PENGENALAN KEPADA ILMU LINGUISTIK TERAPAN by HC120216133354

VIEWS: 402 PAGES: 17

									PENGENALAN KEPADA
  ILMU LINGUISTIK
     TERAPAN




                    1
      LINGUISTIK TERAPAN
         SECARA UMUM
• Linguistik terapan– salah satu bidang baru
  yang kajian penting tentang sifat-sifat:
  kemanusiaan.
• Antara disiplin dalam linguistik terapan -
  integrasi sains, sains sosial, dan
  kemanusiaan.
• Bukan mengkaji pelbagai bahasa tetapi
  mengkaji bahasa secara umum – sifat asas
  mana-mana bahasa manusia.

                                               2
        KONSEP LINGUISTIK
            TERAPAN
• Kamus Linguistik(1997), penerapan ilmu
  linguistik dalam bidang yang berkaitan seperti
  linguistik pedagogi, leksikografi,
  psikolinguistik, dan terjemahan.
• Arbak Othman (1986), menjelaskan bahawa
  linguistik gunaan ialah apabila seseorang
  pengkaji itu berusaha menggunakan teori
  linguistik untuk menyatakan sumbangannya
  terhadap bidang-bidang ilmu yang lain.

                                               3
• Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir (2005), ilmu
  linguistik terapan digunakan untuk mengkaji
  bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa,
  mengkaji kaedah mengajar bahasa, menguji
  kemahiran bahasa, membentuk bahan mengajar,
  mencari satu sistem yang baik untuk mengajar
  kanak-kanak membaca unsur-unsur linguistik
  khususnya bidang fonetik, fonemik dan digunakan
  juga untuk menolong mengatasi masalah gagap
  di kalangan sesetengah penutur khasnya kanak-
  kanak.

                                              4
• Abdullah Hassan (2005), Linguistik terapan
  merujuk kepada penggunaan penyelidikan
  linguistik dalam pengajaran bahasa, linguistik
  terapan memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah
  dan hasil kajian linguistik dalam mengajar
  bahasa dan menullis buku-buku teks.
• Geoffrey Finch (2005), the study of language
  teaching. You will sometimes find that stylistics
  and comparative linguistics are treated as sub-
  brunches of applied linguistics)




                                                  5
      LINGUISTIK TERAPAN
         SECARA UMUM
• Linguistik terapan– salah satu bidang baru
  yang kajian penting tentang sifat-sifat:
  kemanusiaan.
• Antara disiplin dalam linguistik terapan -
  integrasi sains, sains sosial, dan
  kemanusiaan.
• Bukan mengkaji pelbagai bahasa tetapi
  mengkaji bahasa secara umum – sifat asas
  mana-mana bahasa manusia.

                                               6
• Linguistik terapan – kajian tentang bahasa
  secara lebih praktikal, berkaitan dengan
  masalah-masalah sebenar seperti:

  – pengajaran dan pembelajaran bahasa
    asing sebagai bahasa kedua,

  – polisi dan perancangan bahasa,

  – penilaian program bahasa


                                               7
• Bidang linguistik terapan mencakupi disiplin-
  disiplin ilmu yang lain seperti antropologi,
  pendidikan, linguistik, psikologi & sosiologi.

• Bukan sekadar ‘menerap linguistik’ - linguistik
  terapan menjana penyelidikan dan teorinya
  yang tersendiri.




                                                    8
• Pakar dalam bidang linguistik terapan dan
  linguistik mempunyai organisasi profesional
  dan identiti mereka yang tersendiri.

• Terdapat perkaitan antara ahli linguistik
  terapan dan ahli linguistik.




                                                9
BIDANG LINGUISTIK TERAPAN
Linguistik terapan merangkumi subbidang berikut:
• Fonetik Terapan,
• Perancangan Bahasa,
• Pembinaan Bahasa,
• Pengajaran Bahasa,
• Penterjemahan,
• Grafonomi atau Ortografi,
• Grafologi,
• Leksikografi,
• Mekanolinguistik,
• Medikolinguistik,
• Sosiolinguistik Terapan (Pragmatik),
• Leksikostatistik                                 10
• Fonetik Terapan: Mempelajari bunyi bahasa dan
  penggunaannya dalam praktisnya. Misalnya olah
  vokal dalam seni drama dan seni muzik, dan untuk
  membetulkan bunyi bahasa kanak-kanak.
• Perancangan Bahasa: Mempelajari bahasa dalam
  konteks perkembangan bahasa. Misalnya aspek
  pembakuan bahasa.
• Pembinaan Bahasa: Mempelajari bahasa dalam
  konteks penggunaan bahasa yang baik dalam acuan
  kaedah dan pendekatan yang telah dikenal pasti dan
  diamalkan oleh penutur jati.
• Pengajaran Bahasa: Mempelajari bahasa ibunda,
  bahasa kedua atau bahasa asing mengikut
  pendekatan, kaedah dan teknik tertentu.
                                                  11
• Penterjemahan: Mempelajari bahasa untuk
  kepentingan pengalihbahasaan daripada satu bahasa
  kepada bahasa yang lain.
• Grafonomi: Mempelajari cara-cara mewujudkan
  bahasa dalam bentuk tulisan. Grafonomi atau
  Ortografi dinamakan juga sebagai ilmu ejaan.
• Grafologi: Mempelajari tulisan dengan tujuan untuk
  mengetahui sifat, nasib, kesesuaian dan
  keberuntungan penulis.
• Leksikologi: Mempelajari bahasa dalam konteks
  penulisan leksikon dalam bentuk kamus,
  ensiklopedia, dan tesaurus. Dinamakan juga sebagai
  ilmu perkamusan. Fokusnya pada cara penyusunan
  kamus.
                                                  12
• Mekanolinguistik: Mempelajari bahasa yang
  digunakan dalam penyusunan program mekanik.
• Medikolinguistik: Mempelajari bahasa untuk
  diterapkan dalam pengubatan. Misalnya pengubatan
  orang yang menghadapi tekanan perasaan yang
  serius,
• Sosiolinguistik Terapan: Mempelajari bahasa
  dalam konteks penggunaan bahasa dalam
  komunikasi sosial, iaitu dengan mengambil kira
  situasi, maksud, status penutur.
• Leksikostatistik: Ilmu yang mempelajari usia kata
  sejak dini kewujudannya dengan menggunakan
  rumus statistik. Penting untuk menentukan bahasa
  induk/proto.

                                                 13
 PERSOALAN-PERSOALAN
DALAM LINGUISTIK TERAPAN
1. Bagaimanakah cara terbaik mengajar dan
  belajar bahasa boleh dilakukan?

2.Bagaimanakah bahasa mempunyai hubungan
  dengan budaya dan masyarakat (sebagai
  contoh apakah hubungan antara identiti,
  bahasa dan budaya)?


                                            14
3.Apakah masalah-masalah yang akan timbul
  semasa kegagalan berbahasa? – fizikal,
  psikologi.

4. Bagaimanakah bahasa digunakan dalam
  bidang pendidikan (seperti belajar membaca,
  belajar menulis atau membaca, menulis,
  bertutur untuk tujuan akademik?




                                            15
  PERSOALAN-PERSOALAN YANG
    DIKEMUKAKAN OLEH AHLI
          LINGUISTIK
1. Bagaimanakah struktur linguistik dikatakan
  mempunyai perkaitan dengan apa yang
  dituturkan, dan bagaimana ini dikaitkan
  dengan makna yang disampaikan?

2. Bagaimana kanak-kanak boleh menguasai
  bahasa dengan cepat, walaupun jumlah ayat-
  ayat kelihatan seolah-olah tidak dapat dikira?

                                                16
3. Bagaimanakah bahasa manusia berbeza
  daripada sistem komunikasi binatang?

4. Bagaimanakah bahasa boleh berubah
  mengikut peredaran masa?




                                         17

								
To top