PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH BERKEMBAR NO. 86, TAMAN BUKIT KULIM, KULIM KEDAH DARUL AMAN
Tarikh : 30 September 2003
PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH BERKEMBAR NO. 86, TAMAN BUKIT KULIM, KULIM KEDAH DARUL AMAN.
PERJANJIAN INI dibuat pada 30 Dis, 2003 di antara Encik Mohd Lazim bin Hj Sabir No Kad Pengenalan (651104-10-6993) selepas daripada ini di sebut "PEMILIK" sebagai pihak pertama, dengan Encik Tan Chin Yeap No Kad Pengenalan (770513-07-6109) beralamat tercatat di dalam I/C ialah 104 Jalan Cempaka 1, Taman Cempaka, Selama , Kedah. dan alamat semasa (30 Dis, 2003) En Tan Chin Yeap ialah 347 Jalan Sri Tanjung 4, Taman Sri Tanjung, Kulim, Kedah DA.selepas daripada ini disebut "PENYEWA" sebagai pihak kedua. Perjanjian ini berkuat kuasa pada 01 Januari 2004 BAHAWASANYA Penyewa telah bersetuju untuk menyewa dan Pemilik telah bersetuju untuk menyewakan seunit rumah kepada Penyewa dengan syarat setiap kandungan permohonan tersebut adalah betul dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut :ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut:1. Perjanjian ini berkuatkuasa dalam tempoh 12 bulan sahaja bagi tahun 2004. Selepas tempoh tersebut semua keputusan pengurusan adalah tertakluk kepada pemilik rumah (En Mohd Lazim Bin Hj Sabir) adalah muktamad.Tarikh akhir perjanjian ini adalah pada 31 Disember 2004 2. Pemilik rumah ini akan menyewakan rumah kepada penyewa kesemua bahagian rumah No.86,Jalan Bukit Kulim 1, Taman Bukit Kulim, Kulim, Kedah D.Aman. mulai 01HB. Januari 2003 dengan kadar sewaan sebanyak RM 330.00 sebulan yang sentiasa mesti dibayar terlebih dahulu sebelum atau pada 05hb tiap-tiap bulan. 3. Penyewa juga dikehendaki menjelaskan sejumlah RM 330.00 (sewaan sebulan) sebagai bayaran cagaran bagi satu bulan sewaan,dan RM 100.00 sebagai bayaran cengkeram untuk bekalan air dan elektrik semasa Perjanjian ini ditandatangai dan ianya akan dikembalikan kepada Penyewa apabila Penyewa menamatkan penyewaan dengan tiada sebarang tunggakan sewaan dan menyerahkan rumah tersebut dalam keadaan baik. 4. Mengembalikan rumah tersebut kepada pemilik dalam keadaan baik dan secara aman apabila perjanjian ini ditamatkan 5. Penyewa wajib menjelaskan segala bayaran berkaitan seperti bayaran kegunaan air, elektrik, telefon, perbersihan dan sebagainya kepada pihak berkuasa berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan. 6. Sewaan adalah untuk kediaman atau perkhidmatan sahaja dan bukan tujuan untuk perniagaan.
-2-
7. PENYEWA DENGAN INI MENGAKU JANJI DAN BERSETUJU BAHAWA PENYEWA TIDAK AKAN:a) b) Menjaja atau menjalankan perniagaan di rumah tersebut. Memelihara sebarang binatang seperti kambing, ayam, itik, anjing, burung atau sebarang binatang lain di dalam rumah tersebut atau dimana-mana juga dalam kawasan rumah tersebut. Menampal kertas-kertas, mengecat, memaku dinding atau bahagian perkayuan di dalam rumah tersebut atau mana-mana bahagian sekalipun tanpa mandapat kebenaran bertulis daripada Pemilik. Mendirikan sebarang binaan atau mempamirkan sebarang iklan tanpa mendapat mendapat kebenaran bertulis daripada Pemilik. Menambah atau menukar bentuk binaan rumah tersebut. Menyewa atau melepaskan milik tersebut atau sebahagian daripadanya kepada orang lain atau mengambil orang-orang tumpangan tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pemilik. Memasak dengan menggunakan kayu api atau arang di dalam rumah tesebut. Membenar dibuat atau membuat sebarang perbuatan di dalam rumah tersebut atau mana-mana jua dalam kawasan rancangan perumahan tersebut yang boleh menyebabkan bahaya, 'nuisance' skandal atau yang boleh menimbulkan kemarahan pemilik atau penghuni-penghuni lain dalam rancangan perumahan tersebut. Membawa masuk atau membenarkan dibawa masuk pelacur, pejudi, penghisap dadah, penjenayah atau sesiapa jua yang berkelakuan tidak senonoh didalam rumah tersebut atau kawasannya. Melakukan atau membenarkan dilakukan di dalam rumah tersebut atau kawasannya sebarang kelakuan atau perbuatan yan akan melanggar manamana undang-undang kecil ataupun perintah-perintah yang dibuat oleh manamana pihak berkuasa dan pihak berkuasa tempatan. Menyimpan atau membenarkan disimpan barang-barang yang menyalahi undang-undang seperti senjata api, peluru (kecuali mendapat kebenaran daripada pihak yang berkuasa) bahan letupan, dadah atau sebagainya di rumah tersebut.
c)
d) e) f)
g) h)
i)
j)
k)
8. PENYEWA DENGAN INI MENGIKUT JANJI DAN BERSETUJU BAHAWA PENYEWA AKAN:a) b) c) Menggunakan rumah tersebut hanya sebagai tempat kediaman dan perkhidmatan sahaja. Sentiasa patuh kepada sebarang arahan rasmi dari pemilik. Melaporkan dengan segera kepada pemilik ataupun kementerian kesihatan jika didapati berlaku sebarang penyakit merebak atau berjangkit di rumah tersebut.
-3-
d) e) f) g)
h)
i) j)
Melaporkan dengan segera kepada pemilik jika didapati longkang, paip air, pam tangki atau lain-lain peralatan tersekat, tersumbat, bocor ataupun rosak. Sentiasa memastikan rumah tersebut berada dalam keadaan bersih, kemas dan selesa sebagai satu tempat kediaman. Membuang sampah sarap ke dalam bekas-bekas yang telah disediakan atau ditentukan oleh Pihak Majlis Kerajaan Tempatan. Menanggung segala perbelanjaan membaiki atau mengantikan kerosakan atau kehilangan cermin, tingkap, pintu, kunci, lampu, lekatan-lekatan atau bahagian -bahagian rumah tersebut akibat perbuatan sengaja atau kecuian Penyewa, ahli keluarga atau tetamunya. Menjelaskan segala bayaran bersabit dengan rumah tersebut termasuk bayaran kegunaan air, elektrik, perbersihan dan sebagainya kepada pihak berkuasa berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan. Mengembalikan rumah tersebut kepada pemilik dalam keadaan baik dan secara aman apabila perjanjian ini ditamatkan. Melindungi atau mengganti rugi pemilk terhadap sebarang tuntutan, tindakan atau tindakan mahkamah berhubung dengan sebarang kerosakan atau kecederaan seperti itu berpunca dari pelanggaran syarat-syarat yang diperuntukan dalam penjanjian ini.
9. PENYEWA DENGAN INI MENGIKAT JANJI DAN BERSETUJU BAHAWA IA AKAN:a) Jika bayaran sewa tidak dijelaskan selama 14 ( empat belas ) hari selepas ianya patut dibayar, mengikut penjanjian ini samada ianya dituntut atau tidak atau penyewa menjadi seorang bangkrap atau disabit kerana sebarang kesalahan jenayah, pemilik bolehlah memasuki dan mengambil rumah tersebut dan penyewa hendaklah menyerahkan secara aman. Sekiranya berlaku mana-mana kejadian atau kejadian-kejadian dalam perenggan 8 ( a ) di atas ini dan penyewa enggan menyerahkan rumah tersebut dengan secara aman, pemilik bolehlah menggunakan sebarang kekuasan perlu ke atas penyewa atau untuk memasuki rumah tersebut dan memindahkan harta benda penyewa ke suatu tempat yang akan ditentukan oleh pemilik dan pemilih tidak akan bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan kehilangan atau kecurian barang-barang tersebut. Sekiranya barang-barang tersebut ( yang dipindahkan ) tidak dituntut oleh penyewa selama sebulan selepas dipindahkan, penyewa dengan ini mengaku dan membenarkan pemilik melelong atau menjual barang-barang itu dengan apa cara yang difikirkan patut jualan itu, jika ada, dipulangkan kepada penyewa atau jika wang baki itu tidak dituntut dalam masa 12 ( dua belas ) bulan selepas tarikh lelongan atau jualan itu, wang itu akan diluncurkan oleh pemilik.
-4-
b)
c)
10.
Pemilik berhak mengkaji semula dan menaikan kadar sewa yang dinyatakan diatas dalam 1 ( satu ) tahun tarikh penyewaan dimulakan dan seterusnya dari masa ke semasa, jika ianya perlu dilakukan. Penyewa akan sentiasa mematuhi syarat-syarat perjanjian ini dan memastikan supaya ianya dipatuhi juga oleh ahli-ahli keluarga atau tetamunya. Pemilik berhak dengan sendiri atau menerusi wakil-wakilnya memasuki rumah tersebut untuk maksud melakukan pemeriksaan am, memeriksa kerosakan, keadaan kebersihan rumah, menjalankan kerja-kerja membaiknya dan lain-lain urusan pada bila-bila masa yang berpatutan dengan kehadiran/kebenaran penyewa. Sekiranya penyewa atau pemilik ingin menamatkan sewaan, penyewa atau pemilik wajib memberitahu secara bertulis atau lisan mutlak selewatlewatnya SEBULAN NOTIS dari tarikh yang dinyatakan atas sebab, salah satu pihak boleh menamatkan Perjanjian ini dengan memberi SEBULAN NOTIS bertulis kepada pihak yang satu lagi maka kesemua wang cengkeram akan dikembalikan.(tertakluk pada para 3)
.
11.
12.
13.
14.
Sebarang notis yang perlu diserahkan menurut Perjanjian ini hendaklah secara bertulis dan akan dikira sebagai telah diserahkan dengan sempurna jika diserahkan dengan sendiri atau jika notis ini dihantar dengan pos berdaftar kealamat atau alamat-alamat seperti berikut :-
ALAMAT PEMILIK Encik Mohd Lazim bin Hj Sabir Np KP : 651104-10-6993 No 11 Lorong Guar Perahu 24, Taman Guar Perahu, 14400 Kubang Semang Seberang Perai. Tel (R) : 04 5215434. Tel (HP):019 4729119
ALAMAT PENYEWA Encik Tan Chin Yeap No KP :770513-07-6109 Alamat tercatat di dalam I/C ialah 104 Jalan Cempaka 1, Taman Cempaka, Selama , Kedah. alamat semasa (30 Dis, 2003) Tan Chin Yeap 347 Jalan Sri Tanjung 4, Taman Sri Tanjung, Kulim, Kedah DA.. Tel HP : 013 5079272 Tel Pej : 04 4909272
-5-
Dengan ini penyewa bersetuju untuk menyewa premis daripada pemilik premis dan bersetuju mematuhi segala perjanjian yang tercatat dan dinyatakan di atas. Perjanjian ini telah difahami dipersetujui akur dan menandatangani pada tarikh 30 Disember 2003 . DITANDATANGANI OLEH DITANDATANGANI OLEH
………………………………… (sebagai Pemilik Premis) Encik Mohd Lazim bin Hj Sabir Np KP : 651104-10-6993 No 11 Lorong Guar Perahu 24, Taman Guar Perahu, 14400 Kubang Semang Seberang Perai. Tel (R) : 04 5215434. Tel (HP):019 4729119
………………………..……… (sebagai Penyewa Premis) Encik Tan Chin Yeap No KP :770513-07-6109 Alamat tercatat di dalam I/C ialah 104 Jalan Cempaka 1, Taman Cempaka, Selama , Kedah. alamat semasa (30 Dis, 2003) Tan Chin Yeap 347 Jalan Sri Tanjung 4, Taman Sri Tanjung, Kulim, Kedah DA.. Tel HP : 013 5079272 Tel Pej : 04 4909272
Saksi : (bagi pihak Pemilik) Nama :- ………………………………
(Huruf Besar)
Saksi : (bagi pihak Penyewa) Nama :- ……………………..………….
(Huruf Besar)
No KP : ……………………………… Alamat :
NoKP : ………………………………… Alamat :
-6-