SENARAI PERUMPAMAAN DAN PEPATAH YANG TERDAPAT DALAM BUKU TEKS

Document Sample
SENARAI PERUMPAMAAN DAN PEPATAH YANG TERDAPAT DALAM BUKU TEKS Powered By Docstoc
					SENARAI PERIBAHASA (PERUMPAMAAN DAN PEPATAH) YANG TERDAPAT DI
              DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 1 hingga 3

BIL           PERUMPAMAAN/                                   MAKNA
                   PEPATAH
 1    Air beriak tanda tak dalam         Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

 2    Alang-alang berminyak biar licin   Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.

 3    Alang-alang menyeluk pekasam, Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah
      biar sampai ke pangkal lengan diperoleh hasil daripadanya.

 4    Ayam di kepuk mati kelaparan, itik Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji
      di air mati kehausan               besar (beristerikan atau bersuamikan orang
                                         kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya
                                         dan makmur.

 5    Bagai air mencari jenisnya         Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak
                                         berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal
                                         jerih payah.

 6    Bagai ayam disambar helang         Mati tanpa sakit.

 7    Bagai cendawan tumbuh selepas Terlalu banyak pada sesuatu masa.
      hujan
 8    Bagai cincin dengan permata   Pasangan pengantin yang sepadan.
                                    Contoh ayat: Suami isteri itu sama cantik sama
                                    padan seperti cincin dengan permata.

 9    Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup Hidup dalam kemelaratan.
      segan mati tidak mahu               Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan
                                          orang.

10    Bagai layang-layang putus tali     Tiada    berpedoman.     @     sudah    putus
                                         harapan,bergantung pada nasib sahaja.

11    Bagai menatang minyak yang penuh   Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.

12    Bagai minyak dengan air            Orang baik kalau duduk dengan orang jahat
                                         tidak akan menjadi jahat.

13    Bagai murai dicabut ekor           Orang yang suka bercakap.
                                         Perempuan yang suka bercakap banyak.
                                         Contoh ayat: Suasana di dalam kelas 3P2 riuh
                                         oleh suara Nadiah yang becok bagai murai di-
                                         cabut ekor.

14    Bagai pucuk dilancarkan            Amat cepat.
15   Bagaimana acuan begitulah kuihnya;    Perangai anak biasanya mengikut orang yang
     bagaimana      contoh    begitulah    mengasuhnya.
     gubahannya
16   Baik membawa resmi padi daripada      Tidak sombong; rendah diri.
     resmi lalang
17   Belayar sambil memapan, merapat       Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud
     sambil belayar                        tercapai.
18   Belum duduk sudah berlunjur           Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki,
                                           sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu.

19   Berat mata memandang berat lagi Betapa berat kita melihat kesusahan yang
     bahu memikul                    dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan
                                     itu pada orang yang menanggungnya.

20   Berjagung-jagung dahulu sementara Sementara menunggu apa yang baik, lakukan
     padi masak                        juga perkara-perkara yang berfaedah.

21   Biar jatuh terletak, jangan jatuh Lebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum
     terhempas                         diberhentikan dengan tidak terhormat.

22   Biar mati anak jangan mati adat       Adat yang tidak boleh dilanggar.

23   Biar putih tulang jangan putih mata   Lebih baik mati daripada menanggung malu.

24   Carik-carik bulu ayam , lama- Perselisihan faham antara saudara-mara dan
     kelamaan bercantum juga       adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan
                                   berbaik semula.

25   Diam-diam ubi berisi; diam-diam Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik
     besi berkarat                   daripada orang diam tetapi tidak berilmu.

26   Diibaratkan     sebagai     condong Memberi pertolongan kepada orang-orang di
     ditumpil, lemah dianduh             dalam kesusahan.

27   Dimana ada kemahuan, disitu ada Seseorang yang bercita-cita              tinggi   akan
     jalan                           berusaha untuk mencapainya.

28   Genggam bara api biar sampai jadi Membuat sesuatu pekerjaan yang susah,
     arang                             hendaklah    sabar sehingga  mencapai
                                       kejayaannya.

29   Harimau mati meninggalkan belang; Orang baik meninggalkan nama baik, orang
     manusia mati meninggalkan nama    jahat meninggalkan nama jahat.
                                       Setiap manusia akan dikenang kerana jasa dan
                                       budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.

30   Hendak belajar berenang dapatkan Hendak   mengetahui    sesuatu   perkara
     itik, hendak belajar memanjat bertanyalah kepada orang yang mahir tentang
     dapatkan tupai                        sesuatu perkara itu.
31   Hendak seribu daya tak hendak         Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.
     seribu dalih
32   Ibarat burung, mata terlepas badan    Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan.
     terkurung                             Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan komunis
                                           itu ibarat burung,mata terlepas badan terkurung.

33   Jika ada kemenyan sebesar lutut Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang
     pun, jika tidak dibakar tidak akan lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu
     berbau                             sahaja.
34   Kalau tak berada-ada tak akan Tentu          ada    sebab    yang    tersembunyi
     tempua bersarang rendah            menyebabkan sesuatu hal terjadi @ Setiap
                                        kejadian meninggalkan kesan.

35   Kalau tiada rotan akar pun berguna    Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak
                                           dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.

36   Kalau tidak dipecahkan         ruyung Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak
     manakan dapat sagunya                 berusaha.

37   Kalau tidak kerana angin tidak akan Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-
     pokok bergoyang                     sebabnya.

38   Perempuan serasan, lelaki pemalu      Pegangan hidup yang tidak serupa.

39   Sebagai gembala diberi keris          Orang yang mendapat sesuatu yang tidak
                                           berguna.

40   Sekali membuka pura, dua tiga Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud
     hilang berbayar                    tercapai.
41   Semacam besar pacak daripada tiang Belanja lebih besar daripada pendapatan.

42   Seperti air dalam dulang              Negeri yang aman sentosa.

43   Seperti api di dalam sekam            Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam
                                           atau tanpa disedari

44   Seperti aur dengan tebing             Dua orang yang berkawan rapat dan saling
                                           membantu
                                           Contoh ayat : Kita tidak boleh hidup
                                           menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur
                                           dengan tebing.

45   Seperti aur ditarik songsang          Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan
                                           kerana sudah tersalah jalan.

46   Seperti embun dihujung rumput         Tidak kekal
47   Seperti harimau menyembunyikan Orang yang menyembunyikan kelebihannya.
     kukunya
48   Seperti hujan jatuh ke pasir   Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu
                                    pekerjaan yang sia-sia.
                                    Contoh ayat: Nasihat kaunselor kepada pelajar
                                    itu tidak ubah seperti hujan jatuh ke pasir
                                    kerana kedegilannya.

49   Seperti lintah menghisap darah         Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan
                                            cara lemah lembut.
50   Seperti lipas kudung                   Selalu bergerak dengan cepat.

51   Ular menyusur akar tidak akan Orang besar yang merendahkan diri tidak akan
     hilang bisanya                jatuh martabatnya.
                                   Contoh ayat : Sekalipun beliau bergaul dengan
                                   orang kebanyakan,namun hal itu bagai ular
                                   menyusur akal takkan hilang bisanya.

52   Yang dikejar tak       dapat     yang Terlalu tamak untuk mencari keuntungan
     dikendong berciciran                  hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang
                                           sudah dimiliki.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:175
posted:2/11/2012
language:Malay
pages:4