ULE 1012 HUBUNGAN ETNIK by Hhna5v1

VIEWS: 57 PAGES: 27

									   ULE 1012
HUBUNGAN ETNIK

     AGAMA
       &
 HUBUNGAN ETNIK
• Agama merupakan penanda jati diri masyarakat
  Malaysia yang pelbagai kaum.
• Tercatat dalam baris pertama ideologi negara (rukun
  negara)
• Perkara 3 Ceraian (1) menegaskan agama Islam
  dijadikan sebagai agama rasmi dan persekutuan namun
  agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan
  damai di negara ini.
• Perlembagaan juga memperuntukkan agama-agama lain
  berhak untuk menubuhkan dan menyelenggara hal-hal
  keagamaan bagi menyebarkan agama mereka kepada
  masyarakat. Dengan syarat tidak disebarkan dalam
  kalangan orang Islam atau berlawanan dengan undang-
  undang am negara.
AGAMA ISLAM
• Islam adalah agama yang diturunkan di Mekah
  dan tersebar ke seluruh dunia termasuklah di
  Alam Melayu
• Islam berasal daripada perkataan Arab “Salima”
  yang bermaksud keamanan, ketulenan,
  penyerahan dan ketaatan
• Agama yang berpegang kepada kepercayaan
  bahawa Tuhan hanya satu yakni Allah SWT
  yang bersifat Maha Esa.
• Islam telah diturunkan kepada Nabi Muhammad
  SAW
• Al-Quran yang mempunyai konsep dan teori
  peraturan hidup dan juga praktikal menjadi
  panduan dan landasan untuk umat Islam
  menghadapi kehidupan.
• Agama Islam bukanlah agama yang dicipta oleh
  Nabi Muhammad atau manusia. Ia diturunkan
  melalui wahyu kepada baginda untuk
  disampaikan kepada umatnya.
• Islam agama yang ditunkan untuk umat
  manusia seluruhnya.
• Al-Quran merupakan rujukan utamanya
  dan penting untuk memahami ajaran dan
  arahan yang terkandung di dalamnya.
• Segala jalan kehidupan dan perbuatan umat
  Islam berlandaskan Al-Quran dan Al-
  Sunnah seperti yang diterapkan di dalam
  perkembangan Tamadun Islam itu sendiri
•  Orang Islam wajib percaya kepada 6 Rukun
   Iman dan juga 5 Rukun Islam
1)Rukun Iman
a. Beriman kepada Allah
b. Beriman kepada Rasul
c. Beriman kepada kitab-kitab Allah
d. Beriman kepada Malaikat
e. Beriman kepada Hari Kiamat
f. Beriman kepada Qada’ & Qadar
2) Rukun Islam

a.   Mengucap dua kalimah syahadah
b.   Menunaikan sembahyang lima waktu
c.   Berpuasa di bulan Ramadan
d.   Menunaikan zakat
e.   Menunaikan haji jika berkemampuan
• Kedua-dua jenis rukun ini ialah
  kesimpulan daripada keseluruhan ajaran
  dan perintah yang terdapat dalam Al-
  Quran dan hadis.

• Orang-orang Islam wajib percaya kepada
  keenam-enam rukun iman tadi dan
  mengamalkan kelima-lima rukun Islam
  dalam melayari kehidupan sebagai seorang
  muslim.
AGAMA BUDDHA
• Buddha dalam bahasa Sanskrit bererti Yang
  bebas daripada kejahilan.
• Pengasas agama Buddha ialah Siddartha
  gautama Buddha yang lahir di Nepal
• Merupakan agama yang terawal bertapak di
  Alam Melayu
• Antara agama utama kepada masyarakat
  Cina
•    Antara ajaran utama agama Buddha ialah yang
     disebut sebagai Empat Kebenaran Mulia
     mengenai alam :-
i. Penderitaan atau kesengsaraan hidup adalah
     lumrah alam
ii. Penderitaan manusia berpunca daripada nafsu
     untuk memperoleh kekayaan & keseronokan
iii. Bagi menggelakkan penderitaan, manusia
     harus pandai mengawal nafsu
iv. Bagi mengatasi nafsu, seseorang harus
     mempunyai mengikuti Jalan Berlapis 8 iaitu:-
a.   Pandangan yang betul
b.   Niat yang betul
c.   Pertuturan yang betul
d.   Tindakan yang betul
e.   Punca pencarian yang betul
f.   Usaha yang betul
g.   Tumpuan yang betul
h.   Pertimbangan yang betul
• Sekiranya peraturan tersebut dapat difahami dan
  dipatuhi maka manusia dapat melepaskan diri
  daripada pengabdian kelahiran semula dan
  mencapai tahap nirwana. (keadaan roh mencapai
  ketenangan yang abadi)
AGAMA HINDU
• Bahasa sanskrit disebut sbg Sanatana Dharma
  bermaksud undang-undang abadi
• Pengaruh sangat kuat di alam Melayu dari pelbagai
  aspek.
• Tidak mempunyai pengasas atau satu kitab suci
• Ada 4 kitab terawal iaitu :-Rig Veda, Sama Veda, yajur
  Veda, Atharva Veda
• Menyembah pelbagai dewa –penjelmaan satu Tuhan
  yang sama
• 3 Tuhan utama;-Brahma (pencipta), Vishnu (Pelindung)
  dan Siva (pemusnah)
•    Konsep utama agama Hindu ialah Dharma (tugas
     dan tanggungjawab setiap insan) Samsara (putaran
     kehidupan), Karma (perbuatan semasa hidup yang
     menentukan kehidupan di akhirat), Mokhsa
     (kebebasan daripada putaran kelahiran)
•    Matlamat untuk mencapai Mokhsa dengan 4 jalan
     iaitu :-
i) Raja Yoga (tafakur mengenai Tuhan)
ii) Jnana Yoga (melalui ilmu suci kebenaran Alam)
iii) Bhakti Yoga (rasa cinta dan kasih terhadap Tuhan)
iv) Karma Yoga (perlaukan sempurna)
AGAMA KRISTIAN
• Hadir bersama kedatangan orang Barat ke Alam
  Melayu
• Portugis bawa mazhab katolik semenjak pada
  zaman semenjak 1511
• Belanda bawa mazhab protestan pada awal abad
  ke 17
• Percaya kepada Jesus Christ sebagai Tuhan
• Kitab Suci adalah Bible
• 4 prinsip utama dalam agama Kristian :-
i)   Terdapat satu Tuhan yang merupakan
     pencipta seluruh alam
ii) Berpegang kepada konsep trinity iaitu tuhan
     bapa, tuhan anak dan tuhan “holy spirit”
iii) Ajaran Jesus hendaklah dipegang. Manusia
     harus mencintai tuhan dan berbaik dengan
     semua orang secara adiol dan aman
iv) Setiap orang akan diadili oleh Tuhan
           ISLAM HADHARI
• Diperkenalkan pada 23 September 2003 di
  Perhimpunan Agong UMNO kali ke 55 oleh YAB
  Perdana Menteri Malaysia.
• Ia bukan satu mazhab atau ajaran baru tetapi satu
  pendekatan bagi menjelaskan kepada masyarakat
  tentang kesempurnaan ajaran Islam seperti yang dibawa
  oleh Nabi Muhammad SAW
• Pendekatan Islam Hadhari menitikberatkan
  keharmonian hubungan etnik, malah ia wujud sejak
  zaman Nabi SAW
• Islam Hadhari bertujuan untuk :-
 - Menjana kemajuan manusia untuk
  pembangunan fizikal, spiritual, pembangunan
  insan, pembangunan ilmu demi kemajuan hidup
  di dunia dan akhirat.
• Hadhari membawa maksud “yang bertamadun”
  atau “Islam yang menekankan aspek
  tamadunan”
• Istilah hadharah membawa maksud
  keseimbangan kemajuan aspek material dan
  spiritual. Islam hadhari menekankan nilai2 murni
  dan positif
• Tujuan utama Islam Hadhari adalah untuk
  memperkasakan umat Islam dalam menghadapi
  cabaran dunia semasa. Namun demikian, ia tidak
  melibatkan umat islam sahaja apabila dilihat
  dalam konteks masyarakat plural di Malaysia
• Berlandaskan acuan kita sendiri.
• Ia merupakan pendekatan menyeluruh
  pembangunan dan tadbir urus berdasarkan
  perspektif Tamadun Islam (JAKIM 2005)
• Menjurus kepada pembinaan peradaban
• Ia bertujuan melahirkan insan yang mempunyai
  kekuatan moral inovatif, memandang ke
  hadapan, mampu berdikari, memandang tinggi
  budaya integriti dan membenci rasuah, sistem
  penyampaian pentadbiran negara yang cekap
  tanpa mengira golongan etnik
• Pelaksanaan konsep keadilan dan amanah dalam
  pentadbiran dengan menjalankan pemerintahan
  yang tidak membezakan etnik, warna kulit,
  kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama.
•    Matlamat dasar pembentukan masyarakat
     Hadhari adalah untuk membangunkan warga
     Malaysia menurut acuan kita sendiri;
     berasaskan masyarakat yang majmuk.
• Ia diperkasakan melalui 10 prinsip utama yang
     digariskan oleh Perdana Menteri iaitu :
i) Keimanan dan Ketaqwaan
ii) Kerajaan Adil dan Amanah
iii) Rakyat yang Berjiwa Merdeka
iv) Pembangunan Ekonomi yang Seimbang &
     Komprehensif
vi) Kehidupan Berkualiti
vii) Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
viii)Keutuhan budaya dan moral
ix) Pemeliharaan alam semula jadi
x) Kekuatan Pertahanan
• Prinsip pertama jelas menunjukkan ia
  berteraskan pegangan asas penganut agama islam
  di Malaysia. Wlau bagaimanapun, kita juga
  memperakukan agama lain di Malaysia turut
  mempunyai pegangan spiritual mereka masing-
  masing yang mengarahkan kebaikan.
• Melalui pendekatan Islam Hadhari, kerajaan
  ingin mewujudkan sebuah masyarakat yang
  progresif, aman dan makmur dengan keadilan
  yang merata
      ASAS HUBUNGAN ETNIK
      DALAM KONTEKS AGAMA
1.   Berkenal-kenalan
2.   Persefahaman
3.   Bekerjasama
4.   Persaudaraan
5.   Berkasih sayang
6.   Saling Menjamin
 APLIKASI HUBUNGAN ETNIK DALAM
 KEHIDUPAN MASYARAKAT MALAYSIA
1.   Kemesraan dan komunikasi
2.   Budaya ziarah menziarahi
3.   Mengambil berat
4.   Memulia dan menghormati seseorang
5.   Menghormati jiran
  KEPENTINGAN HIDUP MAJU MELALUI
 HUBUNGAN KERJASAMA PELBAGAI ETNIK




1. Memenuhi Tuntutan Hidup
2. Tidak Bergantung Pada Orang lain
TERIMA KASIH

								
To top