Docstoc

peraturan2 kursus induksi umum

Document Sample
peraturan2 kursus induksi umum Powered By Docstoc
					  PERATURAN-PERATURAN

   BAGI PESERTA-PESERTA
KURSUS MODUL INDUKSI UMUM
           UiTM
                              KANDUNGAN




PERATURAN-PERATURAN BAGI PESERTA-
PESERTA KURSUS MODUL INDUKSI UMUM
                                           Muka Surat
1.   Pendahuluan                               2

2.   Objektif                                    2

3.   Pentadbiran                                 3-4

4.   Kuliah, Latih Amal dan Ko-Kurikulum         4

5.   Peperiksaan                                 4-6

6.   Penutup                                     6




                                            a h a 2 0 0 8
                                                            1
  PERATURAN-PERATURAN BAGI PESERTA-
  PESERTA KURSUS INDUKSI MODUL UMUM



1. PENDAHULUAN

  Peraturan-peraturan ini menjelaskan perkara-perkara yang perlu diikuti oleh
  peserta-peserta yang menghadiri Kursus Induksi Modul Umum.

2. OBJEKTIF

  Peraturan-peraturan ini dilaksanakan untuk mencapai objektif-objektif berikut :

     i.      menyediakan satu suasana dan pesekitaran kursus yang lebih teratur
             dan selesa.

     ii.     melatih dan membimbing peserta kursus ke arah pembentukan tingkah
             laku dan perbadi yang berdisiplin dan cemerlang.




                                                                 a h a 2 0 0 8
                                                                                    2
3. PENTADBIRAN

  3.1   Peserta-peserta dimestikan hadir 100% sepanjang tempoh kursus
        dijalankan. Pengecualian hanya boleh diberi oleh Penyelaras Kursus bagi
        kes-kes tertentu seperti :

              (i)     peserta jatuh sakit atau cedera. Dalam kes ini pengesahan
                      oleh Pegawai Perubatan Kerajaan / Klinik Panel UiTM
                      adalah diperlukan;

              (ii)    peserta yang terpaksa meninggalkan kursus untuk menjaga
                      keluarga terdekatnya yang sakit. Keluarga terdekat dalam
                      konteks ini ialah isteri, suami, anak, ayah dan ibu (termasuk
                      mertua);

              (iii)   peserta yang terpaksa meninggalkan kursus untuk menjadi
                      saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes di mahkamah;

              (iv)    seorang peserta perempuan yang melahirkan anak semasa
                      mengikuti kursus;

              (v)     keluarga terdekat yang meninggal dunia; dan

              (vi)    peristiwa-peristiwa luar jangka dan keadaan-keadaan
                      kecemasan yang berlaku. (Penyelaras Kursus boleh
                      menimbangkan peristiwa-peristiwa luar jangka dan keadaan-
                      keadaan kecemasan ini).

                      Di mana cuti berkenaan tidak boleh melebihi ¼ daripada
                      tempoh Kursus Modul Induksi Umum yang ditetapkan untuk
                      kumpulan peserta.

  3.2   Sekiranya peserta-peserta mempunyai sebarang kemusykilan dan masalah
        berkaitan dengan kursus, ianya hendaklah dirujuk kepada Penyelaras
        Kursus melalui Penghulu Kursus.

  3.3   Peserta-peserta dikehendaki melantik seorang Penghulu dan Jawatankuasa
        bagi kursus ini. Selain dari itu, setiap kumpulan latih amal dikehendaki
        melantik seorang Ketua Kumpulan. Segala urusan dengan Penyelaras
        Kursus hendaklah dibuat menerusi Penghulu dan Ketua Kumpulan sahaja.


  3.4   Buku-buku dan peralatan atau barang-barang lain yang dipinjam hendaklah
        dikembalikan sebelum kursus berakhir.




                                                                a h a 2 0 0 8
                                                                                      3
  3.5   Peserta-peserta tidak dibenarkan merokok di dalam dewan kuliah, bilik
        latih amal atau di tempat-tempat yang dilarang merokok.

  3.6   Peserta-peserta dilarang sama sekali melakukan sebarang perbuatan atau
        kegiatan yang menyalahi undang-undang jenayah, agama dan perbuatan
        yang tidak bermoral sepanjang tempoh kursus. Peserta-peserta yang
        didapati bersalah kerana melakukannya akan diambil tindakan bagi tujuan
        disingkirkan dari kursus.

  3.7   Peserta-peserta adalah dikehendaki berpakaian kemas semasa berkursus.
        Peserta lelaki adalah dikehendaki memakai tali leher dan baju lengan
        panjang. Bagi peserta wanita mereka adalah dikehendaki menutup aurat
        dan berpakaian sopan.

  3.8   Bagi sesi latihan jasmani dan riadah, para peserta dikehendaki memakai
        baju kemeja T berkolar, track-bottom, kasut sukan dan stokin yang sesuai.

  3.9   Peserta-peserta adalah dikehendaki menandatangani di borang kehadiran
        mengikut waktu yang ditetapkan melainkan seperti yang diarahkan oleh
        Penyelaras.

  3.10 Merekod kehadiran orang lain adalah satu kesalahan. Sesiapa yang didapati
       berbuat demikian akan dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan untuk
       disingkirkan dari kursus.



4. KULIAH, LATIH AMAL DAN KO-KURIKULUM

  4.1   Peserta-peserta diwajibkan menghadiri kuliah, menyempurnakan semua
        latih amal dan melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum yang diadakan
        sepanjang kursus kecuali mendapat kebenaran Penyelaras Kursus.

  4.2   Peserta-peserta dikehendaki sentiasa menghormati majlis atau sesi kuliah,
        latih amal dan aktiviti ko-kurikulum dengan tidak meninggalkan kuliah
        yang sedang berjalan tanpa kebenaran, membuat sebarang gangguan
        termasuk penggunaan telefon mudah alih (handphone).




5. PEPERIKSAAN

  5.1   Setiap peserta dikehendaki menduduki semua peperiksaan atau ujian yang
        ditetapkan.




                                                               a h a 2 0 0 8
                                                                                    4
5.2   Peserta hendaklah hadir di dewan peperiksaan 15 minit sebelum
      peperiksaan bermula. Calon yang lewat akan hanya dibenarkan menduduki
      peperiksaan oleh Ketua Pengawas sekiranya ia dapat memberikan alasan
      yang munasabah.

5.3   Peserta-peseta tidak dibenarkan meninggalkan dewan peperiksaan sehingga
      masa peperiksaan tamat kecuali telah mendapat kebenaran dari Ketua
      Pengawas.

5.4   Kertas-kertas jawapan hendaklah ditulis dengan nama penuh/ nombor kad
      pengenalan bagi setiap helaian kertas jawapan yang digunakan.

5.5   Semua jawapan hendaklah ditulis nombor soalan berkenaan. Setiap
      jawapan hendaklah dimulakan atas helaian kertas yang berasingan.

5.6   Setiap peserta hanya dibenarkan membawa alat-alat dan keperluan yang
      dibenarkan sahaja ke dalam dewan peperiksaan.

5.7   Nota-nota, buku, latih amal, beg, fail dan sebagainya tidak dibenarkan
      dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan.

5.8   Ketua Pengawas berhak mendapat penjelasan daripada peserta jika
      difikirkan ada unsur-unsur penipuan atau keadaan yang meragukan.

5.9   Meniru dan membenarkan ditiru adalah dilarang keras semasa peperiksaan
      atau ujian.

5.10 Bercakap atau bertanya sesama sendiri tidak dibenarkan semasa
     peperiksaan atau ujian sedang berjalan. Sebarang pertanyaan atau soalan
     hendaklah ditujukan kepada Ketua Pengawas atau Pengawas Peperiksaan.

5.11 Peserta tidak dibenarkan mengubah-suai tempat duduk di dalam dewan
     peperiksaan.

5.12 Setiap peserta dikehendaki mematuhi semua arahan yang diberikan
     sebelum atau semasa peperiksaan atau ujian sedang berjalan.

5.13 Ketua Pengawas berhak mengusir seseorang peserta kursus dari dewan
     peperiksaan jika didapati peserta berkenaan melanggar peraturan
     peperiksaan atau ujian dan peraturan kursus.

5.14 Keputusan Ujian Akhir Kursus Induksi bagi Modul Umum adalah
     diputuskan oleh Panel Penilai. Keputusan yang telah dibuat oleh Panel
     Penilaian adalah muktamad. Sebarang rayuan daripada peserta-peserta
     yang tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan tidak akan dilayan.




                                                           a h a 2 0 0 8
                                                                                5
  5.15 Bagi Modul Umum keputusan akan dikeluarkan dalam dua kategori iaitu
       Lulus atau atau Gagal. Bagi peserta kursus yang gagal dalam ujian akhir
       kursus tetapi memperolehi prestasi yang baik dalam penilaian sepanjang
       kursus. Peserta berkenaan tidak perlu menghadiri semula Kursus Modul
       Induksi Modul Umum.



6. PENUTUP

        Peserta-peserta dikehendaki memahami dan mematuhi peraturan atau
        arahan yang ditetapkan dan sentiasa memberi perhatian terhadap
        perubahan program kursus yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan kursus
        dari semasa ke semasa.




                                                             a h a 2 0 0 8
                                                                                 6

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:9
posted:2/13/2012
language:Malay
pages:7
apidingin - apidingin - APB http://www.uitm.edu.my
About simple like SIMPLE