir                                                                                        Pemohon disyaratkan memenuhi
6.                                        Layak         Layak         Layak                                      Layak
       dan telah memenuhi syarat                                                                                             output/ perjanjian terdahulu.
       RUGS terdahulu

*Catatan:

(1) Penerbitan adalah dalam 5 tahun kebelakangan (termasuk penerbitan jurnal/buku/bab dalam buku).
(2) Kesetaraan bagi kriteria penerbitan ialah satu buku menyamai empat artikel jurnal dan satu bab buku




                                                                                  15

						
Related docs
Other docs by HC12021620123
Prepare-se
Views: 3  |  Downloads: 0
choral music and the goose mailing
Views: 4  |  Downloads: 0
ACT ONE. SCENE ONE
Views: 0  |  Downloads: 0
Everybody's Welcome
Views: 3  |  Downloads: 0
DEMOGRAPHIC INFORMATION: INFANT
Views: 6  |  Downloads: 0
TRIVIA NIGHT/SILENT AUCTION
Views: 0  |  Downloads: 0
The Rick Saucedo Show
Views: 0  |  Downloads: 0
2010 11 06 ESA Community Engagement Keith
Views: 0  |  Downloads: 0