BAHASA MELAYU by EuBy9fBj

VIEWS: 0 PAGES: 8

									                                  BAHASA MELAYU
JUN                                                              MASA: 1 ½ JAM

MENENGAH: 2 EKSPRES

                                SOALAN 1 (5 markah)

Arahan: Ayat-ayat di bawah ini mengandungi beberapa kesalahan, sama ada dari
        segi penggunaan imbuhan, struktur atau penggunaan perkataan. Tulis
        semula ayat-ayat yang diberi supaya menjadi ayat yang sempurna di
        tempat yang disediakan.

1     Buku malam semalam yang saya baca sangat syiok.
      __________________________________________________________

2     Dia memutar-mutarkan buku yang baru pinjam dari perpustakaan itu.
      __________________________________________________________

3     Encik Mandela selepas mengangkat sumpah dalam ucapan perlantikannya
      berikrar untuk mewujudkan keamanan di Afrika Selatan.
      __________________________________________________________

4     Pak Ali masih cergas kepada kerja-kerja kebajikan tetapi usianya telah lanjut.
      __________________________________________________________

5     Jawatankuasa itu akan melepaskan soal membentuk rumah tumpangan
      kepada pengerusi untuk diputuskan.
      __________________________________________________________

                                SOALAN 2 (5 markah)

Arahan: Bagi tiap-tiap perkataan yang bergaris bawah di dalam soalan-soalan
        berikut gantikan dengan perkataan yang sama ertinya dengan senarai di
        bawah ini. Tulis jawapan kamu di tempat yang disediakan.

          menduga       cepat          renggang       pisah         bongkar
          cemerlang     bingung        aneh           ingkar        ketara

6     Pembangunan Singapura amat pesat sejak tahun-tahun lapan puluhan.
      (________________)

7     Pak Dollah menyangka tentu budak nakal yang telah membuka kandang
      kambingnya semalam. (________________)

8     Sebagai seorang yang amanah, kita tidak patut memungkiri janji yang kita
      telah buat. (________________)

9     Ibu bapa Raju telah bercerai walaupun kedua-dua belah pihak keluarga telah
      cuba mendamaikan mereka. (________________)

10    Penduduk Jalan Tenteram berasa pelik tentang bagaimana rumah yang
      berkunci itu dapat dimasuki pencuri. (________________)

                                           1
                            SOALAN 3 (10 markah)

Arahan: Bagi tiap-tiap soalan di bawah ini terdapat dua perkataan yang berlainan
        imbuhannya. Buatkan ayat bagi tiap-tiap perkataan itu bagi menunjukkan
        cara penggunaannya yang betul.

11   a)   berfikir        :__________________________________________

     b)   memikirkan      :__________________________________________


12   a)   berada          :__________________________________________

     b)   mengadakan      :__________________________________________


13   a)   berpisah        :__________________________________________

     b)   memisahkan      :__________________________________________


14   a)   bersalin        :__________________________________________

     b)   menyalinkan     :__________________________________________


15   a)   bersulam        :__________________________________________

     b)   menyulamkan     :__________________________________________



                             SOALAN 4 (5 markah)

Arahan: Di dalam potongan karangan berikut terdapat 5 patah perkataan di dalam
        tanda kurung (      ). Berikan imbuhan yang sesuai bagi perkataan-
        perkataan itu dan tuliskan perkataan yang telah diimbuh itu di kertas
        jawapan yang disediakan.


     Apakah yang dikatakan selat (ikut)[16] _________definisi Kamus Dewan, selat
     (makna)[17] __________kawasan yang mempunyai (muka)[18] ___________
     air yang sempit, yang (sambung)[19] ________________dua kawasan
     (air)[20]   ____________yang   luas.     Misalnya,   Selat   Melaka   yang
     menyambungkan Lautan Hindi dengan Laut Cina Selatan.




                                       2
                             SOALAN 5 (5 markah)
Arahan: Di dalam petikan berikut ini terdapat tempat-tempat kosong. Gunakan
        kata sendi atau kata penghubung yang sesuai mengikut konteks ayat-ayat
        tersebut.

21   Abang saya telah melawat bandar Perth, satu-satunya bandar utama
     ___________ Australia Barat.

22   Khadijah dan Alimah duduk bersembang-sembang _____________ menanti air
     mendidih.

23   _____________ Zainuddin berjawatan tinggi dan besar pula gajinya, dia tidak
     pula bermegah diri.

24   Penyeludup-penyeludup rokok yang diburu polis telah lari ke kawasan belukar
     ___________ menyelamatkan diri daripada tertangkap.

25   Sejauh yang kami tahu, semua permohonan pinjaman akan diluluskan
     ____________ pendapatan keluarga pemohon itu melebihi $850 sebulan.


                            SOALAN 6 (5 markah)
Arahan: Berikut diberi lapan peribahasa. Pilih peribahasa yang sesuai dengan
        konteks yang diberi. Tuliskan peribahasa tersebut dalam ruang yang
        disediakan.

         A   Seperti api dalam sekam
         B   Bagai kerakap atas batu, hidup segan mati tak mahu
         C   Seperti bunga, sedap dipakai layu dibuang
         D   Bagai unta menyerah diri
         E   Seperti gunting makan dihujung
         F   Seperti aur dengan tebing
         G   Sudah jatuh ditimpa tangga
         H   Menangguk di air keruh

26   Sungguh sedih saya melihat Cik Jelita, sewaktu mudanya dahulu ramai
     pemuda tergila-gilakannya, tetapi setelah tua dia hidup bersendirian tiada
     berteman. (____________________________)

27   Saya tidak menyangka sikap Zuhaila yang secara diam-diam dia sanggup
     melakukan penganiayaan terhadap diri saya. (_________________________)

28   Untuk mewujudkan suasana harmoni di kalangan kaum di Singapura kita
     hendak selalu berkerjasama dan sanggup tolong-menolong di antara satu
     dengan yang lain. (____________________________)

29   Penipuan yang dilakukan secara senya-senyap itu akhirnya diketahui oleh
     majikan dan teman-teman sepejabatnya. (____________________________)

30   Perihal kehidupan keluarga seorang pembersih sampah yang melarat dan
     terpaksa tinggal di kawasan longgokan sampah-sarap telah mendapat
     perhatian daripada pemerintah. (____________________________)

                                       3
4
                                SOALAN 7 (5 markah)

Arahan: Daripada senarai di bawah ini, pilih perkataan yang sesuai untuk diisikan di
        tempat-tempat kosong dalam petikan karangan berikut. Kemudian tuliskan
        jawapan pilihan kamu itu di tempat yang disediakan di kertas jawapan.

          jerih-jerih                   tindak-tanduk
          sedikit-sedikit               lambat-laun
          kusut-masai                   pontang-panting
          rebah-rempah                  sedu-sedan
          berdegap-degup                huru-hara

          Dia bingung dan gelisah apabila memikirkan perkara itu.         Dia percaya
[31]_____________ perkara itu akan terbongkar juga.            Polis pasti tahu akan
kegiatan kumpulannya.       Jantungnya pasti [32]____________ menantikan hakim
menjatuhkan hukuman ke atasnya. Keluarganya pula akan ditimpa aib yang besar.
[33]_____________ tangisan keluarganya terbayang dalam fikirannya.


          Fikirannya [34]_____________ apabila memikirkan masalah yang sedang
dihadapinya. Akhirnya, dia bertekad akan melaporkan [35]____________ kegiatan
kumpulannya kepada pihak polis. Hatinya akan berasa puas walaupun dia akan
dihukum. Dia yakin, dia tidak dapat lari daripada undang-undang.




                               SOALAN 8 (10 markah)

Arahan: Isikan tempat-tempat kosong di dalam potongan karangan di bawah ini
        dengan perkataan-perkataan yang sesuai bagi melengkapkan potongan
        karangan tersebut. Tuliskan jawapan kamu di tempat yang disediakan.

           Plastik amat penting dalam kehidupan kita.          Plastik bukan sahaja
[36]___________ tetapi juga murah. Plastik juga [37]____________ penebat yang
baik,   tidak   seperti   [38]_______________    dan   besi,   plastik   tidak    mudah
[39]____________ atau berkarat.       Mungkin semasa anda [40]_____________
majalah kesayangan anda ini, anda [41]___________ duduk di atas kerusi yang
[42]_____________          daripada    plastik     ataupun        anda           memakai
[43]_________________ plastik. Akan tetapi tahukah anda [44]___________ plastik
dihasilkan? Plastik dihasilkan daripada [45]_____________ kimia yang diproses.
Plastik boleh diperbuat daripada bahan kimia yang terdapat di dalam arang batu,
gas atau minyak mentah.



                                         5
                             SOALAN 9 (16 markah)

Arahan: Baca potongan karangan di bawah ini dengan teliti kemudian jawab semua
        soalan yang mengikutinya.

           Tidak ramai orang mempunyai gigi yang sempurna dan tidak sedikit pula
orang yang mempunyai gigi yang rosak dan terpaksa memakai gigi palsu. kecuaian
menjaga gigi merupakan faktor utama yang membawa kepada kerosakan gigi dan
lain-lain penyakit gigi. Kebanyakan orang tidak mahu berjumpa dengan doktor gigi
untuk memeriksa giginya kecuali apabila diserang sakit gigi yang teruk.

         Kegagalan untuk berjumpa doktor gigi secara teratur seringkali berpunca
daripada perasaan takut yang sudah sedia tertanam sejak zaman kanak-kanak lagi.
Secara tidak langsung kanak-kanak itu menghubungkan sakit gigi dengan doktor gigi
dan akhirnya menyebabkan dia seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada
berjumpa doktor gigi.

          Gigi yang sakit menunjukkan ia telah rosak. Kadang-kadang kesakitan itu
menandakan adanya penyakit di dalam selaput pengikat gigi atau di dalam tulang
atau dalam bahagian-bahagian lain. Kadang-kadang kesakitan adalah disebabkan
oleh perasaan terutama kepada mereka yang mempunyai gigi yang sensitif. Orang-
orang ini akan mengalami sakit gigi apabila perasaannya terganggu.

         Langkah yang wajar diambil apabila seseorang itu menghidapi sakit gigi
ialah dengan pergi berjumpa doktor gigi secepat mungkin. Seandainya doktor tidak
ada, cubalah ubat-ubat yang ada di rumah atau di kedai-kedai ubat untuk
mendapatkan kelegaan sementara.

          Dalam keadaan cahaya yang cukup, kita dapat melihat dengan jelas
lubang di bawah gigi yang sakit. Lubang itu hendaklah dibersihkan baik-baik dengan
kapas kemudian disumbat dengan kapas yang dicelup dalam minyak “Clove Oil”.
Jika ikhtiar ini tidak berkesan atau anda tidak dapat menemui lubangnya, maka
tekaplah gigi itu dengan ais yang diisi dalam bekas getah atau dalam kain tuala.
Botol air panas boleh juga digunakan.

Arahan: Berdasarkan petikan di atas, pilih jawapan yang sesuai bagi tiap-tiap
        butiran berikut. Kemudian tuliskan huruf jawapan pilihan kamu itu didalam
        tanda kurung (     ) yang disediakan.

46   Perkataan seringkali sesuai sekali digantikan dengan

     A kadang-kadang                   C selalu
     B jarang-jarang                   D berkali-kali




                                        6
47   Maksud frasa secepat mungkin ialah

     A   dengan masa yang cepat
     B   tidak boleh ditangguh lagi
     C   seberapa cepat yang boleh
     D   diharapkan dapat pergi dengan cepat

48   Apakah faktor utama yang membawa kepada kerosakan gigi?

     A   Tidak mahu berjumpa doktor gigi
     B   Gigi yang sakit tidak dicabut
     C   Kecuaian menggunakan gigi palsu
     D   Kecuaian dalam penjagaan gigi

49   Di bawah ini ialah sebab-sebab berlakunya sakit gigi kecuali

     A   terdapat penyakit dalam selaput gigi
     B   terdapat gangguan perasaan
     C   menggunakan ubat gigi yang salah
     D   terdapat lubang dalam gigi

50   Orang yang bagaimanakah mudah diserang sakit gigi apabila perasaannya
     terganggu?

     A   Orang yang giginya sensitif
     B   Orang yang kerap sakit gigi
     C   Orang yang memang giginya memang rosak
     D   Orang yang tidak menjaga giginya

51   Apakah cara yang paling baik bagi menghilangkan sakit gigi?

     A   Makan pil
     B   Didemah dengan air sejuk
     C   Disumbat dengan kapas yang telah dibasahi dengan “Clove Oil”
     D   Mencabut gigi

52   Apakah tajuk yang sesuai untuk rencana tersebut?

     A   Gigi dan peranannya
     B   Penyakit gigi
     C   Kesihatan gigi
     D   Penjagaan gigi

53   Mengapakah seseorang itu takut berjumpa doktor gigi?

     A   Doktor gigi sangat garang
     B   Doktor gigi yang menyebabkan sakit gigi
     C   Perasaan takut yang semula jadi sejak kanak-kanak
     D   Perasaan ditakut-takutkan jumpa doktor gigi sejak kanak-kanak

                               SOALAN 10 (24 markah)



                                          7
Arahan: Baca dengan teliti potongan karangan di bawah ini, kemudian jawablah
        soalan-soalan yang mengikutinya.

       Hari semakin senja. Arif mula bimbang. Kalau hari sudah gelap, harapannya
untuk mendapatkan kembali burung kesayangannya itu akan menjadi sukar. Tiba-
tiba burung merbuk itu terbang rendah dan hinggap di pintu sangkarnya. Hati Arif
terasa girang. Tetapi belum pun dia sempat merapatinya, burung itu telah terbang
ke tempat lain pula.

       Arif memetik-metikkan jarinya dengan harapan memujuk burung itu, tetapi
perbuatannya itu sia-sia sahaja. Burung itu terus terbang jauh. Hati Arif benar-
benar gusar. Dia cuba mengikuti ke mana burung itu terbang. Dia harap burung itu
akan letih dan jatuh ke tanah. Burung itu seperti mempermain-mainkannya; sekejap
terbang dan sekejap pula hinggap di dahan yang rendah, tetapi apabila Arif
menghampirinya, ia terbang lagi.          Dia kesal kerana membawa burung
kesayangannya itu ke hutan MacRitchie.

      “Di mana aku sekarang?” fikir Arif. Dia memang sudah berada jauh di dalam
hutan itu. Keadaan yang sunyi serta kelam menjadikannya berasa takut. Dia
merasakan dirinya telah tersesat di hutan itu - sebuah kawasan yang tidak pernah
ditempuhinya. Niat untuk menangkap semula burungnya tadi kian luput.

      Dalam keadaan penuh bimbang, Arif cuba mencari jalan keluar. Dia berjalan
sambil meredah semak samun. Rasanya sudah jauh ia berjalan tetapi jalan keluar
masih tidak kelihatan. Arif tidak berputus asa. Dia berjalan lagi. Tiba-tiba hatinya
berasa lapang kerana ternampak cahaya lampu dari sebuah pondok kecil.

       Semasa menghampiri pondok itu, Arif terdengar suara orang menjerit
kesakitan dan diikuti pula oleh suatu tengkingan. Dia terkejut dan mula berjalan
berhati-hati menuju ke pondok itu. Dirapatkan dirinya ke tepi dinding pondok itu.
Dari sebuah lubang kecil, dia melihat seorang gadis menangis terisak-isak. Seorang
lelaki pula berdiri sambil menarik rambut gadis itu. Arif mengesyaki gadis itu
seorang mangsa penculikan.

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di atas, jawab soalan-soalan berikut
        dengan menggunakan ayat-ayat kamu sendiri.         Kemudian tuliskan
        jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Jawapan.

54   Mengapakah Arif berasa bimbang pada permulaan cerita?
     __________________________________________________________

55   Bagaimanakah burung itu mempermain-mainkan Arif?
     __________________________________________________________

56   Jelaskan mengapa Arif tidak terus cuba untuk menangkap burung itu lagi.
     __________________________________________________________

57   Nyatakan dua perkara yang Arif lihat dalam pondok itu.
     __________________________________________________________


2E-Jun

                                         8

								
To top