penjodoh_bilangan by wuzhengqin

VIEWS: 7 PAGES: 3

									                                 Penjodoh Bilangan

Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah
atau bilangan.
Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan
sebagainya.
Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut:
   Penjodoh            penggunaannya                              Contohnya
    Bilangan
 angkatan      untuk sekumpulan manusia atau kapal, tentera, pelukis, penulis
               benda
 baris         untuk kedudukan benda/manusia orang, kedai, rumah, pokok, tulisan,
               yang berbaris                      ayat, meja, kerusi
 batang        untuk menunjukkan benda-benda sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok,
               yang panjang                       gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum
 bentuk        untuk benda-benda kecil yang       mata kail, subang, cincin
               berkeluk
 berkas        untuk benda-benda yang diikat      kunci, lidi, kayu
               bersama-sama
 bidang        untuk benda-benda yang             tanah, kain, sawah, permaidani, layar,
               terbentang luas                    kebun, tikar
 biji          untuk jenis buah, sayur-sayuran, labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan,
               dan benda-benda yang kecil         guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas
 Bilah         untuk benda-benda yang tajam       parang, pisau, golok, gunting, sabit,
                                                  keris
 buah          untuk benda-benda besar dan        kereta, negeri, rumah, buku, kotak,
               padu, yang tidak mempunyai         radio, bandar, kampung, piano,
               bentuk yang tertentu               komputer, kamera
 buku          untuk benda-benda yang             sabun, roti, benang
               keadaannya berketul/berbongkah
 butir         untuk benda-benda yang bulat       telur, batu, manik, beras, peluru
               atau kecil
 carik/cebis   untuk benda-benda yang             kertas, kain
               dikoyakkan
 cubit         untuk benda yang diambil sedikit garam, gula, kunyit
               dengan jari
 cucuk         untuk benda-benda yang dicucuk sate
               dengan lidi
 das           untuk bunyi letupan atau           meriam, pistol, senapang
               tembakan
 deret         untuk benda-benda yang tersusun bangunan, rumah, kedai, kereta
 ekor          untuk semua jenis binatang         nyamuk, semut, kuda, buaya, musang,
                                                  gajah, arnab, rama-rama
 genggam       untuk benda-benda yang             pasir, beras, padi
               digenggam
 gugus         untuk buah-buah ataupun benda anggur, langsat, kelapa sawit, sawit,
                                                  kunci
 gulung        untuk benda-benda yang             filem, permaidani, tikar, dawai, kertas
               bergulung
 helai         untuk benda-benda yang nipis dan daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut,
           lebar                             rumput
ikat       untuk benda-benda yang diikat     kayu, lidi, tebu, sayur, papan
iris       untuk benda-benda yang dipotong bawang, timun, daging, buahbuahan
           kecil-kecil
jambak     untuk benda-benda yang            bunga, kunci
           bertangkai atau berangkai-rangkai
kaki       untuk benda-benda yang            payung, cendawan, bungs
           bertangkai
kawan      untuk kumpulan haiwan             lembu, kambing, lebah, gajah, merpati
kelompok   untuk sekumpulan manusia,         burung, awan, pulau, bintang
           haiwan, dan benda
kepal      untuk benda-benda yang dikepal nasi, pulut, tanah
           dengan tangan
keping     untuk benda-benda yang nipis      roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah
           atau pipih
kerat      untuk bahagian benda-benda yang roti, tiang
           dipotong
Ketul      untuk benda-benda yang berketul ais, daging, tulang, sabun, roti
           dan padu
Kotak      untuk benda-benda yang diisikan mancis, pensel, rokok, sabun, ubat
           di dalam kotak                    nyamuk
kuntum     untuk bungs                       mawar, melati, anggerik
Laras      untuk senjata api                 pistol, senapang, meriam
lembar     benda-benda yang lurus dan        kertas, dawai, benang
           panjang
longgok    untuk benda-benda yang berada durian, pakaian, tanah, cili
           dalam longgokan
naskhah    untuk bahan bacaan yang berjilid surat khabar, risalah, majalah,
                                             makalah, buku
Orang      untuk manusia                     guru, jururawat, doktor, pekedai,
                                             runcit, posmen
Papan      untuk benda-benda yang            coklat, petai, mercun
           berbentuk kepingan
pasang     untuk benda dan manusia yang      pakaian, kasut, subang, suami isteri,
           berpasangan                       anak
pangsa     untuk bahagian dalam buah         durian
pasukan    untuk sekumpulan orang yang       pemain kompang, polis, tentera
           berpakaian seragam                pengakap
patah      untuk kata                        perkataan, kata-kata
potong     untuk benda-benda yang sudah      kuih, daging, roti
           dipotong
pucuk      untuk benda-benda yang halus      jarum, surat, pistol, meriam, senapang,
           serta tipis dan senjata api       rebung
puntung    untuk sebahagian benda yang       rokok, bara, kayu api
           masih menyala
rangkap    untuk puisi                       pantun, sajak, syair
rawan      untuk benda-benda yang halus,     jala, jaring, pukat
           labuh, dan bersirat
ruas       untuk benda yang beruas-ruas      tebu, buluh
rumpun        untuk tumbuhan yang tumbuh       buluh, tebu, serai, pandan, padi
              rapat-rapat
sikat/sisir   untuk buah pisang                pisang
tandan        untuk buah-buahan yang           pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit
              bertandan
tangkai       untuk buah-buahan, bunga-        rambutan, duku, kenanga, padi, daun
              bungaan, dan daun yang
              bertangkai
titik         untuk cecair yang menitis        air, darah, dakwat, embun
tongkol       untuk buah yang bertongkol       jagung
ulas          untuk isi buah-buahan yang       durian, limau, nangka, cempedak
              berpangsa
urat          untuk benda-benda yang halus     rambut, benang, dawai,
              dan panjang
utas          untuk benda-benda yang panjang   tali, dawai, rantai

								
To top